ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


KEKEJAMAN TENTERA AS AKAN DIJAWAB DENGAN TEGAKNYA KHILAFAH

KEKEJAMAN TENTERA AS AKAN DIJAWAB DENGAN TEGAKNYA KHILAFAH



WASHINGTON 25 Julai - Sebuah pertubuhan hak asasi semalam mendakwa pegawai Amerika Syarikat (AS) di penjara Abu Gharib dan Teluk Guantanamo telah melakukan jenayah perang dengan mengarahkan tahanan diseksa.

Justeru, Physicians for Human Rights (PHR) atau Doktor Menyokong Hak Asasi Manusia, menggesa supaya pegawai terbabit disiasat dan didakwa.
"Satu siasatan bebas dan lengkap perlu dijalankan bagi mengetahui apa yang berlaku di Abu Gharib, Guantanamo dan pusat tahanan lain, yang menempatkan mereka yang disyaki pengganas," wakil PHR, Allen Keller kepada Dewan Perwakilan.

Sementara itu, Presiden PHR, Leonard Rubenstein menggesa siasatan menyeluruh dijalankan oleh satu suruhanjaya bebas.

Suruhanjaya itu katanya, hendaklah mempunyai akses dan kuasa untuk mengeluarkan sapina bagi mendapatkan semua dokumen berkaitan, selain boleh menyoal siasat pegawai-pegawai terbabit.

"Perlu ada sikap bersedia bertanggung- jawab ...ia perlu merangkumi pendakwaan ke atas individu yang melakukan jenayah perang tanpa mengira kedudukan mereka," kata beliau.

PHR dalam laporannya turut memberikan gambaran bagaimana tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba; Iraq; Afghanistan menjadi sasaran "penderaan dan penghinaan" semasa berada di bawah tahanan tentera AS.

Keller turut memberitahu bagaimana seorang bekas tahanan di Guantanamo menyatakan dia telah dipukul, dibogel, ditakut-takutkan dengan anjing, diarah berdiri menghadap dinding dan dikenakan kejutan elektrik.

Tahanan itu menurut Keller, turut mengalami penganiayaan seks termasuk kejadian di mana "seorang wanita dalam keadaan bogel" telah memasuki bilik kurungannya lalu mencurahkan darah.

Seorang lagi tahanan, katanya, telah dipaksa membongkok dan diliwat menggunakan kayu penyapu.

- AFP

Sumber: Utusan Malaysia 27/07/08

Ulasan:


Kisah dan siri-siri kekejaman tentera AS terhadap tahanan di penjara-penjara mereka sudah diketahui umum sejak beberapa lama. Rata-rata tahanan yang diseksa ialah kaum Muslimin yang telah dicop oleh AS sebagai teroris. Seluruh dunia telah pun mengetahui akan kejahatan tentera AS di penjara Guantanamo. Gambar-gambar yang terdedah sekali-sekala itu sudah cukup membuktikan ‘sedikit’ penderitaan yang dialami oleh para tahanan. Yang tidak terdedah, hanya Allah sahaja yang tahu berapa ‘banyak’nya seksaan yang dialami oleh mereka.

Namun, apa yang menyedihkan kita ialah, walau berapa banyak sekalipun gambar seksaan yang tersiar, namun para pemimpin kaum Muslimin masih tetap berpeluk tubuh dan masih nyenyak beradu. Mereka bangun di pagi hari dan masih mengira berapa banyak lagi kekayaan negara yang masih belum mereka rampas. Mereka bangun di pagi hari dan mereka merancang kekayaan negara manakah yang masih belum dikaut pada hari ini. Begitulah sikap para pemimpin umat Islam. Mereka langsung tidak mengendahkan seksaan yang menimpa saudara-saudara mereka di penjara AS yang tersiar dari masa ke semasa. Yang penting bagi mereka hanyalah untuk menambahbuncitkan perut mereka sahaja. Semoga Allah membalas segala kejahatan tentera AS dan juga sikap berdiam diri penguasa Muslim hari ini dengan sekeras-kerasnya.

Di sebalik segala penderitaan yang di alami oleh tahanan Guantanamo dan lain-lain penjara rahsia AS, sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan semua perkara tersebut. Dan sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan bahawa Hizbut Tahrir sedang berusaha bermati-matian siang dan malam untuk menegakkan Daulah Khilafah, untuk melantik seorang Khalifah dari kalangan kaum Muslimin yang akan menghantar tentera-tenteraNya untuk melawan segala kejahatan Amerika ini. Para pemuda Hizbut Tahrir di seluruh dunia berjuang tanpa mengira penat dan lelah untuk menyedarkan umat Islam bahawa para pemimpin mereka semuanya adalah para pengecut dan hanya mementingkan diri sendiri. Hizbut Tahrir berusaha untuk menggantikan para pemerintah pengkhianat umat ini kepada seorang Khalifah yang akan membebaskan semua kaum Muslimin di semua penjara AS, dan yang akan membebaskan kesemua tanah kaum Muslimin dari cengkaman AS. Sesungguhnya Hizbut Tahrir yakin akan janji Allah dan janji RasulNya, bahawa pertolongan Allah akan tiba dan Daulah Khilafah di atas manhaj kenabian akan tertegak semula. Pada waktu ini, maka Khalifah akan menghantar bala tenteranya untuk berhadapan dengan tentera AS laknatullah dan Hizbut Tahrir yakin bahawa kemenangan pastinya akan berpihak kepada tentera Islam di bawah panji La ilaha ilallah Muhammad Rasulullah.

KARADZIC DAH DITANGKAP, BUSH HANYA MENUNGGU MASA!

KARADZIC DAH DITANGKAP, BUSH HANYA MENUNGGU MASA!

Pada 21 Julai 2008 yang lepas, dunia dikejutkan dengan berita tertangkapnya penjenayah perang yang palingkaradzic dikehendaki di Eropah selepas perang dunia kedua, iaitu Radovan Karadzic. Tarikh penangkapan sebenar Karadzic ini disangkal oleh peguamnya, Sveta Vujacic yang menyatakan bahawa Karadzic telah ditangkap lebih awal iaitu pada 18 Julai lagi. Sebelum itu Amerika telah berlagak baik dengan menawarkan USD$5 juta kepada sesiapa yang berjaya menangkap atau memberi maklumat sehingga tertangkapnya si Karadzic ini. Selama 13 tahun Karadzic dilaporkan hidup dalam penyamaran sebagai Dr. Dragan David Dabic yang mengamalkan teknik perubatan alternatif dan psikologi di bawah syarikat bernama "Human Quantum Energy".

Pelbagai reaksi dapat kita lihat sejak penangkapan Karadzic diumumkan. Antaranya ialah seperti yang dapat ditonton dalam TV3 pada malam 21 Julai 2008, di mana penduduk di Serbia dan Bosnia berpesta di jalanan setelah diumumkan penangkapan Karadzic ini. Tidak kurang yang mengucap syukur dan berterima kasih atas “berita gembira” ini yang amat mereka nantikan sekian lama. Namun ada juga penyokong Karadzic yang marah dengan apa yang terjadi.

Semasa berkuasa pada tahun 1992–1995, Karadzic telah banyak melakukan kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai di sekitar Serbia-Bosnia. Ketika PBB menyerahkan pengendalian Kem Perlindungan di Sebrenica kepada tentera Serb di bawah kendalian Ratko Mladic (Jeneral Perang Karadzic) pada Julai 1995, pembunuhan beramai-ramai kaum Muslimin yang berlindung di situ dilakukan oleh Mladic dan Karadzic dengan kejamnya. Dilaporkan bahawa lebih daripada 8000 mangsa telah terbunuh di kem tersebut. Ini tidak termasuk lagi dengan berpuluh-puluh ribu lagi yang terbunuh di seluruh Serbia-Bosnia. Juga ada terdapat sumber menyatakan bahawa “cara” pembunuhan kejam Karadzic ini dilakukan adalah dengan mengumpulkan ramai orang awan di dalam sebuah gudang yang besar dan dikunci dari luar, sebelum dibom dan ditembak bertalu-talu. Ini hanyalah sebahagian daripada siri-siri kekejaman Karadzic ini.

Dalam pada masyarakat dunia bergembira dengan penangkapan penjenayah perang paling dikehendaki ini, sebahagian besar penduduk dunia telah lupa bahawa sebenarnya bapa kepada segala penjenayah perang dunia masih hidup bebas dan dihormati. Siapa lagi kalau bukan si Bush laknatullah! George Bush, Tony Blair dan sekutu mereka masih lagi terlepas bebas, walhal mereka ini berada di tangga pertama dan kedua ranking penjenayah perang yang paling zalim di abad ini. Sejak dulu hingga kini, kedua penyangak ini masih hidup bebas dan mewah dan dalam Bush laknatullah masih lagi aktif memburu mangsa siang dan malam. Pelbagai kerosakan dan kekejaman yang dilakukan oleh penjenayah No. 1 dunia ini, khususnya ke atas umat Islam. Perang yang dilancarkan ke atas Afghanistan masih berlangsung hingga kini. Begitu juga Iraq, pertempuran demi pertempuran masih terus berlaku. Askar AS masih lagi ramai ditempatkan di Iraq dan juga Afghanistan atas perintah Presiden regim AS ini.

Sekiranya diteliti dari fakta yang berlaku di Afghanistan dan Iraq, jumlah korban yang dilakukan oleh tangan Bush laknatullah dan sekutunya, di Afghanistan, dilaporkan seramai lebih daripada 50,000 telah terkorban semenjak 2001 manakala di Iraq pula, jumlah korban mencecah 100,000 orang. Jumlah ini pastinya belum termasuk jumlah korban akibat kebuluran, wabak penyakit dan lain–lain kesan akibat perang yang dilancarkan oleh Bush celaka ini.

Jumlah korban yang dilakukan Bush dan Blair pastinya lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah korban yang telah dilakukan oleh Karadzic (sekiranya “jumlah korban” yang menjadi ukuran). Justeru, kalau Karadzic dianggap sebagai penjenayah perang yang paling dikehendaki di Eropah, maka gelaran yang layak untuk Bush adalah penjenayah perang yang paling dikehendaki di dunia. Namun, apa yang berlaku sekarang, penjenayah No.1 dunia ini masih bebas ke sana ke mari menjaja cerita dongeng terorisnya dan agenda demokrasi basinya. Sekiranya Karadzic ditangkap setelah sekian lama menyembunyikan diri, kenapa pula Bush, penjenayah perang yang paling kejam di abad ini, yang berada jelas di depan mata, masih dibiarkan bebas melakukan kerosakan dan pembunuhan?

Sudah semestinya, pengganas dan penjenayah No.1 dunia ini akan terus bebas terlepas dalam keadaan AS masih lagi negara super power dan sistem Kapitalis masih lagi mengatur dunia. Namun, bila Daulah Khilafah tegak nanti, maka penjenayah seperti Bush ini Insya Allah tidak akan dibiarkan oleh Khalifah untuk terus merosakkan dunia ini dan melakukan pembunuhan sesuka hatinya. Apabila terwujudnya Khilafah sedikit masa lagi, maka AS tentunya ibarat buku bertemu ruas, dan kemenangan pasti akan berpihak kepada umat Islam, dengan pertolongan dari Allah Azza wa Jalla. ALLAHU AKBAR!

PEMBUKTIAN DAN HUKUMAN LIWAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

PEMBUKTIAN DAN HUKUMAN LIWAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

Oleh : INFO ISLAM

(infotainment_islam@yahoo.com)

Liwat dengan zina adalah dua perkara yang berbeza, di mana liwat didefinisikan sebagai memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam dubur lelaki yang lain. Manakala zina pula adalah memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam faraj perempuan. Maka dengan itu, hukuman liwat adalah berbeza dengan hukuman zina, kerana diantara keduanya terdapat perbezaan dari segi fakta dan definisi yang telah disebutkan di atas.

Liwat juga tidak boleh diqiaskan dengan zina, kerana dalil yang menjelaskan tentang zina, tidak mengandungi ‘illat sama sekali, sama ada ‘illat dalalah, ‘llat sharahah, ‘illat istinbath mahupun ‘illat qiyas. Sekiranya, sesuatu dalil tidak mengandungi ‘illat, maka tidak boleh sama sekali kita mencari-cari ‘illatnya bagi menetapkan sesuatu hukum. Kerana ‘illat itu, mestilah berdasarkan kepada ‘illat syar’iyyah, bukannya ‘illat ‘aqliyyah iaitu ‘illat yang berdasarkan ‘aqal semata-mata dan tidak bersandar kepada nash-nash syara’ (nusus asy-syar’iyyah) serta tidak mengandungi rukun-rukun qiyas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama ushul fiqh (ushuliyyun). Kaedah ‘illat juga menyatakan; “al-‘illat taduru ma’a ma’luul wujudan wa ‘adaman” (‘illat itu beredar kepada apa yang di’illati ada atau tidak adanya).

Dengan demikian, telah jelas bahawa liwat tidak sama dengan zina. Sekaligus, hukumannya juga berbeza dengan hukuman zina. Namun, kedua-dua hal tersebut termasuk kategori hudud, bukan jenayah (jinayat), ta’zir mahupun qisas. Apatah lagi mukhalafat. Selain itu, mendatangi wanita pada duburnya, tidak disebut sebagai liwat. Bahkan perbuatan tersebut juga, tidak dinamakan liwat. Ini kerana, perbuatan yang dikategorikan sebagai liwat bukan sekadar memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam dubur, akan tetapi ia adalah hubungan kelamin lelaki dengan lelaki sahaja, tidak perempuan, walaupun seorang lelaki tersebut telah mendatangi seorang wanita melalui dubur. Ia tidak dianggap sebagai meliwat wanita tersebut, kerana liwat hanya melibatkan hubungan kelamin antara lelaki dengan lelaki sahaja. Maka hukuman yang akan dikenakan kepada lelaki yang mendatangi wanita melalui dubur adalah ta’zir, bukannya hukuman hudud sebagaimana hukuman hudud bagi liwat.

Oleh yang demikian, Khalifah atau Qadhi, wajib menjatuhkan hukuman ta’zir kepada pelaku-pelaku yang telah melakukan hal tersebut-(mendatangi wanita melalui dubur)-dengan hukuman yang menyakitkan, sehingga hukuman itu dapat menebus kesalahan yang telah ia lakukan, di samping mencegah pelakunya daripada mengulanginya semula. Ini kerana, fungsi hukuman (‘uqubat) dalam Islam adalah sebagai pencegah (zawajir) dan penebus (jawabir).

Islam telah menetapkan bahawa hukuman liwat adalah bunuh, sama ada pelakunya belum berkahwin (ghair muhshan)ataupun yang telah berkahwin (muhshan). Sesiapa saja yang telah terbukti melakukan liwat, maka ianya dihukum bunuh. Dalilnya berdasarkan sunnah dan ijma’ ash-sahabah. Dalil sunnah yang diriwayatkan oleh Imam yang lima kecuali An-Nasai bahawa ‘Ikrimah menyebutkan;

Dari Ibnu ‘Abbas r.a berkata; Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda;

3869 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ. (سنن أبي داود, الدارقطني, الطبراني, ابن ماجه, الترمذي, مسند أحمد, الحاكم والبيهقي)

Barangsiapa yang kamu jumpa, yang mana ia melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, maka bunuhlah keduanya.

Inilah dalil yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di dalam hadisnya bahawa hukuman liwat adalah bunuh kedua-duanya. Manakala dalil yang ditunjukkan oleh ijma’ ash-sahabah adalah kesepakatan para sahabat untuk membunuh pelaku liwat, sama ada yang belum berkahwin mahupun yang telah berkahwin. Hukumnya tetap sama iaitu bunuh. Ijma’ Ash-Sahabah juga merupakan dalil syara’ sebagaimana Sunnah. Dalil syara’ yang disepakati oleh ulama ushul fiqh (ushuliyyun) hanya 4 sahaja iaitu;

1. Al-Quran Al-Karim

2. As-Sunnah An-Nabawiyyah Al-Muthahharah

3. Ijma’ Ash-Sahabah

4. Qiyas Asy-Syar’iyyah

Imam Baihaqi telah mengeluarkan hadis, dari ‘Ali Bin Abi Thalib r.a bahawa beliau merejam pelaku liwat. Hadis lain yang dikelurkan oleh Baihaqi, dari Abu Bakar r.a bahawa beliau mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan kes liwat. Di antara para sahabat Rasulullah itu, yang paling tegas pendapatnya adalah ‘Ali Bin Abi Thalib r.a. Beliau mengatakan; “Liwat adalah perbuatan dosa yang belum pernah dilakukan oleh umat manusia, kecuali satu umat yakni kaum lut sebagaimana yang telah kamu ketahui. Dengan demikian, pelaku liwat msti dibakar dengan api.” Diriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad, dari bapanya, dari ‘Ali Bin Abi Thalib r.a selain dari kisah ini berkata; “Rejam dan bakrlah dengan api.” Imam Baihaqi juga mengeluarkan hadis, dari Ibnu ‘Abbas bahawa beliau ditanya tentang hukum hudud bagi pelaku liwat, maka beliau r.a berkata; “Jatuhkanlah dari atas bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, kemudian hujanilah dengan lemparan batu.” Diriwayatkan dari ‘Ali Bin Abi Thalib r.a bahawa beliau membunuh pelaku liwat dengan pedang, kemudian membakarnya, disebabkan besarnya dosa liwat ini. ‘Umar r.a dan ‘Utsman r.a berpendapat; “Pelaku liwat dilempari dengan benda-benda keras sehingga mati.” Semua ini adalah pendapat dan tindakan para sahabat dalam melaksanakan hukuman bagi pelaku-pelaku liwat iaitu dibunuh, walaupun uslub pembunuhannya berbeza-beza.Namun demikian, hukumannya tetap dibunuh, sama ada direjam, dipancung, dilempar dari bangunan yang tinggi dan berbagai lagi uslub yang boleh digunakan untuk melaksanakan hukuma bunuh ke atas pelaku-pelaku liwat.

Pembuktian dalam kes liwat berbeza dengan pembuktian zina. Namun demikian, ia sama seperti halnya pembuktian lain yang terdapat dalam salah satu had dari hukum hudud, kecuali zina. Hakikatnya, liwat tidak boleh disamakan dengan zina. Oleh kerana itu liwat tidak boleh ditetapkan berdasarkan bayyinah (pembuktian) zina. Pembuktian liwat dikategorikan ke dalam dalil hudud yang lain (selain zina).

Liwat terbukti dengan adanya;

1. Pengakuan

2. Kesaksian 2 orang saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagaimana pembuktian (bayyinah) dalam kes pencurian serta kes hudud yang lain

Sekilas mengenai hukum-hukum pembuktian (ahkam al-bayyinat) dalam Islam, di mana hukum-hukum pembuktian tersebut sama seperti halnya hukum-hukum Islam yang lain, yang merupakan hukum-hukum syara’ yang digali dari dalil-dalil yang bersifat tafshiliyyah (terperinci). Syeikh Ahmad ad-Da’ur dalam Kitab Ahkaam al-Bayyinat mendefiniskan bukti (al-bayyinat) sebagai semua hal atau perkara yang dapat membuktikan sesuatu dakwaan. Bukti juga merupakan hujah bagi orang yang mendakwa atas dakwaannya. Islam menjelaskan bahawa bukti itu ada 4 jenis;

1. Pengakuan

2. Sumpah

3. Kesaksian

4. Dokumen-dokumen bertulis yang meyakinkan

Keempat-empat bukti di atas adalah bukti-bukti yang telah ditetapkan oleh syara’. Tidak ada bukti-bukti yang lain yang diiktiraf oleh syara’, melainkan 4 bukti di atas sahaja. Mengenai indikasi (qarinah) pula, ia tidak termasuk sebagai bukti menurut syara’.

Hukuman hudud liwat dapat dijatuhkan dengan syarat kedua-dua pelakunya itu baligh, berakal, rela dengan sendirinya (bukan dipaksa) dan terbukti telah melakukan liwat dengan bukti syar’ie iaitu pengakuan dan dengan kesaksian 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan. Sekiranya, pelaku liwat adalah kanak-kanak, orang gila atau dipaksa dengan pemaksaan yang sangat, maka ia tidak dijatuhi had liwat.

 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR