ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


SIJIL MATI UNTUK LINA JOY

SIJIL MATI UNTUK LINA JOY




“Terima keputusan Lina Joy - PM”. Inilah tajuk utama Utusan Malaysia 1 Jun lepas. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat supaya menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani atau Lina Joy dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi. Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Lina Joy yang mengaku murtad sejak 17 tahun lalu untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya dengan penghakiman secara majoriti 2-1. Mahkamah menegaskan Azlina, 42, yang menukar namanya kepada Lina Joy perlu mendapatkan perakuan daripada Mahkamah Syariah bahawa dia telah murtad sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Pada masa yang sama, Abdullah turut menyangkal dakwaan seorang wartawan media asing bahawa undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan negara ini. “Tak ada perkara macam itu (undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Persekutuan). Perlembagaan Persekutuan ialah Perlembagaan Persekutuan. Ada satu set undang-undang yang perlu kita patuhi. Ia merupakan sesuatu yang perlu kita patuhi, itu sahaja”, katanya [UM 01/06/07].




Pelbagai reaksi diberikan oleh umat Islam dengan keputusan ini. Banyak pihak melahirkan rasa gembira dan syukur dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi segelintir yang lain, tiada apa yang nak dibanggakan dengan keputusan Mahkamah ini kerana isunya adalah isu ‘nama’ bukannya isu ‘agama’. Bagi non-Muslim, khususnya golongan Nasrani, mereka memandang serius akan hal ini kerana ini adalah persoalan hak asasi manusia dan ianya dijamin atau termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dipandang dari sudut ‘agama’, golongan Nasrani sudah lama bergembira kerana hakikatnya Lina Joy telah pun murtad, walau apa namanya sekalipun. Dan yang lebih penting, simurtad itu adalah seorang Muslim. Jika yang memeluk agama Nasrani itu berasal dari agama Hindu atau Buddha, kegembiraan mereka tidaklah seberapa. Persoalannya, sebagai seorang Muslim, adakah kita perlu menerima dan pasrah sahaja dengan keputusan ini, malah bergembira dengannya, atau apakah sebenarnya yang patut kita lakukan? Apakah kita juga turut bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri yang mengakui bahawa Perlembagaan Persekutuan mengatasi undang-undang Islam? Apakah kita harus redha sahaja kepada Perlembagaan yang diasaskan oleh Lord Reid ini? Inilah persoalan yang akan dikupas oleh Sautun Nahdhah pada kali ini.



BERSYUKURKAH KITA DENGAN KEPUTUSAN INI?



Dari berita-berita yang disiarkan, ramai di kalangan umat Islam di Malaysia menarik nafas lega dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, sehingga ada yang menyifatkan ia adalah satu kemenangan untuk Islam. Laungan ‘Allahu Akbar’ yang bergema di perkarangan bangunan ‘Palace of Justice’ pada hari itu menggambarkan kegembiraan di hati mereka yang hadir. Apa tidaknya, ini adalah keputusan Mahkamah tertinggi di negara ini yang mana selepas ini tidak ada lagi mahkamah yang lebih tinggi untuk merubah penghakiman yang telah dibuat. Bagi mereka yang keliru, ya, inilah kemenangan. Tetapi jika umat Islam berfikir lebih jauh sedikit dengan keputusan yang dibuat, mereka akan sedar bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah bukanlah soal bahawa seseorang itu ‘tidak boleh murtad’ tetapi penghakiman yang dibuat adalah berkenaan isu ‘perkataan Islam’ di dalam kad pengenalan, di mana Lina Joy tidak dibenar memadamkan perkataan tersebut di dalam myKadnya. Dengan kata lain, sesiapa sahaja yang ingin murtad masih boleh berbuat demikian, cuma mereka tidak dibenar menggugurkan perkataan ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, kecuali setelah mendapat izin dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Keputusan ini juga membawa implikasi bahawa seseorang itu masih boleh murtad dan mempunyai harapan untuk menukar status ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, jika diizinkan oleh Mahkamah Syariah.



Wahai kaum Muslimin! Pandanglah dengan pandangan yang jernih, apakah keputusan Mahkamah ini telah berjaya mengembalikan Lina Joy ke pangkuan Islam? Apakah persoalan akidah umat Islam itu ditentukan oleh ‘nama’ atau ‘perkataan Islam’ yang tertulis di atas sekeping dokumen? Tidakkah kalian sedar bahawa kewujudan kad pengenalan itu hanyalah sekadar urusan pentadbiran duniawi sedangkan akidah itu adalah ‘urusan ukhrawi’? Adakah apa yang tertera di atas sekeping kad itu boleh melambangkan apa yang tertera di dalam hati, sehingga jika dikekalkan perkataan Islam pada kadnya bermakna Islamlah hatinya? Apakah kalian akan beranggapan bahawa dengan keputusan ini akan dapat menyelamatkan akidah umat Islam yang lain jika mereka ingin mengambil langkah sebagaimana langkah neraka Lina Joy?



Dalam satu masa umat Islam di Malaysia tidak henti-henti berjuang untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, yang dikatakan semakin hilang wibawa dan kuasanya kerana dihakis oleh Mahkamah Sivil, namun, dalam masa yang sama, umat Islam sebenarnya mengiktiraf dan bergantung harap kepada Mahkamah Sivil (Mahkamah Persekutuan) untuk mengembalikan wibawa tersebut. Sebagaimana yang telah kami kupas di dalam Sautun Nahdhah yang lalu, kewujudan ‘Mahkamah Syariah’ di Malaysia pada hari ini dengan sendirinya membawa erti bahawa Mahkamah selainnya adalah tidak syariah (tidak Islam). Persoalannya justeru, apakah kewujudan Mahkamah yang tidak syariah ini dibolehkan oleh Islam? Jika tidak boleh, apakah kita cuma mahu bersikap pasrah (menerima bulat-bulat tanpa apa-apa bantahan) sahaja dengan kewujudan Mahkamah tidak Islam yang diwarisi dari British ini? Penerimaan kita akan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Sivil) ini bermaksud kita telah ‘mengiktiraf’ apa yang British wariskan kepada kita dan kita mengakui bahawa kedudukan Mahkamah Persekutuan sememangnya lebih tinggi dari Mahkamah Syariah. Tidakkah kalian sedar akan hakikat ini wahai kaum Muslimin? Oleh yang demikian, apakah wajar bagi kita untuk menerima dan bersyukur dengan penghakiman yang telah dibuat?



Sesungguhnya kewujudan sistem mahkamah yang ada sekarang, baik mahkamah sivil mahupun mahkamah syariah adalah kerana ia diwujudkan/diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Pengiktirafan kita ke atas kedua-dua institusi ini, malah bergembira dengan keputusan yang dibuat sedangkan ia langsung tidak memutuskan/berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, menunjukkan bahawa kita telah meletakkan undang-undang manusia mengatasi undang-undang Allah. Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah meletakkan Perlembagaan itu lebih tinggi dari hukum Allah. Adakah kita ingin sependapat dengan Perdana Menteri dalam hal ini yang mengakui bahawa Perlembagaan Persekutuan lebih tinggi dari Islam, walhal Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya” ? [HR al-Baihaqi].




BILAKAH SESEORANG DIANGGAP MURTAD?



Wahai kaum Muslimin! Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah Tuhan Yang Maha Mencipta. Dia mencipta manusia dan mencipta Deen untuk manusia. Dan Dia telah memilih bahawa Deen untuk manusia adalah Islam. FirmanNya, “Sesungguhnya Deen (yang diredhai) di sisi Allah itu hanyalah Islam” [TMQ Ali Imran (3):19] dan firmanNya, “Barangsiapa mencari selain Islam sebagai Deen, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan di Hari Akhirat dia termasuk ke dalam orang-orang yang rugi” [TMQ Ali Imran (3):85]. Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada makna lain lagi yang boleh ditafsir atau ditakwil oleh sesiapa pun bahawa hanya Islamlah satu-satunya Deen yang diterima oleh Allah untuk dianuti oleh manusia. Dengan kata lain, sesiapa sahaja yang tidak beragama dengan Islam atau yang pada asalnya beragama Islam kemudian keluar dari Islam, maka Allah sekali-kali tidak akan redha kepadanya. Maka, jika Allah tidak redha kepadanya, kita juga sebagai umat Islam tidak boleh redha kepadanya. Justeru, apakah kita akan redha dengan Lina Joy yang telah secara terang-terangan mengaku memeluk agama Nasrani?



Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Fairuz berkata, JPN mempunyai justifikasi untuk mendapat pengesahan penguasa agama Islam bahawa Lina Joy telah murtad sebelum meluluskan permohonan wanita itu untuk memadamkan perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalannya. Beliau berkata, jika JPN menerima pengakuan seseorang bahawa dia telah keluar agama Islam berasaskan pengisytiharan pemohon semata-mata, maka JPN mengambil risiko apabila menyatakan dia sebagai bukan Muslim sedangkan mengikut undang-undang Islam, orang itu masih belum murtad. ‘‘Ini semua akan mengakibatkan celaan daripada masyarakat Muslim. Atas sebab ini, saya percaya, JPN mengguna pakai dasar bahawa perakuan bersumpah sahaja tidak cukup untuk membolehkan perkataan ‘Islam’ dipadamkan daripada kad pengenalan seseorang Muslim,” katanya [UM 31/05/07]. Nampaknya, celaan masyarakat lebih diambil kira dari celaan Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas simurtad! Inilah kedudukan terkini ‘undang-undang Islam’ Malaysia di mana walaupun seseorang itu telah membuat pengakuan atau pengisytiharan murtad, tetapi dia masih belum dikatakan murtad sehinggalah ‘disahkan’ oleh Mahkamah. Jadi, walaupun pada hakikatnya seseorang itu telah murtad, tetapi dari segi undang-undang, dia masih lagi seorang Muslim!



Sekali lagi, kami ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan kepada mereka yang keliru bahawa murtadnya seseorang itu bukannya diukur dari ‘perintah’ Mahkamah Syariah, tetapi diukur dari i’tiqad, perbuatan atau perkataannya. Mahkamah tidak boleh menjadi penentu kemurtadan seseorang. Murtad datangnya dari ‘qalbu’, bukannya dari perintah seseorang qadhi. Menurut Syeikh Abdurrahman al-Maliki, di dalam kitabnya, Nidzamul Uqubat Fi al-Islam, seorang Islam itu akan jatuh kafir (murtad) dengan empat indikasi seperti berikut, (1) dengan keyakinan (i’tiqad), (2) dengan keraguan (syak), (3) dengan perkataan (al-qaul), (4) dengan perbuatan:-



Pertama, dengan keyakinan. Ini dilihat dari dua sisi; (a) meyakini dengan pasti sesuatu yang berlawanan dengan apa yang diperintah, atau yang dilarang. Contohnya meyakini bahawa Allah memiliki sekutu atau meyakini bahawa Al-Quran bukanlah Kalamullah (b) mengingkari sesuatu yang sudah maklum dalam masalah agama seperti mengingkari jihad, mengingkari keharaman khamar, mengingkari hukum potong tangan, dan lain-lain.



Kedua, keraguan dalam berakidah dan semua hal yang dalilnya qath’i. Contohnya, ragu bahawa Allah itu satu; ragu bahawa Muhammad Salallahu 'alaihi wa Sallam adalah Rasulullah; atau ragu tentang hukum sebat bagi penzina dan seumpamanya.



Ketiga, dengan perkataan yang jelas, tidak perlu ditafsirkan atau dita’wilkan lagi. Contohnya, seseorang yang mengatakan (termasuk membuat pengisytiharan) bahawa dia telah keluar dari Islam dan memeluk agama baru, mengatakan atau mengakui bahawa Isa adalah anak Allah, Muhammad bukan nabi, dan lain-lain. Sedangkan perkataan yang masih belum jelas, atau masih perlu dita’wilkan maka tidak memurtadkan pengucapnya.



Keempat, dengan perbuatan yang jelas tanpa perlu ta’wil lagi. Contohnya, menyembah berhala, melakukan ibadat di gereja dengan tata cara ala gereja, sembahyang di Kuil Hindu dengan amalan ritual Hindu dan lain-lain. Sedangkan perbuatan yang belum jelas, tidak mengkafirkan pelakunya seperti masuk ke gereja, membaca Injil, dan lain-lain.


Oleh kerana manusia adalah makhluk Allah dan Allahlah yang mencipta agama untuk manusia, maka sesiapa sahaja yang keluar atau tidak beragama dengan agama Allah (Islam), maka, Allah jualah yang berhak menentukan hukuman baginya. Untuk golongan yang keluar dari agama Allah ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi khabar ancam bahawa, "Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." [TMQ Al-Baqarah (2):217]. Dan Allah telah menetapkan hukuman ke atas mereka yang murtad melalui lisan NabiNya bahawa, “Sesiapa sahaja yang menukar agama (Islam)nya, maka bunuhlah dia” [HR Bukhari]. Inilah ketetapan dari Pencipta manusia dan Pencipta agama Islam. (Sila rujuk Sautun Nahdhah bertajuk ‘250,000 Murtad: Masihkah Kita Ingin Berdiam Diri?’ untuk perbincangan lanjut mengenai hukum ke atas orang yang murtad).


PERANAN MAHKAMAH DALAM ISLAM



Wahai kaum Muslimin! Di dalam membincangkan isu murtad ini, hendaknya kita tidak dipengaruhi oleh sentimen lain selain Islam semata-mata. Murtad bermaksud keluar dari agama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, baik seseorang itu berbangsa Arab, Afrika, India, Cina ataupun Melayu. Persoalan murtad langsung tidak ada kena mengena dengan bangsa. Jangan kita dipengaruhi oleh emosi assabiyyah menyebabkan kita memandang serius jika yang murtad itu adalah dari bangsa kita, tetapi jika simurtad adalah dari bangsa lain, maka kita langsung tidak mengambil peduli. Janganlah kerana Lina Joy itu adalah seorang Melayu, maka dengan itu kita menunjukkan keprihatinan kita. Tetapi kalaulah Lina Joy itu seorang Cina atau India atau seorang masyarakat asli, maka ini langsung tidak menarik minat kita. Hal ini adalah salah sama sekali dan bukannya datang dari ajaran Islam. Tidak ada istimewanya bangsa Melayu di sisi Allah berbanding bangsa yang lain.



Persoalan bangsa ini tidak boleh kita pilih. Allahlah yang menentukan kita lahir sebagai bangsa apa, dan kita tidak akan dapat menukar hakikat ini hingga kiamat. Tetapi persoalan agama kita boleh pilih, agama apakah yang kita ingin anuti. Dan seseorang itu sepatutnya memilih untuk menjadi Muslim adalah kerana keyakinan akan kebenaran Islam, bukan berdasarkan keturunan atau bangsanya. Jika kita memandang dengan cahaya kebenaran, maka sudah tentu kita akan menganggap bahawa isu murtad merupakan sebuah persoalan utama, tanpa mengira bangsa atau negara mana sekalipun orang itu berada. Jika benarlah kita beriman dengan Allah dan Hari Akhir, maka sesungguhnya yang wajib kita sayangi dan perjuangkan adalah Islam, bukannya bangsa. Dan Rasulullah telah menetapkan hukum bahawa siapa sahaja yang keluar dari agama yang benar ini hendaklah dihukum bunuh, tidak kira bangsa apakah dia.



Seperkara lagi yang harus kita ingat adalah bahawa yang wajib dan berhak menjalankan hukum bunuh ke atas ke atas mereka yang murtad adalah Negara (Pemerintah). Seseorang individu atau mana-mana jemaah tidak boleh sekali-kali melaksanakan hukuman ini. Di dalam Islam, biasanya Negara akan menyerahkan tugas ini kepada Mahkamah atau Qadhi untuk melaksanakannya. Justeru, kita mestilah jelas apakah peranan yang wajib dimainkan oleh Mahkamah di dalam hal ini. Dari keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lina Joy ini, kita dapati bahawa jika seseorang ingin keluar dari Islam, dia mestilah memfailkan permohonan dan seterusnya mendapat kelulusan/perintah dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini bermaksud:-



(1) Seseorang itu boleh murtad (ada ruang untuk murtad), dan jika berniat berbuat demikian, maka bolehlah memohon ke Mahkamah Syariah;



(2) Mahkamah Syariah perlu mendengar permohonannya dan membuat keputusan samada membenarkan atau tidak permohonan tersebut; dan



(3) Jika Mahkamah Syariah membenarkan, maka seseorang itu sekarang akan diisytiharkan murtad atau dengan kata lain sahlah murtadnya menurut undang-undang.



Jadi, kedudukan sekarang adalah Mahkamah Syariah sebenarnya mempunyai bidangkuasa untuk ‘mensahkan’ atau tidak mensahkan kemurtadan seseorang. Dengan kata lain, kedudukan Mahkamah Syariah adalah tidak lebih sebagai ‘rubber stamp’ terhadap orang yang ingin menukar agama Islam. Maha Suci Allah! Apakah ini peranan Mahkamah di dalam Islam?



Wahai kaum Muslimin! Tugas seorang qadhi di dalam Islam adalah untuk menghukum seseorang berdasarkan hukum Allah. Tugas qadhi adalah mendengar persengketaan yang diajukan, seterusnya menetapkan hukum Allah bagi menyelesaikan persengketaan tersebut. Qadhi akan memberikan hak kepada orang yang berhak dan menghukum orang yang bersalah. Inilah tugas qadhi. Tugas qadhi bukannya memberikan hak kepada orang yang bersalah, sebaliknya menghukum sipesalah. Di dalam Islam seseorang itu tidak boleh memohon untuk melakukan kesalahan. Contohnya, bolehkah seseorang itu memohon kepada qadhi untuk tidak solat atau untuk tidak berpuasa Ramadhan? Bolehkah seseorang itu memohon untuk tidak melakukan kewajipan atau untuk melakukan keharaman? Bolehkah seseorang itu membuat permohonan ke Mahkamah untuk minum arak atau berzina? Dan bolehkah qadhi mendengar, seterusnya meluluskan atau tidak meluluskan permohonan ini? Saudaraku, inilah apa yang berlaku sekarang! Seseorang Muslim itu dibenarkan untuk memohon memaksiati Allah dan lebih buruk, dibenarkan memohon untuk mensyirikkan Allah. Jika seseorang dibenarkan memohon untuk berzina pun sudah merupakan satu kekejian dan kesalahan, apa lagi jika seseorang dibenarkan memohon untuk keluar dari Islam? Betapa buruknya kedudukan ini. Sedarlah wahai kaum Muslimin!



Justeru, apakah kita akan bergembira sekali lagi jika Lina Joy membuat permohonan untuk keluar dari Islam di Mahkamah Syariah, walaupun permohonan tersebut mungkin ditolak oleh Mahkamah? Sesungguhnya tidak ada apa yang perlu disyukuri dengan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah, baik itu Mahkamah Persekutuan ataupun Mahkamah Syariah kerana yang menjadi tolok ukur (miqyas) bagi kita adalah samada sesuatu keputusan itu sesuai dengan Islam atau tidak, menurut perintah Allah atau tidak. Apa yang sewajibnya diputuskan oleh Mahkamah adalah memerintahkan agar Lina Joy bertaubat dan kembali kepada Islam dan diberi tempoh kepadanya untuk berbuat demikian. Jika dia tidak bertaubat dan tidak kembali kepada Islam setelah tempoh tersebut tamat, maka tidak ada hukum lain bagi Lina Joy kecuali sebagaimana sabda Rasulullah, bunuhlah dia. Inilah tugas Mahkamah.



Seandainya Malaysia berhukum dengan hukum Allah, maka sesungguhnya Azlina Jailani sudah lama tiada di dunia ini. Selama 17 tahun pemerintah telah membenarkan satu nyawa berterusan hidup mensyirikkan Allah, menganggap Isa adalah anak Allah dan menganggap Maryam dan Ruhul Qudus (Jibril) adalah Tuhan. Walhal nyawa tersebut sepatutnya telah lama dikembalikan kepada Allah dengan perlaksanaan hukum yang Allah telah tetapkan ke atasnya. Sekiranya hudud Allahlah yang tertegak di muka bumi ini, maka yang perlu dikeluarkan sekarang adalah ‘Sijil Kematian’ Azlina Jailani, bukannya Kad Pengenalan baru untuk Lina Joy. Tugas qadhi hanyalah sebagai pelaksana kepada hukum-hukum Allah, bukannya pelaksana hukum akal yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Mahkamah Syariah sepatutnya melaksanakan perintah Allah, bukannya melaksanakan perintah Mahkamah Persekutuan. Seandai berjalannya hududullah, maka petunjuk Allah pasti akan bersama dengan kita dan rahmatNya akan pasti tercurah ke atas kita semua. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Suatu hukum hudud yang didirikan di bumi lebih dikasihi (kerana manfaatnya) oleh penduduknya daripada ditimpa hujan 40 pagi” [HR Abu Daud].


KHATIMAH



Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Azlina Jailani telah pun murtad, walau apa namanya sekalipun, walau apa yang tercatat pada kad pengenalannya sekalipun, samada dibenarkan oleh Mahkamah ataupun tidak untuk menukarnya. Sudah 17 tahun berlalu dan simurtad ini tidak pun bertaubat dan kembali semula kepada Islam. Hukum sekular yang ada sekarang langsung tidak menakutkan dia untuk terus berada di dalam kekafiran, malah dia berjuang untuk mendapat pengiktirafan terhadap kemurtadannya kerana ini adalah satu perjuangan yang dibenarkan oleh sistem sekular. Inilah ‘kejayaan’ konsep kebebasan yang ditanamkan oleh kafir Barat ke atas dunia Islam. Umat Islam merasakan mereka bebas untuk bertingkah laku; bebas bersuara; bebas memiliki apa sahaja dan bebas untuk berakidah, asalkan dibenarkan oleh undang-undang sekular walaupun ia jelas-jelas haram menurut undang-undang Islam.


Wahai kaum Muslimin! Apakah kalian masih belum sedar bahawa punca kepada segala masalah adalah kerana tidak diterapkan hukum Allah di dalam kehidupan ini? Manusia melakukan pelbagai jenis kerosakan di muka bumi dan termasuklah merosakkan dirinya sendiri. Apakah kalian masih belum sedar bahawa sistem sekular yang ada tidak pernah dapat mencegah kerosakan ini malah memburukkan lagi kerosakan yang sedia ada. Apakah kalian masih ingin bernaung di bawah sistem ciptaan kufur ini dan terus mendokong penerapannya? Sampai bilakah kalian akan terus berdiam diri dengan sistem busuk ini yang membiarkan kemurtadan terus berlaku? Sampai bilakah kalian akan terus berpangku tubuh dan redha dengan hukum Jahiliyyah ini? Bilakah kalian akan mula bergerak untuk menegakkan kebenaran? Tidak takutkah kalian dengan azab Allah yang akan menimpa kalian kerana kalian tidak berusaha merubah kebatilan ini dan menggantikannya dengan hukum-hukum Allah? Ya Allah! Bukalah hati umat Muhammad untuk berjuang menegakkan agamaMu. Ya Rabbul ‘Izzati! Engkau telah menciptakan agama yang benar bagi kami dan sekali-kali kami tidak akan keluar darinya. Segerakanlah bagi kami wujudnya seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum-hukumMu sehingga tiada lagi orang yang berani mempermainkan DeenMu. Amin ya Rabbal ‘alamin.

HUKUM ALLAH DIHINA ‘ULAMA’

HUKUM ALLAH DIHINA ‘ULAMA’




Kita sudah tidak dapat menutup mata lagi dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sekarang. Manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya dan sistem yang ada terus gagal membendung segala masalah. Jenayah terhadap harta terjadi di mana-mana, dari wang yang di simpan di bank-bank, sehingga kepada motosikal yang di letak di kaki lima. Anggapan bahawa hanya orang yang tak berpelajaran sahaja yang melakukan jenayah sudah tiada lagi kebenarannya. Golongan profesional pun nampaknya tidak mahu alah di dalam perbuatan laknat ini. Kes pagar makan padi sudah menjadi kebiasaan. Mereka yang diamanahkan untuk menjaga wang/harta orang lain sudah tidak segan silu lagi menggelapkannya. Sejak 1995 hingga sekarang, polis menerima 249 aduan mengenai kegiatan pecah amanah membabitkan peguam dan 32 daripadanya berjaya diselesaikan. Tuntutan tertinggi ialah RM20 juta pada 2004 dengan 120 aduan diterima pada tahun yang sama dan 29 orang peguam digantung, manakala 51 orang dibuang dan terkini, 25 orang lagi dikehendaki untuk membantu 217 kes pecah amanah [UM 29/01/07].



Kita tidak dapat lagi menafikan hakikat bahawa segala keburukan dan kezaliman sedang membelit kita. Selain kecurian dan pecah amanah, pembunuhan, rogol, rompakan, samun, ragut dan sebagainya sudah menjadi sajian utama berita-berita. Apa yang kita saksikan ini merupakan manifestasi yang jelas dari kegagalan dan kerosakan sistem sekular yang ada sekarang walaupun dibaluti oleh Islam Hadhari. Dengan segala keburukan yang ada, kita lalu mengharapkan golongan cendekiawan Islam khususnya golongan alim-ulama untuk membawa kita keluar dari kegelapan Jahiliyah ini menuju cahaya Ilahi. Ke mana lagi kita akan menggantung harapan jika tidak dengan Islam? Pemerintah kaum Muslimin pun menyedari akan hakikat ini, tetapi malangnya hawa nafsu mempengaruhi mereka. Mereka lalu menjadikan golongan yang mereka gelar dan iktiraf sebagai ulama bagi mengabui mata umat Islam. Para ‘ulama’ ini pula, kerana dilantik oleh pemerintah, maka mereka pun tidak akan bercakap kecuali demi kepentingan pemerintah dan mereka tidak akan berkhidmat kecuali semata-mata kepada tuan mereka, bukannya kepada Tuhan mereka. Justeru, tenggelamlah mereka dan umat ke dalam kesesatan. Na’uzubillah min zalik.



PENGUASA DAN ‘ULAMA’ MENGHINA HUKUM ALLAH



Walaupun kita amat marah jika orang kafir menghina hukum-hukum Allah, tetapi ini adalah sifat semula jadi mereka sebagai musuh Allah. Tetapi jika orang yang diberi pengiktirafan sebagai ulama menghina hukum Allah, maka hal ini sudah tentu akan membuak-buakkan lagi perasaan amarah semua orang, kecuali para pengikut setia sekular yang memang bencikan hukum Allah. Sebagai seorang yang beriman, kita sekali-kali tidak boleh berdiam diri, walaupun sedikit sahaja hukum Allah itu dipermainkan oleh sesiapa sahaja. Wahai para pembaca yang ikhlas! Perhatikanlah akan hal ini dan perhatikanlah apa yang diucapkan oleh salah seorang tokoh agama ini:-



“Orang tu mencuri, adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saja. Takpelah! dia mencuri tangan kanan, potong tangan kanan, dok esok dia mencuri lagi, potong tangan kiri, lepas tu dia mencuri lagi, nak potong apa pun tak tau, potong kaki pulak, (lepas tu) mencuri lagi, curi dengan mulut la dah takde tangan! Adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan tu ke ataupun kita nak bawa dia, bagi kerja kat dia? Kita bagi kat dia ruang macam mana dia boleh berniaga, bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan, maka dia tak mencuri la, macam tu lah...” [Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g)]. Kata-kata ini cukup jelas menggambarkan bagaimana Dr. Mashitah telah menghina hukum Allah dengan mempersoalkan hukum potong tangan bagi pencuri (sariqah) secara terang-terangan. Versi Islam apakah yang hendak diperjuangkan oleh ahli parlimen kawasan P16 Baling ini?



Sebenarnya, petikan kata-kata Dr Mashitah yang mempertikaikan dengan jelas hukum yang qat’ie ini hanyalah satu dari banyak lontaran dan tuduhan negatif ke atas hukum-hakam Islam khususnya hudud. Antara kata-kata sinis seperti ini pernah dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan: “Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”. Tidak sekadar itu sahaja, malah kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hukuman hudud turut dilempar dengan kata-kata seperti: "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." (Dato’ Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992).




Dahulu, media Barat pernah menuduh hukum Islam sebagai ‘barbaric’ apabila seorang wanita di Nigeria dikenakan hukuman rejam sampai mati di atas kesalahan zina. Seperti yang telah dinyatakan, jika yang menghina Islam itu adalah Barat, ini bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi jika yang menghina itu adalah dari kalangan umat Islam sendiri, maka ini merupakan bukti betapa pemikiran kufur Barat telah mendominasi pemikiran umat Islam. Di antara pemikiran Barat yang didewa-dewakan oleh sebahagian dari kaum Muslimin sehingga membinasakan mereka sendiri adalah:-



(i) Kebebasan Bersuara: Kebebasan bersuara (freedom of speech) yang terbit dari idea Hak Asasi Manusia (HAM) adalah antara intipati ajaran sekular-demokrasi. Idea yang dipelopori oleh ahli falsafah tersohor Perancis pada abad ke 18 iaitu Voltaire ini bukan sahaja dianuti oleh orang kafir, malah umat Islam sendiri turut mengagungkannya sehingga meyakini bahawa seseorang Muslim itu bebas berkata apa sahaja hatta walaupun perkara yang diperkatakan itu jelas-jelas bertentangan dengan Islam. Mereka bersuara atas dasar adanya ‘kebebasan’ ini, bukannya bersuara atas dasar mematuhi perintah dan larangan Allah dan untuk mendapat redhaNya.



(ii) Menjadikan ‘realiti’ sebagai piawai: Sebahagian umat Islam meletakkan realiti (waqi’) sebagai tolok-ukur atau piawaian (miqyas) dalam menentukan sama ada sesuatu hukum itu boleh dilaksanakan atau tidak. Contoh paling ketara adalah isu poligami. Kewujudan individu yang terlibat dalam salah laku rumah tangga seperti pengabaian tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak telah dijadikan penyebab ‘hukum’ ini mesti dihapuskan, sedangkan salah laku seumpama ini tetap terjadi di kalangan mereka yang mengamalkan monogami. Mereka turut meyakini bahawa hukum berubah mengikut zaman, justeru ia wajar dipinda sesuai dengan keperluan semasa. Mereka ini jahil bahawa yang berubah adalah realiti, bukannya hukum, dan realitilah yang perlu mengikut hukum, bukan sebaliknya.



(iii) Akal diletakkan di atas (lebih tinggi dari) hukum syarak: Kita mendapati tidak sedikit dari kalangan umat Islam sendiri yang meletakkan akal di atas hukum syarak. Mereka menggunakan logik akal untuk tidak menerapkan hukum Allah. Contohnya ucapan Tun Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah, “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”. Di sini akal mengatakan bahawa kewujudan masyarakat majmuk adalah penghalang kepada pelaksanaan hudud, sedangkan sewaktu Junjungan Besar Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mendirikan Negara Islam pertama di Madinah dan seterusnya di dalam Daulah Islam yang gah berdiri lebih dari 1300 tahun, hukuman hudud tetap berjalan sungguhpun Daulah Islam didiami oleh masyarakat majmuk. Tidak pula mereka menggunakan akal untuk memahami hal ini!



(iv) Meletakkan Islam sebagai masalah, bukan penyelesaian: Gejala negatif dan salah laku membabitkan individu tertentu dan kelompok masyarakat dari kalangan umat Islam sering kali menjadikan umat Islam terkeliru. Islam diukur dari kaca mata ‘penganut/pengamalnya’, bukan dari ‘agama Islam’ itu sendiri. Contohnya, apabila ‘pengamal poligami’ gagal memenuhi tuntutan dan tanggungjawab, bukan ‘pesalah’ yang dihukum sebaliknya ‘hukum poligami’ yang dipersalahkan. Poligami dianggap sebagai satu masalah dan penyumbang kepada penderitaan yang dialami kaum hawa. Walhal setiap hukum Islam itu adalah penyelesai kepada setiap masalah. Jadi, sebagai salah satu dari hukum Islam, poligami juga sebenarnya adalah penyelesai atau jalan keluar kepada masalah. Dari sudut inilah hukum Islam itu sepatutnya dipandang, bukannya dari kaca mata Barat yang sememangnya sentiasa mencari jalan menyerang pemikiran Islam. Contoh lain, mereka yang memandang Islam sebagai masalah adalah seperti ungkapan “Kalau hukum potong tangan dilaksanakan maka macam mana mereka hendak bekerja untuk menyara keluarganya nanti?. Kan lebih baik diberi mereka kerja dari potong tangan mereka?”



HUKUM PENCURIAN (SARIQAH) DALAM ISLAM



Hukum mencuri di dalam Islam adalah termasuk di dalam hukum yang ma’lum minaddin bi dharurah. Hukuman bagi pencuri adalah dipotong tangannya, iaitu sampai batas pergelangan tangan kanan. Dalilnya adalah firman Allah, “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [TMQ Al-Maidah (5):38] ‘Curi’ yang ditakrifkan dalam ayat di atas secara perundangan Islam adalah pengambilan harta secara sembunyi dari pemiliknya atau wakilnya, dengan syarat mencukupi nisab potong tangan, dan mengeluarkan dari tempat penjagaan atau seumpamanya, dan tidak ada unsur syubahat terhadap harta tersebut [Nizham Al-‘Uqubat, Abd Rahman Maaliki, hal. 60]. Hukum potong tangan tidak akan dijatuhkan kecuali memenuhi 7 syarat utama:-




Pertama: Menepati definisi mencuri: makna mencuri di sini adalah mengambil harta secara sembunyi-sembunyi dan sorok-sorok. Tidak dikatakan mencuri jika merompak, menggelap wang (pecah amanah), merampas dan meragut. Oleh sebab itu peguam yang menggelapkan wang kliennya tidak termasuk dalam jenayah pencurian yang kena potong tangan. Walaupun mereka ini tidak dikenakan hukuman potong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman takzir, yang mungkin lebih berat dari potong tangan. Kesalahan ini tidak dikategorikan sebagai curi kerana ada hadis dari Jabir bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah, orang yang menipu dan perampas” [HR Abu Daud]


Kedua: Barang yang dicuri mencukupi nisab: Cukup nisab adalah syarat minima nilai harta yang dicuri. Jumhur ulama di antaranya Al-Malikiyah, Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah sepakat bahawa nisab pencurian itu adalah seperempat dinar atau 3 dirham. Satu dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas (24 karat). Dalilnya adalah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dari Aisyah ra. "Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih.” [HR Bukhari & Muslim]. Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perkiraan nisabnya adalah ¼ x 4.25g = 1.0625g. Mengikut kiraan, harga semasa emas ialah RM86/g. Jadi, 1.0625g x RM86 = RM91.38. Oleh itu, nisab kecurian sekarang adalah RM91.38. Sekiranya seorang itu mencuri barangan berharga RM90.50 maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab lagi, tetapi dia tetap akan dikenakan hukuman takzir.




Ketiga: Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki: Layak (ihtiram) adalah di sisi hukum syarak. Jika seseorang Muslim menyimpan khamar atau khinzir di rumahnya kemudian dicuri, hal ini tidak akan menyebabkan pencuri dihukum potong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. Sebaliknya jika dia mencuri harta tersebut dari orang kafir, maka pencuri akan dikenakan potong tangan.



Keempat: Harta dicuri dari tempat penjagaan: Maksudnya barang yang dicuri itu mesti berada di dalam penjagaan, penyimpanan atau pengawasan pemiliknya. Bentuk penjagaan ini terdiri dari dua kategori, iaitu yang pertama, ia dibuat khas untuk menyimpan seperti peti besi untuk perhiasan dan wang, kandang untuk binatang, jelapang untuk padi dan sebagainya yang dimaklumi oleh masyarakat. Yang kedua, memang bukan media penyimpanan khusus namun termasuk cara umum di mana seseorang berada di situ dan orang lain tidak boleh menguasainya kecuali atas izinnya. Contohnya adalah seseorang yang duduk/tidur di masjid dan meletakkan beg di sisinya. Ini termasuk dalam penjagaan. Konsep ‘pengawasan’ terhadap harta ini adalah berbeza antara satu harta dengan harta lain. Ulama fiqih bersepakat mengatakan jika satu pintu stor atau kandang terbuka, atau bahagian dindingnya rosak maka ini akan menghilangkan sifat penjagaan, maka pencuri itu tidak dipotong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman lain. Dari Amru bin Syuaib dari bapanya dan dari datuknya berkata “Aku mendengar seorang lelaki dari Bani Muzainah bertanya kepada Rasulullah tentang sangkar yang ada lubang: Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Pencuri itu kena bayar 2 kali ganda harganya dan dipukul sebagai teladan balasan seksa, namun jika dia mencuri unta atau kambing dalam pengawasan untuk minum air maka tangannya akan dipotong jika harganya menyamai 8 mijan” [HR Abu Daud] Begitu juga dalam hadis lain yang menceritakan perihal orang yang mencuri buah semasa berada ditangkai, maka mereka ditakzir dengan nilai dua kali ganda, tapi jika mereka mencuri dari stor maka mereka akan dipotong tangan jika cukup nisabnya.



Kelima: Bukan harta syubahat: Dalam harta yang dicuri tidak ada bahagian hak pencuri atau yang membolehkan pencuri itu memakannya. Ini bermakna tidak dikenakan hukuman potong tangan sekiranya siayah mencuri harta anaknya atau sebaliknya kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu” Rasululah juga bersabda “Sebaik-baik orang itu adalah orang yang memakan hasil usahanya sendiri, dan anaknya juga memakan hasil usahanya.” Seorang yang mencuri harta dari Baitul Mal juga tidak dipotong tangan kerana Baitul Mal adalah harta bersama di mana di dalamnya terdapat hak si pencuri sebagai rakyat meskipun kecil bahagiannya. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah bila seseorang ditangkap kerana mencuri khumus (1/5 dari rampasan perang yang dikhaskan kepada Rasulullah). Ibn Abbas menceritakan bahawa kes ini dibawa kepada Rasulullah, tetapi baginda tidak memotong tangannya, sebaliknya bersabda “Harta Allah dicuri di kalangan sendiri” [HR Ibn Majah]. Semasa pemerintahan Umar dan Ali juga terjadi kecurian di Baitul Mal namun mereka tidak memotong tangan, kerana kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) di atas harta itu. Begitu juga kalau salah seorang suami-isteri mencuri harta pasangannya, maka hukum potong tangan tidak dijalankan kerana mereka saling berkongsi di dalam pemilikan harta.



Keenam: Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam. Taklif ini terkena kepada semua orang termasuk kafir zimmi. Ini kerana hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebut dengan jelas bahawa, “Diangkat pena (dosa) dari 3 pihak, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang yang gila sehingga dia berakal” [HR Muslim]. Ini bermakna taklif hukum terkena kepada orang yang berakal dan baligh. Pencuri kanak-kanak atau orang gila tidak akan dipotong tangan. Adapun kafir zimmi maka tangan mereka dipotong sebagaimana Muslim juga.



Ketujuh: Sabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil: Pengakuan mencuri dalam sidang penghakiman akan menyebabkan seseorang itu boleh disabit dengan pencurian. Dari Abu Umaiyah Makhzumi menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan potong tangan seorang yang datang mengaku mencuri walaupun benda yang dicurinya tidak ada ditangannya. [HR Ahmad]. Manakala jika kes dibawa dan bayyinah (pembuktian) diperlukan, nisab saksi mata untuk kes pencurian adalah 2 orang lelaki atau 1 lelaki dan 2 wanita berasaskan nas umum saksi dalam surah 2:286.



Inilah tujuh syarat hukum potong tangan di dalam Islam. Walaupun hukum potong tangan dijalankan, terdapat syarat lain bahawa si pencuri perlu mengembalikan semula harta yang dicurinya kepada pemiliknya Ini berasaskan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Apabila dicuri dari seseorang bekalannya, maka harta itu ditemui pada orang lain (pembeli), maka dia berhak mengambilnya, manakala penjual akan mengembalikan wang harganya kepada pembeli itu” Ini menunjukkan wajib harta yang dicuri dikembalikan kepada tuannya. Jika barangan itu binasa atau hilang maka kewajipan keatasnya membayar harga yang setimpal. Dan apa-apa kerugian yang diakibatkan oleh kecurian itu akan dikira dan pencuri wajib menggantikannya.



MEMATAHKAN LOGIKA LAPUK SEKULARIS



Menurut pemuja sekular, apabila undang-undang yang wujud dianggap dapat menyelesaikan masalah, ia tidak perlu dipinda, jauh sekali untuk dihapuskan. Jika ia gagal, barulah pindaan akan dibuat. Datuk Dr.Yusuf Nor di dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994 pernah mengatakan bahawa "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." Pihak sekularis juga sering mengetengahkan hujah dangkal mereka bahawa jika dipotong tangan pencuri, ini akan menyebabkan kita rugi dari segi ekonomi kerana orang yang kudung tidak dapat bekerja dengan sempurna dan tidak dapat menyara keluarga mereka.



Sampai bilakah golongan yang mengagung-agungkan undang-undang buatan manusia (man-made laws) ini akan sedar dari pemikiran kufur dan kejahilan yang ada pada mereka? Kami bentangkan di sini sedikit fakta agar terbukalah tempurung pemikiran mereka. Berdasarkan statistik pada tahun 2006, perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengurus banduan adalah sebanyak RM1,274,490 (RM1.27 juta). Berdasarkan jumlah banduan pada ketika itu yang seramai 42,483 ribu orang [Bernama 14/09/06], dari sini kita dapat mengira kos purata untuk setiap banduan iaitu 1,274,490 x 30 / 42,483 = RM900 sebulan seorang. Katakan seseorang dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri besi paip bernilai RM300 dan dipenjarakan selama 3 tahun (mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan), maka selama tempoh hukuman di penjara, secara purata, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM32,400 (RM900 x 12 x 3). Jika diukur dengan ‘nilai’, ini adalah tidak memadai kerana kerugian barangan sebanyak RM300 terpaksa ditanggung dengan kerugian wang rakyat sebanyak RM32,400, lebih kurang 100 kali ganda. Manakala jika hukum Allahlah yang dijalankan, tiada langsung wang rakyat yang akan dibazirkan dan yang lebih utama, pemerintah itu akan dikasihi oleh Allah dan juga rakyatnya. Maha Suci Allah! Alangkah jahilnya pemikiran mereka yang menolak hukumMu.



Para penganut sekular dan juga Dr Mashitah beranggapan bahawa penyelesaian bagi kes mencuri adalah dengan memberi peluang pekerjaan kepada si pencuri dan bukannya menjatuhkan hukuman potong tangan. Logiknya, jika si kudung mencuri lagi, maka akan kudunglah kedua-dua tangannya yang membawa natijah dia tidak akan dapat bekerja untuk menyara keluarga. Yang anehnya, tidakkah mereka ini memikirkan bahawa jika si pencuri masuk penjara, siapakah yang akan memberikan nafkah kepada keluarganya sepanjang dia di penjara? Tidakkah mereka juga terfikir bahawa tempoh penjara yang lama di samping pergaulan dengan ‘rakan sejawat’ yang lebih ‘senior’ dan berpengalaman memburukkan lagi keadaan. Buktinya, terdapat banyak kes di mana sejurus selepas dibebaskan, mereka menjadi pencuri yang semakin ‘expert’ dan profesional. Rompakan dilakukan dalam skala lebih besar dan rangkaian mereka juga yang semakin melebar.




Apa pun alasannya, sebagai seorang ‘ulama’ dan seorang Islam, Dr Mashitah sepatutnya sedar dan insaf bahawa hukum Allah tidak boleh dipandang dari segi logik. Hukum Allah bukan diterapkan berdasarkan logik atau tidak logik, hukum Allah diterapkan kerana ia adalah wajib! Kewajipan menerapkan hukum potong tangan datangnya dari Al-Quran dan ia lahir dari akidah Islam itu sendiri. Haram bagi umat Islam untuk mempertikaikannya, apatah lagi menukar ganti dengan yang lain. Hanya mereka yang berpemikiran sekular sahaja yang akan sanggup mempertikaikan hukum yang datang dari Zat Yang Maha Kuasa ini.



KHATIMAH


Wahai kaum Muslimin! Sedar dan bangkitlah dari segala kehinaan ini. Sampai bilakah kalian akan berdiam diri dengan apa yang kalian dengar dan saksikan? Jika benar kalian adalah golongan yang membaca Al-Quran, maka sanggupkah kalian hanya berpeluk tubuh mendengar Kalamullah ini dipermainkan? Apakah kalian ingin bersama dengan mereka yang mempersoalkan hukum Allah yang mana kalian nanti akan dipersoalkan oleh Allah kerananya? Atau apakah kalian ingin memilih untuk bersama-sama dengan golongan yang berjuang menegakkan hukum Allah dan kalian akan meraih kemuliaan dengannya? Ya Allah, Engkau adalah Rab yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa! Berikanlah kemuliaan kepada orang yang memuliakan agamaMu dan Berikanlah kehinaan kepada orang yang menghina hukumMu. Ya Rabbul Izati! Berilah kekuatan kepada kami di dalam menegakkan agamaMu sebagaimana Engkau telah memberi kekuatan kepada kekasihMu Muhammad dan pengikut-pengikut baginda dari kalangan sahabat yang mulia. Ya Allah! Engkau telah kurniakan kepada para sahabat baginda akan Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah yang dengannya Engkau telah memuliakan orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Zat Yang Maha Mendengar! Kami memohon kepadaMu agar Engkau memuliakan kami dengan kembalinya Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah ke pangkuan kaum Muslimin buat kedua kalinya, yang dengan ini tertegaklah semula segala hukum-hukumMu dan tidak ada lagi yang berani menghinanya.
Amin ya Rabbal ‘alamin.

HUKUM ALLAH BUKAN BAHAN JUSTIFIKASI

HUKUM ALLAH BUKAN BAHAN JUSTIFIKASI




13 Mei 1969 merupakan satu tarikh yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia. “Seramai 196 orang terkorban dan 439 yang lain tercedera. Rusuhan kaum terburuk yang berlaku pada tarikh tersebut menyebabkan kira-kira 6,000 orang hilang tempat tinggal manakala 211 kenderaan dan 753 bangunan rosak atau musnah. Peristiwa ini telah melakar titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di negara ini hingga negara terpaksa diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) manakala Parlimen digantung buat beberapa ketika. Jika diselidiki, penyebab utama tercetusnya tragedi ini ialah perasaan prejudis dan tidak puas hati yang membuak-buak di antara kaum lantaran ketidakseimbangan ketara dalam ekonomi dan status sosial” [Utusan Malaysia 13/05/07 – rencana oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Penolong Profesor Jabatan Ekonomi, Kulliyah Ekonomi dan Pengurusan Sains Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)]. Walaupun angka-angka yang disebut hanyalah berdasarkan jumlah yang dilaporkan (maksudnya mungkin angka sebenar berbeza), namun yang pasti dari segi fakta, tidak ada siapa pun boleh mempersoalkan peristiwa berdarah yang telah terjadi. Suatu yang pasti juga adalah, sejarah yang berlaku ini tidak akan memberikan apa-apa makna jika ia hanya disimpan sebagai lembaran-lembaran tersurat tanpa dilihat, dikaji dan diperhalusi oleh semua pihak. Justeru, usaha untuk menoleh semula ke belakang bagi mendalami isu ini dari masa ke semasa memang patut dilakukan agar generasi seterusnya akan dapat memahami dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku.




Menurut Dr. Asyraf lagi, “perasaan prejudis yang masih terbekam dan menebal lantas merobek struktur kesatuan kaum hingga memaksa rakyat terjebak dalam kancah pergolakan berdarah yang membinasakan. Justeru selepas peristiwa berdarah 13 Mei, Majlis Perundingan Negara dibentuk yang mewakili semua parti di Malaysia, kecuali DAP. Majlis itu menyepakati bahawa satu dasar yang lebih serius dan tegas harus diperkenalkan bagi mengatasi ketidakstabilan dalam pelbagai bidang terutama ekonomi. Hasil perundingan dan kebijaksanaan semua pihak muncullah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Bahasa dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang merupakan pendekatan afirmatif kerajaan bagi menzahirkan perpaduan negara yang sejati.”




Dari banyak kajian yang dilakukan ke atas tragedi 13 Mei, sebahagian besar hanya menjurus kepada masalah ekonomi. Walaupun ada kajian yang menyebut terdapat faktor sosial atau lebih tepatnya status sosial, jika diteliti, faktor status sosial itupun sebenarnya tidak boleh lari dari hakikat bahawa ia muncul kerana kedudukan ekonomi yang berbeza. Ringkasnya, orang yang mempunyai kedudukan ekonomi yang baik (baca: orang kaya) tentunya mempunyai status sosial yang tinggi dan begitulah sebaliknya. Jadi, kita tidak perlu berselindung dan terkeliru dengan istilah ‘status sosial’ yang kononnya terasing dari perbincangan ekonomi. Inilah hakikat Ideologi Kapitalis yang ditanam oleh penjajah ke atas kita di mana pemilik modal @ kapitalis (orang kaya) adalah golongan yang mesti dihormati dan mereka inilah sebenarnya yang memegang kekuasaan. Pendek kata, dalam kehidupan atau negara yang bertunjangkan Ideologi Kapitalis ini, jangan haraplah seseorang itu akan memegang kekuasaan jika dia bukan seorang yang kaya. Seperkara lagi yang tidak biasa disentuh dalam isu 13 Mei ialah aspek politik. Tidakkah kita tertanya-tanya kenapakah tidak ada rusuhan kaum sepertimana 13 Mei di sepanjang pemerintahan British di Tanah Melayu, tetapi apabila ‘pemerintahan sendiri’ telah dikecapi, rusuhan terburuk terus meledak? Apakah yang tidak kena dengan sistem pemerintahan yang dijalankan setelah hampir 12 tahun mencapai kemerdekaan?




MENYAMAKAN PERKARA YANG TAK SAMA




Di dalam penulisannya, Dr. Asyraf memberikan komentar, “Satu pengajaran penting daripada pembentukan dasar-dasar ini ialah keadilan sosioekonomi tidak bermakna semua pihak berhak mendapat agihan secara sama rata. Sebaliknya ketidakadilan pasti wujud apabila mereka yang tidak setanding diperlakukan secara sama. Ini kerana keadilan hanya mampu tercapai apabila sesuatu pengagihan mengambil kira status dan keupayaan sebenar satu-satu pihak. Berasaskan prinsip keadilan inilah maka sebarang masalah yang melibatkan ketidakseimbangan di antara pelbagai kaum perlu ditangani secara bijaksana melalui pendekatan berupa afirmatif dengan menyediakan ruang dan peluang yang lebih utama kepada kelompok yang masih ketinggalan.”




Beliau seterusnya menambah “Jika ditelusuri sejarah, kita akan dapati bahawa tindakan afirmatif yang menjamin kestabilan dan kerukunan masyarakat berbilang kaum bukanlah asing dalam Islam. Pendekatan afirmatif dalam pengagihan kekayaan turut dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara yang mentadbir pelbagai kelompok di Madinah yang berlainan agama, bangsa, puak dan keturunan. Umpamanya dalam peristiwa pembahagian harta Al-Fai' iaitu hasil rampasan yang diterima tanpa berperang kepunyaan Bani Nadhir, Rasulullah turut menggunakan pendekatan afirmatif secara bijaksana. Dalam pembahagian tersebut, Rasulullah hanya memperuntukkan harta tersebut kepada puak Muhajirin (para penghijrah dari kota Mekah) tanpa diberikan kepada puak Ansar (penduduk asal Madinah) melainkan kepada dua orang Ansar yang memang miskin. Selaku ketua negara, Rasulullah menggunakan kebijaksanaan politik dalam pembahagian ini dengan mengambil kira kondisi masyarakat Muhajirin yang meninggalkan segala kekayaan dan harta benda mereka di Mekah demi tuntutan hijrah. Sedangkan puak Ansar memiliki limpahan kekayaan di Madinah hingga wujud ketidakseimbangan ekonomi antara Ansar dan Muhajirin. Pendekatan afirmatif ekonomi Rasulullah yang bertujuan mengurangkan jurang kekayaan antara Ansar dan Muhajirin ini turut mendapat restu Allah apabila ayat al-Quran (al-Hasyr:7) khusus diturunkan memperakui tindakan Nabi.”




Penulisan Dr. Asyraf nampaknya cuba menjelaskan, atau lebih tepat, cuba menjustifikasi tindakan kerajaan yang dilakukan lebih kurang 37 tahun yang lalu di dalam memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bahawa ia adalah bertepatan dengan Islam. Dengan beristidlal terhadap apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah di dalam kes Al-Fai’, Dr. Asyraf cuba menggambarkan bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah sama sebagaimana apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah. Dua konsep yang beliau cuba ketengahkan di dalam istidlal ini ialah konsep keadilan dan pendekatan afirmatif. Agar umat Islam tidak terus tenggelam di dalam kekeliruan dan kesalahfahaman, maka kami merasa perlu menjernihkan beberapa perkara:-




Pertama: DEB telah dirancang dan dilaksanakan sejak lebih 30 tahun yang lalu. Tidak pula kita dengar bahawa Majlis Perundingan Negara (MPN), selaku pembuat dasar, yang bersidang pada waktu itu menggunakan dalil sebagaimana yang digunakan oleh Dr. Asyraf. Di dalam Islam, sebelum melakukan sesuatu perbuatan, maka wajiblah dilihat hukum syara’ terlebih dahulu. Ini diambil dari kaedah usul fiqh bahawa ‘al-aslu fi al-af’al taqayyidu bi hukmillah (asal suatu perbuatan itu adalah terikat dengan hukum Allah)’. Di dalam konteks ini, pihak MPNlah yang sepatutnya (semasa bersidang dahulu) meneliti hukum syara’ ke atas apa yang ingin diterapkan, baru setelah itu dilaksanakan.Yang pasti, semasa melancarkan DEB, MPN sendiri telah menggariskan matlamat dan strategi tersendiri, yang satupun tidak disandarkan kepada dalil yang telah dijelaskan oleh Dr. Asyraf. Tetapi kini, perbuatan yang telah ditetapkan lama dahulu, dijustifikasikan dengan hukum syara’ setelah hampir 40 tahun ianya berlalu. Pendek kata, perbuatan telah dilakukan terlebih dahulu (oleh satu pihak), dalil dicari kemudian (oleh pihak yang lain).




Kedua: Semua pihak mengakui bahawa DEB diperkenalkan setelah tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei. Dengan kata lain, ia muncul setelah terjadinya rusuhan kaum dan hasil dari sikap kompromi antara kaum-kaum yang terlibat. Ia juga bertujuan atau diharapkan agar perkara yang sama tidak berulang. Perbezaan yang amat ketara boleh dilihat di sini di mana apa yang dilakukan oleh Rasulullah ke atas Bani Nadhir bukannya kerana rusuhan kaum atau sikap kompromi terhadap kaum yang berlainan. Ia dilakukan oleh Rasulullah hasil dari proses jihad yang dilancarkan ke atas Bani Nadhir dan ia dilakukan berdasarkan wahyu, bukannya sikap kompromi.




Ketiga: Ayat yang digunakan sebagai dalil ialah Surah al-Hasyr (59):7, yang bermaksud, “Apa saja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa sahaja yang dibawa oleh Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumanNya.”




Fai’ bermaksud segala sesuatu yang dirampas atau dikuasai oleh kaum Muslimin dari golongan kafir tanpa berlakunya peperangan dan tanpa mengerahkan pasukan perang. Keadaan ini adalah seperti yang terjadi pada Bani Nadhir. Fai’ juga termasuk sesuatu yang dirampas dari orang-orang kafir yang kerana takutkan kaum Muslimin, mereka lari meninggalkan kampung halaman dan harta benda mereka. Juga termasuk keadaan di mana ketakutan mereka kepada kaum Muslimin menyebabkan mereka memberikan sebahagian dari tanah dan harta mereka sebagai pertukaran untuk sebuah keamanan bagi mengelakkan perang; sebagaimana terjadi pada Yahudi Bani Fadak. Inilah maksud Fai’ yang dijelaskan oleh Allah swt di dalam Al-Quran, “Dan apa sahaja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada RasulNya dari (harta benda) mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kudapun dan tidak (pula) seekor untapun, tetapi Allah yang memberikan kekuasaan kepada RasulNya terhadap siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” [TMQ al-Hasyr (59):6]. [Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal Fi ad-Daulah al-Khilafah]




Dari ayat-ayat di atas, beberapa perkara perlu difahami. Ayat ini adalah tentang pembahagian harta rampasan (Fai’) yang muncul dari proses jihad (walaupun tanpa peperangan) yang dilakukan ke atas Darul Kufur, bukannya pembahagian harta yang sedia ada di dalam Negara (Daulah Islam). Sementara DEB adalah dasar yang menggunakan segala ruang dan peluang di dalam Negara untuk membasmi kemiskinan, merapatkan jurang ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada kaum tertentu. Fai’ juga hanyalah untuk mereka yang pergi berperang dan tidak dibahagikan kepada mereka yang tidak ikutserta di dalam jihad. Fai’ wajib dibahagikan kepada kaum Muslimin sahaja dan tidak diberikan kepada orang kafir. Ia adalah pembahagian yang dibuat berdasarkan persamaan akidah, bukannya atas dasar kaum. Dengan kata lain, agihan kekayaan yang diperintahkan Allah di dalam ayat ini adalah agihan sesama Muslim, bukan kerana kaum.




Antara perkara yang tidak kurang penting untuk difahami dari ayat ini adalah bahawa Fai’ itu sendiri merupakan satu istilah khusus yang mempunyai makna yang tersendiri dan tidak boleh dianalogkan kepada perkara-perkara lain. Perbincangan tentang Fai’ adalah perbincangan tentang sebuah Negara yang menerapkan Sistem Islam, bukannya perbincangan sekadar untuk menjustifikasikan perbuatan pemerintah yang menerapkan Sistem Kapitalisme, tetapi cuba dicari dalil yang sesuai untuk ‘mengislamkan’ tindakan yang dilakukan oleh pemerintah. Dengan kata lain, jika tiada Daulah Islam yang menerapkan hukum tentang jihad, maka tiadalah Fai’. Ingatlah! Ayat-ayat Allah adalah merupakan hukum yang wajib diterapkan, bukan untuk digunakan sebagai ‘pembenar’ apa-apa tindakan yang tidak Islami.




Keempat: Memang benar bahawa Rasulullah membahagikan Fai’ kepada Muhajirin dan hanya kepada dua orang miskin dari golongan Ansar. Di sini kita perlu ingat bahawa kaum Muhajirin dan Ansar disatukan oleh Rasulullah di atas kalimah tauhid yang sama, bukannya kerana kaum atau sempadan negara. Jadi, jika dalil pembahagian kekayaan di antara dua kaum ini (Muhajirin dan Ansar) ingin digunakan di dalam konteks sekarang, maka apakah perlu dibezakan di antara Melayu Muslim, India Muslim, Cina Muslim, Indonesia Muslim, Thailand Muslim atau Bangladesh Muslim? Bolehkan rakyat Bangladesh yang beragama Islam yang telah ‘berhijrah’ ke Malaysia menikmati pembahagian kekayaan oleh Negara Malaysia, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah semasa membahagikan kekayaan kepada kaum yang berhijrah (Muhajirin)? Berdasarkan pengagihan ini juga, adakah Malaysia akan membahagikan kekayaan di bawah DEB kepada rakyat Indonesia atau Thailand yang berketurunan Melayu Islam yang senantiasa ‘berhijrah’ ke Malaysia dengan meninggalkan kampung halaman mereka? Kenapa hal ini tidak berlaku? Standard apakah yang digunakan – persamaan kaum, keturunan, sempadan negara atau akidah?




Kelima: Menyamakan DEB dengan konsep keadilan Islam adalah jauh panggang dari api. Walaupun DEB sedikit sebanyak telah membantu kaum tertentu, ia hanya muncul dari fikiran akal manusia yang bermesyuarat untuk mencari penyelesaian kepada rusuhan kaum yang berlaku hasil dari ketidakseimbangan ekonomi. Ia juga dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang sama dari berulang, bukannya dilakukan kerana ingin menerapkan hukum Allah ke atas manusia. Sedangkan Fai’ adalah sebahagian dari hukum Allah berkenaan ekonomi dan pemerintahan yang diterapkan oleh Rasulullah hasil dari wahyu. Adalah terlalu naif menyamakan DEB dengan keadilan Islam kerana DEB terhasil dari akal manusia walhal yang dimaksudkan keadilan di dalam Islam adalah dengan melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukannya mengikut kebijakan akal manusia.




Keenam: Ungkapan bahawa “tindakan Rasulullah telah mendapat restu Allah dengan diturunkan ayat Al-Quran memperakui tindakan Nabi” menggambarkan seolah-olah Rasulullah melakukan perbuatan berdasarkan pendapatnya terlebih dahulu, baru kemudian wahyu diturunkan membenarkan perbuatan baginda. Hal ini adalah bertentangan dengan firman Allah, “Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain kecuali wahyu yang diwahyukan (kepadanya)” [TMQ An-Najm (53):3-4].




Ayat ini menerangkan bahawa setiap perbuatan Nabi adalah berdasarkan wahyu. Maksudnya wahyu datang terlebih dahulu, barulah Rasulullah akan berbicara. Fai’ adalah perkara yang melibatkan hukum dan di dalam setiap perkara yang melibatkan hukum, Rasulullah tidak akan mengeluarkan perintah kecuali setelah diwahyukan terlebih dahulu. Wahyu di sini boleh berupa ayat Al-Quran itu sendiri atau berupa kefahaman yang dimasukkan ke dada Rasulullah. Terdapat banyak asbabun nuzul atau hadis-hadis yang menjelaskan akan hal ini. ‘Hadis’ itu sendiri merupakan wahyu yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasul, yang kefahamannya adalah dari Allah tetapi lafaznya adalah dari Rasulullah. Mustahil bagi Rasulullah mengeluarkan suatu Hadis (berbicara) yang bukan berasal dari wahyu. Memang benar bahawa Rasulullah ada menggunakan pendapatnya sendiri, tetapi ini hanyalah terbatas di dalam aspek administrasi dan uslub (perkara-perkara teknikal) sahaja, tetapi tidak sekali-kali berkenaan hukum Allah.




Sesungguhnya segala masalah ekonomi yang wujud, sama ada sebelum atau selepas 13 Mei 1969 hanya membuktikan fakta bahawa sistem yang diterapkan adalah Sistem Ekonomi Kapitalis. Jika sistem ekonomi yang diterapkan ialah Sistem Islam, maka tidak mungkin ia akan mencapai kegagalan kerana ia berasal dari wahyu. Istilah ‘Dasar Kebangsaan’ itu sendiri menunjukkan bahawa ia bukannya ‘Dasar Islam’. Itu baru dasarnya, belum lagi perlaksanaannya. Jika benarlah istidlal yang dilakukan oleh penulis artikel bahawa kerajaan Malaysia telah melaksanakan apa yang Rasulullah lakukan, apakah mungkin masalah (termasuk kemunduran dan kemiskinan) terus wujud dari dahulu hingga sekarang? Perhatikan sahaja bagaimana Rasulullah membangun Negara Islam Madinah selama 10 tahun, dibandingkan dengan 10 (atau 50) tahun para pemimpin Malaysia membangunkan ‘Negara Islam Malaysia’ setelah berjaya memerintah sendiri. Apakah wujud persamaan, jika benarlah pemerintahan ini mengikut sunnah Rasulullah?




MUAMALAT SEBAGAI ATERNATIF?




Dari aspek muamalat, Dr. Asyraf menjelaskan “Pendekatan afirmatif sekali lagi digunakan dalam menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi di antara penduduk Arab Madinah dengan kaum perantau Yahudi. Nabi turut membina pasar-pasar alternatif yang memberi ruang dan peluang perniagaan bagi umat Islam Madinah yang terlalu bergantung kepada kaum minoriti Yahudi yang menguasai hampir keseluruhan pasar di Madinah sebelum kedatangan Islam.”




Perlu diperjelaskan sekali lagi di sini bahawa apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah adalah berdasarkan wahyu. Oleh itu, jika sirah menyebut bahawa terdapat di kalangan umat Islam mahupun Yahudi di Madinah yang bekerja sebagai peniaga di pasar-pasar, ini adalah kerana Islam membenarkannya. Cuma apa yang Islam larang adalah wujudnya keadaan di mana kekayaan itu hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja dari kalangan mereka. Islam datang dan menyelesaikan masalah peredaran kekayaan, tetapi bukannya berdasarkan kaum. Surah 59:7 itu sendiri menyebut ‘minkum’ (di antara kamu), yang bermaksud dari kalangan umat Islam, bukannya kaum. Setelah penerapan hukum Allah berdasarkan ayat ini (dan ayat-ayat lain secara umumnya), ternyata masalah ekonomi berjaya diatasi oleh Rasulullah. Berbeza dengan persoalan ‘ketidakseimbangan ekonomi’ yang berlaku di Malaysia, nas tersebut sememangnya tidak sesuai digunakan. Justeru, kita perlu memahami:-



Pertama: Perbezaan jurang ekonomi di antara kaum bukanlah merupakan suatu kesalahan di dalam Islam sehingga perlu dikurang atau dihapuskan. Apa yang tidak boleh berlaku adalah kekayaan yang hanya berlegar di kalangan orang-orang tertentu sahaja. Islam tidak pernah melarang umatnya atau kaum-kaum lain (samada Yahudi, India, Cina dan sebagainya) dari mencari sebanyak mungkin kekayaan. Tetapi Negara mesti memastikan bahawa kekayaan tidak hanya bertompok kepada individu-individu tertentu sahaja.




Kedua: Kewujudan pasar di Madinah bukanlah sebagai alternatif atau kerana Rasulullah ingin memberi ruang dan peluang perniagaan kepada umat Islam. Rasulullah melakukannya kerana ia dibenarkan oleh syara’. Rasulullah sebagai ketua negara memberikan kebebasan kepada kaum Muslimin (dan juga non-Muslim) untuk mencari pekerjaan yang halal dan baginda akan menyediakan peluang pekerjaan (bukan semestinya berniaga) kepada sesiapa yang tidak memperolehi pekerjaan. Ini adalah satu ketentuan hukum, bukannya soal memberikan alternatif atau peluang perniagaan kepada Muslim untuk bersaing dengan non-Muslim bagi merapatkan jurang ekonomi.




Ketiga: Kewujudan pasar-pasar adalah sebagai perlaksanaan kepada hukum-hukum muamalat Islam yang dipraktikkan sama ada oleh kaum Muslimin mahupun orang kafir. Dari sinilah berkembangnya fiqh muamalat di dalam Islam. Justeru, tidak timbul soal wujudnya pasar adalah untuk menangani ketidakseimbangan ekonomi. Banyak lagi hukum-hukum tentang ekonomi di dalam Islam yang apabila dilaksanakan tidak akan wujud masalah sepertimana dalam ekonomi kapitalis pada hari ini. Sebagai contoh hukum Islam telah menyatakan bahawa air, api dan padang ragut adalah hak bersama yang tidak boleh dikenakan bayaran oleh sesiapa pun, walhal situasi ini tidak wujud pada hari ini. Begitu juga dengan segala hasil bumi seperti minyak, gas dan segala galian yang ada adalah hakmilik setiap Muslim yang wajib dikelolakan oleh pemerintah dan diagihkan secara percuma dan saksama kepada semua warganegara. Hukum zakat pula akan memastikan orang fakir dan miskin mendapat pembelaan di dalam Islam. Jadi, persoalan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum sebenarnya hanya muncul hasil dari dasar pecah dan perintah oleh penjajah dan penerapan Ideologi Kapitalis oleh pemerintah ke atas kaum Muslimin.




KHATIMAH





Wahai kaum Muslimin! Janganlah kalian jadikan ayat-ayat Allah sebagai justifikasi ke atas tindakan sesiapa sahaja yang tidak menuruti hukum Allah. Janganlah kalian membenarkan suatu kesalahan yang telah dilakukan oleh golongan pemerintah dengan menyamakan tindakan mereka seperti tindakan yang diambil oleh Rasulullah walhal ia jelas-jelas bertentangan. Sebaliknya, kalian bertanggungjawab memuhasabah dan mengingatkan para pemimpin yang menyimpang ini. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, janganlah hendaknya kalian ada sifat ingin mengampu, ingin dipandang oleh manusia apatah lagi mengharapkan para pemimpin agar menyukai apa yang kalian bicarakan. Ingatlah! Setiap patah perkataan yang kita tulis atau apa sahaja yang kita bicarakan, pasti ada yang menghisabnya. Justeru, menulis dan berbicaralah kerana Allah dan takutilah Dia di dalam penulisan dan perbicaraan kalian. Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit. Katakanlah bahawa sistem yang diterapkan ke atas kita sekarang adalah sistem kufur dan bukannya sistem Islam. Katakanlah bahawa hukum-hukum Al-Quran dan Sunnah tidak pernah dijunjung oleh para pemimpin kalian, sebaliknya hukum hawa nafsulah yang mereka sanjung. Berbicaralah kalian dengan benar dan adil. Bersaksilah kalian di atas kebenaran ini dan jangan sekali-kali kalian memutarbalikkan kata-kata kerana maslahat dunia. Sesungguhnya kebenaran itu adalah dari Allah dan Dia akan bersama mereka yang menegakkannya.




“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibubapa dan kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan” [TMQ an-Nisa’ (4):135].

Wallahu a’lam

DARFUR DI MULUT HARIMAU

DARFUR DI MULUT HARIMAU



Presiden Sudan, Omer Hassan Al-Bashir telah meminta dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) turut campur tangan dalam pergolakan di Darfur bagi mengelakkan Sudan menjadi mangsa tekanan kuasa-kuasa Barat. Dalam ucapannya pada mesyuarat delegasi Sudan-Malaysia di Balai Persahabatan yang terletak di tebing Sungai Nil Biru, Omer memberitahu Abdullah bahawa kuasa-kuasa Barat menyokong elemen-elemen yang menentang pelaksanaan persetujuan damai bagi menangani konflik di Darfur [UM 17/04/07]. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat lawatan mengejut ke wilayah Darfur di barat Sudan meninjau sendiri keadaan keselamatan di situ selain bertemu pelarian-pelarian di daerah Al-Fashir yang terletak di Darfur Utara, tidak jauh dari sempadan Sudan-Chad di tengah benua Afrika. Dalam sidang akhbar pada akhir lawatan itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa pembangunan menjadi isu kritikal dalam proses damai di wilayah berkenaan dan beliau berjanji akan menggunakan platform OIC untuk memastikan sokongan diberikan kepada usaha kerajaan Sudan dalam melaksanakan perjanjian damai komprehensif di Darfur. Menurut beliau, “Usaha-usaha perlu dibuat bagi mewujudkan situasi menggalakkan pelarian kembali ke kampung halaman dengan membina sekolah, bekalan air, perubatan, jaminan hidup dalam damai, keselamatan dan insentif lain,” [UM 18/04/07].



Terbaru, laporan dari New Delhi menyebut bahawa Menteri-menteri Luar dari negara-negara Islam akan bermesyuarat di Islamabad, Pakistan dalam beberapa hari akan datang untuk meneliti keadaan dan hal ehwal dunia Islam. Sesi ke-34 Persidangan Menteri-menteri Luar Islam (ICFM) juga akan merumuskan draf agenda bagi sidang kemuncak OIC Ke-11 akan datang di Dakar, Senegal, lewat tahun ini. Isu yang tidak selesai dalam landskap OIC terus menjengkelkan pemerhati yang berharap penyelesaian berkekalan dicapai, antara lain kebinasaan akibat perang di Afghanistan dan Iraq, krisis Darfur di Sudan dan Somalia [UM 15/05/07]. ‘Lebih sudu dari kuah’ – Inilah hakikat pertemuan demi pertemuan yang dibuat oleh negara-negara umat Islam yang bergabung di bawah OIC. Kata-kata hebat seperti ‘negara-negara Islam’, ‘sidang kemuncak’ dan ‘penyelesaian berkekalan’ adalah amat sedap didengar, menggambarkan seolah-olah ‘penyelesaian hakiki pasti akan dapat dicapai dengan sidang kemuncak yang diadakan oleh negara-negara Islam.’ Segala-galanya hanyalah indah khabar dari rupa. Berjuta wang umat Islam telah dihabiskan, beratus ribu nyawa umat Islam melayang setiap tahun dan darah mereka tak pernah berhenti mengalir ke bumi dan apa yang pemimpin kaum Muslimin ulangi saban tahun ialah bersidang dan terus bersidang. Yang pasti, pemimpin umat Islam dan OIC sememangnya ‘juara selama-lamanya’ di dalam menganjurkan mesyuarat dan persidangan.



KRISIS DARFUR




Pergolakan di Darfur, Sudan telah mengundang perhatian banyak pihak sejak beberapa bulan lepas. Menilai kedudukannya sebagai sebuah negara di Benua Afrika, agak mengejutkan apabila ia mendapat liputan meluas di media Barat. Tambah mengejutkan, apabila ia telah menjadi titik perhatian ahli-ahli politik Barat, khususnya George Bush dan Tony Blair dan jika dipandang dari sudut hal ehwal luar negara (foreign affairs), ia seolah-olah menjadi perhatian kedua mereka setelah Iraq. Fakta bahawa kedua-dua orang pengganas ini semakin menunjukkan minat yang mendalam dalam isu ini sudah cukup untuk menimbulkan syak-wasangka terhadap apa yang berlaku. Tuduhan mudah yang dilontarkan oleh media Barat adalah bahawa salah satu dari rejim di Sudan membekalkan senjata kepada militan ‘Arab’ (puak Janjaweed) untuk menyerang penduduk asal Darfur yakni puak ‘Black African’. Regim Amerika Syarikat (AS) malah membuat dakwaan yang lebih jauh dengan menggelar aksi ini sebagai pembunuhan etnik (genocide) oleh puak rejim Sudan. Bagi mereka yang buta politik atau yang mengambil AS sebagai ‘wali’, maka mereka akan mengatakan hal yang sama sebagaimana yang dikatakan oleh AS. Walhal, bagi seorang yang berpemikiran sederhana sahaja, dengan hanya memandang apa yang telah dilakukan oleh AS di Iraq, maka mereka tidak akan mendengar dan mempercayai tuduhan ini dengan membabi buta.



Memang benar bahawa peperangan sedang berlaku di Darfur. Malah banyak agensi bantuan (yang dihantar) menganggarkan ratusan ribu telah terkorban. Angka korban dianggarkan berjumlah di antara 50,000–200,000. Lebih kurang 2.5 juta orang pula telah menjadi pelarian. Meskipun begitu, media Barat dan komuniti antarabangsa memilih untuk tidak memperdulikan fakta di sekitar konflik yang sedang berlaku di salah sebuah negara strategik dunia Islam ini.


Kita perlu mengakui hakikat bahawa rejim Sudan, Janjaweed atau militan Arab dan golongan pemberontak di Darfur ini kesemuanya adalah Muslim. Janjaweed merupakan keturunan puak Baggra (‘Baqqarah’ dalam Bahasa Arab), yang paling ramai adalah terdiri dari golongan Badwi. Manakala puak pemberontak merupakan keturunan Fur, Zaghawa dan Massaleit. Rejim Sudan sebenarnya telah lama berperang dengan puak pemberontak dari keturunan-keturunan ini. Konflik ini bermula pada tahun 2003 apabila puak pemberontak mula menyerang rejim Sudan setelah mendakwa Khartoum mengabaikan (tidak mempedulikan) kawasan mereka. Ketika itu terdapat dua kumpulan pemberontak yang utama iaitu Sudan Liberation Army (SLA) dan Justice and Equality Movement (JEM). Konflik ini juga telah merentasi sempadan Chad dan menjadi perang saudara dengan kedua-dua pihak saling menuduh pihak yang satu lagi menyokong puak pemberontak.



Puak pemberontak ini sendiri nampaknya tidak sehaluan. SLA dan JEM telah bersatu menjadi National Redemption Front dipimpin oleh bekas Gurbenur Darfur. Setelah SLA berpecah, puak yang lebih besar dipimpin oleh Minni Minnawi, yang telah bersetuju terhadap Perjanjian Damai Darfur [Darfur Peace Agreement (DPA)] dengan rejim Sudan pada bulan Mei 2006. Sebahagian yang lain terus memberontak. Apa pun, kesemua mereka adalah Muslim. Keadaan ini berbeza sama sekali dengan ‘perang saudara’ (civil war) di Sudan dahulu di mana ia berlaku di antara kaum Muslim di bahagian Utara Sudan dengan kaum Kristian di sebelah Selatan. Oleh itu, dakwaan bahawa konflik ini adalah di antara golongan ‘Arab’ dan ‘Afrika’ adalah tidak tepat dan sengaja disalah tafsirkan. Ini kerana kesemua mereka adalah golongan black African, penduduk asal kawasan tersebut dan beragama Islam. Sudan mempunyai penduduk seramai lebih kurang 40 juta yang mana 70% darinya adalah beragama Islam, terdiri dari 80 etnik yang berbeza-beza, bercakap bahasa yang berlainan termasuk Arab. Dari jumlah ini, 8 juta tinggal di Darfur.


LATAR BELAKANG KRISIS



Dengan mengkaji sejarah Sudan, kita akan memahami apakah punca krisis Darfur dan juga lain-lain masalah yang berlaku di Sudan sekarang ini. Sudan mendapat kemerdekaan dari British pada tahun 1956 yang mana sebelum itu, ia diperintah oleh pasukan proksi Anglo-Egyptian pada tahun 1899 setelah kekalahan pasukan Mahdi. Mesir sendiri pada waktu itu masih di dalam jajahan takluk British. Darfur ditakluki oleh British pada tahun 1916 yang mana setelah itu, segala kekayaan dari Khartoum telah dihabiskan oleh British. Keadaan ini telah menimbulkan ketidakseimbangan ekonomi yang dahsyat di Darfur khususnya dan Sudan secara keseluruhannya.



British telah menerapkan beberapa polisi bagi memastikan undang-undang dan kolonialisasi mereka kekal di Sudan. Mereka membahagikan Sudan kepada dua, iaitu bahagian Utara dan Selatan. Mereka membangun dan memajukan bahagian Selatan sementara bahagian Utara di anak tirikan. Mereka menghalang penduduk dari Utara memasuki bahagian Selatan. British seterusnya menyekat amalan dan perkembangan Islam, sebaliknya memperkenal dan menggiatkan ajaran Kristian (missionaries). Mereka berusaha meniupkan semangat nasionalisme dengan menghidupkan semula apa yang mereka panggil sebagai ‘penduduk asli Afrika’. Yang paling penting, di antara tahun 1920-1930an, mereka berusaha memerintah secara tak langsung dengan memperkuatkan ketua-ketua kampung yang mudah dipengaruhi di bahagian Utara dan ’pihak pemberontak’ di bahagian Selatan. Ini dilakukan agar sistem pemerintahan Sudan tetap lemah dan terpecah-belah.



Sebagaimana di dalam konflik-konflik yang lain, kemiskinan merupakan salah satu isu yang menyelubungi konflik sekarang, ditambah pula oleh sifat perkauman/kebangsaan (nasionalisme) penduduk Darfur. Setelah mencapai kemerdekaan, Sudan mengalami perang saudara yang pertama. Pada tahun 1970, Sudan berjaya keluar dari kemelut ini, lalu menerapkan polisi ke arah lebih membebaskan diri dari Barat. Bagaimanapun, keamanan tidak kekal lama dan pada tahun 1983, perang saudara tercetus semula sehinggalah berakhir pada tahun 2003. Semasa konflik ini, AS telah menyokong pasukan pemberontak Kristian. Sejurus selepas perjanjian keamanan dipersetujui untuk menamatkan perang saudara yang kedua ini, konflik Darfur terus meletup. Sejarah kedaulatan Sudan yang begitu pendek ini menyaksikan hanya sedikit keamanan, itupun dengan kehadiran pasukan tentera dari luar yang memainkan peranan penting di dalam menstabilkan negara yang kaya dengan sumber alam dan sangat strategik ini.



BEBERAPA FAKTA LAIN



Salah satu fakta penting yang tidak diberi liputan meluas oleh media Barat ialah kedudukan Darfur yang kaya dengan minyak, begitu juga dengan bahagian selatan Sudan. Minyak Darfur menyumbangkan hasil sebanyak USD4 billion kepada rejim Sudan, lebih separuh dari pendapatan rejim. Fakta lain yang utama ialah rejim Sudan sekarang ini mempunyai hubungan rapat dengan China, sebuah negara yang mempunyai kepentingan minyak di Darfur. Sudan membekalkan sebanyak 10% dari import minyak China. AS pula mempunyai kepentingan minyak di negara jiran Sudan, Chad, namun telah kehilangan peluang mereka di Sudan.



‘Alangkah hebatnya’ media internasional Barat yang benar-benar mengambil berat tentang persoalan kemanusiaan di Darfur, tetapi boleh terlepas pandang isu mengenai perebutan minyak antara China dan Amerika. Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada jiran sebelah selatan Sudan, Uganda, yang turut tersepit dengan konflik dalaman yang disebabkan oleh golongan pemberontak Kristian Lord’s Resistance Army di mana pembunuhan etnik sedang berleluasa. Mereka boleh terlepas pandang kepada puak pemberontak tersebut yang beroperasi di Sudan Selatan seolah-olah tidak seorang pun menyedari akan hal ini. Seperti juga negara-negara membangun yang lain, Sudan juga terdedah kepada kuasa-kuasa luar mengeksploitasi kekeruhan dalaman dan menimbulkan pemberontakan dalam usaha menjaga kepentingan mereka. Kita tertanya-tanya bagaimana puak pemberontak nampaknya mempunyai cukup wang dan boleh lengkap bersenjata? Jika Amerika boleh ‘menciptakan’ satu suasana untuk menakluk Iraq dan seterusnya melancarkan perang terhadap Iraq dan menjajahnya kerana minyak, tidakkah kita terfikir bahawa ia boleh dan akan melakukan perkara yang sama di Darfur?



Selain China, Malaysia juga turut mempunyai kepentingan minyak di Sudan. Petronas telah melabur lebih RM5 bilion di Sudan dan mempunyai lebih 300 orang pekerja dan keluarga mereka di negara ini. Sehingga sekarang Petronas masih terlibat dalam usaha cari gali dan pengeluaran minyak di beberapa lokasi pinggir pantai dan daratan di wilayah selatan Sudan. Projek usaha sama berbilion dolar dengan syarikat minyak dari China dan India serta syarikat minyak tempatan Sudan itu menyaksikan Petronas berjaya meningkatkan pengeluaran minyak Sudan sehingga 400,000 tong sehari (di Malaysia, Petronas mengeluarkan kira-kira 650,000 tong minyak sehari). Petronas memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam syarikat Greater Nile Petroleum Operating Company Limited yang 40 peratus daripada sahamnya dimiliki oleh CNPC dari China, ONGC dari India sebanyak 25 peratus manakala 5 peratus lagi dipegang oleh Sudapet dari Sudan [UM 18/04/07].




Jika negara kafir hanya menjadikan asas manfaat di dalam hubungan mereka dengan negara-negara lain, termasuklah Sudan, ini langsung tidak mengejutkan. Yang mendukacitakan ialah, negara yang bergelar ‘Negara Islam’ sendiripun hanya mementingkan ‘hubungan manfaat’ yang lebih kurang sama dengan negara kufur di dalam membangun hubungan luar ini. Walhal di dalam Islam, asas kepada hubungan yang wujud di antara sesama Muslim adalah ukhwah (persaudaraan), bukannya diasaskan kepada manfaat. Walaupun seorang Muslim itu tidak dapat mendatangkan apa-apa manfaat kepada kita, tetapi dia tetap saudara kita yang haram untuk kita sakiti. Dari segi tanah pula, setiap tanah yang diduduki oleh umat Islam statusnya sama sahaja iaitu ia adalah tanah kita semua, baik di Iraq, Palestin, Kashmir, Arab Saudi, Sudan dan lain-lain. Oleh itu, hasil bumi Sudan adalah hasil bumi kita, minyak di Arab Saudi adalah hakmilik kita umat Islam, begitu jugalah minyak dan lain-lain hasil bumi di Malaysia, ia adalah milik umat Islam secara keseluruhan. Justeru, hubungan di antara negara yang berbeza, selama mana negara tersebut adalah tanah umat Islam, maka hubungan tersebut wajiblah berdasarkan ukhwah dan kesatuan, bukannya perpecahan dan manfaat. Dan kesatuan yang dimaksudkan adalah bersatunya umat Islam itu di bawah satu Negara/Daulah. Tidak boleh wujudnya dua atau lebih negara di dalam Islam.



MENGHARAPKAN AMERIKA, PBB ATAU OIC?



Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Penjajahlah yang telah memisahkan kita semua berdasarkan sempadan-sempadan palsu ciptaan mereka. Malangnya kesinambungan perpecahan ini diteruskan pula oleh para pemimpin kaum Muslimin yang memerintah berdasarkan negara bangsa yang telah ditinggalkan oleh kafir penjajah. Hasilnya, kaum Muslimin terus kekal dalam kelemahan dan perpecahan, sehingga setiap negara bermati-matian mempertahankan sempadan negara masing-masing. Dari fanatisme assabiyyah inilah, hubungan yang wujud di antara sesama Muslim yang tinggal di berlainan negara di asaskan kepada manfaat, bukan lagi ukhwah dan penyatuan. Hubungan yang terjalin di antara 2 negara yang yakin kepada Tuhan yang Satu, beriman kepada Rasul dan kitab yang sama, solat dengan sama-sama menghadap ke Ka’bah, adalah hubungan dagang, pelaburan, diplomatik dan sebagainya. Betapa rendah dan hinanya kedudukan ini! Kedudukan umat Islam yang diperintah oleh para pemimpin yang lemah dan jahil ini telah memberi kesempatan yang sebesar-besarnya kepada kafir Barat untuk memanipulasi, menindas, membunuh dan memerangi umat Islam sewenang-wenangnya. Mereka mengatur dunia, termasuklah dunia Islam tanpa perlu takut dan khuatir terhadap sesiapa.



Inilah sebabnya kenapa ‘seruan’ untuk campurtangan dari kuasa Barat harus diperhatikan dari sudut ini. Sebagai contoh, Resolusi 1706 PBB yang diluluskan pada bulan Ogos 2006, menyeru untuk menempatkan 20,000 pasukan pengaman PBB, bagi menggantikan 7,000 pasukan African Union yang sedia ada. Hal ini hanyalah bagi menyediakan jalan untuk campurtangan asing di Sudan sebagai langkah awal untuk mengurangkan kawalan terhadap Darfur oleh rejim Sudan. Sebagai sebuah tanah umat Islam, apa yang dilakukan oleh PBB (baca: Amerika) ini hanyalah untuk ‘mencipta’ peluang kepada Amerika bagi mencengkam dan mengaut sumber alam yang kaya di tanah kita. Dengan adanya Resolusi PBB, maka ini akan ‘mensahkan’ pendudukan rejim Amerika ke atas tanah umat Islam atas nama PBB. Dalam keadaan ini, jika AS tidak memperolehi akses kepada minyak sekalipun, setidak-tidaknya mereka telah dan akan berjaya ‘mengusir’ China dari Darfur dengan ‘mencipta dan memburuk-burukkan’ lagi krisis. Inilah PBB – yang hanya merupakan alat bagi AS untuk memasuki tanah-tanah umat Islam dengan mendapat restu dunia, termasuk dari para pemimpin umat Islam itu sendiri. Amerika berjaya ‘mengunci mati’ mulut-mulut pemimpin umat Islam dengan tindakan mereka melalui PBB. Anehnya, pemimpin umat Islam masih buta sebuta-butanya, malah masih tetap menaruh harapan pada PBB dan menganggap PBBlah satu-satunya penyelamat dunia. Alangkah jahilnya pemimpin-pemimpin umat Islam ini!



Jika dibandingkan jalan yang diambil oleh PBB dengan OIC, ternyata tindakan PBB jauh lebih realistik dan berkesan, apatah lagi jika keputusan yang diambil adalah ke atas negeri-negeri kaum Muslimin. Jika PBB membuat keputusan untuk mengenakan sekatan ekonomi, maka ia akan segera dipatuhi oleh negara-negara anggota. Begitu juga jika PBB membuat keputusan untuk menghantar pasukan pengaman, maka setiap negara termasuklah Malaysia berebut-rebut berusaha untuk menghantar pasukan pengaman. Kenapa? Kerana takut jika dikatakan melanggar ketetapan PBB, walaupun mereka ini tidak pernah pula takut melanggar ketetapan Allah. Hatta, jika ketetapan atau resolusi PBB itu jelas-jelas melanggar ketetapan Allah sekalipun, maka ketetapan PBB itulah yang justeru lebih ditakuti dan dipenuhi dari ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ironisnya, OIC tidak pernah pula membuat ketetapan atau menghantar bantuan ketenteraan untuk membantu sesama Muslim yang diperangi oleh Israel, Amerika dan Britain. Paling tinggi yang dilakukan oleh OIC (selaku juara mesyuarat) adalah mengeluarkan resolusi untuk mengutuk serangan yang dilakukan.



Berbalik kepada Isu Darfur sebagai contoh terkini, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi OIC mengarahkan beliau mencari pendekatan bersama negara-negara anggota bagi membantu menyelesaikan pertelagahan puak di wilayah itu secepat mungkin. “Berjaya atau tidak bukan soalnya tetapi kita mahu berusaha dan mencuba... Apa yang penting adalah kita menyakinkan Amerika Syarikat dan Britain supaya konflik di Darfur diselesaikan tanpa perlu mengangkat senjata,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen [UM 24/04/07]. Wahai kaum Muslimin! Nilailah sendiri samada keputusan ini dibuat kerana ingin mencari penyelesaian berdasarkan Quran dan Sunah atau sebaliknya, samada keputusan ini lahir dari keimanan kerana takutkan Allah atau kerana takutkan musuh Allah? Mengenai lawatan Perdana Menteri selama lapan hari ke negara itu serta Kenya dan Namibia, Syed Hamid berkata, lawatan itu amat berhasil dan meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan perdagangan [UM 24/04/07].




Satu lagi penekanan yang direka oleh media Barat adalah bahawa rejim Sudan merupakan sebuah rejim yang ‘Islami’. Hal ini adalah tidak benar sama sekali. Sebagaimana negeri-negeri kaum Muslimin yang lainnya, Sudan memang mengamalkan secebis dari undang-undang Islam tetapi yang banyaknya adalah undang-undang buatan manusia. Ini dapat dilihat dari Perlembagaan Sudan itu sendiri. Secara ringkasnya, kita mengenali Negara Islam sebagai sebuah Negara yang mengikut jalan kenabian yakni Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah, walhal Sudan adalah sebuah Negara Republik yang dipimpin oleh seorang Presiden. Tambahan lagi, pertumpahan darah yang dilakukan oleh rejim Sudan yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam menunjukkan bahawa Sudan bukannya negara yang menerapkan syariat Islam. Rejim Sudan yang sering menindas dan menzalimi rakyatnya mendapat kuasa secara tidak sah atau bertentangan dengan Islam. Ia mendapat kekuasaan melalui kudeta tentera dan dilanjutkan dengan pilihanraya yang penuh dengan penipuan, dalam masa yang sama dibantu pula oleh negara lain seperti China yang sememangnya mempunyai kepentingan dalaman di Sudan. China sebenarnya secara terus-menerus menyediakan bantuan dari segi diplomatik dan ketenteraan kepada Sudan dan baru-baru ini, China sekali lagi menyatakan persetujuan menambahkan bantuan ketenteraan kepada Sudan.



Sesungguhnya dengan meneliti jauh sedikit ke belakang, kita sebenarnya dapat melihat penyelesaian sebenar terhadap isu Sudan ini. Islam telah masuk ke Afrika Utara sejak beratus tahun dahulu. Islam telah berpijak di bumi Darfur dan kawasan sekitar Sudan semenjak abad ke-14 lagi. Kebanyakan pemerintah Muslim menjadikan Khilafah sebagai model pemerintahan mereka walaupun Kesultanan Funj di Sinnar tidak berada di bawah kawalan Khilafah Uthmaniyah secara langsung, sehinggalah ke tahun 1821. Bagaimanapun, keadaan ini tetap berjaya menyatukan rakyat yang berbilang etnik dan mereka tetap menikmati kesejahteraan. Ini adalah kerana, mereka telah mengambil Islam sebagai asas kehidupan mereka dan segala perbezaan yang tidak bernilai itu telah diketepikan oleh mereka.



Justeru, pada hari ini, satu-satunya jalan keluar dari peperangan sesama sendiri ini adalah dengan menyatukan semula kaum Muslimin Sudan ini dengan Islam, dengan meninggalkan segala perbezaan etnik dan puak. Hal ini tidak akan dicapai selagi Islam tidak diterapkan secara sempurna dengan mendirikan semula Daulah Khilafah di negeri kaum Muslimin. Daulah Khilafahlah yang seterusnya akan menjaga umat Islam di Sudan daripada kuasa kolonial yang tamak haloba seperti sekarang. Khalifah nanti akan memelihara bukan sahaja umat Islam di Darfur, tetapi juga di seluruh Sudan dan seluruh dunia dan akan menghapuskan segala bentuk perbezaan etnik dan puak, sebagaimana dahulunya di mana Rasulullah dan para Khalifah telah menyatukan bangsa Arab dan seluruh bangsa lain sepanjang pemerintahan mereka. Untuk ke sekian kalinya, kita menyaksikan campurtangan kafir Barat ke atas negeri umat Islam dengan sewenang-wenangnya kerana lemah dan terpecah-belahnya umat Islam tanpa Khilafah.


KHATIMAH



Wahai kaum Muslimin! Kuasa apakah lagi yang boleh menjadi pelindung umat ini selain Khilafah? Kuasa apakah lagi yang bersedia melawan segala kekufuran dan kebiadaban Amerika jika tidak Khilafah? Kuasa apakah lagi yang tidak akan tunduk kepada resolusi dan undang-undang kufur keluaran PBB jika bukan Khilafah? Kepada siapakah lagi kita boleh menggantung harapan untuk menyelamatkan umat ini selain Khilafah? Apakah kita mengharapkan para pemimpin kaum Muslimin yang tunduk kepada PBB untuk menjadi pelindung kita? Apakah mereka yang bersalaman dengan Bush sambil ketawa dan bersalaman dengan Condoleeza Rice sambil tersenyum ini yang kita harapkan menjadi penyelamat kita? Sedarlah wahai kaum Muslimin, tanpa Khilafah, darah umat ini akan terus mengalir ke bumi tanpa apa-apa pembelaan. Tanpa Khilafah, Amerika dan PBB akan terus menguasai dunia dan menjadikan umat Islam sasaran peluru-peluru dan bom-bom mereka. Tanpa Khilafah, tiada siapa yang akan menjaga dan melindungi umat ini. Benarlah sabda Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Sesungguhnya imam (khalifah) itu laksana perisai, di belakangnya umat berperang dan kepadanya umat berlindung” [HR Muslim]. Semoga pelindung umat ini akan segera muncul dengan izin Allah. Amin ya Rabbal ‘alamin.

MENGEMBANG DAKWAH : KEWAJIPAN ATAS SEMUA


MENGEMBANG DAKWAH :

KEWAJIPAN ATAS SEMUA



‘Dakwah Bukan Tugas Ustaz Sahaja’ – Itulah tajuk artikel tulisan Mohd. Salehin Sopian, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di dalam Utusan Malaysia bertarikh 07/05/07. Walaupun dengan hanya membaca tajuk, ia sudah cukup untuk memberi kefahaman bahawa kewajipan dakwah di dalam Islam bukan hanya terletak di bahu orang-orang tertentu sahaja. Tidak ada nas, baik dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis yang menunjukkan bahawa dakwah itu adalah kewajipan yang terkena ke atas individu-individu atau kelompok-kelompok tertentu sahaja. Sebagaimana solat dan puasa, dakwah adalah satu fardhu ‘ain yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang mengucap syahadah. Tidak ada bezanya samada dia berketurunan Melayu, India, Arab, Inggeris, Bangladesh dan sebagainya. Tidak ada beza di antara pekerja kilang, ahli korporat, pelajar, peguam, polis, tentera, rakyat, pemerintah, miskin, kaya, baik lelaki ataupun wanita; juga tidak ada bezanya samada dia mendapat tauliah dari manusia atau tidak, kesemuanya dibebankan oleh Allah dengan kewajipan yang sama. Kewajipan berdakwah adalah termasuk di dalam hal yang maklum minaddin bi dharurah. Maksudnya, tidak ada seorangpun yang boleh berhujah di hadapan Allah di akhirat kelak bahawa dia tidak melakukan dakwah kerana tidak tahu akan kewajipannya!




Walaupun kewajipan dakwah adalah terlalu jelas, namun terdapat segelintir dari umat Islam yang langsung tidak berdakwah. Kejahilan telah membelenggu mereka menyebabkan mereka menganggap bahawa solat dan puasa itu wajib, tetapi dakwah tidak. Sebahagian yang lain pula benar-benar menjaga solat mereka, tetapi tidak pernah menjaga dakwah mereka. Mereka solat secara konsisten, tetapi tidak pernah berdakwah secara konsisten. Mereka menganggap bahawa dakwah hanyalah aktiviti ‘part time’ yang hanya akan dilakukan bila perlu dan jika ada masa lapang. Bila sibuk dengan urusan dunia, maka dakwah akan ditinggalkan, walaupun mereka ini mungkin tidak pernah meninggalkan solat di dalam kesibukan mereka. Ada sebahagian yang lain memberikan alasan ‘tidak cukup ilmu’ untuk berdakwah. Anehnya, mereka ini dalam masa yang sama tidak pula berusaha untuk menuntut ilmu, walaupun menuntut ilmu itu jelas-jelas diwajibkan oleh Islam. Apabila diajak untuk mempelajari ilmu Islam ataupun berdakwah, pelbagai alasan diberikan, walhal dalam masa yang sama mereka boleh menghabiskan masa di gelanggang futsal setiap minggu, menonton TV berjam-jam sehari, bermain golf sepanjang hari, melancong dan sebagainya. Mereka boleh pula menuntut pelbagai ilmu lain dengan amat mendalam, tetapi tidak ilmu Islam. Malah sebahagian mereka sanggup menghabiskan umur bermati-matian untuk cemerlang mendalami ilmu ekonomi Kapitalis, berusaha untuk mencapai kegemilangan dalam mempelajari dan melaksanakan undang-undang kufur serta ingin menjadi terkenal dan terbilang di dalam menerapkan sistem pemerintahan yang diwarisi dari penjajah. Bagi mereka, dakwah merupakan satu ‘bebanan’, bukannya kewajipan!



Dakwah - Kedaulatan Hanya Untuk Islam



Seorang pengembang dakwah wajib berilmu dengan ilmu Islam, lalu menyampaikan kepada manusia ilmu Islam yang dipelajarinya itu. Seorang pengemban dakwah harus meyakini bahwa apa yang diserukannya berupa berbagai pemikiran dan hukum-hukum syariat itu adalah benar kerana bersumber dari Allah. Ia tidak diperkenankan menyeru pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum yang batil yang tidak bersumber dari Allah. Jika pelbagai pemikiran dan hukum yang tidak bersumber dari Allah itu yang justeru disampaikannya (yang boleh jadi kerana kebodohan dirinya atau kesesatannya), maka jelas ia tidak dikatakan sedang berdakwah, sebaliknya ia sedang merosakkan dakwah. Fenomena sebegini semakin berleluasa di kalangan para pengembang dakwah. Mereka, secara sadar ataupun tidak, merasa atau mendakwa menyampaikan Islam, padahal mereka sebetulnya merosakkan Islam. Oleh kerana itu, setiap pengembang dakwah wajib memperhatikan bahawa apa sahaja yang ia sampaikan betul-betul hanya merupakan pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum Islam semata, dan dia wajib pula bersikap teguh dan konsisten dengan pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum Islam itu dalam situasi dan kondisi apa sekalipun. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengingatkan,



“Seandainya dia (Muhammad) mengada-ngadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya Kami benar-benar memegang dia pada tangan kanannya, kemudian Kami benar-benar mempotong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu.” [TMQ al-Haqqah (69):44-47].



Ayat ini merupakan peringatan dari Allah terhadap Rasulullah dan siapa sahaja yang berdakwah dengan mengada-adakan sesuatu atas nama Allah, padahal Allah sendiri tidak menyatakannya. Oleh itu, seorang pengembang dakwah tidak boleh menyatakan bahawa apa yang didakwahkannya adalah berasal dari Islam walhal ia bertentangan dengan Islam. Haram bagi orang yang berdakwah memasukkan ke dalam dakwah berbagai pemikiran dan hukum-hukum yang tidak bersumber dari Allah, tetapi mereka menyatakan ianya dari Allah. Ayat ini juga merupakan peringatan kepada pendakwah yang menjadikan para pemimpin mereka sebagai ‘sumber hukum’, sehingga mereka akan membenarkan apa sahaja yang diucapkan oleh pemimpin mereka tanpa memerhatikan lagi samada ia bertentangan dengan Quran dan Sunah atau tidak. Mereka ini hanyalah golongan yang taksub memegang dan membenarkan kata-kata pemimpin, bukannya berpegang kepada kata-kata Allah. Ayat ini juga memberikan peringatan kepada ‘ulama’ yang dekat dengan pemerintah untuk tidak menjadi pengampu kepada pemerintah yang kononnya membawa Islam, walhal mereka (ulama itu) sendiri menyedari bahawa hal itu bukan dari Islam. Siapa sahaja yang melakukan tindakan sedemikian, pasti Allah akan menghinakannya dan mencabut nyawanya tanpa ada seorang pun yang dapat menolongnya.



Oleh itu, mengembang dakwah Islam mewajibkan kedaulatan secara mutlak hanya untuk Islam sahaja. Yang menjadi ukuran di dalam dakwah adalah hukum syara’ semata-mata. Justru itu segala yang bertentangan dengan hukum-hakam Islam wajiblah dijelaskan kesalahan dan keharamannya tanpa rasa takut atau ragu-ragu, tanpa mempertimbangkan apakah hal itu sesuai dengan keinginan pemimpin/pemerintah atau tidak. Dakwah kepada Islam juga bukannya perlu disesuaikan dengan kehendak atau keinginan masyarakat, sebaliknya masyarakatlah yang wajib dipimpin agar memahami dan mengikut Islam. Seorang pengembang dakwah wajib mempertahankan Islam, bukannya mempertahankan kedudukannya di dalam masyarakat agar dipandang mulia. Ia mungkin dihina, dibenci atau dikeji oleh masyarakat, tetapi hal itu bukanlah yang menjadi perhitungan baginya selama mana yang ia serukan adalah Islam. Hal ini pernah menimpa Rasulullah semasa berdakwah di Mekah, tetapi baginda tetap konsisten di dalam dakwahnya. Seorang pengemban dakwah tidak akan mencari muka atau menunjuk-nunjuk di hadapan masyarakat, bermuka dua atau bersikap toleransi terhadap penguasa yang zalim. Ini adalah kerana dakwah menuntut kedaulatan hanya untuk Islam semata, bukan untuk yang lain dan bahawasanya hanya Islamlah yang mesti diamal dan dizahirkan di tengah-tengah masyarakat, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,



"Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkanNya atas seluruh agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya" [At-Taubah (9):33].



Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam datang ke dunia ini dengan membawa risalah Islam dan menyampaikannya secara terus terang dan menentang (kebatilan). Baginda meyakini kebenaran risalah yang dikembangkannya kepada masyarakat, menentang dunia secara keseluruhan, mengumumkan perang atas seluruh manusia, baik yang berkulit putih, kuning mahupun hitam, tanpa memperdulikan sedikitpun adat istiadat, tradisi, kebiasaan-kebiasaan, agama-agama atau kepercayaan-kepercayaan, sikap para penguasa ataupun masyarakat. Baginda tidak memandang apa-apa pun selain dari kebenaran risalah yang dibawanya. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memulakan dakwahnya terhadap orang-orang Quraisy dengan mencela tuhan-tuhan mereka, menentang dan meremehkan seluruh kepercayaan-kepercayaan mereka. Sedangkan baginda ketika itu bersendirian dan dipulaukan oleh masyarakat, tanpa pendukung dan tanpa bekal selain imannya yang amat dalam terhadap Islam yang baginda serukan. Baginda sama sekali tidak memperhatikan kebiasaan dan adat istiadat bangsa Arab, dan tidak memperhatikan pula agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan mereka. Baginda membawa kebenaran tanpa memperhitungkan sedikit pun akan perasaan malu, curiga atau takut, demi untuk Islam semata.



Inilah yang wajib diteladani oleh para pengembang dakwah, sebagai pewaris kerja-kerja Nabi dan Rasul. Wajib ke atas seorang pengembang dakwah Islam menyampaikan dakwah secara terang-terangan; menerjang segala kebiasaan, kepercayaan-kepercayaan sesat, adat istiadat, idea-idea songsang, dan persepsi yang salah; sekalipun kerana ini menyebabkan dia dibenci dan dimusuhi oleh para fanatik segala kerosakan ini mahupun masyarakat secara umumnya. Seorang pengembang dakwah juga akan menasihati penguasa, menjelaskan segala penyelewengan dan kesesatan yang dilakukan, membongkar segala kerosakan yang dilakukan oleh penguasa serta menyeru kepada penguasa agar menerapkan Islam dan mengancam penguasa dengan azab Allah. Mereka tidak akan berdiam diri dan redha dengan apa jua kemaksiatan yang dilakukan oleh penguasa, sesuai dengan sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,



“Akan ada para amir (penguasa), maka kalian (ada yang) mengakui perbuatannya dan (ada yang) mengingkarinya. Siapa sahaja yang mengakui perbuatannya (kerana tidak bertentangan dengan hukum syara’) maka dia tidak diminta tanggungjawabnya (hisab), dan siapa sahaja yang mengingkari perbuatannya maka dia akan selamat. Tetapi siapa sahaja yang redha (dengan perbuatannya yang bertentangan dengan hukum syara’) dan mengikutinya (maka dia berdosa). Para sahabat bertanya: ‘Apakah kita tidak memerangi mereka?’ Baginda menjawab: ‘Tidak, selama mereka menegakkan solat (menegakkan hukum-hukum Islam).” [HR Muslim]



Sekarang ini kita menyaksikan berapa ramai di kalangan umat Islam yang berdakwah hanya untuk mendapat manfaat dunia, ingin dipandang sebagai ulama atau mengharapkan pujian dari masyarakat. Ada yang berdakwah atas dasar maslahat untuk meraih sokongan, bukannya untuk mendapat redha Allah. Tidak kurang juga ada yang bersekongkol dengan pemerintah dan menyampaikan dakwah mengikut kehendak pemerintah. Mereka tidak akan bersuara kecuali sekadar yang diizinkan oleh pemerintah; mereka tidak akan berbicara kecuali setakat yang dibenarkan oleh pemerintah; mereka tidak akan bertindak kecuali dengan menurut kemahuan pemerintah. Mereka berharap agar mendapat ‘tempat’ di hati pemerintah dan mereka boleh kekal duduk di kerusi empuk yang disediakan oleh pemerintah. Mereka ini langsung tidak berani menegur pemerintah walaupun sudah jelas lagi nyata bahawa sistem yang diterapkan oleh pemerintah tersebut adalah sistem kufur. Mereka juga langsung tidak akan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap pemerintah kerana khuatir ‘periuk nasi’ mereka akan terjejas, seolah-olah pemerintahlah yang menurunkan rezeki kepada mereka. Alangkah jauhnya mereka dari dakwah yang telah ditunjuk dan diperintahkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka tidak berani menasihati pemerintah, apatah lagi mengancam pemerintah dengan neraka Allah jika pemerintah melakukan maksiat. Mereka seolah-olah menyembunyikan hadis Rasulullah,



“Seseorang yang ditetapkan Allah (dalam kedudukan) mengurus umat dan dia tidak memberikan nasihat kepada mereka (umat), dia tidak akan mencium bau syurga.” [HR Bukhari]



“Seseorang yang memimpin kaum Muslimin dan dia mati sedangkan dia menipu mereka (umat) maka Allah akan mengharamkannya masuk syurga.” [HR Bukhari & Muslim]



Mengembang Dakwah Perlu Keteguhan



Sebagaimana orang-orang kafir Mekah senantiasa berusaha memalingkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dari dakwah yang dikembangkannya, begitulah musuh-musuh Islam, khususnya kafir Barat senantiasa mencurahkan fikiran dan tenaga mereka untuk menghancurkan keteguhan para pengemban dakwah dan konsistensi mereka dalam berdakwah. Mereka senantiasa berusaha melakukan serangan pemikiran, penyesatan dan keraguan ke atas umat Islam. Mereka menyusupkan idea-idea dan hukum-hukum kufur seperti kebebasan, keadilan sosial, hak asasi manusia (HAM), plurarisme, emansipasi, nasionalisme, patriotisme dan sebagainya ke dalam tubuh umat Islam. Mereka berjaya menancapkan akidah sekularisme mereka ke dalam benak kaum Muslimin khususnya para penguasa sehingga menjadikan pemerintah umat Islam memerintah dengan undang-undang buatan sendiri, bukannya undang-undang Allah. Mereka berjaya meyakinkan penguasa umat Islam bahawa mereka (Barat) adalah ‘sahabat’ dan para pengembang dakwah Islam adalah ‘musuh’. Kejayaan ini jelas terlihat dengan tindakan yang dilakukan oleh para penguasa Muslim yang telah bersahabat dengan Barat dan memusuhi pengembang dakwah khususnya ahli-ahli gerakan Islam yang berusaha menegakkan agama Allah.



Sementara itu, untuk menakutkan para pengembang dakwah dalam usaha mereka menyerukan Islam untuk diterapkan, musuh-musuh dakwah dan musuh-musuh Islam ini telah lama menyediakan pelbagai cara seperti pemantauan, ugutan, penangkapan, penjara, penyiksaan malah pembunuhan ke atas mereka yang berjuang untuk Islam. Musuh-musuh dakwah ini tidak pernah bosan mengisytiharkan ‘perang’ ke atas para pengembang dakwah di setiap tempat dan masa dalam rangka menjauhkan pengembang dakwah dari aktivitinya memperjuangkan Islam. Dengan cara ini, mereka berharap agar dapat melemahkan kekuatan pejuang-pejuang Islam ini. Ia juga dilakukan untuk menakut-nakutkan orang lain yang ingin bersama-sama menegakkan kebenaran di jalan Allah. Oleh kerana itu, pengemban dakwah mana pun yang tidak teguh tentunya akan berpaling dan menuruti kemahuan musuh-musuh dakwah ini. Jika ini terjadi, bererti seorang pejuang itu telah gagal dalam perjuangannya dan syaitan telah berjaya menguasainya. Dalam hal ini, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala. telah memperingatkan kita dengan peringatan yang sangat keras apabila kita tidak bersikap teguh dan konsisten di dalam kebenaran dalam mengembang dakwah. Firman Allah,



“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia. Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati)mu, nescaya kamu hampir-hampir condong kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu pula (siksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” [TMQ al-Isra’ (17):73-75]



Ayat ini merupakan peringatan Allah yang sangat keras yang ditujukan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang jelas-jelas merupakan kekasihNya yang paling dikasihiNya, bahawa Allah pasti akan menimpakan azabNya di dunia dan di akhirat secara berlipat ganda seandainya baginda terfitnah dan terpaling sedikit sahaja dari risalah yang dibawanya (yakni terpaling dalam dakwahnya), lalu tunduk kepada kemahuan orang-orang kafir Mekah. Ayat ini juga ditujukan kepada umat Rasulullah yang menjelaskan bahawa di dalam menyeru kepada agama Allah, tidak boleh condong sedikit pun kepada musuh-musuh Allah dan siapa sahaja yang cuba menghalangi dakwah. Siapa sahaja di antara para pengembang dakwah yang tunduk pada kemahuan musuh, maka Allah akan mengazabnya berlipat ganda di dunia dan akhirat. Na‘uzu billah min zalik. Seorang pengembang dakwah wajib konsisten di dalam kebenaran dan tidak boleh sekali-kali berpaling dari jalan wahyu.



Mengembang Dakwah Sebagai Qiyadah Fikriyyah



Di dalam keluaran ke-115 (tajuk: Misi Agung Pengutusan Rasul), Sautun Nahdhah telah menjelaskan secara panjang lebar bahawa tujuan Rasulullah diutus kepada seluruh umat manusia adalah untuk mengizharkan deen Allah di muka bumi. Dan satu-satunya cara agama Allah ini dapat diizharkan adalah melalui jalan dakwah (dan jihad, bila ada Negara). Justeru, Rasulullah telah menjadikan dakwah sebagai ‘misi hidup-mati’ baginda. Bertolak dari pegangan inilah, maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah berjaya menamatkan misi baginda dan diteruskan pula oleh Khalifah-khalifah Islam sesudah itu. Inilah gambaran betapa agungnya tanggungjawab dakwah yang telah dijalankan oleh Rasul dan disusuli pula oleh para sahabat.



Berabad-abad lamanya kaum Muslimin berpegang teguh kepada kewajipan dakwah ini, dan ia turut dijalankan oleh Negara (Pemerintah) di setiap masa. Dakwah dan jihad sudah sebati dengan umat Islam dan mereka mencapai kemenangan demi kemenangan dengannya. Mereka maju dengan sejauh-jauh kemajuan, meninggalkan segala peradaban lain nun jauh ke belakang. Kaum Muslimin tidak pernah mengalami kemunduran dari kedudukannya sebagai pemimpin dunia, apabila tetap berpegang teguh pada agamanya. Bagaimanapun, kemunduran kaum Muslimin mulai tampak tatkala mereka meninggalkan ajaran-ajaran Islam dan meremehkannya; membiarkan peradaban asing melanda negeri-negerinya, membiarkan Ideologi Barat berakar dalam benak mereka. Kemunduran itu terjadi pada saat kaum Muslimin mengabaikan qiyadah fikriyyah (kepimpinan berfikir) Islam, yakni ketika mereka mula surut dalam mengembang dakwah Islam dan menyalahi pelaksanaan hukum-hukumnya.



Seseorang pendakwah itu perlu memahami bahawa usaha mengembang qiyadah fikriyyah tersebut, dengan cara menyebarluaskan dakwah Islam adalah dalam rangka untuk membangkitkan kaum Muslimin. Sejak jatuhnya Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924, umat Islam mengalami kemunduran berfikir yang amat parah. Ini adalah kerana mereka telah meninggalkan cara berfikir Islam yang selama ini menjadikan mereka mulia dan tinggi berbanding bangsa lain. Sejak hancurnya Khilafah, umat Islam telah dirasuk dengan cara berfikir kufur Barat. Umat Islam menjadi lemah, hina dan terpecah belah kerana dipengaruhi oleh sifat nationalisme dan patriotisme yang ditanamkan oleh Barat. Oleh itu, usaha mengembang dakwah Islam hendaklah difokuskan kepada mengembalikan semula pemikiran kaum Muslimin kepada cara berfikir Islam sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah di dalam merubah dan membangkitkan masyarakat kepada satu kebangkitan yang hakiki. Kebangkitan yang dibawa oleh Rasulullah adalah suatu kebangkitan yang bersifat antarabangsa, bukannya bersifat lokal (tempatan). Hal ini tidak lain adalah kerana hanya Islamlah satu-satunya deen yang boleh memperbaiki dan memulihkan dunia ini dari segala kerosakan. Di samping itu, kebangkitan yang sebenarnya tidak akan tercapai kecuali hanya dengan Islam, baik untuk kaum Muslimin mahupun bagi bangsa yang lain.



Dalam mengembangkan dakwah Islam hendaklah kita berpegang kepada satu prinsip, iaitu menyebarluaskannya sebagai satu qiyadah fikriyyah bagi dunia, yang melahirkan segenap peraturan, dan di atasnya dibangun seluruh pemikiran. Dari pemikiran-pemikiran ini lahir seluruh persepsi yang dapat mempengaruhi pandangan hidup (manusia) tanpa kecuali. Islam adalah agama bagi seluruh manusia, bukannya bagi bangsa Arab atau Melayu sahaja. Allah itu adalah Tuhan kepada semua manusia, bukannya Tuhan kepada orang Islam sahaja. Manusia, kehidupan dan alam semesta ini diatur oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semuanya mesti tunduk kepada perintahNya. Islam pula adalah agama yang diturunkan oleh Allah untuk mengatur hidup manusia di dunia. Justeru, peraturan yang terpancar dari akidah Islam adalah peraturan yang bersifat antarabangsa dan wajib diterapkan ke atas seluruh umat manusia. Dengan kata lain, dunia ini mesti diatur dengan peraturan dari Allah, bukannya peraturan dari PBB atau Amerika. PBB dan Amerika tidak boleh menjadi penentu dan tidak boleh dibiarkan menjadi penentu kepada peraturan dunia. Hanya hukum Allah sahajalah yang layak menjadi peraturan yang mengatur dunia ini. Dengan ini, para pengembang dakwah mesti memahami bahawa di dalam dakwah kepada agama Allah, mereka tidak boleh dipengaruhi oleh pemikiran selain Islam, tetapi wajib menjadikan qiyadah fikriyyah Islam sebagai asasnya.



Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pada mulanya mengemban qiyadah fikriyyah Islam di Mekah. Namun tatkala melihat bahawa masyarakat Mekah tidak sanggup menjadikan Islam sebagai suatu peraturan kemasyarakatan, beliaupun menyiapkan masyarakat Madinah. Di sinilah kemudian baginda berjaya mewujudkan satu negara dan menerapkan Islam di dalamnya, serta mengembangkan risalahNya seraya menyiapkan umatnya untuk mengembangkan risalah Islam sepeninggalan baginda. Ini telah memastikan umat baginda tetap berjalan pada garis yang telah baginda tentukan. Oleh kerana itu, seharusnya dakwah Islam dalam keadaan tidak adanya seorang Khalifah bagi kaum Muslimin (sebagaimana sekarang), haruslah mencakup dua bahagian. Pertama, dakwah mengajak memeluk Islam; dan kedua, dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam dengan berusaha mendirikan negara Islam yang menerapkan hukum Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia. Dengan cara ini, maka dakwah akan beralih dari dakwah yang tujuannya melanjutkan kehidupan Islam di kalangan umat, menuju kepada dakwah yang dikembangkan oleh negara ke seluruh dunia. Juga, akan beralih dari dakwah yang bersifat lokal di dunia Islam menuju dakwah yang bersifat antarabangsa. Inilah sifat dakwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita semua.



Khatimah



Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kewajipan mengembang dakwah adalah terletak di atas bahu setiap dari kalian. Kewajipan agung inilah, yang apabila kalian lakukan akan dapat menjadikan kalian sebagai pewaris kepada para Nabi dan Rasul, satu kedudukan yang teramat mulia yang Allah kurniakan, khusus hanya kepada pengembang dakwah yang ikhlas untukNya. Apa lagi yang kalian harapkan di dalam hidup ini jika tidak untuk meraih kemuliaan di sisiNya? Justeru, bukalah pintu hati kalian untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu Islam, seterusnya berusaha mengembang dakwah Islam demi untuk menegakkan deen Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan sahabat-sahabat baginda. Berdakwahlah kalian untuk kepentingan akhirat, bukannya untuk habuan dunia; berharaplah kalian kepada redha Allah, bukannya redha manusia. Tiada sesiapapun yang akan dapat menyelamatkan kalian dari api neraka; hanya Allah jualah sebaik-baik Penolong dan Pelindung kalian. Bergeraklah kalian di dalam dakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah dan berdoalah kalian agar pertolongan Allah bersama-sama dengan kita. Ingatlah akan firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, jika kalian menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kalian.” [TMQ Muhammad (47):7]

 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR