ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


MUSUH DAN PENGKHIANAT UMAT ISLAM BERTEMU UNTUK APA?


LONDON, 3 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah semalam mengadakan pertemuan di luar jadual Sidang Kemuncak G20 di London. Mereka membincangkan kerjasama dalam menangani krisis ekonomi dan menentang keganasan. Ia merupakan pertemuan empat mata pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Obama menjadi Presiden AS. White House dalam satu kenyataan berkata, Obama mengulangi sokongan beliau kepada inisiatif Arab Saudi ke arah usaha damai Arab-Israel, yang tertunggak sejak 2002. Kenyataan itu, bagaimanapun tidak mengandungi sebarang maklumat, sama ada Obama dan Raja Abdullah ada membincangkan tentang isu tenaga.

Sumber : Utusan Malaysia: 04/04/09

Musuh dan Pengkhianat Umat Islam Bertemu Untuk Apa?

Sekali lagi umat Islam dapat melihat dan menyaksikan kedua-dua pemimpin yang memegang watak sebagai musuh dan pengkhianat umat Islam nombor satu bertemu untuk terus saling bantu membantu untuk terus mengkhianati Islam dan umat Islam. Alasan perbincangan mereka adalah untuk kononnya membincangkan kerjasama dalam menangani krisis ekonomi dan menentang keganasan. Bagi AS apakah sistem ekonomi yang ingin mereka paksakan untuk umat Islam kalau tidak sistem ekonomi kufur Kapitalisme? Selanjutnya bagi AS siapakah pengganas yang paling mereka ingin perangi kalau tidak orang-orang Islam itu sendiri?

Firman Allah SWT: “Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka”. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. [TMQ at Taubah(9):67].

Apakah yang ingin diharapkan oleh Raja Abdullah dari si Obama musuh nombor wahid umat Islam ini? Apakah beliau ingin mencari kemuliaan dari orang-orang kafir seperti Obama? Amat hinalah kedudukan ini bagi seseorang yang mengaku sebagai seorang Muslim. Kemuliaan itu hanyalah milik Allah SWT, rasulNya dan orang-orang yang beriman kepada Allah SWT!!

Firman Allah SWT :”Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi rasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [TMQ Al Munaafiquun(63):8].

Tidak cukupkah peringatan Allah SWT untuk Raja Abdullah sedar akan pengkhianatan yang dilakukannya selama ini? Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”. [TMQ A-li ‘Imran(3):118].

Dan ingatlah, wahai Raja Abdullah ancaman Allah SWT ini: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul”. [TMQ Al-Mumtahanah(60):1]

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR