ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


KHILAFAH DI MATA PARA ULAMA

Khilafah Di Mata Para 'Ulama

Menegakkan Kembali Khilafah IslamiyyahMenegakkan kembali khilafah Islamiyyah merupakan kewajiban syar'ie bagi seluruh kaum muslimin. Alasan-alasan mengapa kaum muslimin wajib berjuang menegakkan kembali khilafah Islam adalah sebagai berikut.
1. Perintah untuk mentaati pemimpin. Al-Qur'an dalam banyak ayat telah mewajibkan kaum muslim untuk mentaati seorang pemimpin (ulil amri). Allah swt berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri (pemimpin) diantara kamu…" (Qs. An-Nisaa' [4]: 59).
Ibnu `Athiyyah menyatakan bahawa ayat ini merupakan perintah untuk taat kepada Allah, RasulNya dan para penguasa. Pendapat ini dipegang oleh jumhur para `ulama: Abu Hurairah, Ibnu `Abbas, Ibnu Zaid dan lain sebagainya (Ibnu `Athiyyah, al-Muharrir al-Wajiiz, juz 4/hal. 158).
Yang dimaksud dengan penguasa di sini adalah khalifah atau imam. Ali Ash-Shabuni menyatakan bahawa ayat ini merupakan perintah untuk mentaati penguasa (khalifah) mukmin yang selalu berpegang teguh kepada syariat Allah swt. Sebab, tidak ada ketaatan kepada makhluk untuk bermaksiat kepada Allah swt (Ali Ash-Shabuniy, Shafwaat al-Tafaasir, juz I/285).
Meskipun manthuq ayat ini berisikan perintah untuk mentaati pemimpin, namun ayat di atas menyiratkan dengan jelas kewajipan untuk mengangkat seorang pemimpin (khalifah). Pengertian semacam ini dapat difahami dengan memperhatikan dalalah iltizam yang melekat pada ayat tersebut (Lihat Taqiyyuddin Al-Nabhani, Al-Syakhshiyyah al-Islamiyyah, juz III/173-176; bandingkan pula dengan Imam Syaukani, Irsyadul Fuhul ila Tahqiiq al-Haq min `Ilm Al-Ushul; al-Amidiy, Al-Ihkaam fi Ushul al-Ahkaam).
Perintah untuk taat kepada penguasa sekaligus merupakan perintah untuk mengangkat seorang pemimpin. Sebab, Allah swt tidak mungkin memerintahkan untuk mentaati pemimpin sementara itu pemimpinnya tidak ada atau belum diangkat. Atas dasar itu, ayat ini merupakan dalil wajibnya kaum muslimin mengangkat seorang pemimpin (khalifah), agar mereka dapat memberikan ketaatan kepada ulil amri. Tanpa mengangkat khalifah (ulil amri) mustahil mereka dapat memberikan ketaatan.
2. Perintah untuk berhukum dengan aturan-aturan Allah swt secara menyeluruh dan sempurna. Allah swt telah berfirman, artinya:"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." (Qs. Al-Baqarah [2]: 208).
Dalam menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Katsir menyatakan: "Allah swt telah memerintahkan hamba-hambaNya yang mukmin dan mempercayai RasulNya agar mengadopsi sistem keyakinan Islam (`aqidah) dan syari'at Islam, mengerjakan seluruh perintahNya dan meninggalkan seluruh laranganNya selagi mereka mampu." (Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, I/247).
Imam al-Nasafiy menyatakan bahawa, ayat ini merupakan perintah untuk senantiasa berserah diri dan taat kepada Allah swt atau Islam (Imam al-Nasafiy, Madaarik al-Tanzil wa Haqaaiq al-Ta'wiil, I/112).
Imam Qurthubiy menjelaskan bahawa, lafaz "kaaffah" merupakan "haal" dari dhamiir "mu'miniin". Makna "kaaffah" adalah "jamii'an" (Imam Qurthubiy, Tafsir Qurthubiy, III/18).
Diriwayatkan dari Ikrimah bahawa, ayat ini diturunkan pada kes Tsa'labah, `Abdullah bin Salam, dan beberapa orang Yahudi. Mereka mengajukan permintaan kepada Rasulullah saw agar diberi izin merayakan hari Sabtu sebagai hari raya mereka. Selanjutnya, permintaan ini dijawab oleh ayat tersebut di atas.
Imam Thabariy menyatakan: "Ayat di atas merupakan perintah kepada orang-orang beriman untuk menolak selain hukum Islam; perintah untuk menjalankan syari'at Islam secara menyeluruh; dan larangan mengingkari satupun hukum yang merupakan bahagian dari hukum Islam." (Imam Thabariy, Tafsir Thabariy, II/337).
Penerapan syariat Islam hanya akan sempurna dengan adanya institusi Khilafah Islamiyyah. Atas dasar itulah, dengan kewujudan Khilafah Islamiyyah tersebut,maka seluruh hukum dan aturan-aturan Allah dapat diterapkan secara menyeluruh dan sempurna. Tanpa Khilafah, syariat Islam tidak dapat diterapkan secara sempurna. Dari sini pula kita dapat menyimpulkan bahawa hukum menegakkan kembali syariat Islam adalah wajib.
3. Penyatuan dan kesatuan kaum muslimin (Mauqif Bani al-Marjah, Shahwah al-Rajul al-Mariidl, hal. 376).
Islam mewajibkan kesatuan dan penyatuan kaum muslimin dan melarang berpecah-belah (tafarruq). Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya: Utsman bin Abi Syaibah telah bercerita kepada kami bahawa Yunus bin Abi Ya'fur telah bercerita kepada kami dari bapanya dari Arfajah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Siapa saja yang datang kepada kamu sekalian --sedangkan urusan kamu berada di tangan seorang (khalifah)-- kemudian dia hendak memecah-belah kesatuan jamaah kamu, maka bunuhlah dia."Dalam hadis ini dituturkan dengan sangat jelas, bahawa kesatuan kaum muslimin (jama'ah muslimin) dikaitkan dengan khalifah.
Ertinya, kesatuan kaum muslimin hanya akan tertegak jika telah dibai'at seorang khalifah yang akan memimpin seluruh kaum muslimin. Bahkan, Rasulullah saw mengancam siapa saja yang hendak memecah belah kesatuan kaum muslimin dengan hukuman bunuh.
4. Khilafah akan menyelesaikan persengketaan yang terjadi di tengah-tengah masyarakat. Persengketaan dan perselisihan diantara kaum muslimin dalam masalah apapun akan dapat diselesaikan jika ada pihak yang memutuskan perselisihan tersebut. Khalifah adalah pihak yang secara syar'ie akan menyelesaikan seluruh persengketaan dan perselisihan yang terjadi di tengah-tengah masyarakat.
Dalam sebuah kaedah ushul fiqh disebutkan "Amrul imaam yarfa'u al-khilaf (perintah imam [khalifah] dapat menyelesaikan persengketaan)". (ibid, hal. 376).
5. Banyak riwayat yang menyiratkan wajibnya kaum muslimin mengangkat seorang khalifah yang akan mengatur urusan mereka. Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya: Zahir bin Harb dan Ishaq bin Ibrahim telah bercerita kepada kami, Ishaq berkata telah memberi khabar kepada kami dan Zahir berkata telah bercerita kepada kami Jarir dari A'masy dari Zaid bin Wahab dari Abdurrahman bin Abdu Rabil Ka'bah berkata: Aku masuk dalam masjid, dan ketika Abdullah bin Amru bin 'Ash duduk di naungan Ka'bah dan manusia mengelilinginya, aku menghampirinya lalu aku duduk di hadapannya, kemudian dia berkata: Kami pernah bersama Nabi saw dalam suatu perjalanan, kemudian kami singgah di suatu tempat persinggahan,......ketika seseorang menyeru untuk solat berjamaah, kami kemudian berkumpul di sekeliling Rasulullah saw. Lalu Rasul bersabda: Sesungguhnya tiada seorang Nabi sebelumku kecuali mereka memiliki tanggung jawab untuk menunjukkan umatnya kepada kebaikan, dan mengingatkan dari keburukan dari apa diketahuinya bagi mereka. Sampai kemudian Nabi bersabda : Siapa saja yang telah membai'at seorang Imam lalu memberikan uluran tangan dan buah hatinya, maka hendaknya ia mentaatinya. Jika datang orang lain hendak mengambil alih kekuasaannya, maka penggallah leher orang itu."Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya, berkata Imam Muslim: Muhammad bin Basyar telah bercerita kepada kami bahawa Muhammad bin Ja'far telah bercerita kepada kami bahawa Syu'bah telah bercerita kepada kami dari Faratul Qazaz dari Abi Hazm berkata: Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun, dan suatu ketika aku pernah mendengarnya menyampaikan sebuah hadis dari Nabi saw telah bersabda: Dulu Bani Israil selalu diurusi oleh para Nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, segera digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada lagi Nabi sesudahku, (tetapi) nanti akan muncul banyak khalifah. Para sahabat bertanya, apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Beliau menjawab: Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu saja."6. Ijma' shahabat ra juga menunjukkan dengan jelas kewajiban untuk mengangkat seorang imam (khalifah) bagi kaum muslimin (Ibnu Ishaq meriwayatkan, "Ketika Rasulullah saw wafat, kaum Anshar berpihak kepada Sa'ad bin Ubadah di saqifah Bani Sa'idah, sedangkan Ali bin Abi Thalib bersama Zubair bin Awwam dan Thalhah bin Ubaidillah menyendiri di rumah Fathimah. Sedangkan kaumMuhajirin berkubu kepada Abu Bakar, Umar dan Usaid bin Hudlair di Bani Abdul Asyhal. Tiba-tiba seseorang mendatangi Abu Bakar dan Umar bin Khaththab dan berkata, "Sesungguhnya kaum Anshar telah berpihak kepada Sa'ad bin Ubadah di saqifah Bani Sa'idah. Jika kamu ada keperluan dengan mereka, segeralah pergi ke tempat mereka, sebelum perkara ini semakin membesar. "Saat itu, jenazah Rasulullah saw belum diurus dan pintu rumah beliau ditutup keluarga beliau." [Ibnu Hisyam, Sirah Ibnu Hisyam]).Perhatian generasi awal Islam terhadap urusan khilafah dan pengangkatan seorang khalifah sangatlah besar. Sampai-sampai, mereka mendahulukan urusan pengangkatan seorang khalifah dan menunda penguburan jenazah Rasulullah saw. Sebahagian besar diantara mereka menyibukkan diri untuk mengangkat seorang khalifah yang akan memimpin seluruh kaum muslimin. Sedangkan sahabat-sahabat lain yang bertugas mengurusi jenazah Rasulullah saw (Ibnu Ishaq berkata, "Setelah Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, kaum muslimin mulai mengurus jenazah Rasulullah saw pada hari Selasa. Para sahabat yang memandikan jenazah Rasulullah saw adalah Ali bin Abi Thalib, Al-`Abbas bin Abdul Muthalib, al-Fadl bin `Abbas bin Abdul Muthalib, Qutsam bin al-`Abbas, Usamah bin Zaid bin Haritsah, dan Syuqran mantan budak Rasulullah saw." [Ibnu Hisyam, Sirah Ibnu Hisyam]). Namun demikian sahabat yang mengurusi jenazah Rasulullah saw menunda pengebumian hingga para sahabat yang ada di Saqifah Bani Sa'idah menyelesaikan urusan mereka (mengangkat seorang khalifah).Semasa di saqifah Bani Sa'idah, kaum Muhajirin dan Anshar saling berhujjah menunjukkan kelebihan mereka. Masing-masing berusaha menyakinkan pihak yang lain bahawa dirinya adalah orang yang lebih berhak menduduki jabatan kekhilafahan. Akhirnya, setelah melalui perdebatan yang sangat lama,akhirnya pertemuan Saqifah berhasil mengangkat (membai'at) Abu Bakar al-Shiddiq sebagai khalifah pengganti Rasulullah saw. Setelah selesai melakukan pemilihan Khalifah, mereka segera kembali ke kediaman Rasulullah dan segera menyelenggarakan jenazah beliau saw. Waktu itu, jenazah Raulullah saw baru disemayamkan setelah 2 hari tiga malam, yakni setelah pemilihan di Saqifah selesai (Lihat Ibnu Hisyam, Sirah Ibnu Hisyam. Bandingkan juga dengan Taqiyyuddin al-Nabhani, diperluas oleh `Abdul Qadim Zallum, Nidzaam al-Hukmi fi Al-Islaam, hal 75-78).Peristiwa di atas telah menunjukkan kepada kita betapa besar perhatian para sahabat terhadap khilafah dan pengangkatan seorang Khalifah. Ijma' sahabat ini membuktikan bahawa kaum muslimin benar-benar diwajibkan untuk mengangkat seorang imam atau Khalifah.Seluruh hujjah di atas telah menyakinkan diri kita bahawa kewajiban menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah merupakan puncak tertinggi pengabdian seorang muslim kepada Rabbnya. Sebab, dengan tertegaknya Khilafah Islamiyyah hukum Islam dapat diterapkan secara sempurna di tengah-tengah masyarakat. Selain itu, Khilafah Islamiyyah merupakan jaminan bagi tersebarnya risalah Islam ke seluruh penjuru dunia, sekaligus melenyap dan menghilangkan seluruh kezaliman,kehinaan,ketakutan dan kebodohan, serta terwujudnya kesatuan kaum muslimin dalam bentuk ummatan wahidah.
Atas dasar itu, seorang muslim diharamkan mengabaikan persoalan yang sangat penting ini. Mengabaikan dan menganggap remeh serta melalaikan kewajipan menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah merupakan suatu kemaksiatan dan kejahatan terbesar yang akan diazab oleh Allah swt.
PENDAPAT PARA ULAMA TENTANG KEWAJIPAN MENEGAKKAN KHILAFAH ISLAMIYYAH
a.Ulama-Ulama Salaf
Ulama-ulama generasi awal Islam yang hidup di kurun terbaik telah memberi perhatian yang sangat besar terhadap urusan kekhilafahan. Sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, `Utsman, `Ali ra dan sahabat-sahabat besar lainnya bergegas mengangkat seorang khalifah tatkala khalifah sebelumnya meninggal atau kerana ada sebab-sebab syar'ie lainnya (Lihat Imam Thabariy, Tarikh al-Umam wa al-Muluuk).Mereka juga banyak meriwayatkan hadis-hadis yang berbicara tentang Khilafah dan Khalifah.
Perhatikan riwayat-riwayat berikut ini."Sesungguhnya tidak ada Nabi setelah aku, dan akan ada para khalifah, dan banyak (jumlahnya)." Para sahabat bertanya, "Apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Nabi saw menjawab, "Penuhilah bai'at yang pertama, dan yang pertama. Dan Allah akan bertanya kepada mereka apa-apa yang mereka pimpin."
[HR. Muslim].
Para sahabat juga selalu menjaga dan memelihara kewujudan Khilafah Islamiyyah sepanjang hidup mereka. Jika seorang khalifah meninggal, kaum muslimin perlu segera mengangkat khalifah baru, sebagai bentuk manifestasi dari sabda Rasulullah saw, ertinya, "Barangsiapa mati tanpa seorang imam, maka matinya, mati jahiliyyah." [HR. Ahmad].
Mereka juga menuturkan sabda Rasulullah, "Jika kamu menyaksikan seorang khalifah, hendaklah kamu taat, walaupun (ia) memukul punggungmu. Sesungguhnya jika tidak ada khalifah, maka akan terjadi kekacauan." [HR. Thabrani].
`Umar bin Khaththab ra sendiri bahkan memilih sekelompok pemuda yang dipersenjatai dengan pedang untuk mengawasi ahli jawatankuasa pemilihan Khalifah yang dipimpin oleh `Abdurrahman bin `Auf. Beliau ra berpesan kepada pemuda-pemuda tersebut untuk memenggal ahli jawatankuasa jika dalam jangka masa 2 hari 3 malam mereka tidak berhasil mengangkat seorang khalifah. Padahal, anggota ahli jawatankuasa tersebut adalah sahabat-sahabat yang telah dijamin masuk syurga. Namun demikian, tiada seorang sahabat pun yang mengingkari keputusan `Umar ini.
Ini menunjukkan bahawa para sahabat rela mempertaruhkan segenap jiwanya untuk mengangkat seorang Imam atau Khalifah ('Abdul Qadim Zallum, Nidzaam al-Hukm fi al-Islaam, hal. 81-82).Sebahagian sahabat-sahabat setelah zaman khulafaur rasyidin memilih untuk tidak melepaskan dirinya dari penguasa-penguasa fasiq dan zalim demi menjaga keutuhan dan kemashlahatan kaum muslimin. Ini menunjukkan betapa mereka sangat memperhatikan urusan kekhilafahan dan berusaha menjaganya dengan sepenuh jiwa dan keyakinan.
Dalam sebuah riwayat dituturkan bahawa Ibnu `Umar ra dan majoriti ahlul bait termasuk orang-orang yang tidak menolak untuk membaiat Yazid bin Mua'awiyyah dan mereka tidak pernah membaiat seorangpun setelah mereka menyerahkan ketaatan kepada Yazid (Riwayat ini dituturkan oleh Imam Ahmad. Imam Ahmad menyatakan, "Telah meriwayatkan kepada kami Ismail bin Aliyah; telah meriwayatkan kepada saya Shakhr bin Juwairiyyah, dari Nafi', ia berkata, "Ketika orang-orang berlepas diri dari Yazid bin Muawiyyah, Ibnu `Umar mengumpulkan anak-anak dan sanak keluarganya, kemudian ia berkata, "Saya membaiat lelaki ini (Yazid) atas dasar baiat kepada Allah dan RasulNya." Riwayat ini juga dituturkan oleh Imam Muslim dan Tirmizi. Imam Tirmizi menshahihkan hadis ini).
Pendapat seperti ini juga dipegang oleh Mohammad bin Hanafiyyah.Generasi kedua memiliki sikap yang sama dengan generasi-generasi sebelumnya. Banyak riwayat menunjukkan betapa besar perhatian mereka terhadap Khilafah Islamiyyah. Perhatian yang sangat besar terhadap urusan pemerintahan ini telah mendorong mereka untuk selalu menjaga dan memelihara kewujudan Khilafah Islamiyah. Mereka tetap taat kepada para khalifah yang telah dibaiat oleh umat selama mana mereka(para khalifah) memerintah dengan hukum-hukum Allah Swt, meskipun keperibadian para Khalifah tersebut buruk.
Generasi kedua, seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Mohammad bin Ismail, Mohammad bin Idris, Ahmad bin Nuh, Ishaq bin Raahawiyah, dan lain-lain memberikan perhatian yang sangat besar atas kelangsungan pemerintahan Islam. Mereka memahami bahawa tanpa khalifah, agama ini tidak akan sempurna penerapannya. Untuk itu, mereka lebih memilih untuk memberikan ketaatan kepada Khalifah fajir/zalim, selama mana mereka(para khalifah) masih menerapkan hukum-hukum Allah Swt (Al-Dararu al-Sunniyah fi al-Ajwabah al-Najdiyah, juz 7/hal. 177-178). Sebab, tatkala para Khalifah masih menerapkan hukum Islam, maka kemashlahatannya adalah untuk dirinya dan kaum muslimin. Sedangkan kefasikannya hanya membahayakan dirinya sendiri (Thabaqaat al-Hanaabilah, juz 2/36).
Imam Hasan al-Bashriy dalam kitab al-Sunnah mengatakan, "Siapa saja yang diberi kekuasaan untuk menduduki jabatan Khilafah berdasarkan kesepakatan dari umat (ijma'), dan umat telah redha kepada dirinya, maka ia adalah pemimpin atas kaum mukmin. Tak seorangpun boleh berdiam diri –meskipun semalam saja--, sementara itu ia tidak mengenal imamnya, samada pemimpinnya itu berperilaku baik mahupun buruk…… Pendapat semacam ini juga dikemukakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal." (Imam Ahmad menyatakan, "...Siapa saja yang berhasil mengalahkan seorang wali dengan perang (pedang), hingga dirinya diangkat menjadi seorang khalifah dan diberi gelar amirul mukminin, maka tak seorangpun yang beriman kepada Allah dan hari akhir, boleh berdiam diri meskipun semalam, sementara itu ia tidak tahu bahawa orang tersebut adalah seorang Imam, samada orang tersebut baik mahupun fajir/zalim....." Abu Ya'la, al-Ahkaam al-Sulthaaniyyah, hal.23. Keyakinan seperti ini telah dipegang oleh para ulama salaf. Lihat juga Abu Ya'la, Thabaqaat al-Hanaabilah, juz I/ 241-242).
Dalam kesempatan yang lain, Imam Hasan al-Bashri berkomentar mengenai penguasa-penguasa, "Mereka adalah pihak yang akan menjalankan lima urusan kita; menyelenggarakan solat Jum'at, jama'ah, solat `Ied, menjaga sempadan negara, dan melaksanakan hudud. Demi Allah, agama ini tidak akan sempurna tanpa mereka (penguasa), meskipun mereka suka berbuat dosa dan zalim." (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Adab al-Hasan al-Bashriy, hal. 121. Lihat pula Jaami' al-`Uluum wa al-Hikam, juz 2/117).
b. Ulama-ulama Khalaf Dan Mutaakhirin
Imam Abu Ya'la Mohammad al-Husain Al-Firaiy al-Hanbaliy menyatakan, "Mengangkat khalifah merupakan kewajipan." (Imam Abu Ya'la Mohammad al-Husain Al-Firaiy al-Hanbaliy, Al-Ahkaam al-Sulthaaniyyah, hal. 19). Imam Ahmad berkata, "Akan ada fitnah yang sangat besar jika tidak ada imam yang mengurusi urusan masyarakat." (Ibid, hal. 19. Keterangan Imam Ahmad ini terdapat di dalam riwayat Mohammad bin `Auf bin Sufyan al-Himashiy).
Imam Ibnu Taimiyyah berkata, "Harus difahami bahawa wilayat al-naas (mengurus urusan masyarakat –tertegaknya Khilafah Islamiyyah) merupakan kewajipan teragung diantara kewajipan-kewajipan agama yang lain, bahkan agama ini tidak akan tegak tanpa adanya khilafah Islamiyyah." (Imam Ibnu Taimiyyah, al-Siyaasat al-Syar'iyyah. Lihat pada Mauqif Bani al-Marjah, Shahwah al-Rajul al-Maridl, hal. 375).
Imam Mawardiy menyatakan, "Khilafah berkedudukan sebagai wakil nubuwwah….ia juga bertugas menjaga agama dan kehidupan dunia…..ia adalah sistem pemerintahan yang harus ditegakkan berdasarkan ijma'……mengangkat seorang khalifah hukumnya adalah wajib atas jama'ah al-Islamiyyah." (Abu al-A'laa al-Maududiy, Al-Hukumah al-Islamiyyah, al-Mukhtaar al-Islamiy, cet-I, tahun 1977, diterjemahkan dalam bahasa Arab oleh Ahmad Idris).
Imam Al-Ghazaliy berkata, "Kita tidak mampu menetapkan sesuatu perkara ketika negara tidak lagi memiliki imam dan peradilan telah rosak…" (Imam Al-Ghazali, Ihyaa' `Uluum al-Diin, lihat juga syarahnya oleh Al-Zabidiy, juz 2/233).
Pendapat-pendapat yang sama juga diketengahkan oleh 'ulama-`ulama besar lain semisal, Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim, Tirmizi, Thabrani dan ashhab al-sunan lainnya; Imam al-Zujaj, Abu Ya'la al-Firaiy, al-Baghawiy, Zamakhsyariy, Ibnu Katsir, Imam al-Baidhawiy, Imam Nawawi, al-Thabariy, Qurthubiy, Ibnu Khaldun, Imam al-Qalqasyandiy, dan lain-lain (Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-`Arab, hal. 26; Imam Qalqasyandiy, Maatsirul al-Inafah fi Ma'aalim al-Khilafah, juz I/16; Imam Zamakhsyariy, Tafsir al-Kasysyaaf, juz 1/hal.209; Imam Ibnu Katsir, Tafsir Al-Quraan al-`Adzim, juz 1/hal. 70; Imam al-Baidlawiy, Anwaar al-Tanziil wa Asraar al-Ta`wiil, hal. 602; Imam Thabariy, Tharikhal-Umam wa al-Muluuk, juz 3/277; Imam Ibnu Taimiyyah, Minhaaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, juz 1/137-138; Ibnu Khaldun, Muqaddimah Ibnu Khaldun, juz 2/519; Ibnu `Abd al-Barr, al-Isti'aab fi Ma'rifat al-Ashhaab juz 3/1150 dan Taarikh al-Khulafaa' hal.137-138, dan lain-lain).
Syaikh Taqiyyuddin al-Nabhani, "Menegakkan khilafah Islamiyyah hukumnya fardhu kifayah atas kaum muslimin di seluruh dunia Islam….Menegakkan khilafah sama dengan kewajipan-kewajipan lain yang difardhukan oleh Allah swt…..mengabaikan kewajipan ini adalah kemaksiatan terbesar yang akan dibalas dengan azab yang sangat pedih." (Taqiyyuddin al-Nabhani, Al-Syakhshiyyah al-Islamiyyah, juz II, hal. 15).
Pendapat-pendapat yang sama juga diketengahkan oleh `ulama-ulama mutaakhirin yang lain, semisal al-Maududi, Abdul Qadim Zallum, Sayyid Quthub, dan lain sebagainya (Bandingkan dengan Mauqif Bani al-Marjah, Shahwah al-Rajul al-Maridl).Hampir-hampir tidak ada satupun ulama mukhlish yang mengingkari kewajipan untuk menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah, meskipun mereka berbeza pendapat dalam menetapkan kedudukan Khalifah dan metod perjuangan untuk menegakkan kembali khilafah Islamiyyah. Para ulama sejak generasi awal Islam hingga mutaakhirin tidak pernah berselisih pendapat mengenai kewajipan untuk mengangkat seorang Khalifah atau Imam.
Hanya `ulama-ulama fajir dan fasiq yang menghambakan dirinya kepada orang-orang kafir yang terus berusaha memalingkan umat Islam dari usaha menegakkan Khilafah Islamiyyah, semisal, Ali `Abdul Raziq, Syarif Husain, serta orang-orang yang menyebarkan pemikiran-pemikiran kafir barat atas nama Islam. `Ulama-ulama seperti ini menyebarkan pemikiran-pemikiran rosak yang meracuni kejernihan ajaran Islam.
Dalam lintasan sejarah Islam tidak ada satupun masa dimana kaum muslimin tidak diperintah oleh seorang khalifah. Mereka selalu berusaha mengangkat khalifah, seandainya Khalifah sebelumnya telah meninggal atau diberhentikan kerana sebab-sebab syar'ie lainnya. Tradisi seperti ini tidak pernah terhenti hingga kebodohan melanda sebahagian besar kaum muslimin.
Dalam sejarah umat Islam sepanjang pemerintahan Khilafah Islamiyyah,kaum muslimin belum pernah lagi tidak diperintah oleh seorang Khalifah dalam waktu yang lama, kecuali sejak tahun 1924 pasca keruntuhan Khilafah Utsmaniyyah di Turki hingga sekarang ini. Padahal, kesempurnaan dan kelangsungan Islam sangat bergantung kepada sistem pemerintahan yang agung ini. Apakah Khilafah Islamiyyah Hanya Berumur 30 Tahun dan Selebihnya Kerajaan?Sebahagian kaum muslimin ada yang berpendapat bahawa masa kekhilafahan hanya berumur 30 tahun dan selebihnya adalah kerajaan. Mereka mengetengahkan hadis-hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan ulama-ulama lainnya.
Rasulullah saw bersabda, "Setelah aku, khilafah yang ada pada umatku hanya berumur 30 tahun, setelah itu adalah kerajaan." [HR. Imam Ahmad, Tirmizi, dan Abu Ya'la dengan isnad hasan]."Khilafah itu hanya berumur 30 tahun dan setelah itu adalah raja-raja, sedangkan para khalifah dan raja-raja berjumlah 12." [HR. Ibnu Hibban]."Sesungguhnya awal dari agama ini adalah nubuwwah dan rahmat, setelah itu akan tiba masa khilafah dan rahmat, setelah itu akan datang masa raja-raja dan para diktator. Keduanya(masa raja-raja dan diktator) akan membuat kerosakan di tengah-tengah umat. Mereka telah menghalalkan sutera, arak, dan kerosakan. Mereka selalu mendapatkan pertolongan dalam mengerjakan hal-hal tersebut; mereka juga mendapatkan rezeki selama-selamanya, sampai menghadap kepada Allah swt." [HR. Abu Ya'la dan Al-Bazar dengan isnad hasan].
Hadis-hadis inilah yang dijadikan dalil bahawa masa kekhilafahan itu hanya 30 tahun dan selebihnya adalah kerajaan. Lebih dari itu, mereka juga menyatakan bahawa perjuangan menegakkan Khilafah Islamiyyah hanyalah perjuangan kosong dan khayalan. Sebab, Rasulullah saw telah menyatakan dengan sangat jelas bahawa masa kekhilafahan itu hanya berumur 30 tahun. Walhasil, kekhilafahan tidak mungkin berdiri meskipun diperjuangkan oleh gerakan-gerakan Islam. Kalau pun pemerintahan Islam berdiri bentuknya tidak khilafah akan tetapi kerajaan.Lalu, apakah benar bahawa hadis-hadis di atas dalalahnya menunjukkan bahawa umur khilafah Islamiyyah itu hanya 30 tahun dan selebihnya adalah kerajaan?Untuk menjawab pendapat-pendapat ini kita perlu menjelaskan satu persatu maksud dari hadis-hadis di atas.
HADIS PERTAMA
Kata khilafah yang tercantum dalam hadis pertama maknanya adalah khilafah nubuwwah, bukan khilafah secara mutlak. Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fath al-Bariy berkata, "Yang dimaksud dengan khilafah pada hadis ini adalah khilafah al-Nubuwwah (khilafah yang berjalan sesuai dengan prinsip-prinsip nubuwwah), sedangkan Mu'awiyyah dan khalifah-khalifah setelahnya menjalankan pemerintahan layaknya raja-raja. Akan tetapi mereka tetap dinamakan sebagai khalifah." Pengertian seperti ini diperkuat oleh sebuah riwayat yang dituturkan oleh Imam Abu Dawud, "Khilafah Nubuwwah itu berumur 30 tahun." [HR. Abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud no.4646, 4647].
Yang dimaksud khilafah Nubuwwah di sini adalah empat khulafaur Rasyidin; Abu Bakar, `Umar , `Utsman, dan Ali Bin Thalib. Mereka adalah para khalifah yang menjalankan roda pemerintahan seperti Rasulullah saw. Mereka tidak hanya berkedudukan sebagai penguasa, akan tetapi secara langsung benar-benar seperti Rasulullah saw dalam mengatur urusan pemerintahan. Sedangkan kebanyakan khalifah-khalifah dari dinasti Umayyah, `Abbasiyyah dan `Utsmaniyyah banyak yang tidak menjalankan roda pemerintahan seperti halnya Rasulullah saw, namun demikian mereka tetap disebut sebagai amirul mukminin atau khalifah.Ada diantara mereka yang dikategorikan sebagai khulafaur rasyidin, yakni Umar bin `Abdul `Aziz yang dibaiat pada bulan Safar tahun 99 H.
Diantara mereka yang menjalankan roda pemerintahan hampir-hampir dekat dengan apa yang dilakukan oleh Nabi saw, misalnya Al-Dzahir bi Amrillah yang dibaiat pada tahun 622 H. Ibnu Atsir menuturkan, "Ketika Al-Dzahir diangkat menjadi khalifah, keadilan dan kebaikan telah terlihat di mana-mana seperti pada masa khalifah dua Umar (Umar bin Khaththab dan Ibnu Umar). Seandainya dikatakan, "Dirinya tidak ubahnya dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz, maka ini adalah perkataan yang baik."
Para Khalifah pada masa-masa berikutnya meskipun tak ubahnya seorang raja, akan tetapi mereka tetap menjalankan roda pemerintahan berdasarkan sistem pemerintahan Islam, yakni Khilafah Islamiyyah. Mereka tidak pernah menggunakan sistem kerajaan, kesultanan mahupun sistem lainnya. Walaupun kaum muslimin berada pada masa-masa kemunduran dan kerosakan, namun mereka tetap menjalankan roda pemerintahan mengikut sistem kekhilafahan bukan dengan sistem pemerintahan yang lain.
Walhasil, tidak benar jika dinyatakan bahawa umur Khilafah Islamiyyah itu hanya 30 tahun. Yang benar adalah, sistem kekhilafahan tetap ditegakkan oleh penguasa-penguasa Islam hingga tahun 1924 M.
HADIS KEDUA & KETIGA
Kata "al-muluuk"(raja-raja) dalam hadis di atas bermakna adalah, "Sebahagian tingkah laku dari para khalifah itu sama dengan raja-raja." Hadis di atas sama sekali tidak memberikan erti bahawa mereka adalah raja secara mutlak, akan tetapi hanya menunjukkan bahawa para khalifah itu dalam hal-hal tertentu bertingkah laku seperti seorang raja. Fakta sejarah telah menunjukkan pengertian seperti ini. Sebab, para khalifah dinasti `Abbasiyyah, Umayyah, dan `Utsmaniyyah tidak pernah berusaha menghancurkan sistem kekhilafahan, atau menggantinya dengan sistem kerajaan. Mereka tetap berpegang teguh dengan sistem kekhilafahan, meskipun sebahagian perilaku mereka seperti seorang raja.
Meskipun kebanyakan khalifah pada masa dinasti `Abbasiyyah, Umayyah, dan `Utsmaniyyah ditunjuk(yakni dipilih sendiri oleh khalifah sebelumnya) selagi khalifah sebelumnya masih hidup dan memerintah, akan tetapi proses pengangkatan khalifah tetap dilakukan dengan cara baiat oleh seluruh kaum muslimin; bukan dengan putera mahkota (wilayat al-`ahdi).Makna yang ditunjuk oleh frasa "dan setelah itu adalah raja-raja" adalah makna bahasa, bukan makna istilah. Dengan kata lain, erti dari frasa tersebut adalah "raja dan sultan" bukan sistem kerajaan dan kesultanan. Atas dasar itu, dalam hadis-hadis yang lain dinyatakan bahawa mereka adalah seorang penguasa (khalifah) yang memerintah kaum muslimin dengan sistem khilafah.
Dituturkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah saw bersabda, "Setelah aku akan ada para khalifah yang berbuat sebagaimana yang mereka ketahui dan mengerjakan sesuatu yang diperintahkan kepada mereka. Setelah mereka berlalu, akan ada para khalifah yang berbuat tidak atas dasar apa yang diketahuinya dan mengerjakan sesuatu tidak atas apa yang diperintahkan kepada mereka. Siapa saja yang ingkar maka ia terbebas dari dosa, dan barangsiapa berlepas diri maka ia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang redha dan mengikuti mereka maka ia berdosa."Penjelasan di atas sudah cukup untuk menggugurkan pendapat yang menyatakan bahawa sistem khilafah Islamiyyah hanya berumur 30 tahun dan selebihnya adalah kerajaan. Hadis-hadis yang mereka ketengahkan sama sekali tidak menunjukkan makna tersebut.
Sistem khilafah Islamiyyah tetap berlangsung dan terus dipertahankan di sepanjang sejarah Islam, hingga tahun 1924 M. Meskipun sebahagian besar khalifah dinasti `Abbasiyyah, Umayyah, dan `Utsmaniyyah bertingkah laku seperti seorang raja, namun mereka tetap konsisten dengan sistem pemerintahan yang telah digariskan oleh Rasulullah saw, yakni khilafah Islamiyyah. Tugas kita sekarang adalah berjuang untuk menegakkan kembali khilafah Islamiyyah sesuai dengan manhaj Rasulullah saw. Sebab, tertegaknya khilafah merupakan pra syarat bagi tersempurnanya penerapan agama Islam. Tidak ada Islam tanpa syariah, dan tidak ada syariah tanpa khilafah Islamiyyah.

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR