ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS

250,000 MURTAD

250,000 MURTAD : MASIHKAH KITA INGIN BERDIAM DIRI?
Isu Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani yang memohon murtad telah sekali lagi membuktikan bahawa aqidah umat Islam mudah terhakis di bawah undang-undang sekular. Lina, 42 tahun, yang dilahirkan dalam keluarga Melayu Muslim, telah memohon supaya perkataan "Islam" dibuang daripada kad pengenalannya. Walau pun permohonannya belum lagi diputuskan oleh mahkamah namun beliau telah pun menganut agama Kristian. Lina diwakili oleh 4 orang peguam bukan beragama Islam. Salah seorang peguam beliau, Datuk Dr. Cyrus Das, berhujjah bahawa Lina mesti diberi hak dalam perlembagaan untuk memeluk agama yang dipilihnya. Menurut Das, mereka yang merangka Perlembagaan Persekutuan mahu Malaysia menerimapakai undang-undang sekular dan bukan undang-undang Islam. Das menegaskan bahawa mahkamah sepatutnya menolak hujjah yang mengatakan bahawa Islam mengatasi Perlembagaan. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, berhujjah bahwa jika Muslim dibenarkan mengisytiharkan diri mereka murtad, ia akan mendatangkan kesan negatif ke atas beberapa pihak.Menurut laman web Malaysiakini.com bertarikh 8 Julai 2006, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa seramai 250,000 orang Islam di Malaysia termasuk seorang yang bergelar 'ustazah' telah murtad. Angka mengenai murtad itu diperolehi dari kajian sekumpulan profesional dan intelektual Melayu yang menjalankan kajian mengenai masalah ini pada tahun lepas. "Wanita bergelar ustazah itu mengetuai kumpulan ribuan mereka yang murtad ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar "Dasar Aparteid Terhadap Wanita Islam di Malaysia: Satu Penilaian" di Kuala Lumpur.
Pendedahan Harussani mengenai penyelewengan aqidah umat Islam di negara ini dilakukan selepas beliau mendakwa masyarakat Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa terdapat masyarakat Amerika yang beranggapan umat Islam Malaysia adalah kalangan yang zalim kerana menyebabkan golongan murtad tidak sanggup mengaku secara terbuka sudah keluar dari Islam kerana bimbang dibunuh atau dipukul. Menurut Mufti Perak ini lagi, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak membenarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian. Surat itu juga meminta Pejabat agama Islam supaya jangan mengganggu kerja-kerja seorang mubaligh di negara ini yang dikenali dengan nama 'ustaz' yang cuba mempengaruhi para remaja liar untuk murtad. Harussani juga memberitahu beliau telah menulis dua memorandum bertajuk "Ancaman-ancaman Terhadap Islam" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Majlis Raja-Raja pada April lepas bagi memaklumkan gejala murtad itu. Katanya berikutan itu satu arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa agama Islam untuk mengambil tindakan segera, bagaimana pun tiada tindakan susulan diambil kerana badan itu memberi alasan ia hanyalah satu maklumat tanpa bukti.
Murtad : Isu Penting dan Utama
Masalah murtad di kalangan umat Islam tidak pernah reda. Perbincangan mengenainya pun tidak pernah mencapai noktah. Setiap kali isu ini timbul, emosi umat Islam akan bangkit. Malangnya emosi tersebut tidak dipersatukan dengan fikrah (pemikiran) dan thariqah (method) Islam dalam menangani gejala ini. Tahu dan marah dengan apa yang berlaku, kemudian balik kerja, main bola, tengok TV dan masuk tidur. Islam hanya menjadi agama ritual (ibadat) dan tidak diambil untuk diperjuangkan. Wahai mereka yang mementingkan selimut! Bangkit dan berjuanglah! Islam memerlukan tenaga kalian. Diutusnya Rasul adalah supaya manusia beriman kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan selainNya. Diturunkan Islam adalah supaya manusia masuk ke dalamnya dan tidak mengambil selainnya. Masuk ke dalamnya rahmat, keluar darinya celaka. Maka Allah jualah sebaik-baik penghukum bagi si celaka ini. Thariqah Islam menyatakan bahawa keluarnya seseorang dari agama yang Allah redha ini, maka keluarlah ruh dari jasad. Keluarlah kepala dari badan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan syurga kepada penyembahNya dan yang berpaling tadah, nerakalah tempat kembalinya. Allah adalah sebaik-baik Pemberi khabar gembira dan sebaik-baik Pengancam. Bertaqwalah/Takutlah kalian kepada Allah wahai kaum Muslimin! Kebencian kafir Barat kepada mereka yang menyembah Allah adalah amat melampau. Pelbagai usaha dilakukan namun tidak mendatangkan hasil lumayan, tetapi yang pasti upaya memurtadkan kaum Muslimin tidak pernah pudar dari benak mereka. Islam dituduh agama yang 'ketat' dan zalim, tidak memberi kebebasan.
Slogan kebebasan dilaungkan di serata dunia dan dijaja dengan penuh keindahan. Hak Asasi Manusia diolah sedemikian rupa sehingga menjadi satu perjuangan yang suci lagi menyucikan. Umat Islam terkeliru dan terpukau. Ada yang ingin membela Islam, namun meletakkan diri di kandang salah, membela Islam sebagai pihak yang tertuduh. Ada pula yang rosak dan busuk hatinya, terus menjadikan Barat sebagai rasul (ikutan), kerana inilah 'agama' baru yang lebih benar dari agama Allah. Inilah kebebasan yang benar, bebas sebebas-bebasnya. Inilah hak asasi bagi manusia!. Golongan sekular dan pemuja Barat seperti Sisters In Islam (SIS) menjadi tali barut musuh-musuh Allah dengan memperjuangkan habis-habisan hak untuk murtad sebagai sebahagian daripada Hak Asasi Manusia.
SIS pernah mengatakan "isu Kerajaan Langit menunjukkan bahawa pihak berkuasa agama menggunakan sumber kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menghukum Ayah Pin dan pengikutnya. Ini berlaku sungguhpun kebebasan memilih agama diterangkan dengan jelas di dalam Al Quran dan juga termaktub di dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights)(www.sistersinislam.org.my/PressStatement/27072005.htm )
Ini hanyalah secebis dari perkataan mereka yang ingin memadamkan cahaya Allah. Banyak lagi perkataan-perkataan seumpama ini yang sentiasa kedengaran dari 'kekasih-kekasih' Barat seperti ini. Setiap kali isu murtad muncul, maka mereka akan menzahirkan perjuangan mereka di dalam membela orang-orang murtad ini. Kenapakah kata-kata jijik ini dibenarkan berlegar di udara? Tak lain tak bukan kerana amalan kebebasan bersuara yang diamalkan pada hari ini. Ya, kebebasan bersuara yang membiarkan suara-suara kufur dialunkan tetapi menghalang suara-suara haq dari berkumandang. Suara untuk mengajak kembali kepada hukum-hukum Islam, kepada Daulah Khilafah Islamiyyah dan seumpamanya adalah suara-suara yang merbahaya tetapi seruan kepada kemurtadan adalah suara-suara yang mulia.
Inilah hakikat Hak Asasi Manusia yang dilontarkan oleh Barat dan 'disambut baik' oleh pemuja-pemuja mereka dari kalangan kaum Muslimin. Inilah barah sekularisme yang ada di dalam tubuh umat Islam, yang memisahkan agama dari kehidupan. Pembuatan undang-undang adalah di tangan manusia, bukan di tangan Allah. Manusia telah mengambil hak Allah sebagai Asy-Syari' (pembuat undang-undang). Undang-undang ciptaan manusia yang ada sekarang langsung tidak membuatkan orang gentar atau takut untuk murtad, malah peruntukannya 'semacam' membenarkan aktiviti sesat ini. Malaysia menganggap bahawa dadah adalah musuh utama sehingga hukuman mati mandatori dikenakan kepada pengedar dadah. Tiada kompromi tentangnya.
Sebaliknya, kes murtad tidak dianggap isu utama dan orang yang murtad boleh lepas bebas. Jika hukuman mati-lah yang dicadangkan, maka Hak Asasi Manusia akan diambil kira dan wajib diutamakan!!. Mesti berkompromi. Inilah apa yang berlaku dan inilah hakikat mereka yang berpegang teguh dengan sekularisme. Hukum Murtad Menurut IslamApabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." [TMQ Al-Baqarah, 2:217]
Hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam pula mensabitkan hukuman kepada orang yang murtad. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata, "Dihadapkan kepada Amirul Mukminin 'Ali karamAllahu wajhah orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata 'Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi Salallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda "Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah". Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi wa Sallam "Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia"
Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, "Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh."Banyak lagi hadis yang seumpama ini yang menunjukkan dengan jelas bahawa hukuman bagi orang-orang yang murtad adalah dibunuh. Mereka tidak dibakar. Ini disebabkan adanya larangan dari Rasulullah untuk mengazab seseorang dengan azab Allah, iaitu api (dibakar). Selain itu, keumuman hadis, "Barangsiapa murtad maka bunuhlah ia", menunjukkan bahawa hukum bagi mereka yang murtad adalah dibunuh. Sedangkan apa yang diperbuat oleh Ali radhiAllahu 'anhu. tidak boleh dijadikan dalil, sebab yang menjadi pegangan kita di sini ialah perkataan Rasulullah, bukannya perbuatan Ali. Apa yang dilakukan oleh Ali adalah berdasarkan ijtihadnya yang mungkin pada waktu itu dibuat sebelum beliau mendengar hadis yang melarang mengazab seseorang dengan azab Allah (membakar).
Berkaitan pembahasan orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah Salallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan agar menasihati orang yang murtad. Abu Bakar juga pernah melakukan hal seperti ini. Daruquthniy dan Baihaqiy mengeluarkan hadis, "Bahawa Abu Bakar radhiAllahu 'anhu menganjurkan wanita yang murtad untuk bertaubat. Wanita itu bernama Ummu Qurfah, di mana dia kafir setelah masuk Islam. Wanita itu tidak mahu bertaubat, sehingga beliau (Abu Bakar) membunuh wanita itu."
Anjuran taubat selama tiga hari, bukanlah qayyid (batasan). Tiga hari adalah batas minima yang umumnya memungkinkan terjadinya insaf. Jika dalam tempoh itu masih juga tidak mahu insaf, maka tempoh itu boleh dilanjutkan (oleh Qadhi). Sebab, maksud dari anjuran bertaubat adalah menyedarkan dia tentang Islam, dan supaya dia kembali kepada Islam sehingga dia mesti diberikan masa yang mencukupi untuk bertaubat. Diriwayatkan bahawa Abu Musa memberi kesempatan bertaubat seorang yang murtad di mana kemudian Mu'az memerintahkan untuk membunuhnya. Kemudian Abu Musa membunuh orang murtad tersebut, setelah memberi kesempatan taubat selama dua bulan sebelum kedatangan Mu'az.
Walaubagaimanapun, taubat hanya diterima jika dia tidak mengulangi kemurtadannya. Jika ternyata dia mengulanginya, maka taubatnya tidak diterima dan dia mesti dibunuh segera tanpa diberi tempoh lagi (tidak dikira lagi samada dia bertaubat atau tidak). Diriwayatkan oleh Asyram dari Thibyana bin Umarah, "Bahawa seorang lelaki dari Bani Saad melintas ke Masjid Bani Hanifah, sedangkan mereka sedang membaca sajak Musailamah al Kadzab. Kemudian lelaki itu pergi kepada Ibn Mas'ud dan menceritakan kejadian itu. Kemudian mereka didatangi dan mereka disuruh bertaubat. Semuanya telah meninggalkan jalan keyakinan mereka kecuali seorang lelaki, di mana Ibn Nuwahah berkata kepadanya, "Sungguh aku melihat engkau satu kali, dan aku menduga engkau telah bertaubat, dan aku melihatmu mengulangi lagi perbuatanmu itu. Maka lelaki tersebut dibunuh."
Seperkara yang perlu diperhatikan ialah dari segi perlaksanaan hukum di mana mereka yang dibenarkan untuk membunuh orang murtad adalah negara (pemerintah) atau orang yang ditugaskan oleh negara (Qadhi). Mana-mana individu atau jemaah tidak boleh melakukannya. Tugas individu atau jemaah hanyalah sebatas memberi peringatan, ancaman dan memuhasabah pemerintah yang tidak menerapkan hukum Islam. Malah wajib ke atas mana-mana individu atau jemaah meluruskan pemerintah dalam kes ini. Individu atau jemaah juga boleh berdakwah kepada mereka yang murtad agar kembali kepada Islam dan jika mereka berdegil, urusan mereka dikembalikan kepada pemerintah (untuk dihukumi).
Menjawab Kebohongan dan PengeliruanDi dalam mempertahankan perjuangan mereka, golongan sokong-murtad ini telah mengelirukan umat Islam dengan tafsiran ayat "tidak ada paksaan dalam agama..." [TMQ al-Baqarah:256]. Mereka mengatakan bahawa orang Islam boleh keluar dari Islam berdasarkan ayat ini. Kesalahan mereka amat jelas dan ketara di mana ayat yang mulia ini sebenarnya menerangkan tidak ada paksaan ke atas orang kafir untuk memeluk Islam, bukan sebaliknya. Jadi meskipun wajib bagi orang kafir untuk masuk Islam (lihat Ali-Imran:3,19,85), mereka hendaklah memeluk Islam atas kerelaan dan kesedaraan sendiri dan bukan kerana ada paksaan. Mereka juga berhujah mengatakan bahawa hadis "Barangsiapa menukar agamanya maka bunuhlah dia" sebagai Hadis Dha'if (lemah), kerana terdapat Muhamad bin Al-Fadhal di dalam sanadnya.
Sebenarnya Muhamad bin Al-Fadhal diterima oleh ahli hadis, sehinggalah penghujung umur beliau. Imam Bukhari berkomentar bahawa dia adalah tsiqah (dipercayai) tetapi "berubah-ubah di penghujung umurnya". Kebohongan golongan sokong-murtad ini jelas di mana mereka sebenarnya tidak mengkaji hadis ini dengan sempurna. Terdapat hadis yang sama diriwayatkan oleh Bukhari melalui 16 sanad yang lain yang tidak terdapat Muhamad bin Al-Fadhal di dalamnya. Yang mereka ketengahkan ialah satu sanad sahaja yang dikatakan tidak sahih kerana adanya Muhamad bin Al-Fahdhal (Hadis #6411) walhal terdapat 16 sanad yang lain (Hadis #2794) yang tidak terdapat Muhamad bin Al-Fadhal dan yang langsung tidak mengandungi kecacatan di dalamnya namun ini tidak pernah tidak dibincangkan oleh golongan sokong-murtad ini.Terdapat banyak lagi pengeliruan dan kebohongan nas-nas yang dilakukan di dalam membolehkan murtad ini.
Golongan ini sememangnya 'kreatif' di dalam mencari nas demi merubah hukum Allah. Disebabkan keterbatasan ruang, kami tidak dapat untuk menyiarkan semua hujah-hujah palsu mereka untuk dijawab. InsyaAllah di lain waktu akan diperbincangkan.KhatimahSlogan Hak Asasi Manusia yang dilaungkan oleh kafir Barat telah betul-betul dimanfaatkan oleh mereka untuk menguasai negara umat Islam dan meluaskan cengkaman mereka ke atas kita. Selain dari menjajah umat Islam dari segi ketenteraaan, politik, ekonomi, pemikiran dan kebudayaan, musuh-musuh Allah ini juga tidak pernah putus asa berusaha mengeluarkan kaum Muslimin dari agama Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengingatkan kita,"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup.
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"[TMQ al Baqarah:217].Wahai kaum Muslimin! Kita semua tahu bahawa salah satu tujuan luhur Islam dalam menjaga masyarakat (yang disebut sebagai maqasid syar'iyyah) adalah 'menjaga agama/aqidah'. Allah sekali-kali tidak memberi hak dan keizinan ke atas manusia untuk menyekutukanNya atau tidak mempercayai kewujudanNya (atheist).
Allah Subhanahu wa Ta'ala menjaga agamaNya melalui hukum bunuh ke atas orang-orang yang telah menukar kepercayaan (murtad) ini. Dan orang yang dibebankan oleh Allah untuk melaksanakan hukuman ini tidak lain tidak bukan adalah pemerintah. Wajib ke atas pemerintah menjaga agama Allah dengan menerapkan sistem yang datang dari Allah, bukan menerapkan hukum mengikut kehendak sendiri, kehendak manusia lain, apatah lagi kehendak musuh-musuh Allah (kafir Barat). Kita selalu berdoa dan mengharapkan supaya Allah menjadikan orang-orang yang bertaqwa/takut (kepada Allah) sebagai pemimpin kita, bukan pemimpin yang 'bertaqwa' kepada Barat. Hanya pemimpin yang bertaqwa kepada Allah sahajalah yang akan menyelamatkan umat ini dari kehancuran.
Rasulullah dan para khulafa' telah berjaya mengIslamkan umat manusia. Mereka benar-benar menjaga aqidah umat yang telah memeluk Deenul haq ini. Penerapan hukum bunuh ke atas si murtad telah berjaya menjaga kesucian dan kebenaran agama Allah ini. Sudah lama kita mengharapkan perkara yang sama dilakukan oleh para pemerintah, tetapi harapan tinggal harapan. Undang-undang yang ada sekarang adalah hasil ciptaan manusia dan telah terbukti gagal menangani masalah ini. Undang-undang aqal yang lahir dari sistem demokrasi ini tidak pernah berjaya dan ia akan terus gagal dan gagal.
Tidakkah kalian sedar wahai kaum Muslimin? Tidakkah kita semua rindu akan kehidupan di mana Sistem Allah diterapkan di dalamnya? InsyaAllah kerinduan kita ini akan terubat bilamana kita menyaksikan Daulah Khilafah sekali lagi memayungi dunia. Tetapi kita tidak boleh menanti wahai saudaraku, kita wajib berjuang untuk mendirikannya sebagaimana perjuangan Rasulullah semasa di Makkah dahulu sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah di Madinah.
Perjuangan merubah pemikiran-pemikiran kufur yang ada pada umat untuk digantikan dengan pemikiran-pemikiran Islam yang berasal dari wahyu, bukan yang datang dari sistem demokrasi-sekular. Hukum bunuh ke atas orang-orang murtad akan kembali diterapkan bilamana Daulah Khilafah memerintah dunia nanti. Wahai kaum Muslimin, kekallah kalian di dalam agama ini dan patuhilah segala perintah Allah. Ingatlah! Haram untuk kita mati di dalam keadaan tidak tunduk patuh kepada Allah dengan sebenar-benarnya."Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim". [TMQ Ali-Imran:102]

OIC OH OIC ... OH! I SEE

OIC OH OIC ... OH! I SEE

Lebanon pada hari ini bagaikan retak menanti belah. Krisis antara Hizbullah dan Israel terus berlanjutan menyebabkan korban nyawa dan harta benda kesemua pihak saban hari semakin meningkat. Setakat minggu lepas sahaja, Lebanon terpaksa melihat 3 lapangan terbangnya dibom, 62 jambatan dimusnahkan, 3 empangan dan 3 pelabuhan dibedil, 5,000 buah rumah rosak, 22 stesen minyak, 152 perniagaan, 2 penjana elektrik, sebuah pusat rawatan kumbahan, sebuah stesen television, 80% daripada jalanraya utama, sekolah-sekolah dan hospital-hospital dihancurkan. Anggaran kemusnahan yang telah ditanggung oleh Lebanon mencecah lebih USD3 Billion. Yang nyata, dari sebuah bancian pendapat yang dibuat oleh sebuah akhbar Israel, Maariv, 82% daripada penduduk Israel menyokong tindakan ketenteraan yang dilancarkan oleh negara mereka dan 95% percaya tindakan mereka adalah benar.

Sautun Nahdhah minggu lepas telah mengupas hakikat PBB yang hanya merupakan pentas lakonan Barat dalam menghancurkan umat Islam. Kini sebuah lagi pentas digunakan untuk `menyelamatkan' umat Islam dari bencana yang sedang melanda. Bezanya, pentas kali ini diduduki oleh mereka yang hanya beragama Islam sahaja. Inilah pentas yang menjadi harapan sebahagian besar umat ketika ini – The OIC (The Organization of Islamic Conference). Sautun Nahdhah kali ini akan mengajak pembaca meneliti dan menilai apakah pentas ini merupakan penyelamat kaum Muslimin atau hanya sebuah lagi pentas lakonan yang para pelakonnya berebut-rebut untuk menjadi hero dengan harapan dapat menambat hati para penonton dan pengarah utamanya, rejim Amerika.

OIC atau nama bahasa arabnya Munazzhamat Al-Mu'tamar Al-Islami, sering `bersidang' di dalam mencari penyelesaian di peringkat antarabangsa bagi isu-isu yang melibatkan Islam. Saat ini, ketika dunia Islam sedang menangis menyaksikan tragedi di Lebanon, OIC sekali lagi `bersidang' (kali ini secara tergempar) bagi mencari jalan untuk menyelesaikan konflik ini. Persidangan yang diadakan di Malaysia selaku pengerusi badan dunia ini, menyaksikan Deklarasi Putrajaya telah dibuat pada 3 Ogos lalu. Antara isi kandungan Deklarasi adalah mengutuk keganasan Israel terhadap Lebanon, melahirkan rasa risau terhadap kekakuan Majlis Keselamatan PBB dalam melaksanakan sebarang tindakan agar gencatan senjata dilaksanakan, menggesa Majlis Keselamatan PBB melaksanakan tanggungjawabnya menjaga keamanan sejagat dan mengutuk serangan udara Israel ke atas Qana pada 30 Julai 2006 yang telah membunuh lebih dari 60 orang awam yang kebanyakannya kanak-kanak.

Persoalannya, adakah Deklarasi Putrajaya ini akan menyelesaikan masalah umat Islam di Lebanon yang sekarang ini sedang dihujani dengan pelbagai jenis bom dan peluru? Adakah kita berpuas hati mendengar OIC hanya `mengutuk' tindakan kejam yang sedang dilakukan oleh Israel? Adakah kita bergembira setelah mendengar OIC menjerit meminta tolong dengan PBB, yang jelas-jelas musuh yang nyata bagi umat Islam? Adakah kita rela melihat umat Islam di Lebanon bermandikan darah, mati dibom, hilang tempat tinggal, pakaian tinggal sehelai sepinggang, tiada lagi bekalan makanan dan hidup dalam ketakutan, sedangkan para pemimpin OIC datang ke Malaysia menaiki penerbangan kelas khas, layanan kelas pertama, tinggal di hotel mewah, berpakaian segak, duduk di kerusi empuk serta menikmati hidangan yang lazat-lazat, kemudian mengeluarkan deklarasi kosong seperti di atas?? Begitulah nasib yang menimpa umat Islam dan begitulah apa yang selalu dilakukan oleh OIC. Setiap kali melihat masalah yang menimpa kaum Muslimin, maka setiap kali itulah mereka akan duduk semeja dan bersidang. Tidak hairanlah jika sindiran "Oh! I See" akan terus bermain di mulut-mulut mereka yang menzahirkan kekecewaan masing-masing terhadap badan antarabangsa itu.

OIC – Bersekutu Atau Berseteru?

Sejak penubuhannya pada tahun 1969 di Rabat, Maghribi, OIC dilihat masih lagi tidak dapat memberi impak besar kepada senario politik antarabangsa. OIC terus menjadi kesatuan pinggiran yang dapat ditundukkan dengan mudah oleh badan-badan dunia yang lain, terutamanya PBB. Antara perkara-perkara yang ingin dicapai oleh OIC adalah melaksanakan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan sains. Ia juga bertujuan untuk memperjuangkan kehormatan umat Islam, kebebasan umat Islam dan hak-hak negara umat Islam. Pada masa yang sama badan dunia ini juga telah bersetuju untuk menjaga tempat-tempat suci umat Islam dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dan membantu mereka dalam mengembalikan semula hak dan membebaskan tanah Palestin dari jajahan Israel.

Sekali pandang, cita-cita OIC nampaknya memang sinonim dengan harapan umat yang sedang mencari `pembela' mereka, rentetan dari pelbagai peristiwa hitam yang telah menimpa umat Islam. Saudara-saudara kita di Palestin tak henti-henti dibunuh oleh Israel. Sabra dan Shatilla menjadi saksi kepada sifat kebinatangan Israel ke atas mereka. Kaum Muslimin di Bosnia Herzegovina disembelih seperti binatang, dirogol dan dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Umat Islam di Kashmir diperangkap oleh Barat dengan konflik berdarah yang sehingga kini tidak berkesudahan. Ini belum lagi mengambil kira penderitaan umat Islam di tempat-tempat lain yang masih tidak mendapat pembelaan seperti penderitaan umat Islam di selatan Thai, masalah kebuluran yang melanda Ethopia (yang dahulunya dikenali sebagai Habsyah), kemiskinan dan kesengsaraan saudara-saudara kita di seluruh dunia dan pelbagai masalah lain lagi. Semua ini memerlukan `pembelaan' dari para pemimpin yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga umat ini.

Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin OIC dalam menangani isu-isu di atas? Apakah mereka telah melaksanakan amanah Allah ke atas mereka? OIC yang kononnya ditubuhkan untuk membantu umat Islam hanya dilihat membuat pertemuan demi pertemuan, persidangan demi persidangan dan deklarasi demi deklarasi yang penuh kebaculan tanpa sebarang makna. Lihat sahaja Deklarasi Putrajaya yang hanya menagih ihsan dan simpati dari organisasi kafir pembunuh umat Islam (PBB) agar organisasi tersebut dapat menyelamatkan umat Islam!! Bagaikan di saat sekumpulan pembunuh datang dan sedang membunuh adik-beradik kita, bapa kita sibuk menjemput dan berbincang dengan kawan-kawannya merayu agar salah seorang pembunuh `mengutuk' pembunuhan tersebut. Bagaikan di saat perompak menceroboh rumah kita dan merogol ibu dan kakak kita, bapa kita menjemput kawan-kawannya untuk bermesyuarat bagi mengutuk perlakuan penjenayah tersebut. Na'uzubillah!!!! Wahai kaum Muslimin! Sedarlah oleh kalian bahawa inilah apa yang telah, sedang dan sentiasa dilakukan oleh OIC.

Secara hakikinya, kebaculan dan tidak relevenannya OIC dapat dilihat sejak dahulu. Pada sidang kemuncak 2003 di Malaysia, OIC seolah-olah harimau yang hilang taring apabila draf resolusi yang meminta rejim Amerika mengundurkan tenteranya dari Iraq `dengan mengikut jadual yang ketat', ditarik balik dan diganti dengan kenyataan lain yang begitu lemah di mana OIC sekadar meminta Amerika berundur dari Iraq `seberapa segera'. OIC sekali lagi diperkotak-katikkan pada akhir 2000 apabila India dengan bongkaknya menolak resolusi OIC berkenaan Kashmir yang dibuat di Doha. Permintaan seperti pengunduran Israel dari kawasan-kawasan Palestin yang dicerobohnya sejak 1967 terus berlalu tanpa sebarang tindakan jelas bagaimana ianya dapat dilaksanakan. Deklarasi atau gesaan OIC kepada PBB atau Majlis Keselamatan PBB hanyalah seperti `anjing menyalak bukit', tiada guna dan tidak berfaedah sedikit pun, apatah lagi jika ditinjau dari sudut hukum syara', ia jelas-jelas haram.

Kesatuan yang cuba dibentuk di dalam OIC juga hanyalah sebuah kesatuan yang di asaskan atas manfaat yang rapuh. Krisis kepimpinan di dalam OIC pernah disuarakan. Ini dikuatkan lagi apabila sejak akhir-akhir ini suara desakan agar berlaku perubahan dramatik di dalam OIC mula kuat kedengaran sejak Kemuncak Doha pada tahun 2005 [IslamOnline.net]. Melihat ke akar umbi, masing-masing negara anggota sebenarnya mempunyai agenda tersendiri yang kadangkala bercanggah dengan aspirasi OIC itu sendiri. Kononnya ingin bersatu, hakikatnya sering berseteru - Iraq dan Iran terjebak dalam kancah perang saudara selama lebih kurang 8 tahun, menyaksikan sejarah pembunuhan sesama Muslim yang begitu menyayat hati. Kuwait `diceroboh' oleh Iraq pada 1991, sudahnya menyebabkan campur tangan rejim Amerika secara langsung di dalam krisis ini. Apa reaksi OIC? Kebanyakan dari negara-negara anggota (terutama negara-negara Arab) dengan rela hati menyerahkan pengkalan di negara mereka kepada rejim Amerika dan sekutunya untuk menyerang Iraq. Lain-lain negara anggota OIC terus meng'amin'kan tindakan rejim Amerika yang mengebom dan membedil serta membunuh saudara seagama di Iraq. Pada satu masa OIC mengutuk Israel dan menggesa ahlinya memutuskan hubungan dengan Israel, pada masa yang sama terdapat beberapa negara anggota yang menjalin hubungan baik dengan Israel. Contohnya Turki yang mengadakan pakatan strategik dengan Israel dan Mesir serta Jordan yang mempunyai perjanjian damai dengan negara yang terlaknat itu.

OIC – Harapan Yang Punah

Realitinya, OIC sememangnya lemah dalam apa jua tindakan yang diambilnya. Sebagai sebuah badan yang sentiasa takut dan tunduk kepada PBB, OIC tidak akan ke mana. Dan setelah kita menyedari harapan sia-sia umat kepada PBB (SN minggu lepas), maka kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa harapan umat terhadap OIC akan melalui jalan yang sama. Dalam isu Lebanon ini, semua tindakan yang dibuat oleh OIC hanya sekadar `reaksi' kepada masalah, bukannya penyelesai. Para pemimpin OIC hanyalah sekadar watak yang samada sedar atau tidak, sedang melakonkan `kisah benar' dalam sebuah pementasan yang diarahkan oleh sutradara terkenal, Amerika dan dibantu oleh Israel.

Secara ringkasnya, tragedi yang sedang berlaku di Lebanon sekarang adalah salah satu daripada percaturan politik dunia yang sedang dimainkan oleh rejim Amerika melalui proksinya Iran dan Syria bagi kesinambungan usahanya untuk Timur Tengah Baru (The New Middle East). Dalam percaturan ini, Hizbullah dijadikan kambing korban yang digembalakan menerusi Syria dan Iran bagi mengukuhkan cita-cita Israel yang mempunyai pelan tersendiri untuk menubuhkan Israel Raya yang berkuasa dari Sungai Nil hingga ke Sungai Euphrates. Di samping itu, krisis ini juga akan digunakan Amerika untuk menyekat kembalinya pengaruh Eropah (terutamanya British dan Perancis) dari kembali ke persada geo-politik Timur Tengah. Rejim Amerika, yang sedang menggadaikan nyawa Hizbullah, akan memastikan pelan Timur Tengah Barunya berjalan lancar agar aib yang telah diterimanya di Afghanistan dan Iraq dapat dialih dari tumpuan dunia dan seterusnya mengukuhkan kepentingannya di wilayah tersebut. Buat sementara waktu sekarang ini, dunia akan `melupakan' kekejaman dan keganasan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan.

Inilah pementasan yang sedang dijalankan oleh rejim Amerika dengan meletakkan barisan pelakon seperti PBB, OIC, Eropah, Iran, Syria dan Israel yang masing-masing memainkan peranan yang dicipta samada secara sedar mahupun tidak. Setelah ribuan umat Islam dibunuh dan Hizbullah dapat dilumpuhkan, babak seterusnya adalah mengadakan gencatan senjata, tetapi ia tidak akan dibuat serta-merta. Sang pengarah akan memastikan bahawa perkara ini berlaku hanya setelah ia berpuas hati dengan segala adegan atau babak yang diatur. Dunia yang menjadi penonton selepas itu akan turut berpuas hati dan menutup mulut dengan `keamanan' yang dicipta hasil dari gencatan senjata ini. Wahai kaum Muslimin!! Adakah kalian hanya ingin menjadi `penonton setia' terhadap drama kejam ini? Adakah kalian akan berpuas hati jika gencatan senjata dilakukan, setelah Israel dan Amerika puas melakukan pembunuhan terhadap saudara-saudara kalian? Apakah ini yang kalian harapkan dari OIC atau PBB? Gencatan senjata bukannya jawaban kepada kebiadaban rejim Israel dan Amerika ke atas Lebanon!.

Antara Kewajipan & Harapan

OIC adalah salah satu platform yang sengaja dibiarkan wujud oleh Amerika la'natullah agar momentum umat Islam terus menerus berpusing dalam lingkaran yang tiada jalan keluar. Segala deklarasi OIC yang bertentangan dengan aspirasi mereka akan dibakul-sampahkan. Segala resolusi OIC yang bertentangan dengan pelan induk mereka pasti akan di`veto'kan. Akhirnya, OIC akan terus lesu dan terus lesu tanpa dapat melakukan apa-apa kecuali sekadar melahirkan `rasa kecewa' dan `mengutuk' tindakan-tindakan biadab yang dilakukan oleh rejim Israel dan Amerika ke atas umat Islam.

Umat perlu sedar dan bangkit mengingatkan pemimpin-pemimpin mereka bahawa konflik di Lebanon bukanlah isu Hizbullah semata-mata, bukan juga isu Palestin atau Lebanon semata-mata tetapi ia adalah isu umat Islam. Ia adalah isu bagi mereka yang mengucapkan kalimah yang sama sebagaimana yang diucapkan oleh Hizbullah dan Palestin. Ia adalah isu yang memerlukan pembelaan segera dari para pemimpin yang yang sepatutnya memelihara umat Islam dan menjaga agama Allah. Rasulullah Sallallu `alaihi wa Sallam mengingatkan kita bahawa setiap titik darah seorang muslim yang tumpah ke bumi adalah lebih berharga di sisi Allah dari seisi Ka'abah dan sekelilingnya. Oleh itu, ingatlah wahai para pemimpin, kamu wajib menjaganya dan kamu akan di soal oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang setiap titik darah yang tidak kamu bela. Allah akan menyoal kamu tentang setiap deklarasi kosong yang kamu ambil di bawah OIC yang dengannya kamu membiarkan darah umat Islam terus membasahi bumi Lebanon. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

"Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!" [TMQ an-Nisa'(4):75].

Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang satu. Tiada yang membezakan antara kita dan mereka yang sedang menderita di Lebanon dan Gaza. Tanah mereka yang dicerobohi oleh rejim zionis adalah tanah kita umat Islam. Umat Islam sedang mengharapkan seorang pembela yang mampu menyelamatkan mereka. Umat Islam menantikan kemunculan seorang lagi Salahuddin Al-Ayubi yang boleh membebaskan mereka dari cengkaman kufur. Ummah mengharapkan pembela seperti Khalifah Mu'tasim yang benar-benar menjaga kehormatan dan kemuliaan kaum Muslimin. Pahlawan-pahlawan ulung Islam ini menyedari akan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Mereka bangkit melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut berdasarkan tuntutan syara', bukannya menagih simpati dari musuh agar musuh mengasihani kaum Muslimin.

Umat Islam memerlukan pelindung yang mampu menggentarkan setiap sendi musuh. Umat Islam memerlukan perisai yang mampu melaksanakan tanggungjawab berdasarkan fikrah dan thariqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallu `alaihi wa Sallam. Umat Islam memerlukan Khilafah. Kekuatan rejim Israel dan Amerika hanya boleh dijawab dengan kekuatan Khilafah Islam, yang pasti datang untuk menghancurkan mereka. Musuh Allah yang selama ini membunuh, mencabul dan menghina umat dan Islam perlu dibawa bersemuka dengan pelindung sebenar umat Islam, Al-Khalifah.

Sesungguhnya, untuk merealisasikan Khilafah bukanlah sesuatu yang susah. Namun yang menjadi penghalang utama adalah pemikiran pemimpin-pemimpin kaum Muslimin yang hanya mementingkan kuasa, ingin mengekalkan kekuasaan dengan menjaga sempadan geografi yang telah direka oleh penjajah. Sekiranya pemikiran kufur ini dapat dihindari dari benak pemimpin kaum Muslimin, maka, jalan menuju kepada kekhilafahan akan terpampang jelas di depan mata. Jika kaum Muslimin dapat bersatu di bawah satu Daulah dan dipimpin oleh seorang yang bergelar Khalifah, maka kaum kuffar tidak akan dapat memudharatkan kita sedikitpun. Saat itu, pertolongan Allah akan bersama kita. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

"Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan." [TMQ al-Imran(3):111]

Khatimah

Untuk pemimpin-pemimpin umat Islam yang ikhlas, tidakkah kamu lihat kewujudan dunia sekular yang tidak membawa manfaat melainkan kehancuran dunia keseluruhannya? Tidakkah kamu merasai bagaimana umat Islam ditindas dan bagaimana Islam diserang di seluruh dunia? Cukupkah sekadar kamu bersyukur dirahmatkan Allah dengan keadaan yang aman tanpa menyedari bahawa kekecohan di kawasan saudaramu adalah kekecohan yang berlaku di kawasanmu juga?

Tidakkah kamu melihat di mana musuh-musuh Islam memaksa kamu berdiri di barisan mereka dalam semua jenayah yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam? Tidakkah kamu lihat sewaktu salah seorang dari mereka memasuki kancah peperangan memerangi umat Islam maka kesemua kamu akan turut terjun ke kancah peperangan itu, sebaliknya kamu berpecah belah dan lari dari peperangan kerana mengikut telunjuk mereka? Tidakkah kamu sedar bahawa apabila mereka dicederakan, mereka memaksa dunia untuk menitiskan air mata bersama mereka? Tetapi apabila anak-anak kamu dibunuh dengan kejam, mereka tersenyum dan ketawa dengan membiarkan kamu teresak-esak sendirian? Tidak mampukah kamu memahami bahawa jika sekiranya kita berdiri sebagai satu umat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah dan RasulNya, permasalahan ini mampu diselesaikan dalam sekelip mata?

Wahai pemimpin-pemimpin umat Islam!! Dengarlah rintihan suara umat Islam. Hati dan perasaan mereka adalah dari Islam. Mereka merintih mengharapkan Deen Allah Subhanahu wa Ta'ala diterapkan dan bersedia untuk menyokong kepimpinan yang ikhlas. Pahlawan-pahlawan kita telah tertunggu-tunggu Jannah mereka dan bersedia untuk melancarkan Jihad ke atas mereka yang menjajah dan menodai tanah Islam dan mereka yang memerangi Islam. Mereka menyeru akan kesatuan umat Islam dengan pengembalian Islam secara total dalam kehidupan. Dengarlah seruan rakyatmu, kami memerlukan kamu menyatukan kita semua di bawah satu kekuatan – Khilafah. Kami umat Islam memerlukan kamu menghantar pasukan tentera, semata-mata kerana Allah, untuk memerangi kaum kuffar di atas kekejaman mereka ke atas umat Islam.

Demi Allah! Kamu yang mengaku pemimpin kepada orang-orang Islam, perlulah melaksanakan Islam sepenuhnya. Dan bersemukalah dengan kuffar dengan satu suara dan sokongan dari umat. Cukuplah segala kehancuran, kematian dan kesengsaraan yang telah mereka akibatkan. Kami menyeru kepada kamu untuk menegakkan dan melaksanakan Deen yang telah dibawa oleh Rasulullah Sallallu `alaihi wa Sallam. Kami menyeru agar kamu berusaha dengan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan kesemua tanah umat Islam; bukan sekadar Lebanon dan Palestin semata-mata tetapi juga Iraq, Afghanistan dan keseluruhan dunia yang diliputi kekejaman kuffar. Pulihkanlah kembali kehormatan, keamanan dan keselamatan umat Muhammad Sallallu `alaihi wa Sallam dengan menegakkan kembali Khilafah Rashidah `ala minhaj nubuwwah dan InsyaAllah kamu akan menerima ganjaran dari Tuhan sekelian Alam.

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu, dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik" [TMQ an-Nur(24):55]

PBB MERUPAKAN ORGANISASI KUFUR

PBB – ORGANISASI KUFUR CIPTAAN BARAT

Apakah Kita Masih Mengharapkannya???


Malaysia dan negara-negara sahabat sedang berusaha mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan isu Asia Barat, termasuk melaksanakan segera gencatan senjata di Palestin dan Lebanon. ''Kita telah pun menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin berkenaan (kuasa-kuasa besar) termasuk kepada ahli tetap dan ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi mendapatkan sokongan mereka''. Itulah antara kata-kata Perdana Menteri yang terpampang di muka depan Utusan Malaysia 30/07/06. Beliau juga menolak cadangan menantunya, Khairy Jamaluddin supaya negara-negara anggota OIC menarik diri daripada menjadi anggota PBB kerana badan dunia itu gagal berfungsi melindungi keselamatan penduduk dunia. Abdullah berkata, OIC tidak boleh keluar dari PBB kerana negara-negara anggota OIC boleh mendapat banyak manfaat daripada badan dunia itu. Beliau seterusnya menegaskan, PBB masih merupakan badan yang berfaedah dan negara-negara anggota OIC boleh terus memainkan peranan aktif dalam pertubuhan berkenaan. Dengan terus menyertai PBB, negara-negara anggota OIC boleh membawa banyak isu lain kepada PBB termasuk isu-isu yang melibatkan negara-negara sedang membangun.[UM 30/07/06].

Inilah realiti yang senantiasa melingkari pemikiran pemerintah kaum Muslimin setiap kali dunia dilanda krisis. Ini bukanlah kali pertama, dan bukan juga kali ke seratus kita melihat pemimpin-pemimpin kita bergantung harap kepada badan dunia itu. Sudah jutaan nyawa umat Islam melayang, sudah ribuan wanita dan anak-anak menderita, para pemimpin kaum Muslimin terus bergantung harap kepada PBB seolah-olah inilah satu-satunya 'hero' yang akan menyelamatkan kita semua! Kini, di saat Israel terus menggila melancarkan serangan ke atas umat Islam di Lebanon dengan mendapat sokongan padu dari Amerika Syarikat (AS), sekali lagi kita melihat para pemimpin kaum Muslimin duduk berpangku tubuh di bangku mewah sambil menjerit meminta tolong kepada organisasi yang dikawal oleh Amerika ini. Hakikatnya kewujudan PBB hanyalah untuk mengekalkan hegemoni Barat ke atas kaum Muslimin dan menjadikan umat Islam terus menerus berada di bawah kekuasaan mereka. Sautun Nahdhah pada minggu ini ingin menjelaskan dan mengingatkan para penguasa kaum Muslimin khasnya dan umat Islam umumnya bahawa tindakan menagih ihsan dan simpati kepada PBB yang sudah terang lagi nyata merupakan sebuah organisasi kufur adalah tindakan yang salah dan boleh menimbulkan pelbagai masalah. Semoga hidayah Allah tercurah kepada para pembaca sekalian.

Sejarah Kewujudan PBB

PBB secara rasminya terbentuk pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II di San Francisco Amerika Syarikat oleh sejumlah 51 buah negara. Pembentukannya didokong oleh lima negara besar saat itu iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, China, Britain dan Perancis yang berkonflik dengan Jerman dan sekutunya. Negara-negara inilah yang mempersiapkan draf pembentukan PBB dan menjadi penandatangan utamanya. Nama "United Nations" sendiri merupakan usulan dari Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Franklin D. Roosevelt. Istilah ini telah dicipta oleh Roosevelt sewaktu Perang Dunia II sedang berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada 26 buah negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kalinya pada 1 Januari 1942 di dalam 'Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu'.

Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama "Angkatan Pertempuran PBB" untuk merujuk kepada perikatan mereka. Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan yang ditandatangani dalam beberapa persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu perang masih berlanjutan pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, China, Britain, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan mereka di Dumbarton Oaks Estate, Washington DC. Perbincangan ini dan perbincangan yang seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan ini, keahlian serta pengurusan untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa. Termasuk yang dibincangkan adalah kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. 50 buah negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diperuntukkan kepadanya di mana ia kemudiannya menandatangani piagam tersebut. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas Piagamnya disahkan oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis dan Republik China. Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh kesemua 51 buah negara anggota. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh 192 buah negara.

Sebenarnya kewujudan PBB bukanlah secara kebetulan, bukan pula sekadar memenuhi keinginan negara-negara perintisnya. Ada proses panjang di sebalik bagaimana ianya bermula dan sesungguhnya, ada agenda yang tersembunyi di sebalik kewujudannya. Tidak lama sebelum ia muncul, benih pembentukannya telah dimulai dengan wujudnya Liga Bangsa-Bangsa (The League of Nations). Gagasan pendirian organisasi ini dicetuskan pada tahun 1918, sebelum berakhirnya Perang Dunia I. Di dalam ucapannya kepada Kongres, Presiden AS ketika itu, Woodrow Wilson telah menggariskan beberapa syarat yang dikenali sebagai Fourteen Points For Peace mengandungi 14 butiran untuk mewujudkan perdamaian. Butiran ke 14 dari syarat-syarat tersebut menyebutkan perlunya pembentukan satu kesatuan negara-negara yang akan memberi jaminan keamanan kepada semua negara tanpa membeza-bezakan negara besar atau kecil. Dari sinilah akhirnya lahir kesatuan yang diberi nama The League of Nations pada tahun 1919. Sejak itu, AS mula berperanan di arena antarabangsa sehinggalah seterusnya berjaya mengekalkan kekuasaannya ke atas dunia dengan kewujudan United Nations.

Jauh sebelum kemunculan the League of Nations ini, sudah terdapat sebuah organisasi antarabangsa yang mula digagaskan oleh negara-negara Eropah sejak abad ke 16M lagi. Ketika itu, Daulah Uthmaniah yang memerintah dunia begitu kuat dan tidak dapat dapat dikalahkan oleh mana-mana negara. Angkatan tentera Uthmani berjaya membuka satu demi satu negara Eropah dan membawa Islam ke sana. Daya jelajahnya begitu besar, dari Yunani, Rumania, Albania, Yugoslavia, Hungary hingga hampir menembusi dinding Vienna. Kekuatan tentera Allah ini digeruni dan amat menakutkan musuh (Eropah) ketika itu. Ketakutan dan kebencian Eropah kepada Islam menyebabkan mereka berfikir dan berusaha keras untuk membentuk kekuatan bagi menghambat pasukan tentera Islam. Dari sinilah mereka kemudian membentuk gabungan dalam usaha untuk menghalang kemaraan kaum Muslimin. Gabungan yang terdiri dari negara-negara Kristian Eropah ini mula dikenali sebagai 'Keluarga Eropah'.

Hingga pertengahan abad ke 17M, kekuatan Keluarga Eropah ini belum dapat menandingi kekuatan Daulah Islam. Pada tahun 1648, negara-negara Kristian Eropah mengadakan Persidangan Westphalia dan menetapkan pelbagai aturan untuk mengatur hubungan antara mereka. Sejak saat itu, muncullah apa yang dikenali sebagai 'Komuniti Antarabangsa' dan 'Undang-Undang Antarabangsa'. Komuniti ini terdiri dari negara-negara Kristian tanpa membezakan bentuk negara, samada kerajaan atau rebublik dan sebagainya. Pada mulanya komuniti ini dikhususkan bagi negara-negara Eropah Barat, tetapi kemudian diikuti oleh semua negara Kristian di luar Eropah. Mereka memadu tenaga mempertahankan kesepakatan yang telah mereka bangunkan, khususnya dalam prinsip-prinsipnya yang diambil dari gabungan ajaran Kristian dan Yahudi. Dengan kekuatan baru yang mereka miliki, mereka telah berusaha untuk menghancurkan Daulah Islam. Setelah Daulah Islam semakin melemah, mereka mula membangun imej buruk terhadap Daulah dengan menjolokinya sebagai 'Orang Sakit Eropah' (The Sick Man of Europe).

Dengan kekalahan Jerman, Austria-Hungary dan Daulah Uthmaniyyah pada Perang Dunia I, The League of Nations telah ditubuhkan secara rasmi, selepas Persidangan Keamanan Paris, pada tahun 1920. Semua negara kemudiannya dibenarkan masuk dengan syarat negara-negara tersebut bersetuju dengan prinsip-prinsip mereka. Setelah itu, The League of Nations 'ditukar nama' kepada The United Nations, yang pada awal kemunculannya terbatas kepada negara-negara yang menentang Jerman. Setelah itu, keanggotaan PBB terus dibuka seluas-luasnya, sesuai dengan hasrat AS untuk menyebarkan hegemoninya ke seluruh dunia dan menundukkan seluruh negeri kaum Muslimin di bawah ideologi kufur yang mereka bawa.

Wahai kaum Muslimin!
Itulah secebis dari hakikat sejarah kemunculan PBB yang jarang-jarang diketengahkan kepada kalian. Awal kemunculannya adalah sebagai langkah musuh-musuh Islam untuk melawan Islam dengan menghapuskan kekuatan Daulah Islamiyyah yang berpusat di Turki ketika itu. Setelah kejayaan mereka menghapuskan Daulah Islam, maka agenda seterusnya adalah untuk memastikan agar Daulah Islam tidak akan muncul lagi. Banyak lagi sejarah yang tidak dapat diungkapkan di sini yang menceritakan dengan jelas bagaimana badan dunia itu 'dicipta' dengan begitu licik untuk menghapuskan Islam dan umatnya. Yang selalu ditonjolkan adalah 'fungsi' PBB yang ditubuh untuk menyelamatkan dan menjaga keamanan dunia. Itulah kejayaan Barat dalam usaha mereka melenyapkan Islam melalui PBB yang ditelan bulat-bulat oleh para pemimpin umat Islam hari ini dengan menganggapnya sebagai 'penyelamat' dunia.

AS Pengarah, PBB Pelakonnya

Kebijakan negara-negara kufur Barat khususnya Amerika Syarikat nampaknya telah berhasil menghias PBB menjadi sebuah pertubuhan yang tampil bagaikan seorang 'pendekar' antarabangsa yang datang untuk menyelamatkan dunia. Buktinya, pemimpin-pemimpin dunia termasuklah di dunia Islam memberikan ketaatan dan kepercayaan kepada 'pahlawan agung' ini di dalam menghadapi apa jua masalah antarabangsa, walaupun secara jelas ia telah gagal menyelesaikan pelbagai masalah di peringkat antarabangsa terutamanya yang melibatkan negeri-negeri umat Islam. Malahan yang lebih menyedihkan, telah terbukti bahawa PBB telah membiarkan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam, tetapi pemimpin kaum Muslimin masih memberikan kesetiaan sepenuhnya kepada organisasi kafir ini!

Wahai kaum Muslimin!
Bukalah mata, pasanglah telinga, fikirkanlah dengan aqal yang Allah anugerahkan kepada kalian, lihatlah dengan mata hati kalian bahwa PBB jelas-jelas membohongi kalian atas nama keamanan dan kesamarataan. Penubuhan PBB ditandatangani oleh 51 buah negara dan sekarang ini dianggotai oleh 192 buah negara, tetapi 5 negara mempunyai kuasa veto. [Majlis Keselamatan PBB yang merupakan badan yang paling berpengaruh di dalam pertubuhan itu terdiri daripada 15 kerusi, lima diduduki secara tetap, oleh anggota yang memiliki kuasa veto (Amerika, Russia, China, Britain dan Perancis) dan sepuluh yang lain diberi secara bergilir-gilir bagi setiap dua tahun untuk negara-negara anggota lain dan tidak mempunyai kuasa veto]. Hak istimewa yang dikenali dengan kuasa veto ini merupakan hak khusus yang hanya dimiliki oleh lima buah negara kuasa besar sahaja. Kuasa veto ini boleh menghapuskan segala resolusi, peraturan, undang-undang dan apa sahaja yang akan diluluskan, walaupun ia disetujui oleh majoriti negara anggota. Masuk aqalkah kedudukan istimewa ini, apatah lagi AS adalah salah satu darinya? Inikah konsep kesamaan dan keserataan bagi semua anggota sebagaimana yang dilaungkan-laungkan? Inilah kepalsuan terbesar PBB semenjak kelahirannya ke dunia ini yang kononnya akan membawa kesamaan, kedamaian dan keamanan kepada dunia sejagat.

Jauh panggang dari api, itulah pepatah yang tepat bagi PBB. Secara pastinya PBB hanyalah kuda tunggangan yang kewujudannya adalah bagi mengekalkan nafsu buas kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Umum mengetahui bahawa AS adalah dalang di sebalik kebanyakan tindakan PBB. Dominasi AS ke atas PBB telah menjadikan organisasi tersebut sebagai alat yang cukup efektif bagi negara Uncle Sam ini untuk menempatkan dirinya sebagai pencatur politik dunia ketika ini. Oleh kerana itu, adalah sesuatu yang wajar apabila kita melihat polisi-polisi PBB diwarnai oleh cita-cita ideologi Amerika Syarikat sendiri (kapitalisme), yang menggunakan metod (thariqah) penjajahan untuk menyebarluaskan ideologinya. Ada beberapa strategi yang digunakan oleh AS untuk memanfaatkan PBB bagi kepentingan dirinya. Antaranya ialah:-

1. Mengukuhkan kedudukan PBB sebagai organisasi antarabangsa yang berkuasa untuk menyelesaikan masalah-masalah dunia yang dihadapi oleh berbagai bangsa dan negara.

Strategi ini dilakukan dengan cara membangunkan public opinion (pandangan umum) dunia bahawa PBB merupakan organisasi yang bersifat antarabangsa meskipun tidak semua negara yang ada di dunia ini menjadi anggotanya Dengan sifat ini PBB menjadi satu-satunya pihak yang berkuasa dan dapat diyakini untuk membahas masalah-masalah antarabangsa. Selain itu negara-negara yang dilibatkan di dalam percaturan politik internasional dibatasi hanya bagi mereka yang bergabung menjadi anggota PBB sahaja. Hal ini menjadikan negara-negara yang tidak menjadi negara anggota tersingkir dan tidak mampu memberikan sebarang pengaruh. Fenomena ini pernah dialami oleh Rusia pasca Perang Dunia I dan Sepanyol pasca Perang Dunia II.

2. Mengukuhkan kedudukan PBB sebagai organisasi internasional yang mempunyai kuasa untuk merumuskan undang-undang yang menjadi sumber undang-undang antarabangsa.

Dengan mengeksploitasi sifat 'keantarabangsaannya' PBB dan badan-badan yang berada di bawahnya seperti WB, IMF, UNCR, UNESCO, WHO, ICJ dan lain-lain, dapat meletakkan dirinya sebagai badan yang berkuasa mengeluarkan peraturan, undang-undang, keputusan, piagam, resolusi atau apapun yang dilabelkan sebagai ketetapan masyarakat antarabangsa. Hakikatnya, ketetapan-ketetapan ini rata-rata menguntungkan AS dalam menyebarluaskan lagi ideologi kufur mereka. Segala peraturan, undang-undang, piagam, resolusi dan yang lain-lainnya bukanlah bersifat universal sebagaimana yang mereka laung-laungkan. Akan tetapi ianya rata-rata merupakan produk ideologi Kapitalisme-Demokrasi semata-mata yang tidak lain hanyalah bertujuan untuk meng'kapitalisme'kan dan men'demokrasi'kan semua manusia di dunia (terutamanya dunia Islam) agar mengikut telunjuk AS dalam segenap aspek kehidupan!! Inilah kehendak AS.

3. Memberikan kuasa yang luas kepada Majlis Keselamatan (Security Council).

Majlis yang bertugas menjaga agar tidak berlaku peperangan di antara negara ini berkuasa memberikan keputusan bahkan tindakan apa pun terhadap sebuah negara yang menurutnya layak menerima hukuman. Melalui dominasinya di dalam Majlis Keselamatan ini, AS dapat memaksakan keinginannya dan mengambil segala tindakan atas negara-negara yang dianggap membahayakan kepentingannya. Sebagai contohnya, 'penaklukan' ke atas Kuwait oleh Iraq pada tahun 1990. Akibat kejadian ini, Majlis Keselamatan telah mengeluarkan resolusi 678 yang isi kandungannya memberikan kuasa kepada Amerika dan sekutunya untuk menggunakan apa jua cara bagi mengeluarkan Iraq dari Kuwait. Namun anehnya, sikap yang serupa tidak dilakukan oleh PBB terhadap Israel yang jelas-jelas merampas tanah umat Islam di Palestin. Umat Islam malah dibiarkan dibunuh dengan kejam dan diusir dari rumah-rumah mereka untuk memberi penempatan kepada Yahudi. PBB sebaliknya mengeluarkan resolusi 242 dan 381 yang mengakui sahnya kewujudan negara Zionis Israel la'natullah itu. Si Yahudi terus-terusan membunuh umat Islam dan melebarluaskan lagi tanah jajahannya sehingga sekarang, tetapi PBB tidak pernah sekalipun mengeluarkan resolusi walau untuk sekadar 'mengutuk' tindakan jahat Israel ini. Inilah PBB yang merupakan 'harapan agung' pemimpin umat Islam hari ini yang akan 'menyelamatkan' umat Islam dari terus dibunuh oleh Israel!

4. Membuka kesempatan yang seluas-luasnya bagi negara-negara di dunia untuk menjadi negara anggota.

Dengan semakin banyaknya negara anggota PBB maka kedudukannya sebagai organisasi dunia semakin kukuh. Keadaan ini akan memperkuatkan kewibawaan dan pengaruh PBB di pentas politik antarabangsa, sekaligus mengukuhkan hegemoni AS ke atas dunia. Keterlibatan, kepercayaan dan kesetiaan negara-negara anggota kepada badan dunia ini akan mempermudah dan memperlancarkan segala aktiviti AS menakluki dunia.

5. Mengadakan Persidangan Antarabangsa di dalam berbagai bidang.

Di atas nama PBB, AS menaja berbagai-bagai persidangan peringkat antarabangsa untuk mempropagandakan idea dan pemikiran-pemikiran kufur mereka. Sebagai contoh pada tahun 1994 di Cairo Mesir telah diadakan Persidangan Antarabangsa Kependudukan Dan Pembangunan (International Conference On Population and Development). Persidangan yang dianjurkan oleh PBB ini hampir sepenuhnya dibiayai oleh AS, bertujuan untuk mendapatkan persetujuan masyarakat antarabangsa bagi program tindakan 20 tahun yang akan datang bagi mengawal jumlah kelahiran penduduk dunia. Dalam draf plan tindakannya setebal 113 mukasurat terdapat beberapa usulan untuk mencegah kelahiran penduduk dunia di antaranya ialah membenarkan pengguguran, homoseksual dan seks luar nikah. Inilah di antara contoh bagaimana AS cuba menerapkan pemikiran/nilai mereka kepada dunia umat Islam. Banyak lagi persidangan seumpama ini yang tak putus-putus di adakan atas nama Hak Asasi Manusia dan sebagainya yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam.

Wahai kaum Muslimin!
Setelah melihat apa yang berlaku, apakah kita masih mengharapkan PBB dapat menyelesaikan persoalan kita. Apakah kalian lupa bahawa PBB hanya sekadar menyaksikan pembunuhan saudara-saudara kita di Shabra dan Shatilla, juga pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Jenin oleh Yahudi la'natullah? Apakah kalian telah lupa dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Bosnia ketika mereka dihabisi oleh pengganas Serbia? Apakah kalian sudah melupakan nasib saudara kita yang terus dibunuh di bumi Iraq oleh syaitan besar Amerika la'natullah? Apakah kalian tidak menyaksikan apa yang sekarang ini berlaku di Lebanon? Apakah yang telah dilakukan oleh PBB??? Masihkah kalian mengharapkannya? Belum sedarkah kalian bahawa PBB adalah satu badan yang diwujudkan bukan untuk menyelamatkan umat Islam, malah untuk menghancurkan agama Allah dan umat Muhammad. Adakah kalian mengharapkan musuh Allah untuk menyelamatkan kita kaum Muslimin? Ingatlah wahai kaum Muslimin, inilah organisasi yang telah banyak bertanggungjawab ke atas berbagai musibah dan bencana yang menimpa umat Islam!!

Sikap Kita Terhadap PBB

Bagaimana pandangan Islam terhadap kewujudan PBB dan hukum bergabung dengannya? Perkara ini adalah penting untuk diketahui oleh umat Islam agar mereka dapat mengambil sikap yang benar sesuai dengan ketentuan hukum syara'. Ditinjau dari segi asasnya, jelas PBB berdiri di atas asas yang bertentangan dengan hukum Islam. Pertubuhan ini didirikan di atas ideologi kufur Barat. Ideologi inilah yang dijadikan sebagai asas dalam pembentukan berbagai peraturan yang selanjutnya dinamakan sebagai Undang-undang Antarabangsa. Hukum kufur inilah yang digunapakai untuk mengatur hubungan di antara semua bangsa-bangsa di dunia ini. Ideologi kufur Barat ini pulalah yang dijadikan sebagai landasan di dalam menyusun berbagai piagam dan deklarasi. Apa yang dinamakan Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Manusia contohnya adalah natijah dari nilai-nilai kufur tersebut. Atas dasar inilah keberadaan PBB adalah haram. Bergabung dengannya, menjadi anggotanya juga adalah haram. Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya mewajibkan umat Islam untuk berhukum hanya kepada syariatNya semata-mata dan mengharamkan mereka untuk berhukum kepada thaghut. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Apakah engkau tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada engkau dan apa yang telah diturunkan sebelum engkau? Mereka hendak berhukum kepada thaghut padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut itu. Syaitan itu bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya" [TMQ an-Nisa'(4):60].

Selain dari itu, ditinjau dari segi peranannya, PBB adalah tidak lebih dari sekadar alat bagi negara kafir Barat khususnya AS untuk mengukuhkan penjajahannya terutamanya ke atas negeri-negeri kaum Muslimim. Organisasi ini telah terbukti menjadi alat yang cukup efektif bagi orang-orang kafir untuk terus menguasai umat Islam. Atas dasar ini bergabungnya negeri kaum Muslimin dengan PBB telah membuka jalan dan kesempatan bagi musuh-musuh umat Islam untuk menguasai mereka. Inilah apa yang berlaku sekarang di mana keseluruhan negeri kaum Muslimin sedang tunduk kepada badan kufur ini. Tindakan ini adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Firman Alllah Subhanahu wa Ta'ala: "Allah tidak sekali-kali memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman" [TMQ an-Nisa'(4):141].

Jelaslah jika ditinjau dari sudut mana sekalipun keberadaan PBB adalah haram dan menjadi anggotanya adalah haram. Adalah suatu kemungkaran yang besar di mana para penguasa kaum Muslimin bergabung dan berhukum dengan apa-apa sahaja yang datang dari PBB. Dengan melihat kepada semua ini, maka umat Islam perlu menyedari bahawa satu-satunya tindakan yang dibenarkan oleh syara' terhadap PBB ialah negeri-negeri kaum Muslimin wajib keluar darinya dan satu-satunya wadah yang wajib dijadikan oleh kaum Muslimin untuk mengikat dan mempersatukan negeri-negeri mereka adalah dengan bersatu di bawah Daulah Khilafah bukannya di bawah naungan PBB. Yakin dan percayalah wahai seluruh kaum Muslimin, hanya Daulah Khilafah sahajalah yang akan dapat membebaskan kalian semua dari terus menjadi mangsa kekejaman dan kebiadaban kuffar Barat. Negeri-negeri kaum Muslimin wajib bersatu di bawah naungan Daulah Khilafah yang akan menjadi penyelamat kita semua. Wahai para pemimpin kaum Muslimin! Apakah cahaya PBB yang kalian cari, bukannya cahaya Ilahi? Ingatlah, bahawa sesungguhnya segala kemuliaan dan kekuatan itu adalah milik Allah dan RasulNya dan juga seluruh kaum Muslimin, bukannya milik PBB sebagaimana yang kalian harap-harapkan.

Wallahu a'lam.

KEWUJUDAN ISRAEL

Perdebatan Sebenar Kewujudan Israel

Merebaknya krisis semasa di Palestin yang timbul akibat dari tindak balas melampau dari pihak Israel berikutan `penangkapan' seorang dari askarnya oleh pejuang bersenjata Palestin telah kembali menarik perhatian pihak antarabangsa ke wilayah tersebut, di masa yang sama mengurangkan perhatian media ke atas Iraq.
Konflik tersebut juga telah menarik perhatian umum sekali lagi kepada perdebatan berterusan terhadap kesahihan penubuhan dan kewujudan Israel disebalik tuntutan kepada usaha-usaha kearah penyelesain dwi-negara (two-state solution). Pendulum perdebatan tertarik di antara penolakkan negara Israel, di mana pandangan tersebut bukan sahaja di luahkan oleh orang Islam, tetapi juga oleh orang Kristian dan sebilangan orang yahudi; dan kesahihan yang datang dari pencipta kolonialnya yang dipaksakan dan dilindungi oleh pemerintah zalim ke atas kaum Muslimin dan kewujudan berkekalan tentera Israel.
Sepanjang 60 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara, telah dikaitkan dengan 60 tahun yang penuh dengan pertikaian dan perjuangan. Bagaimanapun, initipati dari perdebatan secara sengaja telah dihilangkan dengan menterjemahkan dan mengalihkan melalui tuduhan palsu bahawa anti-Israel dan/atau anti-Zionis adalah sama dengan anti-Yahudi dan anti-Semitik. Seterusnya, kebanyakan perdebatan dan pendedahan politik telah dialihkan kepada kepalsuan, ketidak-jujuran, penipuan dan kaitan yang tiada kena-mengena ini.
Kita harus mengelakkan diri kita daripada termasuk ke perangkap tersebut dan di salah lebelkan – supaya kita boleh memfokuskan kepada perspektif yang benar samada negara Israel memiliki hak untuk wujud, marilah kita alihkan aral dan duri yang diletakkan untuk melarikan pokok perbincangan: "Pernyataan bahawa sikap anti-Isreal dan anti-Zionis adalah sama dengan anti-Yahudi dan anti-Semitik adalah palsu, tidak-jujur dan mengandungi cubaan secara sengaja untuk mematikan pandangan politik yang sah yang mempertikaikan keabsahan kewujudan negara Israel dan menuntut hak fundamental untuk menentangnya." . Sebagai asas kepada perbincangan berkaitan keabsahan negara Israel, ia terkait kepada 4 hujah – Etika, Sejarah, Agama dan Politik.
Etika
Di sana tidak terdapat sebarang asas etika kepada keabsahan Israel, kerana ringkasnya adalah tidak beretika dan bermoral untuk mengeluarkan sebuah populasi secara paksa dari tanah air mereka, menukar mereka kepada status pelarian yang hina, kemudian mengancam mereka supaya menerima perampasan haram tanah-tanah mereka. Kita boleh andaikan melalui logik yang salah ini dan beranggapan adalah berektika untuk memaksa penduduk sesuatu kawasan untuk keluar dari tempat tinggal dan tanah mereka yang menjadi milik mereka maka dasar Presiden Mugabe di Zimbabwe yang merampas tanah penduduk kulit putih di sana boleh diterima? Ini juga akan menjadikan perbuatan seseorang yang memasuki ladang milik Bush di Texas, memaksa Bush keluar dan menjadikan ladang tersebut miliknya, kemungkinan hanya meninggalkan untuk Bush sebuah bangsal dan memaksanya untuk menerima penyelesaian ini, menjadikan bangsal tersebut sebagai tempat dia berteduh dan menghalangnya untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mendapatkan keseluruhan landangnya semula? Kami fikir tidak bergitu dan ragu peristiwa di atas boleh diterima sebagai beretika dan bermoral…..malahan ia tidak diamalkan ketika Argentina menuntut hak ke atas Kepulauan Falkland dimana kerajaan British bertindak balas pada April 1982, di bawah kepimpinan Margaret Thatcher, dengan melancarkan penentangan terhadap Argentina dalam Peperangan Falkland untuk memastikan kepulauan tersebut kekal berada di bawah kekuasaannya. Mari kita jadikan perspektifnya bergini – Kepulauan Falkland hanya memiliki populasi seramai 3,000 orang bebanding Palestin yang memiliki populasi seramai 4 juta orang (tidak termasuk mereka yang dihalau ke Jordan dan yang diserapkan ke Israel). Lebih-lebih lagi British sememangnya memiliki pengalaman melepaskan Palestin dari mandatnya kepada orang asing, kenapa amalan terdahulu (precedent) ini tidak diterapkan kepada penduduk kepulauan Fakland dan melepaskan kepulauan tersebut kepada Argentina (yang memiliki hujah sejarah ke atas kepulauan itu)? Adakah ia sebagai satu tindakkan tidak beretika dari kerajaan British untuk tidak menyerahkan kepulauan Falkland kepada Argentina, sebagaimana mereka lakukan kepada Palestin? Memandangkan ahli-ahli politik British sedang melakukan perbincangan untuk merayakan hari peringatan peperangan Falkland, maka jelaslah British tidak melihatnya sedemikian. Oleh itu, jika British boleh berperang untuk membebaskan sebuah kepulauan yang relatifnya tidak begitu signifikan dari pendudukan untuk menjaga keselamatan penduduknya (dan mewujudkan hari peringatan untuk itu), maka kenapa bangsa Palestin tidak boleh melakukan hal yang sama dan menolak pendudukkan haram ke atas tanah-tanah mereka?
Apa yang tidak beretika bukanlah kedudukan hak bangsa Palestin untuk berjuang membebaskan keseluruhan tanah yang diduduki, tetapi ianya adalah hipokrasi standard-ganda kuasa-kuasa barat.
Sejarah
Hujah sejarah yang kebiasaannya digunakan selalunya dikaitkan dengan sudut etika. Bagi hujah sejarah, ianya tumbuh dari pandangan bahawa nenek-moyang bangsa Yahudi adalah yang pertama mendiami tanah datar Palestin; oleh itu ini memberi mereka hak terhadap tanah tersebut. Ini juga adalah hujah yang sama, tidakkah demikian, yang digunakan oleh Iraq berhubung Kuwait? Sepatutnya kuasa-kuasa kolonial menyokong Iraq ketika ia memasuki Kuwait pada 1990 berdasarkan tuntutan menurut hujah sejarah oleh pihak Iraq (tambahan pula Saddam merupakan seorang boneka barat), sama sebagaimana ketika mereka menyokong hujah sejarah Zionis terhadap Israel dan memberi laluan kepada Zionis untuk mencapai matlamat ini? Sebaliknya, dikala bangsa Palestin dihalau secara paksa untuk memberi laluan kepada entiti Zionis, masuknya Iraq ke Kuwait menjadi pencetus Perang Teluk. Oleh itu perlu diberi perhatian bahawa hujah sejarah bukan sahaja lemah, yang akan kami ringkaskan selepas ini, tetapi juga dicemari oleh hujah-hujah yang tidak logik. Bagi tujuan memperlengkapkan hujah, jika seseorang menurut logik penhujahan ini, maka contoh-contoh tuntutan berdasarkan hujah sejarah berikut mesti diterima pakai dengan cara yang sama , dengan resolusi, kekuatan dan kesungguhan yang sama untuk mengembalikan tanah kepada penduduk asalnya.
Tanah di Amerika dikembalikan kepada kaum pribumi Indian
Dikala bangsa Eropah mendarat, terdapat lebih kurang 10 juta kaum pribumi Indian mendiami bahagian Amerika keutara yang kini dikenali sebagai Mexico. Adalah dipercayai bahawa kaum Indian yang pertama sampai pada zaman ais yang akhir, kira-kira 20,000 – 30,000 tahun dahulu. Permulaan yang diwarnai oleh sambutan hangat kaum Indian kepada bangsa Eropah akhirnya bertukar menjadi konflik kerana keserakahan kolonial Eropah kepada kekayaan material. Konflik ini membawa kepada Peperangan Indian (Indian Wars), Akta Penyingkiran Kaum Indian (the Indian Removal Act) dan akta-akta yang lain sampai ke kemuncaknya dalam peperangan besar yang terakhir, dimana terkorbannya para pahlawan, wanita dan kanak-kanak Indian pada 1890 di Wounded Knee, Dakota Selatan. Dari fasa dasar kejam penyerapan (assimilation) paksa yang berlangsung sehingga 1960'an, kecuali tanah simpanan Indian sebagai tanda pengiktirafan, kaum pribumi Indian sehingga sekarang masih lagi dihalang untuk mendapatkan semula hak ke atas tanah nenek moyang mereka.
b. Tanah di Australia dikembalikan semula kepada kaum pribumi (Aborigines)
Dari tahun 1788, apabila orang British secara resminya mendarat, sehingga sekarang tekanaan (ketenteraan atau sebagainya) telah digunakan untuk melucutkan hak kaum pribumi dari tanah-tanah mereka.Kaum pribumi telah melakukan penentangan untuk melindungi tanah-tanah mereka tetapi pihak British telah mengisytiharkan benua tersebut sebagai terra nullius – iaitu tanah yang tidak berpenghuni dan tidak dimiliki oleh sesiapa pun ketika mereka mendudukinya. Selama lebih dari 200 tahun penipuan terra nullius menjadi topeng yang kejam kepada pembunuhan beramai-ramai, kepada keengganan untuk mengiktiraf kaum pribumi sebagai manusia, kepada pemisahan paksa kanak-kanak dari keluarga mereka, kepada exploitasi yang tidak manusiawi tenaga buruh kaum pribumi, kepada layanan yang bersifat perkauman dan apartheid yang diterima oleh kaum pribumi. Terra Nullius juga merupakan justifikasi yang digunakan untuk menafikan hak ke atas tanah. Walaupun Mahkamah Tinggi Australia mengiktiraf konsep Taraf Pribumi, menyatakan ia telah wujud sebelum pendudukan dan telah berterusan setelah masa kolonial. Bagaimana pun, mahkamah tersebut memutuskan dengan resminya bahawa Taraf Pribumi akan hilang apabila sebidang tanah itu dijual atau dikecualikan untuk tujuan tertentu. Selepas dari itu hanya sedikit perubahan yang dilakukan.
Apa yang telah kita lihat secara jelas dari dua contoh di atas ialah polisi yang bersifat diskriminasi yang mengandungi kebencian, penafian hak untuk kembali ke tanah tumpah darah dan kekerasan politik ke atas mereka yang memiliki hak berdasarkan kepada sejarah. Oleh itu, memiliki hak sejarah tidak membawa apa-apa nilai tidak juga membawa apa-apa erti untuk dijadikan sebagai asas kepada tuntutan. Jadi mengapa Israel mendapat pengecualian? Jelas sekali hujah sejarah telah digunakan secara salah dan terpilih – ini adalah amalan biasa dari sebuah masyarakat antarabangsa yang menjadi tawanan kepada muslihat politik dan dibangunkan di atas ideologi syaitan kapitalisme yang hanya menjaga kepentingan para kapitalis semata-mata.
Apakah yang masih tinggal pada tuntutan Zionis berdasarkan bukti sejarah ini, selain dari tidak bermakna dan tidak berkaiatan? Melihat secara ringkas kepada sejarah Palestin mendedahkan dua perkara yang menarik. Pertama, sejarah tersebut masih lagi diperselisihkan, oleh itu tiada bukti sahih terhadap tuntutan Zionis itu. Kedua, kebanyakan dari ahli sejarah menyimpulkan bahawa kaum Kanaan adalah penduduk awal Palestin (alaf ke3 sebelum masihi). Mesir adalah kuasa luar yang pertama yang menakluki wilayah tersebut (alaf ke3 sebelum masihi). Pada alaf ke2 sebelum masihi penguasaan Mesir dan autonomi kaum Kanaan telah dicabar oleh sebilangan penceroboh – dan hanya selepas itu barulah bangsa Israel muncul (suku Semitik dari Mesopotamia). Oleh itu, tuntutan Zionis berdasarkan bukti sejarah ini pun setidak-tidaknya masih lagi tidak dapat dibuktikan kesahihannya, jika pun bukan ia sebuah sejarah yang diada-adakan.
Agama
Secara politik (berdasarkan ajaran agama), Palestin tidak memiliki sebarang kepentingan bagi Yahudi – kerana seperti Kristian, Judaisme (agama Yahudi) tidak memiliki dan tidak juga secara jelas mengariskan sebuah struktur politik, institusi atau proses pengurusan antara negara dan masyarakat.
Bagaimanapun, secara jelas Judaisme telah dirampas oleh pergerakkan Zionis, yang telah mengambil prinsip-prinsip dan ideal-ideal Judaisme dan mengabungkannya dengan agenda politik kapitalis dan kejam yang mengimpikan "Israel raya" – sedangkan menurut Taurat, orang Yahudi diharamkan untuk memiliki negara dan kedaulatan politik semasa menantikan ketibaan zaman messiah. Sampai kesaat ini, hujah dan justifikasi agama adalah batil dan ia dinyatakan oleh Yahudi sendiri.
Sebilangan kaum Yahudi orthodox, seperti Neturei Karta, menyatakan keenganan untuk, "…..mengiktiraf hak seseorang untuk mendirikan sebuah negara Yahudi sewaktu masa pengasingan (exile) sekarang ini." Mereka menentang, "……apa yang dipanggil "Negara Israel" bukan kerana ia ditadbir secara sekular, tetapi keseluruhan konsep negara Yahudi yang berdaulat itu bercanggah dengan syariat Yahudi."
Dengan menyebutkan apa yang terdapat dalam Talmud, Yuhudi orthodox merujuk kepada Tractate Kesubos (ms. 111a), yang menyebutkan bahawa ia mengajar Yahudi supaya tidak menggunakan kekuatan manusia untuk membawa kepada berdirinya sebuah negara Yahudi sebelum tibanya Moshiach (seorang messiah dari bani Daud) yang diterima oleh semua penduduk dunia.
Mereka yang sealiran dengan Neturei Karta seterusnya bermatlamat untuk menjauhkan Judisme dari Zionisme dengan menyatakan, " Yahudi yang sebenar akan terus mempercayai kepercayaan-kepercayaan Yahudi dan tidak akan tercemar dengan fahaman Zionisme." Tidak seperti mereka, "menggunakan cara yang sistematik untuk menghapuskan masyarakat Yahudi lama oleh Zionis, menumpahkan darah Yahudi dan bukan Yahudi untuk kedaulatan Zionis," dan bahawa, "Dunia seharusnya sedar bahawa Zionis secara haram telah merampas nama Israel dan tidak memiliki hak untuk berbicara atas nama masyarakat Yahudi!"
Oleh itu, dapatlah secara pasti disimpulkan bahawa tidak terdapat sebarang asas agama bagi kewujudan negara Israel. Kami membayangkan samada Yahudi orthodox yang menyokong pandangan ini akan disiksa, dibicarakan dan dipenjarakan oleh pemerintah barat kerana membawa pandangan seperti itu dan dilebelkan sebagai "anti-Semitik" atau dipenjarakan kerana memiliki pandangan "terroris" terhadap kemusnahan Israel? Kami tidak fikirkan ini akan berlaku, kerana mereka seperti Neturei Karta telah melakukan demonstrasi di merata tempat sepanjang tahun, termasuk New York dan London – dengan sepanduk, yang jika dipegang oleh seorang Muslim – dia dengan pantas akan ditahan dan dibicarakan di bawah undang-undang diskriminasi kaum/agama atau sebarang undang-undang "anti-terroris".
Politik
Perkembangan Palestin di dalam sejarah politik kontemporari memiliki tiga fasa yang berbeza, di mana: pertama, di bawah pemerintahan Islam; kedua, di bawah mandat British oleh Liga Bangsa-Bangsa dari tahun 1922; dan akhirnya di bawah pemerintahan Israel. Tanpa ada sebarang keraguan lagi, hanya di bawah pemerintahan Islam sahaja rakyat (Muslim, Yahudi dan Kristian) menikmati taraf keselamatan, kestabilan dan keselesaan yang tinggi. Telah dicatitkan, oleh ahli sejarah bukan Islam, bahawa kaum Yahudi telah meminta perlindungan di bawah kekuasaan Islam, iaitu Khilafah, dari pembunuhan di Eropah, terutama ketika Inquisisi Sepanyol yang masyhur itu pada tahun 1492.
Bagi pemerintahan British, dalam tahun 1922, Palestin telah diletakan, oleh Liga Bangsa-Bangsa, di bawah mandat British sehingga tahun 1948, apabila negara Israel ditubuhkan. Ketika mandat ini, rakyat terutama Arab telah menderita di tangan dasar yang bersifat disriminasi dari undang-undang yang diwujudkan untuk membantu immigrasi kaum Yahudi ke Palestin dan pengambilan tanah oleh Yahudi. Ketika itu, penduduk tempatan Arab (Muslim dan Kristian), berasa amat kecewa bahawa mereka secara pelahan-lahan telah ditengelami oleh pendatang asing di negeri mereka sendiri, telah bangkit lebih dari sekali untuk memberontak menentang dasar immigrasi kerajaan British.
Bagi pemerintahan Israel sejak tahun 1948, tidak perlu untuk diperkatakan lagi berkenaan ciri negara tersebut yang bersifat aparthied, kejam, diskriminasi dan perkauman – samaada bagi penduduk Arab Muslim mahupun Kristian (di Israel ataupun di kem-kem pelarian Palestin) dan juga terhadap kaum Yahudi sendiri yang berasal dari Asia dan Afrika. Terdapat beberapa dokumen yang dikeluarkan oleh Amnesty Antarabangsa dan Pemerhati Hak Asasi Manusia yang memperkuatkan lagi apa yang telah disaksikan oleh dunia selama 60 tahun kekejaman yang tidak memperkirakan nyawa manusia dan diskriminasi yang tidak bermaruah, yang menyebabkan ketegangan yang berterusan bagi keseluruhan wilayah tersebut. Oleh itu, secara politik, Israel tidak akan menyediakan asas bagi kestabilan di wilayah tersebut, kerana ia membawa flasafah perkauman, agenda politik Zionis dan terpaksa menanggung penentangan dari mereka yang telah disingkirkan secara paksa dari tanah air mereka dan akan terus berusaha untuk pembebasan mutlak Palestin dari penguasaan Zionis dan penjajah.
Kesimpulannya, keabsahan Israel telah dibangunkan di atas penipuan, ketidak jujuran dan kemunafikan. Secara realitinya ia tidak memiliki keabsahan dan tuntutan berdasarkan hujah etika, sejarah, agama dan politik adalah palsu dan merupakan satu penyelewengan. Penduduk Palestin yang dijajah memiliki hak yang sah untuk menentang dan berjuang bagi memperolehi pembebasan mutlak bagi Palestin. Ini adalah hak bagi rakyat Palestin; hak yang diperolehi berdasarkan alasan etika, sejarah, agama dan politik – tidak seperti alasan yang batil sebagaimana yang didakwa oleh pihak Israel.

DAKWAH MENEGAKKAN KHILAFAH

"DAKWAH MENEGAKKAN KHILAFAH"

KEARAH KEBANGKITAN YANG SEBENAR

Bagaimanakah yang sepatutnya dilakukan oleh kaum muslimin bagi mengatasi segala permasalahan yang dihadapi umat dewasa ini untuk membebaskan mereka dari belenggu penjajahan,kezaliman,pembunuhan dan sebagainya? Hanya ada satu cara sahaja untuk keluar dari belenggu ini, yakni umat Islam perlu bangkit. Tapi bagaimanakah yang disebut sebagai kebangkitan?Syeikh Taqiyyudin an-Nabhani dalam kitab Nizhamu al-Islam menjelaskan bahawa kebangkitan yang sebenar mestilah dimulai dengan perubahan pemikiran
(تغيير الأفكار) secara mendasar (أساسيا) dan menyeluruh (شاملا) berkaitan pemikiran tentang kehidupan, alam semesta dan manusia, serta hubungan antara kehidupan dunia dengan sebelum dan sesudahnya. Pemikiran yang membentuk pemahaman (مفاهيم) akan mempengaruhi tingkah laku. Maka dengan itulah, akan terwujudnya tingkah laku yang Islami apabila terdapat pemahaman Islam pada diri seseorang muslim itu. Dengan demikian, kebangkitan umat Islam tersebut adalah dengan adanya pemahaman ajaran Islam secara menyeluruh di dalam diri umat dan pengaturan kehidupan masyarakat menurut ketentuan dan aturan Islam.

Untuk itu,kita perlu berdakwah. Dan dakwah di tengah kemunduran umat seperti sekarang ini – akibat tidak adanya kehidupan Islam – menurut Syeikh Abdul Qadim Zallum dalam Kitab Manhaj perlulah berbentuk "dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam"
( دعوة لاستئناف الحياة الاسلامية ).
Yakni dakwah untuk `audatu al-muslimin ila al-`amal bi jami'I ahkami al-Islam min aqaidin, ibadatin …… bi thariqi iqomati al-khilafah (mendorong umat Islam untuk mengembalikan penerapan seluruh hukum-hukum Islam baik menyangkut `aqidah, ibadah, makanan minuman, pakaian, akhlaq, uqubat/hukuman mahupun mu'amalah (sosial, budaya, pendidikan, politik dan ekonomi) dengan cara menegakkan kembali al-khilafah al-islamiyyah.Dakwah seperti ini, perlu dilakukan secara berjamaah ( جماعيا ) atau berkelompok. Kerana setinggi manapun ilmu dan kedudukan seseorang serta sebanyak manapun aktiviti yang mereka lakukan, tidak mungkin akan mencapai tujuan dakwah yang dimaksudkan, jika dakwah dilakukan secara bersendirian ( فرديا ). Dan jamaah atau kelompok yang dimaksudkan perlulah bersifat politik ( كتلة سياسي ). Tujuan dakwah yakni mengembalikan kehidupan Islam yang mana ia juga merupakan tujuan politik. Jamaah atau kelompok yang tidak melibatkan dakwahnya di lapangan politik, bermakna ia tidak menuju ke arah tujuan dakwah yang dimaksudkan iaitu mengembalikan kehidupan Islam.

Dari segi individu, dakwah kepada umat bertujuan untuk membentuk seorang muslim yang berkeperibadian Islam ( شخصية اسلامية ) baik dari segi `aqliyah mahupun nafsiyahnya. Yakni seorang yang berfikir dan bertindak menurut ketentuan Islam. Ia tidak berfikir kecuali bersesuaian dengan ajaran Islam, dan ia juga tidak bertindak kecuali bersesuaian dengan syariat Islam. Sehubungan itu,perlu menanamkan pemahaman `aqidah yang benar dan kuat serta juga pemahaman syari'at Islam yang menyeluruh agar dengannya ia memahami apa tujuan kehidupan ini dan bagaimana cara menjalani kehidupan tersebut dengan baik menurut ketentuan Islam (Surah an-Nisaa' 65/al-Ahzab 33/al-Hasyr 7). Justeru itu, aktiviti dakwah juga diharapkan agar dapat menyedarkan umat bahawa masyarakat perlulah diatur dengan aturan Islam.Dengan demikian,maka terwujudlah masyarakat yang diidam-idamkan yakni masyarakat Islam yang senantiasa berpegang-teguh dengan syari'at Islam.


Selain itu juga,perlu tumbuh kesedaran umum (الوعي الاسلامي ) di tengah-tengah masyarakat bahawa hanya di bawah naungan Khilafah Islamiyyah sajalah seluruh hukum dan aturan-aturan Islam dapat diterap dan dilaksanakan secara menyeluruh,sekaligus seluruh umat Islam dapat disatukan di bawah kepimpinan yang satu yakni khalifah. Dengan adanya penerapan Islam yang menyeluruh,maka segala permasalahan yang dihadapi umat akan dapat diselesaikan. Dengan itu,rahmat yang telah dijanjikan oleh Allah `azza wa jalla juga akan terwujud,tidak hanya kepada orang Islam,bahkan juga kepada orang yang bukan Islam. Kerana Islam memberikan rahmat kepada sekalian alam.


Ketahuilah wahai umat Islam!


Dengan adanya Daulah Khilafah,maka nasib dan maruah umat Islam akan terbela dan sekaligus keamanan terhadap jiwa,darah dan harta-benda mereka turut terjamin.Inilah Deenul Islam yang memberi rahmat kepada seluruh alam,baik muslim mahupun non-muslim.


Yakinlah,tanpa adanya Daulah Khilafah Islamiyyah,mustahil umat Islam dapat bersatu kembali.Realitinya telah kita lihat sekarang ini,dimana umat Islam di Palestin, Lebanon, Iraq, Afghanistan, Chechen, Kosovo dan Kashmir telah dizalimi,dibunuh serta dinodai maruah mereka,tetapi umat Islam yang lain hanya berdiam diri sahaja,tanpa membalas kekejaman kuffar tersebut dengan balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam.Mereka hanya bersuara saja,tetapi tidak berani untuk membalas tindakan biadab orang-orang kafir ke atas saudara seagama mereka.Inilah kesannya, akibat daripada ketiadaan Daulah Khilafah.Dengan itu,marilah sama-sama kita bersatu hati dan tenaga demi untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah yang telah lama runtuh akibat dari pakatan jahat yang dipelopori oleh Mustafa Kamal At-Tartuk laknatullahi `alaih bersama golongan kuffar bagi meruntuh dan melenyapkan Daulah Khilafah Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924.
Rentetan keruntuhan tersebut,maka pelbagai musibah dan malapetaka telah menimpa umat sehingga ke hari ini.Sedar dan bangkitlah wahai umat Islam!Marilah sama-sama kita kembali kepada aturan Islam yang sebenar,di samping terus berdakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam yang telah lama dikecapi oleh umat selama lebih kurang 14 abad melalui penegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah.Dengan tertegaknya Khilafah,maka kesatuan umat dapat dicapai, sekaligus kemuliaan dan kekuatan Islam akan terpancar di muka bumi Allah `azza wa jalla ini.Dan terhapuslah segala fitnah,kezaliman dan pembunuhan di muka bumi ini.Hanya yang akan menyelimuti bumi ini tidak ada yang lain melainkan rahmat Allah `azza wa jalla.Seterusnya, Deenul Islam saja yang akan bertapak kukuh di muka bumi ini dan menghancurkan seluruh kepercayaan serta agama-agama lain.


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." [TMQ. Ali-'Imran(3):103]

LAMBAIAN KEMERDEKAAN

"MENJELANG KEMERDEKAAN ke-49"

Apakah makna kemerdekaan yang sebenar?

Sekali lagi,Negara Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-49 pada 31 Ogos 2006 bertemakan "Misi Nasional Penjana Wawasan".Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama dan kaum akan turut sama merai dan menyambut upacara yang penuh gilang-gemilang ini sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Media massa dan elektronik juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan upacara atau perayaan kemerdekaan ini dengan tayangan filem-filem dan rancangan-rancangan hiburan serta muzikal yang berunsurkan patriotisme.Justeru memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia betapa bermaknanya sambutan "Hari Kemerdekaan" yang dikecapi oleh mereka selama ini.Mereka telah bebas dari belenggu penjajahan dan bebas mengamalkan kehidupan seharian dalam keadan yang aman dan damai tanpa ada ganguan lagi oleh mana-mana pihak.Kehidupan mereka tidak lagi seperti sebelum kemerdekaan,di mana rakyat ketika itu hidup dalam keadaan ketakutan dan kehinaan.Siang malam mereka berjuang bermatian-matian tanpa mengenal penat-lelah demi untuk membebaskan tanah air mereka dari cengkaman penjajah samada Jepun,British ataupun Komunis.Walaupun Malaysia telah merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah,namun ia belum mencapai kemerdekaan yang hakiki yakni bebas dan merdeka dari segi fizikal mahupun mental / pemikiran.Dan kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia pada 30 Ogos 1957 tersebut,tidak lain hanyalah merdeka dari sudut penjajahan fizikal semata yakni bebas dari penjajahan British,tetapi mental / pemikiran mereka masih lagi dikongkong dan dijajah oleh pemikiran kufur yang mencengkam dan bertapak-kukuh di dalam pemikiran mereka.
Untuk membicarakan erti sebuah kemerdekaan, maka kita tidak boleh lari dari membincangkan erti sebuah penjajahan, kerana tidak ada kemerdekaan tanpa sebuah penjajahan. Sebagaimana kita tidak akan mengerti cerita Nabi Musa tanpa mengetahui siapakah Firaun, tidak difahami cerita Nabi Adam tanpa menelusuri kisah Iblis yang enggan sujud kepadanya. Semoga dengan artikel ini dapat membongkar siapakah British yang sebenarnya dan apakah erti kemerdekaan yang sebenarnya.

PENJAJAHAN MENTAL DAN FIZIKAL

Penjajahan pada mulanya adalah berbentuk fizikal dengan melakukan kekerasan kepada penduduk tempatan yang mana mereka mengerahkan kekuatan untuk membunuh dan merompak kekayaan yang ada. Negara penjajah ini tidak membawa apa-apa ideologi kecuali agama Kristian sahaja yang mereka anuti sebagai agama ritual semata-mata. Barangkali gambaran yang paling tepat bagi keserakahan Eropah adalah seperti yang digambarkan oleh sejarawan Amerika, Dagobert Runes, yang berkata,
"Penjajah-penjajah pada abad ke 15, 16 dan 17 menamakan diri sebagai pembawa berita gembira (Missionary) dan penjelajah, sebenarnya adalah perompak-perompak buas dan serakah yang menggunakan bendera salib pada haluan kapal serta tengkorak orang kulit hitam di atas tiang kapal. Para penjajah abad ke-18 dan 19 adalah pemburu hamba sahaya dan cita-citanya adalah untuk menyedut kekayaan dan berlumba-lumba memperolehi pasaran baru, mineral baru, ladang baru dengan cara yang tidak berperikemanusiaan" (Crosscut Through History, ms 111).

Setelah Revolusi Perancis, perubahan paradigma telah berlaku di sana dan ini meletakkan barat maju selangkah kehadapan di dunia. Peningkatan taraf berfikir mereka ini telah mencetuskan Revolusi Perusahaan dalam permulaan abad ke 19, dan seterusnya telah membawa Barat ke satu ideologi yang mereka anuti, untuk mengembangkan cita-cita dan pengaruhnya. Penjajahan fizikal dan mental telah diterapkan di tanah-tanah jajahan mereka. Jevons mengungkapkan tentang dominasi British pada tahun 1865, katanya,
"Tanah pamah Amerika Utara dan Russia telah menjadi ladang jangung kita, Chicago dan Odessa ialah jelapang bijirin kita, Kanada dan Baltik hutan kita, Australia mengandungi kawasan ternakan biri-biri kita, Aregentina dan di bahagian Barat Prairie Amerika Utara terdapat kumpulan kerbau kepunyaan kita, Peru mengirim peraknya, dan emas dari Afrika Selatan dan Australia mengalir ke London; orang Hindu dan Cina menanam teh untuk kita, sementara kopi, gula dan ladang rempah kita kesemuanya berada di kepualauan Hindia. Sepanyol dan Perancis merupakan ladang anggur kita, dan Mediterrenean menjadi dusun buah-buahan kita, dan ladang kapas kita, yang selama ini berada di Amerika Selatan, kini diluaskan di mana-mana jua rantau dunia" (Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar, ms 200).

Penyebaran agama Kristian tidak penting lagi bagi mereka, yang paling penting ialah Ideologi Kapitalis. Di negara kita sebagai contohnya, umat Islam dibenarkan bersembahyang, membina masjid tetapi doktrin sekular ditanamkan iaitu urusan politik mesti dipisahkan dari agama. Juga ditanamkan kepada kita bahawa British ini baik, mereka datang ke sini untuk mengajar kita cara memerintah negara Moden. Penjajahan mental sebegini dapat melahirkan generasi yang berketururnan tempatan tetapi berfikiran Barat. Nampaknya British adalah antara negara yang paling berjaya dengan kaedah ini, sehingga sekarang negara di bawah jajahan British masih menyayangi bekas tuan mereka ini.

MANIPULASI ISTILAH KEMERDEKAAN

Jikalau umat Islam mengkaji sejarah dengan teliti dan mendalam, nescaya mereka tidak akan tertipu dengan slogan kemerdekaan yang dilaungkan oleh British. Penipuan ini dapat dilihat dalam beberapa peristiwa :-

1) British menggunakan laungan Kemerdekaan untuk menjatuhkan Khilafah di Turki.

2) Peristiwa Kemerdekaan Balkan untuk melemahkan Daulah Islamiah.

3) Kemerdekaan untuk melawan serangan Sosialis.

4) Kemerdekaan oleh AS untuk menghancurkan pengaruh British dan sebaliknya.

Umat Islam adalah umat yang satu. Pada masa Inggeris dan Perancis ingin menghancurkan Daulah Islamiah, mereka telah memecahkan kesatuan mereka dengan usaha divide and rule yang dilakukan oleh Inggeris selepas perang dunia pertama ke atas negara Khilafah. Inggeris menggunaka nasionalisme dan chauvanisme patriotik yang ditanamkan ke dalam minda kaum Muslimin sebelumnya. T E Lawrence merupakan satu daripada agen mereka. Pada kesempatan ini, Inggeris membangkitan idea kemerdekaan bangsa Turki. Umat Islam Turki tertipu dengan slogan ini, mereka merasakan Khilafah adalah penjajah, lantas mereka melaungkan kemerdekaan dari Khilafah, yang akhirnya melahirkan sebuah negara kebangsaan baru Turki. Setelah Khilafah berjaya digulingkan secara rasminya oleh Mustafa Kamal Laknatullah.

Eropah menjajakan idea kemerdekaan untuk melemahkan negara Islam. Semasa Daulah Islamiah melawan dominasi Eropah di Balkan pada abad ke 19, negara Eropah banyak melakukan aktiviti politik untuk melawan aktiviti ketenteraan daulah Uthmaniah. Walaupun mereka juga menggunakan kententeraan, tetapi sekadar untuk menyokong aktiviti politik mereka. Kes di Balkan, negara Barat menyatakan bahawa Balkan harus merdeka dari kekuasaan Othmaniah walhal Eropah tidak berniat langsung untuk melakukan konfrontasi dengan Daulah Islamiah kerana mereka tahu, aktiviti fizikal ini kurang menguntungkan mereka. Namun demikian, mereka tetap memprovokasi dan menghasut, sehingga berlaku pemberontakan di Balkan. Mereka menjajakan idea kemerdekaan dan kebangsaan kepada rakyat tempatan di sana.
Harapan barat nanti bila Khilafah Othmaniah terlibat langsung dengan aktiviti ketenteraan di sana, negara menjadi semakin lemah. Agak menyedihkan, Daulah Utmaniah menghantar tentera untuk memadam gerakan pemberontakan di sana, tentera ini telah dikalahkan oleh pemberontak. Dalam kes ini kita dapat melihat betapa liciknya Eropah terutamanya British memainkan slogan kemerdekaan untuk membunuh musuh politik mereka.

Kemerdekaan juga digunakan oleh Amerika dan Eropah sebagai topeng untuk melawan Sosialis, kemudian dalam pada itu Amerika yang menjadi semakin licik dalam aktiviti politiknya telah menggunakan kemerdekaan untuk membebaskan wilayah yang berada di bawah pengaruh British iaitu saingan politiknya yang utama pada masa itu. Hal ini dapat diterangkan seperti berikut, pada penghujung perang dunia kedua telah terbit kesimpulan yang jelas pada orang-orang yang memahami percaturan politik dunia iaitu pejajahan mesti dihapuskan. Lantaran serangan Rusia ke atas sistem Kapitalis yang mereka nyatakan sebagai "puncak tertinggi Kapitalis adalah penjajahan". Rusia telah memulakan serangan kepada sistem Kapitalis dan imperialisma Barat, memotivasikan penduduk tempatan untuk menggerakkan revolusi menentang penjajah dan merancang berbagai peristiwa yang cukup melemahkan Barat. Amerika sebagai sebuah negara Kapitalis merasakan ancaman tersebut, juga merasakan taktik strategi penjajahan perlu diubah kepada gaya baru (neo-Imperealisma). Hal ini dinyatakan oleh John Foster Dulles Menteri Luar AS dalam bukunya Perang atau Damai (dalam bab Evolusi Imperealisma Sebagai Tindakan Alternatif Terhadap Pemberontakan Yang Keras dan Kejam) iaitu,
"Sesungguhnya keadaan penjajahan Barat itu selalu diamati secara terus menerus oleh pemimpin Soviet, sebagai satu titik fokus. Di mana pada titik itu Soviet boleh melancarkan pukulan yang mematikan. Ujar beliau lagi, Pada waktu menjelang berakhirnya perang Dunia kedua, satu-satunya situasi politik yang mendapat perhatian yang serius iaitu keadaan politik daerah-daerah jajahan. Kalau negara-negara Barat berusaha mempertahankan daerah-daerah jajahan seperti dengan teknik-teknik yang sedia ada, maka yang pastinya bakal muncul pemberontakan bersenjata dan Barat akan mengalami kekalahan. Maka satu-satunya strategi yang mungkin berhasil adalah dengan cara damai memberikan KEMERDEKAAN yang terhormat kepada 700 juta jiwa manusia yang berada di bawah kekuasaan penjajahan Barat".

Amerika menerima pakai idea ini, kemudian mereka mula memerdekakan negara-negara di bawah jajahan mereka. Kemudian mereka menyediakan pakej hutang luar negara untuk kononnya merangsangkan pertumbuhan ekonomi, yang sebenarnya satu alat untuk neo-imperealisma. British juga melakukan yang sama hal ini diikuti oleh Perancis, Jerman dan lain-lain negara penjajah lagi. Amerika menggunakan slogan KEMERDEKAAN sebagai serampang dua mata, bukan sahaja untuk mempertahankan Kapitalis dari serangan Sosialis malahan digunakan untuk menghancurkan dominasi British ke atas negara bekas jajahannya.

Tujuan Amerika melontarkan rencana tersebut adalah untuk mengusir negara-negara imperialis seperti British, Perancis, Belanda, Belgium, di Asia dan Afrika. Kemudian dialah yang mengambilalih kedudukan tersebut. Umat Islam telah dijadikan hamba bagi kepentingan Amerika dengan cara yang licik. Tanpa disedari bahawa usaha membebaskan diri dari imperialisme sesungguhnya tidak lain adalah melancarkan senario Amerika dalam persaingan antara imperialis. Amerikalah yang merencanakan adanya Revolusi Aljazair dengan terlebih dahulu mempersiapkan agen-agennya untuk dilantik sebagai pemimpin dan dipuja sebagai pahlawan besar, contohnya Ahmad bin Billah. Amerika juga yang mendorong Mesir dan negeri Arab lainnya untuk mendukung revolusi itu. Akibat senario tersebut, banyak negara-negara penjajah mulai meninggalkan tanah jajahannya.

Namun bagi British dengan segudang pengalaman, sebelum meninggalkan tanah-tanah jajahannya, ia terlebih dahulu `menempatkan' kakitangan di daerah-daerah jajahannya itu yang kelak akan mendahulukan kepentingannya daripada kepentingan masyarakat di negeri-negeri tersebut. Kemerdekaan yang diberikan sesungguhnya adalah membiarkan kekuatan ekonominya menguasai dan mempengaruhi urusan dalam negeri tersebut. Ini adalah bentuk campur tangan langsung tetapi halus terasa.

Itulah cara-cara yang digunakan oleh British, antara lain melalui sektor perusahaan gergasi, menggunakan pengaruh orang-orang kaya di negeri tersebut, pedagang-pedagang, tokoh `keparat' dan sebagainya. Inilah yang menyebabkan British begitu mudah memberikan kemerdekaan kepada jajahannya. Dalam waktu singkat, muncullah banyak negeri merdeka seperti Zanzibar, Rhodesia Utara dan Selatan dan seterusnya.

Perancis pada awalnya enggan berbuat demikian. Hanya setelah Charles de Gaulle, presiden Perancis pada masa itu, melihat situasi dunia yang begitu cepat berubah, akhirnya mengikut jejak langkah British. Maka lahirlah negara-negara baru merdeka di Afrika, seperti Maghribi, Tunisia, Algeria, Senegal, Gabon dan lain-lain lagi. Sedangkan Belgium, yang menjajah Kongo mempunyai kekayaan alam yang amat luar biasa terutamanya uranium di wilayah Katingga tidak dimerdekakan begitu sahaja, memandangkan British menguasai galian tersebut dan jika dimerdekakan, pengaruh British akan bertambah kuat. Apabila AS dan Belgium mengumumkan kemerdekaan untuk membunuh pengaruh British, Tchoumby, seorang ejen British di sana mengisytiharkan kemerdekaan untuk Katingga. Amerika membawa kes ini ke PBB, yang mana didominasi oleh Amerika, kemudian PBB menghantar Setiausaha Agongnya pada masa itu, Dag Hjalmar Hammarskjold (Jerman Barat), ke Congo. Malangnya Setiausaha Agong ini mati dalam kemalangan pesawat dalam perjalanannya menuju ke daerah yang kini di sebut sebagai Zambia. Amerika kemudiannya berjaya mengusir Tchoumby, dan menguasai Congo.

British dengan kejadian ini lalu merasa khuatir kalau-kalau daerah Kesatuan Rhodesia Utara dan Selatan serta daerah Nyassland (Malawi, Maladewa) akan bernasib serupa. Oleh kerana itu ia terburu-buru memerdekakan daerah-daerah tersebut dengan terlebih dahulu memecah-mecahkannya menjadikan Rhodesia Utara berubah menjadi Zambia, sedangkan Rhodesia Selatan tetap bernama Rhodesia Selatan dan Nyassland menjadi Malawi (Maladewa). Sehingga sekarang Rhodesia Selatan masih dikuasai British meskipun Amerika terus berusaha menggulingkannya.

PANDANGAN ISLAM TENTANG KEMERDEKAAN

Satu ungkapan yang menarik dari Rabi bin Amir semasa menjumpai Rustum iaitu Ketua Panglima Perang Parsi, beliau berkata,
"Allah Swt mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Allah Swt, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam".

Al-Mughirah bin Syu'bah jugaberkata,
"Agama ini telah membebaskan dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah".

Inilah kemerdekaan yang sebenar iaitu kembalinya Umat Islam ke pangkuan Sistem Islam sepenuhnya, bukannya megabdikan diri kepada sistem buatan manusia, Perlembagaan Kufur dan Dasar-dasar kufur. Secara fizikalnya kita nampak umat Islam merdeka dari kafir tetapi sebenarnya pemikiran mereka masih lagi dijajah. Oleh itu umat ini memerlukan kemerdekaan pemikiran. Barulah kemerdekaan sebenar dapat dicapai.

Dilihat dari segi pemikiran umat Islam di Malaysia ini masih lagi dijajah dari segi pemikiran. Pemikiran tentang asyobiyyah, patriotisme dan pemirikiran sekular masih lagi bermaharajalela. Manakala dari segi fizikal pula kita dijajah oleh sistem perundangan kufur. Sebagai contoh lihat sahaja kepada perlembagaan perkara 4(1) yang menerangkan : "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu."

KESIMPULAN

Dengan demikian, adalah jelas bahawa negara Malaysia sebenarnya hanya merdeka dari pemerintahan "orang" British atau dengan kata lain tidak ada "orang-orang" British yang memerintah atau berada dalam kabinet Malaysia TETAPI dari segi sistem (nizham) pemerintahan, Malaysia boleh dikatakan seratus peratus menerapkan Sistem Pemerintahan British/Barat yang berteraskan Sekularisme. Jadi, untuk memerdekan umat ini, kita memerlukan perubahan sistem pemerintahan iaitu kepada Sistem Pemerintahan Khilafah sebagaimana yang diperintahkan oleh Islam.
Wallahua'lam
 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR