ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


MENGGUGAT DEMOKRASI

*MENGGUGAT DEMOKRASI*

Demokrasi, merupakan istilah yang seringkali dilaung-laungkan oleh ramai orang. Bukan sahaja orang bukan Islam, tetapi orang-orang Islam pula telah tertipu untuk menyatakan pernyataan yang serupa. Dikatakan tertipu, kerana dua hal.
Pertama, kerana di dalam kamus politik Barat, orang-orang Barat hanya menciptakan dua istilah sahaja dalam sistem politik mereka, iaitu teokrasi dan demokrasi. Teokrasi artinya pemerintahan Tuhan, sedangkan demokrasi adalah pemerintahan manusia, atau rakyat. Kerana itu, apabila seseorang dikatakan tidak demokratik, bererti identik dengan sistem ketuhanan, yang otoritarian, diktator dengan menggunakan nama Tuhan, zalim dan sebagainya. Akhirnya, orang takut dikatakan anti demokrasi. Sebab, anti demokrasi bererti identik dengan jahat, zalim, otoriter dan sebagainya. Sebab, hanya ada dua istilah dalam kamus politik mereka. Mereka langsung menutup mata terhadap istilah dalam Islam, iaitu sistem Khilafah, yang tidak demokratik dan tidak teokratik. Bahkan istilah Khilafah, yang sebelumnya lebih dahulu ada dalam pentas politik dunia, dan berjaya menguasai dunia lebih tiga belas abad, sebelum lahirnya demokrasi, langsung dihapus dan tidak pernah dimasukkan dalam kamus politik mereka. Inilah penipuan pertama. Dan kerana itu, orang Islam yang mengikutinya tentu layak dikatakan tertipu.

Kedua, demokrasi dicuba untuk diislamkan. Dan penipuan yang kedua inilah yang jauh lebih berbahaya, dibandingkan dengan penipuan yang pertama. Sehingga ramai orang Islam, malah ulama'-ulama' kaum muslimin yang tertipu, kerana penipuan yang kedua ini. Karana itu, mengingat besarnya penipuan yang kedua ini, dan besarnya kesan penipuan ini dalam dunia Islam, malah lebih berbahaya lagi kerana jelas-jelas bertentangan dengan Islam tetapi dikatakan sesuai atau tidak bertentangan dengan Islam, tulisan ini mencuba menghuraikan seputar sejarah masuknya demokrasi dalam dunia Islam.

Seperti biasa, apabila terdapat idea-idea baru yang bukan daripada Islam, ulama'lah yang digunakan untuk menjadi buldozer agar idea-idea tersebut boleh berjalan mulus tanpa ada halangan. Sebut saja, Muhammad Abduh, dengan karya tafsirnya, yang kemudiannya ditulis oleh muridnya, Rasyid Ridha, yang diberi tajuk Tafsir Al-Qur'ani Al-Hakim: Al-Manar, adalah orang yang berani mengatakan, bahawa mengambil hukum British adalah tidak salah. Sebab, pemerintahan British merupakan pemerintahan yang mendekati kepada keadilan, dibandingkan dengan pemerintahan Islam. Dan adil itu merupakan sifat daripada Islam. Fatwa ini disampaikan oleh Muhammad Abduh, apabila menerangkan tafsir surat Al-Maidah: 44, kepada rakyat India, agar dapat menerima pemerintahan British, yang kafir-imperialis itu.

Hal yang sama juga dilakukan oleh Al-Maraghi, bekas Syeikh Al-Azhar, yang mengeluarkan fatwa tentang kewajipan seorang khalifah daripada keturunan Quraisy. Dan mencuba untuk meragukan kedudukan khalifah Othmaniyah yang sah. Sebab, khalifah Othmaniyah, bukanlah dari keturunan Quraisy, kerana itu kekhalifahannya tidak sah. Sang Syeikh ini juga menolak bahawa syari'at Islam diterapkan di zaman moden sebagai perlembagaan. Dia juga dengan berani membenarkan pemerintahan Islam untuk tidak melaksanakan hukum Islam kepada orang-orang asing, meskipun mereka sendiri menghendakinya. Juga membenarkan orang-orang kafir zimmi untuk tidak dijatuhi uqubat, apakah berupa hudud, jinayat, ta'zir atau mukhalafat, apabila mereka menyimpang dari penerapan hukum Islam, yang menjadi syarat diperolehinya jaminan zimmah mereka.

Kemudian intelektual yang terkenal kerana pandangan kontroversinya, kerana buku yang ditulisnya, Al-Islam Wa Ushulu Al-Hukmi, iaitu Ali Abdurraziq. Ali kemudian dipecat dari seluruh jawatannya di Al-Azhar, termasuklah kedudukannya sebagai ulama' Al-Azhar, malah kemudian sijilnya ditarik semua oleh University Al-Azhar. Ali Abdurraziq mengatakan, bahawa Islam adalah agama yang mengajarkan spiritual sahaja. Sedangkan ajaran politik tidak diajarkan oleh Islam.
Dalam hal ini, Dr. Mahmud Al-Khalidi, guru besar di University Yarmuk, Jordania, dalam bukunya Ad-Dimuqrathiyah Fi Dhau'i As-Syari'ah Al-Islamiyah, menyebutkan ada 7 dakwaan yang ditujukan kepada Ali, antara lain kerana sikapnya yang menyatakan, bahawa:
(1) Syari'at Islam merupakan syari'at spiritual, yang tidak ada hubungannya dengan pemerintahan dan pelaksanaan urusan dunia,
(2) Jihad Nabi saw. adalah untuk mewujudkan cita-cita baginda sebagai raja, bukan untuk agama dan dakwah,
(3) Sistem pemeritahan zaman Nabi saw. masih samar, kacau-bilau dan belum ada standard,
(4) Tugas utama Nabi hanyalah menyampaikan syari'at dan bukannya untuk berkuasa dan melaksanakan syari'atnya,
(5) Sahabat tidak pernah melakukan kesepakatan untuk mengangkat imam (khalifah), (6) Peradilan merupakan tugas syari'at,
(7) Pemerintahan Abu Bakar, dan khalifah-khalifah setelahnya bukanlah kekuasaan keagamaan.

Begitulah, kebiasaan orang-orang kafir memasukkan idea-idea kufur mereka, untuk menimbulkan keraguan kaum muslimin kepada agamanya serta memasukkan ajaran-ajaran yang bukan daripada Islam untuk diislamkan. Dengan cara ini pula, kita dapat melihat pintu demokrasi yang asalnya tertutup di dunia Islam kemudian menjadi terbuka. Dan yang membuka itu adalah para ulama' syu', atau meminjam istilah Ali bin Al-Haj, dalam buku Fashlu Al-Kalam Muwajahati Zulmi Al-Hukkam, disebut ulama' salathin. Kerana kedudukan mereka sebagai Syeikh Al-Islam yang bertugas mengeluarkan fatwa untuk kepentingan pemerintah. Maka, kita mengenal Dr. Abbas Mahmud Al-Aqqad, Dr. Ahmad Amin, Dr. Fahmi Huwaidi, Syeikh Al-Ghazali, Dr. Yusuf Al-Qardhawi, sebagai barisan intelektual, apabila tidak layak disebut sebagai ulama', yang membuka pintu tersebut. Mula-mula Abbas Mahmud Al-Aqqad, diikuti Ahmad Amin, Fahmi Huwaidi, Syeikh Al-Ghazali dan seterusnya hingga Yusuf Al-Qardhawi. Mereka inilah yang mempunyai `jasa' untuk memasukkan idea-idea kufur tersebut dengan fatwa mereka ke dalam ajaran Islam.

Logika Keluarnya Fatwa Ulama' tentang Demokrasi

Ulama'-ulama' yang mengeluarkan fatwa bolehnya kaum muslimin menggunakan demokrasi sebagai sistem pemerintahan mereka dalam dilacak, yang masing-masing mempunyai alasan yang sama.
Dan pandangan mereka yang paling mendasar, dapat dirumuskan menjadi tiga alasan:

Pertama, pemikiran yang mendominasi wajah dunia Islam ketika itu hingga ketika ini, bahawa apa sahaja yang tidak bertentangan dengan Islam, dan tidak ada dalil yang menyatakan dengan tegas melarangnya, maka hukum untuk mengambilnya dimubahkan. Mereka menggunakan dalil, bahawa Nabi saw. melihat sendiri amalan akad Jahiliyah berlaku di tengah-tengah orang ramai, sedangkan baginda saw. mendiamkannya. Dan apa sahaja yang tidak baginda saw. akui, bererti dilarang. Jadi, apa sahaja yang baginda akui, bererti sah. Dan apa sahaja yang baginda larang, bererti haram. Demikianlah, maka semua pemikiran, hukum atau perlembagaan yang tidak bertentangan dengan Islam, dan tidak ada larangan yang menyatakannya, maka dapat diambil.

Kedua, kemubahan adalah apa sahaja yang tidak mengandungi kesulitan (al-haraj). Menafikan wujudnya kesulitan pada sesuatu, bererti merupakan dalil kemubahannya. Maka, mengambil apa yang tidak dinyatakan terlarang, adalah mubah. Begitu pula, apabila syara' mendiamkannya, dan tidak menerangkan hukumnya, maka itu hukumnya mubah. Sebab, apa sahaja yang didiamkan oleh syara' hukumnya adalah mubah.
Nabi bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT. Telah memfardhukan kepada kamu berbagai-bagai kefardhuan, maka janganlak sekali-kali kamu mengabaikannya. Dia juga melarang daripada sesuatu, maka janganlah kamu sekali-kali melanggarnya. Dia juga telah menetapkan ketentuan (hukum-hukum), maka janganlah kamu sekali-kali melampauinya (melanggar), Dan Dia juga telah membebaskan sesuatu sebagai rahmat bagi kamu, bukan kerana lalai, maka janganlah kamu sekali-kali mencari-carinya."

Kerana itu, maka apa sahaja yang tidak dilarang oleh syara' adalah mubah. Dan apa sahaja yang tidak dinyatakan terlarang oleh nas, dan didiamkan oleh syara' adalah mubah. Sehingga mengambil hukum dan perlembagaan yang tidak dinyatakan oleh syara', serta tidak dinyatakan terlarang oleh syara' termasuklah dalam kemubahan ini, sebab di dalamnya tidak terdapat kesulitan (al-haraj). Kerana memang tidak dinyatakan terlarang. Juga kerana tidak dinyatakan di dalam syara'. Malah didiamkan oleh syara'.

Ketiga, Islam adalah agama yang mengajarkan syura, keadilan, persamaan dan kekuasaan di tangan ummat. Dan semuanya ini merupakan inti daripada demokrasi, maka demokrasi hakikatnya berasal daripada Islam. Islam juga telah menyamakan antara miskin dan kaya, hak dan kewajipan, menteri dengan penggembala kambing, dan mendorong agar urusan mereka dibincangkan dengan sesama mereka, bahkan ianya merupakan kaidah utama amar makruf dan nahi mungkar. Sedangkan syura di dalam ajaran Islam, dalam istilah moden telah disusun dalam bentuk institusi yang bernama Parlemen. Sementara amar makruf dan nahi mungkar, dalam bahasa moden diistilahkan dengan kebebasan pers dan jurnalistik, kebebasan individu dan kolektif untuk menerbitkan dan menyatakan pendapat dan pandangan, untuk mengawal apa yang mereka anggap salah. Dan tidak ada yang maksum. Pemerintah tidak maksum. Menteri Besar tidak maksum. Maka, mereka boleh diluruskan, diancam, dan dipaksa dengan kekuatan oleh opini am. Yang semuanya ini dalam Al-Qur'an disebut tawashau bi al-haq. Dan semuanya itu merupakan bahagian daripada demokrasi. Jadi, demokrasi berasal daripada Islam. Al-Qur'an telah mengajarkannya, dan baginda saw. juga telah memerintahkannya. Maka, jadilah ia sebagai bahagian daripada ajaran Islam.

Kekeliruan Logika Fatwa Ulama'

Apabila kita mahu berfikir ulang, secara jernih dan sungguh-sungguh mencari kebenaran, maka setelah kita analisis, ketiga alasan yang menjadi dasar logika keluarnya fatwa ulama' tersebut adalah kacau-bilau.
Antara lain, dapat dilihat dari beberapa aspek:

Pertama, ada perbezaan antara pemikiran yang berkenaan dengan aqidah dan hukum syara' dengan pemikiran yang berkenaan dengan sains, enjinering, industri, penemuan-penemuan dan sebagainya. Pemikiran yang berkenaan dengan sains, enginering dan sebagainya, sememangnya dapat diambil daripada orang bukan Islam, apabila tidak bertentangan dengan Islam. Sedangkan pemikiran yang berkenaan dengan aqidah dan hukum syara' sememangnya tidak dapat diambil daripada orang bukan Islam, kecuali apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah saw. dalam Al-Kitab dan As-Sunnah. Atau apa sahaja yang dinyatakan oleh kedua sumber tersebut, iaitu Ijma' Sahabat dan Qiyas.

Dalil mengenai masalah ini, adalah sabda baginda saw., yang menyatakan:
"Aku hanyalah manusia seperti kamu, maka apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan agama kamu, ambillah. Dan apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan dunia kamu, maka aku hanyalah manusia." (H.r. Imam Muslim dan An-Nasa'i dari Rafi' bin Khudaij).

Disamping itu, juga terdapat sabda baginda saw. yang lain dalam kes penyerbukan pokok kurma, yang menyatakan:

"Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu." (H.r. Imam Muslim dari Anas dan Aisyah).
Kerana itu, apa sahaja yang bukan daripada urusan syari'at, iaitu bukan masalah aqidah dan hukum syara', selama tidak bertentangan dengan Islam, maka dapat diambil. Namun, apabila ianya merupakan masalah aqidah dan hukum syara', maka hanya dapat diambil daripada Rasul dan bukan daripada yang lain. Inilah yang difahami oleh para sahabat. Dan gambaran ini, nampak dalam kes perang Badar. Apabila Hubab bin Mundir Al-Jamuh, hendak menolak pandangan Nabi, terlebih dahulu beliau bertanya: Apakah ini merupakan pendapat, wahyu atau strategi? Yang dalam masalah ini, nampak dalam pemahaman sahabat, bahawa ada perbezaan antara pendapat, strategi dan wahyu. Apabila dijawab oleh Rasulullah, bahawa: Ini merupakan pendapat dan strategi (yang mubah), maka Hubab langsung sahaja mengajukan ketidaksetujuannya dengan pendapat dan stretegi baginda saw. Dan baginda saw. menerima usulan Hubab tersebut.

Dengan demikian, kerana masalah demokrasi ini merupakan masalah sistem. Dan sistem pemerintahan ini adalah kumpulan aturan (hukum) yang lahir daripada aqidah tertentu, iaitu Kapitalisme, maka hakikatnya ia merupakan pemecahan yang ditetapkan oleh aqidah Kapitalisme tersebut untuk memecahkan masalah yang lahir dalam kehidupan orang yang meyakini aqidah tersebut. Maka, mengambil sistem tersebut telah memastikan orang yang mengambilnya meyakini kebenaran Kapitalisme, terlepas daripada seberapa besar keyakinanannya kepada aqidah tersebut. Dan ini tentu bertentangan dengan aqidah Islam, yang menuntut tauhidullah secara mutlak. Kerana itu, dalam masalah tersebut, kaum muslimin hukumnya haram menggunakan sistem tersebut, meskipun tidak meyakini kebenarannya. Bahkan lebih haram lagi, apabila meyakini kebenarannya. Yang dapat menjerumuskannya kepada penyekutuan Allah dengan makhluk-Nya. Iaitu, adanya keyakinan yang menganggap adanya zat lain, selain Allah yang juga mampu membuat sistem yang sama dengan Allah. Na'uzu billah.

Kedua, bahawa Rasulullah saw. telah melarang kita untuk mengambil selain daripada baginda saw. dengan larangan yang tegas.
Sabda baginda saw.:
"Dan sesiapa sahaja yang membuat perkara baru dalam urusanku ini, yang tidak bersumber dari ajaranku, maka ia pastinya tertolak." (H.r. Imam Muslim dari Aisyah).

"Dan sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan, yang tidak sesuai dengan perintahku, maka ia pastinya tertolak." (H.r. Imam Muslim dari Aisyah).

"Dan sesiapa sahaja yang membuat perkara baru dalam urusanku ini, yang tidak bersumber dari ajaranku, maka ia pastinya tertolak." (H.r. Imam Muslim dari Aisyah).

"Kamu pastinya akan mengikuti sunnah-sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga apabila merika masuk lobang biawak kamu pasti akan mengikutinya. Saya bertanya (Abi Said Al Hudri) "Ya Rasulullah apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" jawab Rasulullah: "Siapa lagi kalau bukan mereka" (H.r. Bukhari dari Abi Said Al Hudri)

Nas-nas di atas menerangkan larangan untuk mengambil selain ajaran kita, hadis yang pertama melalui dua riwayat di atas dengan tegas melarang serta mencela untuk mengambil selain daripada ajaran kita dengan mengatakan: "Maka ianya tertolak". Sedangkan dua hadis yang terakhir mengandungi makna larangan yang sama. Oleh kerana itu, mengambil hukum dari perlembagaan selain Islam terkena larangan tersebut sebab tindakan itu merupakan tindakan mengada-adakan perkara baru di dalam ajaran agama kita yang bukan bersumber daripada ajaran agama Islam, tetapi di ambil daripada selain Islam, disamping tindakan itu sama dengan mengikuti umat dan bangsa lain seperti Parsi dan Romawi atau Inggeris dan Perancis. Kerana itu hukum mengambilnya adalah haram.

Yang ketiga, Rasululluh saw adalah seorang rasul yang apabila disoal tentang hukum yang belum diterangkan oleh wahyu maka beliau tidak akan menjawab dan sebaliknya menunggu sehingga Allah menurunkan hukum tersebut, telah diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud yang mengatakan: "Nabi saw telah ditanya tentang ruh, kemudian nabi diam sehingga turun ayat (tentang ruh)". Hadis riwayat dari Ibnu Mas'ud.

Diriwayatkan pula dari Jabir bin Abdillah yang mengatakan saya sakit kemudian Rasulullah mendatangi ku untuk menjenguk ku bersama Abu Bakar, mereka berjalan lalu mendatangi ku ketika aku sedang tidak sedarkan diri, Rasulullah kemudian berwuduk dan mengalirkan air wuduknya kepada ku kemudian aku sedar, aku bertanya pada Rasulullah, Ya Rasulullah, dan Abu Sufian juga bertanya aku bertanyakan wahai Rasulullah apa yang mesti aku putuskan tentang harta ku? Apa yang mesti aku lakukan terhadap harta ku maka beliau tidak menjawab pertanyaan ku sehinggalah turun ayat waris. (H.r. Bukhari dari Jabir bin Abdillah)

Semuanya ini menerangkan bahawa tidak dibenarkan untuk mengambil selain yang dibawa oleh wahyu, apabila Rasulullah saw sendiri tidak menerangkan pandangan baginda sendiri sehingga baginda menunggu wahyu sehingga wahyu itu datang maka hal itu menjadi dalil bahawa tidak dibenarkan untuk mengambil apa pun kecuali apa yang dinyatakan oleh wahyu.

Yang keempat, Allah memerintahkan kita untuk mengambil apa yang diperintahkan oleh rasul dan melarang kita apa yang dilarang oleh rasul untuk kita dan memerintahkan kita untuk mengambil rasulullah sebagai hakim iaitu berhukum pada apa yang dibawa oleh rasulullah.
Allah telah berfirman:
"Apa-apa yang disuruh oleh rasulullah maka ambillah dan apa-apa yang dilarang oleh rasul maka tinggalkanlah"

Mafhum ayat tersebut adalah bahawa apa yang tidak disampaikan oleh rasul kepada kita tidak boleh kita ambil, mafhum mukhalafah dari `manahakum anhu' (apa yang dilarang oleh nya untuk kamu) itu tidak dapat dinyatakan gugur berdasarkan keumuman nas yang tidak membolehkan untuk mengambil selain daripada syariat Islam sesuai dengan firman Allah:
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim (pemutus) terhadap perkara yang mereka perselisihkan." (Q.s. An Nuur : 63)

"Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari (kufur terhadap) taghut itu. (Q.s An Nisaa: 60)

Selain itu Rasulullah saw telah bersabda:
"Setiap perbuatan yang tidak ada perintah kami atasnya, maka perbuatan itu tertolak" (H.r Muslim).

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR