ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


Ketakutan Barat Terhadap Tegaknya Khilafah Semakin Nyata


Ketakutan Barat Terhadap Tegaknya Khilafah Semakin Nyata





Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush kembali menyerang idea Khilafah. Bush berjanji untuk menentang habis-habisan kepada siapa sahaja yang mencuba untuk mengembalikan Khilafah. Dia menganggap ianya adalah sebahagian daripada kempen war on terror. Pernyataan Bush tersebut adalah merupakan respon pertama darinya selepas Khilafah Konferens yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir. Antara pemimpin barat yang turut memberikan komen berkenaan pergerakan mengembalikan khilafah ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, dimana Sarkozy mengaitkan aktiviti pengembalikan khilafah dengan sebahagian dari aktiviti Al-Qaeda.Pada pernyataan Bush di American Legion Convention pada 28 Ogos 2007, Bush mengaitkan aktiviti-aktiviti untuk menegakkan semula Khilafah sebagai sebahagian dari aktiviti terorrisme.


"Dan kemudian pemikiran musuh, mengakui bahawa sebuah masyarakat bebas di timur tengah akan menjadi serangan utama untuk cita-cita mereka untuk menyebarkan khilafah di seluruh Timur Tengah, cubaan untuk membuat keganasan agama. Mereka membunuh mereka yang tak berdosa yang menyebabkan masyarakat ragu terhadap pemerintah dan sekutunya."


("And then the thinking enemy, recognizing that a free society in the Middle East would be a major blow to their ambitions to spread their caliphate throughout the Middle East , tried to create sectarian violence. They murdered the innocent in order to cause people to doubt government and doubt the coalition.")


"Para ekstrimis ini berharap untuk menentukan visi gelap yang sama merentasi Timur Tengah dengan menggunakan kekerasan dan khilafah radikal yang terbentang dari Sepanyol hingga ke Indonesia ."
("These extremists hope to impose that same dark vision across the Middle East by rising up a violent and radical caliphate that spans from Spain to Indonesia .")


Daripada ucapan yang dikeluarkan dari mulut-mulut pemimpin barat ini jelaslah kegerunan yang tersimpan didalam diri mereka terhadap negara Khilafah yang pasti akan muncul dengan izin Allah. Jika dulu ungkapan seperti Caliphate (Khilafah) dan Caliph (Khalifah) amat sukar untuk mereka ungkapkan dari mulut mereka sendiri kerana bimbangnya dengan sentimen kebangkitan istalah itu, namun kini situasinya tidak lagi. Ungkapan Khilafah dan Khalifah mukhtahir kini sering muncul dari ucapan mereka, namun didalam konotasi yang negatif, didalam usaha untuk mengelirukan dan menyerang pemikiran umat Islam dan dunia.


Ini kerana barat telah menyedari usaha mereka untuk membius umat islam dari terus melupakan Khilafah di dalam diri mereka terbukti sia-sia. Seruan umat Islam di seluruh dunia terus kuat bergema dari hari ke hari untuk mengembalikan semula Khilafah. Kini barat menggunakan taktik dengan mengaitkan usaha menegakkan Khilafah sebagai aktiviti eksremis dan mempunyai hubungkait dengan aktiviti Al-Qaeda. Panggilan gerakan Islam terhadap umat Islam seluruh dunia untuk menegakkan kembali khilafah ini benar-benar membimbangkan pihak barat. Mereka cuba melakukan perancangan-perancangan untuk mengaitkan perjuangan menegakkan Khilafah dengan kekerasan, namun itu juga adalah perkara sia-sia kerana umat Islam menyedari hal ini dan ketakutan serta kebencian mereka terhadap Islam benar-benar terserlah melalui ucapan dari mulut-mulut mereka dan lebih dari itu.


“Wahai orangorang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti...” [TMQ Al-Hujurat (49):6]


“Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118]


Laungan mengembalikan Khilafah semakin nyaring kedengaran di kalangan umat Islam, pada 12hb Ogos yang lepas, lebih 100 000 umat Islam telah berkumpul di Indonesia untuk menyeru ke arah penegakkan kembali Khilafah anjuran Hizbut Tahrir, juga termasuk dinegara-negara lain seperti Malaysia, Palestin, Sudan dan lain-lain. Meskipun pihak barat merancang dan mengatur seruan yang menyesatkan ini dengan segala cara, namun apa yang mereka usahakan ini dengan izin Allah tidak akan tercapai.


“Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap..”. [TMQ Surah al-Anbiya’ (21):18].


“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, namun Allah tetap
menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci” [TMQ ash-Shaff : 8]



Wallahu’alam.

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR