ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS

HUKUM ISLAM DIWAJIBKAN KE ATAS SELURUH UMAT MANUSIA

Mukadimah tahun baru 2008 dibuka dengan berita sensasi senario politik negara yang melibatkan rakaman cakera video digital (DVD) skandal seks Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan seorang wanita. Ramai yang melihat keadaan ini sebagai suatu tamparan hebat kepada parti BN, khususnya di saat-saat pilihan raya yang semakin hampir. Naib Presiden MCA itu telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau adalah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang diakuinya sebagai ‘kawan baik’. Salinan DVD perlakuan seks itu sebelum ini diedarkan secara meluas di Johor, khususnya di Batu Pahat dan Muar. Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti [UM 01/01/08]. Namun, sehari selepas itu, Chua Soi Lek telah mengumumkan peletakan semua jawatannya sama ada di dalam kerajaan mahupun dalam MCA. Ini adalah kes yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana seorang menteri mengaku mengadakan hubungan seks luar nikah (berzina) secara terbuka.

Kisah skandal seks di kalangan menteri atau pun orang-orang politik bukanlah suatu yang baru di Malaysia, tidak kiralah samada ia melibatkan orang Islam atau bukan Islam. Sebab itulah kisah Chua Soi Lek ini, walaupun agak menggemparkan, tidaklah memeranjatkan. Apa yang ‘baru’ di sini ialah pengakuan secara terbuka yang dibuat oleh Soi Lek. Juga, suatu yang baru apabila ramai penyokong Soi Lek yang memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau, malah beliau dilayan sebagai seorang ‘hero’ kerana pengakuannya ini. UMNO bahagian Labis awal-awal lagi turut serta dalam memberi semangat dan sokongan padu kepada beliau, diikuti pula oleh tidak kurang ramainya ahli-ahli politik BN, termasuk menteri yang memuji tindakan berani Soi Lek ini. Masya Allah! Seorang penzina yang telah mengaku secara terang-terang melakukan perbuatan kejinya, kini dianggap dan dilayan sebagai seorang hero, hanya kerana ‘pengakuan ikhlas dan berani’ yang dibuatnya. Di manakah pertimbangan manusia, khususnya mereka yang beragama Islam di dalam masalah ini? Ada juga di kalangan umat Islam yang melihat bahawa isu ini hanyalah satu kesalahan moral atau kesalahan peribadi orang yang terlibat kerana apa yang dilakukan oleh Soi Lek (berzina) itu ‘dibolehkan’ oleh agamanya (tidak ada hukuman). Pandangan ini sejajar dengan pandangan Perdana Menteri Malaysia yang menyifatkan ‘...apa yang berlaku adalah berkaitan (hal) peribadi beliau’ [UM 02/01/08].

Pengakuan zina, tidak kiralah dilakukan oleh siapa pun, baik seorang menteri atau pun rakyat, baik lelaki ataupun perempuan, baik Muslim ataupun non-Muslim, adalah satu perkara yang wajib diperhatikan oleh setiap Muslim, apatah lagi pemerintah. Dalam pandangan Islam, zina adalah satu perbuatan yang keji dan merupakan satu kesalahan yang wajib dihukum (hudud), tidak kiralah pelakunya seorang yang berpangkat besar atau kecil atau seorang yang tidak berpangkat sekalipun. Pemerintah malah wajib memerhatikan hal ini dengan lebih serius kerana mereka adalah orang yang sepatutnya menjalankan hukum (hudud) ke atas penzina ini. Malangnya pemerintah hanya menganggap kes zina ini adalah kesalahan moral ataupun hal peribadi sahaja! Sebahagian besar umat Islam juga mempunyai tanggapan dan pemahaman yang salah tentang (hukuman) zina yang dilakukan oleh orang kafir, sehingga mereka tidak memandang kes ini wajib diselesaikan dengan hukum Islam. Sautun Nahdhah kali ini akan menjernihkan pemikiran mereka yang telah terpesong dari kefahaman yang sebenar menurut Islam.

Apakah Orang Kafir Terkena Hukum Islam?

Persoalan sama ada orang kafir terkena hukum Islam atau tidak sebenarnya tidak pernah timbul dalam benak kaum Muslimin generasi awal mahupun generasi setelahnya. Kaum Muslimin dahulu benar-benar faham bahawa satu-satunya hukuman yang wajib ke atas manusia adalah hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Allah-lah Yang Maha Mengatur dan Maha Menghukum. Inilah yang difahami dan diterapkan oleh umat Islam berabad-abad lamanya. Namun, setelah kelemahan berfikir melanda umat Islam dan negeri-negeri kaum Muslimin satu per satu jatuh ke tangan penjajah kuffar, maka di negeri-negeri kaum Muslimin ini telah diterapkan sistem kufur/sekular penjajah. Setelah mereka memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini, pemimpin sekular yang telah dilantik oleh kuffar penjajah ini tetap meneruskan undang-undang kufur penjajah di samping sedikit penerapan undang-undang Islam dalam hal ibadat dan kekeluargaan sahaja. Hasilnya, kaum Muslimin, termasuklah golongan ulama telah terbiasa dan ‘terbius’ dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja, manakala orang-orang kafir dibiarkan mengamalkan undang-undang kafir. Betapa terpesongnya pemikiran di kalangan ulama ini, sehingga ada antara mereka yang beranggapan bahawa undang-undang kufur (yang dibuat oleh negara) tetap terpakai ke atas umat Islam manakala orang kafir pula sekali-kali tidak boleh dikenakan undang-undang Islam ke atas mereka. Apatah lagi di dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, para pemimpin dan ulama yang ada terus ‘dikuasai’ oleh pemikiran kufur bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan ke atas orang-orang kafir, bukan setakat kerana ia tidak terpakai, malah tidak boleh dilaksanakan kerana perlu ‘menjaga hati’ orang kafir. Inilah di antara kejayaan kuffar Barat di dalam memasukkan racun sekular mereka ke dalam tubuh umat Islam.

Setelah sistem demokrasi-pilihan raya diperkenalkan oleh Barat ke atas negeri-negeri umat Islam dan setiap orang kafir diberi hak mengundi untuk memilih wakil rakyat, maka para pemimpin dan ulama Islam terjerat sekali lagi di mana untuk mereka meraih pemerintahan, mereka mesti mendapat sokongan/undi dari orang kafir, maka ‘hati’ orang kafir perlu dijaga agar menyokong/mengundi mereka. Oleh sebab sebahagian besar orang kafir (sekarang) tidak mahu atau tidak suka kepada undang-undang Islam, maka usaha-usaha dilakukan untuk memberi kefahaman kepada orang kafir bahawa undang-undang Islam tidak terkena ke atas mereka. Jadi, tidak hairanlah jika ramai di kalangan umat Islam yang, walaupun sayangkan Islam, namun oleh kerana sudah lama hidup dalam sistem sekular di mana racun ini sudah menjadi sebati dalam diri mereka, memahami bahawa hukum Allah ini hanyalah untuk orang Islam semata-mata, manakala orang kafir tidak terkena hukum Allah, tetapi diberi alternatif. Mereka menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud, qisas dan ta'zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja manakala penduduk bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak menerima hukum tersebut atau tetap berhukum dengan hukum kufur. Untuk menyokong pendapat ini, mereka beristidlal dengan firman Allah,

“Jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka. Jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil” [TMQ al-Maidah (5):42].

Mereka seterusnya menafsirkan ayat ini bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka (hukum kufur). Lafaz “fa in ja’uka fahkum bainahum au a’ridh anhum” (jika mereka datang kepada mu, maka putuskanlah di antara mereka atau berpaling dari mereka) mereka tafsirkan sebagai ‘pilihan’ yang diberi kepada ‘orang kafir’ sama ada untuk berhukum dengan hukum Islam atau pun hukum kufur. Oleh yang demikian, mereka telah menyatakan bahawa orang kafir yang tinggal dalam negara Islam tidak terkena hukum Islam, kecuali orang kafir itu sendiri memilih untuk berhukum dengan hukum Islam.

Mengkaji dengan teliti dari aspek mafhum, mantuq dan juga asbabunuzul ayat di atas, maka kita dapati bahawa tafsiran yang dibuat adalah amat salah dan mengelirukan. Dari segi lafaz itu sendiri, kita memahami bahawa:

(i) Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya kepada orang kafir; dan
(ii) Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam atau berhukum dengan hukum kufur. ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.

Secara ringkasnya dapat kita simpulkan bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi dua alternatif kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum. Untuk menjelaskan lagi perkara ini, kita boleh melihat pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat ini:-

Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim]. Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran]. Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].

Dari aspek asbabun nuzul ayat di atas, kita akan lebih memahami maksud ayat tersebut dengan benar apabila melihat kepada sebab penurunan ayat ini di tambah dengan memahami kedudukan/aspek geo-politik orang kafir (Yahudi) yang disebutkan di dalam ayat tersebut. Imam Sayuthi menjelaskan,

“Seorang lelaki dari suku Yahudi di Fadak telah berzina, lalu orang-orang Fadak menulis surat kepada Yahudi di Madinah supaya bertanya kepada Muhammad Sallallahu ‘alihi wa Sallam tentang hukum orang yang berzina itu. Jika Muhammad memerintah untuk disebat, maka terimalah, tetapi jika Muhammad memerintah untuk direjam, maka tolaklah. Orang Yahudi bertanya dan Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pun menjawab akan mereka, lalu sebagaimana dinyatakan di dalam hadis, turunlah ayat “Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah mereka atau berpaling dari mereka” [Imam Sayuthi, Tafsir Jalalain & Kitab Lubabunuqul Fi Asbabinuzul].

Kita perlu memahami bahawa Fadak adalah sebuah kota di utara Hijaz, tidak jauh dari Khaibar dan berada di luar dari Daulah Islam Madinah. Jauhnya 2-3 hari perjalanan menaiki unta dari Madinah. Kota ini sekarang telah ditukar namanya kepada Kampung Huwayyit (berkedudukan di luar Madinah). Jarak sebenar antara Madinah (24°27’U, 39°37’T) dan Huwayyit (25°35’U, 40°22’T) lebih kurang 150 km dengan pengukuran secara rentas. Berdasarkan hal ini, kita perlu faham bahawa Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat di atas bukan Yahudi dari kafir zimmi (kafir yang tinggal dalam Daulah Islam) tetapi mereka adalah dari kelompok Yahudi yang tinggal di luar Madinah (bukan warganegara Daulah). Dengan kata lain, ayat di atas adalah khusus untuk kes kafir warga asing yang ingin berhukum dengan hukum Islam, bukannya ayat berkenaan kafir warganegara Daulah (kafir zimmi).

Di sini satu lagi kesalahan pihak yang menafsirkan ayat di atas apabila mereka tidak melihat akan fakta ini. Hukum ke atas kafir zimmi (kafir warganegara Daulah) berbeza dengan hukum ke atas kafir yang bukan warganegara Daulah. Oleh itu, adalah satu kesalahan fatal apabila menjadikan ayat ini sebagai dalil untuk menunjukkan bahawa kafir yang tinggal dalam negara (zimmi) tidak terkena hukum Allah. Kafir zimmi, sebagaimana yang akan kami terangkan nanti, adalah terikat dengan hukum Islam, tidak sebagaimana kafir yang bukan warganegara. Bagi kafir yang tinggal di luar Daulah Islam, tetapi mereka ingin berhukum dengan hukum Daulah (hukum Allah), maka Ketua Negara boleh memilih untuk menghukum mereka (dengan hukum Allah), atau membiarkan mereka (tidak menghukum). Tetapi Ketua Negara sekali-kali tidak dibenarkan menghukum mereka mengikut hukum mereka/kufur. Jika kita menghukum mereka mengikut hukum kufur, maka ini adalah satu dosa dan keharaman kerana kita telah berhukum bukan dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Seseorang itu boleh menjadi kafir, zalim atau fasik sekiranya tidak memutuskan hukum dengan apa yang Allah telah turunkan (lihat Surah al-Maidah [5]:44, 45 & 47).

Dalam banyak ayat lain lagi, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa haram bagi orang Islam untuk memutuskan hukum selain dengan Kitabullah. FirmanNya, “Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu” [TMQ al-Maidah (5):48]. Allah juga berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105]. Ayat-ayat ini berbentuk umum dan ada ayat yang mana Allah menggunakan lafaz “manusia” yang menerangkan kepada kita bahawa, dalam keadaan kita mengadili sesuatu kes atau ingin menghukum, maka hukum Allah-lah satu-satunya hukum yang wajib dilaksanakan ke atas semua manusia (bukannya ke atas orang Islam sahaja) dan langsung tidak ada kebenaran/perintah dari Allah untuk kita (orang Islam) berhukum atau menghukum manusia dengan hukum selain hukum Allah.

Kafir Zimmi Wajib Terikat Dengan Hukum Islam

Kewajiban melaksanakan hukum Islam ke atas kafir zimmi merupakan satu perkara yang teramat jelas di dalam Islam. Tidak ada khilaf di kalangan ulama tentangnya dan kafir zimmi yang telah hidup di dalam Daulah Islam selama lebih 13 abad pun mematuhi hal ini. Kita perlu memahami bahawa hukum Islam adalah hukum Negara, bukannya hukum ke atas individu Muslim sahaja. Contoh yang mudah sahaja seperti hukum potong tangan untuk si pencuri – ini adalah hukum negara di mana tidak kiralah sama ada pencuri itu Muslim atau kafir, maka wajib dipotong tangannya. Begitu jugalah dengan hukum rompak, bunuh, judi, riba, rogol, zina dan sebagainya. Hukum Islam adalah hukum yang wajib diterapkan oleh pemerintah ke atas setiap warganegara. Di dalam kehidupan Daulah Islamiyyah, orang-orang kafir zimmi (sesuai dengan akad zimmah dengan Negara Daulah) hanya dibolehkan menjalankan hukum-hakam yang berhubungan dengan akidah, ibadah, makanan, perkahwinan, kematian dan sejenisnya menurut hukum-hakam agama mereka, asalkan tidak menam¬pakkan syi'ar-syi'ar agama mereka di hadapan kaum Muslim. Namun, dalam perkara yang menyangkut hukum-hakam umum iaitu mua’malat dan uqubat (hudud, qisas, ta’zir dan mukhalafat), maka atas mereka (orang-orang kafir zimmi) diterapkan hukum¬-hakam Islam sepenuhnya. Sebenarnya kedudukan mereka sebagai warganegara Daulah Islamiyah adalah sama dengan kaum Muslimin dari aspek hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Surah al-Maidah (5):48 dan juga an-Nisa (4):105 di atas sudah cukup menunjukkan bahawa hukum-hukum Islam itu wajib dilaksanakan ke atas seluruh warga negara, sama ada Muslim mahupun kafir zimmi.

Teramat salahlah pandangan yang menyatakan bahawa kafir zimmi tidak terikat dengan hukum Islam. Sungguh jauh dari kebenaran pandangan ini dan teramat ganjil sekali. Apa tidaknya, istilah dan pengertian ‘zimmi’ itu sendiri bermaksud “perlindungan yang diberikan kepada mereka kerana ketundukan mereka kepada hukum-hakam Daulah (hukum Islam)”. Status ‘zimmi’ (perlindungan) diberikan kepada mereka sebagai balasan dari ‘jizyah’ yang mereka bayar kepada Daulah. Dan jizyah ini adalah hukum Islam, bukan hukum kufur. Jadi, bayaran jizyah yang dikenakan ke atas kafir zimmi ini adalah terlalu jelas dan nyata dan secara automatiknya menunjukkan kepada kita bahawa kafir zimmi wajib mengikut atau tunduk kepada hukum Islam. Dengan kata lain, jika kafir zimmi tidak tertakluk kepada hukum Islam, maka tidak perlulah mereka membayar jizyah. Dan hal ini demi Allah sesungguhnya tidak akan terjadi (kerana kafir zimmi wajib membayar jizyah dengan maksud mereka wajib tunduk kepada hukum Islam). Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan tunduk patuh” [TMQ at-Taubah (9):29].

Apabila orang-orang kafir zimmi menolak untuk dihukumi dengan hukum-hakam Islam, maka Khalifah wajib memaksa mereka untuk tunduk. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pernah menulis surat kepada penduduk Najran yang beragama Nasrani, dengan kalimat yang amat tegas sekali, di mana sabda baginda, “Sesungguhnya siapa saja di antara kalian yang melakukan transaksi (jual beli) dengan riba, maka tidak ada lagi perlindungan (zimmah) atasnya.” Kedudukan penduduk Najran waktu itu adalah sebahagian dari Daulah Islamiyyah. Selain ini, terdapat banyak hadis yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang kafir yang hidup di dalam Daulah Islam adalah dihukum menurut hukum Islam atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Dalam sebuah hadis riwayat dari Anas, “Seorang Yahudi telah menyepit kepala seorang perempuan dengan dua buah batu. Kemudian ditanyakan kepadanya siapakah yang melakukannya? Ia menjawab, ‘sifulan atau sifulan’ dengan menyebut nama seorang Yahudi. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam bertanya, ‘Apakah engkau telah menyepit kepalanya?’ Yahudi itu akhirnya mengakui perbuatannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam memerintahkan untuk menyepit kepala Yahudi itu dengan dua buah batu (iaitu membunuhnya)”. Dalam riwayat Muslim disebutkan, “...maka ia dibunuh lantaran ia datang kepada Nabi dengan menyerahkan jiwanya”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”. Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Teramat banyak dan nyata sekali dalil di dalam Al-Quran dan juga Al-Hadis yang menunjukkan bahawa hukum Islam terpakai ke atas orang kafir. Adalah wajib ke atas pemerintah menghukum pesalah ini dengan hukum Allah. Orang kafir yang berzina, mencuri, membunuh, makan riba dan sebagainya wajib dihukum dengan apa yang telah Allah turunkan. Teramat jelas juga berdasarkan Quran dan Sunnah bahawa menghukum orang kafir berdasarkan undang-undang kufur adalah haram dan berdosa dan merupakan satu kemaksiatan kepada Allah. Konsep dualisme hukum/undang-undang yang ada sekarang adalah sama sekali bercanggah dengan nas kerana Allah sama sekali tidak membenarkan umat Islam untuk memutuskan hukum dengan selain hukumNya. Hukum Allah wajib diambil dan dilaksanakan sebagaimana yang Allah perintahkan, bukannya diambil atau dilaksanakan berdasarkan kehendak atau apa yang disukai oleh orang kafir. Janganlah sekali-kali kita sebagai umat Islam terjerat dengan sistem kufur-sekular yang ada sehingga kita mengambil hukum Allah sebagai alat untuk mengambil hati orang-orang kafir. Ingatlah akan firman Allah,

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

MUSLIHAT LAWATAN BUSH KE TIMUR TENGAH

Umat Islam tidak mungkin melupakan segala kezaliman yang telah dilakukan oleh Bush dan regimnya. Merekalah sebenarnya yang telah bertanggungjawab ke atas semua pembunuhan kejam ke atas umat Islam ketika menceroboh Iraq dan Afganistan yang telah menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban. Isteri kehilangan suami, anak kehilangan ayah dan menjadi yatim piatu. Bush dan sekutunya juga telah memenjarakan ratusan orang di penjara Guantanamo dan menyeksa sebilangan besar rakyat Iraq di penjara Abu Ghraib tanpa bukti yang kukuh. Jadi, untuk apa Bush datang lagi ke Timur Tengah? Luka ke atas tubuh umat Islam masih berdarah dan kehadirannya hanya menambah kepedihan yang sedia ada.

Kami melihat kehadiran Bush ke Timur Tengah adalah untuk memastikan hubungan yang telah dibina dengan regimnya di Timur Tengah terus terjalin agar segala kepentingan yang dibina selama memegang jawatan Presiden Amerika akan terus terpelihara.

Lawatannya kali ini bukanlah untuk menyokong usaha damai kerana masa pemerintahannya sudah pun hampir tamat, tetapi ia adalah untuk berbangga dengan kejayaannya membina kepentingannya di Timur Tengah. Ianya merujuk kepada ‘kejayaannya’ memenuhi masa pemerintahannya dengan perang dengan menjadikan Afganistan dan Iraq sebagai mangsa justeru menjadikan perniagaan senjatanya terus berkembang maju. Seorang peniaga di Ramallah berkata : ”Senjata-senjatanya digunakan untuk membunuh anak-anak kita dan dia tidak layak menjadi menjadi orang tengah rundingan”.

Pada masa akhir penggal pemerintahannya ini, amat jelas ketua pengganas no satu di dunia ini ingin berusaha mengukuhkan pengaruhnya di Timur Tengah dengan mempergunakan pelan damai di Palestin. Dia ingin bersara sebagai penyokong kuat Israel dengan mengiktiraf kem-kem tahanan di Gaza dan Tebing Barat. Kaum Muslimin serantau dan di seluruh dunia harus sedar semua muslihat ini dan menyuarakan penentangan kita terhadap lawatan Bush ini.

Bush membandingkan Tembok pemisah yang didirikan oleh Israel seperti Tembok Berlin padahal ia tidak sama. Dia memberi harapan palsu kepada rakyat Palestin dan pada masa yang sama memberi kata sokongan kepada Israel.

Harapan pada sidang damai telah lama sampai ke penghujungnya, kini hanya menantikan tertegaknya Khilafah Islamiyyah yang akan menyapu bersih kekuasaan Amerika dan Israel daripada bumi Palestin, InsyaAllah.


Sumber : mykhilafah.com & Kcom

Siapakah Pembunuh Benazir?


Pendedahan beberapa rakaman video yang baru dikeluarkan telah menunjukkan seorang penembak menembak Benazir Bhutto dengan pistol dalam kedudukan hanya beberapa kaki darinya. Kesan dari tembakan tersebut dapat dilihat dengan jelas sebelum letupan berlaku yang sekali gus menyokong kesaksian ramai yang menyatakan tembakan tersebut sememangnya di hala kepada bekas Perdana Menteri itu. Tambahan pula, kesaksian dari pembantu Bhutto sendiri yang mengatakan memang terdapat luka-luka pada tubuh Benazir ketika serangan tersebut dan ketika jenazahnya dimandikan dan ini semua adalah hasil dari tembakan di kepala dan juga leher beliau.

Dengan bukti terbaru ini, di tambah dengan fakta yang beberapa anggota tentera Pakistan yang dilihat membersihkan lokasi jenayah sejurus selepas pembunuhan tersebut, serta kenyataan Menteri Dalam Negeri Pakistan yang bercanggahan (di mana beliau pada awalnya mendakwa bahawa kematian Benazir adalah disebabkan oleh cebisan letupan yang terkena di kepalanya tetapi kemudian mengubah kenyataan ini dengan mengatakan bahawa kepala Benazir terhantuk pada atap kereta) telah meniupkan lagi api spekulasi bahawa rejim Musharraf cuba untuk menutup sesuatu!

Kejadian ini telah benar-benar menunjukkan kekejian Musharraf, tuannya, AS di bawah pimpinan Bush dan media ‘Islamophobia’ Barat yang tanpa usul periksa dan tanpa bukti terus menuduh militan Islam pimpinan Baitullah Mehsud sebagai dalang di sebalik pembunuhan Bhutto. Bush dan Brown mendakwa bahawa episod pembunuhan Bhutto ini merupakan salah satu bab dalam peperangan menentang keganasan. Mereka juga melaungkan bahawa Benazir merupakan seorang ‘syuhada’ bagi demokrasi. Mehsud walau bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan kumpulannya tidak terlibat dengan pembunuhan Benazir dan mendakwa bahawa ia adalah perbuatan Musharraf dan badan perisikannya. Beliau juga menambah bahawa kumpulannya tidak akan menjadikan seorang wanita sebagai sasaran.

Lagi fakta yang menyokong adalah pandangan yang datangnya dari kenyataan Bhutto sendiri dalam emailnya kepada seorang pemberita AS di mana beliau mendakwa bahawa Musharraf sengaja tidak menyediakan kawalan keselamatan yang secukupnya. Beliau hanya menerima dua dari empat kereta pengawal yang telah beliau minta untuk mengawal keempat-empat penjuru kenderaan kempennya. Video yang diedarkan dengan jelas menunjukkan bagaimana pembunuh tersebut telah berjaya sampai ke jarak menembak yang cukup dekat dengan Benazir dari bahagian kenderaannya yang terdedah!

Dengan bukti yang jelas ini, ia telah menimbulkan persoalan kepada banyak pihak, khususnya pengamat politik - mengapakah rejim Musharraf ‘terlibat’ menjalankan pembunuhan ini sedangkan Musharraflah yang telah membenarkan Benazir pulang ke Pakistan di bawah arahan AS dan Britain bagi membantu kerajaannya yang hampir lumpuh? Beberapa senario boleh menjelaskan perkara ini:-

(1) Selepas kematian Benazir, suaminya, Asif Zardari telah meminta pihak PBB, yakni secara tidak langsung, pihak Britain, agar menyiasat pembunuhan ini. Kenyataan seperti ini, dengan mengenepikan AS, jelas menunjukkan bahawa kem Bhutto yang pro-British tidak yakin bahawa pihak AS akan bertindak dengan telus. Ia juga memberi petunjuk bahawa rancangan awal AS dan Britain untuk membentuk sebuah ‘perkahwinan demokratik sekular’ antara Musharraf dan Benazir bagi menentang golongan ‘Islam fundamental’ tidak berjalan dengan lancar kerana terdapat komplikasi yang melibatkan hubungan antara Benazir dan Nawaz Sharif. Pakatan Benazir dan Nawaz ini nampaknya boleh menghancurkan asas kekuatan parti PML-Q Musharraf di Punjab. Kemungkinan tumbangnya PML-Q di Punjab ini dalam pilihan raya yang akan diadakan nanti pasti akan melemahkan kedudukan Musharraf sebagai Presiden dan ini merupakan satu senario yang amat membimbangkan Musharraf dan tuannya AS. Bagi AS, jemputan (baca: arahan) mereka untuk Benazir pulang ke Pakistan hanyalah untuk memastikan keberadaan Musharraf dan kesinambungan ‘war on terror’. Meskipun Benazir memanifestasikan retorik anti Islam, kerajaan Bhutto yang kuat dilihat akan menggugat dominasi Musharraf di Pakistan yang sekali gus mungkin menggugat kepentingan AS di rantau tersebut.

(2) Perancangan kepulangan Benazir hanyalah sepatutnya untuk menguatkan lagi Musharraf, bukannya untuk menguatkan Benazir, namun percaturan politik ini telah tergeser. Semenjak kepulangannya, Benazir dan PPP dilihat terlalu popular dan terlalu kuat oleh Musharraf, dan jika PPP menang besar di Pakistan, dan Benazir menjadi Perdana Menteri, maka mereka boleh merubah Perlembagaan dengan mudah. Hal ini amat berbahaya bagi Musharraf yang gilakan kuasa di mana kuasa Presiden yang dinikmatinya selama ini (setelah dia meminda Perlembagaan Pakistan) akan terhapus. Kedudukan bertambah bahaya di mana kuasa tentera sudah tidak lagi berada di tangan Musharraf. Satu lagi kemungkinan adalah elemen di dalam PML-Q sendiri yang turut merasa bahawa kehadiran Bhutto akan menyebabkan kuasa mereka tergugat. Jadi, untuk menamatkan situasi yang bahaya ini adalah dengan menamatkan riwayat Benazir dan menuding jari kepada militan.

(3) Senario ketiga melibatkan kemungkinan Musharraf membawa balik Nawaz Sharif selepas menghantarnya pulang ke Arab Saudi ketika beliau (Musharraf) mengadakan lawatan dua hari ke Saudi untuk melemahkan pengaruh Benazir. Nawaz menjadi ‘penting’ kerana dengan adanya Nawazlah, Pakistan akan dilihat masih berpegang kepada demokrasi, walaupun lemah. Tapi demokrasi yang lemah inilah yang dikehendaki oleh Musharraf dan Barat. Kematian Bhutto meninggalkan Nawaz Sharif sebagai satu-satunya pembangkang bagi Musharraf. Dalam masa terdekat ini, pasti Nawaz akan bangkit sebagai satu-satunya penentang Musharraf sebagai satu kuasa politik yang menghidupkan semula pergerakan pro-demokrasi di Pakistan. Ini sudah pasti akan membantu kepentingan AS dalam laungan AS kepada demokrasi. Nawaz, berdasarkan sejarah, merupakan penyokong kuat administrasi Clinton di mana sokongan ini dimanifestasikan dalam pengkhianatan beliau melibatkan krisis Kargil. Nawaz juga dilihat lebih ‘Islamik’ dan mampu bekerjasama dengan parti-parti Islam lain bagi menghalang kerjasama yang mungkin akan berlaku antara ketua-ketua puak dengan Al-Qaeda dan Taliban. Jadi, Nawaz dilihat sebagai orang yang sesuai untuk ‘meneutralisekan pemerintahan diktator Musharraf. Hanya masa sahajalah yang akan menentukan bagaimana perubahan kekuasaan politik akan berlaku di Pakistan menjelang pilihan raya nanti.

Nampaknya, pembunuhan Benazir, sama seperti pembunuhan bapanya dan General Zia, yang merupakan kerja tangan mereka yang terlibat dalam satu pergelutan kuasa dan bukanlah kerja tangan militan Islam seperti yang dituding oleh Musharraf dan Barat. Inilah realiti kotor politik yang bukan sahaja berlaku di Pakistan malah di negeri kaum Muslimin yang lainnya seperti Iraq dan Afghanistan. Ia dipenuhi dengan campur tangan kuasa imperialis seperti AS dan Britain yang cuba menetapkan polisi luar mereka bak sebuah permainan catur yang papannya terdiri dari tanah kaum Muslimin yang penuh dengan kekayaan sumber alam, di mana AS dan Britain adalah pemain-pemainnya, yang sekarang sedang melaga-lagakan dan mengorbankan umat Islam Pakistan di dalam mencapai kemenangan mereka.

Umat Islam sedar bahawa bagi setiap Benazir dan Saddam, yang perkhidmatan mereka kepada Barat akan dibalas dengan melayangnya nyawa mereka setelah Barat mendapati mereka tidak lagi diperlukan, ribuan umat yang tidak berdosa harus membayar dengan nyawa dan penderitaan pengkhianatan agen-agen Barat ini. Oleh sebab itulah, pemerintah seperti Musharraf, yang mengkhianati Islam dan umat Muhammad SAW, dibenci oleh majoriti kaum Muslimin yang inginkan sebuah pemerintahan Islam yang ikhlas dan merdeka. Masanya sudah tiba bagi mereka yang berpengaruh di Pakistan dan di negeri kaum Muslimin yang lain untuk mengembalikan umat ini kepada kemuliaan, keamanan dan kekuatan hakiki dengan menolak secara total politik kotor yang menyelimuti negeri-negeri kita dan mengembalikan Daulah Khilafah, yang barang pasti akan membawa satu era baru – era penyatuan, kekuatan dan rahmat bagi seluruh umat Islam.

[Analisis]

1429H: HIJRAH DARI SISTEM SEKULAR MENUJU SISTEM KHILAFAH

Segala puji bagi Allah yang masih memberi ruang dan kesempatan untuk kita beribadah kepadaNya. Syukur kita ke hadhrat Yang Esa kerana dengan izinNya kita masih mampu berkata-kata dan berdakwah di jalan kebenaran. Sedar atau tidak, kini kaum Muslimin telah melangkah ke tahun baru hijrah. Umat Islam di seluruh dunia telah pun memasuki bulan Muharam, yang menandai datangnya tahun baru 1429H. Di sebalik kegembiraan dan kesyukuran kita menyambut tahun baru, namun kesedihan yang menimpa umat Islam masih lagi terpahat di sanubari setiap hamba yang beriman kepada Allah dan Rasul. Tahun demi tahun telah berlalu, namun kehidupan umat Islam, terutama sejak runtuhnya institusi Khilafah pada 28 Rejab 1342H, masih berada dalam penderitaan dan kesengsaraan yang amat parah. Negeri-negeri umat Islam masih terpecah belah menjadi negara-negara kecil yang berbentuk nation-state (negara-bangsa) yang sekali gus telah melemahkan kekuatan umat Islam dan lebih buruk, umat Islam telah dijadikan alat eksploitasi negara-negara penjajah.

Persoalan perpecahan, assabiyyah, wathaniyyah, kemiskinan, jenayah, murtad, penghinaan terhadap Al-Quran dan Rasulullah saw dan berbagai persoalan lain masih tetap membelenggu umat Islam di seluruh dunia. Keadaan yang sama dialami rakyat Malaysia. Beban hidup rakyat semakin berat akibat kezaliman pemerintah yang tidak menerapkan hukum Islam. Kenaikan harga petrol, tol, barang-barang dapur, yuran pendidikan, peningkatan kadar jenayah, rasuah, penyelewengan kuasa dan pelbagai masalah lain satu per satu telah menambahkan penderitaan rakyat akibat penerapan sistem kufur/sekular. Ketidakpedulian pemerintah akan masalah rakyat, ketidakpedulian pemerintah akan hukum Islam dan ketidakpedulian pemerintah akan tanggungjawab mereka melayan dan menjadi khadam kepada rakyat telah menyengsarakan kehidupan rakyat dari sehari ke sehari. Pemerintah semakin kaya-raya dan semakin rakus merampas hak rakyat, tetapi dari tahun ke tahun meminta rakyat berterima kasih kepada mereka dengan segala ‘kenikmatan’ yang mereka berikan kepada rakyat.

Keadaan terpuruk dalam segenap aspek ini membuat kita seperti kembali memasuki masa jahiliyah yang pernah dialami oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Akidah umat Islam saat ini banyak dikotori dengan kemusyrikan seperti masa jahiliyah dahulu. Berhala (sembahan)nya bukan lagi dalam bentuk patung atau batu tetapi dalam bentuk wang, kuasa, jawatan atau pangkat. Kesemua ini telah menjadi ‘tuhan-tuhan’ baru yang disembah. Hukum Allah telah dicampakkan, Sunah Rasul telah dibuang, pemerintahan yang ada adalah berlandaskan hawa nafsu untuk meraih sebanyak-banyak manfaat dan kenikmatan dunia dengan melupakan Hari Pertemuan dengan Allah.
Sistem sekular dari Barat disucikan dan undang-undang serta peraturan hidup digubal sendiri atas nama demokrasi. Akal-akal manusia dijadikan sumber hukum dan tangan-tangan manusia dijadikan sumber untuk meluluskan hukum. Undang-undang Al-Quran dan Sunah sudah tidak ada tempatnya.

Setiap kali tiba tahun baru Hijrah, pemerintah menyeru agar umat Islam berhijrah dari segala keburukan menuju kebaikan. Mereka lupa bahawa merekalah punca kepada segala keburukan! Merekalah yang menjadi punca kepada perpecahan umat Islam kepada negara-bangsa, merekalah yang menjadi punca umat Islam diperangi dan dibunuh oleh kafir penjajah, merekalah yang menjadi punca Palestin dirampas oleh Israel, Afghanistan dan Iraq jatuh ke tangan AS, merekalah yang menjadi punca kepada kemiskinan yang wujud, pendek kata merekalah yang sebenarnya menjadi punca kepada segala keburukan yang ada. Ini kerana merekalah yang telah menerapkan sistem sekular dengan ketundukan mereka terhadap kuffar penjajah dalam segenap hal manakala hukum Allah telah mereka buang sejauh-jauhnya. Pemerintah tidak pernah berusaha untuk menerapkan Islam dan menyatukan umat Islam sedunia di bawah sistem Khilafah yang mana hanya dengan ini sahajalah umat Islam akan menjadi kuat dan bersatu. Justeru, seruan untuk hijrah yang dilaungkan setiap tahun tidak ada maknanya jika menyeru untuk mengekalkan negara-bangsa yang sudah tersedia wujud atau menyeru untuk mengekalkan sistem sekular yang sudah sekian lama diwarisi dari penjajah ini. Di manakah perubahan/hijrah yang dimaksudkan? Inilah keadaannya apabila makna hijrah tidak lagi difahami dalam konteksnya yang sebenar, tetapi cuma ‘dihayati’ untuk kepentingan politik.

Tahun Hijriah, dalam sejarahnya, bertitik tolak dari peristiwa Hijrah Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah. Secara bahasa, hijrah bererti berpindah tempat. Adapun secara syar‘i, para fukaha mendefinisikan hijrah sebagai, “keluar dari Darul Kufur menuju Darul Islam” [An-Nabhani, Asy-Syakhsiyyah al-Islamiyyah, II/276]. Karena itu, pengajaran dan ingatan penting dari tahun baru Hijriah ini adalah kesediaan umat Islam untuk berhijrah dari Darul Kufur yang ada sekarang menuju Daulah Islam (Khilafah). Umat Islam wajib berhijrah dari sistem sekular menuju sistem Islam. Hal ini Insya Allah akan dapat dilakukan jika umat Islam bersama-sama memperjuangkan Khilafah Islam untuk menegakkan Islam secara kaffah.

Hijrah dari sistem sekular menuju sistem Islam, Insya Allah akan membebaskan kaum Muslimin dari berbagai penderitaan, kesengsaraan dan ketakutan yang ada sekarang menuju kepada satu sistem yang penuh dengan keamanan, keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Aisyah ra pernah meriwayatkan,

“Dahulu ada orang Mukmin yang lari membawa agamanya kepada Allah dan RasulNya karena takut difitnah. Adapun sekarang (setelah Hijrah) Allah swt benar-benar telah memenangkan Islam, dan seorang Mukmin dapat beribadah kepada Allah swt semahunya” [HR Bukhari]

Sehubungan dengan masuknya Tahun Baru 1429H, Hizbut Tahrir Malaysia menyeru umat Islam:-

(1) Untuk berhijrah dari sistem sekular menuju sistem Islam. Umat Islam wajib berhijrah dari sistem yang penuh diliputi dengan kegelapan dan kemaksiatan, menuju sistem Islam yang penuh dengan cahaya dan keimanan kepada Allah. Umat Islam wajib menjadikan syariah sebagai undang-undang. Hijrah sesungguhnya merupakan pembeza antara sistem yang hak dengan yang batil, sebagaimana dinyatakan oleh Khalifah Umar bin Khaththab ra yang diriwayatkan oleh Ibn Hajar, “Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dan kebatilan.”

(2) Untuk menegakkan kembali Khilafah Islam yang merupakan institusi penting untuk menegakkan syariah Islam. Sebagaimana kita ketahui, hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah ditandai oleh peristiwa penting yakni tegaknya Daulah Islam yang menjadikan Rasulullah saw sebagai Ketua Negara dan baginda terus menjadikan syariat Islam sebagai peraturan negara.

Sesungguhnya kebangkitan dan kemenangan umat Islam hanya akan dapat dikembalikan sekiranya umat Islam kembali menegakkan Daulah Khilafah. Hijrah Rasulullah saw ke Madinah boleh dikatakan menjadi momentum kepada kebangkitan Islam, yang selama 13 tahun diperjuangkan oleh baginda dan para sahabat di Makkah sebelumnya. Tidak dapat dinafikan bahawa, pasca Hijrahlah, yang segera diikuti dengan pembentukan Daulah Islamiyah di Madinah, Islam mengalami perkembangan yang luar biasa. Bahkan, hanya dalam kurun waktu 10 tahun kepemimpinan Rasulullah saw di Madinah, Islam telah tersebar ke seluruh Jazirah Arab. Seluruh Jazirah Arab telah disatukan di bawah satu kepimpinan dan pemerintahan. Kebangkitan dan kejayaan ini kemudian disambung pula oleh para Khalifah yang menggantikan baginda sebagai Ketua Negara. Tanah-tanah baru dibuka dan manusia berduyun-duyun memasuki agama Allah. Seluruh negeri baru dibuka dan disatukan, begitu juga dengan umat Islam sedunia yang kesemuanya telah disatukan di bawah satu kepimpinan dan pemerintahan – Khilafah.

Semoga tahun hijrah tahun ini menjadi tahun yang terakhir umat Islam menyambutnya dengan perpecahan. Dan semoga tahun hijrah yang akan datang akan disambut oleh umat Islam dengan tegaknya Daulah Khilafah sebagaimana hijrah Rasulullah dan para sahabat yang menandakan tegaknya Daulah Islam.

Hizbut Tahrir Malaysia

HUKUM ISLAM DIWAJIBKAN KE ATAS SELURUH UMAT MANUSIA

Mukadimah tahun baru 2008 dibuka dengan berita sensasi senario politik negara yang melibatkan rakaman cakera video digital (DVD) skandal seks Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan seorang wanita. Ramai yang melihat keadaan ini sebagai suatu tamparan hebat kepada parti BN, khususnya di saat-saat pilihan raya yang semakin hampir. Naib Presiden MCA itu telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau adalah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang diakuinya sebagai ‘kawan baik’. Salinan DVD perlakuan seks itu sebelum ini diedarkan secara meluas di Johor, khususnya di Batu Pahat dan Muar. Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti [UM 01/01/08]. Namun, sehari selepas itu, Chua Soi Lek telah mengumumkan peletakan semua jawatannya sama ada di dalam kerajaan mahupun dalam MCA. Ini adalah kes yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana seorang menteri mengaku mengadakan hubungan seks luar nikah (berzina) secara terbuka.

Kisah skandal seks di kalangan menteri atau pun orang-orang politik bukanlah suatu yang baru di Malaysia, tidak kiralah samada ia melibatkan orang Islam atau bukan Islam. Sebab itulah kisah Chua Soi Lek ini, walaupun agak menggemparkan, tidaklah memeranjatkan. Apa yang ‘baru’ di sini ialah pengakuan secara terbuka yang dibuat oleh Soi Lek. Juga, suatu yang baru apabila ramai penyokong Soi Lek yang memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau, malah beliau dilayan sebagai seorang ‘hero’ kerana pengakuannya ini. UMNO bahagian Labis awal-awal lagi turut serta dalam memberi semangat dan sokongan padu kepada beliau, diikuti pula oleh tidak kurang ramainya ahli-ahli politik BN, termasuk menteri yang memuji tindakan berani Soi Lek ini. Masya Allah! Seorang penzina yang telah mengaku secara terang-terang melakukan perbuatan kejinya, kini dianggap dan dilayan sebagai seorang hero, hanya kerana ‘pengakuan ikhlas dan berani’ yang dibuatnya. Di manakah pertimbangan manusia, khususnya mereka yang beragama Islam di dalam masalah ini? Ada juga di kalangan umat Islam yang melihat bahawa isu ini hanyalah satu kesalahan moral atau kesalahan peribadi orang yang terlibat kerana apa yang dilakukan oleh Soi Lek (berzina) itu ‘dibolehkan’ oleh agamanya (tidak ada hukuman). Pandangan ini sejajar dengan pandangan Perdana Menteri Malaysia yang menyifatkan ‘...apa yang berlaku adalah berkaitan (hal) peribadi beliau’ [UM 02/01/08].

Pengakuan zina, tidak kiralah dilakukan oleh siapa pun, baik seorang menteri atau pun rakyat, baik lelaki ataupun perempuan, baik Muslim ataupun non-Muslim, adalah satu perkara yang wajib diperhatikan oleh setiap Muslim, apatah lagi pemerintah. Dalam pandangan Islam, zina adalah satu perbuatan yang keji dan merupakan satu kesalahan yang wajib dihukum (hudud), tidak kiralah pelakunya seorang yang berpangkat besar atau kecil atau seorang yang tidak berpangkat sekalipun. Pemerintah malah wajib memerhatikan hal ini dengan lebih serius kerana mereka adalah orang yang sepatutnya menjalankan hukum (hudud) ke atas penzina ini. Malangnya pemerintah hanya menganggap kes zina ini adalah kesalahan moral ataupun hal peribadi sahaja! Sebahagian besar umat Islam juga mempunyai tanggapan dan pemahaman yang salah tentang (hukuman) zina yang dilakukan oleh orang kafir, sehingga mereka tidak memandang kes ini wajib diselesaikan dengan hukum Islam. Sautun Nahdhah kali ini akan menjernihkan pemikiran mereka yang telah terpesong dari kefahaman yang sebenar menurut Islam.

Apakah Orang Kafir Terkena Hukum Islam?

Persoalan sama ada orang kafir terkena hukum Islam atau tidak sebenarnya tidak pernah timbul dalam benak kaum Muslimin generasi awal mahupun generasi setelahnya. Kaum Muslimin dahulu benar-benar faham bahawa satu-satunya hukuman yang wajib ke atas manusia adalah hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Allah-lah Yang Maha Mengatur dan Maha Menghukum. Inilah yang difahami dan diterapkan oleh umat Islam berabad-abad lamanya. Namun, setelah kelemahan berfikir melanda umat Islam dan negeri-negeri kaum Muslimin satu per satu jatuh ke tangan penjajah kuffar, maka di negeri-negeri kaum Muslimin ini telah diterapkan sistem kufur/sekular penjajah. Setelah mereka memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini, pemimpin sekular yang telah dilantik oleh kuffar penjajah ini tetap meneruskan undang-undang kufur penjajah di samping sedikit penerapan undang-undang Islam dalam hal ibadat dan kekeluargaan sahaja. Hasilnya, kaum Muslimin, termasuklah golongan ulama telah terbiasa dan ‘terbius’ dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja, manakala orang-orang kafir dibiarkan mengamalkan undang-undang kafir. Betapa terpesongnya pemikiran di kalangan ulama ini, sehingga ada antara mereka yang beranggapan bahawa undang-undang kufur (yang dibuat oleh negara) tetap terpakai ke atas umat Islam manakala orang kafir pula sekali-kali tidak boleh dikenakan undang-undang Islam ke atas mereka. Apatah lagi di dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, para pemimpin dan ulama yang ada terus ‘dikuasai’ oleh pemikiran kufur bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan ke atas orang-orang kafir, bukan setakat kerana ia tidak terpakai, malah tidak boleh dilaksanakan kerana perlu ‘menjaga hati’ orang kafir. Inilah di antara kejayaan kuffar Barat di dalam memasukkan racun sekular mereka ke dalam tubuh umat Islam.

Setelah sistem demokrasi-pilihan raya diperkenalkan oleh Barat ke atas negeri-negeri umat Islam dan setiap orang kafir diberi hak mengundi untuk memilih wakil rakyat, maka para pemimpin dan ulama Islam terjerat sekali lagi di mana untuk mereka meraih pemerintahan, mereka mesti mendapat sokongan/undi dari orang kafir, maka ‘hati’ orang kafir perlu dijaga agar menyokong/mengundi mereka. Oleh sebab sebahagian besar orang kafir (sekarang) tidak mahu atau tidak suka kepada undang-undang Islam, maka usaha-usaha dilakukan untuk memberi kefahaman kepada orang kafir bahawa undang-undang Islam tidak terkena ke atas mereka. Jadi, tidak hairanlah jika ramai di kalangan umat Islam yang, walaupun sayangkan Islam, namun oleh kerana sudah lama hidup dalam sistem sekular di mana racun ini sudah menjadi sebati dalam diri mereka, memahami bahawa hukum Allah ini hanyalah untuk orang Islam semata-mata, manakala orang kafir tidak terkena hukum Allah, tetapi diberi alternatif. Mereka menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud, qisas dan ta'zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja manakala penduduk bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak menerima hukum tersebut atau tetap berhukum dengan hukum kufur. Untuk menyokong pendapat ini, mereka beristidlal dengan firman Allah,

“Jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka. Jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil” [TMQ al-Maidah (5):42].

Mereka seterusnya menafsirkan ayat ini bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka (hukum kufur). Lafaz “fa in ja’uka fahkum bainahum au a’ridh anhum” (jika mereka datang kepada mu, maka putuskanlah di antara mereka atau berpaling dari mereka) mereka tafsirkan sebagai ‘pilihan’ yang diberi kepada ‘orang kafir’ sama ada untuk berhukum dengan hukum Islam atau pun hukum kufur. Oleh yang demikian, mereka telah menyatakan bahawa orang kafir yang tinggal dalam negara Islam tidak terkena hukum Islam, kecuali orang kafir itu sendiri memilih untuk berhukum dengan hukum Islam.

Mengkaji dengan teliti dari aspek mafhum, mantuq dan juga asbabunuzul ayat di atas, maka kita dapati bahawa tafsiran yang dibuat adalah amat salah dan mengelirukan. Dari segi lafaz itu sendiri, kita memahami bahawa:

(i) Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya kepada orang kafir; dan
(ii) Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam atau berhukum dengan hukum kufur. ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.

Secara ringkasnya dapat kita simpulkan bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi dua alternatif kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum. Untuk menjelaskan lagi perkara ini, kita boleh melihat pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat ini:-

Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim]. Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran]. Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].

Dari aspek asbabun nuzul ayat di atas, kita akan lebih memahami maksud ayat tersebut dengan benar apabila melihat kepada sebab penurunan ayat ini di tambah dengan memahami kedudukan/aspek geo-politik orang kafir (Yahudi) yang disebutkan di dalam ayat tersebut. Imam Sayuthi menjelaskan,

“Seorang lelaki dari suku Yahudi di Fadak telah berzina, lalu orang-orang Fadak menulis surat kepada Yahudi di Madinah supaya bertanya kepada Muhammad Sallallahu ‘alihi wa Sallam tentang hukum orang yang berzina itu. Jika Muhammad memerintah untuk disebat, maka terimalah, tetapi jika Muhammad memerintah untuk direjam, maka tolaklah. Orang Yahudi bertanya dan Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pun menjawab akan mereka, lalu sebagaimana dinyatakan di dalam hadis, turunlah ayat “Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah mereka atau berpaling dari mereka” [Imam Sayuthi, Tafsir Jalalain & Kitab Lubabunuqul Fi Asbabinuzul].

Kita perlu memahami bahawa Fadak adalah sebuah kota di utara Hijaz, tidak jauh dari Khaibar dan berada di luar dari Daulah Islam Madinah. Jauhnya 2-3 hari perjalanan menaiki unta dari Madinah. Kota ini sekarang telah ditukar namanya kepada Kampung Huwayyit (berkedudukan di luar Madinah). Jarak sebenar antara Madinah (24°27’U, 39°37’T) dan Huwayyit (25°35’U, 40°22’T) lebih kurang 150 km dengan pengukuran secara rentas. Berdasarkan hal ini, kita perlu faham bahawa Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat di atas bukan Yahudi dari kafir zimmi (kafir yang tinggal dalam Daulah Islam) tetapi mereka adalah dari kelompok Yahudi yang tinggal di luar Madinah (bukan warganegara Daulah). Dengan kata lain, ayat di atas adalah khusus untuk kes kafir warga asing yang ingin berhukum dengan hukum Islam, bukannya ayat berkenaan kafir warganegara Daulah (kafir zimmi).

Di sini satu lagi kesalahan pihak yang menafsirkan ayat di atas apabila mereka tidak melihat akan fakta ini. Hukum ke atas kafir zimmi (kafir warganegara Daulah) berbeza dengan hukum ke atas kafir yang bukan warganegara Daulah. Oleh itu, adalah satu kesalahan fatal apabila menjadikan ayat ini sebagai dalil untuk menunjukkan bahawa kafir yang tinggal dalam negara (zimmi) tidak terkena hukum Allah. Kafir zimmi, sebagaimana yang akan kami terangkan nanti, adalah terikat dengan hukum Islam, tidak sebagaimana kafir yang bukan warganegara. Bagi kafir yang tinggal di luar Daulah Islam, tetapi mereka ingin berhukum dengan hukum Daulah (hukum Allah), maka Ketua Negara boleh memilih untuk menghukum mereka (dengan hukum Allah), atau membiarkan mereka (tidak menghukum). Tetapi Ketua Negara sekali-kali tidak dibenarkan menghukum mereka mengikut hukum mereka/kufur. Jika kita menghukum mereka mengikut hukum kufur, maka ini adalah satu dosa dan keharaman kerana kita telah berhukum bukan dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Seseorang itu boleh menjadi kafir, zalim atau fasik sekiranya tidak memutuskan hukum dengan apa yang Allah telah turunkan (lihat Surah al-Maidah [5]:44, 45 & 47).

Dalam banyak ayat lain lagi, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa haram bagi orang Islam untuk memutuskan hukum selain dengan Kitabullah. FirmanNya, “Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu” [TMQ al-Maidah (5):48]. Allah juga berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105]. Ayat-ayat ini berbentuk umum dan ada ayat yang mana Allah menggunakan lafaz “manusia” yang menerangkan kepada kita bahawa, dalam keadaan kita mengadili sesuatu kes atau ingin menghukum, maka hukum Allah-lah satu-satunya hukum yang wajib dilaksanakan ke atas semua manusia (bukannya ke atas orang Islam sahaja) dan langsung tidak ada kebenaran/perintah dari Allah untuk kita (orang Islam) berhukum atau menghukum manusia dengan hukum selain hukum Allah.

Kafir Zimmi Wajib Terikat Dengan Hukum Islam

Kewajiban melaksanakan hukum Islam ke atas kafir zimmi merupakan satu perkara yang teramat jelas di dalam Islam. Tidak ada khilaf di kalangan ulama tentangnya dan kafir zimmi yang telah hidup di dalam Daulah Islam selama lebih 13 abad pun mematuhi hal ini. Kita perlu memahami bahawa hukum Islam adalah hukum Negara, bukannya hukum ke atas individu Muslim sahaja. Contoh yang mudah sahaja seperti hukum potong tangan untuk si pencuri – ini adalah hukum negara di mana tidak kiralah sama ada pencuri itu Muslim atau kafir, maka wajib dipotong tangannya. Begitu jugalah dengan hukum rompak, bunuh, judi, riba, rogol, zina dan sebagainya. Hukum Islam adalah hukum yang wajib diterapkan oleh pemerintah ke atas setiap warganegara. Di dalam kehidupan Daulah Islamiyyah, orang-orang kafir zimmi (sesuai dengan akad zimmah dengan Negara Daulah) hanya dibolehkan menjalankan hukum-hakam yang berhubungan dengan akidah, ibadah, makanan, perkahwinan, kematian dan sejenisnya menurut hukum-hakam agama mereka, asalkan tidak menam¬pakkan syi'ar-syi'ar agama mereka di hadapan kaum Muslim. Namun, dalam perkara yang menyangkut hukum-hakam umum iaitu mua’malat dan uqubat (hudud, qisas, ta’zir dan mukhalafat), maka atas mereka (orang-orang kafir zimmi) diterapkan hukum¬-hakam Islam sepenuhnya. Sebenarnya kedudukan mereka sebagai warganegara Daulah Islamiyah adalah sama dengan kaum Muslimin dari aspek hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Surah al-Maidah (5):48 dan juga an-Nisa (4):105 di atas sudah cukup menunjukkan bahawa hukum-hukum Islam itu wajib dilaksanakan ke atas seluruh warga negara, sama ada Muslim mahupun kafir zimmi.

Teramat salahlah pandangan yang menyatakan bahawa kafir zimmi tidak terikat dengan hukum Islam. Sungguh jauh dari kebenaran pandangan ini dan teramat ganjil sekali. Apa tidaknya, istilah dan pengertian ‘zimmi’ itu sendiri bermaksud “perlindungan yang diberikan kepada mereka kerana ketundukan mereka kepada hukum-hakam Daulah (hukum Islam)”. Status ‘zimmi’ (perlindungan) diberikan kepada mereka sebagai balasan dari ‘jizyah’ yang mereka bayar kepada Daulah. Dan jizyah ini adalah hukum Islam, bukan hukum kufur. Jadi, bayaran jizyah yang dikenakan ke atas kafir zimmi ini adalah terlalu jelas dan nyata dan secara automatiknya menunjukkan kepada kita bahawa kafir zimmi wajib mengikut atau tunduk kepada hukum Islam. Dengan kata lain, jika kafir zimmi tidak tertakluk kepada hukum Islam, maka tidak perlulah mereka membayar jizyah. Dan hal ini demi Allah sesungguhnya tidak akan terjadi (kerana kafir zimmi wajib membayar jizyah dengan maksud mereka wajib tunduk kepada hukum Islam). Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan tunduk patuh” [TMQ at-Taubah (9):29].

Apabila orang-orang kafir zimmi menolak untuk dihukumi dengan hukum-hakam Islam, maka Khalifah wajib memaksa mereka untuk tunduk. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pernah menulis surat kepada penduduk Najran yang beragama Nasrani, dengan kalimat yang amat tegas sekali, di mana sabda baginda, “Sesungguhnya siapa saja di antara kalian yang melakukan transaksi (jual beli) dengan riba, maka tidak ada lagi perlindungan (zimmah) atasnya.” Kedudukan penduduk Najran waktu itu adalah sebahagian dari Daulah Islamiyyah. Selain ini, terdapat banyak hadis yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang kafir yang hidup di dalam Daulah Islam adalah dihukum menurut hukum Islam atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Dalam sebuah hadis riwayat dari Anas, “Seorang Yahudi telah menyepit kepala seorang perempuan dengan dua buah batu. Kemudian ditanyakan kepadanya siapakah yang melakukannya? Ia menjawab, ‘sifulan atau sifulan’ dengan menyebut nama seorang Yahudi. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam bertanya, ‘Apakah engkau telah menyepit kepalanya?’ Yahudi itu akhirnya mengakui perbuatannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam memerintahkan untuk menyepit kepala Yahudi itu dengan dua buah batu (iaitu membunuhnya)”. Dalam riwayat Muslim disebutkan, “...maka ia dibunuh lantaran ia datang kepada Nabi dengan menyerahkan jiwanya”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”. Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Teramat banyak dan nyata sekali dalil di dalam Al-Quran dan juga Al-Hadis yang menunjukkan bahawa hukum Islam terpakai ke atas orang kafir. Adalah wajib ke atas pemerintah menghukum pesalah ini dengan hukum Allah. Orang kafir yang berzina, mencuri, membunuh, makan riba dan sebagainya wajib dihukum dengan apa yang telah Allah turunkan. Teramat jelas juga berdasarkan Quran dan Sunnah bahawa menghukum orang kafir berdasarkan undang-undang kufur adalah haram dan berdosa dan merupakan satu kemaksiatan kepada Allah. Konsep dualisme hukum/undang-undang yang ada sekarang adalah sama sekali bercanggah dengan nas kerana Allah sama sekali tidak membenarkan umat Islam untuk memutuskan hukum dengan selain hukumNya. Hukum Allah wajib diambil dan dilaksanakan sebagaimana yang Allah perintahkan, bukannya diambil atau dilaksanakan berdasarkan kehendak atau apa yang disukai oleh orang kafir. Janganlah sekali-kali kita sebagai umat Islam terjerat dengan sistem kufur-sekular yang ada sehingga kita mengambil hukum Allah sebagai alat untuk mengambil hati orang-orang kafir. Ingatlah akan firman Allah,

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

America campaigns for democracy so as to eradicate Islam

بِسْمِ الله الرَّحمَنِ الرَحيم

هَذَا بَلاَغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنذَرُوا بِهِ
“This is a Message for humankind, so that they take heed of its warning.” [Surah Ibrahim 14:52]

Even whilst the Muslims of Pakistan faced the violent upheaval that came after the assassination of Benazir Bhutto, with many deaths, much destruction of private property and shortages in fuel and food, the Americans vigorously campaigned for democracy in Pakistan. On 28 December 2007, US Secretary of State, Dr. Condoleezza Rice said, “But obviously, it’s just very important that the democratic process go forward.” And on the same day, US Assistant Secretary of State, Richard Boucher, said, “We want to see smooth and safe elections go forward.” However, America’s campaign for democracy is not for a truly representative government in Pakistan, rather it is an attempt to prevent the rise of Islam.

The Muslims of Pakistan have faced the oppression of dictatorship for a long time. In this situation, America tries to make the Muslims feel that the only substitute for dictatorship is democracy. In its campaign for democracy, America attempts to appeal to the feelings of the Muslims by linking democracy to elections for a representative government, where the Muslims would choose their rulers. Since Islam rejects the one who usurps the authority and commands that the ruler is elected by choice and consent, America hopes to make democracy appealing to the Muslims by embellishing democracy in their eyes. This is in order to cast a veil over the eyes of the Muslims about the actual essence of democracy, which is legislation by other than the laws of Allah سبحانه وتعالى, and turn their gazes instead to what democracy calls for in terms of representative government.

However, we are confident that America’s campaign for democracy will fail in Pakistan. It is a fact that anything that clashes with the belief of the Muslims can never become entrenched strongly in their hearts and minds, however much effort America may expend in spreading it and however many agents were mobilized to impose it. The fundamental basis of democracy to which America invites is that the sovereignty belongs to people wherein they are free in deciding right and wrong, they are not answerable in front of any other, hence being sovereign they will legislate through their representatives. So, in democracy, it is man who decides what ought to be Halal and what ought to be Haram, rejecting and accepting according to desire that which Allah سبحانه وتعالى has decided, thereby wrongfully raising man to the status that Allah سبحانه وتعالى claims for Himself Alone. But no Muslim can accept that any man or assembly of men should decide what is legaly Halaal and Haraam for others, after Allah سبحانه وتعالى and RasulAllah صلى الله عليه وسلم ordered and forbade. Allah سبحانه وتعالى said,

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمْ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ
“It is not for a believer man or woman to have any say in the matter after the decision is made by Allah and RasulAllah ” [Surah al-Ahzab 33:36]

And Allah سبحانه وتعالى said,

وَمَا آتَاكُمْ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“So take what RasulAllah assigns to you and deny yourselves that which he withholds from you. And fear Allah; for Allah is strict in Punishment.” [Surah Al-Hashr 59:7]

And Allah سبحانه وتعالى has strongly condemned ruling other than Islam, in any taghoot (non-Islamic authority),

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلاَلاً بَعِيدًا
“Have you not seen those who pretend that they believe in that which has been revealed unto them and that which was revealed before them, how they would go instead for judgement to taghoot (non-Islamic authority) when they have been ordered to disbelieve in it? Shaytan would mislead them far astray.” [Surah An-Nisai 4:60]

And Allah سبحانه وتعالى said,

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الظَّالِمُونَ
“Those who do not judge by the law which Allah has revealed, they are the oppressors.” [Surah Al-Maidah 5:45]

The above-mentioned ayahs are explicit in establishing that any system in which sovereignity does not belong to Allah سبحانه وتعالى, or in which the people share in holding sovereignty with Allah سبحانه وتعالى, is a kufr system, whether it is democracy or dictatorship.

Since in democracy sovereignity belongs to man, as in dictatorship, this matter makes this system suitable in the eyes of the colonialist powers, because it opens the door for making laws which protect the interests of the colonialist. The 17th Amendment, through which all the steps taken by the Pakistani government to support the American war on Muslims have been provided legal validity, is a clear, recent example.

Moreover, there is no truth in America’s high claim that it wants representative government in Pakistan. America knows that if Muslims’ opinion was represented then no ruler of Pakistan would have the courage to embolden the Hindu mushrikeen by abandoning the Muslims of Kashmir, or diminish the nuclear program of the world’s only Muslim nuclear power, or eliminate Islamic values from the education syllabus, or allow the savage killing of hundreds of students in Lal Masjid, or order Muslim soldiers to fight Muslims in the tribal areas to secure America’s occupation of Afghanistan, as Musharraf has done for so long in the name of “true democracy.” Indeed, America is always full of praise for Musharraf who is imposed upon the Muslims, without their choice and approval! And America knows that after dictatorship, it is democracy alone that can prevent the real representation of Muslims from reaching the ruling.
And as for the Muslims’ opinion for the establishment of Islam as a state, a survey supported by the US Department of Homeland Security and conducted by the University of Maryland between December 2006 and February 2007, revealed that the majority of Muslims in Pakistan held a goal “to unify all Islamic countries into a single Islamic state or Caliphate (Khilafah).” So, how can America ever tolerate a government that represents the Muslims in their deen, Islam, when it would mean that the Muslims would then emerge as the largest, most powerful state in the world? How, O Muslims, how?

And this is why the Americans in particular, and the West in general, campaign against the rise of Islam with all their might, funding agents and organizations to spread democracy and sponsoring brutal oppression of those who call for Islam. The example of Algeria is not far from our minds. Under the watchful gaze of the West and its agents, the ballot boxes showed that the people wanted Islam. The West and its agents were shocked and agreed unanimously to cancel the elections. And with Western blessings, the Algerian rulers began to brutally suppress the Muslims, rather than honoring the elections.

So rather than allowing representation of the Muslims, America campaigns for democracy to prevent the rise of Islam. This is why they will also never spare any opportunity to accuse the Muslims, without proof, violate and occupy the Islamic Lands, attack the Islamic values and even desecrate the Qur’an in their prisons. Allah سبحانه وتعالى said,

قَدْ بَدَتْ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ
“Rank hatred comes from their mouths and what their breasts conceal is greater.” [Surah Aali Imran 3:118]

O Muslims of Pakistan!
America aims to hoist democracy, the cause of your ills and woes, over your necks so that you will never taste the blessings of the implementation of the one true deen, Islam. We call upon you to boycott the elections thereby demonstrating your clear, unequivocal rejection of democracy. And we call upon all of you to stand with us, the youth of Hizb ut-Tahrir, in the serious work to remove democracy that has been imposed in the Muslim World, and re-establish the Khilafah in its place.

And know that Allah سبحانه وتعالى has promised that those of you who believe and do righteous deeds will be granted succession in ruling, providing security after a time of fear. Allah سبحانه وتعالى said,

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لاَ يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا
“Allah has promised those amongst you who believe, and do righteous deeds, that He will certainly grant them succession in ruling on the earth, as He granted it to those before them, and that He will grant them the authority to practice their religion, that which He has chosen for them. And He will surely give them in exchange a safe security after their fear provided they worship Me and do not associate anything in worship with Me." [Surah an-Nur 24: 55]

Hizb ut-Tahrir
Wilayah Pakistan
1 January 2008

SIAPAKAH PEMBUNUH BENAZIR?

Pendedahan beberapa rakaman video yang baru dikeluarkan telah menunjukkan seorang penembak menembak Benazir Bhutto dengan pistol dalam kedudukan hanya beberapa kaki darinya. Kesan dari tembakan tersebut dapat dilihat dengan jelas sebelum letupan berlaku yang sekali gus menyokong kesaksian ramai yang menyatakan tembakan tersebut sememangnya di hala kepada bekas Perdana Menteri itu. Tambahan pula, kesaksian dari pembantu Bhutto sendiri yang mengatakan memang terdapat luka-luka pada tubuh Benazir ketika serangan tersebut dan ketika jenazahnya dimandikan dan ini semua adalah hasil dari tembakan di kepala dan juga leher beliau.

Dengan bukti terbaru ini, di tambah dengan fakta yang beberapa anggota tentera Pakistan yang dilihat membersihkan lokasi jenayah sejurus selepas pembunuhan tersebut, serta kenyataan Menteri Dalam Negeri Pakistan yang bercanggahan (di mana beliau pada awalnya mendakwa bahawa kematian Benazir adalah disebabkan oleh cebisan letupan yang terkena di kepalanya tetapi kemudian mengubah kenyataan ini dengan mengatakan bahawa kepala Benazir terhantuk pada atap kereta) telah meniupkan lagi api spekulasi bahawa rejim Musharraf cuba untuk menutup sesuatu!

Kejadian ini telah benar-benar menunjukkan kekejian Musharraf, tuannya, AS di bawah pimpinan Bush dan media ‘Islamophobia’ Barat yang tanpa usul periksa dan tanpa bukti terus menuduh militan Islam pimpinan Baitullah Mehsud sebagai dalang di sebalik pembunuhan Bhutto. Bush dan Brown mendakwa bahawa episod pembunuhan Bhutto ini merupakan salah satu bab dalam peperangan menentang keganasan. Mereka juga melaungkan bahawa Benazir merupakan seorang ‘syuhada’ bagi demokrasi. Mehsud walau bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan kumpulannya tidak terlibat dengan pembunuhan Benazir dan mendakwa bahawa ia adalah perbuatan Musharraf dan badan perisikannya. Beliau juga menambah bahawa kumpulannya tidak akan menjadikan seorang wanita sebagai sasaran.

Lagi fakta yang menyokong adalah pandangan yang datangnya dari kenyataan Bhutto sendiri dalam emailnya kepada seorang pemberita AS di mana beliau mendakwa bahawa Musharraf sengaja tidak menyediakan kawalan keselamatan yang secukupnya. Beliau hanya menerima dua dari empat kereta pengawal yang telah beliau minta untuk mengawal keempat-empat penjuru kenderaan kempennya. Video yang diedarkan dengan jelas menunjukkan bagaimana pembunuh tersebut telah berjaya sampai ke jarak menembak yang cukup dekat dengan Benazir dari bahagian kenderaannya yang terdedah!

Dengan bukti yang jelas ini, ia telah menimbulkan persoalan kepada banyak pihak, khususnya pengamat politik - mengapakah rejim Musharraf ‘terlibat’ menjalankan pembunuhan ini sedangkan Musharraflah yang telah membenarkan Benazir pulang ke Pakistan di bawah arahan AS dan Britain bagi membantu kerajaannya yang hampir lumpuh? Beberapa senario boleh menjelaskan perkara ini:-

(1) Selepas kematian Benazir, suaminya, Asif Zardari telah meminta pihak PBB, yakni secara tidak langsung, pihak Britain, agar menyiasat pembunuhan ini. Kenyataan seperti ini, dengan mengenepikan AS, jelas menunjukkan bahawa kem Bhutto yang pro-British tidak yakin bahawa pihak AS akan bertindak dengan telus. Ia juga memberi petunjuk bahawa rancangan awal AS dan Britain untuk membentuk sebuah ‘perkahwinan demokratik sekular’ antara Musharraf dan Benazir bagi menentang golongan ‘Islam fundamental’ tidak berjalan dengan lancar kerana terdapat komplikasi yang melibatkan hubungan antara Benazir dan Nawaz Sharif. Pakatan Benazir dan Nawaz ini nampaknya boleh menghancurkan asas kekuatan parti PML-Q Musharraf di Punjab. Kemungkinan tumbangnya PML-Q di Punjab ini dalam pilihan raya yang akan diadakan nanti pasti akan melemahkan kedudukan Musharraf sebagai Presiden dan ini merupakan satu senario yang amat membimbangkan Musharraf dan tuannya AS. Bagi AS, jemputan (baca: arahan) mereka untuk Benazir pulang ke Pakistan hanyalah untuk memastikan keberadaan Musharraf dan kesinambungan ‘war on terror’. Meskipun Benazir memanifestasikan retorik anti Islam, kerajaan Bhutto yang kuat dilihat akan menggugat dominasi Musharraf di Pakistan yang sekali gus mungkin menggugat kepentingan AS di rantau tersebut.

(2) Perancangan kepulangan Benazir hanyalah sepatutnya untuk menguatkan lagi Musharraf, bukannya untuk menguatkan Benazir, namun percaturan politik ini telah tergeser. Semenjak kepulangannya, Benazir dan PPP dilihat terlalu popular dan terlalu kuat oleh Musharraf, dan jika PPP menang besar di Pakistan, dan Benazir menjadi Perdana Menteri, maka mereka boleh merubah Perlembagaan dengan mudah. Hal ini amat berbahaya bagi Musharraf yang gilakan kuasa di mana kuasa Presiden yang dinikmatinya selama ini (setelah dia meminda Perlembagaan Pakistan) akan terhapus. Kedudukan bertambah bahaya di mana kuasa tentera sudah tidak lagi berada di tangan Musharraf. Satu lagi kemungkinan adalah elemen di dalam PML-Q sendiri yang turut merasa bahawa kehadiran Bhutto akan menyebabkan kuasa mereka tergugat. Jadi, untuk menamatkan situasi yang bahaya ini adalah dengan menamatkan riwayat Benazir dan menuding jari kepada militan.

(3) Senario ketiga melibatkan kemungkinan Musharraf membawa balik Nawaz Sharif selepas menghantarnya pulang ke Arab Saudi ketika beliau (Musharraf) mengadakan lawatan dua hari ke Saudi untuk melemahkan pengaruh Benazir. Nawaz menjadi ‘penting’ kerana dengan adanya Nawazlah, Pakistan akan dilihat masih berpegang kepada demokrasi, walaupun lemah. Tapi demokrasi yang lemah inilah yang dikehendaki oleh Musharraf dan Barat. Kematian Bhutto meninggalkan Nawaz Sharif sebagai satu-satunya pembangkang bagi Musharraf. Dalam masa terdekat ini, pasti Nawaz akan bangkit sebagai satu-satunya penentang Musharraf sebagai satu kuasa politik yang menghidupkan semula pergerakan pro-demokrasi di Pakistan. Ini sudah pasti akan membantu kepentingan AS dalam laungan AS kepada demokrasi. Nawaz, berdasarkan sejarah, merupakan penyokong kuat administrasi Clinton di mana sokongan ini dimanifestasikan dalam pengkhianatan beliau melibatkan krisis Kargil. Nawaz juga dilihat lebih ‘Islamik’ dan mampu bekerjasama dengan parti-parti Islam lain bagi menghalang kerjasama yang mungkin akan berlaku antara ketua-ketua puak dengan Al-Qaeda dan Taliban. Jadi, Nawaz dilihat sebagai orang yang sesuai untuk ‘meneutralisekan pemerintahan diktator Musharraf. Hanya masa sahajalah yang akan menentukan bagaimana perubahan kekuasaan politik akan berlaku di Pakistan menjelang pilihan raya nanti.

Nampaknya, pembunuhan Benazir, sama seperti pembunuhan bapanya dan General Zia, yang merupakan kerja tangan mereka yang terlibat dalam satu pergelutan kuasa dan bukanlah kerja tangan militan Islam seperti yang dituding oleh Musharraf dan Barat. Inilah realiti kotor politik yang bukan sahaja berlaku di Pakistan malah di negeri kaum Muslimin yang lainnya seperti Iraq dan Afghanistan. Ia dipenuhi dengan campur tangan kuasa imperialis seperti AS dan Britain yang cuba menetapkan polisi luar mereka bak sebuah permainan catur yang papannya terdiri dari tanah kaum Muslimin yang penuh dengan kekayaan sumber alam, di mana AS dan Britain adalah pemain-pemainnya, yang sekarang sedang melaga-lagakan dan mengorbankan umat Islam Pakistan di dalam mencapai kemenangan mereka.

Umat Islam sedar bahawa bagi setiap Benazir dan Saddam, yang perkhidmatan mereka kepada Barat akan dibalas dengan melayangnya nyawa mereka setelah Barat mendapati mereka tidak lagi diperlukan, ribuan umat yang tidak berdosa harus membayar dengan nyawa dan penderitaan pengkhianatan agen-agen Barat ini. Oleh sebab itulah, pemerintah seperti Musharraf, yang mengkhianati Islam dan umat Muhammad SAW, dibenci oleh majoriti kaum Muslimin yang inginkan sebuah pemerintahan Islam yang ikhlas dan merdeka. Masanya sudah tiba bagi mereka yang berpengaruh di Pakistan dan di negeri kaum Muslimin yang lain untuk mengembalikan umat ini kepada kemuliaan, keamanan dan kekuatan hakiki dengan menolak secara total politik kotor yang menyelimuti negeri-negeri kita dan mengembalikan Daulah Khilafah, yang barang pasti akan membawa satu era baru – era penyatuan, kekuatan dan rahmat bagi seluruh umat Islam.
 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR