ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


HIMAYAH DALAM SOROTAN DAKWAH DAN THALABUN NUSHRAH


HIMAYAH DALAM SOROTAN DAKWAH

DAN THALABUN NUSHRAH


Oleh : Zulfaqar An-Nahrawani



SEKILAS FAKTA MENGENAI THALABUN NUSHRAH



Thalabun Nushrah merupakan salah satu aktiviti dakwah untuk mencari perlindungan dan kekuasaan bagi menegakkan hukum dan syariat Allah ‘azza wa jalla melalui wadah Daulah Islamiyah.Aktiviti ini dilakukan dengan mencari nushrah dari kalangan orang-orang yang memiliki kekuataan(Ahlul Quwwah) bagi mendukung dan melindungi aktiviti dakwah dari ancaman musuh-musuh Islam agar dakwah Islam berjalan dengan lancar,di samping mencari kekuasaan untuk menegakkan Daulah Islamiyah,sekaligus dapat menerap dan melaksanakan seluruh hukum dan aturan Allah ‘azza wa jalla di muka bumi.


Aktitiviti ini telah dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam tahapan dakwahnya di Mekah Al-Mukarramah setelah mendapat perintah dari Allah ‘azza wa jalla.Ini diterangkan dalam Kitab Fathul Baari’,Juz 7,hal. 220; Diriwayatkan oleh Al-Hakim,Abu nu’im dan Al-Baihaqi dari ‘Ali Bin Abi Thalib ia berkata : “Tatkala Allah memerintahkan Nabi-Nya untuk menawarkan dirinya kepada kabilah-kabilah,aku dan Abu Bakar bersama baginda keluar ke Mina.”Ibnu Katsir meriwayatkan dari ‘Ali Bin Abi Thalib yang bekata : “Ketika Allah memerintahka Nabi-nya untuk menawarkan dirinya kepada kabilah-kabilah Arab,baginda keluar,aku dan Abu Bakar menyertai baginda hingga kami masuk ke majlis-majlis Arab.


Dengan demikian,thalabun nushrah merupakan satu-satunya metod/thariqah syar’i yang perlu kita contohi dalam aktiviti mencari nushrah(perlindungan) dan kekuasaan/kekuatan.Oleh kerana itu,tidak ada metod lain yang boleh diambil oleh umat Islam dalam mencari nushrah tersebut.Dalam pada itu,aktiviti ini juga didasarkan pada perbuatan Rasul(Af’al Rasul),malahan baginda melakukannya secara berterusan dalam mencari nushrah tersebut,sehingga akhirnya diperolehi dari golongan Aus dan Khazraj yang telah membai’at baginda,sekaligus memberikan perlindungan serta kekuasaan kepadanya untuk menegakkan Daulah Islamiyah.Maka dengan itu,kita wajib untuk meneladaninya.Dan sedikit pun, tidak boleh menyimpang darinya.


Sebagaimana Allah ‘azza wa jalla telah berfirman yang berbunyi :


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” [TMQ. Al-Ahzab(33):21]


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melakukan aktiviti thalabun nushrah tersebut,disebabkan 2 perkara:


Pertama : Untuk melindungi dakwahnya,supaya dapat menyampaikan risalah Islam dalam suasana yang tenang.


Kedua : Agar mereka menyerahkan kekuatan dan kedudukan yang mereka miliki untuk mendirikan Daulah Islamiyah.


Setelah bapa saudaranya Abu Thalib dan isterinya Khadijah meninggal dunia,maka permusuhan orang musyrikin Mekah terhadap baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan para sahabatnya Ridhwanullahi ‘Alaihim semakin kuat,malahan lebih keras lagi berbanding ketika bapa saudara dan isterinya masih hidup.Sehinggalah,Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengatakan : “Orang-orang kafir Qurasiy tidak akan menimpakan suatu keburukan kepadaku,kecuali setelah wafatnya Abu Thalib.


Kemudian,baginda pergi meneruskan dakwahnya ke Thaif untuk mencari dukungan(nushrah) dan perlindungan terhadap dakwahnya.Di sana,baginda telah pergi menemui para pembesar kabilah dari kalangan Bani Tsaqif untuk meminta mereka agar memeluk Islam yang dibawanya,sekaligus memberi perlindungan dan kekuasaan terhadap Islam serta melawan golongan kafir Quraisy yang menentang baginda dan menghalang penyebaran dakwah Islam.


Namun demikian,semua ajakan dan permintaan baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ditolak oleh para pembesar Thaif dengan penolakan yang sangat mendukacitakan.Malahan,golongan pembesar Thaif tersebut, telah mengirim surat kepada orang-orang kafir Quraisy dan menceritakan peristiwa yang berlaku antara Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan mereka ketika di Thaif.Padahal Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam sendiri telah meminta mereka agar merahsiakan perkara tersebut.Maka dengan sebab itulah, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak dibenarkan untuk kembali ke Mekah,melainkan dengan adanya perlindungan(himayah).Akhirnya,Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah mendapat perlindungan(himayah) oleh Muth’im Bin ‘Adi untuk memasuki semula kota Mekah.



Sekembalinya ke Mekah pada musim haji,baginda sentiasa menggunakan kesempatan itu untuk menemui kabilah-kabilah Arab yang hadir di kota Mekah dan mengajak mereka agar beriman kepada Allah ‘azza wa jalla,di samping menyampaikan kepada mereka bahawa baginda adalah Nabi yang diutus oleh Allah untuk mereka.Kemudian,baginda meminta mereka untuk meyakininya,sekaligus melindungi dan membela Islam yang dibawanya.


Dalam kesempatan lain, sekembalinya dari kota Thaif,Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah menemui kabilah Kilab yang disebut sebagai Bani ‘Abdillah.Kabilah ini dianggap sebagai kiblah yang kuat dalam sebuah negara.Ibnu hisyam berkata : Dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ; “Bahawa baginda mengunjungi kabilah Kilab di tempat-tempat istirehat mereka,yang dikenali sebagai Bani ‘Abdillah.Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyeru mereka agar beriman kepada Allah ‘azza wa jalla dan menawarkan diri baginda kepada mereka.Bahkan sehingga berkata kepada mereka;Ya Bani ‘Abdillah,sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla telah memberi kebaikan kepada nama bapa kamu.


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga pernah berbicara dengan Suwaid Bin Shamit yang dikenali kerana kekuatannya,kemuliaan dan nasabnya.Dia adalah pemimpin sebuah jama’ah yang kuat.Sehunbungan itu,dia juga merupakan seorang ahli fikir.Ibnu Hisyam berkata dari hadis Rasul tentang Suwaid Bin Shamit ; Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam pergi menemui Suwaid Bin Shamit ketika beliau mendengar berita tentang Suwaid Bin Shamit.Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyeru dia agar beriman kepada Allah ‘azza wa jalla dan seterusnya memeluk Islam.Maka Suwaid pun berkata kepada baginda; “Mungkin apa yang engkau miliki seperti apa yang aku miliki.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam berkata lagi kepadanya; “Apa yang engkau miliki?” Jawabnya; “Majalatul Lukman” iaitu hikmatul lukman.Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda lagi; “Cuba ceritakan kepadaku.” Maka dia membacakannya kepada baginda.Setelah itu baginda bersabda; “Sesungguhnya ini adalah perkataan yang bagus,namun apa yang ada padaku lebih bagus dari ini(majalatul lukman), iaitu Al-Quran al-Karim yang diturunkan oleh Allah ‘azza wa jalla padaku.Dia adalah petunjuk dan nuur.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam membacakan Al-Quran kepadanya,lalu menyerunya agar memeluk Islam.Namun ia menolaknya dan berkata; “Ini sungguh merupakan perkataan yang bagus.”


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga pernah menyeru kabilah-kabilah Arab yang memiliki kekuatan(quwwah) agar kabilah-kabilah tersebut dapat memberi perlindungan dan dukungan serta kekuasaan kepadanya dalam rangka menerapkan Islam,sekaligus mendirikan Daulah Islamiyah yang akan memelihara dan menyelamatkan umat Islam,di samping mengembangkan risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad fi sabilillah.


Di antara kabilah-kabilah yang pernah baginda temui dalam rangka mengajak mereka memeluk Islam dan memberi perlindungan serta kekuasaan kepadanya telah diungkapkan dalam Sirah An-Nabawiyyah; Zuhri menceritakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menemui Bani Kindah secara peribadi,akan tetapi mereka menolaknya.Baginda juga telah menemui Bani Kalban,namun mereka juga menolaknya.Seterusnya,baginda juga menemui Bani Hanifah,dan meminta mereka nushrah dan kekuatan,namun tidak juga berhasil.Bahkan mereka menolak permintaan baginda dengan amat keji sekali.Tiada kabilah-kabilah Arab yang lebih keji penolakannya terhadap baginda kecuali Bani Hanifah.Di samping itu,baginda juga menemui Bani ‘Amir Bin Sha’sha’ah dan mendo’akan mereka kepada Allah ‘azza wa jalla serta meminta mereka secara peribadi untuk memeluk Islam,sekaligus memberi pertolongan dan kekuasaan kepadanya.Kemudian,berkatalah seorang lelaki dari kalangan mereka yang bernama Baiharah Bin Firas, “Demi Allah!Seandainya aku menerima permintaan pemuda Quraisy ini,maka seluruh orang Arab akan murka.”Kemudian ia berkata; “Apa pendapatmu,jika kami membai’atmu atas urusan kamu,kemudian Allah ‘azza wa jalla memenangkanmu atas orang yang menyelisihmu;Apakah kami akan diberi kekuasaan setelah engkau?”Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam berkata kepadanya; “Urusan ini hanyalah milik Allah,yang mana Dia akan berikan kepada siapa yang dikehendakinya.”Bahirah berkata; “Apakah kami hendak menyerahkan leher-leher kami kepada orang Arab,sedangkan engkau tidak.Meskipun,jika Allah memenagkan kamu,urusan bukan untuk kami.Kami tidak perlu urusanmu.”


*Antara nama-nama kabilah yang pernah dikunjungi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan menolak tawarannya adalah :


1). Bani ‘Amir Bin Sha’sha’ah


2). Bani Muharib Bin Kashfah


3). Bani Fazarah


4). Ghassan


5). Bani Marah


6). Bani Hanifah


7). Bani Sulaim


8). Bani ‘Abas


9). Bani Nadhar


10). Bani baka’


11). Bani Kindah


12). Kalab


13). Bai Harits Bin Ka’ab


14). Bani ‘Adzrah


15). Bani Hadharamah

*[Thabaqat Ibnu Hisyam]


Sekembalinya ke kota Mekah melalui perlindungan(himayah) yang diberikan oleh Muth’im Bin ‘Aadiy ketika musim haji,Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menemui utusan yang datang dari Madinah ke kota Mekah yang juga merupakan sekutu Quraisy.Mereka dipimpin oleh Abu Al-Haisar dan Anas Bin Rafi’.Yang turut sama mengikuti mereka juga adalah kelompok dari Bani Asyhal,termasuklah Iyas Bin Mu’az.Mereka dari kabilah Khazraj yang merupakan jama’ah yang terkuat di Madinah.Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menemui beberapa pembesar Khazraj yang berjumlah 6 orang.Mereka mengambil tugas untuk menyebarkan dakwah Islam dan meyakinkan kaumnya di Madinah.Akhirnya, nushrah berjaya diperolehi melalui mereka.Pada pertemuan berikutnya,mereka datang pada musim haji seperti yang dijanji oleh mereka.Mereka terdiri dari 10 orang Khazraj dan 2 orang dari kalangan Aus.Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah menemui mereka,lalau mereka pun memberi bai’at kepadanya.Maka terjadilah peristiwa Bai’ah ‘Aqabah Pertama atau lebih dikenali dengan Bai’at An-Nisaa’.



Seterusnya,Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menghantar Mush’ab Bin ‘Umair bersama-sama mereka pulang ke kota Madinah untuk berdakwah dan menyebarluaskan Islam di sana dan sekaligus membina orang-orang yang telah memeluk Islam serta mencari nushrah dari tokoh-tokoh kabilah yang mempunyai kekuatan.Di samping itu juga,beliau mempersiapkan masyarakat Islam Madinah untuk menyahut seruan kalimah Allah ‘azza wa jalla yang haq dan menjadikan kalimah kufur serendah-rendahnya dalam rangka menolong dan melindungi serta memberikan kekuasaan kepada baginda Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk menegakkan Daulah Islamiyah di sana.Pada tahun berikutnya pula,datang 70 laki-laki dan 2 orang wanita dari Madinah untuk memberikan bai’at kepada Rasulullah.Mereka bersedia-sedia menyerahkan kekuasaan hanya kepada Allah dan Rasul-Nya,serta bersiap-sedia untuk membela Islam dari segala ancaman musuh-musuh Allah serta memperjuangkannya agar Islam tertegak di muka bumi Allah ini dan seterusnya akan menjadi satu-satunya agama yang disembah oleh seluruh umat manusia.Peristiwa tersebut dikenali sebagai Bai’ah ‘Aqabah Kedua atau lebih dikenali dengan “Bai’at Al-Hukm”.


Setelah itu,Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan para sahabatnya agar berhijrah ke Yastrib(Madinah Al-Munawwarah),kemudian diikuti pula oleh Rasul sendiri.Dan di sanalah,tertegaknya Daulah Islamiyah yang pertama yang dipimpin oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam sendiri.Inilah momentum yang akan menentukan keberhasilan dakwah Islam.Begitulah pentingnya aktiviti thalabun nushrah untuk meraih kekuasaan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah.Dan ia juga merupakan salah satu aktiviti dakwah Rasul yang wajib diteladani oleh umatnya, agar dapat mengembalikan semula Daulah Islamiyah di muka bumi Allah ‘azza wa jalla ini.


Demikianlah,Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memberikan teladan kepada kita tentang langkah-langkah dakwah yang membolehkan kita meraih kekuasaan dan pemerintahan tanpa berlakunya pertumpahan darah sedikitpun.Langkah-langkah dakwah ini dilakukan oleh baginda secara berterusan hingga memperoleh hasilnya.Ini jelas menunjukkan bahawa apa yang dilakukan oleh baginda tersebut(thalabun nushrah) merupakan suatu metod dakwah(manhajud da’wah / thariqatud da’wah),bukanya cara(uslub).Siapa saja yang berjuang dalam aktiviti dakwah,yang menginginkan berlakunya penerapan sistem hukum Islam secara menyeluruh melalui institusi Daulah Islamiyah,WAJIB memahami dan mengambil langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ini iaitu thalabun nushrah (seruan untuk memperoleh pertolongan/perlindungan dan kekuasaan).


Fenomena ini menjelaskan bahawa empat tahun sebelum hijrah,Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menempuh manhaj baru yang belum pernah dilakukan sebelumnya.Di mana,baginda mengkhususkan aktiviti dakwah untuk mendapatkan perlindungan dan pertolongan terhadap dakwah((himayah wa nushrah lid da’wah)) baginda dari golongan yang memiliki kekuatan(ahlul quwwah) untuk memberikan perlindungan dan pertolongan serta pembelaan terhadap dakwah yang dibawanya.Dalam keadaan inilah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memfokuskan aktiviti dakwahnya hanya pada kelompok-kelompok yang kuat untuk mendapatkan nushrah.Baginda terus-menerus melakukan aktiviti thalabun nushrah bagi mencari perlindungan untuk dakwahnya,sekembalinya dari kota Thaif sehinggalah nushrah tersebut diperolehinya dari kalangan penduduk Yastrib(Madinah) yakni kabilah Aus dan Khazraj.


Aktiviti thalabun nushrah yang ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bagi mendapatkan perlindungan terhadap dakwahnya, merupakan salah satu hukum syara’ yang berkaitan dengan tata cara menyampaikan dakwah agar memperoleh perlindungan dan kekuasaan, supaya dakwah dijalankan dalam keadaan yang aman dari ancaman musuh-musuhnya,di samping untuk menegakkan Daulah Islamiyah yang akan menerapkan seluruh hukum dan aturan-aturan Allah ‘azza wa jalla di muka bumi ini.Dan inilah salah satu manhaj dakwah yang PERLU dan WAJIB dilakukan oleh kita dalam rangka menegakkan kembali Daulah Islamiyah.Sesungguhnya,aktiviti inilah merupakan penjelasan sebenar mengenai tata cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bagi mendirikan Daulah Islamiyah.


Dalam meneladani aktiviti thalabun nushrah tersebut,perlu difahami dengan sebaik-baiknya agar tidak menyimpang dari metodnya. Aktiviti thalabun nushrah ini tidak boleh dilakukan pada individu-individu(al-afrad) kecuali individu-individu tersebut merupakan rangkaian dari jama’ah/kelompok yang kuat(jama’ah al-quwwah).Hakikatnya,nushrah tersebut ditujukan kepada jama’ah/kelompok dan tidak boleh dilakukan kepada individu kerana Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak melakukannya kecuali kepada jama’ah/kelompok yang memiliki kekuatan.Sedangkan,aktiviti thalabun nushrah tersebut berdasarkan perbuatan Rasul yang perlu kita contohi.Di samping itu,thalabun nushrah juga tidak boleh dilakukan kepada kelompok yang lemah(jama’ah ad-dha’ifah) yang tidak mampu memberikan perlindungan dan pertolongan terhadap dakwah,kerana Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak melakukan hal tersebut kecuali ditujukan kepada jama’ah yang memiliki kekuatan.Demikianlah,aktiviti tersebut juga berdasarkan perbuatan Rasul yang tidak dapat tidak, WAJIB diikuti oleh umatnya dalam rangka menegakkan kembali Daulah Islamiyah.


Dengan demikian,ada 2 syarat yang wajib dilakukan dalam meneladani aktiviti thalabun nushrah tersebut iaitu :


1). Diminta dari sebuah jama’ah,samada diminta dari jama’ahnya secara langsung atau dari individu yang merupakan anggota jama’ah tersebut.


2). Jama’ah/kelompok tersebut memiliki kekuatan dan kemampuan untuk menolong dan melindungi dakwah.


Begituah fakta mengenai aktiviti “Thalabun Nushrah” yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam metod dakwah baginda untuk meraih kekuasaan bagi menegakkan Daulah Islamiyah.Dan inilah yang perlu dicontohi oleh kita bagi merealisasikan aktiviti dakwah dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah sehingga seluruh hukum dan aturan Allah ‘azza wa jalla dapat diterap dan dilaksanakan secara menyeluruh ke atas umat manusia.


Sebagaimana firman Allah ‘azza wa jalla :


Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik yang perlu dicontohi.[TMQ. Al-Ahzab’(33):21]


Apa yang aku bawa,maka ambillah dan apa yang aku larang,maka tinggalkanah.[TMQ. Al-Hasyr(59):7]


Katakanlah wahai Muhammad;Sekiranya kamu mengasihi Allah,maka ikutilah aku,nescaya Allah akan mengasihi kamu,dan Dia akan mengampuni segala dosa kamu.[TMQ. Ali-‘Imran(3):31]


HIMAYAH DARI SEGI BAHASA


Makna Himayah


Himayah dari segi bahasa bermaksud melindungi,menjaga atau memelihara.Himayah berasal dari kalimah حمى , يحمى ,حميا , وحماية (hama , yahmi , hamyan wa himayatan) yang bermaksud memelihara,melindungi,menjaga.Kalimah “ حماية ” adalah masdar yakni kata terbitan dari kalimah حمى”.


KONSEP DAN PEMBAHAGIAN HIMAYAH


Konsep Himayah


Dalam tahapan awal dakwah Rasul,baginda Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam pernah meminta himayah (perlindungan) daripada Raja Habsyah ketika aktiviti dakwah Islam menghadapi tentangan dan ancaman yang hebat oleh orang-orang kafir Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal.Ketika dakwah Islam diserang dan diancam oleh mereka,Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam telah memerintahkan para sahabat yang telah memeluk Islam agar berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan(himayah) daripada Raja Habsyah(Malik Al-Habsyah iaitu Raja Najasyi).Kerana pada waktu itu,mereka telah ditentang dan diancam untuk dibunuh oleh orang-orang kafir Quraisy yang membenci agama baru yakni Islam yang dibawa oleh Rasulullah.Dengan sebab itulah,mereka berhijrah ke Habsyah dan mencari perlindungan di sana.Akhirnya, mereka berjaya juga mendapatkan perlindungan(himayah) daripada Raja Habsyah, di samping mendapat layanan yang baik sekali olehnya.


Antara lainnya,Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam juga telah berikan himayah oleh bapa saudaranya Abu Thalib ketika dakwah yang dilakukan baginda mendapat tentangan yang hebat dari Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya dari kalangan musyrikin Quraisy yang juga merupakan pengikut-pengikut Abu Thalib.Dengan adanya Abu Thalib,mereka tidak berani untuk mengganggu aktiviti dakwah yang dilakukan Rasul tersebut.Sebaliknya,setelah Abu Thalib meninggal dunia,ancaman dan tentangan orang-orang kafir Quraisy semakin kuat terhadap baginda dan pengikut-pengikutnya yang setia bersamanya memperjuangkan Islam.


Begitu juga halnya yang berlaku,setelah baginda mengunjungi kabilah Bani Tsaqif di kota Thaif untuk mencari nushrah.Akhirnya,baginda tidak dibenarkan untuk kembali ke kota Mekah.Seterusnya datang Muth’im Bin ‘Aadiy memberikan himayah kepadanya agar baginda dapat memasuki semula ke kota Mekah bagi meneruskan aktiviti dakwah Islamnya untuk mencari nushrah di kalangan jama’ah/kelompok yang memiliki kekuasaan dan kekuatan agar mereka memeluk Islam,sekaligus melindungi dan memberikan kekuasaan yang dimiliki mereka kepada Rasul supaya dakwah Islam berjalan dengan lancar dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah.


Pembahagian Himayah


Himayah terbahagi kepada 2 jenis:


Pertama: Di sebut sebagai “Himayah Lil Asykhash” (perlindungan peribadi/personal)


Kedua: Di sebut sebagai “Himayah Wa Nushrah Lid Da'wah" (perlindungan dan pertolongan terhadap da'wah )


Pejelasannya sebagai berikut :


Pertama : Himayah dalam konteks peribadi/personal(himayah Lil Asykhash) tidak disyaratkan Islam dan dibolehkan menerima himayah dari kalangan orang kafir untuk melindungi diri kita dari ancaman orang kafir yang memerangi urusan dakwah Islam.Misalnya,seperti himayah yang diberikan oleh Abu Thalib kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, yang mana beliau tidak sanggup melihat anak saudaranya dianiaya dan dizalimi oleh pengikut-pengikutnya sendiri seperti Abu Jahal dan sahabat-sahabatnya yang memusuhi Rasul.Begitu juga halnya,dengan himayah yang diberikan oleh Muth’im Bin ‘Aadiy ketika membawa Rasul memasuki semula ke kota Mekah.Demikian juga, himayah yang telah diberikan oleh Raja Habsyah kepada pengikut-pengikut setia Rasul yang telah memeluk Islam ketika berhijrah ke sana untuk mendapatkan perlindungan(himayah), disebabkan mereka menghadapi ancaman dan tentangan yang dahsyat oleh orang-orang kafir Quraisy yang memusuhi Rasul dan ajaran yang dibawanya.Begitulah, yang dimaksudkan dengan himayah lil asykhash(perlindungan peribadi/personal).


Kedua : Adapun perlindungan dan pertolongan terhadap da'wah(Himayah Wa Nushrah Lid Da'wah) adalah disyaratkan Islam.Bentuk himayah dan nushrah ini sama-sekali tidak boleh diambil dari orang kafir secara mutlak. Ini kerana,Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam sendiri tidak menerima himayah(perlindungan) dan nushrah(pertolongan) dari orang-orang kafir yang enggan memeluk Islam.Inilah yang berlaku ketika baginda mengunjungi beberapa kabilah Arab di sekitar Mekah Al-Mukarramah dalam rangka mencari perlindungan dan pertolongan untuk da'wahnya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam hanya menerima himayah(perlindungan) dan nushrah(pertolongan) dari kabilah Aus dan Khazraj yang berasal dari Yastrib(Madinah Al-Munawwarah) yang telah memeluk Islam.Hasil dari himayah(perlindungan) dan nushrah(pertolongan) yang telah diberikan oleh kabilah Aus dan Khazraj terhadap da'wah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam itulah,maka terjadilah Bai'at 'Aqabah 1 yang dikenali sebagai " -Bai'atun Nisa'- " dan juga Bai'at 'Aqabah 2 yang dikenali sebagai " -Bai'at Al-Hukm- ".Lalu berhijrahlah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersama para sahabat Radiyallahu 'Anhum ke Yastrib(Madinah Al-Munawwarah) sehingga tertegaknya Daulah Islamiyah di sana.


Dalam aktiviti tersebut,sama-sekali Rasul tidak akan menerima himayah dan nushrah dari kalangan orang-orang kafir,kerana himayah dan nushrah tersebut adalah untuk meraih kekuasaan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah.Sedangkan,aktiviti tersebut berkaitan dengan kekuasaan,maka haram hukumnya memberikan kekuasaan kepada orang kafir.


Ini jelas sebagaimana firman Allah ‘azza wa jalla :


Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang Yang beriman.” [TMQ. An-Nisaa’(4):141]


MANIPULASI KONSEP HIMAYAH


Ada segelintir pihak yang telah memanipulasi konsep himayah bagi menjustifikasikan perjuangan dakwah mereka.Dengan sebab itulah,mereka sanggup berkompromi dan bekerjasama dengan orang-orang kafir semata-mata untuk mencapai segala matlamat mereka.Apabila tercapainya segala matlamat itu,maka terputuslah segala hubungan tersebut.Menurut mereka,tanpa adanya kompromi daripada orang-orang kafir,mustahil matlamat mereka akan tercapai.Mereka memandang bahawa dengan adanya kompromi dan kerjasama tersebut, segala matlamat dan perjuangan mereka menjadi lebih mudah,sekaligus melancarkan perjalanan dakwah mereka iaitu menegakkan hukum Allah seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka.


Dengan alasan himayah tersebutlah,mereka membolehkan bekerjasama dengan orang-orang kafir dalam menjalankan aktiviti dakwah mereka,tanpa menilai dari sudut pandangan syara’ yang sebenar yakni aspek halal haram sebagai kayu ukur dalam setiap tingkah laku mereka.


Hakikatnya,mereka sendiri pun tidak memahami makna dan konsep sebenar himayah,sehingga sanggup memanipulasi dan mencampur-adukkan antara himayah lil asykhash dan himayah li ad-dakwah.


Sekiranya,kita teliti secara jernih dan mendalam mengenai pembahasan konsep himayah yang telah disebutkan di atas,maka kita akan dapati bahawa himayah yang dibolehkan adalah dari segi perlindungan peribadi,kerana tidak disyaratkan Islam.Sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika para sahabat baginda mendapatkan himayah daripada Raja Habsyah.Begitu juga halnya yang berlaku kepada baginda sendiri, ketika mendapatkan himayah daripada bapa saudaranya Abu Thalib.Dan seterusnya, baginda juga mendapatkan himayah daripada Muth’im Bin ‘Aadiy ketika hendak memasuki semula kota Mekah sekembalinya dari kota Thaif setelah mecari nushrah dari kalangan Bani Tsaqif.Itulah,konsep himayah dari sudut perlindungan peribadi yang dibolehkan.


Sebaliknya,himayah dalam konteks dakwah dalam rangka mencari thalabun nushrah,sebenarnya yang dicari adalah perlindungan untuk dakwah Islam agar dakwah berjalan dengan lancar tanpa adanya gangguan daripada ancaman musuh-musuh Islam,di samping mencari kekuasaan untuk menegakkan Daulah Islamiyah dalam rangka menerapkan segala hukum dan aturan-aturan Allah ‘azza wa jalla.Walaubagaimanapun,himayah dalam konteks ini,disyaratkan Islam,kerana perlindungan yang dicari berkaitan dengan dakwah Islam serta ia juga melibatkan kekuasaan untuk menerapkan hukum Allah dalam wadah Khilafah Islamiyah.Maka dengan itu,haram hukumnya memberikan kekuasaan kepada orang kafir.Ini didasarkan kepada firman Allah ‘azza wa jalla yang berbunyi :


Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang Yang beriman.” [TMQ. An-Nisaa’(4):141]


Di samping itu,mereka juga telah bersekongkol dan bekerjasama dengan orang kafir dalam rangka merealisasikan matlamat perjuangan mereka yang mulia iaitu menegakkan hukum Allah.Padahal, perkara sebegini,memang jelas-jelas dilarang oleh Allah ‘azza wa jalla dengan tegas di dalam Al-Quran Al-Karim yang berbunyi :


Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [TMQ. Huud(11):113]


Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang Yang didampingi jika mereka memilih kufur Dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka orang-orang Yang didampingi, maka merekalah orang-orang Yang zalim.” [TMQ. At-Taubah(9):23]


Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim.” [TMQ. Al-Maa’idah(5):51]


Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang Yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.” [TMQ. Al-Mumtahanah (60): 9]


Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” [TMQ. Ali-‘Imran (3):118]


Berdasarkan beberapa ayat yang telah dikemukakan di atas,jelas menunjukkan larangan Allah ‘azza wa jalla kepada umat Islam untuk cenderung kepada orang yang berlaku zalim dan juga menjadikan orang-orang kafir sebagai teman rapat.Di mana larangan yang terdapat dalam ayat ini adalah bersifat tegas(jazm) yakni dengan adanya ancaman dari Allah bahawa mereka akan digolongkan sebagai orang-orang yang zalim,di samping mereka juga tidak akan mendapat pertolongan dari Allah ‘azza wa jalla yang merupakan tuhan yang menciptakan kita.Tanpa adanya pertolongan dari Allah,maka pertolongan dari siapakah lagi yang akan menjadi penolong bagi kita untuk menyelamatkan kita dari azabnya?Tidak ada penolong yang lain yang akan menyelamatkan kita dari azab-Nya melainkan Allah ‘azza wa jalla semata.


Walaubagaimanapun, matlamat perjuangan mereka amatlah baik iaitu menegakkan hukum Allah,tetapi cara yang diperjuangkan oleh mereka telah menyalahi metod yang sebenarnya,yang telah digariskan oleh syara’.Walaupun matlamatnya baik,mestilah perjuangan tersebut dilakukan dengan cara yang baik dan betul serta tidak menyalahi syara’.Mugkin,mereka juga telah dipengaruhi oleh beberapa kaedah yang keliru.Contohnya;seperti kaedah “Matlamat menghalalkan segala cara”(Al-Ghayah Tubarriru Al-Wasilah) dan juga kaedah “Untuk meraih dan mencapai kebenaran,dibolehkan bergelimang dengan kebathilan”(Al-Wushulu Ilal Haqqi Bil Khaudhi Fil Katsirin Minal Baathil).Inilah beberapa prinsip yang keliru yang diguna-pakai oleh segelintir pihak untuk menjustifikasikan metod perjuangan mereka,asalkan matlamat sebenar tercapai walaupun dengan cara yang menyalahi syara’.


Ingatlah sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam : “Sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak mahu menerima kecuali yang baik pula. Allah pun memerintah kepada orang mu'min seperti halnya perintah kepada para Rasul.” [Fathul Baari,Ibnu Hajar Al-‘Asqalani Asy-Syafi’e,Juzu’ 9,Hal. 518]


Sebagai contoh; “Bolehkah seseorang yang ingin menunaikan ibadat haji,tetapi menggunakan wang yang haram semata-mata untuk merealisasikan matlamatnya yang suci dan mulia iaitu menunaikan ibadah haji ke Baitullah,di samping menyempurnakan rukun Islam yang kelima?Apakah ibadah tersebut akan mendapat haji yang mabrur dan diberi ganjaran oleh Allah ‘azza wa jalla?Sudah tentu,ibadah hajinya tidak akan memperoleh apa-apa ganjaran dari Allah,apatah lagi untuk meraih haji yang mabrur.



Oleh kerana itu,bagi merealisasikan matlamat yang mulia,mestilah dengan cara yang mulia juga yang tidak bercanggah dengan syara’.Kerana Allah itu baik,Dia tidak akan menerima kecuali yang baik-baik belaka.Begitulah,beberapa prinsip yang diguna-pakai oleh segelintir pihak,bagi menjustifasikan perjuangan dakwah mereka.Asalkan dakwah mereka tercapai,maka apa cara sekalipun dibenarkan.


KHATIMAH


Sebagai umat Islam kita wajib terikat dengan hukum syara’ dalam setiap aspek perbuatan kita yakni menyesuaikan segala perbuatan kita dengan perintah dan larangan Allah,kerana tujuan akhir dari perbuatan kita adalah mendapat keredhaan Allah ‘azza wa jalla dan pahala darinya. Dalam melaksanakan aktiviti dakwah ini, maka yang menjadi panutan bagi kita adalah thariqah/metod Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.Dan WAJIB bagi kita untuk mencontohi dan meneladani thariqah dakwah Rasul dari permulaan dakwah sehinggalah tertegaknya Daulah Islamiyah yang pertama di Madinah Al-Munawwarah.Dan sedikit pun kita tidak boleh menyimpang dari metodnya.Kerana, ia merupakan kewajipan yang perlu diteladani oleh umatnya dalam rangka melakukan aktiviti dakwah Islam ini.Sebab,ini didasarkan kepada perbuatan(af’al) Rasul.


Inilah realiti yang berlaku, sekiranya kita tidak menjadikan aspek halal haram sebagai kayu ukur dalam melakukan segala perbuatan kita.Setiap perbuatan kita mestilah disesuaikan dengan perintah dan larangan Allah ‘azza wa jalla.Kerana setiap perbuatan kita terikat dengan hukum syara’.


Sebagaimana kaedah syara’ yang menyatakan bahawa :


Asal tiap-tiap perbuatan terikat dengan hukum syara’. ”(Al-Ashlu Fil Af’al At-Taqayyud Bi Al-Hukm Asy-Syari’e)


Itulah yang perlu diketahui oleh kita agar setiap perbuatan yang kita lakukan dipandu oleh hukum syara’.Di samping itu juga,kita perlu mengambil apa saja yang telah diperintahkan oleh Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam serta meninggalkan apa saja yang dilarang olehnya yakni yang perkara tidak diperintahkan olehnya.Justeru itu,dalam melakukan aktiviti dakwah,maka kita perlu mencontohi dan meneladaninya,samada dari segi aspek ittiba yakni Rasul itu sebagai qudwah yang secara mutlak wajib diikuti khususnya aktiviti dakwah Islam, mahupun aspek al-qiyam bi al-fi’il yakni pelaksanaan perbuatan.Dan sedikit pun kita tidak boleh menyimpang dari metod/thariqah(minhajud da’wah / thariqatud da’wah) yang telah ditunjukkan oleh Rasul dalam melakukan aktiviti dakwah Islam.Kerana,Rasul itu merupakan qudwah hasanah bagi umatnya.


Sebagaimana firman Allah ‘azza wa jalla :


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” [TMQ. Al-Ahzab(33):21]


Dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).” [TMQ. Al-Hasyr(59):7]


Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [TMQ. Ali-‘Imran(3):31]

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR