ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


KARADZIC DAH DITANGKAP, BUSH HANYA MENUNGGU MASA!

KARADZIC DAH DITANGKAP, BUSH HANYA MENUNGGU MASA!

Pada 21 Julai 2008 yang lepas, dunia dikejutkan dengan berita tertangkapnya penjenayah perang yang palingkaradzic dikehendaki di Eropah selepas perang dunia kedua, iaitu Radovan Karadzic. Tarikh penangkapan sebenar Karadzic ini disangkal oleh peguamnya, Sveta Vujacic yang menyatakan bahawa Karadzic telah ditangkap lebih awal iaitu pada 18 Julai lagi. Sebelum itu Amerika telah berlagak baik dengan menawarkan USD$5 juta kepada sesiapa yang berjaya menangkap atau memberi maklumat sehingga tertangkapnya si Karadzic ini. Selama 13 tahun Karadzic dilaporkan hidup dalam penyamaran sebagai Dr. Dragan David Dabic yang mengamalkan teknik perubatan alternatif dan psikologi di bawah syarikat bernama "Human Quantum Energy".

Pelbagai reaksi dapat kita lihat sejak penangkapan Karadzic diumumkan. Antaranya ialah seperti yang dapat ditonton dalam TV3 pada malam 21 Julai 2008, di mana penduduk di Serbia dan Bosnia berpesta di jalanan setelah diumumkan penangkapan Karadzic ini. Tidak kurang yang mengucap syukur dan berterima kasih atas “berita gembira” ini yang amat mereka nantikan sekian lama. Namun ada juga penyokong Karadzic yang marah dengan apa yang terjadi.

Semasa berkuasa pada tahun 1992–1995, Karadzic telah banyak melakukan kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai di sekitar Serbia-Bosnia. Ketika PBB menyerahkan pengendalian Kem Perlindungan di Sebrenica kepada tentera Serb di bawah kendalian Ratko Mladic (Jeneral Perang Karadzic) pada Julai 1995, pembunuhan beramai-ramai kaum Muslimin yang berlindung di situ dilakukan oleh Mladic dan Karadzic dengan kejamnya. Dilaporkan bahawa lebih daripada 8000 mangsa telah terbunuh di kem tersebut. Ini tidak termasuk lagi dengan berpuluh-puluh ribu lagi yang terbunuh di seluruh Serbia-Bosnia. Juga ada terdapat sumber menyatakan bahawa “cara” pembunuhan kejam Karadzic ini dilakukan adalah dengan mengumpulkan ramai orang awan di dalam sebuah gudang yang besar dan dikunci dari luar, sebelum dibom dan ditembak bertalu-talu. Ini hanyalah sebahagian daripada siri-siri kekejaman Karadzic ini.

Dalam pada masyarakat dunia bergembira dengan penangkapan penjenayah perang paling dikehendaki ini, sebahagian besar penduduk dunia telah lupa bahawa sebenarnya bapa kepada segala penjenayah perang dunia masih hidup bebas dan dihormati. Siapa lagi kalau bukan si Bush laknatullah! George Bush, Tony Blair dan sekutu mereka masih lagi terlepas bebas, walhal mereka ini berada di tangga pertama dan kedua ranking penjenayah perang yang paling zalim di abad ini. Sejak dulu hingga kini, kedua penyangak ini masih hidup bebas dan mewah dan dalam Bush laknatullah masih lagi aktif memburu mangsa siang dan malam. Pelbagai kerosakan dan kekejaman yang dilakukan oleh penjenayah No. 1 dunia ini, khususnya ke atas umat Islam. Perang yang dilancarkan ke atas Afghanistan masih berlangsung hingga kini. Begitu juga Iraq, pertempuran demi pertempuran masih terus berlaku. Askar AS masih lagi ramai ditempatkan di Iraq dan juga Afghanistan atas perintah Presiden regim AS ini.

Sekiranya diteliti dari fakta yang berlaku di Afghanistan dan Iraq, jumlah korban yang dilakukan oleh tangan Bush laknatullah dan sekutunya, di Afghanistan, dilaporkan seramai lebih daripada 50,000 telah terkorban semenjak 2001 manakala di Iraq pula, jumlah korban mencecah 100,000 orang. Jumlah ini pastinya belum termasuk jumlah korban akibat kebuluran, wabak penyakit dan lain–lain kesan akibat perang yang dilancarkan oleh Bush celaka ini.

Jumlah korban yang dilakukan Bush dan Blair pastinya lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah korban yang telah dilakukan oleh Karadzic (sekiranya “jumlah korban” yang menjadi ukuran). Justeru, kalau Karadzic dianggap sebagai penjenayah perang yang paling dikehendaki di Eropah, maka gelaran yang layak untuk Bush adalah penjenayah perang yang paling dikehendaki di dunia. Namun, apa yang berlaku sekarang, penjenayah No.1 dunia ini masih bebas ke sana ke mari menjaja cerita dongeng terorisnya dan agenda demokrasi basinya. Sekiranya Karadzic ditangkap setelah sekian lama menyembunyikan diri, kenapa pula Bush, penjenayah perang yang paling kejam di abad ini, yang berada jelas di depan mata, masih dibiarkan bebas melakukan kerosakan dan pembunuhan?

Sudah semestinya, pengganas dan penjenayah No.1 dunia ini akan terus bebas terlepas dalam keadaan AS masih lagi negara super power dan sistem Kapitalis masih lagi mengatur dunia. Namun, bila Daulah Khilafah tegak nanti, maka penjenayah seperti Bush ini Insya Allah tidak akan dibiarkan oleh Khalifah untuk terus merosakkan dunia ini dan melakukan pembunuhan sesuka hatinya. Apabila terwujudnya Khilafah sedikit masa lagi, maka AS tentunya ibarat buku bertemu ruas, dan kemenangan pasti akan berpihak kepada umat Islam, dengan pertolongan dari Allah Azza wa Jalla. ALLAHU AKBAR!

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR