ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


IDEOLOGI YANG ADA DI DUNIA

Ideologi Yang Ada Di Dunia


Mukadimah

Ideologi adalah suatu cara berfikir yang melahirkan peraturan. Pemikiran untuk penyelesaian masalah kehidupan manusia. Semua idealogi di dunia ini mempunyai aqidah / kepercayaan tersendiri.
Cara-cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah hidupnya. Maka, di dalam dunia ini ada tiga ideologi pada setakat ini iaitu ;-
1. Ideologi Sosialisme / komunis
2. Ideologi Kapitalisme
3. Ideologi Islam.
Ideologi Sosialisme


Kepercayaan / Aqidah
Dia mempercayai semua alam semesta, manusia dan kehidupan merupakan material belaka. Bahawasanya segala sesuatu berasal dari material yang berkembang melalui evolusi iaitu benda mewujudkan benda sepertimana air yang dipanaskan melahirkan wap. Tidak ada kaitannya dengan kekuasaan Allah. Serta menafikan wujudnya Tuhan. Sepertimana kita faham komunisme sekarang ini. Oleh kerana itu penganut ideologi ini mengingkari alam kini diciptakan oleh zat yang maha pencipta (Allah). Dia menggunakan konsep Dialektika Materialme dan Evolusi Materialme. Bahkan menafikan kejadian manusia bukan ciptaan Allah sebaliknya dari evolution. Teori Darwin adalah contoh penafian mereka tentang kejadian manusia. Penafian mereka terhadap agama dengan mengganggap agama sebagai candu sahaja. Sejarah Ideologi Sosialisme/ Komunis. Pada zaman Feodal iaitu zaman pertanian yang menggunakan ramai tenaga manusia untuk menghasil produksi pertanian. Di mana peralatan seperti kapak, cangkuk akan menghasilkan produk. Apabila masyarakat berkembang menjadi masyarakat kapitalis. Kemasukan pemodal memperkenalkan mesin-mesin untuk menghasilkan produk (seperti mesin pengisar gandum) bagi mengantikan ramai tenaga manusia. Pemodal juga menindas pekerja-pekerja dengan gaji yang murah dan ramai pekerja dibuang kerja. Penindasan ini, lahirlah Ideologi Sosialisme dari cendekiawan untuk membela nasib pekerja. Intiipatinya untuk keadilan kepada semua pekerja dari cengkaman pemodal. Dimana kesemua jenis perkerjaan samada seorang doktor dengan seorang pencuci tandas mempunyai gaji yang sama.

Pandangan Masyarakat
Ideologi Sosialisme/Komunisme Memandang masyarakat sebagai satu kesatuan yang menyeluruh. Oleh kerana itu sebagai satu kesatuan berkembang secara serentak. Masing-masing berputar mengikuti yang lain sebagaimana berputarannya gigi dalam sebuah roda. Maknanya mereka tidak mengenal kebebasan ekonomi bagi Negara dan masyarakat. Mengikut kehendak Negara. Maka semua peraturan hidup yang digaris oleh pemimpin mereka perlu diikuti tanpa pertikaian (Autokrasi). Sebagaimana berputaran gigi dalam sebuah roda.

Pandangan Hidup
Ideologi Sosialisme/Komunisme Konsep-konsep Dialektika Materialme dan Evolusi Materialme yang digunakan menunjukkan manusia juga adalah materi atau lebih mudah difahami adalah robot. Tanpa ada bantahan, tanpa ada pertikaian mereka berkerja untuk negara sahaja. Pencipta Ideologi Sosialisme Dan Komunis Karl Mark.(komunisme) dengan buku karangan The Communist Manifesto (1848) dan Das Kapital(1856) dan Louis Blanc (sosialisme). Dia dapat direalisasikan dibawah pemerintahan Lenin di Russia melalui Revolusi Bolshevik (OKT 1917).
Ideologi Kapitalis
Kepercayaan/ aqidah
Memisahan agama dari kehidupan kemudian menghasilkan pemisahan agama dari Negara.. Kelahirannya bermula dari saat Kaisar dan raja-raja di Eropah dan Rusia menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat (seperti cerita Robin Hood). Para pemuka agama, waktu itu dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbullah pergolakkan sengit, kemudian membawa kebangkitan bagi para filosof dan cendekiawan (golongan bijak pandai) sebahagian mengingkari adanya agama secara mutlak dan sebahagian golongan agama yang mengganggap segala perkara harus tunduk kepada agama mereka. Akhirnya mereka mengambil jalan tengah iaitu menyerukan agar agama dipisahkan dari kehidupan dunia seperti sekarang kita kenali sekulerisme. Apabila Raja dan Kaisar tersebut ditumbangkan, mereka membuat keputusan memisahkan agama dari kehidupan sebagai jalan tengah. Yang mana dia tidak mengganggu bagi sebahagian golongan mengakui adanya agama dan melaksanakan ajaran agamanya sementara peraturan /sistem yang akan diciptakan oleh para filosof dan cendekiawan nanti. Kerana masa Raja dan Kaisar menggunakan agama untuk menerapkan peraturan (Teokrasi) sedangkan agama mereka sememangnya tiada peraturan hidup jika dibandingkan agama Islam (yang mempunyai peraturan Hidup).
Sejarah Ideologi Kapitalisme
Atas landasan berfikir inilah mereka berpendapat bahawa manusia sendirilah yang berhak membuat peraturan hidupnya dimana mereka laung-laungkan kebebasan manusia.
Kebebasan menjadi empat tunggak iaitu :-
1. Kebebasan beraqidah
2. Kebebasan berpendapat /suara
3. Kebebasan tingkah laku
4. Kebebasan hak milik.
Kebebasan hak milik ini berpandukan Sistem Kapitalis. Kerana sistem ini paling menonjol dan membawa banyak keuntungan dan kemewahan bagi Negara Eropah dan diterapkan seluruh dunia. Bahkan hampir-hampir dapat dikatakan para kapitalis (Pemilik Modal) yang menjadi penguasa sebenarnya di negara menganuti Ideologi ini.

Pandangan Masyarakat
Ideologi ini mengganggap masyarakat terdiri daripada individu yang berkelompok dan menjadi masyarakat. Apabila urusan individu teratur, maka dengan sendirinya urusan masyarakat akan teratur. Tumpuannya adalah individu-individu saja. Contohnya Datuk Azhar sebagai pelayar Negara bagi menunjukkan Negara mampu melahirkan masyarakat cekal dan berani menghadapi cabaran (tetapi tidak semua anggota masyarakat). Sementara tugas Negara adalah bekerja untuk kepentingan individu. Dilihat penerapan peraturan, negaralah yang mengawal kebebasan. Jika seseorang melanggar kebebasan individu lain, maka negara (Penguatkuasa-Polis) mencegah tindakkan tersebut. Sedangkan negara menjamin kebebasan, jika individu tersebut mengganggu kebebasan individu yang lain. Tetapi jika ada gangguan berlaku ataupun perampasan hak, namun ia tidak melaporkan kepada negara/penguatkuasa-polis maka negara tidak campur tangan. Pandangan masyarakat baginya ialah negara menjaga kepentingan individu-individu.
Pandangan Hidup Ideologi Kapitalis
Mencari kebahagiaan sebanyak mungkin. Mencari kekayaan dan kemewahan seberapa boleh. Segala perbuatannya mestilah ada kepentingan dan keuntungan, bahkan tinggalkan segala tindakan sekiranya tiada keuntungan atau kepentingan. Contoh musim pilihanraya semakin hampir, pencalon mula mengambil berat kepada rakyat dengan memberi subsidi, hadiah basikal, bantuan kewangan dan sebagainya bagi meraih kepentingannya mengekalkan kerusi di parlimen.

Penciptaan Ideologi KapitalisIa dipelopori oleh ahli fakir dan falsafah Eropah yang dicetuskan oleh John Locke (Revolution Inggeris), Golongan Enlightenment (Revolution Perancis) dan Adam Smith (Liberalis) pada kurun ke-14 sehingga kurun ke-16. selepas perang dunia ke-2 Ideologi Kapitalis dipikul oleh Amerika Syarikat. Menguasai segenap kebanyakan Negara di dunia.
Ideologi Islam

Aqidah/kepercayaan
Mengesakan Allah dan hubungan hidup,alam dan manusia dengan penciptanya(Allah) sebagai pencipta yang agung,yang menciptakan langit,bintang,matahari,bulan dan semua isi kandungnya termasuk manusia. Begitu juga Allah sebagai pengatur bagi apa-apa yang diciptakan. Seperti edaran bulan mengikut orbitnya,12 jam siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang sesuai dengan kepanasannya , lihatlah tapak kaki manusia tidak pernah haus walaupun dia digunakan sekian lama, organ badan mempunyai fungsi masing-masing. Fikirkan betapa cantiknya peraturan alam Allah ciptakan. Betapa sesuainya peraturan alam sehingga mana-mana manusia akui kebijaksanaannya, kekuasaannya dan kebesarannya.
Dia lebih menepati fitrah dan fikrah manusia sendiri. Sedangkan manusia menyedari dirinya adalah lemah. Akal fikiran manusia amat terbatas. Manusia tidak boleh mengambil jalan penyelesaiannya sendiri sepertimana diambil contohnya kereta tidak mampu membaiki kereta yang lain melainkan mengharapkan pencipta kereta itu membaiki kereta tersebut. Jadi, adalah mustahil peraturan Allah pada alam itu tidak ada peraturan hidup dalam agamanya iaitu Islam. Mustahil peraturan alam yang sempurna itu tidak ada peraturan hidup dalam Islam . Jadi agama Islam mempunyai peraturan hidup.Seperti Hukum Mu'amalah (Sistem Ekonomi Islam, Sistem Pentadbiran, Sistem Sosial, Pendidikan Islam) dan Hukum Uqubat (Hudud, Qisas, Takzir dan Mua'lafat) merupakan peraturan hidup sesama manusia. Manakala peraturan manusia dengan diri sendiri seperti makan minum dan pakaian serta peraturan manusia dengan Allah mencakupi ibadah dan aqidah. Peraturan ini yang diciptakan oleh Allah biasanya dipanggil syarak. Disamping itu Muhammad itu pesuruh Allah, Al Quran itu kalam Allah dan seperti pembaca sedia maklum tentang Rukun Iman & Rukun Islam.

Pandangan masyarakat dari Ideologi Islam
Islam memandang masyarakat sebagai individu yang terkait dan tidak dapat dipisahkan dari jama'ah ibarat satu bahagian anggota tubuh. Serta jamaah pula tidak dapat dipisahkan dari individu-individu. Masyarakat itu terdiri daripada manusia, pemikiran, perasaan dan peraturan (sistem) yang mengikat perbuatan dan tingkahlaku. Pandangan hidup Ideologi Islam Mencari keredhaan Allah. Mencari kebahagiaan di syurga yang kekal abadi. Mematuhi segala perintah dan larangan Allah menjadi ukuran samada perbuatannya dilakukan atau sebaliknya. Pencipta Ideologi Islam Allah yang menciptakan dan mengaturkan segala kehidupan, manusia dan alam.
Bentuk pentadbiran Ideologi Islam
1. Negara Islam tidak berbentuk persekutuan(federation),permakmuran(commonwealth) tetapi berbentuk kesatuan(union).
2. Sistem pemerintahan Islam tidak berbentuk kerajaan(Monarchi),baik absolut seperti kerajaan Saudi Arabiyah,mahupun parlementer @ parlimen seperti British.Juga tidak berbentuk republik,baik president seperti Negara republik Indonesia. Akan tetapi sistem pemerintahan Islam adalah sistem Khalifah. Khalifah berbeza dengan President, Perdana Menteri ataupun Raja.
3. Sistem pemerintahan Islam tidak berbentuk Demokrasi,Teokrasi dan Autokrasi. Tetapi dia melaksanakan hukum syarak yang telah ditentukan oleh Allah.
4. Sistem pentadbiran pemerintahan Islam adalah terpusat(Centralization).
Wahai pembaca yang bijaksana, hari ini diketahui usul asal Ideologi-Ideologi di dunia ini tercipta. Terpulanglah kepada pembaca untuk fikirkan dan pilihlah Ideologi ada di dunia ini, wahai pembaca warkah ini rasa selamat di Akhirat kelak. Firman Allah SWT : "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan akal fikiran (manusia), semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban" (TMQ Al-Isra:3) "Ramai di antara mereka tidak mengikut, Kecuali kepada sangkaan, sedangkan sangkaan itu tidak dapat memberikan sedikit kebenaran" (TMQ Yunus 35) "Tidak akan memasukinya,kecuali orang yang amt celaka, yang biasa berdusta serta ingkar dan dijauhkan daripada orang yang paling bertakwa" (TMQ Al-Lail 15-17) "Tidak akan rela kepadamu orang Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah,"Penunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya'. Bila engkau mengikuti hawa nafsu mereka sesudah menerima ilmu dari Allah, maka tidak ada baginya pembela atau penolong dari balasan Allah" (TMQ Al Baqarah:121)

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR