ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


HUKUM SYARAK TERHADAP ISU GAZA


Soalan:


Saya tertarik dengan demonstrasi yang dilakukan oleh HTM di hadapan Kementerian Pertahanan baru-baru ini, antara yang digesa oleh HTM adalah agar Angkatan Tentera Malaysia pergi ke Semenanjung Gaza dan melakukan jihad di sana. Sememangnya demonstrasi ini berlainan sekali dengan demonstrasi yang dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam yang lain, yang nampaknya takut untuk mengeluarkan usul jihad. Walaupun saya boleh mengagak, tetapi adalah baik kiranya HTM menjelaskan sendiri kenapakah HTM memilih Kementerian Pertahanan? Dan pada pendapat HTM, kenapakah isu Gaza atau Palestin ini menjadi satu isu yang perlu diutamakan sehingga banyak demonstrasi di adakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia? Juga, apakah terdapat penyelesaian lain untuk Palestin selain jihad yang diserukan oleh HTM?

Jawapan:

Mungkin kalau saudara/saudari yang bertanya ini menghadiri forum “Ghaza Berdarah Di manakah Kita” anjuran HTM baru-baru ini, soalan ini tidak bermain di benak saudara kerana semua isu telah dijawab dalam forum tersebut. Asasnya kita perlu memahami bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam. Ia adalah isu kita semua dan merupakan sebahagian dari masalah umat Islam di seluruh dunia. Perlu diperingatkan semula bahawa Palestin (Al-Quds) wajib dipertahankan kerana beberapa sebab:-

(1) Batul Muqaddis merupakan tanah suci ketiga umat Islam dan Al-Quds itu sendiri adalah kawasan bumi yang diberkati

(2) Negara Israel yang dibentuk oleh Britain hasil dari Deklarasi Balfour dan persetujuan PBB (Liga Bangsa-Bangsa pada masa itu) merupakan negara haram yang berdiri atas bumi kaum Muslimin yang dirampas

(3) Kaum Muslimin yang mana tanah mereka dirampas tadi dikepung, diserang dan dibunuh sedemikian rupa oleh rejim Zionis, dan di dalam Islam, terdapat hukum syarak yang jelas tentang apakah tugas umat Islam lain di luar kawasan tersebut.

Perkara Pertama: Baitul Muqqadis dan kawasan sekitarnya adalah kawasan bumi Israk Mikraj yang diberkati, yang mana dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas iaitu dalam Surah Israk ayat pertama, Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [TMQ Al-Isra' (17):1]

Baitul Muqaddis merupakan tempat suci dan kiblat pertama kaum Muslimin, Sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Rasulullah diperintahkan untuk menghadap ke kiblat pertama ini. Hal ini dilakukan sehubungan dengan kedudukan Baitul Maqdis saat itu dianggap paling istimewa manakala Baitullah masih dikotori oleh beratus-ratus berhala di sekelilingnya.

Namun menurut sebuah riwayat, meskipun Rasulullah selalu menghadap ke Baitul Maqdis, jika berada di Mekah beliau juga selalu menghadap ke Baitullah. Demikian pula setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, beliau selalu menghadap ke Baitul Maqdis. Namun 16 atau 17 bulan setelah hijrah, di mana kerinduan beliau telah memuncak untuk menghadap ke Baitullah yang sepenuhnya dikuasai oleh kafir Makkah, turunlah firman Allah yang memerintahkan umat Islam untuk berpaling ke Masjidil Haram yang memang dinantikan oleh Rasulullah. Demikianlah hadis berkaitan dengan asbabun nuzul ayat-ayat Alquran tentang petunjuk arah kiblat bagi kita sekarang ini. [Lubabunuqul fi Asbabinuzul Imam Sayuthi]

Hadis Syaidu Rihlah, menerangkan dengan jelas kepada kita bahawa Baitul Muqaddis merupakan Tanah Suci ketiga kaum Muslimin, setelah Mekah dan Madinah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “

Jangan kamu memberatkan-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga Masjid ; Masjidul Haram, masjidku ini dan Masjidul Aqsa.” [HR Bukhari, Muslim Dan Abu Daud].

Dalam hadis lain pula yang menerangkan tentang kelebihan solat. Masjid Al Aqsa merupakan masjid kedua yang dibina di muka bumi ini selepas Masjidil Haram. Fadhilat sembahyang di dalamnya adalah "lima ratus kali lebih baik daripada bersembahyang di masjid biasa kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi" [HR Bukhari dan Muslim]

Perkara kedua: Israel telah merampas tanah Kaum Muslimin Palestin, mereka telah menghalau kaum Muslimin dengan izin British. Britishlah yang mengisytiharkan bahawa “His Majesty government view with favour the establishmet in Palestine of a national home for the Jewish people” dalam Deklarasi Balfour 1917, sebagaimana dicatatkan dalam surat Menteri Luar kepada Rotshchild. Pembohongan bahawa negara Israel ini berdiri atas dasar Talmud adalah rekaan Zionis sahaja, mereka sebenarnya tidak pernah mengimani Taurat, kalau mereka betul-betul mengimani Taurat nescaya mereka mengikut Nabi Muhammad kerana telah ada perintah yang jelas untuk mereka mengikuti nabi akhir zaman yang bernama Ahmad. Taurat telah dijadikan justifikasi kepada mereka untuk menubuhkan negara dan beberapa kajian arkeologi yang dimanipulasi untuk membuktikan bahawa orang Yahudilah adalah penduduk asal bumi Palestin. Persoalannya ramai orang-orang Yahudi berbangsa selain dari Poland, Afrika, Rusia dan Eropah mereka sendiri tidak ada susur galur bani Israel turut bermigrasi ke Israel. Apkah mereka juga menggunakan alasan keturunan Nabi Yaakub? Bahkan Winston Churchil sendiri menafikan perkataan 'National home for Jewish' bermaksud negara. Pendirian negara Yahudi tidak ada kaitan dengan agama tetapi kerana adanya idea dari gerakan Zionis dan juga secara fizikalnya ada Deklarasi Balfour. Jadi dengan kata lain mereka adalah Mughtasib (perampas) negara dan tanah air kaum Muslimin.

Justeru, persoalannya, apakah kita perlu berdiam diri apabila tanah kita dirampas golongan kuffar, baik di Palestin, Irak, Afghanistan, Kashmir, Selatan Thailand dan lain-lain? Di dalam hal ini, Hizbut Tahrir ingin mengingatkan bahawa Hizbut Tahrir bukanlah hanya menjadikan Palestin sebagai fokus utama, tetapi Palestin adalah termasuk dari salah satu tanah/negeri umat Islam yang dirampas. Cuma apa yang membezakan Palestin dengan tempat lainnya adalah kerana ia merupakan di sana terdapat Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan kawasan sekitarnya yang diberkati oleh Allah SWT.

Perkara ketiga: Setelah satu persatu tanah kita dirampas, kemudian pihak Israel telah memberikan tanah sekangkang kera untuk umat Islam di Palestin, lalu umat Islam dikepung, dibom, dibunuh dan diperangi.

Jadi setelah kita mengkaji dengan rapi dan jelas kepada fakta yang dinyatakan ini, barulah kita dapat jelaskan bagaimana penyelesaian yang perlu diambil terhadap peristiwa yang berlaku di Palestin ini. Memandangkan isu Baitul Muqaddis merupakan isu ‘sebuah tanah suci kaum Muslimin yang dirampas oleh rejim Israel’ maka wajib kepada kita secara kifayah (fardu kifayah) untuk mengambil balik tanah mereka ini, seperti yang dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayyubi, Nurrudin al-Zinki dan Immaddudin Al-Zinki. Walaupun kawasan ini merupakan tanah suci kaum Muslimin sejak zaman Rasulullah lagi, namun hanya setelah zaman Umar barulah tanah suci ini dapat dibebaskan dari tangan kaum Nasrani, dan diabadikan penyerahannya di dalam Perjanjian Umariyah.

Sekarang umat Islam perlulah mencurahkan segenap tenaga untuk melaksanakan fardhu kifayah ini, dari segi kekuatan politik dan ketenteraan. Perlu diingat bahawa di dalam kes fardu kifayah, dosa seseorang itu tidak akan terlepas sehinggalah kefardhuan ini ‘selesai’ dilaksanakan. Justeru, selagi masalah Gaza tidak selesai, selagi itulah keseluruhan umat Islam akan berdosa, kecuali mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya sama ada secara politik atau ketenteraan.

Dari segi kekuatan ketenteraan, sesungguhnya umat Islam hari ini mempunyai kekuatan ketenteraan yang lebih dari mencukupi untuk menyelamatkan Gaza. Namun ternyata, mereka dan juga para pemimpin yang ada tidak menunaikan kefardhuan ini sedikit pun. Justeru, di samping berusaha untuk memuhasabah pemimpin yang tidak bergerak ini, kita juga wajib berusaha bagi memuhasabah pasukan tentera agar segera bertindak dan mereka (tentera) tidak lagi perlu mentaati pemimpin yang ada, kerana kesemua pemimpin yang ada telah melakukan kemaksiatan kepada Allah dan RasulNya, dengan tidak menggerakkan tentera. Sesungguhnya pasukan tentera boleh bergerak sendiri di dalam kes ini dan tidak lagi perlu mentaati pemimpin yang khianat kepada Allah, RasulNya dan kaum mukminin.

Kerana itulah Hizbut Tahrir Malaysia mengadakan demonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan bagi mendesak tentera agar segera bergerak ke Gaza. Kami sudah tidak mengharapkan pemimpin yang ada sekarang yang hanya tahu bercakap kononnya ingin menyelamatkan Gaza, namun ternyata mereka diselubungi sifat kemunafikan dan kebaculan. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi bagi mendesak sama ada pemerintah mahupun tentera, agar segera ke Gaza bagi menyelamatkan saudara-saudara kita di sana, dan seterusnya membebaskan Palestin dari Israel laknatullah. Dengan itu, barulah isu ‘tanah umat Islam yang dirampas golongan kuffar’ dapat diselesaikan.

Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik yang bergerak di seluruh dunia berterusan memuhasabah pemerintah dan juga tentera agar membebaskan kesemua tanah umat Islam yang dirampas dan menerapkan hukum Allah di situ. Di samping itu, Hizbut Tahrir berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Daulah Khilafah dan melantik seorang Khalifah bagi menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia dan menyatukan kita semua di bawah satu pemerintahan. Hizbut Tahrir yakin dengan adanya Khilafah, maka Insya Allah pasukan tentera kaum Muslimin akan digerakkan untuk berjihad melawan kuffar.

Khalifah jugalah yang akan menghapuskan batas politik ciptaan Barat sekarang yang kerananyalah umat Islam dihalang dari melakukan fardhu kifayah ini, iaitu berjihad membebaskan Al-Aqsa. Sesungguhnya jika tentera di gerakkan, sempadan dibuka dan umat Islam lainnya dibenarkan berjihad secara sukarela, dengan satu kepungan sahaja, Israel tentunya akan dapat dilemahkan dan dikalahkan. Kedudukan Israel yang di kelilingi oleh negara umat Islam amat memudahkan kita untuk mengalahkan mereka. Namun, oleh sebab pengkhianatan pemimpin negara Arab sekaranglah yang bersekutu dengan Israel dan bertindak seperti hamba kepada Amerika, maka umat Islam di Gaza terus menderita. Pasukan tentera hanya digunakan tidak lebih dari menjadi ‘bodyguard’ mereka sahaja. Lebih buruk, tentera yang ada digunakan untuk melindungi kepentingan Amerika dan Israel.

Jika dulu pasukan tentera Muslimin menjadi mulia kerana jihad tetapi sekarang tugas tentera kaum Muslimin menjadi hina. Di Malaysia contohnya, kita boleh melihat bagaimana tentera hanya digunakan untuk membersihkan kawasan, membantu mangsa banjir, membina rumah-rumah orang asli, membina jambatan untuk tanah runtuh dan seumpamanya. Semangat jihad yang sepatutnya mereka miliki, dan kerja-kerja jihad yang sepatutnya mereka pikul, telah bertukar menjadi sebatas 'kerja-kerja kebajikan’ adanya.

Sebagai Muslim, kita perlu ingat bahawa institusi Israel walaupun telah disahkan oleh PBB namun keberadaannya adalah hasil rampasan dari tanah kaum Muslimin. “Jewish national home in Palestin” adalah satu negara haram dan merupakan perampasan dari daerah-daerah Islam dan kewajipan kepada umat Islam untuk membebaskan tanah-tanah ini, dan menghapuskan Institusi Yahudi ini. Jadi sekali lagi umat Islam perlu membebaskan bumi Palestin dari institusi haram ini, dan tidak ada cara lain kecuali dengan cara jihad.

Dalam hal ini, perlu diperjelaskan bahawa hukum jihad berlaku dalam keadaan di mana:-

(i) Ketika kaum Muslimin atau negeri mereka diserang oleh orang-orang atau negara kafir, sebagaimana yang berlaku di Afghanistan dan Iraq yang diserang dan diduduki AS sampai sekarang. Juga dalam kes Gaza ini di mana tanah Palestin yang sebenarnya dijajah dan diserang Israel. Inilah yang disebut dengan jihad defensif. Dalam keadaan seperti ini, Allah SWT telah mewajibkan kaum Muslim untuk membalas serangan dan mengusirnya dari tanah kita:

“Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian, tetapi janganlah kalian melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [TMQ Al-Baqarah (2):190]

(ii) Apabila ada sekelompok umat Islam yang diperangi oleh orang-orang atau negara kafir, kaum Muslimin yang lain wajib menolong mereka. Ini kerana, kaum Muslimin itu bersaudara, laksana satu tubuh. Serangan atas sebahagian kaum Muslimin pada hakikatnya merupakan serangan terhadap seluruh kaum Muslimin yang lain. Oleh sebab itu, usaha untuk membela kaum Muslimin di Afghanistan, Irak atau Palestin, merupakan kewajiban kaum Muslimin di seluruh dunia. Allah SWT berfirman:

“Jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam urusan agama ini maka kalian wajib menolong mereka.” [TMQ al-Anfal (8):72]

Imam Ibn Abidin berkata, jihad menjadi fardhu ain jika musuh mencerobohi sempadan negara kaum Muslimin, dan menjadi fardu ain kepada orang yang tinggal di sekitarnya. Untuk orang yang tinggal jauh dari kawasan tersebut ianya menjadi fardhu kifayah, jika pertolongannya tidak diperlukan. Tetapi, jika pertolongannya diperlukan, kerana disebabkan pihak yang berhampiran tidak mampu menahan serangan musuh, atau enggan dan tidak melakukan jihad, maka ianya menjadi fardhu ain kepada orang berada kawasan seterusnya. Sebagaimana kewajipan solat dan puasa, tiada ruang untuk mereka meninggalkannya. Jika mereka juga tidak mampu maka kewajipannya itu berpindah kepada pihak yang seterusnya, dan begitulah seterusnya, sehingga jihad menjadi fardu ain kepada kaum Muslimin yang tinggal di Timur dan di Barat [Hasyiyah Ibn Abidin, III/348]

Kita perlu tahu bahawa pihak Israel bukan sahaja membunuh, mengebom dan memerangi kaum Muslimin, namun mereka juga telah membina ‘negara Yahudi’ di tanah yang dirampas dari kaum Muslimin. Mereka juga telah menguasai dan menodai tanah suci kaum Muslimin. Maka kewajipan atas tentera kaum Muslimin pada masa ini adalah untuk memerangi mereka, bukannya menjadi pengawal keselamatan kepada pemimpin sekular yang merupakan talibarut Amerika seperti pemimpin Mesir dan Arab Saudi sekarang.

Persoalan yang berlaku di Palestin sekarang adalah persoalan umat Islam yang sedang diperangi. Jadi, tidak ada jawapan lain untuk ‘menjawab’ perang yang dilancarkan oleh Israel ini kecuali kita memerangi mereka balik. Inilah perintah Allah kepada kita sebagaimana yang dijelaskan di dalam ayat di atas. Jadi, perang kita terhadap mereka adalah tidak lain kecuali jihad fi sabilillah, yakni dengan bergeraknya pasukan tentera kaum Muslimin ke sana. Dan pemerintah selaku orang yang bertanggungjawab untuk menggerakkan mereka ini ke medan jihad. Dan kita telah melihat sejak berpuluh tahun lamanya bahawa masalah Palestin tidak pernah selesai kerana penyelesaian sebenar (jihad) tidak di ambil oleh mereka yang memegang kekuasaan.

Sedarlah wahai pihak-pihak yang diberikan oleh Allah kekuasaan, sebelum Allah mencabut kekuasaan kamu dengan kehinaan dikeranakan kamu “cintakan dunia dan takut mati”. Sesungguhnya kekuasaan kamu tidak lama dan Allah berkuasa mencabutnya sekelip mata sahaja dan sesungguhnya kematian akan pasti menjemput kamu walau di mana kamu berada, walau di sebuah istana mewah yang dikelilingi tembok batu berlapis-lapis dan dijaga oleh ribuan pengawal keselamatan sekalipun.


0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR