ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


BENDERA DAULAH KHILAFAH ISLAMIYAH

BENDERA DAULAH KHILAFAH ISLAMIYAH
"BENDERA ISLAM"






AL-LIWAA' & AR-RAYAH


Bendera dan panji-panji merupakan simbol kewujudan sebuah Sistem Pemerintahan atau Negara. Setiap negara yang ada di dunia sejak masa lampau hingga kini memiliki bendera atau panji-panji yang menjadi lambang bagi negaranya. Tidak terkecuali juga peradaban dan negara Islam (Daulah Khilafah Islamiyah).Kajian tentang bendera (liwaa') dan panji-panji (raayah) dalam khazanah tsaqafah Islam termasuk topik yang amat tersembunyi. Bahkan sebagian besar kaum Muslim tidak terlalu mempedulikan simbol-simbol Islam ini.
Telah dikuatkan dalam berberapa riwayat bahawa ada dua bendera dalam Islam, iaitu:
1. Al-Liwaa' adalah al-'alam (bendera) yang bersaiz besar. Al-liwaa' adalah bendera rasmi Daulah Khilafah Islamiyah di masa Rasulullah SAW dan para Khalifah setelah beliau dan jumlahnya hanya satu.
Bendera (Liwa’) adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih.”
Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, “Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.
Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af ’al) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Diriwayatkan dari Jabir, “Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa’) berwarna putih.” [HR Ibnu Majah].
An-Nasa’i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.
2. Ar-Raayah berbeza dengan al-'alam (bendera). Ar-Raayah adalah al'alam (bendera) yang berukuran kecil yang diserahkan oleh Khalifah atau wakilnya kepada pemimpin perang serta komandan-komandan pasukan Islam lainnya. Ar-Raayah merupakan tanda yang menunjukkan bahawa orang yang membawanya adalah pemimpin perang, dan jumlahnya banyak.
Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih.
Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, “Akubenar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali.” [HR Bukhari].
Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.
Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, “Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: “Ini panji-panjii apa?” Mereka pun menjawab: “(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan.”
Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, “Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal –ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: “Ada apa dengan orang-orang itu?” Mereka menjawab: “Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat.” Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash.
Dalam riwayat An Nasa’i, dari Anas, “Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.”
Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapiboleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.
Berikut ini adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh Imam as-Sarkhasiy, dan dikuatkan dalam syarah Kitab as-Sair al-Kabir, karangan Imam Muhammad bin al-Hasan as-Syaibaniy, murid dari Imam Abu Hanifah.
Disana disimpulkan, "Liwaa' adalah bendera yang berada di tangan penguasa.
Ar-Raayah, adalah panji yang dimiliki oleh setiap pemimpin division pasukan, dimana semua pasukan yang ada dalam divisionnya disatukan di bawah panji tersebut. Liwaa' hanya berjumlah sebuah untuk keseluruhan pasukan.
Liwaa' digunakan sebagai petunjuk pasukan ketika mereka merasa perlu untuk menyampaikan keperluan mereka hadapan penguasa (imam). Liwaa' dipilih berwarna putih. Ini ditujukan agar boleh dibezakan dengan panji-panji berwarna hitam yang ada di tangan para pemimpin division pasukan." (Syarh as-Sair al-Kabir: I/72).

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR