ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


AKIDAH DAN KHILAFAH

MENJELASKAN KEKELIRUAN
ANTARA AKIDAH & KHILAFAH.

Sesungguhnya, tidak ada perselisihan dan perbezaan di antara kaum muslimin, bahawa `aqidah adalah sendi dasar yang akan membangun seluruh masalah-masalah cabang (furu'). Kaum muslimin juga tidak pernah berbeza pendapat, bahawa seruan pertama yang harus disampaikan ke tengah-tengah masyarakat adalah seruan kepada kalimat tauhid, La Ilaha Illa al-Allah Muhammad Rasulullah. Mereka juga memahami bahawa masyarakat Islam ditegakkan di atas landasan `aqidah Islamiyyah. Mereka juga memahami, bahawa tujuan dari dakwah Islam adalah menanamkan `aqidah Islamiyyah dan menegakkan syariat Islam di tengah- tengah masyarakat; sedangkan Khilafah Islamiyyah merupakan satu-satunya thariqah (jalan) bagi penerapan dan penyebaran kalimat tauhid ke seluruh penjuru dunia. Khilafah Islamiyyah bukanlah tujuan dari dakwah, akan tetapi ia adalah thariqah untuk mewujudkan dan merealisasikan tujuan (penyebaran `aqidah dan penerapan syariat Islam).Amatlah salah memahami bahawa khilafah adalah tujuan dari dakwah. Tujuan dari dakwah adalah mewujudkan seluruh ajaran Islam baik yang menyangkut `aqidah mahupun syariah di dalam kehidupan negara dan masyarakat.Setelah menentukan tujuan dakwah, selanjutnya kita mesti memahami, jalan atau cara untuk mencapai tujuan tersebut, sarana-sarana apa saja yang diperlukan, dan keutamaan apa yang mesti dijadikan agenda utama dakwah Islam.Sesungguhnya, satu-satunya jalan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dalam seluruh aspek kehidupan adalah dengan cara menegakkan Khilafah Islamiyyah. Sebab, Khilafah Islamiyyah adalah satu-satunya thariqah syar'i bagi penerapan Islam secara menyeluruh dan penyebaran risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad. Dengan kata lain, jika penerapan Islam secara menyeluruh dan sempurna merupakan tujuan dari dakwah, maka Khilafah Islamiyyah adalah satu-satunya thariqah (jalan) untuk merealisasikan tujuan tersebut. Dengan demikian, agenda utama yang mesti diselesaikan oleh umat Islam adalah tegaknya Khilafah Islamiyyah sebagai jalan bagi penerapan Islam, baik yang menyangkut masalah `aqidah maupun syariat.Namun demikian, dakwah menyeru tertegaknya Khilafah Islamiyyah tidak boleh diertikan dengan meninggalkan tahapan-tahapan dakwah sebelumnya yang telah diajarkan oleh Rasulullah Saw. Dengan kata lain, dakwah menegakkan khilafah Islamiyyah harus diawali dengan tahap penanaman dan pemantapan `aqidah, membentuk kelompok dakwah, menyampaikan dakwah secara terang-terangan, kemudian menegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah; sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah Saw. Tahap-tahap dakwah ini harus dijalani seluruhnya, sebagai bentuk ketaatan kita kepada Rasulullah Saw. Oleh kerana itu, meskipun keutamaan dakwah adalah menegakkan Khilafah Islamiyyah, akan tetapi tahap pertama yang harus disampaikan dan ditanamkan kepada umat adalah `aqidah Islamiyyah, baru kemudian hukum-hukum syariat. Sebab, `aqidah Islamiyyah kelak akan dijadikan sebagai asas bagi masyarakat, serta Daulah Islamiyyah yang hendak ditegakkan oleh kaum muslim. Oleh kerana itu, langkah-langkah dakwah yang harus dilakukan oleh kaum muslim untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah, atau untuk mengubah masyarakat kufur menjadi masyarakat Islam harus ditempuh sejalan dengan metod perubahan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Saw.Bila kita mengkaji dengan teliti dan mendalam sirah dakwah Nabi Saw, maka akan kita temui bahawa dakwah Nabi Saw melalui beberapa tahapan penting antara satu dengan yang lain tidak boleh dipisah-pisahkan, dan tidak boleh dikatakan bahawa salah satu tahapan itu lebih penting jika dibandingkan dengan tahapan yang lain. Tahapan paling awal adalah tahapan membina para shahabat dengan `aqidah dan syariat Islam (dakwah sirriyah). Kedua, tahapan menyampaikan Islam secara terang- terangan kepada masyarakat (dakwah jahriyyah). Ketiga, menegakkan Daulah Islamiyyah, yang ditandai dengan peristiwa bai'at `Aqabah II; setelah sebelumnya melakukan thalab al-nushrah kepada ketua-ketua kabilah Arab. Oleh kerana itu, dakwah untuk mengubah masyarakat kufur menjadi masyarakat Islam mesti menempuh tahapan-tahapan tersebut di atas. Dakwah untuk mengubah masyarakat kufur menjadi masyarakat Islam tidak boleh terhenti hanya pada tahapan pertama saja, yakni penanaman `aqidah dan memahami syariat Islam, tanpa berganjak menuju tahapan-tahapan dakwah berikutnya, yakni tahapan menyampaikan Islam secara terang-terangan ke tengah-tengah masyarakat, dan kemudian menegakkan Daulah Islamiyyah untuk penerapan dan penyebaran Islam. Sebahagian umat Islam seringkali keliru dalam memahami tujuan dakwah, tahapan dakwah, keutamaan dakwah, dan wasilah dakwah. Akibatnya, ada yang menyatakan bahawa menanamkan `aqidah lebih penting dibandingkan menegakkan Khilafah Islamiyyah, atau menyatakan bahwa dakwah Rasulullah Saw adalah berkisar dalam masalah `aqidah sahaja, lalu menyibukkan diri pada persoalan-persoalan `aqidah yang sangat sempit, seperti pembanterasan bid'ah sekitar wuduk, solat, dan sebagainya. Padahal, penanaman `aqidah merupakan salah satu aspek penting, bahkan kunci untuk perjuangan selanjutnya, yakni menerapkan Islam secara menyeluruh dan menyebarkannya ke seluruh penjuru dunia. Rasulullah Saw, setelah berhasil menanamkan `aqidah di sanubari para shahabat, beliau kemudian memerintah mereka untuk menyampaikan Islam secara terang-terangan, mencari nushrah, hingga kemudian menegakkan Daulah Islamiyyah di Madinah. Oleh karena itu, amatlah tidak tepat sekali, jika dakwah kaum muslimin dewasa ini hanya terhenti pada tahap penanaman `aqidah sahaja, tanpa ada usaha kesedaran dan terencana untuk menyampaikan Islam secara terang-terangan, mengkritik `aqidah dan hukum kufur, serta menegakkan Daulah Islamiyyah.Yang peliknya, sebahagian kaum muslimin yang mendakwa telah ber`aqidah Islam, serta sudah melakukan dakwah menanamkan `aqidah Islam, belum juga terhasil, atau beralih untuk mengkritik penyimpangan penguasa muslim yang menerapkan sistem dan aturan-aturan kufur, akan tetapi mereka lebih menyibukkan diri pada bid'ah-bid'ah yang ada pada ibadah mahdhah. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, tentunya, kita akan menyimpulkan bahwa cara yang paling efektif dan berkesan untuk membanteras bid'ah-bid'ah itu adalah dengan cara memegang tampuk kekuasaan yang digunakan sebagai wasilah untuk menghancurkan bid'ah-bid'ah tersebut. Kenyataan ini mengharuskan kita untuk memberikan penjelasan yang jelas mengenai masalah ini, agar dakwah Islam benar-benar sejalan dengan tuntutan Rasulullah Saw.Adapun tujuan dari dakwah Islam adalah menegakkan Islam (baik `aqidah dan syariat). Manakala thriqah syar'i yang satu-satunya bagi penerapan dan penegakkan Islam secara sempurna adalah penegakkan Khilafah Islamiyyah. Dengan kata lain, dakwah menegakkan Khilafah Islamiyyah harus dijadikan sebagai perkara utama agar tujuan utama dakwah boleh diwujudkan dengan segera.Dakwah menegakkan Khilafah Islamiyyah mesti ditempuh melalui tahapan penanaman `aqidah yang benar, serta menanamkan pemahaman syariat Islam secara menyeluruh ke tengah-tengah masyarakat. Penanaman `aqidah dan syariat Islam di benak kaum muslimin merupakan langkah utama tapi bukan satu-satunya langkah, untuk mengubah masyarakat jahiliyyah menuju masyarakat Islam. Adapun wasilah-wasilah yang mesti dipersiapkan oleh kaum muslim adalah wasilah-wasilah mubah yang dapat mendukung dan membantu dalam merealisasikan dakwah Islam tersebut. Adapun wasilah-wasilah yang bertentangan dengan syariat Islam, maka ia tidak boleh diambil atau digunakan sebagai perantara dakwah.Untuk memahamkan umat dengan `Aqidah Islamiyyah mesti ada pemahaman `aqidah yang benar, komprehensif, dan menyeluruh, bukan sebahagian-sebahagian. Misalnya, memahami `aqidah Islamiyyah hanya sekitar masalah-masalah bid'ah hari raya, bid'ah kubur, solat dan sebagainya. Padahal, seseorang yang mengaku ber`aqidah Islamiyyah harus merefleksikan `aqidahnya dengan cara menyakini aturan Allah sebagai satu-satunya aturan yang berhak mengatur urusan manusia (tauhid uluhiyyah), bukan sekedar keimanan kepada Allah dari sisi rububiyyah dan asma' wa shifat.`Aqidah semacam inilah yang akan membawa dirinya untuk memahami bahawa ia harus berjuang demi terterap dan tertegaknya aturan-aturan Allah SWT (syariat Islam) di muka bumi,dan tidak menjerumuskan dirinya pada pembahasan-pembahasan `aqidah yang bersifat sempit. Selanjutnya, ia akan termotivasi dan berjuang secara terus menerus untuk melaksanakan "thariqah" (jalan syar'i) bagi tertegaknya syariat Allah, yakni Khilafah Islamiyyah, dan berjaya dalam masalah itu (penegakkan khilafah Islamiyyah). Sebab, ia memahami bahawa tauhid uluhiyyah tidak mungkin sempurna melainkan jika ia hidup di bawah aturan-aturan Islam; dan ia juga memahami, bahwa syariat Islam tidak mungkin diterapkan secara sempurna tanpa adanya khilafah Islamiyyah.Cara memahami `aqidah seperti ini tentu sekali akan menjadikan seorang muslim untuk membenci aturan-aturan kufur yang diterapkan kepadanya, kemudian berjuang bersama-sama dengan kaum muslimin yang lain untuk mengganti sistem yang kufur tersebut dengan sistem Islam. Oleh kerana itu, kita boleh memahami, mengapa dakwah pertama yang disampaikan oleh Rasulullah Saw kepada manusia adalah Kalimat Tauhid yang difahami secara meneluruh,utuh dan benar, bukan kalimat Tauhid yang difahami secara sempit. Sebab, beliau diperintahkan untuk memerangi seluruh umat manusia hingga seluruhnya mengucapkan tidak ada Tuhan yang lain kecuali Allah SWT. Dan beliau memahami, bahawa tersebarnya Kalimat Tauhid ke seluruh dunia mutlak memerlukan sebuah institusi yang kuat, yakni Negara Islam. Rasulullah Saw bersabda:"Aku (Nabi Muhammad Saw) diperintah memerangi manusia hingga mereka mengucapkan La ilaha Illa al-Allah, mendirikan shalat dan mengeluarkan zakat. Jika mereka mengerjakan yang demikian itu, niscaya mereka terpelihara darah dan harta benda mereka dariku." [HR. Bukhari dan Muslim].Pemahaman terhadap `aqidah Islamiyyah yang benar akan mempengaruhi cara pandang dan tingkah laku kaum muslimin. Kita boleh menyaksikan, betapa sebahagian besar umat Islam telah memiliki `aqidah Islamiyyah dan mengaku telah mentauhidkan Allah SWT, namun, yang peliknya, mereka hanya berdiam diri terhadap aturan-aturan kufur yang diterapkan kepada dirinya. Mengapa umat yang telah ber`aqidah Islamiyyah itu tidak juga bergerak bersama-sama untuk membebaskan umat dari kehinaan dan kemunduran akibat diterapkannya sistem kufur? Mengapa mereka terus mengalami kemerosotan, dan tidak mampu bangkit? Sebab, `aqidah Islamiyyah yang difahami oleh kaum muslimin adalah `aqidah Islamiyyah yang telah dipersempit dan dikerdilkan. Akibatnya, `aqidah yang mereka miliki tidak mampu memotivasi dirinya untuk berjuang sebagaimana para shahabat dan Rasulullah Saw. Untuk itu, sudah tiba masanya untuk kita meninggalkan 'aqidah yang sempit itu, menuju kepada pemahaman `aqidah yang lebih sempurna dan menyeluruh serta komprehensif.Walhal, `aqidah Islamiyyah, syariat Islam, dan khilafah adalah tiga serangkai yang tidak boleh dipisahkan.`Aqidah Islamiyyah mesti direfleksikan dengan penerapan syariat Islam, dan penerapan syariat Islam boleh wujud secara sempurna dengan adanya khilafah Islamiyyah. Oleh kerana itu, `aqidah Islamiyyah, syariat Islam, dan Khilafah Islamiyyah adalah tiga serangkai yang tak boleh dipisah-pisahkan lagi.

1 comments:

  1. Academic Blog of AZ said...
     

    Dia jadi ulama terkemuka daulah Utsmaniyah ? Lahir 1909 sedang daulah diruntuhkan 1923. Jadi pada usia 14 tahun ? Yang bener aja lah ?

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR