ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


TIGA HARI DUA MALAM

TIGA HARI DUA MALAM



Kehangatan pilihan raya sudah semakin menghampiri kemuncak. Perang poster, perang mulut, perang propaganda dan segala jenis perang lagi sudah semakin rancak. Di sana-sini, isu yang menjadi perbincangan adalah pilihan raya, tentang siapa yang bertanding, di mana sianu dan sianu bertanding, siapa lawannya, siapa yang bakal menang, negeri mana yang akan jatuh ke tangan pembangkang dan sebagainya. Isu selain pilihan raya sudah menjadi isu yang kedua atau ketiga pentingnya. Jika dibincangkan isu lain sekalipun, yang akan dibincangkan hanyalah isu yang boleh memburuk-burukkan atau menjatuhkan parti lawan atau kredibiliti lawan masing-masing. Di samping ‘pihak lawan’ yang menjadi musuh tradisi, di saat ini jugalah wujudnya lawan dan musuh di kalangan sesama sendiri. Siapa sahaja yang gila kuasa, tetapi tiba-tiba tidak dicalonkan, maka adalah suatu yang lumrah di dalam politik Machiavelli yang diamalkan sekarang, orang itu akan menjadi musuh dalam selimut. Siapa sahaja yang paling banyak menabur wang ringgit, maka dialah biasanya yang akan menang. Pendek kata, menjelang 8 Mac ini, semua perkara yang haram boleh terjadi kerana ‘pertimbangan’ tertinggi yang akan ada pada setiap orang adalah ‘manfaat’, bukan lagi halal dan haram. Siapa sahaja yang ingin meraih manfaat akan sanggup melakukan apa sahaja dan siapa sahaja yang telah kehilangan manfaat pun akan sanggup melakukan apa sahaja. Halal dan haram ditolak ke tepi, manfaatlah yang menjadi galang ganti.

Di dalam kesibukan menyambut 8 Mac nanti, satu tarikh yang akan dilalui sebelum itu adalah 3 Mac. Satu tarikh yang semakin diingati oleh umat Islam di seluruh dunia, walaupun masih ada yang terlupa. Ya, 3 Mac ini menandakan genapnya 84 tahun keruntuhan Daulah Khilafah yang selama lebih 1300 tahun mendominasi politik dunia. 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rajab 1342 H – tarikh pilu sejarah Islam di mana jatuhnya Daulah Islam (Daulah Khilafah), sebuah pemerintahan Islam yang telah dibina oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah dan disambung kewajipan (wujudnya)nya oleh Khulafa’ Rasyidin, kemudian diteruskan kesinambungannya oleh Khilafah Umayyah, Abbasiyyah dan yang terakhir Khilafah Uthmaniyyah. Sejak dari tumbangnya negara gergasi ini, seluruh dunia Islam telah dipecah-pecahkan dan dicerai-beraikan oleh musuh, hilang kesatuan, kekuatan dan kemuliaan yang selama ini mereka miliki. Negara-negara mereka mula berubah, dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besarnya. Dalam bab pemerintahan, mereka telah mengambil apa yang diatur oleh Barat, meninggalkan aturan Allah dan Rasul yang selama ini menjadi punca kemuliaan mereka. Barat telah mengatur bagaimana umat Islam sepatutnya memerintah negara, bagaimana cara membuat undang-undang, bagaimana cara berpolitik, cara berekonomi, cara berpakaian dan segala-galanya. Barat telah menetapkan bahawa negara mestilah (berdiri) berdasarkan ‘bangsa’ (nation-state), mesti terdapat dua dewan dalam pemerintahan untuk membuat undang-undang, membuat undang-undang pula mestilah berdasarkan suara majoriti, memilih kerajaan mestilah lima tahun sekali, umur baligh adalah 18 tahun, umur mengundi adalah 21 tahun dan banyak lagi yang Barat tetapkan bagi umat Islam. Semua ini telah diambil oleh umat Islam dari kuffar Barat dengan meninggalkan ketetapan Allah dan Rasul ke atas mereka. Barat menetapkan sebuah ‘dokumen suci’ kepada umat Islam, menggantikan Kitab suci yang dipegang oleh umat Islam selama ini. Akhirnya, mereka sanggup melanggar ketetapan Kitab Al-Quran dan Al-Hadis, tetapi tidak sanggup melanggar dan tunduk patuh kepada ‘dokumen suci’ yang ditentukan oleh golongan kuffar ke atas mereka. Inilah kehinaan yang telah menimpa umat yang suatu masa dahulu merupakan yang umat yang paling mulia di muka bumi.

Tempoh Pemerintahan Kerajaan Sekular vs Islam

Berdasarkan undang-undang yang dibuat oleh manusia di bawah sistem kufur-sekular di Malaysia, tempoh maksimum pemerintahan sesebuah kerajaan adalah selama lima tahun. Ini diperuntukkan oleh Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, “Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar”. Sejak digubal, peruntukan ini nampaknya tidak pernah mengalami pindaan atau dicabar oleh mana-mana orang Islam yang menjadi ahli Parlimen. Dengan kata lain, mereka tidak pernah mempertikaikan sama ada hal ini bersesuaian dengan hukum syara’ atau tidak. Semua nampaknya hanya tunduk patuh dan akur dengan apa yang terkandung di dalam dokumen yang dibuat oleh si kafir Lord Reid ini. Sebagai seorang Muslim, wajib bagi kita untuk melihat setiap perkara dari perspektif Islam, apatah lagi jika ia melibatkan suatu perbuatan yang akan kita lakukan. Kaedah syara’ menyebut bahawa “al-aslu fi al-af’al tuqayyidu bi hukmi al-syar’i” (asal sesuatu perbuatan itu adalah terikat dengan hukum syara’). Maksudnya, sebelum melakukan sesuatu perbuatan, kita hendaklah merujuk dahulu hukum syara’ mengenainya. Justeru, dalam masalah pemerintahan yang merupakan hal yang amat penting dalam Islam, rujukan kepada hukum syara’ terlebih lagi tidak boleh diabaikan.

Sistem pemerintahan Islam adalah sistem Khilafah. Ia berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi buatan manusia yang ada sekarang. Sistem Khilafah berasal dari wahyu di mana Khalifah merupakan pemimpin tertinggi bagi seluruh umat Islam di dunia. Seorang Khalifah dibai’ah oleh umat Islam untuk memerintah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Ini bererti, selama mana ia memerintah berdasarkan syara’, maka ia tidak boleh dipecat atau dijatuhkan. Jawatan Khalifah ini tidak mempunyai masa yang tertentu atau dibatasi dengan waktu yang tertentu. Selama Khalifah masih tetap menerapkan syariah, melaksanakan hukum-hukum syara’ dan mampu untuk melaksanakan pelbagai tugas negara serta tanggungjawab kekhalifahan, maka dia tetap sah menjadi Khalifah. Ini kerana, redaksi bai’ah yang terdapat di dalam hadis-hadis, semuanya bersifat mutlak dan tidak terikat dengan jangka waktu tertentu. Hal ini didasarkan pada riwayat Imam al-Bukhari dari Anas bin Malik, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, sabdanya, “Dengar dan taatilah pemimpin kalian sekalipun yang pemimpin kalian adalah seorang hamba hitam yang kepalanya seperti zabib” Dalam riwayat lain dari Imam Muslim dari jalan Ummu al-Husain dinyatakan pada akhirnya, “Selama ia masih memimpin kalian dengan Kitabullah”.

Selain redaksi hadis yang dinyatakan dengan jelas oleh Rasulullah, para Khulafa’ Rasyidin masing-masing telah dibai’at dengan bai’ah yang bersifat mutlak oleh kaum Muslimin. Kekhalifahan mereka tidak dibatasi dengan tempoh masa tertentu. Masing-masing dari Khulafa’ Rasyidin ini memimpin sejak dibai’ah sehinggalah mereka meninggal. Dengan demikian, hal ini telah menjadi Ijmak Sahabat yang menunjukkan bahawa jawatan kekhilafahan (pemerintahan) tidak mempunyai tempoh masa tertentu, tetapi bersifat mutlak. Kerana itu, jika seorang Khalifah dibai’at, ia tetap menjadi Khalifah sehinggalah ia meninggal, selama mana dia menerapkan hukum syara’. Akan tetapi, jika terjadi sesuatu pada Khalifah yang mengakibatkannya dipecat atau yang mengharuskan dirinya dipecat, maka jawatannya berakhir tatkala dia dipecat. Namun demikian, pemecatan dirinya bukanlah merupakan bentuk ‘pembatasan’ masa kekhilafahan (pemerintahan), tetapi hanyalah merupakan ‘kejadian’ berupa rosaknya syarat-syarat kekhilafahan. Ini adalah kerana redaksi bai’at yang telah ditetapkan berdasarkan nas hadis dan Ijmak Sahabat telah menjadikan Khilafah tidak terbatas waktunya. Khalifah hanya dibatasi masa dari segi ‘pelaksanaannya’ terhadap hukum syara’ (yang menjadi dasar pembai’atannya), di mana apabila dia sudah tidak lagi menerapkan hukum Al-Quran dan As-Sunnah, maka hal ini akan menjadi ‘batas’ untuk dia dipecat atau dengan kata lain merupakan batas berakhirnya tempoh jawatannya sebagai Khalifah. Justeru, selama mana seorang Khalifah itu menerapkan hukum syara’, maka selama itulah tempoh jawatannya sebagai Khalifah kekal, dan dia wajib ditaati.

Selain ini, terdapat beberapa keadaan di mana jawatan Khalifah akan berakhir. Ini berlaku apabila seorang Khalifah itu telah kehilangan salah satu dari tujuh syarat in’iqad (kelayakan)nya, maka secara syar’inya dia tidak lagi layak menjawat jawatan kekhalifahan. Adapun ketujuh syarat in’iqad Khalifah itu adalah lelaki, Muslim, baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu. Maknanya, jika Khalifah melakukan pertukaran jantina atau murtad, atau menjadi gila atau menjadi fasik, atau tidak lagi mampu dan seterusnya, maka hilanglah syarat in’iqadnya. Dalam kes ini, pihak yang memiliki autoriti untuk menetapkan pemecatan Khalifah hanyalah Mahkamah Mazhalim. Mahkamah Mazhalimlah yang berkuasa menentukan dan memecat Khalifah jika ia telah kehilangan salah satu syarat dari ketujuh syarat in’iqad di atas. Perkara ini (penentuan hilang atau tidak syarat kelayakan) adalah termasuk perkara yang memerlukan penetapan dan ia mesti di tetapkan di hadapan qadhi dan menurut Islam, Qadhi Mazhalimlah pihak yang berhak memutuskan perkara ini. Jadi, Mahkamah Mazhalim akan menentukan atau memutuskan sama ada Khalifah telah kehilangan (atau tidak) syarat in’iqad tersebut. Dalam keadaan di mana seorang Khalifah telah kehilangan syarat in’iqadnya, tetapi dia mengundurkan diri terlebih dahulu (sebelum dipecat), maka jawatannya berakhir di sini. Sementara dalam keadaan di mana kaum Muslimin berpandangan bahawa Khalifah wajib dipecat kerana hilangnya salah satu syarat in’iqad, sementara Khalifah menolak pandangan mereka dalam masalah ini, maka keputusannya dikembalikan kepada Qadhi Mazhalim, sesuai dengan firman Allah, “Sekiranya kalian berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Al-Sunah)...” [TMQ an-Nisa’ (4):59].

Berdasarkan hukum syara’ yang jelas yang terbit dari sumber hukum yang tidak boleh dipertikaikan (Hadis dan Ijmak Sahabat), tempoh sesebuah pemerintahan/kerajaan tidak boleh (haram) dibatasi mengikut tempoh waktu yang tertentu. Oleh itu, pemerintahan mesti terus wujud tanpa boleh dibubarkan kecuali jika pemimpin (Khalifah) yang telah dibai’at oleh umat Islam itu telah tidak lagi menerapkan hukum Islam atau telah hilang syarat in’iqadnya. Kedudukan ini sama sekali berbeza dengan hukum sekular buatan manusia sekarang di mana sesebuah kerajaan itu ‘wajib’ dibubarkan mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan oleh manusia dan di Malaysia, tempoh waktu (maksimum)nya adalah lima tahun. Inilah perkara yang amat menghiris hati kita, apabila umat Islam telah bergelumang dengan sistem demokrasi-kufur buatan manusia, maka qalbu mereka telah tertutup dari cahaya kebenaran. Dokumen/ketetapan yang dibuat oleh orang kafir ditaati tanpa dipertikai sedikit pun (hukumnya), manakala ketetapan Rasul dan Ijmak Sahabat dilanggari, malah dipertikai dan diubah (hukumnya), baik kerana kejahilan, kesombongan mahupun atas alasan maslahat.

Batas Waktu Kekosongan Kerajaan Sekular vs Islam

Selain membataskan jangka waktu ‘sah’nya sesebuah pemerintahan/kerajaan, Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan batasan waktu yang dibolehkan bagi ‘kekosongan’ sesebuah kerajaan. Perkara 55(4) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan, “Apabila Parlimen bubar, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh itu”. Dengan kata lain, fasal ini memberi ‘kebenaran’ batas waktu dibolehkan kosongnya pemerintahan adalah selama 60 hari (maksimum). Jadi, persoalan seterusnya adalah, adakah peruntukan ini bertepatan dengan Islam? Jika tidak, berapa lamakah batas waktu kekosongan pemerintahan yang dibenarkan oleh Islam? Adapun hukum tentang batas waktu kekosongan yang dibenarkan oleh Islam ini boleh diistinbat (digali) dari perbuatan sahabat setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah kewafatan Rasulullah, para sahabat telah berhimpun di Saqifah Bani Saidah dan masing-masing telah menyibukkan diri dalam usaha untuk melantik seorang pemimpin pengganti Rasulullah. Mereka semua sibuk melakukan hal itu dari menguruskan pengebumian jenazah Rasulullah sendiri sehingga jenazah baginda telah tertangguh (pengebumiannya). Hanya setelah Abu Bakar di bai’at oleh kaum Muslimin sebagai Khalifah, kemudian barulah urusan pemakaman jenazah Rasulullah diselesaikan. Peristiwa ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam.

Semasa Umar merasakan ajalnya sudah semakin dekat, dia telah mewasiatkan (pemilihan Khalifah) kepada ahlu syura dan telah menentukan batas waktunya selama tiga hari. Umar berkata bahawa jika dalam masa tiga hari belum ada kesepakatan terhadap (pelantikan) seorang Khalifah, orang yang tidak sepakat mesti dibunuh. Umar seterusnya mewakilkan kepada 50 orang dari kaum Muslimin untuk memastikan pelaksanaan hal itu (membunuh orang yang tidak sepakat), padahal mereka itu adalah ahli syura dan termasuk di antara sahabat yang terkenal. Semua ini dilihat dan didengar oleh para sahabat dan tidak diberitakan adanya seorang pun dari mereka yang mengingkari atau menentang apa yang Umar katakan. Dengan demikian, ini telah menjadi Ijmak Sahabat bahawa adalah haram bagi kaum Muslimin untuk tidak memiliki Khilafah lebih dari tiga hari dua malam. Kesepakatan para sahabat (Ijmak Sahabat) ini adalah termasuk sumber hukum yang wajib kita ambil sebagaimana kita mengambil Al-Quran dan juga Al-Hadis. Kisah pengangkatan Uthman sebagai Khalifah menguatkan lagi dalil tiga hari dua malam ini di mana Imam Bukhari telah menuturkan riwayat dari jalan al-Miswar bin Mukhtimah yang mengatakan, “Abdul Rahman bin Auf pernah mendatangiku setelah tengah malam. Ia mengetuk pintu hingga aku terbangun. Ia lalu berkata, ‘Apakah kamu lebih memilih tidur? Demi Allah, janganlah engkau melewati tiga malam ini dengan banyak tidur’. Ketika solat subuh pembai’atan Uthman berlangsung dengan sempurna.”

Oleh itu, pada saat jawatan Khalifah mengalami kekosongan, kaum Muslimin wajib segera menyibukkan diri, berusaha bersungguh-sungguh untuk membai’at (mengangkat) seorang Khalifah dalam masa tiga hari dua malam. Jika tidak, mana-mana Muslim yang berdiam diri dari kewajiban ini akan berdosa dan terus berdosa sehinggalah terlantiknya seorang Khalifah yang akan memimpin mereka semua. Dalil tentang batas waktu tiga hari dua malam (tentang kewajipan membai’at seorang Khalifah) merupakan sebuah Ijmak Sahabat yang teramat jelas. Seorang Muslim tidak boleh melewati malam yang ketiga sedangkan di pundaknya masih tidak terdapat tanggungjawab bai’ah kepada Khalifah. Sekiranya telah lebih dari tiga hari dua malam dan kaum Muslimin masih belum berjaya mengangkat seorang Khalifah, maka hal ini perlu diperhatikan – jika kaum Muslimin tetap sibuk bersungguh-sungguh berusaha untuk mengangkat seorang Khalifah, namun masih belum berjaya (disebabkan faktor di luar kemampuan mereka), maka gugurlah dosa dari mereka. Ini kerana mereka telah berusaha untuk menunaikan kewajipan tersebut, namun kerana ‘keterpaksaan’ (faktor luar yang tidak dapat dielak), mereka masih gagal menyempurnakannya. Hal ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan Ibn Majah dari Ibn Abbas, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah mengampuni dosa dari umatku (kerana) tersalah (tidak sengaja), terlupa dan keterpaksaan”.

Adapun bagi mereka yang tidak sibuk berusaha untuk mengangkat Khalifah, maka mereka akan menanggung dosa sehinggalah Khalifah berhasil dilantik. Ketika Khalifah telah diangkat, maka barulah dosa itu gugur dari mereka, namun dosa mereka sebelum itu (sebelum terangkatnya Khalifah) tetap tertanggung ke atas mereka. Segala dosa mereka selama tempoh mereka berdiam diri (sehingga terlantiknya seorang Khalifah) tersebut, semuanya akan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesungguhnya mereka (selama tidak terangkatnya Khalifah) telah memaksiati Allah kerana telah meninggalkan satu kefardhuan yang jelas dan qath’i hukumnya. Justeru, dosa ini mereka akan pikul hinggalah ke hari Kiamat dan Allahlah Satu-Satunya Zat yang layak dan berhak menghukum mereka di akhirat kelak, na’uzubillah min zalik. Berdasarkan Ijmak Sahabat yang jelas, maka tempoh waktu yang dibenarkan oleh Islam untuk wujudnya kekosongan pemerintahan hanyalah tiga hari dua malam sahaja, tidak boleh lebih dari itu. Ketetapan ini berbeza sama sekali dengan ‘Ijmak Ahli Parlimen’ sekarang yang bersetuju dengan tempoh masa 60 hari bagi kekosongan sesebuah pemerintahan. Ingatlah wahai kaum Muslimin! Dari siapakah kalian ingin mengambil urusan agama ini jika bukan dari para sahabat yang mulia yang Allah telah redha kepada mereka dan telah dijamin oleh Allah akan memasuki syurga-syurgaNya? Atau adakah kalian ingin mengambil urusan agama ini dari ahli Parlimen yang telah merubah hukum Allah dengan tangan-tangan mereka? Na’uzubillah min zalik

Kedudukan Amir Sementara

Islam telah memperincikan bukan sahaja hukum tentang jangka waktu pemerintahan dan batas waktu kekosongannya, malah Islam turut merincikan apakah yang wajib dilakukan oleh umatnya di dalam tempoh tiga hari dua malam tersebut. Seorang Khalifah, apabila merasa ajalnya semakin hampir, memiliki hak untuk melantik seorang amir sementara. Ia boleh melakukan hal ini dalam rangka untuk menangani urusan umat Islam sementara menyelesaikan proses pengangkatan Khalifah yang baru. Amir sementara ini mesti terus memulakan tugasnya sebaik sahaja Khalifah sebelumnya meninggal dan tugas pokok amir sementara ini adalah untuk menuntaskan masalah pelantikan Khalifah yang baru dalam masa tiga hari dua malam (setelah meninggalnya Khalifah tersebut). Bagaimana pun, amir sementara ini tidak boleh mentabanni suatu hukum, sebab mentabanni hukum ini merupakan autoriti Khalifah yang dibai’at oleh umat. Demikian juga, amir sementara ini tidak boleh mencalonkan dirinya sendiri untuk menduduki jabatan kekhilafahan atau mendukung mana-mana calon yang ada. Hal ini di ambil dari perbuatan Umar al-Khattab yang telah menunjuk amir sementara itu dari selain mereka yang dicalonkan untuk menduduki jabatan kekhalifahan di saat merasakan ajalnya semakin hampir. Jawatan amir sementara ini berakhir setelah diangkatnya Khalifah yang baru, sebab tugasnya memang hanya sementara waktu, bagi menguruskan pelantikan Khalifah yang baru itu.

Dalil yang menunjukkan kedudukan tersebut, seperti yang disebutkan sebelum ini, adalah perbuatan Umar yang menunjuk (mengangkat) Suhaib sebagai amir sementara di mana Umar berkata kepada para calon, “Agar Suhaib memimpin solat bersama kalian selama tiga hari, yakni selama kalian bermusyawarah”. Kemudian Umar berkata kepada Suhaib, “Pimpinlah oleh kamu orang-orang untuk menunaikan solat selama tiga hari”. Beliau lalu sampai pada perkataan, “Jika kelima orang calon telah bersepakat terhadap seseorang, sedangkan yang menolak satu orang, maka penggallah leher orang itu dengan pedang...”. Ini bererti bahawa Suhaib telah ditunjuk sebagai amir sementara bagi mereka. Ini adalah kerana ia telah ditunjuk sebagai amir solat, sementara kepimpinan dalam solat bermakna kepimpinan atas manusia. Sebab lainnya, kerana ia telah diberi autoriti untuk menjalankan uqubat (berdasarkan perkataan Umar “penggallah lehernya”), sementara tidak ada orang yang boleh melaksanakan uqubat (hukuman bunuh) kecuali amir.

Perkara itu telah terjadi di hadapan para sahabat tanpa ada seorang pun yang mengingkarinya. Kerana itu, ketentuan tersebut menjadi Ijmak Sahabat bahawa Khalifah memiliki hak untuk mengangkat seorang amir sementara yang bertugas melangsungkan pemilihan Khalifah yang baru. Berdasarkan hal ini, maka selama pemerintahannya, Khalifah berhak mentabanni ketetapan bahawa jika Khalifah meninggal dunia dan belum menunjukkan amir sementara untuk melangsungkan pengangkatan Khalifah yang baru, hendaknya diangkat seseorang menjadi amir sementara. Seperkara lagi yang perlu diperhatikan adalah bahawa amir sementara ini berbeza kedudukannya dengan orang yang ditunjuk oleh Khalifah (wakil) untuk mewakili dirinya ketika ia keluar untuk berjihad atau keluar melakukan perjalanan, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah setiap kali baginda keluar berjihad atau ketika baginda keluar melaksanakan haji wada’ atau yang semisalnya. Wakil Khalifah dalam keadaan seperti ini bertugas menjalankan autoriti sesuai dengan akad wakalah yang ditentukan oleh Khalifah baginya dalam menjalankan pengaturan berbagai-bagai urusan (ri’ayah asy-syu’un), berbeza dengan kedudukan amir sementara yang dilantik hanya untuk menyelesaikan urusan pengangkatan seorang Khalifah.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Khalifah yang terakhir bagi kita semua telah pun dijatuhkan oleh Mustafa Kamal laknatullah pada 3 Mac 1924 (28 Rajab 1342 H). Sejak itu, sudah tidak ada lagi Khalifah bagi kita semua di dunia ini. Ini bermakna sudah 84 tahun kita semua hidup tanpa adanya seorang Khalifah yang memimpin urusan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, berdasarkan nas yang jelas, mana-mana Muslim yang berdiam diri dan tidak berusaha untuk mengangkat Khalifah atau mewujudkan semula Daulah Khilafah sejak tiga hari selepas 3 Mac 1924, maka kesemuanya berdosa kerana telah meninggalkan sebuah kewajiban. Dosa ini hanya terangkat (terhapus) dari kaum Muslimin yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkannya, namun masih belum berhasil kerana faktor-faktor ‘keterpaksaan’ yang mereka alami. Tidak ada seorang pun yang akan terbebas dari dosa ini kecuali kaum Muslimin yang aktif berjuang dengan sebenar-benar dan setinggi-tinggi kesungguhan dan keikhlasan untuk mewujudkan kembali Khilafah yang telah hilang ini. Hanya dengan ini sahajalah mereka akan terselamat dari dosa besar seperti mana yang dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,

“Barangsiapa yang mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’ah (kepada Khalifah) maka ia mati seperti kematian Jahiliyyah” [HR Muslim].

Ya Allah! Saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.

TRIAS POLITICA BUKAN DARI ISLAM

TRIAS POLITICA BUKAN DARI ISLAM
SN Keluaran 22 Februari 2008


[SN162] Suruhanjaya Diraja Siasatan Klip Video VK Lingam telah pun berakhir. Ia tamat pada 15 Februari lalu setelah bersidang sejak 14 Januari lepas. Selama sebulan, suruhanjaya telah mendengar keterangan 21 saksi dan menyaksikan 116 bahan bukti. Pengerusinya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor ketika melabuhkan tirai prosiding berkata, pegawai pengendali dan semua peguam pemerhati diminta menyediakan hujahan bertulis dan tidak membenarkan hujahan itu didedahkan kepada media. Katanya, kesemua hujahan itu perlu diserahkan kepada sekretariat suruhanjaya pada 25 Februari ini memandangkan pihaknya perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11 Mac depan bagi memaklumkan hasil siasatan suruhanjaya. Pada prosiding hari terakhir yang selesai pukul 6 petang tersebut, suruhanjaya mendengar keterangan tiga saksi iaitu bekas setiausaha peguam Datuk V. K. Lingam, Jayanti L. Govindarajulu Naidu, bekas pemandu peribadi Lingam, D. Ramachandran dan pakar psikiatrik, Tan Sri Dr. M. Mahadevan [UM 16/02/08].

Sebagaimana telah diketahui umum, perbicaraan tersebut yang melibatkan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sendiri, merupakan perbicaraan yang penuh sensasi dan kontroversi. Begitu banyak ‘rahsia’ tentang konspirasi dan penyelewengan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan telah terdedah di dalam prosiding selama sebulan itu. Ringkasnya, keseluruhan kes dan prosiding yang berlaku sebenarnya menyaksikan campur tangan secara langsung pihak Eksekutif ke atas pihak Judikatif. Walhal menurut teori tulen demokrasi, badan Eksekutif, Judikatif dan Legislatif sepatutnya terpisah dan tidak campur tangan urusan satu sama lain. Bagaimanapun, kes ini bukanlah satu kes yang baru melibatkan campur tangan atau pengaruh badan Eksekutif ke atas badan perundangan, namun ia adalah salah satu dari beribu kes yang telah sedia maklum yang berlaku dalam negara. Ketidakpuasan hati dan kemarahan rakyat yang membuak-buak terhadap segala campur tangan Eksekutif ke atas Judikatif (Judiciary) menyebabkan mereka melihat demokrasi tulen sudah tidak lagi berjalan. Justeru, tidak hairanlah jika ada di kalangan rakyat yang masih ingin mempertahankan sistem ciptaan Barat ini, menyeru agar konsep atau doktrin pengasingan kuasa (the doctrine of separation of powers) benar-benar dilaksanakan di dalam pemerintahan negara. Melihat kepada reaksi umat Islam yang ingin membetulkan semula benang yang basah ini, walhal sebenarnya sudah terdapat benang emas bagi mereka, maka Sautun Nahdhah akan mengupas isu ini demi mempersembahkan benang emas yang sepatutnya diambil oleh umat Islam, dan diharap umat Islam yang ikhlas akan membuang (bukan membetulkan) benang yang sudah basah lagi reput itu.

Sejarah Ringkas The Doctrine of Separation of Powers

Doktrin pengasingan kuasa atau lebih dikenali dengan Trias Politica adalah satu konsep pemerintahan yang memisahkan di antara tiga badan utama iaitu Eksekutif, Legislatif dan Judikatif. Konsep ini merupakan idea pokok dalam sistem Demokrasi Barat, yang mulai berkembang di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 Masihi. Trias Politica adalah anggapan bahawa kekuasaan negara terdiri dari tiga macam kekuasaan iaitu pertama: kekuasaan Legislatif atau membuat undang-undang; Kedua: kekuasaan Eksekutif atau kekuasaan melaksanakan undang-undang; Ketiga: kekuasaan Judikatif atau kekuasaan mengadili (membicarakan) pelanggaran undang-undang. Trias Politica menganggap kekuasaan-kekuasaan ini sebaiknya tidak diserahkan kepada orang yang sama untuk mencegah penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang memerintah. Dengan demikian diharapkan hak-hak asasi warga negara dapat dijamin dengan lebih baik.

Konsep ini pertama kalinya dikemukakan oleh John Locke (1632-1704) dan Montesquieu (1689-1755). John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris mengemukakan konsep ini dalam bukunya Two Treaties on Civil Government (1690), yang ditulisnya sebagai kritik terhadap kekuasaan mutlak raja-raja Stuart di Britain serta untuk membenarkan Revolusi Gemilang tahun 1688 (The Glorious Revolution of 1688) yang telah dimenangi oleh Parlimen Inggeris. Menurut Locke, kekuasaan negara harus dibahagi dalam tiga kekuasaan yang terpisah antara satu sama lain iaitu kekuasaan Legislatif yang membuat peraturan dan undang-undang, kekuasaan Eksekutif yang melaksanakan undang-undang dan di dalamnya termasuk kekuasaan mengadili, dan kekuasaan Federatif yang meliputi segala tindakan untuk menjaga keamanan negara dalam hubungan dengan negara lain (sekarang ini dikenali sebagai hubungan luar negeri). Selanjutnya, pada tahun 1748, ahli falsafah Perancis, Montesquieu mengembangkan konsep yang disarankan Locke dengan lebih jauh dalam bukunya L’Esprit des Lois (The Spirit of Laws), yang ditulisnya setelah dia melihat sifat despotisme (kuku besi) raja-raja Bourbon di Perancis. Dia ingin menyusun suatu sistem pemerintahan di mana warga negaranya akan merasa lebih terjamin hak-hak mereka.

Dalam penjelasannya, Montesquieu membahagi kekuasaan dalam tiga cabang yang menurutnya haruslah terpisah antara satu sama lain; kekuasaan Legislatif (kekuasaan untuk membuat undang-undang), kekuasaan Eksekutif (kekuasaan untuk melaksanakan undang-undang, tetapi oleh Montesquieu diutamakan tindakan di bidang politik luar negeri), dan kekuasaan Judikatif (kekuasaan mengadili atas pelanggaran undang-undang).

Idea pemisahan kekuasaan tersebut, menurut Montesquieu, dimaksudkan untuk memelihara kebebasan politik, yang tidak akan terwujud kecuali bila terdapat keamanan rakyat dalam negeri. Montesquieu menekankan bahawa seseorang akan cenderung untuk mendominasi kekuasaan dan merosak keamanan masyarakat bila kekuasaan terpusat di tangannya. Oleh itu, dia berpendapat bahawa, agar pemusatan kekuasaan tidak terjadi, haruslah ada pemisahan kekuasaan yang akan mencegah adanya dominasi satu kekuasaan terhadap kekuasaan lainnya. Montesquieu juga menekankan bahawa kebebasan akan kehilangan maknanya tatkala kekuasaan Eksekutif dan Legislatif terpusat pada satu orang atau satu badan yang menetapkan undang-undang dan menjalankannya dengan sewenang-wenangnya. Demikian pula, kebebasan akan tidak lagi bermakna apabila pemegang kekuasaan menghimpun kedua kekuasaan tersebut dengan kekuasaan Judikatif. Menurut Montesquieu lagi, akan menjadi malapetaka apabila satu orang atau satu badan memegang ketiga-tiga kekuasaan tersebut sekali gus dalam sesebuah negara.

Demikianlah sejarah ringkas kemunculan konsep pengasingan kuasa. Apa yang jelas, konsep Trias Politica ini datangnya dari Barat dan telah dijadikan tonggak utama dalam pemerintahan demokrasi di Barat. Apa yang jelas juga adalah bahawa konsep ini muncul dari pemikiran/akal manusia (bukan dari wahyu), tepatnya pemikiran kaum kafir Barat yang ingin melepaskan diri dari kekejaman pemerintahan raja-raja mereka ketika itu. Dengan kebijakan akal yang ada padanya, ia ‘mencipta’ satu konsep untuk menghadkan atau membataskan kekuasaan mutlak yang selama ini dimiliki oleh raja-raja. Konsep yang direka ini baginya akan menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk manusia kerana kuasa tidak akan terpusat kepada mana-mana individu. Setelah Barat berjaya keluar dari kegelapan dan mula bangkit, maka sistem inilah yang menjadi pegangan utama mereka dalam pemerintahan dengan menjadikan rakyat (bukan lagi raja/gereja) sebagai sumber kedaulatan. Apabila negara Barat menjadi kuat, mereka mula menjajah negara kaum Muslimin yang menjadi musuh mereka selama ini. Setelah mereka berjaya menakluki tanah kaum Muslimin, maka sistem inilah yang telah mereka ajar dan terapkan di dalam negara umat Islam. Umat Islam yang sudah semakin lemah taraf berfikir mereka (kerana meninggalkan ajaran Islam) ketika itu, kemudian dengan begitu mudah menerima konsep yang dibawa oleh Barat ini kerana terpesona dengan ‘keindahannya’. Akhirnya, walaupun penjajah telah keluar dari bumi umat Islam, Trias Politica ini terus dipertahankan oleh penguasa Muslim sekular yang ada dan juga menjadi agenda perjuangan beberapa gerakan Islam yang terkeliru, hingga kini.

Trias Politica Bertentangan Dengan Islam

Selain asal kemunculannya yang nyata dari kuffar Barat, konsep Trias Politica ini bertentangan dengan Islam dalam banyak segi, antaranya:-

Pertama: Sumber konsep ini adalah manusia, di mana manusia memberikan penilaian baik buruknya sesuatu berdasarkan akal semata-mata. Konsep ini dibuat oleh para ahli falsafah sebagai pemecahan/penyelesaian terhadap masalah penindasan dan pemerintahan kuku besi para raja dan gerejawan di Eropah terhadap rakyatnya. Dalam Islam, yang berhak memberikan penilaian baik buruknya sesuatu hanyalah Allah semata-mata, yakni syara’, bukannya akal. Fungsi akal dalam hal ini hanya terbatas kepada ‘memahami fakta’ permasalahan dan nas-nas syara’ yang berkaitan dengan permasalahan tersebut. ‘Fakta’ bukanlah sumber pemecahan masalah atau sumber untuk melahirkan konsep tentang kehidupan, tetapi merupakan ‘objek permasalahan’ yang harus dikaji untuk kemudian dicarikan pemecahannya menurut nas-nas syara’. Pemecahan terhadap suatu permasalahan haruslah berasal dari syara’, bukan bertolak dari fakta permasalahan itu sendiri tanpa merujuk kepada syara’. Firman Allah, “Tentang sesuatu apa pun yang kamu berselisih, maka hukumnya (kembali) kepada Allah” [TMQ Asy-Syura (42):10].

Kedua: Konsep ini merupakan salah satu idea pokok sistem demokrasi kufur, sebab demokrasi telah menetapkan bahawa rakyatlah yang memiliki kedaulatan, dan sekali gus rakyatlah yang menjadi sumber segala kekuasaan. Maka dari itu, demokrasi menetapkan rakyatlah yang menjadi sumber kekuasaan Legislatif, Eksekutif, dan Judikatif kerana rakyatlah yang memilih mereka. Dengan demikian, rakyatlah (yang menjadi anggota Legislatif) yang membuat/menggubal peraturan dan undang-undang (dengan suara majoriti), rakyatlah (yang menjadi anggota Eksekutif) yang akan menerapkan (implement) undang-undang ciptaannya tadi, dan rakyatlah (yang menjadi anggota Judikatif) yang akan melaksanakan (execute) undang-undang yang digubal. Adapun Islam telah menetapkan bahawa kedaulatan adalah milik syara’, bukan milik rakyat. Syara’lah yang menjadi rujukan tertinggi dalam segala sesuatu, bukannya rakyat. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (Al-Hadis), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian” [TMQ an-Nisa’ (4):59]. Berbeza dengan konsep Trias Politica dalam sistem demokrasi, dalam hal pemerintahan, Islam telah menetapkan bahawa:-

(i) As-siyadah li asy-syar’i (kedaulatan di tangan syara’). Ini bermaksud kekuasaan Legislatif (menggubal undang-undang) hanyalah milik Allah semata-mata, bukan milik manusia. Maka dari itu, hanya Allah sahajalah yang menjadi Musyarri’ (Legislator) yang membuat/menetapkan hukum (undang-undang) untuk manusia dalam segala sesuatu, baik dalam masalah ibadah, mua’malah, uqubat (qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat) dan sebagainya. Tidak boleh (haram) sama sekali bagi manusia mana pun, baik secara individu mahupun beramai-ramai (majoriti) untuk membuat undang-undang, walau pun hanya satu undang-undang. Firman Allah, “Menetapkan hukum hanyalah hak Allah” [TMQ al-An’am (6):57]. Allah juga berfirman, “Ingatlah! Menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah” [TMQ al-A’raf (7):54]. Kekufuran sistem demokrasi di sini teramat jelas di mana dalam demokrasi, manusia telah mengambil hak Allah sebagai Pembuat Hukum (Legislator). Aqidah Islam mengajar kita bahawa Allah adalah satu-satunya Zat yang berhak untuk membuat undang-undang bagi manusia, berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi yang lahir dari akidah kufur-sekular yang memberi hak kepada manusia untuk membuat undang-undang.

(ii) As-sulthah li al-ummah (kekuasaan di tangan rakyat). Ini bererti rakyat adalah pemilik kekuasaan (al-sulthah), bukan kedaulatan (al-siyadah). Maksud rakyat memiliki kekuasaan di sini adalah rakyatlah yang berhak memilih serta mengangkat penguasa (dengan bai’ah). Hadis-hadis tentang bai’ah menunjukkan bahawa kekuasaan adalah milik umat, yakni bahawa bai’ah itu berasal dari kaum Muslimin untuk Khalifah, bukan dari Khalifah untuk kaum Muslimin. Di antaranya adalah sabda Nabi, “Kami telah membai’at Rasulullah untuk didengar dan ditaati, dalam hal yang kami sukai mahupun yang tidak kami sukai” [HR Bukhari]. Dalam hal ini (bai’ah), syara’ telah menetapkan bahawa orang yang wajib dilantik dan dibai’ah oleh rakyat adalah Khalifah seorang sahaja. Ada pun bagi jawatan-jawatan pemerintahan dan pentadbiran yang lain seperti Mu’awin at-Tafwidh, Mua’win at-Tanfiz, Wali, Amil, Qadhi, Masalih ad-Daulah dan lain-lain, mereka semua adalah dilantik oleh Khalifah, bukannya melalui bai’ah dari rakyat. Setelah dibai’ah, Khalifah jugalah merupakan satu-satunya orang yang berhak memilih dan menetapkan (mentabanni) hukum-hukum yang merupakan kewajiban atasnya bagi mengatur urusan rakyat. Nas-nas telah menetapkan bahawa hanya Khalifah sahajalah yang berhak mentabanni hukum-hukum syara’ sebagai undang-undang dasar (perlembagaan) dan undang-undang lainnya. Dalam hal ini, Khalifah bukanlah (dan tidak boleh sekali-kali) memegang kekuasaan Legislatif, sebab Khalifah tidak membuat hukum (undang-undang) sendiri, tetapi beliau diwajibkan mengambil hukum-hukum syara’ yang sedia terkandung dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

(iii) Dari segi pengqadhian (Judikatif), hak ini dipegang oleh Khalifah, atau orang yang dilantik oleh Khalifah untuk menjalankan kekuasaan tersebut. Dalam Islam, Khalifahlah yang mengangkat para qadhi (hakim) dan ini merupakan haknya sebagai Ketua Negara secara mutlak. Hal ini kerana nas-nas syara’ dengan jelas menunjukkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alahi wa Sallam sebagai Ketua Negara telah memegang sendiri urusan pengadilan (qadha’) ini. Dengan kuasanya sebagai seorang Ketua Negara, Rasulullah juga telah mengangkat Ali bin Abi Thalib sebagai qadhi di Yaman, dan mengangkat Abdullah bin Naufal sebagai qadhi di Madinah dan lain-lain lagi. Begitu jugalah apa yang dilakukan oleh Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali, semuanya pernah memegang secara langsung urusan pengadilan dan pernah juga melantik wakil dalam urusan ini. Ini semua adalah dalil yang menunjukkan bahawa kekuasaan Judikatif hanya terpusat di tangan seorang Ketua Negara (Khalifah) sahaja atau mereka yang dilantik oleh Khalifah dalam urusan ini. Jika diperhati dengan teliti akan nas-nas dalam hal ini, maka kita akan memahami bahawa Islam meletakkan kekuasaan hanya (berpusat) kepada seorang Ketua Negara sahaja dan Ketua Negara berhak (menurut syara’) campur tangan secara langsung dalam apa jua perkara atau mewakilkan kuasanya kepada yang lain. Pemerintahan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin jelas menunjukkan bahawa semua kuasa terpusat semata-mata kepada mereka sebagai Ketua Negara, dan dari merekalah kuasa itu diwakilkan kepada yang lain, sesuai dengan tuntutan syara’

Ketiga: Teori murni Trias Politica adalah agar semua kuasa tidak terpusat kepada satu orang/pihak dan dengan terpisahnya kekuasaan, proses check and balance boleh wujud di antara satu sama lain. Sekali imbas, memanglah nampak cantik idea yang dibawa ini, namun jika kita menggunakan akal yang diberikan Allah ini untuk berfikir lebih sedikit, maka kita akan tahu dan faham bahawa, konsep ini lahir dan diterima baik oleh masyarakat Barat kerana sebelumnya mereka telah sekian lama dizalimi oleh pemerintah/raja mereka yang memerintah dengan kuku besi dengan undang-undang yang diciptanya sendiri. Adapun Islam yang telah memerintah hampir dua pertiga dunia selama lebih 1300 tahun, tidak pernah timbul konsep dan keperluan untuk pengasingan kuasa, kerana undang-undang yang diterapkan itu adalah datangnya dari wahyu (pasti baik dan adil), bukan ciptaan pemerintah. Memang tidak dapat dinafikan adanya penguasa yang lalai dari tanggungjawab, tetapi dalam hal ini yang ‘buruknya’ adalah penguasa itu sendiri, bukan hukum (undang-undang Allah) yang diterapkannya. Islam mengajar kita bahawa apabila ada penguasa kaum Muslimin yang berlaku zalim, merampas hak-hak rakyat, melalaikan kewajiban mereka terhadap rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, atau menyalahi hukum-hukum Islam, maka syara’ dalam hal ini telah memberikan penyelesaiannya, iaitu dengan mewajibkan kaum Muslimin untuk melakukan muhasabah dan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap para penguasa, bukan melakukan pemisahan kekuasaan sebagaimana dalam konsep Trias Politica. Sabda Rasulullah:

“Akan ada para amir (penguasa), maka kalian (ada yang) mengakui perbuatan mereka, dan (ada yang) mengingkari perbuatan mereka. Siapa sahaja yang mengakui tindakan mereka (kerana tidak bertentangan dengan syara’), maka dia tidak diminta pertanggungjawabannya, dan siapa saja yang mengingkari perbuatan mereka (kerana bertentangan dengan syara’) maka dia selamat. Tetapi siapa saja yang redha (dengan tindakan mereka yang bertentangan dengan syara’) serta mengikuti mereka, maka dia berdosa. Para sahabat bertanya, ‘Apakah tidak kita perangi sahaja mereka?’ Jawab Nabi saw, ‘Tidak, selama mereka masih mendirikan solat (menegakkan hukum Islam)” [HR Muslim].

Rasulullah telah mewajibkan kaum Muslimin untuk memuhasabah penguasa dengan mengingkari mereka tatkala mereka melakukan penyimpangan, dengan berbagai cara yang memungkinkan, baik dengan tangan, lisan, mahupun qalbu (hati). Namun demikian, Islam tidak pernah mengaitkan masalah penyimpangan penguasa dengan masalah pemisahan kekuasaan. Penyimpangan penguasa telah dijelaskan (penyelesaiannya) oleh nas-nas syara’ tertentu, manakala masalah kekuasaan telah dijelaskan pula (penyelesaiannya) oleh nas-nas syara’ yang lain. Dan kaum Muslimin wajib mengambil penyelesaian yang betul (berdasarkan syara’) apabila penguasa menyimpang, yakni melakukan muhasabah dan amar ma’ruf nahi mungkar. Sebaliknya kaum Muslimin diharamkan mengambil penyelesaian yang tidak berasal dari syara’, seperti konsep Trias Politica. Ini adalah kerana Allah 'Azza wa Jalla berfirman, “Apa sahaja yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia dan apa sahaja yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah” [TMQ al-Hasyr (59):7].

Keempat: Antara kemarahan masyarakat Barat dahulu hingga menyebabkan lahirnya konsep Trias Politica ini adalah kedudukan pemerintah/raja mereka yang kebal (immune) dari segi undang-undang. Justeru, mereka memerlukan satu gagasan yang boleh mengekang kekuasaan mutlak raja-raja ini dan memberikan kepada rakyat hak untuk membuat undang-undang dengan pembahagian kuasa agar tidak wujud kemutlakan/pemusatan kuasa. Kedudukan ini berbeza dengan Islam kerana dalam agama Allah ini tidak ada seorang pun yang kebal (atau lebih tinggi) dari undang-undang Allah. Dalam pemerintahan Islam terdapat sebuah mahkamah khusus yang dikenali sebagai Mahkamah Mazhalim, yang khusus membicarakan segala kezaliman pemerintah dan juga segala persengketaan antara rakyat dan pemerintah. Mahkamah Mazhalim berhak memecat semua pegawai negara, termasuklah Khalifah sendiri jika dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan dari segi syara’. Pengadilan Mazhalim pada masa Rasulullah telah diselesaikan sendiri oleh baginda. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah-khalifah selepas baginda sehinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan di mana Khalifah telah menyediakan tempat dan waktu yang khusus untuk menyelesaikan aduan kezaliman pemerintah sehingga menjadi struktur yang khusus yang di panggil Darul ‘Adli. Hanya Islamlah satu-satunya cara hidup yang menyediakan mahkamah khas untuk mengadili kesalahan pemerintah terhadap rakyat yang bersumber (muncul) dari wahyu, berbeza dengan konsep pengasingan kuasa (Trias Politica) hari ini yang hanya muncul semata-mata sebagai reaksi/kesan dari kezaliman pemerintah.

Berdasarkan fakta dan nas yang jelas, tidak diragukan lagi bahawa konsep Trias Politica sangat bertentangan dengan hukum-hukum Islam. Konsep Trias Politica tidak lain adalah konsep thaghut, padahal Allah telah mengharamkan kaum Muslimin untuk berhukum kepada thaghut atau mengambil konsep pemerintahan thaghut. FirmanNya, “...mereka hendak berhukum kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah (untuk) mengingkari thaghut itu. Dan syaitan (sentiasa) hendak menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Di dalam keadaan ramai umat Islam hari ini yang masih belum jelas tentang sistem pemerintahan Islam, ada baiknya kita renungkan sejenak kata-kata Profesor Dr. Fu'ad Mohamed Al-Nadi dari Universiti Al-Azhar, semasa beliau membentangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Pengertian Sistem Politik Islam dan Keistimewaan Berbanding Sistem Politik Semasa’ di dalam Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. Menurut beliau, umat Islam perlu segera mempraktikkan sistem politik Islam seperti yang diwarisi pemerintahan cendekiawan Islam satu masa dahulu. “Masalah yang melanda negara Islam sebenarnya, hanya dapat diselesaikan dengan mempraktikkan sistem politik Islam. Ia lengkap. Cendekiawan Islam dahulu sudah membuktikan politik Islam menjamin kestabilan dan keamanan negara mereka... Ia jelas unik jika hendak dibandingkan dengan sistem politik lain. Oleh itu, pemerintahan Islam tidak boleh disamakan dengan mana-mana sistem politik lain walaupun ia jelas memperjuangkan demokrasi. Jangan samakan dengan yang lain. Jangan namakannya sistem demokrasi, sosialis mahupun liberal. Landasannya Islam. Ia unik dan jauh lebih istimewa jika hendak dibandingkan dengan sistem kontemporari yang ada," katanya [UM 18/02/08].

STRUKTUR DAULAH KHILAFAH

STRUKTUR DAULAH KHILAFAH


Khilafah adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembang dakwah Islam ke segenap penjuru dunia. Kata lain bagi Khilafah adalah Imamah. Khilafah dan Imamah mempunyai pengertian yang sama. Khilafah merupakan kesinambungan Negara Islam yang diwarisi dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang merupakan satu-satunya negara yang wajib bagi seluruh umat Islam. Ia adalah negara yang berdiri atas dasar wahyu dan akidah serta wajib adanya. Justeru, struktur negara Khilafah berbeza dengan struktur semua sistem yang dikenal di dunia saat ini yang kesemuanya di bangun atas dasar akal, meskipun ada kemiripan dalam sebahagian penampakannya. Struktur Negara Khilafah diambil (ditetapkan) dari struktur negara yang ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah setelah baginda berhijrah ke Madinah dan mendirikan Daulah Islam di sana. Struktur Negara Khilafah juga adalah struktur yang telah dijalankan oleh Khulafa’ Rasyidin setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sesungguhnya dengan penelitian terhadap nas-nas yang berkaitan dengan struktur negara, Hizbut Tahrir telah mentabanni (menerima pakai) bahawa Negara Khilafah dalam bidang pemerintahan dan administrasinya ada 13 struktur asas seperti berikut:-

(1) Khalifah – Khalifah adalah individu yang mewakili umat dalam urusan pemerintahan dan kekuasaan serta dalam menerapkan hukum syara’. Oleh sebab Islam telah menjadikan pemerintahan dan kekuasaan tersebut milik umat, dalam hal ini, umat mewakilkan kepada seseorang untuk melaksanakan urusan tersebut sebagai wakilnya. Bahkan Allah juga telah mewajibkan kepada umat untuk menerapkan hukum syara’ secara keseluruhannya. Dengan demikian, Khalifah adalah orang yang diangkat oleh umat Islam untuk menerapkan hukum Allah secara kaffah. Oleh kerana itu juga, tidak ada seorang Khalifah pun yang akan terlantik kecuali setelah dibai’at oleh umat. Bai’at yang dilakukan oleh umatlah yang akan menjadikan seseorang itu sebagai wakil umat sekali gus sebagai seorang Khalifah. Pengangkatan seorang Khalifah oleh umat dengan bai’at bererti umat telah memberikan kekuasaan (untuk memerintah) kepada Khalifah dan umat wajib mentaatinya selama mana dia (Khalifah) menerapkan hukum syara’.

Orang yang memimpin urusan kaum Muslimin tidak boleh disebut Khalifah kecuali setelah ia dibai’at oleh ahlu halli wal aqdi yang ada di kalangan umat dengan bai’at in’iqad (bai’at pengangkatan) yang sah dari segi syara’, iaitu ia mesti dilakukan dengan redha dan kebebasan memilih (tidak dipaksa) serta calon Khalifah tersebut memenuhi syarat-syarat in’iqad. Syarat in’iqad Khalifah ada tujuh iaitu dia mestilah seorang Muslim, lelaki, baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu. Selain tujuh syarat ini, terdapat juga syarat afdhaliyyah (keutamaan) yang didukung oleh nas-nas sahih ataupun rentetan dari nas-nas sahih. Sebagai contoh, Khalifah itu harus dari kalangan Quraisy, seorang mujtahid, pemberani, seorang politikus yang ulung, pakar perang dan sebagainya.

(2) Mu’awin at-Tafwidh (Wuzara’ at-Tafwidh) - Mu’awin at-Tafwidh adalah pembantu yang diangkat oleh Khalifah untuk membantunya dalam mengembang tanggungjawab dan melaksanakan tugas-tugas kekhilafahan. Melalui Mu’awin, Khalifah mendelegasikan kepadanya pengaturan pelbagai urusan menurut pendapatnya dan melaksanakannya berdasarkan ijtihadnya sesuai dengan ketentuan hukum syara’. Dengan kata lain, Khalifah telah memberinya bidang kuasa secara umum dan juga kedudukan untuk mewakili Khalifah. Al-Hakim dan Tirmizi telah menuturkan riwayat dari Abu Said al-Khudri yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Dua orang pembantu (wazir)ku dari langit adalah Jibril dan Mikail dan dari bumi adalah Abu Bakar dan Umar”. Kata ‘wazir’ dalam hadis ini adalah bermakna pembantu dan penolong. Ia bersifat mutlak mencakup semua bentuk bantuan dan pertolongan, dalam semua urusan. Dari hadis ini juga dapat difahami bahawa (bilangan) Mu’awin boleh lebih dari satu orang.

Abu Bakar, setelah diangkat sebagai Khalifah, juga telah mengangkat Umar al-Khattab sebagai Mu’awin di mana peranan Umar sebagai Mu’awin sangat menonjol. Setelah Umar menjabat jawatan Khalifah, Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib menjadi dua orang Mu’awinnya. Pada masa Utsman (menjadi Khalifah), Ali dan Marwan bin al-Hakam menjadi dua Mu’awin Utsman. Berkenaan Mu’awin ini, Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa jika Mu’awin itu seorang wazir (pembantu) yang baik, maka ia akan memberi manfaat yang besar kepada Khalifah, kerana ia akan mengingatkan Khalifah dengan segala kebaikan dan membantu Khalifah untuk melaksanakannya. Aishah radhiAllahu ‘anha pernah mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang amir (Imam/Khalifah), Allah akan jadikan baginya seorang pembantu (wazir) yang jujur dan benar; jika ia lupa wazir itu akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu akan membantunya. Jika Allah menghendaki terhadap amir itu selain yang demikian, Allah akan jadikan baginya wazir yang jahat/buruk; jika ia lupa wazir itu tidak akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu tidak akan membantunya” [HR Ahmad].

(3) Mu’awin at-Tanfiz (Wuzara’ at-Tanfiz) - Wazir at-Tanfiz adalah pembantu yang diangkat oleh Khalifah dalam urusan pentadbiran (administrasi). Wazir tanfiz merupakan penghubung Khalifah dengan (i) struktur dan instansi negara (ii) dengan rakyat dan (iii) dengan negara luar. Ia bertugas menyampaikan polisi-polisi Khalifah kepada mereka dan menyampaikan informasi dari mereka kepada Khalifah. Wazir at-tanfiz diangkat sebagai pembantu Khalifah dalam hal pelaksanaan berbagai-bagai urusan. Tugasnya hanyalah tugas administrasi, bukannya tugas pemerintahan. Jabatannya merupakan lembaga pelaksana yang melaksanakan pelbagai polisi yang dikeluarkan oleh Khalifah kepada instansi-instansi dalam negeri dan juga luar negeri, di samping menyampaikan informasi dari berbagai-bagai instansi tersebut kepada Khalifah.

Mu’awin at-Tanfiz ini berhubung secara langsung dengan Khalifah sebagaimana halnya Mu’awin a-Tafwidh, dan kedua mereka adalah dalam posisi sebagai orang dekat (bithanah) Khalifah. Tugas keduanya bersentuhan secara langsung dengan Khalifah yang mana mengharuskan diri mereka senantiasa rapat dan bertemu empat mata dengan Khalifah. Oleh kerana itu, sebagaimana syarat Khalifah, kedua Mua’win ini mestilah lelaki dan tidak boleh sekali-kali dijabat oleh orang kafir, kerana kedudukannya yang sangat dekat dan rapat dengan Khalifah (bithanah). Hal ini berdasarkan firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam/yang dipercayai” (bithanah). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu...” [TQM Ali Imran (3):118].

(4) Wali - Wali adalah orang yang diangkat oleh Khalifah sebagai penguasa/pemerintah untuk suatu wilayah serta menjadi Amir (pemimpin) wilayah tersebut. Daulah Khilafah yang diperintah oleh Khalifah dibahagi kepada beberapa bahagian yang disebut wilayah. Setiap wilayah dibahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian disebut Imalah. Setiap orang yang memimpin wilayah disebut Wali (atau Amir) dan orang yang memimpin Imalah disebut Amil. Setiap Imalah dibahagi kepada beberapa bahagian pentadbiran yang disebut Qasabah dan setiap Qasabah dibahagi lagi kepada beberapa bahagian pentadbiran yang lebih kecil dipanggil Hayyu (kampung/desa). Orang yang mengurusi Qasabah atau Hayyu disebut Mudir dan tugasnya adalah tugas administrasi. Para Wali adalah penguasa (Hukkam) di wilayahnya kerana bidang kuasanya dalam hal ini adalah bidang kuasa pemerintahan. Jabatan Wali memerlukan adanya (akad) pengangkatan dari Khalifah atau orang yang mewakili Khalifah dalam melaksanakan pengangkatan itu. Dalil adanya jawatan Wali atau Amir ini adalah berdasarkan tindakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang mengangkat para Wali di pelbagai negeri/wilayah. Baginda telah mengangkat Muaz bin Jabal menjadi Wali di wilayah Janad, Ziyad bin Walid di wilayah Hadhramaut dan Abu Musa al-Asy’ari di wilayah Zabid dan Adn. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memilih para Wali dari orang-orang yang memiliki kelayakan (kemampuan dan profesionalisme) untuk memegang urusan pemerintahan di samping memiliki ilmu dan terkenal ketakwaannya. Hal ini (pelantikan Wali) diteruskan lagi oleh para Khulafa’ Rasyidin di sepanjang pemerintahan mereka yang menambahkuatkan lagi dalil kepada kita bahawa struktur ini adalah wajib.

(5) Amirul Jihad
- Jabatan Peperangan merupakan salah satu instansi negara. Ketuanya disebut Amir al-Jihad. Ini adalah kerana Rasulullah sendiri menamakan komandan pasukan perang sebagai Amir. Ibnu Saad telah menuturkan riwayat bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menghantar pasukan perang ke Mu’tah, bersabda, “Yang menjadi amir atas orang-orang adalah Zaid bin Haritsah, jika ia gugur maka Jaafar bin Abi Thalib, jika ia gugur maka Abdullah bin Rawahah, jika ia gugur maka hendaklah kaum Muslimin memilih seorang lelaki di antara mereka lalu mereka jadikan sebagai amir yang memimpin mereka”. Imam Bukhari juga telah menuturkan riwayat dari Abdullah bin Umar yang berkata, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Zaid bin Haritsah menjadi amir pada perang Mu’tah...”. Jabatan Peperangan (Da’irah al-Harbiyah) menangani semua urusan yang berhubung dengan angkatan bersenjata seperti penyediaan pasukan, logistik, persenjataan, peralatan, amunisi dan sebagainya; menangani akademi-akademi ketenteraan, misi-misi ketenteraan, serta pemikiran Islam dan pengetahuan umum apa sahaja yang menjadi kewajiban bagi tentera; serta menangani segala hal yang berhubung dengan peperangan dan persiapannya. Termasuk dalam bidang kuasa Da’irah al-Harbiyah ini adalah menghantar mata-mata (spy/intelligence) untuk mengintip kaum kafir harbi. Dalil-dalil untuk semua ini (jihad dan pasukannya) sudah teramat masyhur dalam nas dan sirah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.

(6) Keamanan Dalam Negeri
- Keamanan dalam negeri dijaga dan ditangani oleh satu Jabatan yang dinamakan Jabatan Keamanan Dalam Negeri. Jabatan ini diketuai oleh seorang Mudir (Mudir al-Amni ad-Dakhili). Jabatan ini mempunyai cawangan di setiap wilayah dalam Daulah Khilafah dan dinamakan Idarah al-Amni ad-Dakhili yang diketuai oleh Ketua Polis Wilayah (Sahib asy-Syurthah al-Wilayah). Cawangan ini berada di bawah Wali dari segi tanfiz (pelaksanaan), tetapi dari sisi administrasi berada di bawah Jabatan Keamanan Dalam Negeri. Al-Amni ad-Dakhili merupakan Jabatan yang mengurus/menjaga segala bentuk gangguan keamanan melalui institusi polis dan ini adalah sarana utama untuk menjaga keamanan dalam negara. Institusi polis ini ada dua jenis, pertama, polis tentera (military police – MP) dan kedua, polis yang berada di sisi penguasa. Kedua-dua jenis ini memiliki seragam yang khusus dan ciri-ciri tertentu (yang boleh dikenal) untuk menjaga keamanan. Adapun dalil tentang (kewajiban) adanya pasukan polis ini adalah berdasarkan hadis riwayat Bukhari dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Qais bin Saad di sisi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memiliki kedudukan sebagai ketua polis dan ia termasuk di antara para amir.” Imam Tirmizi juga telah meriwayatkan dengan redaksi, “Qais bin Saad di sisi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berkedudukan sebagai ketua polis dan ia termasuk di antara para amir. Al-Ansari berkata: iaitu orang yang menangani urusan-urusan polis.”

(7) Luar Negeri
- Jabatan Luar Negeri mengurusi seluruh urusan luar negeri berkaitan hubungan Daulah Khilafah dengan negara-negara asing/kufur, apa pun jenis perkara dan bentuk hubungan itu; baik perkara yang berhubung aspek politik seperti perjanjian antarabangsa, kesepakatan damai, gencatan senjata, pelaksanaan pelbagai rundingan, tukar-menukar duta, pengiriman pelbagai utusan dan delegasi; ataupun perkara yang berkaitan dengan aspek ekonomi seperti perdagangan, pertanian, telekomunikasi, pos, pengangkutan, teknologi dan sebagainya. Semua ini akan diuruskan oleh Jabatan Luar Negeri. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam melakukan berbagai-bagai hubungan luar negeri dengan negara-negara kufur yang lain. Rasulullah pernah mengutus Utsman bin Affan untuk berunding dengan Quraisy sebagaimana baginda juga pernah berunding langsung dengan delegasi Quraisy. Rasulullah juga pernah mengirim sejumlah utusan kepada para raja sebagaimana baginda juga pernah menerima utusan dari para raja/pemerintah. Sebagaimana Rasulullah yang pernah menjalin pelbagai kesepakatan dan perjanjian damai (bersifat sementara), demikian jugalah dengan para Khalifah setelah baginda di mana mereka selalu menjalin hubungan politik dengan negara dan institusi-institusi luar. Para Khalifah melakukan aktiviti-aktiviti tersebut samada secara sendiri atau dengan mengangkat wakil untuk melakukannya. Hal ini semuanya menunjukkan bahawa perlu ada satu Jabatan yang mengurus hal-ehwal luar negeri.

(8) Perindustrian - Jabatan Perindustrian adalah Jabatan yang mengurus semua masalah yang berhubungan dengan perindustrian, baik yang berhubung dengan industri berat seperti industri mesin dan peralatan, pembuatan dan perkapalan, pengangkutan, bahan mentah, elektronik dan seumpamanya; industri ringan berupa kilang-kilang yang menjadi milik umum atau kilang-kilang milik individu; mahupun industri ketenteraan. Industri dengan pelbagai jenisnya itu semuanya mesti di bangun dengan berpijak pada politik perang (jihad). Ini adalah kerana (aktiviti) jihadlah yang akan membawa agama Allah ini ke seluruh penjuru alam dan jihad jugalah yang akan menjadikan Islam zahir di atas agama-agama yang lain. Dengan kata lain, dengan jihadlah Islam nanti akan menjadi super power dunia dan akan menebarkan rahmat Allah di muka bumi ini. Oleh sebab jihad memerlukan pasukan tentera, sementara pasukan ini agar mampu berperang mestilah memiliki persenjataan dan agar persenjataan itu boleh mengoptimalkan kekuatan dan seterusnya memberi kemenangan, maka haruslah ada industri persenjataan yang besar, kuat dan berdiri sendiri di dalam negara, sesuai dengan firman Allah,

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) segala jenis kekuatan yang dapat kalian sediakan dan dari kuda-kuda yang tertambat, (yang dengan persiapan itu) kalian akan menggerunkan musuh Allah dan musuh kalian dan orang-orang yang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya...” [TMQ al-Anfal (8):60].

(9) Pengadilan/Perundangan
- Lembaga Pengadilan adalah lembaga yang bertugas menyampaikan keputusan hukum yang bersifat mengikat. Lembaga ini bertugas menyelesaikan (i) perselisihan di antara sesama anggota masyarakat (ii) mencegah hal-hal yang dapat membahayakan hak-hak jemaah (orang ramai) dan (iii) mengatasi perselisihan yang terjadi antara rakyat dan individu di dalam struktur pemerintahan, baik ia seorang penguasa mahupun kakitangan negara Khilafah. Dalil tentang kewajiban adanya lembaga perundangan ini banyak sekali di dalam Al-Quran yang mana Allah memerintahkan agar manusia berhukum dengan hukum Allah dan dirincikan lagi oleh Rasulullah di dalam hadis baginda yang begitu banyak yang menunjukkan bahawa wujudnya lembaga pengadilan ini adalah wajib. Berdasarkan nas yang jelas, dalam Daulah Islam terdapat 3 jenis Qadhi (hakim)/mahkamah. Pertama: Qadhi biasa (atau dikenali juga dengan Qadhi Khusumat) yang menguruskan penyelesaian perselisihan di antara anggota masyarakat dalam masalah mu’amalat dan uqubat. Kedua: Qadhi Muhtasib (atau Hisbah) iaitu qadhi yang menguruskan penyelesaian dalam masalah penyimpangan (mukhalafat) yang melanggar hak jemaah (orang ramai). Ketiga: Qadhi Mazhalim, iaitu qadhi yang menguruskan penyelesaian persengketaan yang terjadi antara rakyat dan pemerintah atau pegawai-pegawai pemerintah.

(10) Masalih ad-Daulah (Struktur Administrasi) - Berdasarkan perbuatan (af’al) Rasulullah dalam mentadbir negara, ternyata urusan administrasi diurus dengan penuh sistematik. Masalih ad-Daulah merupakan satu struktur pelaksana kepada pemerintahan, maksudnya, ia menjadi badan pelaksana kepada perkara-perkara yang wajib dilaksanakan di dalam sebuah pemerintahan. Urusan pentadbiran merupakan salah satu uslub (cara/teknik) dan wasilah (sarana) untuk melaksanakan apa jua kewajiban yang terletak di bahu negara. Ia tidak memerlukan dalil secara khusus dan cukup hanya dalil umum yang menunjukkan perintah pokoknya, kecuali jika memang terdapat dalil khusus mengenainya. Contohnya, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi perintah “tunaikanlah zakat” dan ini adalah dalil yang bersifat umum. Dalam hal ini, tidak terdapat dalil yang menjelaskan tatacara pengumpulannya, dari segi berapa banyakkah pusat yang perlu dibuka, di manakah pusat pengumpulan zakat perlu dibuka, apakah amil perlu diberi kenderaan, resit, apa-apa peralatan dan sebagainya. Semua ini adalah perbuatan cabang (furu’) dari perintah “tunaikan zakat”. Inilah yang dimaksudkan dengan persoalan administrasi, yang mana ia merupakan pelaksana kepada sebuah kewajiban. Struktur ini wajib ada, namun pelaksanaannya adalah berupa uslub (teknik) sahaja dan boleh dikembangkan sesuai dengan keperluan semasa dan keadaan yang ada. Untuk melicinkan pentadbiran negara dalam melaksanakan seluruh kewajiban, maka perlu ada (contohnya) Jabatan Pendidikan, Kesihatan, Pertanian, Minyak Dan Gas, Komunikasi, Pengangkutan, Perhutanan, Elektrik Dan Tenaga, Pertanahan, Pengairan dan sebagainya. Terpulanglah kepada ijtihad dan polisi Khalifah mengenai apa dan berapa banyak Masalih ad-Daulah yang perlu ditubuhkan asalkan ia dapat menunaikan segala kewajiban negara dan memenuhi kepentingan (maslahat) masyarakat.

(11) Baitul Mal - Baitul Mal adalah sebuah autoriti yang bertanggungjawab terhadap setiap pendapatan dan perbelanjaan negara yang menjadi hak kaum Muslimin. Oleh itu, setiap harta sama ada tanah, bangunan, bahan galian, wang atau barangan apa pun yang mana kaum Muslimin berhak ke atasnya mengikut hukum syara’, maka ia menjadi tanggungjawab Baitul Mal untuk menguruskannya. Baitul Mal berada di bawah pengawalan Khalifah secara langsung atau di bawah kawalan orang yang dilantik untuk mengurusinya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kadang-kadang menyimpan, memungut dan membahagikan harta kaum Muslimin secara sendiri dan kadang-kadang baginda mengangkat orang lain untuk menangani urusan tersebut. Begitu juga dengan Khulafa’ Rasyidin sesudah baginda yang kadang-kadang menguruskan Baitul Mala secara langsung dan ada masa para Khalifah melantik wakil untuk menguruskannya. Dalil tentang kewujudan dan peranan Baitul Mal ini sudah cukup masyhur di dalam hadis dan juga Ijmak Sahabat.

Adapun dari segi pembahagian struktur Baitul Mal mengikut pendapatan dan perbelanjaan negara (berdasarkan hukum syara’), maka Baitul Mal dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama: Bahagian Kemasukan/Pendapatan yang mempunyai 3 Diwan/seksyen yang terdiri dari (i) Diwan Fai’ dan Kharaj (meliputi ghanimah, kharaj, jizyah, tanah-tanah, fai’ dan juga dharibah), (ii) Diwan Pemilikan Umum (meliputi kemasukan/pendapatan dari petroleum, gas, elektrik, galian mineral, laut, sungai, hutan, padang gembalaan, hima dan sebagainya), (iii) Diwan Zakat (meliputi zakat wang – emas dan perak, perdagangan, pertanian, ternakan dan lain-lain). Kedua: Bahagian Perbelanjaan yang terdiri dari 8 Diwan iaitu (i) Diwan Dar al-Khilafah (ii) Diwan Kemaslahatan Negara (iii) Diwan Subsidi (iv) Diwan Jihad (v) Diwan Pengelolaan Zakat (vi) Diwan Pengelolaan Pemilikan Umum (vii) Diwan Keperluan Darurat dan (viii) Diwan Anggaran, Pengawalan dan Pengawasan Umum.

(12) Lembaga Penerangan - Penerangan merupakan aktiviti penting bagi dakwah dan negara. Lembaga Penerangan bukan termasuk Jabatan yang melayan kepentingan masyarakat (sebagaimana Masalih ad-Daulah), akan tetapi kedudukannya berhubung langsung dengan Khalifah sebagai instansi yang mandiri. Adanya strategi informasi yang spesifik untuk memaparkan Islam dengan pemaparan yang kuat dan membekas akan mampu menggerakkan akal manusia agar mengarahkan pandangannya kepada Islam. Kewujudan Lembaga Penerangan ini juga akan memudahkan usaha menggabungkan negeri-negeri kaum Muslimin ke dalam Daulah Khilafah. Kepentingan Lembaga Penerangan ini juga tampak jelas dalam perkara-perkara yang berhubung dengan perang seperti perisytiharan jihad, pergerakan pasukan, kemenangan dan kekalahan dalam perang dan sebagainya yang wajib dimaklumi secara langsung kepada Khalifah di mana Khalifah akan menentukan pula informasi manakah yang patut disiarkan, diumumkan ataupun ditutup untuk kemaslahatan kaum Muslimin.

(13) Majlis Umat (Majlis Syura) – Majlis Umat adalah majlis yang dianggotai oleh para individu yang mewakili kaum Muslimin dalam memberikan pendapat sebagai tempat merujuk bagi Khalifah untuk meminta nasihat/input mereka dalam pelbagai urusan. Majlis ini juga mewakili umat dalam melakukan muhasabah terhadap Khalifah dan semua pegawai negara. Keberadaan Majlis Umat ini diambil dari aktiviti Rasulullah yang sering meminta pendapat/bermusyawarah dengan beberapa orang kaum Muhajirin dan Ansar yang mewakili kaum masing-masing. Hal ini juga diambil dari perbuatan (af’al) khusus Rasulullah terhadap beberapa orang tertentu di kalangan sahabat untuk meminta input/masukan dari mereka. Realiti Majlis Umat ini juga diambil dari perbuatan para Khulafa’ Rasyidin yang sering bermusyawarah dan mengambil pendapat orang-orang tertentu di kalangan mereka yang dipanggil ahlu halli wal aqdi. Orang non-Muslim yang menjadi warganegara Khilafah juga boleh menjadi anggota Majlis Umat tetapi hanya terbatas kepada menyampaikan pengaduan tentang kezaliman pemerintah (dan pegawai negara) terhadap mereka atau pengaduan tentang hak-hak mereka yang diabaikan oleh Negara. Majlis ini diberi nama Majlis Umat kerana ia merupakan wakil umat dalam melakukan muhasabah terhadap pemerintah dan juga mengadakan musyawarah antara mereka.

[Segala paparan di atas adalah ringkasan dari kitab Ajhizah Daulah al-Khilafah Fi al-Hukum wa al-Idarah, keluaran Hizbut Tahrir dan juga kitab Nizam al-Hukum Fi al-Islam karangan Syeikh Taqiuddin an-Nabhani yang merupakan pendiri Hizbut Tahrir].

BAGAIMANA DAULAH ISLAM MENJAGA KEBAJIKAN

BAGAIMANA DAULAH ISLAM MENJAGA KEBAJIKAN


Sebagaimana telah disebut dalam Sautun Nahdhah (SN) keluaran lepas, Negara Kebajikan (Welfare State) adalah satu konsep yang berasal dari Ideologi Kapitalis dalam usaha mereka menutup kekejaman mereka dan menangkis serangan sosialis-komunis yang semakin berkembang ketika itu. Sesuai dengan tabiat Kapitalis yang mementingkan kebendaan di mana kesejahteraan adalah diukur dengan wang dan harta, maka ‘faktor ekonomi’ memainkan peranan penting dalam pemerintahannya. Apabila ternyata rakyat terus menderita dan menderita kerana kekayaan negara hanya dikaut oleh puak Kapitalis yang tamak, maka mereka menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai konsep, termasuklah konsep welfare state untuk memastikan rakyat terus menyokong mereka yang bermaksud mereka dapat terus berkuasa dan dapat terus merampas sebanyak mungkin lagi kekayaan negara yang ada dan dapat terus melakukan penipuan demi penipuan dengan mengembalikan setitik kekayaan tersebut kepada rakyat. Pada kesempatan ini SN akan membahaskan dengan ringkas perbezaan Ideologi Kapitalis, Sosialis dan juga Islam dalam menjaga kebajikan rakyatnya di mana Islam sebagai sebuah agama dan sistem yang sempurna melakukan semua ini semata-mata atas dasar akidah dan kewajipan dan dengan petunjuk dari wahyu, berbeza dengan Kapitalis dan Sosialis yang hanya berpandukan akal mereka semata-mata.

Di dalam sistem Kapitalis hanya dua golongan sahaja daripada keseluruhan rakyatnya yang terbela dari idea jaminan ini. Kedua golongan itu adalah (i) Mereka yang bekerja dengan negara/kerajaan, syarikat swasta dan pekerja-pekerja kilang. Ia tidak termasuk pekerja kontrak, kuli, pekerja sendiri dan pekerja separuh masa (ii) Fakir miskin. Dua kelompok ini sahajalah yang mendapat jaminan sosial dari negara. Negara memberi perhatian kepada mereka sedangkan rakyatnya yang lain terabai sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini kerana golongan selain kedua tersebut tidak dianggap perlu mendapat ‘kebajikan’. Bagi kakitangan awam mereka mendapat khidmat pencen atau bayaran gratuiti, serta perkhidmatan kesihatan mereka dijamin percuma di klinik-klinik kerajaan, bahkan kepada pegawai tinggi mereka akan menikmati wad kelas yang lebih utama. Manakala untuk pekerja swasta pula mereka dikehendaki mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga membayar premium untuk insurans jaminan sosial pekerja di samping Undang-undang Buruh untuk menjamin mereka mendapat insentif kerja dari majikan mereka. Bagi pekerja swasta, sebenarnya yang memberi jaminan-jaminan ini bukanlah kerajaan tetapi majikan iaitu orang yang memberi pekerjaan kepada mereka. Negara hanya memberikan kepada kakitangan awam sahaja. Perhatian negara kepada mereka hanyalah dalam membuat dan melaksanakan undang-undang yang menjamin mereka untuk mendapatkan jaminan-jaminan ini. Dalam Sistem Sosialis-Negara pula, ada sedikit tambahan kebajikan seperti pekerja berhak untuk memiliki saham syarikatnya, gaji minimum, had maksimum sewa dan kadar bunga, menghakmiliknegarakan (nationalization) beberapa kepentingan umum dan beberapa lagi.

Walau apa yang mereka laksanakan, sebenarnya ‘kebajikan’ yang diberi kepada fakir miskin sebenarnya tidak mencukupi dan tidak pernah mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Cuba kita tanyakan berapa banyakkah wang (atau harta) yang diberi sebagai bantuan/kebajikan rakyat termiskin setiap bulan? Cukupah mereka hidup dengan wang pemberian itu sahaja? Cukupkah negara menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi mereka selama ini? Sebenarnya kebanyakan dari bantuan terhadap fakir miskin dan mereka yang memerlukan ini adalah datangnya daripada sumbangan, derma dan sedekah dari individu atau pihak yang prihatin sahaja, manakala bantuan yang datang dari negara/kerajaan tidak pernah dapat menjadikan hidup mereka sejahtera. Kebanyakan bantuan yang biasa diterima dari kerajaan hanyalah di musim-musim perayaan atau pun musim pilihan raya sahaja yang berupa paket-paket makanan seperti beras, gula dan susu, atau pun bantuan lain seperti seperti kain pelikat, sejadah, basikal, beg sekolah dan seumpamanya.

Politik Ekonomi Dalam 3 Ideologi Yang Berbeza

Ekonomi hanyalah salah satu aspek dari Islam dan ia juga termasuk dalam salah satu aspek yang mesti diurus oleh pemerintah. Inilah yang dimaksudkan dengan politik ekonomi (siyasah iqtisadiyyah) yakni bagaimana (cara) untuk menguruskan ekonomi dalam sesebuah negara. Asas politik ekonomi dalam Islam adalah memastikan keperluan asas (basic needs) setiap individu rakyat dipenuhi, juga membantu setiap individu rakyat agar dapat memenuhi keperluan sekunder sesuai dengan kadar kemampuannya. Siyasah iqtisadiyyah dalam Islam sama sekali berbeza dengan konsep ekonomi Kapitalis mahupun Sosialis mahupun dengan konsep ekonomi campuran yang perkenalkan oleh kapitalis (Malaysia mendakwa mengamalkan ekonomi campuran). Asas politik ekonomi kapitalis berpijak kepada persoalan ‘bagaimana untuk meningkatkan Pendapatan Negara (KNK)’, yang bertolak dari masalah asas ekonomi yang bagi mereka berpunca dari ‘sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas’. Justeru, mekanisme harga dijadikan cara untuk mereka mengagihkan kekayaan di tengah masyarakat yang mengakibatkan terciptanya jurang yang semakin besar dalam masyarakat. Lama-kelamaan orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin papa kedana kerana penguasaan sumber dan perbezaan ‘kuasa beli’ yang semakin ketara. Ketika rakyat menderita kerana pengagihan kekayaan hanya berpusat pada orang-orang kaya sahaja, maka mereka telah mula menampal kerosakan dan keburukan yang ada, dengan memasukkan unsur luar yang mereka lihat boleh menutup kezaliman mereka. Maka muncullah konsep ekonomi campuran, jaminan sosial, keadilan sosial, negara kebajikan dan lain-lain untuk mengaburi mata dan menutup mulut rakyat.

Asas sistem Sosialis Bernegara pula tidak melihat jaminan keperluan asas ini sebagai perkara pokok. Hasrat mereka adalah untuk menyamaratakan pemilikan, melarang pemilikan kepada barangan pengeluaran (bahan mentah dan separa siap) dan mengehadkan pemilikan kepada barangan pengguna sahaja, serta memfokuskan kepada permasalahan kaum buruh. Kurangnya perhatian kepada jaminan terpenuhinya keperluan asas menyebabkan kemerosotan dalam taraf hidup rakyatnya yang terjadi di semua negara yang mengamalkan sosialisme. Kemerosotan ini berlaku secara menyeluruh sehingga rakyat tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan asasnya, kecuali sebahagian sahaja. Penurunan taraf hidup ini diakui sendiri oleh Kruschev (Perdana Menteri Rusia) lebih dari sekali, sehingga dia sempat bergurau di hadapan Richard Nixon wakil Presiden AS pada masa itu sewaktu dia berkunjung ke Rusia tahun 1959, bahawa Rusia akan mencapai tingkat taraf hidup AS, 20 tahun lagi. Bahkan kita dapat menyaksikan bahawa rakyat Rusia bermigrasi ke Iraq dalam tahun 1958, 1959 dan 1960 dalam keadaan kelaparan dan mengharapkan makanan yang lazat. Ini semua menunjukkan bahawa usaha untuk menyamaratakan pemilikan, hanya menjadikan rakyatnya miskin serta tidak mungkin memenuhi keperluan-keperluan asasnya.

Setelah keruntuhan Khilafah, sistem-sistem Islam tidak lagi diterapkan dalam bentuk bernegara dan kaum Muslimin sudah tidak lagi melihat dan memahami konsep pemerintahan Islam. Kapitalis mula menguasai dunia dengan segala bentuk kekejamannya dan disaingi kemudiannya oleh Sosialis. Idea kesamarataan yang dibawa oleh Sosialisme berjaya menambat hati umat Islam dan mereka mula menyamakannya dengan konsep keadilan Islam. Semakin menyerlahnya kerosakan dan kebusukan yang ada dalam Kapitalisme menyebabkan umat Islam mula berpaling mencari alternatif. Namun, kerana kelemahan berfikir umat Islam yang masih terkongkong dengan cara berfikir yang salah, mereka melihat bahawa idea Sosialisme adalah lebih dekat dengan Islam, kerana sosialisme ini lebih manusiawi dan lebih adil. Jadi tidak hairanlah kenapa negara-negara seperti Mesir, Iraq (sebelum penjajahan AS) dan Syria sebagai contohnya menganut sistem Sosialisme-Negara. Bahkan ada pihak sanggup mendakwa bahawa Rasulullah adalah pengasas/bapa Sosialis. Dari sinilah umat Islam mula mengambil Ideologi dan konsep bernegara dari orang-orang kafir, tetapi dikatakan berasal dari Islam atau tidak bercanggah dengan Islam.

Dalam pada kita gembira kerana umat Islam mula mencari alternatif kepada Ideologi Kapitalis yang kejam ini, dalam masa yang sama kita bersedih kerana mereka masih belum keluar dari kepompong Kapitalis. Umat Islam sudah sedar bahawa pemerintah Kapitalis sekarang telah merosak negara dan merompak kekayaan mereka, mewujudkan jurang ekonomi yang tidak adil, harga barangan meningkat (kuasa beli wang semakin menurun), golongan miskin semakin papa dan golongan kaya semakin berada, sayangnya sistem Islam itu diambil dengan cara tempelan, iaitu menjadikan Islam sebagai perfume untuk menutup kebusukan Kapitalis. Umat Islam ibarat berteduh di sebuah rumah yang sudah rosak dan sibuk menampal segala kebocoran yang ada dan (malangnya) mereka tidak terfikir untuk membina sebuah rumah yang baru, walhal mereka mampu melakukannya. Sesungguhnya inilah yang perlu difahami dan diambil oleh umat Islam iaitu mengambil Islam ini dalam versinya yang tersendiri dalam membina sebuah negara yang berdiri sendiri dan tidak mencampur adukkannya dengan konsep bernegara ala Sosialis mahupun Kapitalis. Agama Allah ini amat sempurna dan kesempurnaan agama ini adalah berdiri sendiri, tanpa ada campuran sedikit pun dari mana-mana ideologi ciptaan manusia.

Berbeza dengan Sosialis yang cuba memiliknegarakan segala sesuatu dan (kononnya) menyamaratakan semua rakyat, Islam membenarkan pemilikan individu dan membenarkan setiap individu beraktiviti dalam empat sumber utama ekonomi iaitu Pertanian, Perkilangan, Perdagangan dan Sumber Tenaga Manusia. Ini dengan sendirinya akan memberi peluang kepada setiap individu untuk memenuhi keperluan asasnya, dan keperluan sekundernya dengan kadar yang maksimum yang dapat dicapainya. Politik Ekonomi Islam sememangnya memberi ruang kepada setiap individu untuk beraktiviti tetapi tidak semua manusia mempunyai kebolehan/keupayaan untuk beraktiviti. Ini kerana terdapatnya orang-orang yang lemah dalam masyarakat sama ada orang-orang tua, orang-orang sakit, orang-orang kurang upaya/cacat, ibnu sabil dan sebagainya yang mana golongan ini tidak berupaya atau tidak berpeluang untuk beraktiviti atau menikmati pemilikan sebagaimana orang yang sihat dan kuat. Jadi, syara’ datang dengan hukum lain sebagai pelengkap kepada hukum kebolehan pemilikan dan beraktiviti tadi, untuk menjamin keperluan asas secara sempurna bagi setiap individu rakyat. Dengan ini Islam dapat menjamin keperluan asas golongan tadi ditunaikan secara sempurna, dan sekali gus terdapat peluang untuk mereka menunaikan keperluan sekundernya semaksimal mungkin. Tambahan dari itu, terdapat hukum pemilikan umum (milkiah al-ammah) dalam Islam yang mana di sinilah Islam menjamin bahawa kekayaan negara akan teragih kepada setiap individu rakyat. Semua kekayaan alam seperti minyak, gas, bijih besi dan lain-lain galian wajib dikelola oleh negara dan diberikan (hasilnya) kepada setiap individu rakyat secara percuma.

Yang perlu kita fahami di sini adalah bahawa jaminan keperluan asas yang sempurna kepada setiap individu bukanlah satu perkara tempelan (tambal-sulam) kepada sistemnya (untuk menutup kepincangan tertentu) dan ia juga bukan ditujukan untuk golongan tertentu sahaja (seperti kepada penganggur, orang-orang tua atau orang-orang kurang upaya) sebagaimana dilakukan oleh sistem Kapitalis dan Sosialisme-Negara, akan tetapi ianya merupakan integriti hukum-hakam Islam di dalam sistem Islam itu sendiri yang wajib diberikan kepada setiap individu rakyat sesuai dengan ketentuan syara’. Islam datang bukannya sekadar untuk mengisi laccuna (kekosongan) dalam sebuah sistem kufur. Islam juga datang bukannya untuk sekadar mengisi kekosongan (loophole) atau menampal kecacatan dalam sebuah sistem buatan manusia, tetapi Islam itu adalah datang sebagai sebuah sistem yang tersendiri, yang berdiri sendiri serta sebagai penyelesaian yang syumul dan menyeluruh untuk semua golongan manusia. Dan semua sistem/penyelesaian ini diambil dari apa yang telah ditunjukkan atau dipraktikkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin semasa mereka memerintah Daulah Islam.

Bagaimana Islam Menjamin 'Basic Needs' Setiap Individu

Keperluan asas menurut Islam itu ada dua bahagian iaitu keperluan asas untuk setiap individu rakyat, dan keperluan asas untuk semua rakyat:-

Pertama: Keperluan asas manusia (untuk setiap individu) adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Sebagaimana yang tercantum dalam banyak nas antaranya, “Dan kewajipan ayahnya memberikan makan dan pakaian kepada para ibunya” [TMQ al-Baqarah (2):233], “Berilah mereka nafkah (makanan) dan pakaian” [TMQ al-Ma’idah (5):5] “Diwajibkan kepada orang-orang yang berat menjalankannya membayar fidyah, memberi makan seorang miskin” [TMQ al-Baqarah (2):184] “Tempatkan isteri kamu di mana kamu bertempat tinggal” [TMQ Al-Thalaq (65):6] “Dan rumah-rumah kamu yang kamu sukai” [TMQ al-Taubah (9):24]. Sabda Rasulullah, “Dan kewajipan para suami terhadap isteri adalah memberi mereka rezeki (makanan) dan pakaiannya” [HR Muslim dan Ibn Majah], “Dan hak isteri adalah agar kalian (para suami) memperbagus dalam pemberian pakaian dan makanan” [HR Ibn Majah], “Siapa sahaja yang paginya merasakan aman pada kelompoknya, sihat tubuh badannya dan tersedia makanan rujinya pada hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia” [HR Bukhari].

Jika kita meneliti dari nas-nas tersebut maka kita dapati bahawa kombinasi tetap iaitu makanan (dan minuman), pakaian dan tempat tinggal merupakan keperluan asas (basic needs), sedangkan selebihnya adalah keperluan sekunder untuk setiap individu.

Kedua: Keperluan asas untuk rakyat, berdasarkan nas adalah keselamatan, kesihatan dan pendidikan. Hadis Rasulullah “Siapa sahaja yang pada waktu paginya merasakan aman pada kelompoknya, sihat tubuh badannya dan tersedia makanan rujinya pada hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia” meletakkan bahawa keamanan, dan kesihatan sama tarafnya dengan makanan. Ini menunjukkan bahawa keduanya menjadi keperluan asas untuk rakyat. Manakala pendidikan merupakan keperluan asas untuk rakyat berasaskan hadis, “Perumpamaan petunjuk dan ilmu seperti hujan lebat yang menyirami bumi dan ada tanah yang subur...” [HR Riwayat Bukhari], “Daripada tanda-tanda kiamat bahawa terangkatnya ilmu dan terpancarnya kejahilan” [HR Bukhari]. Hadis pertama adalah perumpamaan Rasulullah kepada ilmu dan petunjuk ibarat air hujan yang menjadi sumber air (asas) kepada kehidupan. Sedangkan hadis yang kedua pula menerangkan bahawa kemakmuran dunia akan berakhir bila hilangnya ilmu dan tersebarnya kejahilan, ini menunjukkan ilmu adalah perkara dhururiah (keperluan). Kesimpulan dan hukum yang nyata dari hadis-hadis tersebut adalah bahawa keamanan/keselamatan, kesihatan dan pendidikan merupakan keperluan asas untuk rakyat.

Persoalan seterusnya, siapakah yang bertanggung jawab untuk menyediakan keperluan asas manusia (makan, pakaian dan tempat tinggal) dan siapakah yang dikategorikan sebagai orang yang perlu (miskin)? Jawabnya adalah Negara, dan parameter untuk menentukan seseorang itu perlu/miskin adalah melihat kepada keupayaan dirinya untuk memenuhi ketiga-tiga keperluan asas tersebut. Dalam aspek tanggungjawab negara menyediakan basic needs ini, bukannya bermakna negara membahagi-bahagikan kepada setiap individu makanan, pakaian dan rumah kepada sesiapa sahaja pada setiap masa, sehingga terbayang bahawa rakyat akan menjadi malas kerana basic needsnya akan dipenuhi oleh negara sepenuhnya. Pemikiran sebegini adalah sebuah kekeliruan, kerana Islam datang dengan hukum dan mekanisme yang tertentu dalam hal ini. Mekanisme ini berjalan sebagaimana berikut:

Pertama: Kewajipan untuk memenuhi basic needs diri dan keluarga asasnya berada di tangan seorang lelaki/suami/bapa. Islam mewajibkan lelaki yang mampu untuk bekerja memenuhi nafkahnya mengikut taraf hidup (secara makruf). Pengingkaran/pengabaian seorang lelaki yang mampu untuk mencari nafkah sendiri atau memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah suatu dosa dan wajib dikenakan takzir oleh negara. Kedua: Jika seseorang itu tidak terpenuhi basic needsnya (setelah diusahakan sungguh-sungguh), maka kewajipan ini juga terletak kepada ahli-ahli waris yang kaya yang mempunyai kelebihan harta. Hal ini sebagaimana disebut oleh Rasulullah “Apabila kalian fakir, mulakan nafkah untuk diri sendiri, kalau ada yang lebih (tidak lagi fakir), maka untuk keluarganya, dan kalau ada lebih lagi maka untuk kerabatnya (ahli warisnya)” [HR Abu Daud dan Nasaei]. Ketiga: Jika seseorang yang tidak mampu tersebut tidak memiliki kerabat atau memiliki kerabat yang juga tidak mampu, maka dalam kes seperti ini, kewajiban memenuhi basic needs beralih kepada Baitul Mal (negara). Dengan kata lain, Negara/pemerintah wajib untuk memenuhi keperluannya. Rasulullah pernah bersabda, “Siapa saja yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan ‘kalla’ (orang yang tidak berharta – sebatang kara), maka dia menjadi kewajiban kami” [HR Muslim]. Hanya dalam keadaan ketiga ini sahajalah tanggungjawab negara untuk memenuhi basic needs setiap individu rakyat akan timbul dan berdosa bagi mana-mana pemerintah yang melalaikannya.

Dalam keadaan jika Baitul Mal tidak ada harta sama sekali, maka kewajiban menafkahi orang miskin ini beralih kepada kaum Muslim secara kolektif. Rasulullah bersabda, “Siapa saja yang menjadi penduduk suatu daerah, di mana di antara mereka terdapat seseorang yang kelaparan, maka perlindungan Allah Tabaraka wa Ta‘ala akan terlepas dari mereka” [HR Ahmad]. “Tidaklah beriman kepadaku siapa saja yang tidur kekenyangan, sedangkan tetangganya kelaparan, sementara dia mengetahuinya” [HR al-Bazzar]. Jika hal ini benar-benar berlaku, secara praktikal dan teknikalnya masalah ini dapat diselesaikan dengan dua cara. Pertama: Kaum Muslimin secara individu (beramai-ramai) membantu orang-orang yang miskin atau yang tidak cukup makan dengan menyalurkan bantuan segera (on the spot). Kedua: kalau dalam negara tidak mencukupi wang untuk menampung pembiayaan orang fakir ini, maka negara terus mewajibkan dharibah (pungutan kecemasan sementara) atas orang-orang kaya sehingga memenuhi keperluan untuk membantu orang miskin.

Bagaimana Islam Menjamin 'Basic Rights' Rakyat

Sebagaimana telah disebutkan, Negara adalah bertanggung jawab ke atas Keselamatan, Kesihatan dan Pendidikan rakyatnya, ini berdasarkan hukum-hakam berkaitan dengan ri’ayah (pemeliharaan) rakyatnya. Sabda Rasulullah, “Imam itu pemelihara dan dialah yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya” [HR Mutafaq Alaih]. Menyangkut perkara keselamatan dari ancaman musuh luar negeri, pembelaan negara dari ancaman musuh sudah diketahui dengan masyhur dari perbuatan Rasulullah dan ayat-ayat tentang jihad. Sedangkan keamanan dalam negeri pula dijamin dengan hukum-hakam terhadap orang-orang yang merampas hak-hak manusia sebagaimana sabda baginda, “Ingat-ingatlah bahawa darah kamu dan harta benda kamu adalah itu adalah haram” Dalam aspek pendidikan pula terdapat Ijmak Sahabat tentang pembahagian gaji guru dari Baitul Mal. Ibnu Syaibah meriwayatkan bahawa Ibnu Atha’ berkata “Di Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar anak-anak, Umar memberikan mereka 15 dinar setiap bulan”. Di samping itu dalam kes tebusan perang Badar Rasulullah telah menentukan tebusan untuk mereka dengan mengajar 10 anak-anak kaum Muslimin. Dalam aspek kesihatan, Rasulullah bersabda, “Wahai hamba Allah! Berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali dia juga menurunkan penyembuh dan penawarnya” [HR Nasaei]. Berubat merupakan salah satu urusan kemaslahatan rakyat yang besar, sedangkan kemaslahatan rakyat ini terletak di bahu pemerintah berdasarkan hadis berkenaan dengan Imam itu adalah pemelihara. Menghilangkan bahaya terhadap rakyat adalah tanggung-jawab pemerintah berasaskan hadis “Tidak boleh membuat bahaya kepada diri sendiri, dan tidak boleh membahayakan orang lain” [HR Muslim]. Bahkan Rasulullah telah menunjukkan secara praktikal (af’al al-Rasul), ketika baginda diberikan hadiah seorang doktor, baginda tidak menggunakannya untuk peribadi, tetapi memanfaatkannya untuk seluruh kaum Muslimin secara umum.

Sebuah Negara Islam wajib menyediakan kemudahan Kesihatan, Pendidikan (semua tingkat pengajian) dan Keamanan secara percuma kepada rakyatnya, tanpa mengira sama ada kakitangan negara atau pekerja swasta mahupun penganggur. Kemudahan ini juga bukan khusus untuk golongan miskin (manakala golongan yang kaya perlu membayarnya) sebagaimana dilakukan di bawah konsep welfare state Barat, tetapi Negara wajib menyediakannya secara percuma kepada semua rakyat. Namun begitu, ini tidak bermakna yang Islam menghalang pihak swasta membina institusi pendidikan swasta atau klinik swasta atau kawalan keselamatan swasta (jaga). Mereka boleh mendirikannya (dengan kawalan dan mematuhi polisi negara) dan boleh mengenakan bayaran untuk perkhidmatan masing-masing, namun yang wajib adalah Negara itu sendiri mesti menyediakannya secara percuma.

Wahai pembaca yang ikhlas! Setelah kita melihat bagaimana Islam menetapkan keperluan asas kepada manusia dan rakyat negaranya, maka yang perlu kita fahami di sini adalah bahawa sistem Islam bukanlah sistem campur aduk dan tidak boleh sekali-kali dicampur-adukkan dengan sistem Sosialisme atau Kapitalisme, dan negara Islam juga bukannya sebuah negara moderat antara konsep Sosialisme dan Kapitalisme. Usaha untuk memartabatkan konsep Ekonomi Islam itu perlulah disokong, tapi biarlah pemikiran itu jernih tanpa ada kontaminasi dengan sistem kufur Barat. Sayang sekali jika umat Islam hanya melihat atau cuba melaksanakan hanya salah satu aspek sahaja dari Islam dan terkeliru pula dengan konsep Negara Kebajikan dalam versi konsep ekonomi campuran iaitu kepincangan sistem ekonomi kapitalis yang ingin dibetulkan dengan tempelan ekonomi Islam. Apa yang wajib kita lakukan ialah membuang semua sistem Kapitalis ini semuanya (bukan bidang ekonomi sahaja) dan menggantikannya dengan Sistem Pemerintahan Islam yakni Sistem Khilafah secara menyeluruh di dunia Islam. Sesungguhnya Islam memiliki konsep bernegaranya yang tersendiri dan sistematik dan sesungguhnya model negara ini telah pun ditunjukkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin. Adalah teramat keliru jika kita mengaitkan model pemerintahan Islam dengan model negara kebajikan, kerana model negara yang dibawa oleh Rasullah ini amat jauh berbeza dengan mana-mana model sistem pemerintahan yang ada pada hari ini... [bersambung – Struktur Daulah Islam]

ANTARA NEGARA KEBAJIKAN DAN KEWAJIBAN NEGARA

ANTARA NEGARA KEBAJIKAN DAN KEWAJIBAN NEGARA
SN Keluaran 1 Februari 2008


[SN159] Sejak kebelakangan ini, isu negara kebajikan nampaknya menjadi topik hangat yang terus diperdebatkan. Ia bermula dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai konsep ‘Negara Kebajikan’ tidak berapa lama dulu di mana menurut beliau, ia akan dimasukkan ke dalam manifesto PAS menjelang pilihan raya umum ke-12 nanti. Tuan Guru Abdul Hadi berjanji akan mengurangkan harga petrol dan rakyat miskin, terutama warga emas, akan diberi elaun sara hidup. Negara kebajikan dan negara keadilan untuk semua merupakan prinsip utama manifesto bersama PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dalam pilihan raya akan datang. Antara yang akan diperjuangkan termasuklah gaji minimum, rawatan serta pendidikan percuma. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut [harakahdaily bertarikh 08/07/07]. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula berkata, kos hidup rakyat meningkat kerana kenaikan harga minyak hasil falsafah BN iaitu ‘tak naik harga minyak kerajaan BN bankrap’. Berdasarkan program-program kebajikan yang dijalankan di Kelantan sekarang, konsep negara kebajikan dapat dilaksanakan di peringkat persekutuan sekiranya rakyat memberi peluang PAS mentadbir negara ini. Sebaliknya, pemerintahan ala profit sharing di bawah Barisan Nasional (BN) mengenakan caj kepada rakyat termasuk caj ubatan dan rawatan bersalin, manakala tol dan tarif elektrik dinaikkan [harakahdaily bertarikh 22/01/08].

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas konsep negara kebajikan PAS berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah dan ini dapat dilihat di mana Malaysia telah mempunyai ciri-ciri negara kebajikan [UM 25/01/08]. Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula menegaskan bahawa BN sememangnya telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kebajikan. “Hanya Malaysia satu-satunya negara di Asia mendahului negara-negara lain dalam menjadi sebuah negara kebajikan tanpa diisytiharkan” , katanya [UM 24/01/08]. Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan manifesto PAS untuk mewujudkan sebuah ‘negara kebajikan’ hanyalah satu penipuan dan gimik politik menjelang pilihan raya. Manifesto seperti itu katanya, datang daripada pihak yang tidak memahami pentadbiran dan kerajaan. “Sekiranya PAS sanggup mewujudkan sebuah negara kebajikan dengan menanggung 100 peratus kebajikan rakyat di negara ini, saya yakin (jika PAS menang) sepenggal sahaja mereka menjadi kerajaan, nauzubillah negara ini akan menjadi bankrap” [UM 23/01/08].

Dari apa yang dilaporkan, nampaknya kedua-dua pihak berhajat untuk dikenali sebagai pemerintah sebuah kerajaan negara berkebajikan. Apakah kelebihan negara kebajikan ini sehingga masing-masing pihak berebut untuk mewujud dan mempertahankannya? Semoga penulisan Sautun Nahdhah kali ini dapat menjernihkan pemikiran dua golongan umat Islam yang sedang memperjuangkan ‘negara kebajikan’ ini dan seterusnya mempertautkan semula perasaan dan pemikiran mereka dan seluruh umat Islam yang lain agar kita sama-sama berjuang ke arah mewujudkan Negara Islam yang sebenar, bukannya Negara Islam yang di kahwin-campurkan dengan Negara Kapitalis mahupun Negara Sosialis.

Asal-usul Negara Kebajikan

Negara Kebajikan atau ‘welfare state’ bukanlah suatu yang baru. Konsep ini telah pun muncul di Barat sejak dua abad yang lepas dan sebenarnya di negara kufur Baratlah konsep welfare state ini lahir. Welfare state merupakan sistem negara yang membelanjakan pendapatan cukainya untuk mengambil peranan utama dalam memberikan jaminan sosial dan ekonomi kepada rakyat dengan pencen, perkhidmatan kesihatan percuma, gaji minimum dan sebagainya [Federal-Chambers Dictionary]. Konsep welfare state ini diasaskan kepada prinsip kesamarataan peluang, pengagihan kekayaan secara sama rata dan tanggungjawab ke atas mereka yang tercicir dalam mendapatkan jaminan kehidupan yang setara. Ciri asasnya adalah berteraskan jaminan sosial di mana bantuan diberikan kepada rakyat di waktu ia diperlukan seperti ketika usia tua, sakit dan ketika menganggur. Welfare state juga dikaitkan dengan penyediaan pendidikan, rawatan kesihatan dan perumahan secara percuma [Britannica Concise Encylopedia].

Istilah ‘welfare state’ (dalam bahasa Inggeris) dipercayai dicipta oleh Asa Briggs, seorang sejarawan terkenal Barat dan mula digunakan oleh Archbishop William Temple ketika Perang Dunia Kedua untuk membezakan Britain (yang sedang berperang) dengan Nazi Jerman, yang dikenali sebagai ‘warfare state’ (negara perang). Friedrich Hayek menegaskan bahawa istilah (welfare state) ini diambil dari perkataan Jerman lama wohlfahrtsstaat, yang digunakan oleh sejarawan abad ke-19 untuk menggambarkan kelainan/perbezaan yang baik dengan poliseistaat (‘police state’). Ia (konsep welfare state) ini telah dikembangkan oleh Otto Von Bismark, Canselor Jerman, pada tahun 1881. Bismark telah meletakkan asas negara kebajikan untuk menangkis perkembangan pesat Parti Sosialis Demokratik yang berjaya meraih kekuatan apabila Jerman menjadi sebuah negara industri. Gerakan Sosialis pada ketika itu memainkan isu jurang ketaksamaan antara yang kaya dan yang miskin, dan mula bertapak di Jerman walaupun kerap ditindas. Kebijakan politik Bismark berjaya mencantas pengaruh tersebut dan beliau mula memperkenalkan polisi kebajikan sosial [http://en.wikipedia.org/wiki/Welfare_state].

Sebagai pelaksanaan konsep welfare state ini, dari segi perundangan, Undang-undang 1881 telah mewujudkan insurans kemalangan waktu kerja yang diwajibkan terhadap majikan, diikuti dengan tiga lagi undang-undang risiko utama iaitu insurans wajib untuk sakit pada 1883, undang-undang kecenderungan kemalangan kerja pada 1884 dan skim pencen pada 1889. Setelah itu, seluruh Eropah mencontohinya termasuklah Britain yang memperkenalkan undang- undang yang sama sejak 1906.

MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM BUKAN FASCISME

MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM BUKAN FASCISME


Serangan Barat ke atas Islam dan umatnya tidak akan sekali-kali mencapai titik noktah. Selagi ada para pengembang dakwah yang ikhlas memperjuangkan Islam untuk diterapkan di dalam kehidupan, selama itulah Barat tidak akan duduk diam daripada usaha mereka untuk menyekatnya. Umum mengetahui bahawa Barat akan melabelkan gerakan Islam yang dibencinya dengan pelbagai label seperti teroris, ekstremis, fundamentalis, radikal dan sebagainya. Sebaliknya, gerakan dan perjuangan seperti nasionalisme, patriotisme, liberalisme, pluralisme, feminisme, Hak Asasi Manusia dan seumpamanya senantiasa disokong dan disolek oleh Barat dengan sedemikian rupa agar dilihat cantik oleh umat Islam. Ditambah dengan adanya para pemimpin dari kalangan kaum Muslimin yang sekular yang sebahagian besarnya merupakan agen Barat, maka akhirnya, merekalah (pemimpin) yang seterusnya melabelkan gerakan Islam di negara masing-masing sebagai teroris, ekstremis, fundamentalis, radikal dan sebagainya. Pemimpin ini jugalah yang akhirnya memuja dan menjadi pejuang kepada pemikiran-pemikiran kufur yang dibawa oleh Barat seperti sekularisme, nasionalisme, patriotisme, pluralisme, liberalisme dan seumpamanya. Anehnya, dalam masa yang sama, mereka menyeru umat Islam agar tidak terpengaruh dengan Barat.

Satu lagi istilah baru yang walaupun jarang digunakan oleh Barat, namun tetap direka, diubahsuai, dan dipadankan dengan umat Islam adalah “Islamofacisme”. Istilah ini dimunculkan di khalayak ramai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap melancarkan Perayaan Sambutan Jubli Perak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM (1983-2008) dan Persidangan Antarabangsa Alumni UIAM. Beliau menegaskan, umat Islam tidak boleh membiarkan orang lain memberikan pelbagai gelaran kepada mereka seperti gelaran pengganas. Beliau seterusnya berkata, “Majoriti umat Islam juga tidak lagi boleh membiarkan kumpulan kecil orang Islam bersuara untuk mereka, sebaliknya (majoriti) perlu bersuara untuk menentukan masa depan yang lebih baik...Majoriti umat Islam perlu membangunkan strategi baru bagi mengelakkan orang lain memberi gelaran dengan menentukan sendiri pendirian orang Islam.” Beliau juga kecewa dengan kemunculan perkataan dan istilah baru leksikon antarabangsa, seperti Islamofacism iaitu satu cubaan menyamakan Islam dengan fahaman fasisme, sedangkan pada hakikatnya Islam adalah agama paling progresif terutamanya dalam hal-hal berkaitan hubungan kaum. Keadaan ini berlaku kerana keengganan umat Islam untuk mencegah dari awal, bertindak tegas menentang ekstremisme dan menyatakan tanpa ragu bahawa kumpulan itu tidak mewakili mahupun menggambarkan Islam, tegas beliau [UM 18/1/08].

Dalam kenyataannya itu, Najib nampaknya menyalahkan kelompok kecil umat Islam (yang dilabelnya sebagai ekstremis) yang baginya menjadi penyebab kepada segala tohmahan yang dilemparkan oleh Barat ke atas Islam. Justeru, Najib menyeru supaya majoriti umat Islam menolak golongan (yang dilabelnya) ekstremis agar segala label negatif yang diberikan oleh Barat kepada Islam itu dapat ‘dibersihkan.’ Pendek kata, Najib tidak mahu akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Walhal, sekiranya diteliti sehalus-halusnya, yang sebenar-benar ‘nila’ di sini adalah para pemerintah umat Islam itu sendiri, yang tidak menerapkan hukum Allah dan berhukum dengan hukum sekular, yang membuat undang-undang sendiri dan tidak mengambil undang-undang Allah - merekalah yang telah merosakkan Islam, merekalah yang telah menyebabkan umat Islam menjadi hina, ditindas, diseksa, dirogol, dibunuh dan diperangi oleh orang-orang kafir, tanpa sedikit pun pembelaan atau bantuan dari mereka. Di manakah para pemerintah umat Islam (yang begitu ramai) di kala rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi oleh rejim Israel dari hari ke hari, di manakah para pemerintah umat Islam di kala Israel menghujani Lebanon dengan ribuan peluru berpandu yang menumpahkan darah suci kaum Muslimin di sana, di manakah para pemerintah umat Islam di kala anak-anak dan kaum wanita Iraq dibunuh dengan kejam oleh Barat, di manakah para pemerintah kaum Muslimin di kala anak-anak umat Islam di Afghanistan menjerit meminta tolong, di manakah para pemerintah kaum Muslimin di kala Muslimah dirogol dan dibunuh beramai-ramai di Kashmir, di manakah para pemerintah kaum Muslimin di kala saudara-saudara kita di Thailand ditembak sewenang-wenangnya oleh pemerintah kuffar, di manakah para pemerintah kaum Muslimin di kala umat Islam di seksa dan dibunuh di penjara Abu Ghraib, Teluk Guantanamo, di manakah para pemerintah kaum Muslimin di kala semua ini berlaku? Di manakah mereka? Siapakah yang telah merosakkan umat Muhammad ini? Siapakah sebenarnya yang telah meletakkan umat kekasih Allah ini di dalam kebinasaan dan kehinaan, tanpa pembelaan sedikitpun?

Facism/Fasisme

Sebagaimana disebutkan, istilah Islamofacisme adalah antara cubaan Barat memburuk-burukkan umat Islam. Ia dituju oleh Barat di dalam merujuk dan menakut-nakutkan dunia dengan ‘sistem pemerintahan’ Islam, yang dilabelnya bersifat facisme. Apa yang dilaung dan diinginkan oleh Barat agar dilaksanakan oleh umat Islam adalah sebuah pemerintahan demokrasi. Pemerintahan (demokrasi) inilah yang ‘disucikan’ oleh Barat agar diamalkan oleh umat Islam. Selain dari ini (demokrasi), maka semua bentuk pemerintahan lainnya adalah radikal, ekstrem, fasis, kuno, bersifat totalitarian dan pelbagai label lain lagi yang mereka berikan. Berhubung fasisme dan demokrasi ini, pembunuh No.1 umat Islam merangkap ketua pengganas dunia, George W. Bush laknatullah pernah berkata, semasa menjawab satu soalan berhubung krisis di Timur Tengah,

“And there is a level of frustration around the world with organizations that will take innocent life to achieve political objectives. And our job is to remind people that this isn't a moment, this is a movement, and that we must deal with this movement. We must deal with this movement with strong security measures, we must bring justice to those who would attack us, and at the same time, defeat their ideology by the spread of liberty. And it takes a lot of work. This is the beginning of a long struggle against an ideology that is real and profound. It's Islamo-fascism. It comes in different forms. They share the same tactics, which is to destroy people and things in order to create chaos in the hopes that their vision of the world become predominant in the Middle East....And part of the challenge in the 21st century is to remind people about the stakes, and remind people that in moments of quiet, there's still an Islamic fascist group plotting, planning and trying to spread their ideology. And one of the things that -- one of the things that came out of this unfortunate incident in the Middle East is it is a stark reminder that there are those who want to stop the advance of liberty and destabilize young democracies. And they're willing to kill people to do so. [http://www.whitehouse.gov/news/releases/2006/08/20060807.html]

Itulah antara kata-kata musuh Allah ini dalam propagandanya untuk melabel dan memburukkan gerakan Islam dan dalam masa yang sama berusaha untuk mempertahankan sistem demokrasi dan idea kebebasan yang dijunjungnya ke seluruh dunia.

Istilah fasisme berasal daripada bahasa Itali, fascio, yang juga termasuk di dalam bahasa Latin. Fascis adalah nama yang diberikan kepada objek berupa seikat tangkai-tangkai kayu dan di celahnya diikatkan kepala kapak. Arca ini telah dijadikan sebagai lambang kekuasaan pemerintahan Kaisar Rom. Kemudian pada abad ke-20, istilah ini telah dimunculkan semula oleh Benito Mussolini dan dijadikan sebagai landasan perjuangannya untuk mengembalikan semangat bangsa Itali yang sedang melemah disebabkan masalah kemerosotan ekonomi dan pengangguran, kesan daripada Perang Dunia Pertama.

Di dalam Kamus Dewan, ‘fasis’ didefinisikan sebagai ‘penganut faham nasional yang didasarkan pada pemerintahan yang bertindak atas kekuasaan daripada hak-hak demokratik.’ Mengikut Wikipedia, definisi fascism dan ‘kerajaan fasis’ masih menjadi perdebatan hangat. Para sejarawan, saintis politik dan beberapa golongan cendekiawan lain telah terlibat dalam perdebatan yang serius dan panjang berhubung ciri-ciri sebenar dan tepat mengenai fascism serta ajaran-ajaran yang dikandungnya. Kebanyakan cendekiawan bersetuju bahawa ‘rejim fasis’ adalah satu bentuk kerajaan yang autoritarian walaupun tidak semua rejim autoritarian adalah fasis. Asalnya istilah ‘fascism’ digunakan untuk merujuk kepada gerakan politik yang wujud di Itali yang umurnya tidak sampai pun 30 tahun dari 1922-1943 di bawah pemerintahan Benito Mussolini. [http://en.wikipedia.org/wiki/Definitions_of_fascism]

Menurut sejarah, Mussolini menubuhkan Gerakan Nasionalis ini untuk mencapai apa yang dia cita-citakan. Gerakan Mussolini mudah mendapat sokongan daripada golongan pekerja kerana dia menjadikan tema kebangkitan bangsa Itali sebagai agenda utamanya. Pada setiap pertemuan, Mussolini banyak mengimbau kehebatan bangsanya di zaman silam semasa kegemilangan empayar Rom. Setelah partinya tewas di dalam pilihan raya pada 1919, gerakan ini telah mengambil pendekatan revolusi untuk menukar kerajaan iaitu dengan turun ke jalanan semata-mata untuk menimbulkan kekacauan secara fizikal. Mereka menolak parlimen dan menyeru kepada rakyat agar bangkit menentang pemerintah kerana kegagalan mereka membela bangsa Itali. Seruannya berjaya menghimpun sejumlah besar rakyat dan mereka berarak ke Rom. Melihat sokongan rakyat yang begitu kuat ke atas Mussolini, pemerintah Itali, Raja Victor Emmanuel III tidak berdaya menghadapinya. Mussolini kemudiannya di undang ke istana lalu dilantik sebagai pemimpin Itali. Pada Oktober 1922, Raja Itali itu memberikan laluan kepada Mussolini untuk membentuk pemerintahan baru. Di sinilah bermulanya pemerintahan fasis di Itali dan dia terus berkuasa sehingga 1943 bersama Parti Fasis Kebangsaan (National Fascist Party) yang mana dia merupakan pengasasnya dan pemimpinnya [The Columbia Encyclopedia, Sixth Edition. 2001-07].

Setelah menghapuskan para penentangnya yang berfahaman komunis dengan bantuan pasukan sayap militan partinya iaitu sebuah unit yang dikenali sebagai fasci di combattimento, langkah pertama yang dilakukan oleh Mussolini setelah memegang kekuasaan adalah dengan menyerang Ethiopia pada tahun 1935-1936. Pencerobohan tersebut dilakukan berdasarkan kepada pandangan nasionalis melampau fasisme. Bahkan Mussolini mempunyai pandangan yang menganggap bangsa-bangsa di dunia berevolusi melalui peperangan. Bangsa Itali pada masa itu mula digeruni oleh bangsa-bangsa lain yang berjiran dengannya.

Jika diteliti sejarah dan cara hidup puak fasis sejak dari zaman Rom seperti yang didakwa oleh Mussolini sebagai bangsa yang hebat dan seharusnya diikuti kebangkitannya oleh bangsa Itali, nescaya kita akan mendapati bahawa Empayar Rom yang pernah menakluki sebahagian besar dunia itu sebenarnya terdiri dari bangsa yang kejam, hina, tidak bermoral, tidak berperikemanusiaan, tamakkan kekayaan dan rakus untuk berkuasa. Apabila mereka menakluki bangsa lain, mereka melihat bahawa bangsa yang mereka takluk itu adalah sekelompok manusia yang hina yang mesti dirampas usaha dan harta benda mereka. Mereka akan mengenakan cukai yang tinggi untuk kepentingan Kaisar Rom. Disebabkan itu, rakyat di negara-negara yang dijajah oleh bangsa Rom tidak dapat mengecapi kesejahteraan hidup yang sebenar sebagai manusia. Mereka dianggap rakyat kelas kedua dan mesti menganggap bangsa Rom itu adalah bangsa tertinggi. Bangsa yang terjajah adalah bangsa yang rendah dan hina serta tidak layak bercampur dengan bangsa Rom yang tinggi. Bangsa Rom juga memaksa orang-orang yang telah ditakluk untuk menerima agama Kaisar Rom. Barang siapa yang tidak menerima agama Kaisar akan dianggap sebagai orang-orang sesat (pagan) dan mereka akan dilayan seperti haiwan dan boleh diperlakukan sesuka hati oleh para penguasa Rom. Kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang Rom menyebabkan mereka dibenci oleh bangsa-bangsa lain. Kekejaman dan kesombongan inilah yang telah memakan diri mereka sendiri. Akhirnya tentera mereka telah dikalahkan oleh tentera Islam kerana empayar yang mereka bina hanya nampak kuat di luar tetapi rampung di dalam. Nasib yang sama juga menimpa Mussolini yang akhirnya dibunuh sebaik sahaja pemerintahan fasismenya runtuh.

Hakikatnya, percubaan Bush, yang merupakan pemegang Kerusi Kehormat bagi Penjenayah Agung Abad ke-21, dalam menyamakan Islam dengan fahaman fasisme yang pernah dibawa oleh Mussolini hanyalah akan menyebabkan musuh Allah ini lebih dibenci menjelang hari-hari terakhirnya sebagai Presiden Amerika. Walaupun idea ini (fasisme) pernah muncul di Britain dan Perancis selepas era Mussolini dan Hitler, sejarah tidak dapat menafikan bahawa pemerintahan fasisme yang sebenar adalah yang dibawa oleh Mussolini yang hanya bertahan tidak sampai 30 tahun, sedangkan pemerintahan Islam (Khilafah) telah bertahan selama lebih 1400 tahun yang mana kedua bentuk pemerintahan ini langsung tidak mempunyai kesamaan walaupun sedikit. Bush semakin sedar bahawa ideologi Kapitalis dan pemerintahan demokrasi yang dihamburkannya ke dunia Islam kini juga sudah semakin mencapai penghujung. Umat Islam sudah semakin sedar kebusukan dan kerosakan sistem pemerintahan sekular/demokrasi yang dibawa Barat. Justeru, makhluk terkutuk ini menjadi semakin tertekan kerana masanya sudah semakin suntuk.

Futuhat Di Bawah Pemerintahan Islam

Walau apa pun yang dikatakan atau dicop oleh Presiden AS yang semakin terdesak ini, perjuangan gerakan Islam yang berdakwah untuk menegakkan agama Alah melalui tegaknya sistem pemerintahan Islam/Khilafah tidaklah serupa sebagaimana perjuangan fasisme Mussolini. Juga, langsung tidak wujud dan tidak akan wujud apa yang dikenali sebagai Islamofacism. Istilah ini hanyalah rekaan Barat untuk menyekat tegaknya agama Allah secara kaffah, sebagaimana istilah lain yang direka mereka seperti teroris atau ekstremis Islam, fundamentalis Islam dan sebagainya. Keagungan pemerintahan Islam (Khilafah) langsung tidak sama dengan fasisme atau pemerintahan Rom mahupun sistem pemerintahan demokrasi sekular hari ini. Ini adalah kerana, tamadun dan pemerintahan Islam itu sendiri berbeza sama sekali dengan tamadun Rom dan Barat baik dari segi asas mahupun cabang-cabangnya. Sistem pemerintahan Islam adalah berdasarkan wahyu, langsung tidak sama dengan mana-mana sistem pemerintahan yang ada pada hari ini, baik demokrasi, teokrasi, monarki, nazisme, fasisme dan sebagainya yang kesemuanya itu hanya terhasil dari produk akal manusia semata-mata. Manakala pembukaan (futuhat) yang dilakukan oleh orang-orang Islam ke seluruh dunia juga jauh berbeza dengan penaklukan yang dilakukan oleh bangsa Rom, Itali, Mongol, Britain, AS, Perancis dan lain-lain. Hal ini dapat dijelaskan dan tergambar secara realistik melalui banyak fakta, antaranya:-

(1) Kaum Muslimin melakukan pembukaan (futuhat) bukan kerana dorongan semangat nasionalis atau kehebatan ‘bangsa’ atau mengejar kekayaan atau untuk memperhambakan bangsa lain, tetapi mereka melakukan futuhat untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada menjadi hamba kepada Allah yang Maha Agung. Ia juga dilakukan sebagai memenuhi seruan (khitab) syariat Islam yang memerintahkan agar Islam disebarkan ke seluruh dunia. Thariqah (metode) penyebaran Islam adalah melalui dakwah dan jihad (perintah Allah), lalu mereka terjun ke medan dakwah dan medan perang semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah dan bukan kerana mengejar harta mahupun kekayaan daripada rampasan perang. Ia adalah semata-mata kerana kepatuhan kepada perintah Allah untuk berdakwah dan berjihad lalu mereka membunuh dan terbunuh yang akhirnya mencapai darjat syuhada’, Insya Allah. Tentera-tentera kaum Muslimin melakukan pengembangan wilayah tanpa memperkirakan sama ada tempat itu mempunyai kekayaan atau tidak, selagi wilayah itu ada manusia, selama itulah pengembangan dilakukan (demi mengajak manusia kepada agama Allah).

(2) Kaum Muslimin tidak mengasingkan diri dengan bangsa yang dikalahkan bahkan mereka bercampur-baur sehingga ada yang berkahwin dengan bangsa tersebut semata-mata agar penyatuan mereka dengan masyarakat setempat menjadi kukuh supaya dapat berdakwah dan berdebat untuk mengajak mereka kepada Islam. Kaum Muslimin tidak menganggap diri mereka sebagai ‘bangsa’ yang mulia tetapi yang mulia itu adalah Allah, dan syariat Islam mestilah dipertontonkan kepada bangsa yang telah dikalahkan. Kaum Muslimin bahkan menganggap mereka adalah duta-duta Allah dan kerana itu wajarlah menjadi motivasi bagi mereka untuk menyatu dengan penduduk asal tanpa mengira warna kulit dan bangsa semata-mata untuk memberi kefahaman tentang Islam yang sebenar. Mereka menunjukkan syakhsiyyah (keperibadian) Islamiyyah yang baik dan sempurna yang justeru menambat hati para penduduk setempat untuk turut sama mempelajari dan memeluk agama Islam dan seterusnya mereka (penduduk setempat) pula yang (setelah masuk Islam) menjadi pembela Islam.

(3) Walaupun terdapat sebilangan daripada mereka yang masih tetap dengan agama lamanya tetapi dengan rela menjadi warganegara Islam, justeru mereka juga terikat dengan syariat Islam melainkan di dalam aspek ibadah, pakaian, perkahwinan dan makanan serta minuman yang mana mereka dibenarkan untuk mengamalkan tatacara agama mereka. Tetapi, selain daripada itu, termasuklah uqubat (penghukuman) dan muamalat (transasksi) mereka wajib terikat dengan syariat Islam. Disebabkan itulah mereka juga akan diberi jaminan hidup yang sama dengan warganegara lain yang beragama Islam. Mereka akan mendapat jaminan dari segi keperluan tempat tinggal, makanan dan pakaian sama seperti jaminan yang diberikan kepada warganegara Muslim. Semuanya akan dilayan sama rata. Daulah Islam memandang mereka kesemuanya adalah manusia yang mesti diberikan hak yang sama agar mereka dapat mengecapi kehidupan yang wajar sebagai seorang manusia.

(4) Mereka juga diberikan hak yang adil sebagai warganegara Daulah untuk bekerja di pejabat pentadbiran Khilafah. Mereka akan dibenarkan memegang mana-mana jawatan selain daripada jawatan yang berkaitan pemerintahan dan penghukuman. Ini adalah kerana kedua-dua jawatan tersebut melibatkan perlaksanaan syariat Islam. Mereka akan diberikan peluang seluas-luasnya di bahagian operasi dan pentadbiran. Tidak ada golongan majoriti atau minoriti di dalam Daulah Islam kerana semuanya diberikan hak yang sesuai dengan tuntutan syariat Islam.

(5) Mereka wajib diberikan hak perlindungan. Dan mereka tidak boleh dicederakan atau dibunuh kerana ini adalah berlandaskan hukum tentang ahlu zimmah (kafir yang menjadi warganegara Daulah Islam). Ini berdasarkan sabda Rasulullah, “Sesiapa yang menyakiti zimmi, sesungguhnya dia telah menyakitiku, sesiapa yang menyakitiku sesungguhnya dia menyakiti Allah” [HR Tabarani]. Hadis ini dengan jelas menunjukkan bagaimana Rasulullah amat prihatin dengan ahlu zimmah. Ahlu zimmah akan diberi perlindungan dan oleh kerana itu mereka wajib membayar jizyah sebagai tukaran jaminan keselamatan yang diberikan oleh Daulah Islam kepada mereka [Ad-Daulah Al-Islamiyyah, Syeikh Taqiyuddin an Nabhani].

Bahkan sejarah membuktikan bagaimana Islam telah mengubah sikap suatu kaum dan bangsa yang pada awalnya amat bangga dan saling membesar-besarkan ‘bangsa’ masing-masing. Setelah Islam datang dan membuka wilayah mereka, semua itu justeru telah ditinggalkan. Mereka akhirnya menjadi penganut Islam yang paling kuat. Hal-hal yang sedemikian tidak pernah ditemukan di dalam Empayar Rom mahupun Empayar Parsi dan empayar-empayar yang lainnya di dalam sejarah peradaban manusia. Kerana itulah Empayar Islam terus bertahan sehingga lebih 1400 tahun; sesuatu bangsa yang sesudah dibuka tanah mereka, telah ramai-ramai memeluk Islam dan mempertahankan agama Allah ini bersama-sama dengan kaum Muslimin yang menewaskan mereka sebelum itu. Tidak pernah ada sejarah peradaban yang membuktikan, bangsa yang ditakluk menyokong dan menyatu dengan bangsa yang menakluk dan lebih dari itu mereka bersatu mempertahankan sistem yang diterapkan iaitu syariat Islam, kecuali sejarah peradaban Islam. Ini diperakui sendiri oleh sejarawan Barat, Will Durant yang menukilkan, “Ahlu zimmah yang beragama Nasrani dan Yahudi pada masa pemerintahan Khilafah Umayyah menikmati sikap toleransi yang tidak pernah mereka temukan di negeri-negeri Nasrani pada masa sekarang. Mereka bebas melakukan aktiviti keagamaan mereka, dan boleh memelihara gereja dan rumah ibadah mereka” [The Story of Civilization, Will Durant].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa propaganda keji Barat terhadap gerakan Islam yang ikhlas masih dapat bertahan kerana adanya para pemerintah Muslim sekular hari ini yang bersikap apologetik dan tunduk kepada Barat. Para pemerintah inilah yang masih menuruti kehendak kaum kuffar Barat, lalu memburu gerakan Islam yang ingin menerapkan Islam secara kaffah di seluruh dunia. Mereka (Barat dan para pemerintah kaum Muslimin) menggelarkan mana-mana gerakan Islam yang diburu dan dibencinya ini sebagai ekstremis, teroris, radikal dan macam-macam lagi. Para pemerintah Muslim ini pula kononnya tidak mahu umat Islam diberi gelaran ‘pengganas’ oleh Barat, walhal mereka sendirilah (pada masa yang sama) menggunakan istilah ciptaan Barat (‘pengganas’, ‘ekstremis’ dan sebagainya) untuk dilabelkan kepada gerakan (minoriti) Islam yang tidak sealiran dengan mereka. Saudaraku, sesungguhnya kuffar Barat tidak akan berhenti dari terus meletakkan pelbagai label ke atas Islam dan umatnya. Oleh itu, persoalannya sekarang adalah, bagaimana kita perlu bertindak untuk menghadapi dan seterusnya mengalahkan Barat, bukannya bagaimana untuk bertindak memuaskan hati Barat, sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin kaum Muslimin sekarang! Sesungguhnya, hanya dengan menyambung kembali kehidupan Islam melalui penegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah, dengan izin Allah, Islam akan dapat dimenangkan dan kuffar Barat dapat direndahkan!

 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR