ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


SISTEM PEMERINTAHAN KHILAFAH ISLAM - PART 2


02.Batas Waktu Perlantikan Khalifah




Batas waktu yang diberikan kepada kaum muslimin untuk melantik seorang khalifah adalah dua malam. Seorang muslim tidak dibolehkan melewati dua malam tanpa adanya bai’at (sumpah ketaatan kepada khilafah) di pundaknya.


Penetapan batas maksimum dua malam dapat difahami dari fakta bahawa melantik khalifah hukumnya adalah fardhu semenjak khalifah sebelumnya meninggal atau diberhentikan. Namun, kaum muslimin boleh menunda perlantikan itu di samping tetap berusaha untuk melaksanakannya sebelum menjelang dua malam. Jika telah melebihi dua malam dan kaum muslimin masih belum berhasil melantik seorang khalifah, maka status perbuatan mereka perlu dipertimbangkan - jika kaum muslimin masih sibuk berusaha melantik seorang khalifah dan ternyata mereka belum dapat menyelesaikan kewajiban tersebut dalam batas waktu dua malam disebabkan oleh terjadinya hal-hal yang memaksa yang tidak dapat diatasi oleh mereka, maka gugurlah dosa atas mereka sebab mereka telah melaksanakan kewajiban sementara penundaan yang terjadi disebabkan adanya suatu keterpaksaan. Rasulullah SAW bersabda;


“Telah diangkat dosa ke atas umatku dari kesalahan lupa dan keterpaksaan atas mereka”


Namun apabila kaum muslimin berdiam diri, tidak turut berusaha melantik seorang khalifah, maka mereka semua akan berdosa sehingga perlantikan khalifah berhasil dilaksanakan sebab pada saat itu kewajiban tersebut gugur atas diri mereka tetapi dosa yang mereka pikul selama berdiam diri dan tidak berusaha mengangkat seorang khalifah, tidak gugur atas mereka. Mereka tetap akan dihisab oleh Allah SWT atas perbuatan itu seperti halnya dengan perbuatan maksiat yang dilakukan seorang muslim kerana meninggalkan suatu kewajiban.


Dalil yang menunjukkan batas waktu dua malam sebagai had bagi kaum muslimin untuk melantik khalifah adalah ijma’ sahabat (kesepakatan para sahabat Rasulullah SAW). Para sahabat Nabi mulai mengadakan pertemuan di Saqifah Bani Sa’idah sebaik sahaja mereka mendengar berita wafatnya Rasulullah SAW untuk membahas perlantikan khalifah pengganti baginda tetapi pada hari itu timbul perdebatan antara para sahabat di tempat mereka berkumpul. Kemudian pada hari kedua mereka mengumpulkan orang-orang di masjid untuk melaksanakan bai’at (sumpah ketaatan kepada khalifah). Peristiwa ini mengambil masa tiga hari dua malam.


Demikian pula yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab ketika beliau merasakan ajalnya hampir tiba kerana tikaman pisau, beliau radiallahu anhu menunjuk ahlu syura dan memberi batas waktu kepada mereka tiga hari (untuk melantik seorang khalifah). Kemudian beliau berwasiat apabila dalam jangka waktu tiga hari tidak tercapai kesepakatan untuk mengangkat khalifah, maka hendaknya orang yang tidak ikut bersepakat dibunuh setelah hari ketiga. Beliau menugaskan lima puluh orang untuk melaksanakannya sedangkan mereka adalah ahlu syura dan pemuka para sahabat. Semua ini terjadi di hadapan para sahabat, diketahui dan didengari oleh mereka namun tidak seorang pun menyangkal hal itu. Dengan demikian terdapat ijma’ sahabat bahawa kaum muslimin tidak boleh mengalami masa vakum dari khilafah lebih dari dua malam tiga hari dan ijma’ sahabat (kesepakatan para sahabat) merupakan dalil syara’ sebagaimana Al-Quran dan As-Sunnah.


0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR