ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS

AL-QURAN DIHINA JIHAD JAWABNYA

AL-QURAN DIHINA JIHAD JAWABNYA

Dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan sebuah penghinaan. Pada hari Sabtu lepas seorang ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah menerbitkan sebuah filem pendeknya yang menghina Islam dengan tajuk Fitna. Filem itu, yang mula ditayangkan secara online pada 27 Mac lepas memaparkan penghinaan kepada Rasulullah dan juga Al-Quran yang didakwa oleh sikafir Wilders ini sebagai penganjur keganasan. Perbuatan biadab Wilders ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Beberapa demonstrasi di luar negara diadakan di hadapan kedutaan Belanda atas sikap kurang ajar Geert Wilders itu. Di Malaysia, Dewan Pemuda PAS telah menghantar memorandum kepada kedutaan Belanda yang mengecam tindakan tersebut. Pemuda UMNO yang selama ini memperjuangkan agenda Melayu, juga turut menghantar memorandum bantahan kepada Duta Belanda, Lody Embrechts di kediaman rasmi duta tersebut di Jalan Langgak Golf.

Kebiadaban Geert Wilders ini sebenarnya bukanlah kali pertama. Pada November 2007, semasa menyatakan hasrat jahatnya untuk membuat sebuah filem pendek, beliau menyatakan “I will make the film and see what reaction it creates” (saya akan membuat satu filem dan melihat apakah reaksi yang bakal muncul) [http://www.iht.com/articles/ap/2007/11/28/europe/EU-GEN-Netherlands-Anti-Quran-Film.php]. Antara kata-kata keji beliau yang lain adalah, “Ban this wretched book (Qur'an) just like Mein Kampf is banned” (Sekat buku bedebah ini (Qur’an) seperti mana Mein Kampf disekat – ‘Mein Kampf” adalah sebuah buku karangan Hitler yang memicu kekejaman dan kezaliman). “Muslims living in the Netherlands should tear out half of the Koran” (Muslim yang tinggal di Belanda harus mengoyak separuh dari Quran). “If Mohammad lived here today, I would propose chasing him out of the country with peck and fetters.” (Jika Muhammad hidup/tinggal di sini hari ini, saya akan mencadangkan dia dihalau dari negara ini)

Belanda Hirsi Ali dan Geert Wilders

Belanda adalah sebuah negara Kapitalis Imperialis pada zaman penjajahan di mana Indonesia adalah antara sebuah negara umat Islam yang menjadi jajahannya. Di zaman neokolonialisme ini Belanda menjadi antara negara paling liberal di Eropah yang memegang erat konsep persamaan (equality), tolak-ansur (tolerance) dan keadilan (justice). Namun, apabila berhadapan dengan kaum Muslimin, semua nilai-nilai ini akan sirna, sebaliknya penghinaan, seksaan, penculikan pembunuhan dan tahanan tanpa perbicaraan adalah sesuatu yang mereka boleh terima. Tindakan seorang Muslim atau gerakan Islam yang mempertahankan diri mereka dari serangan dan penjajahan kejam AS telah dianggap sebagai ‘perlawanan haram’. Tidak ada lagi equality, tolerance mahupun justice dan ‘Konvensyen Geneva’ yang mereka agung-agungkan juga terus dipersetankan, kerana apabila menghadapi umat Islam, “rules of the game changes” (peraturan permainan bertukar).

Sebenarnya sebelum Geert Wilders telah ada pendahulunya dalam melakukan serangan terhadap Islam, iaitu seorang perempuan, Ayaan Hirsi Ali, yang telah murtad dan mendapat suaka politik di Belanda atas penentangan terbukanya kepada Islam. Dia kemudian muncul menjadi ahli politik penting atas tiket ‘bekas Muslim’nya dan dijulang oleh Belanda serta tidak putus-putus dijemput ke seminar dan kuliah untuk menghentam Islam, khususnya berkenaan kedudukan ‘perempuan dalam Islam’. Dia juga diberi peluang untuk menulis buku dan skrip filem ‘Submission’ yang menggambarkan bahawa Al-Quran menggalakkan keganasan dan pencabulan perempuan dalam keluarga!

Hirsi Ali kemudian telah dihalau keluar dari Belanda apabila dia dikritik secara terbuka kerana telah melakukan penipuan dalam borang permohonan suaka politiknya. Semasa tiba di Belanda pada tahun 1992, dia mendakwa berjaya melarikan diri dari dikahwini secara paksa oleh keluarganya di Somalia, yang sedang bergolak ketika itu. Hal inilah yang menyebabkan Belanda membenarkan suaka politik kepadanya, kerana dia ‘berjaya’ membuktikan yang Islam menindas wanita, sebagaimana yang dialaminya sendiri. Bagaimanapun, sebuah rancangan televisyen Belanda telah mendedahkan penipuan Hirsi apabila ahli keluarganya menyatakan mereka langsung tidak tahu menahu tentang ‘perkahwinan paksa’ tersebut, bahkan dia selama ini tinggal dan hidup mewah di Kenya selama 12 tahun. Meskipun pembohongannya terdedah secara besar-besaran, namun si murtad ini tetap saja diusung sebagai juara oleh Barat, bahkan diberi autoriti untuk menerangkan Islam dalam banyak siri kuliah. Selepas dihalau keluar dari Belanda, si sampah ini kemudian dikitar semula oleh regim AS dengan memberikan kerusi penyelidik di AEI (American Enterprise Isntitute). Ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara ‘kelayakan’ untuk memasuki dunia intelektual Barat dan boleh dijadikan autoriti untuk bercakap tentang Islam adalah ‘kebencian’ terhadap Islam, bukannya kredibiliti atau kebolehpercayaan, seperti mana kes Geert Wilders yang celaka ini.

Geert Wilders adalah anggota parlimen Belanda semenjak 1998. Sebagaimana Hirsi Ali, Geert mencapai kejayaan apabila menunjukkan sikap permusuhan terbuka terhadap Islam. Dalam bulan September 2004 beliau telah meninggalkan People's Party for Freedom and Democracy dan menubuhkan partinya sendiri iaitu Party for Freedom. Ketika itu dialah satu-satunya wakil parti baru ini di parlimen. Dalam undian yang dikeluarkan setelah pembunuhan Theo Van Gogh (pengarah filem anti-Islam ‘Submission’), parti ini dijangka memenangi 29 (daripada 150 kerusi), namun apabila isu pembunuhan Van Gogh telah reda, pada Oktober 2005, jumlah undi (jangkaan kerusi yang akan dimenangi) tersebut turun hanya kepada satu undi sahaja. Bagaimanapun, setelah akhbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan kartun menghina Rasulullah dalam bulan Februari 2006, populariti parti ini meningkat semula kepada 3 kerusi, dan akhirnya sekarang Party for Freedom ini memenangi 9 kerusi, menjadikannya parti pembangkang ketiga terkuat di Belanda. Modalnya untuk mencapai populariti mudah sahaja iaitu sikap anti-Islam. Sikap anti-Islam ini bukannya hanya terhad kepada orang-orang macam Geert Wilders sahaja, bahkan kerajaan Belanda sendiri pernah mengemukakan satu rang undang-undang untuk mengharamkan pemakaian purdah (niqab) di tempat awam yang menjadikannya negara pertama di Eropah yang menguatkuasakannya, namun menemui kegagalan. Wilders pula tidak puas-puas menaikkan balik isu pengharaman niqab ini, di samping banyak lagi perkara lain yang beliau tuntut agar diharamkan seperti Al-Quran dan juga kewarganegaraan Belanda untuk Muslim.

Sinopsis Filem Fitna & Tafsiran Songsang Geert

Pada permulaan filem pendek Fitna keluaran Geert ini, ia memaparkan lukisan kartun Rasulullah yang dikeluarkan Denmark pada 30 September 2005, yang sedang memakai serban bom jangka, di mana detik pengiraan masa bermula pada kiraan 15:00. Kemudian dipaparkan bacaan al-Quran, Surah 8:60 yang bermaksud, “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)” [TMQ Al-Anfaal (8):60]. Sebagai seorang kafir yang jahat dan jahil tentang ayat-ayat Allah, Geert menjelaskan bahawa kedudukan ayat ini adalah untuk membenarkan aktiviti ‘keganasan’ terhadap orang awam. Geert mengambarkan bahawa umat Islam diajar untuk menjadi pengganas kerana Al-Quran sendiri menyeru untuk menggerunkan musuh Allah. Geert memasukkan latar belakang peristiwa 9/11 dan beberapa deretan mayat serta khutbah yang berapi-rapi dalam bahasa Arab yang menuntut supaya semua orang kafir dibunuh, dan pembunuhan mereka dikira sebagai kebaikan oleh Allah.

Walhal di dalam ayat yang mulia ini, Allah memerintahkan untuk mempersiapkan kelengkapan perang yang mampu menakutkan musuh, bukannya perintah dari Allah untuk membunuh orang awam, sebagaimana tafsiran menyeleweng Geert. Tuntutan dalam ayat ini adalah untuk ‘pemerintah’ kaum Muslimin agar menyediakan kekuatan semampu-mampunya untuk menggerunkan musuh Allah, yang merupakan pendekatan pro-aktif yang diperintah Allah dalam menghadapi kekuatan musuh. Ayat ini langsung tidak ada kaitan dengan aktiviti pengeboman dalam peristiwa 9/11 atau apa-apa pembunuhan ke atas orang awam (yang tidak pernah terbukti pun dilakukan oleh orang Islam). Ini antara perkara penting yang langsung tidak disentuh oleh Geert mala’un ini. Bahkan kajian menunjukkan bahawa hanya 50% dari penduduk New York itu sendiri yang mempercayai ia dilakukan oleh orang Islam, itu pun kerana mereka tidak ada maklumat sekunder selain dari hanya membaca media massa kerajaan. Ternyata setelah video bertajuk ‘Re-open 9/11’ dikeluarkan, yang membuktikan dengan jelas bahawa peristiwa 9/11 adalah perancangan licik pentadbiran Bush, para intelektual dan profesional AS sendiri telah meragui tentang kesahihan tuduhan Bush ke atas umat Islam, malah ramai yang meyakini ia dilakukan oleh pentadbiran White House sendiri. Hal ini langsung tidak disebut oleh Geert.

Sesungguhnya kerana pemimpin umat Islam hari ini melalaikan tuntutan ayat inilah yang menyebabkan kegerunan dalam dada musuh-musuh Islam tercabut, dan Fitna adalah manifestasinya.

Dalam slot seterusnya, Geert memaparkan Surah 4:56, “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [TMQ Al-Nisa’ (4):56]. Berlatar-belakangkan satu khutbah dalam bahasa Arab yang menunjukkan seorang khatib membacakan hadis bahawa pada akhir zaman kelak kaum Yahudi akan dibunuh kerana sikap permusuhan mereka terhadap Islam. Meskipun mereka bersembunyi di balik batu, batu itu akan memberitahu kaum Muslimin bahawa ada Yahudi di belakangnya. Dengan penuh bersemangat, khatib tersebut mencabut pedangnya menunjukkan aksi untuk membunuh Yahudi. Dalam slot ini, Geert cuba mengaitkan Islam dengan sikap seperti Hitler yang kejam dan anti-Yahudi. Walaupun kita tidak menafikan kisah pembunuhan/peperangan ke atas Yahudi yang telah disebut oleh hadis Rasulullah, namun ayat yang dipaparkan oleh Geert yang jahil ini langsung tidak ada kena-mengena dengan mesej yang cuba dibawanya. Ayat ini adalah berbentuk ikhbar (pemberitahuan) yang mana Allah menceritakan sifat/bentuk seksaan yang bakal menimpa orang-orang kafir dalam neraka kelak. Ia tidak mengandungi apa-apa thalab (tuntutan) untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti membunuh Yahudi atau lain-lain. Ayat ini tidak memerintahkan apa-apa perbuatan yang perlu kita lakukan ke atas orang kafir, tetapi ayat ini adalah sebahagian dari persoalan aqidah yang wajib diyakini oleh kaum Muslimin bahawa orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah akan diseksa dengan pedih di neraka (semoga Geert adalah salah seorang darinya).

Menurut satu sumber [sila lihat http://youtube.com/watch?v=qadPcR4fyzg&feature=related] kejahatan Geert terserlah apabila dia hanya memetik satu khutbah yang sebenarnya bukan merupakan ‘cara biasa’ khutbah disampaikan oleh seseorang khatib (yang diketahui umum oleh umat Islam) dan sumber tersebut menjelaskan bahawa khutbah tersebut disampaikan di Baghdad sejurus setelah tentera Amerika memasuki Baghdad dan melakukan pembunuhan ke atas umat Islam.

Dalam slot berikutnya, ayat jihad dalam Surah 47:4 ditafsir membabi buta oleh Geert sebagai memberi lesen kepada Muslim untuk membunuh orang kafir secara sembarangan. Isu Van Gogh (yang menerbitkan filem Submission) di manipulasi sedemikian rupa oleh Geert di mana Van Gogh telah dijadikan hero kerana dikatakan menjadi mangsa kepada kekejaman orang Islam. Gambar Mohamad B (pembunuh Van Gogh) dan kata-katanya telah dijadikan modal oleh Geert untuk menunjukkan sikap ganas umat Islam. Walhal sikap biadab Van Gogh menghina Islam dibiarkan atas nama ‘freedom’. Ayat dalam surah ini berbunyi, “Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka, sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain, dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka” [TMQ Muhammad (47):4].

Ayat ini bukanlah memberi ‘lesen membunuh’ kepada Muslim sesuka hati, tetapi ia menerangkan dengan jelas apa yang perlu dilakukan oleh Muslim apabila berhadapan dengan orang kafir di medan perang. Ayat ini langsung tidak boleh dikaitkan dengan perbuatan Mohammad B yang membunuh Van Gogh. Ia (ayat ini) adalah berupa perintah Allah kepada kaum Muslimin untuk membunuh orang kafir semasa di medan perang. Kita semua jelas bahawa dalam keadaan biasa (tiada peperangan), Islam melarang membunuh orang-orang kafir tanpa hak. Islam bahkan dengan jelas mengharamkan pembunuhan kafir zimmi, kafir musta’man mahupun kafir mu’ahid. Inilah yang tidak difahami atau dikaji oleh Geert.

Terdapat beberapa lagi ayat lain yang diselewengkan oleh si kafir Geert ini yang tak dapat kami perjelaskan kerana keterbatasan ruang. Si hina ini, tanpa memahami makna Al-Quran dan tanpa merujuk kepada asbabun nuzul ayat, melakukan tafsiran ayat-ayat Allah yang sebenarnya dibaluti dengan sifat keji dan bencinya terhadap Islam. Menghampiri penghujung video pendeknya, Geert cuba menggambarkan apa yang akan terjadi kepada Belanda jika Islam memerintah di mana golongan murtad akan dibunuh, suami/isteri yang berzina akan dibunuh, begitu juga dengan golongan homoseksual (gay). Ditunjukkan kepala seorang wanita bertudung yang terpotong (dari badan) dan juga gambar beberapa orang gay yang ditutup mata, diikat tangannya dan digantung. Keratan akhbar yang menunjukkan tuntutan agar Salman Rushdie dan Hirsi Ali dihukum bunuh turut dipaparkan. Inilah antara usaha Geert untuk menyusupkan rasa takut dan benci orang-orang kafir terhadap Islam, dengan menggambarkan Al-Quran sebagai sebuah kitab yang memerintah kepada pembunuhan dan keganasan serta menyekat segala bentuk kebebasan (freedom) yang diagung-agungkan dan diamalkan oleh mereka selama ini. Geert jahil bahawa urusan Salman Rushdie, Ayaan Hirsi Ali dan lain-lain orang yang murtad serta melakukan kemaksiatan kepada Allah adalah urusan dalaman umat Islam yang mana hukumannya telah ditentukan oleh Allah, Zat Yang Maha Mengetahui tentang makhluk ciptaanNya. Namun, atas nama kebebasan dalam sistem demokrasi, Geert berpeluang menzahirkan permusuhannya kepada kaum Muslimin dengan mengamalkan konsep ‘the enemy of my enemy is my friend’ (musuh kepada musuhku adalah sahabatku).

Akhir sekali di dalam filem ini, kita melihat bagaimana Al-Quran dikoyak, dengan diikuti gambar Nabi Muhammad yang memakai bom di kepala kemudian meletup. Inilah secara ringkas tentang filem rekaan Geert Wilders ini (semoga Allah melaknatnya).

Sikap Penguasa Sekarang vs Khalifah

Dengan penghinaan yang berkali-kali yang dilakukan golongan kuffar ke atas Rasulullah, Al-Quran dan juga Islam, anehnya, sebahagian besar penguasa dan ulama di dunia Islam saat ini hanya diam terpaku dan masih nyenyak beradu. Jika ada pun tindakan yang diambil, hanya sekadar melahirkan rasa kesal, mengecam, mengutuk, menghantar memorandum bantahan, gesaan agar memboikot barangan keluaran negara berkenaan dan gesaan agar penghina berkenaan memohon maaf. Inilah tindakan ‘paling berani’ yang diambil oleh pemerintah dan ulama yang ada, termasuklah di Malaysia. Jika baru-baru ini pemerintah menganjurkan perarakan maulid ar-rasul secara besar-besaran, kononnya atas rasa cinta kepada Rasulullah, namun ternyata, apabila Rasulullah dan Al-Quran dihina secara terang-terangan, ‘rasa cinta’ hanyalah terbukti di mulut, di televisyen, di radio dan di akhbar-akhbar sahaja. Jika pada zaman para sahabat, rasa cinta mereka benar-benar dimanifestasikan dengan tergadainya nyawa mereka demi mempertahankan Rasulullah, kini, ‘rasa cinta’ pemerintah sekarang (yang menyambut hari kelahiran Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam besar-besaran) dimanifestasikan hanya dengan mulut dan juga sekeping ‘kertas bantahan’. Alangkah ‘cintanya’ mereka kepada Rasulullah!

Bandingkanlah, jika mereka sendiri (pemerintah sekarang, baik Perdana Menteri atau mana-mana Menteri) dihina dengan dilukiskan gambar mereka dengan berserbankan bom dan dilabel sebagai pengganas, atau dilukiskan gambar mereka dan dicampakkan ke lubang tandas, apakah reaksi mereka agaknya? Namun apabila Rasulullah yang merupakan semulia-mulia makhluk Allah, dihina, mereka hanya justeru berpeluk tubuh dan hanya mengeluarkan kata-kata lembut yang tidak bermakna kepada penghina Rasul. Wajarkah tindakan mereka ini? Jika Al-Quran yang suci lagi mulia dimasukkan ke lubang tandas mereka boleh berdiam diri, dan jika Rasulullah kekasih Allah, dihina, mereka juga tetap berdiam diri, di manakah letaknya kecintaan mereka kepada Al-Quran dan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam? Bukankah Rasulullah wajib lebih kita cintai daripada diri kita sendiri, keluarga kita dan harta kita seperti yang ditegaskan dalam banyak hadis? Seperti inikah sikap seorang penguasa Muslim yang Allah kehendaki atau yang kita semua kehendaki? Alangkah jauhnya mereka dari ajaran Islam dan jauhnya mereka berbanding sikap para Khalifah kaum Muslimin yang mempertahankan Rasulullah dengan darah dan nyawa mereka.

Suatu ketika dahulu, Perancis pernah merancang untuk mengadakan pementasan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire. Dramanya bertemakan “Muhammad atau Kefanatikan”. Di samping mencaci Rasulullah, drama tersebut turut menghina Zaid dan juga Zainab. Ketika Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu tentang hal tersebut, melalui dutanya di Perancis, beliau segera memberikan amaran kepada pemerintah Perancis supaya menghentikan pementasan drama tersebut serta-merta. Beliau mengingatkan bahawa Perancis bakal berhadapan dengan tindakan politik jika tetap meneruskan pementasan tersebut. Pemerintah Perancis akhirnya tunduk dan membatalkan pementasan tersebut. Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut kemudiannya berangkat ke Britain. Mereka merencanakan untuk mengadakan pementasan yang sama di Britain. Sekali lagi, Khalifah Abdul Hamid yang mendapat tahu akan hal itu, terus memberi amaran kepada Britain. Britain dengan angkuhnya tidak melayan amaran tersebut. Alasannya, tiket sudah habis terjual dan jika dibatalkan drama tersebut, ini bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) yang dianutinya. Wakil Khilafah Uthmaniyyah di sana kemudian menegaskan kepada pemerintah Britain bahawa Perancis telah pun membatalkan acara tersebut sekalipun sama-sama mendukung kebebasan sebagaimana Britain. Pihak Britain justeru menjawab bahawa kebebasan yang dinikmati rakyatnya jauh lebih baik daripada apa yang ada di Perancis. Setelah mendengar sikap Britain yang demikian, sang Khalifah terus memberi amaran, “Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Britain sedang menyerang dan menghina Rasul kita. Aku akan mengobarkan jihad al-akbar!”. Melihat keseriusan Khalifah dalam menjaga kehormatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut, pemerintah Britain terus terdiam dari ‘cakap besar’nya tentang kebebasan, dan pementasan drama itu pun dibatalkan [Lihat: Majalah al-Wa‘ie, No. 31, 2003].

Jika penguasa yang ada sekarang masih beriman kepada Allah dan RasulNya, maka mereka juga mesti mengambil sikap sebagaimana Khalifah Abdul Hamid ini. Sesungguhnya telah jelas bagi umat Islam bahawa tidak ada hukuman lain bagi penghina Rasulullah kecuali mati. Imam asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, antara lain pendapat Imam Malik, yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani dan sebagainya yang menghina Rasulullah, maka wajib dijatuhi hukuman mati, kecuali jika mereka bertaubat dan masuk Islam. Adapun jika pelakunya seorang Muslim, ia wajib dihukum tanpa diterima taubatnya. Imam asy-Syaukani mengatakan bahawa pendapat tersebut sama dengan pendapat Imam Syafii dan juga Imam Hanbali [sila rujuk SN056 – Karikatur Menghina Rasulullah Adalah Bukti Kebencian Kaum Kuffar Terhadap Islam untuk penjelasan lanjut].

Khatimah

Wahai umat Muhammad! Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “...telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi...” [TMQ Ali-Imran (3):118]. Inilah peringatan Allah kepada kita tentang kedudukan orang kafir yang akan membenci kita hingga hari Kiamat. Justeru, penghinaan mereka terhadap Islam ini akan terus berlaku dan berulang. Kebiadaban mereka terhadap Islam bukannya lantaran mereka itu kuat, tetapi yang sebenarnya umat Islamlah yang lemah. Pemerintah yang ada pula hanya sibuk mengejar dunia, bacul, pengkhianat, tunduk patuh kepada golongan kuffar dan mereka langsung tidak berani bersuara, walaupun sekadar untuk ‘mengancam’ penghina Islam. Pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Allah ini hanya berani ‘memenjarakan’ semua tentera yang mereka miliki. Apabila diseru untuk berkhidmat kepada badan kufur PBB, maka tentera-tentera ini ‘dilepaskan’, namun apabila menyaksikan Rasulullah dan Al-Quran dihina oleh golongan kuffar, maka tentera ini dipastikan tidak keluar dari kandang masing-masing, walaupun seorang. Seandainya pada hari ini Khalifahlah yang memerintah kita yang menerapkan hukum dari langit, nescaya kebiadaban kaum kuffar ini dijawab dengan kobaran jihad oleh sang Khalifah. Dengan Khalifah, nescaya Allah akan memperkuat, meneguh dan memuliakan kedudukan kita Insya Allah, sebagaimana Dia telah meneguh dan memuliakan generasi sebelum kita. Kerana itulah, Hizbut Tahrir di seluruh dunia sekali-kali tidak akan berhenti berjuang dan tidak akan berhenti menyeru agar kalian semua wahai kaum Muslimin, bersama-sama berusaha untuk menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan melancarkan dakwah dan jihad ke atas golongan kuffar agar kitab suci kita dan Junjungan Besar kita, tidak lagi berani ‘disentuh’ oleh musuh-musuh Allah ini, walaupun sedikit. ALLAHU AKBAR!


HUKUM MENYAMBUT MAULID AL RASUL

HUKUM MENYAMBUT MAULID AL RASUL


Saban tahun kita menyaksikan hari kelahiran Junjungan Besar kita, Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam disambut dengan penuh meriah. Bukan sahaja di Malaysia, malah di banyak negara umat Islam lainnya, sambutan kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam atau lebih dikenali dengan maulid al-Rasul diraikan dengan mengadakan perarakan secara beramai-ramai oleh umat Islam. Di ibu negara tahun ini, seramai 10,000 orang dijangka menyertai perarakan dan perhimpunan peringkat kebangsaan di Stadium Putra, Bukit Jalil, bertemakan ‘Menjana Ummah Gemilang’. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Najibah Abdul Mutalib, berkata majlis sambutan akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Perarakan akan disertai 103 kontinjen daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan, kelab, institusi pengajian tinggi, institusi latihan dan kemahiran serta pelajar sekolah dari sekitar Lembah Klang, katanya dalam satu kenyataan. Mereka akan memulakan perarakan sambil berselawat dari padang letak kereta, Stadium Hoki ke Stadium Putra [BH 19/03/08].

Dalam pada umat Islam sibuk meraikan sambutan maulid al-Rasul, tidak banyak di kalangan mereka yang mengambil inisiatif untuk mengkaji sama ada tindakan mereka ini bertepatan dengan Islam atau tidak. Jarang sekali mereka membuka kitab dan hadis untuk meneliti apakah hukumnya menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam. Kebanyakan kaum Muslimin lebih suka mengambil sikap untuk bertaklid buta dan hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh orang lain. Bagi sebahagian yang lain pula, walaupun tidak setuju dengan apa yang dilihat di depan mata, tetapi tidak cukup berani untuk mengambil tindakan menentang arus. Masih ramai dari kalangan kaum Muslimin yang kerana ‘mengikut arahan’, terpaksa pejam mata dan turun untuk berarak. Bagaimanapun, suatu yang tidak dapat dipertikaikan dewasa ini adalah, kita menyaksikan semakin ramai dari kalangan umat Islam yang sudah mula mempersoalkan sambutan maulid al-Rasul ini, walaupun sebahagian besar masih lagi suka menjadi pak turut. Atas dasar ini, Sautun Nahdhah minggu ini akan menyuntik sedikit kesedaran kepada kaum Muslimin agar pemikiran yang masih lagi terkongkong dengan kejahilan, kemalasan dan kejumudan akan kembali kepada hukum Allah yang benar di dalam menilai setiap tindakan yang akan diambil.

Sejarah Sambutan Maulid al-Rasul

Sesungguhnya bagi setiap orang yang memerhatikan hadis Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam dan sirah baginda, maka ia akan mengetahui bahawa Nabi sama sekali tidak pernah memerintahkan perayaan/peringatan maulid (kelahiran) baginda. Akan tetapi orang-orang yang berdusta atas nama Rasul telah meriwayatkan banyak hadis maudhu’ (palsu) yang tidak pernah dikenal atau dihafal oleh para muhaddisin, kemudian dijadikan mereka sebagai dasar perayaan/sambutan maulid Nabi, seperti hadis (palsu), “Barangsiapa yang mengagungkan hari kelahiranku, maka wajib baginya (mendapat) syafaatku pada hari Kiamat” atau hadis palsu, “Barangsiapa yang menginfaqkan satu dirham pada hari kelahiranku, seakan-akan ia menginfaqkan emas seberat gunung Uhud”. Terlaknatlah mereka yang sengaja mendustakan Rasulullah dengan meriwayatkan hadis-hadis yang tidak pernah diucapkan oleh baginda. Dosanya di sisi Allah amat besar, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah dalam hadis mutawatir yang masyhur, “Barangsiapa yang berdusta atasku secara sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka”.

Rasulullah tidak pernah mengagungkan hari lahir baginda. Baginda juga tidak pernah mengkhususkannya dengan apa-apa aktiviti taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) baik solat, puasa, zikir, membaca al-Quran mahupun mengadakan perarakan. Baginda juga tidak pernah memerintahkan kepada kaum Muslimin untuk menyambut/merayakan hari kelahiran baginda. Juga, baginda tidak pernah memerintahkan untuk melakukan perkara di atas atau untuk bersedekah, memberi makan atau menyembelih haiwan. Maka termasuk suatu yang pasti bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam tidak pernah menyambut hari kelahiran baginda. Kaum Muslimin juga tidak melakukannya selama masa Nabi masih hidup atau sehingga tiga generasi sesudah itu, walhal mereka adalah generasi terbaik yang dijamin oleh Rasulullah, sebagaimana sabdanya, “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya, kemudian datang kaum yang tidak ada kebaikan di dalamnya” [HR Thabari].

Bagi mereka yang mengamati sejarah, mereka akan dapati bahawa acara sambutan maulid al-Rasul tidaklah masuk ke negeri kaum Muslimin kecuali pada masa kebelakangan sesudah itu, kerana terpengaruh dengan orang-orang Nasrani yang menyambut kelahiran Nabi Isa alaihi salam. Menurut catatan sejarah, orang yang pertama sekali mengadakan acara sambutan ini adalah al-Muiz Lidinillah al-Fathimi pada tahun 362H di Mesir. Dia adalah seorang dari aliran Ismailli bathini yang mengikuti fahaman kebatinan dari aliran Ismailiyyah yang telah keluar dari Islam. Perayaan ini terus berlangsung sehinggalah dibatalkan oleh panglima pasukan yang mulia Badrul Jamali pada tahun 488H di masa Khalifah Al-Musta’li Billah. Keadaan ini tidak bertahan lama sehingga perayaan ini diamalkan semula pada tahun 495H. Manakala di Iraq, orang yang pertama mengadakan sambutan maulid Nabi adalah Raja Al-Muzaffar Abu Said Kukuburiy bin Zainuddin Ali bin Baktakin pada abad ketujuh hijrah, namun ada pendapat yang menyatakan pemulanya adalah Syeikh Umar bin Muhammad al-Mala’ al-Irbali di kota Irbil, Iraq. Diriwayatkan dari Ibnu Katsir, “bahawa dia (Al-Muzaffar) melakukan perayaan maulid Nabi pada bulan Rabiul Awal dengan perayaan yang meriah” [Al-Bidayah wa al-Nihayah Fi al-Tarikh, juz 3 hlm 131]. Ibnu Khalkan menyebutkan dalam Wafiyyati al-A’yan, bahawa al-Hafiz Ibnu al-Khatthab bin Duhayyah datang dari Maghribi dan masuk ke negeri Syam dan sampai ke Iraq pada tahun 604H. Di Iraq, dia mendapati penguasa Iraq Muzaffaruddin bin Zainuddin meyakini maulid Nabi, maka ia menulis kitab kepadanya, al-Tanwir Fi Maulidi al-Basyiri al-Nadiri dan ia membacakannya sendiri kepada Muzaffar, lalu Muzaffar membalasnya dengan seribu dinar [Al-Hawi Li al-Fatawi, Imam al-Suyuthi, juz 1 hlm 189].

Para ulama ahli sejarah bersepakat bahawa yang pertama kali melakukan sambutan maulid al-Rasul, kemudian berkembang di tengah-tengah kaum Muslimin, adalah golongan al-Ubaidiyyun di Mesir dari kelompok Ismailiyyah yang kafir (lebih dikenali dengan sebutan al-Fathimiyyun) yang keberadaannya merupakan bencana bagi kaum Muslimin. Mereka memisahkan Mesir dari Khilafah Abbasiyyah dan mendirikan di sana sebuah negara khas yang bercirikan kelompok mereka sahaja. Aliran kebatinan ini, setelah mendapat kuasa, mereka berusaha merubah Daulah Islam menjadi negara kebatinan kufur dan berjalan sesuai dengan hukum-hukum mereka yang batil. Termasuk di antara bid’ah yang mereka ada-adakan adalah perayaan hari al-Ghadir, hari raya Nairuz (hari raya Parsi), hari raya al-Khamis (termasuk hari raya Nasrani) yang mereka jadikan salah satu dari hari raya kaum Muslimin. Mereka juga turut menyambut hari kelahiran Ali bin Abi Thalib, al-Hassan, al-Hussin, Fathimah, maulid Khalifah al-Qaim bi Amrillah, hari raya tahun baru Hijrah dan lain-lain lagi.

Pendapat Ulama Tentang Maulid al-Rasul

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang hukum menyambut maulid Nabi, tetapi disebabkan keterbatasan ruang, kami hanya akan mengutip beberapa pendapat yang masyhur sahaja. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj, Ibnu Katsir, Ibnu Abaad, Ibnu Marzuq, al-Subki, Abu Syamah (guru Imam Nawawi), Ibnu Duhayyah, al-Suyuthi, al-Sakhawi dan beberapa ulama lain lagi membolehkan sambutan hari kelahiran Nabi dengan syarat sambutan tersebut bersih dari segala aktiviti kemungkaran. Manakala Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, al-Syatibi, al-Abdari dan beberapa ulama lain mengharamkan sambutan maulid ini. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj dan al-Sakhawi setuju bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah, tidak pula pada zaman sahabat dan generasi sesudah mereka. Namun begitu, mereka menilai bahawa sambutan maulid Nabi ini sebagai bid’ah hasanah (bid’ah yang baik), dan akan menjadi bid’ah dhalalah (bid’ah yang sesat) jika mengandungi kemungkaran. Sebahagian besar ulama memandang bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah muharramah (bid’ah yang haram). Mereka juga berpendapat bahawa segala perbelanjaan harta (infaq) untuk sambutan maulid adalah haram. Yang paling masyhur di antara para ulama yang menyatakan hal ini merupakan bid’ah dhalalah adalah Tajudin Umar bin Ali al-Lakhami al-Sakandari al-Maliki yang terkenal dengan panggilan al-Fakihani. Beliau mengarang kitab berjudul al-Maurid fi al-Kalami ala Amali al-Maulid yang memuat jawapan dari pelbagai pertanyaan oleh masyarakat.

Di dalam kitab tersebut, terdapat soalan tentang maulid berbunyi; “apakah ada dasarnya menurut syara’ ataukah hal itu merupakan bid’ah dalam agama?”. Maka Tajudin menjawab, “Saya tidak mengetahui adanya dasar syar’i untuk sambutan maulid baik dalam Al-Kitab mahupun Sunnah, begitu pula tidak ada satu riwayat pun dari salah seorang ulama umat yang menjadi teladan dalam urusan agama, yang berpegang teguh pada atsar (peninggalan khazanah) orang-orang terdahulu yang mendukung, bahkan hal itu (sambutan maulid) merupakan bid’ah. Bukan termasuk kewajipan yang sesuai dengan ijmak, tidak pula sunnah kerana hakikat dari sunnah (mandub) adalah tuntutan syara’ tanpa adanya celaan bagi yang meninggalkannya. Mereka yang mengadakan maulid tidak mendapat izin dari syara’ untuk menyambutnya. Para sahabat tidak pernah melakukannya, begitu pula para tabi’in tidak melakukannya. Para ulama pun tidak melakukannya. Begitulah sesuai yang saya ketahui...” [lihat Al-Hawiy li al-Fatawi, Imam Suyuthi, juz 1 hlm 190]. Imam Suyuthi sendiri mengarang makalah tentang maulid dengan judul Husnu al-Qasdi fi Amali al-Maulid, di mana di dalamnya beliau menjawab hukum maulid di mana beliau cenderung kepada membolehkannya. Imam Suyuthi menilai berkumpulnya manusia untuk membaca Al-Quran dan pelbagai riwayat atau khabar (hadis) Rasulullah, kemudian ada jamuan makan di dalamnya sebagi bid’ah hasanah, sebab di dalamnya terdapat pengagungan terhadap kedudukan Rasulullah dan menampakkan kegembiraan akan kelahiran baginda. Beliau mengupas pendapat al-Fakihani dan membantahnya.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang hidup hingga awal abad ketujuh hijriyah (meninggal tahun 728H) pula berpendapat, “Apa yang diada-adakan oleh sebahagian orang dalam aktiviti maulid, kadang-kadang menyerupai Nasara dalam menyambut kelahiran Nabi Isa as, dan kadang-kadang sebagai ungkapan kecintaan dan pengagungan kepada Nabi, bukan untuk bid’ah seperti menjadikan hari kelahiran baginda sebagai hari raya Nabi (maulid), meskipun tanggal kelahiran baginda masih diperselisihkan oleh ulama. Namun sesungguhnya sambutan maulid itu tidak pernah dilakukan oleh orang-orang terdahulu dari generasi salaf (sahabat, tabi’in dan tabi’i tabi’in) padahal merekalah yang lebih berhak melakukannya jika itu diperlukan, dan tidak ada suatu apa pun yang dapat mencegah mereka melakukannya. Andaikata itu merupakan satu kebaikan yang pasti atau kuat dugaan kebenarannya, nescaya generasi salaflah yang paling berhak dari kita untuk melakukannya, kerana mereka termasuk orang-orang yang paling kuat kecintaannya dan pengagungannya kepada Nabi dan dari segi mengerjakan kebaikan, mereka lebih memerhatikan hal ini dari generasi-generasi Islam lainnya. Kesempurnaan dan kecintaan kaum Muslimin dan pengagungan mereka kepada Nabi seharusnya nampak dalam peneladanan, ketaatan dan pelaksanaan perintah Rasul. Termasuk dalam hal ini adalah menghidupkan sunnah Nabi baik secara batin (dalam diri) mahupun zahir (dalam realiti kehidupan), menyebarkan risalahnya serta berjihad dalam penyebaran risalah itu dengan hati, tangan dan lisan. Itulah cara orang-orang terdahulu...” [Iqtidhau al-Sirathil Mustaqim Mukhalafatu As-habi al-Jahim, hlm 294-297].

Berpegang Kepada Dalil, Jangan Bertaklid Buta

Sesungguhnya dalam apa jua perkara yang diperselisihkan oleh umat Islam, maka wajiblah dikembalikan kepada Allah dan Rasul. Firman Allah, “...jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Al-Sunah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir...” [TMQ al-Nisa’ (4):59]. “Tentang suatu apa pun yang kamu berselisih, maka hukumnya (terserah) kepada Allah” [TMQ al-Syura (42):10]. Atas dasar ini, maka marilah kita mengembalikan perkara ini (sambutan maulid al-Rasul) kepada Kitabullah dan Sunah RasulNya. Di dalam KitabNya, Allah mengingatkan kita bahawa, “Dan apa sahaja yang dibawa (diperintahkan) oleh Rasul kepadamu, maka ambillah (laksanakanlah) ia, dan apa sahaja yang dilarangnya, maka tinggalkanlah ia” [TMQ al-Hasyr (59):7]. Allah juga berfirman, “Dan hendaklah orang-orang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih” [TMQ al-Nur (24):63]. Sambutan maulid al-Rasul ini pastinya bukan perkara yang didatangkan oleh Rasulullah kerana tidak ada seorang pun yang meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menyatakan atau melakukan atau memerintahkan atau menunjukkan persetujuannya terhadap sambutan hari lahir baginda.

Dengan merujuk kepada Al-Sunnah pula, kita tidak akan menjumpai nas yang menjelaskan Rasulullah menyambut hari kelahiran baginda atau memerintahkan umatnya untuk menyambutnya. Tidak pula kita dapati ia disambut oleh para Khulafa’ Rasyidin atau sahabat-sahabat yang lain, tidak juga oleh para tabi’in mahupun tabi’ihim bi ihsan (generasi sesudahnya yang mengikut mereka dengan baik). Dengan ini, amatlah jelas bagi mereka yang berakal bahawa sambutan maulid al-Rasul merupakan perkara yang tidak pernah dikenal pada masa awal Islam, sehingga dapat dikatakan secara pasti bahawa sambutan maulid al-Rasul ini adalah termasuk dalam perkara bid’ah. Di sini timbul satu persoalan bagi mereka yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul ini atas niat ibadah atau taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Apakah hukumnya? Sebenarnya hal inilah justeru yang dengan sendirinya menjadikan perkara ini sebagai bid’ah, kerana bid’ah itu bermaksud suatu perbuatan yang dilakukan seseorang dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah tetapi tanpa didasari oleh dalil syara'. Agar ibadah dikatakan benar dan sah, maka mestilah ada nas yang membenarkannya. Ibadah adalah termasuk di dalam persoalan yang bersifat tauqifiyyah (telah ditetapkan oleh Allah dan di ambil seadanya, tanpa boleh diubah, ditambah atau dikurangi). Kita tidak boleh melakukan ibadah, kecuali dengan cara (kaifiyat) yang telah ditunjukkan oleh Rasul kepada kita sahaja. Jika seseorang beribadah kepada Allah dengan caranya sendiri (tanpa ada nas), maka dia telah mengikut hawa nafsu dan akan tergolong ke dalam ahlu al-bid’ah. Na’uzubillah min zalik. Segala jenis ibadah dan bentuk taqarrub illallah wajiblah dilakukan mengikut Rasulullah secara tauqifi (seadanya).

Jadi, sekiranya seseorang Muslim berniat ingin beribadah dan ingin bertaqarrub kepada Allah tetapi dengan cara yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah maka hal inilah yang justeru disebut bid'ah. Adapun pandangan sesetengah ulama' yang mengatakan bahawa ada terdapat perbuatan yang disebut bid'ah hasanah (bid’ah yang baik), maka hal ini mestilah dikembalikan kepada nas dengan cara yang benar, sesuai dengan sabda Rasulullah, “Setiap (perbuatan) bid'ah itu sesat” [HR Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad]. Inilah yang hak/benar (yakni) setiap bid’ah itu adalah sesat dan tidak ada pada hakikatnya yang disebut di dalamnya bid’ah yang baik. Sabda Rasulullah lagi, “Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan tanpa didasari perintah dari kami maka perbuatan tersebut tertolak” [HR Bukhari & Muslim].

Di samping termasuk di dalam hal bid’ah, sambutan maulid al-Rasul ini juga boleh menjerumuskan seseorang Muslim itu kepada tasyabbuh bil kuffar (menyerupai orang-orang kafir) jika ia disambut dengan niat ke arah itu. Jika kita mengamati sambutan maulid Nabi yang dirayakan sejak dahulu lagi maka kita akan dapati sebahagian dari umat Islam melakukan hal ini sebagai sikap taqlid dan menyerupai orang-orang Nasrani yang merayakan hari Krismas bagi menyambut kelahiran Nabi Isa. Hal ini pernah terjadi ke atas kaum Muslimin di masa kemunduran berfikir melanda mereka, sehingga mereka berkata, “Nabi Muhammad lebih utama dari Nabi Isa, jadi mengapa mereka boleh memuliakan Isa dan kita tidak boleh memuliakan Nabi Muhammad?” . Dengan analogi yang salah dan tidak berdasarkan nas ini, mereka menganggap bahawa ianya adalah baik jika diadakan. Bagi mereka yang melakukan hal ini berdasarkan analogi tersebut maka mereka telah termasuk ke dalam perbuatan yang haram kerana menyerupai orang-orang kafir. Banyak hadis sahih yang melarang tasyabbuh bil kuffar ini. Di antaranya, “Tidak termasuk golongan kita orang yang menyerupai kaum lain” dan “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk salah seorang dari mereka” [HR Muslim dan Ahmad]. Rasulullah begitu menekankan perlunya kita berbeza dari golongan kafir sehingga orang-orang Yahudi pernah berkata, “Muhammad ini tidak meninggalkan sesuatu urusan kita melainkan melakukan hal-hal yang sebaliknya”.

Dengan ini, amatlah jelas bahawa sambutan maulid Nabi ini tidak termasuk bahagian dari ajaran Islam, malah merupakan satu hal yang bid’ah dan tasyabbuh bil kuffar yang mesti ditinggalkan. Bagi yang melakukannya kerana ingin memuliakan Rasulullah, maka ingin kami tegaskan di sini bahawa memuliakan Rasul itu memanglah wajib, tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang telah ditetapkan oleh syara’, bukan mengikut hawa sendiri. Sesungguhnya memuliakan Nabi itu adalah dengan mengikuti dan berpegang teguh kepada segala sunnahnya, baik itu perkataan, perbuatan ataupun taqrir (pembenaran) baginda. Memuliakan Rasul juga boleh dilakukan dengan cara membaca selawat ke atas baginda di setiap waktu, bukan hanya di hari maulid baginda. Firman Allah, “Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” [TMQ al-Ahzab (33):56]. Kaum Muslimin di zaman Rasulullah begitu berhati-hati dalam melakukan sebarang perbuatan kerana bimbang akan melakukan bid'ah. Pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa para sahabat pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu? Maka Nabi pun mengajarkan mereka caranya...” .Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan keutamaan berselawat kepada Rasul di setiap waktu, namun apa yang jelas, perbuatan selawat sekalipun, haruslah mengikuti dalil-dalil syara’ yang telah ditetapkan. Malangnya kini umat Islam terlalu berpegang kepada fatwa-fatwa yang kadangkalanya terpesong jauh dari hukum syara’ dan umat Islam terlalu banyak bertaqlid buta tanpa mengkaji sendiri dengan lebih mendalam akan dalil-dalil bagi setiap perbuatan yang ingin dilakukan mereka. Keadaan menjadi lebih parah apabila para pemerintah dan ulama yang ada membenarkan, dan lebih buruk mengarahkan perkara ini tanpa mengkaji nas-nas dengan terperinci akan kebolehannya. Islam di ambil hanya di dalam bentuk untuk memuaskan kehendak kerohanian atau untuk memenuhi gharizah tadayyun (naluri beragama) semata-mata, tanpa diambil sebagai hukum-hakam untuk menyelesaikan seluruh permasalahan manusia.

Bagi para ulama dan juga kaum Muslimin yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul dengan alasan masih terdapat syubhat al-dalil di dalamnya, maka semoga hal tersebut dapat menjadi hujah dan alasan yang membebaskan mereka di sisi Allah nanti kerana hal itu dibolehkan/dilakukan atas dorongan kecintaan, penghormatan dan keagungan mereka kepada Rasulullah; atau dengan maksud untuk bersyukur kepada Allah di atas kurnia yang diberikanNya kepada kaum Muslimin dengan dilahirkan seorang manusia yang paling mulia di muka bumi yang mana kita telah menjadi umatnya. Namun mesti diperhatikan di sini bahawa para ulama yang membolehkan diadakannya sambutan maulid Nabi ini telah mensyaratkan bahawa ia mestilah bersih dari segala kemungkaran seperti zikir yang menyesatkan, ratapan, tangisan yang berlebih-lebih, nyanyian, iktilath (percampuran antara lelaki dan perempuan), tabarruj (bersolek dan menghiaskan diri - bagi perempuan) dan lain-lain kemungkaran lagi.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Demikianlah hukum mengenai sambutan maulid al-Rasul. Janganlah hendaknya kalian memperbesar-besarkan hari kelahiran Nabi walhal dalam masa yang sama sunnah Nabi kalian tinggalkan. Yang lebih utama dan sewajibnya diambil oleh kalian adalah apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kalian berupa perkataan, perbuatan dan taqrir (pembenaran) baginda. Inilah sunnah Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam yang wajib kalian ikuti. Rasulullah bukan sahaja seorang ahli ibadah, malah baginda adalah juga seorang suami, seorang ayah, seorang ahli politik yang agung dan seorang ahli perang. Rasulullah adalah seorang pendakwah, pembawa risalah Allah, penyebar Islam dan pembawa rahmat ke seluruh alam. Rasulullah tidak pernah berhenti berdakwah sejak baginda di angkat oleh Allah menjadi RasulNya, Rasulullah berdakwah dalam rangka untuk meninggikan kalimah Allah dan menerapkan segala hukum-hakam Allah di muka bumi, tidak berehat (dari dakwah) dan tidak mengenal penat dan lelah, menghadapi segala cabaran dan penderitaan. Inilah sunnah Rasul Sallallahu alaihi wa Sallam yang wajib diteladani oleh umat Islam, bukan hanya sekadar mengingati dan menyambut tarikh kelahiran baginda, namun berdiam diri dari semua yang lain.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah” [TMQ al-Ahzab (33):21].



SEMALAM DAN HARI INI YANG SAMA

SEMALAM DAN HARI INI YANG SAMA




Setelah mencapai kemenangan dengan majoriti mudah dalam pilihan raya umum baru-baru ini, maka berdasarkan Perlembagaan Malaysia, Barisan Nasional (BN) secara automatik dapat membentuk sebuah kerajaan. Pengerusi BN yang juga presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri dan seterusnya, dengan kuasa penuh yang ada pada beliau, telah melantik barisan kabinet yang bakal menerajui pemerintahan negara ini. Dalam kabinet baru ini, Abdullah telah menggabungkan muka baru dan lama dan menggugurkan beberapa orang menteri lama yang sudah tidak dikehendakinya, manakala bilangan jemaah menteri dikurangkan kepada 68 berbanding 90 sebelum ini. Selain kejutan ini, UMNO juga dilanda dengan kejutan lain apabila dua orang pemimpin tertingginya meletak jawatan dan setakat ini tiga orang timbalan menteri yang baru dilantik tidak mahu menerima (menolak) jawatan yang diberi Abdullah. Barisan kabinet baru ini juga dibidas pembangkang sebagai pro-Pak Lah di mana dikatakan semua orang kuat Najib diketepikan. Bukan sahaja di peringkat persekutuan, malah di peringkat negeri juga UMNO dilanda kemelut politik yang hebat, khususnya perbalahan dan pergaduhan sesama sendiri bagi merebut jawatan Menteri Besar. UMNO yang sebelum ini cuba melaga-lagakan pembangkang dengan krisis pelantikan Menteri Besar Perak, ternyata mengata dulang paku serpih. Begitu juga dengan tuduhan yang dilemparkan kepada pembangkang sebagai tidak menghormati institusi istana, kini dengan perebutan jawatan Menteri Besar Terengganu, UMNO sekali lagi dilihat tidak lebih dari mengata dulang paku serpih juga.

Selain pelantikan menteri di peringkat pusat, jentera pemerintahan di peringkat negeri juga menyaksikan pelantikan Menteri Besar/Ketua Menteri dan Exco kerajaan negeri masing-masing, termasuklah di negeri-negeri yang dimenangi BA. Walaupun kedua-dua belah pihak masih dalam suasana tergamam dengan kemenangan dan kekalahan masing-masing, namun keghairahan untuk memerintah negara dan negeri yang berjaya ditawan tetap mengatasi segala perasaan lain yang ada. Kuasa telah ada di tangan, apa yang penting sekarang adalah untuk membentuk jentera eksekutif secepat mungkin untuk memulakan pemerintahan. Walaupun ada beberapa orang Menteri, Menteri Besar dan juga Exco yang dipertikaikan kredibilitinya oleh banyak pihak, namun yang pasti, mereka semua telah dilantik sesuai dengan peruntukan undang-undang yang ada. Mahu tidak mahu, semua pihak terpaksa akur dengan hakikat bahawa BA telah berjaya membentuk pemerintahan di lima buah negeri manakala BN pula masih lagi berkuasa di peringkat persekutuan. Inilah perbincangan yang akan di bawa oleh Sautun Nahdhah kali ini di mana dalam hilai tawa dan tangis sendu atas perubahan yang telah melanda negara, umat Islam langsung tidak sedar bahawa yang berubah itu hanyalah beberapa ‘orang’nya, bukan ‘sistem’nya. Hakikatnya, Perlembagaan Persekutuan masih sama, Perlembagaan Negeri masih sama, segala undang-undang dan peraturan yang ada masih sama dan sistem yang diamalkan pun masih sama. Semoga risalah kecil ini dapat membuka pintu hati kaum Muslimin yang ikhlas yang masih lagi berjuang mencari kebenaran dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah di bumiNya ini.

Jenis-jenis Sistem Pemerintahan Di Dunia

Di dalam Sautun Nahdhah (SN)111 “Menegakkan Daulah Khilafah Adalah Wajib” dan juga SN161 “Struktur Daulah Khilafah”, kami telah pun menerangkan dengan nas-nas yang qath’i bahawa sistem Pemerintahan Islam yang diwajibkan oleh Tuhan semesta alam ke atas manusia adalah sistem Khilafah. Di dalam sistem Khilafah ini, Khalifah diangkat melalui bai’at berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya untuk memerintah sesuai dengan apa yang Allah kehendaki. Dalil-dalil tentang perkara ini amat banyak yang diistinbath (digali) dari Al-Quran, Al-Hadis dan juga dari Ijmak Sahabat. Amat naiflah pandangan mereka yang menyatakan bahawa Islam tidak merincikan bab pemerintahan sehingga manusia boleh mengambil atau memilih mana-mana sistem pemerintahan yang mereka suka atau yang mereka fikirkan sesuai. Pandangan seperti ini hanyalah dikeluarkan oleh mereka yang jahil sahaja atau oleh mereka yang telah terbius dengan pemikiran kufur-Barat atau pun oleh mereka yang sombong, bongkak dan angkuh dari kebenaran. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyempurnakan agama ini melalui RasulNya sehingga tidak ada satu perkara pun yang tidak disempurna dan dirincikan oleh Islam, apatah lagi di dalam bab pemerintahan.

Sistem pemerintahan Islam (Khilafah) berbeza dengan seluruh bentuk pemerintahan yang ada di seluruh dunia ketika ini, baik dari segi akidah sebagai asas yang mendasarinya, dari segi pemikiran, pemahaman, maqayis (standard/piawai) mahu pun hukum-hakam yang mengatur berbagai urusan. Berdasarkan perlembagaan dan undang-undang yang ada di seluruh dunia Islam saat ini, ia sama sekali berbeza dengan sistem pemerintahan Islam (sistem Khilafah) dan tidak ada satu negara pun di dunia ketika ini yang boleh mencerminkan Daulah Islam, walaupun pemerintah beberapa negara mendakwa negara mereka adalah negara Islam.

Sistem pemerintahan Islam bukan sistem kerajaan (monarki). Islam bukan sekadar tidak mengakui sistem monarki, malah sistem pemerintahan Islam juga sememangnya tidak menyerupai sistem monarki. Hal ini kerana dalam sistem monarki, seorang anak raja (putera mahkota) akan menjadi raja/pemerintah kerana perwarisan. Manakala umat Islam pula langsung tidak memiliki kekuasaan di dalam pengangkatan raja. Adapun dalam sistem Khilafah, tidak ada soal pewarisan. Akan tetapi, bai’at dari umatlah yang menjadi tariqah (metode) untuk pengangkatan Khalifah. Sistem monarki juga memberikan keistimewaan dan hak-hak khusus kepada raja yang tidak dimiliki oleh seorang pun dari individu rakyat. Hal ini menjadikan raja berada di atas undang-undang. Di sesetengah negara, raja hanya menjadi simbol bagi rakyat, yakni ia menjawat sebagai raja tetapi tidak memerintah. Dalam sesetengah negara pula ia menduduki jabatan raja sekali gus memerintah untuk mengatur negeri dan penduduknya sesuai dengan keinginan dan kehendak hawa nafsunya (monarki mutlak). Raja tetap tidak boleh disentuh oleh undang-undang meskipun ia jelas-jelas melakukan kesalahan dan kezaliman. Sebaliknya dalam sistem Khilafah, Khalifah tidak diberi kekhususan dengan keistimewaan yang menjadikannya berada di atas undang-undang sebagaimana seorang raja. Khalifah juga bukanlah simbol bagi umat dalam pengertian seperti raja dalam sistem kerajaan. Akan tetapi, Khalifah merupakan wakil umat dalam menjalankan pemerintahan dan kekuasaan menurut Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Ia dipilih dan dibai’at oleh umat untuk menerapkan hukum-hukum syariah atas mereka. Khalifah sendiri terikat dengan hukum-hukum syariah sebagaimana rakyatnya.

Sistem pemerintahan Islam juga bukan sistem imperium (kekaisaran/caesar)
. Sesungguhnya sistem kekaisaran itu sangat jauh dari Islam. Sistem Khilafah, meskipun rakyatnya berlainan bangsa dan warna kulitnya, dan pemerintahannya dikembalikan kepada satu pusat, ia adalah amat berlawanan dengan sistem kekaisaran. Ini adalah kerana sistem kekaisaran tidak menyamakan pemerintahan di antara bangsa-bangsa di wilayah-wilayah dalam kekaisaran tersebut. Akan tetapi, sistem kekaisaran memberikan keistimewaan kepada pemerintahan pusat kekaisaran, baik dalam hal pemerintahan, harta, mahupun perekonomian. Tariqah Islam dalam memerintah adalah menyamakan seluruh rakyat yang diperintah di kesemua wilayah di dalam Negara. Islam menolak berbagai sentimen primordial (kebangsaan). Islam memberikan pelbagai hak pelayanan dan kewajiban kepada non-Muslim yang memiliki kewarganegaraan sesuai dengan hukum syariat. Mereka memiliki hak dan kewajiban yang sama dengan kaum Muslimin secara adil. Bahkan lebih dari itu, Islam tidak menetapkan bagi seorang pun di antara rakyat di hadapan pengadilan (tidak kira apa pun mazhabnya) sejumlah hak istimewa yang tidak diberikan kepada orang lain, meskipun ia seorang Muslim. Sistem pemerintahan Islam, dengan adanya kesamarataan ini, jelas berbeza dari kekaisaran. Dengan sistemnya yang tersendiri, Islam tidak menjadikan berbagai wilayah kekuasaan dalam Negara sebagai wilayah jajahan, bukan juga sebagai wilayah yang dieksploitasi, dan bukan pula sebagai ‘lembu perah’ yang diperas untuk kepentingan pusat sahaja. Akan tetapi, Islam menjadikan semua wilayah kekuasaan Negara sebagai satu kesatuan meskipun jaraknya berjauhan dan penduduknya berbeza-beza bangsa dan keturunan. Semua wilayah dianggap sebagai bahagian integral dari tubuh Negara. Seluruh penduduk wilayah memiliki hak seperti penduduk pusat atau wilayah lainnya. Islam menetapkan kekuasaan, sistem dan peraturan pemerintahan adalah satu/sama untuk semua wilayah.

Sistem pemerintahan Islam bukan sistem federasi
. Dalam sistem federasi, wilayah-wilayah dalam negara terpisah antara satu sama lain dengan memiliki kuasa yang tersendiri, dan mereka dipersatukan dalam masalah pemerintahan (undang-undang) yang bersifat umum. Malaysia merupakan contoh terbaik dalam model ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan bersifat federasi. Malaysia terbentuk dari 13 buah negeri dan sebuah wilayah persekutuan (Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya). Dari segi sejarahnya, Malaysia merupakan gabungan dari negeri-negeri Melayu Bersekutu, negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan negeri-negeri Selat. Walaupun telah berlaku penggabungan, namun setiap negeri mempunyai kuasa autonomi dalam beberapa bidang tertentu dan mereka menjalankan aktiviti kenegeriannya tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, semua peraturan atau undang-undang yang berlaku di dalam negeri tidak boleh melangkaui kuasa atau undang-undang persekutuan [Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan]. Dari aspek pemerintahan berparlimen, Malaysia sebagai negara bekas jajahan kuffar British (dan ahli Commonwealth) menerima pakai sistem pentadbiran yang dikenali sebagai sistem Westminster. Ia merupakan sistem pentadbiran yang diguna pakai oleh parlimen di United Kingdom. Sistem Westminster menggariskan beberapa siri kuasa yang juga berkonsepkan ‘kuasa kolektif’ di mana ketua Eksekutif (Perdana Menteri) berkuasa mengagih kekuasaannya kepada beberapa ahli jemaah menteri di peringkat nasional, manakala di peringkat negeri atau sub-nasional, kuasanya diagihkan kepada ketua eksekutif negeri yang dikenali sebagai Menteri Besar/Ketua Menteri. Berdasarkan sistem Westminster inilah (bukan berdasarkan sistem Islam), Malaysia mempunyai dua dewan Parlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mana segala perbincangan, perbuatan dan perkataan yang berlaku dalam Parlimen adalah ‘kebal’ dari sebarang tindakan undang-undang.

Sistem federasi bukan dari Islam. Sistem pemerintahan Islam adalah sistem kesatuan di mana tidak ada perbezaan dari apa jua segi, khususnya undang-undang, di antara pusat dan negeri dan mana-mana wilayah kekuasaan Islam sekalipun. Administrasi kewangan seluruh wilayah dianggap sebagai satu kesatuan dan bajetnya juga satu, yang diambil dan dibelanjakan untuk kemaslahatan seluruh rakyat tanpa memandang wilayahnya. Seandainya satu wilayah pendapatannya tidak mencukupi keperluannya, maka wilayah itu akan dibiayai sesuai dengan keperluannya (bukannya menurut pendapatan dari wilayahnya).

Sistem Pemerintahan Islam bukan sistem republik.
Sistem republik pertama kali muncul sebagai reaksi terhadap penindasan sistem kerajaan (monarki). Ini adalah kerana raja memiliki kedaulatan dan kekuasaan sehingga ia memerintah dan bertindak atas negeri dan penduduknya menurut hawa nafsunya semata-mata. Hasil ketidakpuasan hati rakyat, lalu muncul sistem republik, kemudian kedaulatan dan kekuasaan dipindahkan kepada rakyat dalam apa yang disebut dengan demokrasi. Rakyatlah yang kemudian membuat undang-undang, bukan lagi raja, rakyatlah yang menetapkan halal dan haram, terpuji dan tercela, baik dan buruk. Di bawah sistem pemerintahan ini, pemerintahan berada di tangan presiden dan para menterinya, dalam sistem presidential republic dan di tangan kabinet dalam sistem parlimentary republic. Contoh pemerintahan di tangan kabinet juga wujud dalam sistem monarki yang kekuasaan pemerintahannya dicabut dari tangan raja di mana raja tinggal menjadi simbol (wujud institusi raja, tetapi tidak memerintah). Dalam sistem presidential republic, seorang presiden memiliki bidang kuasa sebagai seorang ketua negara sekali gus sebagai seorang Perdana Menteri manakala dalam sistem parlimentary republic, bidang kuasa pemerintahan berada di tangan Perdana Menterinya, bukan di tangan presiden.

Islam berbeza sama sekali dengan sistem republik demokrasi di mana dalam Islam, kekuasaan untuk membuat hukum (udang-undang) bukan berada di tangan rakyat, tetapi ada pada Allah Azza wa Jalla. Tidak ada seorang manusia pun dibenarkan menentukan halal dan haram. Islam memandang bahawa memberi kuasa untuk membuat udang-undang kepada manusia merupakan kemaksiatan dan dosa yang besar. Allah berfirman, “Mereka telah menjadikan para pembesar mereka dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah” [TMQ at-Taubah (9):31]. Ketika turun ayat ini, Rasulullah menjelaskan bahawa sesungguhnya para pembesar dan para rahib telah membuat hukum, kerana mereka telah menetapkan status halal dan haram bagi masyarakat, lalu masyarakat mentaati mereka. Sikap demikian dianggap sama dengan menjadikan para pembesar dan para rahib itu sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Ini adalah sebagaimana penjelasan Rasulullah kepada Adi Bin Hatim dalam menjelaskan ayat tersebut, “...Benar, mereka tidak menyembah para pembesar dan para rahib itu. Akan tetapi, ketika para pembesar dan para rahib itu menghalalkan sesuatu bagi mereka, mereka pun menghalalkannya, dan jika para pembesar dan para rahib itu mengharamkan sesuatu, mereka pun mengharamkannya” [HR Tarmizi].

Pemerintahan dalam Islam juga bukan dengan model kabinet, yang mana setiap kementerian memiliki kekuasaan dan kewangannya yang tersendiri. Keuntungan satu kementerian/jabatan tidak akan dipindahkan ke kementerian/jabatan yang lain kecuali dengan mekanisme yang panjang. Hal ini mengakibatkan banyaknya halangan untuk menyelesaikan pelbagai kepentingan rakyat, kerana banyaknya campur tangan dan birokrasi yang meletihkan, walaupun untuk mengurus satu kepentingan rakyat sahaja. Padahal seharusnya berbagai kepentingan rakyat itu dapat ditangani oleh satu struktur administrasi yang mudah sahaja. Dalam Islam tidak terdapat kementerian/jabatan yang memiliki autoriti tersendiri atau mempunyai kekuasaan pemerintahan secara keseluruhan (menurut bentuk demokrasi). Akan tetapi, segala autoriti terpusat kepada Khalifah yang akan diagih-agihkan kepada struktur-struktur pemerintahan yang lain, tanpa adanya autonomi penuh pada struktur tersebut.

Sistem pemerintahan Islam bukan sistem Demokrasi. Menurut pengertian hakiki demokrasi, kekuasaan membuat hukum (undang-undang), menetapkan halal dan haram, terpuji dan tercela ada di tangan rakyat. Rakyat juga bebas berbuat apa sahaja (selama mana tidak mengganggu orang lain) tanpa adanya keterikatan dengan hukum-hukum syariat, atas nama kebebasan. Inilah pengertian hakiki demokrasi. Orang-orang kafir benar-benar memahami bahawa kaum Muslimin tidak akan pernah menerima demokrasi dengan pengertiannya yang hakiki ini. Kerana itu, negara-negara kafir penjajah (khususnya AS) berusaha memasarkan demokrasi ke negeri-negeri kaum Muslim dalam versi yang boleh diterima oleh umat Islam. Mereka bersungguh-sungguh berusaha memasukkan demokrasi itu ke tengah-tengah kaum Muslimin melalui jalan penyesatan (tadhlil) dengan menyatakan bahawa demokrasi merupakan alat untuk memilih pemimpin/penguasa. Inilah yang mereka war-warkan. Kita boleh melihat bahawa mereka mampu melembutkan, memukau dan menghancurkan perasaan kaum Muslimin dengan seruan demokrasi ini, dengan memfokuskan kefahaman bahawa demokrasi hanyalah sekadar alat untuk memilih pemimpin. Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran yang menyesatkan kepada kaum Muslimin, yakni seakan-akan perkara yang paling mendasar dalam demokrasi adalah pemilihan pemimpin/penguasa. Orang kafir berjaya mengambil peluang ini disebabkan kedudukan di negeri-negeri kaum Muslimin sendiri saat ini yang sedang ditimpa pelbagai penindasan, kezaliman, tekanan dan tindakan ganas, termasuk pembunuhan yang dilakukan oleh penguasa diktator yang sekular, baik mereka yang berada dalam sistem yang disebut kerajaan mahupun republik. Sekali lagi kami katakan, oleh kerana negeri-negeri umat Islam sekarang ini (setelah jatuhnya Khilafah) mengalami semua kesengsaraan tersebut, maka kaum kafir dengan mudah memasarkan idea demokrasi di tengah-tengah negeri kaum Muslimin dan memperbesar-besarkan (demokrasi) hanya sebagai satu alat atau aktiviti memilih penguasa.

Golongan kuffar ini berusaha menutup dan menyembunyikan bahagian mendasar dari demokrasi itu sendiri, yakni sebuah sistem yang menjadikan kekuasaan untuk membuat hukum (undang-undang) serta menetapkan halal dan haram berada di tangan manusia, bukan di tangan Tuhan manusia. Inilah hakikat sebenar demokrasi yang kufur ini. Bahkan sebahagian besar aktivis Islam, termasuk di antaranya adalah para ulama dan syeikhul kabir, terpukau, termakan dan menerima tipuan ini, baik dengan niat yang baik mahupun buruk. Bagi mereka yang berniat baik, jika kita bertanya kepada mereka tentang demokrasi, mereka akan menjawab bahawa demokrasi hukumnya boleh dengan anggapan bahawa demokrasi adalah alat untuk memilih penguasa dengan cara majoriti. Adapun mereka yang memiliki niat buruk yang sudah lari dari Islam dan kasihkan sekular, mereka hanyalah pengekor Barat yang sudah terkontaminasi pemikirannya dengan pemikiran Barat, maka mereka cukup mengagumi sistem demokrasi ini dan mengambilnya sebagaimana yang diambil dan dikehendaki oleh Barat. Bagi mereka, demokrasi bermakna kedaulatan ada di tangan rakyat (malah mereka berbangga dengannya) yang berkuasa membuat hukum sesuai dengan kehendak mereka berdasarkan suara majoriti, menghalalkan dan mengharamkan serta menetapkan status terpuji dan tercela. Dalam demokrasi, setiap individu memiliki beberapa kebebasan dalam segala perilakunya, bebas berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendaknya, bebas meminum khamar, berjudi, berzina, murtad, mengambil riba, membuka aurat, berdua-duaan dan pelbagai lagi dengan dalih kebebasan individu. Inilah realiti, makna dan pengertian hakiki demokrasi. Lalu bagaimana mungkin seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul mengatakan bahawa demokrasi hukumnya boleh atau bahawa demokrasi itu berasal dari Islam?

Adapun cara (kaifiyat) umat Islam memilih penguasa/pemimpin, hal ini merupakan perkara yang telah lama selesai dalam Islam dan dinyatakan dengan jelas di dalam nas-nas syarak. Bai’at dari rakyat kepada Khalifahlah yang merupakan satu-satunya tariqah (metode) untuk menjadikan atau mensahkan seseorang sebagai Khalifah. Sungguh, pemilihan pemimpin (Khalifah) telah dilaksanakan secara praktis di dalam Islam di waktu sebahagian besar negara di dunia masih hidup dalam kegelapan, kediktatoran dan kezaliman para raja. Sesiapa yang mendalami tatacara pemilihan Khulafa’ Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali), maka ia akan dapat melihat dengan jelas bagaimana sejak dahulu lagi telah sempurna pembaiatan kepada para khalifah tersebut oleh ahlul halli wa al-‘aqdi dan para wakil kaum Muslimin. Dengan bai’at itu, masing-masing dari mereka menjadi Khalifah yang ditaati oleh kaum Muslimin. Ijmak Sahabat di dalam memilih pemimpin inilah yang wajib kita ikuti (dan merupakan satu-satunya hukum syarak yang benar) dan haram bagi umat Islam mengikut yang selainnya (dalam memilih pemimpin), apatah lagi mengikut sistem demokrasi yang di bawa oleh kafir Barat. Ringkasnya, demokrasi adalah sistem kufur yang wajib dijauhi oleh umat Islam. Demokrasi bukanlah alat untuk memilih penguasa (sebagaimana dilaungkan oleh Barat), tetapi hakikat sebenar demokrasi atau perkara yang mendasar dalam demokrasi adalah ianya merupakan sebuah sistem pemerintahan yang menjadikan kekuasaan membuat hukum (undang-undang) berada di tangan manusia, bukan di tangan Allah, Tuhan alam semesta. Firman Allah, “Menetapkan hukum itu hanyalah milik Allah” [TMQ Yusuf (10):40].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Tsunami politik yang melanda Malaysia dengan keputusan pilihan raya lalu nampaknya telah membuka mata banyak pihak. Ada pihak yang selama ini begitu angkuh dengan kekuasaan dan kekuatan yang dimiliki kini sudah mengaku kelemahan dan cuba membaikinya. Ada pula pihak yang diberi oleh Allah peluang untuk memerintah beberapa negeri dan kita masih tidak tahu sama ada mereka akan memikul amanah ini sebagaimana yang dikehendaki Allah atau tidak. Tidak kurang juga sejumlah pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk menuju puncak kekuasaan. Namun, apa yang kami ingin ingatkan dan tegaskan kepada kalian semua adalah segala perubahan yang kalian nampak berlaku pada hari ini hakikatnya sama sahaja dengan hari semalam. Kita masih diperintah oleh ‘sistem’ yang sama, walaupun memang terdapat beberapa ‘orang’ baru dalam pemerintahan. Sebagaimana kami nyatakan di awal kalam, Perlembagaan Malaysia masih yang itu, yang itu juga, begitu juga dengan undang-undang yang diterapkan atau yang bakal diterapkan, masih undang-undang yang sama, masih melalui proses yang sama, masih berdasarkan sistem demokrasi-kufur yang mana undang-undangnya dibuat dan diluluskan oleh manusia dengan suara majoriti. Satu hal yang juga langsung tidak berubah dari hari semalam adalah ‘sistem pemerintahan’ yang diterapkan. Sistem Federasi yang bukan dari Islam masih dikekalkan dan baik kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, pemerintah yang baru juga masih mempertahankan bentuk sistem pemerintahan yang sedia ada dan tetap tidak berubah kepada sistem pemerintahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Sedarlah wahai kaum Muslimin, hanya dengan kembali kepada Sistem Pemerintahan Khilafah sahajalah, perubahan yang benar-benar dituntut oleh Islam akan terealisasi, dan sistem ini boleh diwujudkan jika pemerintah yang sedia ada menginginkannya. Namun, jika mereka tidak menginginkannya, maka Allah Maha Berkuasa untuk menggantikannya dengan kepimpinan lain di mana Allah akan mengangkat dan memuliakan pemerintah ini dengan kekuasaanNya.










 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR