ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS

GEJALA SOSIAL – PI MAI PI MAI TANG TU


GEJALA SOSIAL – PI MAI PI MAI TANG TU


Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin banyak dan menjadi-jadi. Jika dulu setiap kali isu sosial ini timbul, masyarakat akan terus mencemuh dan mengaitkannya dengan budaya kehidupan Barat. Istilah ‘budaya kuning’ cukup popular suatu waktu dulu bagi menggambarkan kehidupan bebas di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi di Malaysia. Waktu itu, masyarakat masih memandang keji budaya import ini yang telah merosakkan akhlak, khususnya golongan muda. Tahun demi tahun berlalu, istilah budaya kuning semakin terhakis dan terus hilang dari kamus. Dengan kata lain, ‘budaya kuning’ itu telah kehilangan kuningnya dan kini telah menjadi ‘budaya kita’. Sebab itulah, gejala sosial yang berlaku kini bukanlah merupakan satu perkara asing lagi di dalam masyarakat. Masyarakat nampaknya sudah ‘lali’ dengan apa yang berlaku dan sudah pasrah dengannya, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’.


Hampir setiap hari kita didedahkan dengan bermacam-macam laporan tentang masalah salah laku remaja. Berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan sudah terlalu lumrah, sehingga ia tidak lagi dilakukan di tempat yang tersorok, malah telah berlaku secara terang-terangan di tempat awam. Jika dulu kes-kes berpeluk, cium dan raba adalah fenomena biasa di tasik-tasik, kini ia boleh dilihat di mana-mana, termasuklah di kedai-kedai mamak sekalipun. Budaya rempit sudah tidak terkata dan semakin hari mereka semakin menunjukkan belang. Ini terjadi setelah golongan mat rempit ini semakin mendapat perhatian kerajaan, seolah-olah mereka ini telah diberi satu ‘pengiktirafan’. Baik di bandar mahupun kampung, golongan ini sudah tidak memilih tempat lagi, asalkan ada jalan raya. Lebih buruk, aktiviti rempit ini turut melibatkan golongan remaja perempuan. Apa yang paling menyedihkan kita ialah, mereka ini semuanya beragama Islam! Malah sebahagian besar kes gejala sosial yang berlaku di Malaysia adalah melibatkan muda-mudi Islam!


SEDIKIT BERITA TERKINI


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan moral khususnya yang menyentuh perkara-perkara berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan, mereka pastinya telah mengetahui tentang isu terkini sekitar laporan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dibuat oleh pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Khaidzir Ismail telah mendedahkan bahawa hanya seorang sahaja daripada subjek-subjek ujikaji berjumlah 887 remaja bermasalah masih belum pernah melakukan ’hubungan seks’. Laporan tersebut telah menjadi isu kontroversi di mana penemuan tersebut telah dikritik hebat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyatakan hasil laporan tersebut tidak boleh diguna pakai kerana terdapat kesalahan dari segi statistik serta definisi.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula meluahkan, ‘‘Jangan hukum seluruh generasi muda hanya kerana perlakuan 886 gadis... ramai lagi golongan remaja perempuan yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak tinggal sembahyang... kenapa kita tidak bercakap mengenai mereka? Kenapa kita hanya menumpu kepada isu-isu kecil sahaja”. Beliau seterusnya menyatakan, ‘‘Jangan jadikan hasil kajian ini untuk menghukum mereka. Henti menghukum generasi muda,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran media Festival Sastera Antarabangsa Kuala Lumpur [UM 02/03/07].


Cukup malang apabila kita mendengar kes ini dianggap sebagai kes kecil sahaja, apatah lagi bila dikatakan tidak perlu menghukum remaja dengan (kajian) kes-kes sebegini. Mungkin kerana ia melibatkan remaja maka ia dianggap kes kecil dan tidak perlu menghukum, tetapi jika ia melibatkan mana-mana Datuk atau Menteri, maka kes ini adalah kes besar dan perlu dihukum. Mungkin juga kerana ia dilakukan secara suka sama suka oleh remaja yang berkenaan, maka ia dianggap sebagai kes kecil sahaja dan tidak perlu menghukum remaja kerananya, tetapi jika remaja memaksa (mencabul kehormatan/merogol) remaja lain, barulah kes ini dikatakan besar! Pelik! Apakah standard/ukuran yang digunakan? Walhal di dalam Islam, sesiapa sahaja yang berkhalwat, berzina (suka sama suka) atau merogol, sama ada rendah atau tinggi status sosialnya sekalipun, jika ia dilakukan oleh orang yang telah baligh dan berakal, maka ia wajib dihukum. Dengan kata lain, kes ini wajib diselesaikan, bukan dibiarkan.


Biarpun kesahihan kajian UKM tersebut dipertikaikan, namun apa yang pasti masalah keruntuhan akhlak terutama yang membabitkan hubungan antara lelaki dan perempuan seperti khalwat, zina dan lain-lain, memang telah lama menular di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pertikaian dari segi statistik dan definisi ini tidak dapat menidakkan gejala sosial yang semakin parah ini. Tambahan lagi, bukan soal statistik dan definisi yang ingin kita bahaskan, tetapi kesalahan itu sendiri. Maksudnya, wujud atau tidak salah laku tersebut, inilah yang kita perlu persoalkan. Jika wujud, tidak kira berapa statistiknya sekalipun, kita wajib menyelesaikannya, dan wajib diselesaikan menurut perspektif Islam, bukan menurut akal kita. Cara memandang dan menilai salah laku remaja dari aspek kuantitatif tidak akan membawa kepada apa-apa penyelesaian. Adakah kita hanya ingin menunggu statistik yang besar dan terbukti secara kuantitinya, barulah kita akan menganggap masalah ini serius dan perlu diatasi? Apakah kita ingin menunggu masalah ini menjadi sebati dengan remaja barulah kita ingin bertindak? Cara berfikir sebeginilah yang menyebabkan masyarakat menjadi lali dengan gejala sosial dan masyarakat juga turut lali dengan kegagalan yang berlanjutan dalam mengekang masalah ini dan mula menerimanya sebagai sesuatu yang lumrah.


Kebuntuan pihak-pihak bertanggungjawab dalam memberikan penyelesaian juga jelas terbukti dengan peningkatan kadar jenayah. Kita melihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa, biarpun telah bermacam pendekatan diambil dan berjuta ringgit telah dibelanjakan untuk menangani gejala-gejala ini, masalahnya tidak pernah berkurangan malah telah bertambah dari tahun ke tahun. Biarpun bilangan penduduk Malaysia hanya bertambah sekitar 2% setiap tahun, indeks jenayah rogol dan sebagainya telah bertambah dengan lebih besar. Pada tahun 2004, jenayah rogol telah bertambah sebanyak 16.8% kepada 1,718 kes daripada 1,471 kes pada tahun 2003 (statistik Polis DiRaja Malaysia) berbanding pertambahan penduduk yang hanya meningkat sebanyak 2.1%. Pada tahun 2005, kes rogol telah meningkat kepada 1,895 kes, peningkatan sebanyak 10.3% berbanding 2004 dan pada tahun lalu pula, jenayah rogol terus meningkat kepada 2,238 kes, pertambahan sebanyak 18.1%. Jika dibandingkan, pertambahan penduduk hanya meningkat sebanyak 1.9% sahaja.


Bagi kes pencabulan kehormatan pula, PDRM telah merekodkan 1,399 kes pada tahun 2003, meningkat 18.7% kepada 1,661 pada tahun 2004, meningkat lagi pada tahun 2005 kepada 1,771 dan pada tahun lepas terus lagi meningkat kepada 2,023 kes iaitu pertambahan sebanyak 14.2%. Ini tidak dikira kes-kes jenayah lain yang juga menunjukkan corak kenaikan yang sama setiap tahun. Adakah ini senario yang kita harap-harapkan? Adakah para ibu bapa boleh tidur lena dengan mengetahui risiko-risiko yang boleh menimpa anak-anak mereka? Bolehkah kita berbangga dengan pertumbuhan ekonomi lebih 5% setiap tahun dari tahun 2003, yang hakikatnya turut disertai pertumbuhan kadar jenayah sosial seperti yang telah dinyatakan? Adakah kita perlu pasrah dengan kenyataan bahawa peningkatan kadar jenayah tersebut sebagai suatu yang lumrah? Apakah kita tidak mahu mengubah keadaan ini? Apakah tidak wujud penyelesaian bagi masalah ini di dalam agama Allah?


KAEDAH PENYELESAIAN YANG TIDAK MENYELESAIKAN


Mereka yang terlibat dalam gejala sosial yang diketengahkan ini rata-ratanya menjalani kehidupan mereka dengan melakukan tindakan-tindakan tanpa matlamat yang jelas atau tanpa matlamat langsung. Tanpa matlamat dan hala tuju kehidupan yang jelas ini, maka perbuatan-perbuatan manusia akan dilakukan berdasarkan miqiyas (penilaian) yang tersasar dari jalan yang diredhai oleh Allah. Ada masanya mereka ini melakukan tindakan-tindakan bodoh kerana menjadi pak turut kepada satu pandangan hidup yang terpesong. Konsep kebebasan hidup yang dipeloporkan oleh ideologi ciptaan Barat telah meracuni minda umat Islam di Malaysia hingga ianya menjadi pasak kepada pembentukan asas nilai kepada tindak-tanduk mereka.


Budaya hedonisme dan budaya-budaya Barat lain yang mengajak kepada pemenuhan tuntutan nafsu dan keseronokan secara maksima menjadi ikutan hasil daripada tiadanya kefahaman terhadap tujuan manusia diciptakan di atas muka bumi ini. Ini ditambah pula dengan sistem kehidupan yang diamalkan kini telah meletakkan nilai-nilai pincang pujaan Barat sebagai asas nilai kehidupan masyarakat kini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Cinta sebelum kahwin dan muqaddimah zina dibiarkan dan dipandang enteng oleh masyarakat sehingga mereka yang tidak melakukannya dilihat sebagai kolot atau ketinggalan zaman. Undang-undang yang ada pula dengan mudah dipermainkan apabila nilai denda/hukuman yang dikenakan langsung tidak menggerunkan. Pihak berkuasa pula lebih memandang masalah sosial ini sebagai isu individu dan bukannya satu jenayah besar yang mesti dibanteras sekeras-kerasnya.


Setiap kali berlakunya kes-kes baru yang dihangatkan oleh media, seringkali kita dibentangkan dengan pelbagai kaedah penyelesaian yang kononnya dapat menangani permasalahan yang timbul. Masyarakat telah lumrah dengan pendekatan-pendekatan tekstual seperti memberikan pendidikan agama yang secukupnya, menyediakan lebih banyak pusat-pusat didikan dan kaunseling, melaksanakan undang-undang yang lebih ketat dan sebagainya. Ada pula pihak yang lebih sibuk menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak tertentu daripada memberikan penyelesaian. Antara golongan yang biasa kita dengar akan dipersalahkan apabila adanya berita remaja terlibat dengan salah laku moral adalah pihak ibubapa, rakan sebaya, media massa, internet, pihak sekolah khususnya guru-guru, masyarakat dan seumpamnya. Malah, imam masjid kadang-kadang turut dipersalahkan kerana gagal menarik minat golongan muda untuk ke masjid dan mendalami ilmu agama. Yang pasti, satu-satunya pihak yang tidak pernah bersalah adalah kerajaan! Kerajaan adalah satu pihak yang telah melaksanakan segala-segalanya untuk kebaikan rakyat. Segala yang kerajaan lakukan ialah demi untuk rakyat. Jadi, jika masih terdapat masalah, maka rakyatlah yang bersalah. Kerajaan seolah-olah merupakan satu institusi ‘suci’ yang tidak pernah bersalah dalam apa jua masalah!


Sebagaimana yang telah disebutkan, setakat ini pelbagai jalan penyelesaian telah diambil. Rata-rata pendekatan yang selalu dicadangkan selama ini lebih banyak dilihat cuba mengubati simptom-simptom yang berlaku dan bukannya mengubati penyakit sebenar. Masalah remaja rosak akhlak, merempit, terjerumus ke lembah maksiat dan penagihan dadah adalah simptom yang timbul daripada penyakit sebenar. Contohnya, jika di sebuah kawasan perumahan terdapat aktiviti memecah batu (kuari) dan akibatnya sebahagian besar dari penduduk terkena batuk-batuk. Jadi, beberapa penyelesaian cuba diambil seperti memakan ubat batuk, menutup tingkap-tingkap rumah dengan kain, membersihkan halaman rumah dari debu-debu, memakai topeng penutup hidung dan sebagainya. Persoalannya? Apakah semua langkah ini dapat mengubati penyakit batuk tersebut? Apakah ini merupakan penyelesaian yang hakiki? Kami rasa para pembaca semua sudah dapat mengagak bahawa jawapan yang sebenarnya adalah cukup mudah, yakni menutup kuari tersebut atau menghentikan operasinya. Jika batuk yang diubati, bukannya kuari itu sendiri, maka inilah yang dikatakan mengubati simptom, bukan puncanya. Jika beginilah caranya, masalah yang timbul tidak akan pernah dapat diselesaikan!


Berbalik kepada isu gejala sosial seperti kes mat rempit, ada pihak yang mencadangkan agar lesen mat-mat rempit tersebut ditarik seumur hidup atau mereka diberi kaunseling dan didikan agama secukupnya. Turut dicadangkan agar ibubapa mereka didenda. Jika difikirkan, adakah mereka ini merempit hanya kerana mereka mempunyai lesen dan sekiranya lesen mereka ditarik maka mereka tidak akan merempit lagi? Bagi membanteras kes rogol pula, pernah dicadangkan agar perempuan memakai cawat besi, diperketat undang-undang dan sebagainya. Bagi kes tangkap khlawat atau berdua-duaan, cadangan yang biasa adalah diberi kaunseling dan didikan agama. Persoalannya, adakah mereka ini tidak memahami bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan berdosa dari segi agama sehingga perlu diberi kaunseling? Tidak cukupkah pendidikan agama dan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan di sekolah-sekolah? Inilah beberapa contoh penyelesaian simptom kepada masalah, bukan menyelesaikan puncanya.


ADAKAH SINAR UNTUK KITA?


Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Orang-orang kafir Barat hidup tanpa berpandukan agama. Oleh itu, mereka menyelesaikan segala masalah mereka dengan menggunakan akal mereka sendiri, tanpa panduan dari agama mereka. Kita umat Islam berbeza sama sekali dengan mereka di mana kita mempunyai panduan yang mana jika kita berpegang dengannya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Dan panduan kita itu tak lain tak bukan ialah Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Jika mengambil selain keduanya, maka sudah barang pasti, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan dan lebih buruk dari itu, umat Islam itu pasti akan tersesat. Inilah apa yang berlaku pada hari ini di mana, pada semua masalah diterapkan hukum akal di dalamnya, bukannya hukum Allah. Umat Islam telah mengambil cara berfikir kafir Barat di dalam menyesaikan segala permasalahan. Maka berlakulah apa yang kita saksikan sekarang - penyelesaian yang tidak pernah menyelesaikan.


Umat Islam tidak habis-habis menggunakan akal dan terus tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk berbincang dan bertelagah sesama sendiri sama ada baldi atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan. Persoalannya, apakah selesai masalah dengan pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi atau besen emas sekalipun? Wahai kaum Muslimin! Kalian semua mengetahui bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah ialah dengan membaiki atap yang bocor tadi. Inilah penyelesaian yang hakiki.


Justeru apa yang kami ingin utarakan ialah penyelesaian yang hakiki bagi semua permasalahan hidup manusia adalah Islam. Kerana yang menjadi punca kepada segala masalah ialah tidak diterapkan Islam di dalam kehidupan. Hukum Islam telah diganti dengan hukum kufur. Pemikiran sekular telah meresap dalam dan sebati dengan umat Islam, khususnya para pemimpin yang di tangan mereka terdapat kuasa membuat undang-undang. Oleh kerana telah sebati dengan sistem kufur sekular, maka di dalam menyelesaikan masalah pun, umat Islam telah berfikir dengan cara berfikir orang-orang kafir, yakni menggunakan akal di dalam berhukum. Kitab Allah dibuang, sunnah Rasul dicampak, undang-undang ciptaan manusia dijulang. Inilah punca kepada segala masalah yang menimpa umat Islam. Jadi, satu-satunya cara yang hakiki di dalam menyelesaikan setiap inci masalah ialah umat Islam wajib kembali kepada kehidupan Islam, wajib berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan dan wajib mengikuti sunah RasulNya di dalam segala aspek kehidupan. Barulah dikatakan kita menangani punca kepada masalah, bukan simptomnya. Jika tidak, maka umat Islam sebenarnya telah mengikuti jejak langkah syaitan yang menyesatkan!


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” [Al-Baqarah (2):208].


Apabila sistem yang mengatur kehidupan itu baik, maka tidak akan ada unsur-unsur yang boleh mendorong manusia untuk melakukan kejahatan atau jenayah. Dalam erti kata lain, sistem yang mampu mengarahkan kecenderungan manusia ke arah ketenteraman dengan terpenuhnya segala tuntutan naluri manusia yang asas akan mampu untuk memastikan terkawalnya manusia daripada melanggar norma-norma kehidupan yang sepatutnya. Sesiapapun perlu memuaskan keperluan fizikalnya (hajatul udhuwiyyah) dengan cara makan, minum, bernafas, buang hajat dan sebagainya. Begitu pula manusia memerlukan ketenangan dengan memenuhi naluri (gharizah) yang dimilikinya. Naluri untuk melestarikan jenis (gharizah an-nau’/sexual instinct) jika tidak diatur sesuai dengan Islam tentu akan mengakibatkan kerosakan akhlak (masalah sosial) dengan merebaknya kes-kes rogol, homoseks, lesbian, pergaulan bebas dan sebagainya.


Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita, bentuk pakaian wanita muslimah, cara memandang wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan (nizham) yang tertentu. Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan, Islam telah meletakkan beberapa ketetapan seperti:


1. Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];


2. Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];


3. Rasulullah bersabda, “Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya.” [HR. Bukhari dan Muslim].


4. Rasulullah juga bersabda, “Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya” [HR. Muslim].


5. Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya;


6. Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;


7. Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;


8. Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);


  1. Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].


Dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh Islam, tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap ahli masyarakat dan juga negara. Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala Negara pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah. Jadi, dengan kata lain kehidupan itu wajib diatur dengan sistem Islam, dan jika masih wujud pelanggaran, maka Negaralah yang akan mengenakan hukuman terhadap setiap pelaku maksiat tersebut dan hukuman itu mestilah uqubat Islam, bukannya hukuman akal ciptaan manusia. Perlaksanaan hukuman Islam ini akan mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Muhammad Ismail di dalam kitabnya, Fikrul Islam telah menghuraikan bahawa sistem Islam dapat mencegah manusia dari melakukan tindakan kejahatan sebab, bilamana dia melakukan juga kejahatan itu dia akan berhadapan dengan masyarakat dunia dan negara dengan sistem hukuman yang datang dari Al-Khaliq itu sendiri. Di akhirat kelak ia akan menghadapi azab Allah yang sangat pedih lagi menyeksakan.


KHATIMAH


Wahai kaum Muslimin! Setakat ini hukum Islam tidak pernah dicadang untuk diterapkan apabila membincangkan setiap masalah. Walhal inilah penyelesaian yang haikiki. Malah, apa yang menyedihkan kita ialah jika pun ada cadangan untuk menerapkan hukum Allah ini, para pemimpin dan mereka yang cintakan sekular terus tidak bersetuju, mempertikaikan, mengkritik bahkan ada yang menolak mentah-mentah. Walhal apa yang sepatutnya mereka lakukan ialah berusaha bersungguh-sungguh ke arah penerapannya secara kaffah, bukan mempertikaikannya. Sekiranya mereka tidak faham sekalipun, apa yang wajib mereka lakukan ialah belajar bersungguh-sungguh memahaminya untuk kemudian mengamal dan menerapkannya. Jika untuk hukum kufur mereka boleh dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mempelajarinya, menggubal, membahaskan dan menerapkannya, kenapa tidak untuk hukum Islam?


Wahai kaum Muslimin! Kalian benar-benar memerlukan sebuah negara bagi menerapkan hukum Islam ini. Selagi tiadanya Daulah Khilafah yang akan menerapkan hukum-hukum Allah secara kaffah di dunia ini, selagi itulah kita akan menyaksikan masalah kehidupan yang bertali arus, yang tiada kesudahannya. Hanya mereka yang memiliki ketakwaan yang tinggi sahaja yang akan sanggup bergadai nyawa untuk mengenggam hukum Allah ini, walaupun ia umpama mengenggam bara api. Bagi para pelaku maksiat yang tidak memiliki ketakwaan ini, maka golongan ini hanya boleh diubah dengan adanya sebuah sistem yang datangnya dari Allah yang akan mengubah mereka. Saidina Usman bin Affan pernah berkata, “Sultan (kekuasaan) itu akan meluruskan manusia yang tidak dapat diluruskan oleh Al-Quran.” Maksudnya, jika manusia itu tidak mengikuti apa yang diperintahkan oleh Al-Quran, maka penguasalah (Khilafah) yang akan menghukum mereka (yang akan meluruskan semula mereka). Semoga kekuasaan (Khilafah) ini segera muncul dan akan meluruskan semula manusia dengan Al-Quran serta mengembalikan kehidupan Islam sama ada di dalam kehidupan individu, bermasyarakat dan juga bernegara. Insya Allah.

SERUAN KEPADA SELURUH PENDUDUK PALESTIN,KHUSUSNYA "HAMAS DAN FATAH"



YA ALLAH! SATUKANLAH KAUM MUSLIMIN DAN

BERILAH KEMENANGAN KEPADA KAMI



Ketika nasyrah ini ditulis, Israel masih lagi menjalankan kerja-kerja penggalian berhampiran Masjidil Aqsa. Apa yang berlaku ini hanyalah satu dari seribu episod kejahatan Yahudi terkutuk ini. Sesungguhnya mereka tidak akan pernah berhenti dari melakukan kerosakan di muka bumi. Janganlah kita memandang kejadian ini sebagai satu-satunya perkara yang perlu ditangani, dengan meninggalkan banyak peristiwa-peristiwa lainnya. Pencerobohan Israel di bumi Palestin adalah kejahatan terbesar mereka, yang dari sinilah kejahatan mereka mula berakar. Bermula dari pencerobohan ini, Israel dengan dokongan Amerika, mula menguasai tanah Palestin sedikit demi sedikit dan membunuh serta memerangi kaum Muslimin. Kemudian mereka berlakon dengan cuba mengadakan perjanjian damai agar pendudukan mereka diiktiraf oleh Palestin khususnya dan dunia amnya.


Perbuatan kejam Israel la’natullah ini adalah umpama perompak yang datang merompak rumah kita, membunuh ayah dan ibu serta adik-beradik kita, seterusnya mendiami sebahagian besar dari rumah kita, kemudian ingin membuat perjanjian dengan kita agar pencerobohan mereka itu diiktiraf oleh kita, lalu mereka boleh tinggal dengan aman di dalamnya. Bukan setakat itu, mereka bahkan hanya memberi ruang yang kecil sahaja dari rumah kita untuk kita diami dan pada masa yang sama mereka menggunakan segala kekuatan dan kekerasan untuk menghalau kita keluar darinya. Adakah kita akan mengiktiraf perbuatan biadab dan terkutuk ini? Inilah hakikat yang berlaku di bumi Palestin dengan sejumlah pengkhianat dari pemimpin umat Islam yang cuba mengadakan perjanjian damai untuk mengiktiraf kewujudan dan pendudukan Israel di tanah yang diberkati itu. Alangkah jahat dan hinanya para pengkhianat tersebut serta golongan yang menyokong mereka itu!


Atas dasar itulah wahai kaum Muslimin, jangan sekali-kali kita lupa bahawa penggalian yang mereka lakukan itu sesungguhnya timbul dari kejayaan mereka mendiami bumi Palestin. Jika kita adalah seorang yang beriman, sepatutnya kita peka, sedar dan bangkit dengan kejadian-kejadian seumpama ini. Berhubung dengan kebiadaban Israel meneruskan usaha-usaha penggalian tersebut, Hizbut Tahrir Palestin telah mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan tersebut. Gambar-gambar di sekitar demonstrasi yang diadakan oleh para anggota dan penyokong Hizbut Tahrir Palestin pada 12 Februari lalu di Ramallah boleh dilayari di [http://www.hizb.org.uk/hizb/homepage.html].


Namun, di saat kebangkitan umat ini, apa yang amat menyedihkan kita ialah respon dari sebahagian kaum Muslimin itu sendiri di dalam melihat dan menangani isu ini. Terdapat beberapa kelompok yang dapat kita saksikan. Pertama, kaum Muslimin yang memandang berat akan hal ini dan mereka sentiasa berusaha untuk menghentikan tindakan jahat Yahudi ini, seterusnya berusaha untuk menghapuskan segala kebiadaban dan kezaliman Israel dan berjuang untuk mendapatkan kembali tanah yang diberkati itu ke tangan kaum Muslimin. Semoga Allah merahmati dan memberkati golongan ini.


Kedua, kelompok kaum Muslimin yang marah, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Peristiwa ini menyentuh emosi mereka setiap kali mereka melihat atau mendengarnya. Tetapi tiada apa yang mereka lakukan untuk merubah keadaan tersebut kecuali sekadar bercakap atau berbual mengenainya dengan penuh emosi. Setelah itu, mereka meneruskan kerja harian mereka mencari kesenangan dunia. Muncul lagi isu, tersentuhlah emosi mereka, apabila tiada isu, tenggelamlah segala perasaan sedih, marah dan kecewa tersebut. Inilah yang berlaku secara berulang-ulang kepada kelompok ini. Perjuangan? ..tiada di dalam kamus hidup mereka. Semoga Allah memberi kesedaran kepada kelompok ini agar menjadi pejuang Islam.


Ketiga, kelompok yang hanya menjadi penonton, melihat atau membaca apa yang berlaku tetapi tidak berbuat apa-apa. Ahh! Itu adalah masalah Palestin, bukan masalah kita. Kita sendiripun mempunyai banyak masalah lain yang perlu diselesaikan.


Keempat, kelompok yang langsung tidak peduli dengan apa yang berlaku. Mereka ini adalah golongan yang hanya sibuk dengan urusan dunia masing-masing, tanpa sedikitpun memikirkan tentang apa yang terjadi. Inilah kelompok yang dinafikan oleh Rasulullah sebagai sebahagian dari umat Islam, yang langsung tidak mempedulikan keadaan kaum Muslimin. Inilah beberapa kategori kaum Muslimin di dalam melihat tindakan biadab Israel menceroboh rumah Allah yang mulia ini, masjid yang ketiga sucinya dalam Islam.


Di atas segala kelompok itu, ada segolongan lagi yang amat mengecewakan, yakni golongan pemimpin kaum Muslimin. Golongan yang mempunyai kekuasaan dan kekuatan untuk menentang segala tindakan biadab Israel. Inilah golongan yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga darah kaum Muslimin dan rumah-rumah Allah. Sebaliknya golongan ini menjadi pengkhianat agama Allah dengan berpihak kepada musuh-musuh Allah dan berbaik dengan mereka. Sebahagian dari para pemimpin ini merayu, menagih simpati kepada PBB, khasnya Majlis Keselamatan agar bertindak mengecam Israel; mereka seolah-olah buta bahawa PBB itu adalah organisasi kufur ciptaan Barat yang bertugas menjaga kepentingan Barat dan menghapuskan umat Islam. Sebahagian yang lain hanya sekadar bersuara lemah dari belakang, mendesak dan menggesa supaya kerja-kerja penggalian tersebut dihentikan oleh Israel. Walhal jika para pemimpin umat ini bertindak menyahut seruan Allah agar memerangi musuh-musuh Allah ini, nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada mereka, sebagaimana Allah telah memberikan kemenangan kepada RasulNya dan kepada KhalifahNya. Inilah janji Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada mereka yang menegakkan agamaNya. Kemenangan itu adalah hak kaum Muslimin jika mereka menyahut seruan Allah dan RasulNya.


Atas dasar kewajiban menyatukan kaum Muslimin, Hizbut Tahrir tidak pernah putus asa menyeru setiap Muslim, samada individu, gerakan mahupun pemimpin atau pemerintah, agar mereka takut kepada Allah dan kembali kepada kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka, yang hanya dapat dicapai dengan bersatunya umat Islam itu di bawah satu pemerintahan, satu kepimpinan, satu Daulah – Khilafah Rasyidah ‘ala minhaj nubuwwah. Hizbut Tahrir cukup sedih dan terharu dengan apa-apa sahaja boleh menyebabkan umat Muhammad ini berpecah, bertelagah, bermusuh apatah lagi berperang dan membunuh satu sama lain. Hizbut Tahrir senantiasa mengingatkan bahawa musuh kita adalah golongan kuffar la’natullah yang memerangi umat Islam, bukannya sesama kita. Sekiranya kita bermusuhan di antara satu sama lain, maka kita sebenarnya telah mengikuti jejak langkah syaitan dan terjeremus ke dalam perangkap musuh-musuh kita.


Oleh yang demikian Hizbut Tahrir telah melahirkan kekesalan yang amat sangat dengan pertempuran dan pembunuhan yang berlaku di antara pergerakan Fatah dan Hamas di Palestin, tanah yang diberkati. Sebagai usaha untuk mendamaikan mereka khasnya dan seluruh kaum Muslimin amnya, Hizbut Tahrir Pusat telah mengeluarkan seruan khusus yang ditujukan kepada mereka dan disebarkan ke seluruh dunia agar mereka sedar keterlanjuran dan kesilapan mereka dan agar kaum Muslimin seluruhnya pun turut mengambil iktibar akan kandungan seruan ini. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatukan semula hati-hati kita dan memberikan kemenangan kepada kita semua. Amin ya Rabbal ‘alamin. [Nasyrah asal adalah di dalam Bahasa Arab dan ini adalah terjemahan yang telah disunting ke dalam Bahasa Melayu].


SERUAN DARI HIZBUT TAHRIR KEPADA SELURUH PENDUDUK PALESTIN KHUSUSNYA "FATAH DAN HAMAS"


Wahai penduduk Palestin, wahai para penduduk dan pembela Baitul Muqaddis... penghuni bumi Isra', kiblat pertama dari dua kiblat, dan tanah suci ketiga. Wahai cucu-cucu para penakluk, cucu-cucu al-Faruq Umar bin al-Khattab dan al-Amin Abu 'Ubaidah, Khalid dan Syurahbil!


Wahai mereka yang buminya terlahir dari darah para syuhada', janganlah dibiarkan terlepas walau sejengkal, bumi ini, bumi yang penuh dengan tinggalan darah para syuhada’ dan debu-debu kuda-kuda tunggangan para mujahid!


Wahai setiap insan yang masih memiliki mata hati, yang boleh melihat dan mendengar...Bagaimanakah kalian boleh melihat anak-anak kalian saling berperang, menumpahkan darah, membunuh sesama mereka, sementara kalian hanya mendengar dan menyaksikannya? Mereka yang dibunuh itu adalah anak-anak kalian; darah, harta dan kehormatan mereka adalah haram. Darah mereka yang suci dan tidak bersalah itu ditumpahkan dengan perbuatan jenayah yang tidak dapat dibandingkan dengan perbuatan dosa atau kejahatan apa sekalipun.


Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian; agar kalian mencegah dan menghalang serta menjauhkan anak-anak kalian daripada melakukan pertumpahan darah sesama mereka, sementara kalian, insyaAllah mampu untuk melakukannya; dan tahanlah tangan-tangan (para pemimpin) mereka yang menjerumuskan mereka ke dalam kancah pembunuhan ini sebelum mereka dijerumuskan oleh syaitan ke dalam jurang kehancuran dan kebinasaan. Sekiranya ini berlaku maka keadaan kalian adalah seperti yang di firmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:


"Betapa banyaknya umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, lalu mereka meminta tolong padahal (waktu itu) bukanlah saat untuk lari melepaskan diri.." [TMQ Shad (38):3]


Wahai para pemimpin Fatah dan Hamas!


Kalian telah melakukan perkara-perkara yang kerananya langit dan bumi pun nyaris terbelah, dan gunung pun nyaris runtuh dan hancur berselerakan. Kalian telah memimpin para pemuda kalian untuk membantu kepentingan Amerika, Eropah dan Yahudi; memimpin mereka untuk membunuh antara satu sama lain yang mempunyai satu ikatan aqidah yang sama, padahal yang sepatutnya dilakukan oleh mereka adalah membunuh setiap musuh mereka. Musuh itu kelihatan jelas di hadapan kalian dan kalian mengetahuinya. Atas apa yang kalian lakukan, musuh-musuh kalian ini tertawa dengan sombongnya....


Wahai para pemimpin! Sedarkah kalian bahawa kalian saling berbunuhan antara satu sama lain? Kalian pada hakikatnya saling berbunuhan demi kekuasaan tanpa daya dan kekuatan sedikitpun, yang pemimpinnya tidak berani bergerak kecuali dengan izin Yahudi! Jika mereka (Yahudi) melarangnya untuk bergerak, maka dia (pemimpin kalian) akan diam terpaku. Jika mereka (Yahudi) mengizinkannya bergerak, maka barulah dia bergerak. Bahkan, seandainya dia dibawa dengan kenderaan di antara kedua pejabatnya di Gaza dan Tebing Barat, keizinan Yahudi perlu diperolehi terlebih dahulu. Sekiranya keizinan tidak diperolehi, maka pemimpin ini tidak akan (berani) bergerak ke mana-mana pun!


Apakah kalian saling berbunuhan untuk pemerintahan yang pemimpinnya hanya mampu berdiam diri berjam-jam menunggu Yahudi membenarkannya melintasi Lintasan Rafah? Dia dihina sehina-hinanya, duduk di atas kerusi kepimpinannya yang lemah menunggu izin dari Yahudi untuk bergerak!


Apakah kalian saling berbunuhan untuk jawatan menteri atau anggota parlimen, di mana para menteri dan anggota parlimennya dengan mudah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dan kandang mahkamah? Apakah kedudukan-kedudukan seperti ini yang menjadi bahan rebutan membuatkan kalian layak untuk saling berbunuhan dan berperang???


Apakah kalian saling berbunuhan kerana program politik yang mengikuti pensyaratan Kuartet atau Dokumen Banduan (Prisoner’s Document)? Bukankah keduanya hanya menghadkan isu Palestin kepada tanah-tanah yang ditakluk pada tahun 1967 serta menjurus kepada isu-isu dengan agenda yang serupa? Ia hanya menyeru kepada mendirikan sebuah negara yang kecil dan lemah bersama-sama dengan negara Yahudi yang diperolehi dari penaklukan pada 1948, sedangkan ia (negara Yahudi) ini merupakan sebahagian besar dari Palestin! Bukankah kedua-duanya merupakan suatu jenayah di sisi Allah, RasulNya dan kaum Muslimin?


Apakah kalian saling berbunuhan kerana ingin mendapat pengakuan dari Yahudi atau memperoleh perdamaian selama mungkin dengan mereka? Bukankah keduanya merupakan bentuk pengakuan terhadap negara Yahudi? Bukankah perdamaian, bahkan sekadar berunding sahaja dengan negara yang seluruh entitinya dibangunkan di atas wilayah Islam yang telah diduduki dan penduduknya diusir dari sana; atau sekadar duduk sahaja dengannya, sudah dapat dikatakan sebagai mengakui dan membenarkan pendudukannya atas tanah kaum Muslimin? Negara Yahudi bukanlah negara yang berdiri atas tanah yang ia miliki. Oleh itu, gencatan senjata dengan Yahudi tidak boleh disamakan seperti gencatan senjata dengan penduduk Makkah sebelum Makkah menjadi tanah Islam. Penduduk kuffar Makkah ketika itu menduduki tanah mereka; gencatan senjata dengan mereka tidak bermakna bahawa kaum Muslimin ketika itu bersetuju atau mengiktiraf ‘penaklukan’ kaum kuffar ke atas Makkah. Ini adalah kerana ketika gencatan senjata tersebut dijalankan, Makkah bukanlah tanah Islam. Walaubagaimanapun, negara Yahudi ditubuhkan di atas tanah Islam, tanah umat Islam. Oleh itu, pengakuan terhadap negara Yahudi dan berdamai secara tetap dengannya merupakan bentuk pengakuan terhadap kesahihan pendudukan Yahudi ke atas Palestin, negeri Islam yang agung itu. Lalu, apakah pernyataan pengakuan secara nyata itu menurut syariat hukumnya berbeza dengan pernyataan pengakuan secara rasmi? Atau ia hanya sekedar permainan kata, tidak lebih dari itu? Bukankah semuanya ini merupakan jenayah yang sangat besar dosanya di sisi Allah, RasulNya dan seluruh kaum Muslimin??


Lantas, mengapakah kalian saling berbunuhan?


Hakikatnya tiada apapun yang kalian akan perolehi dari pembunuhan sesama sendiri ini. Bahkan, sekiranya benar-benar pembunuhan ini tidak membawa apa-apa nilai, kami boleh katakan – ‘Semua sia-sia belaka, tiada yang untung, tiada yang rugi’ - namun hakikatnya kalian saling berbunuhan demi kejahatan, menumpahkan darah, merosakkan tanam-tanaman dan ternakan serta menghancurkan negeri dan melenyapkan penduduknya.


Oleh itu, Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian, mengingatkan kalian untuk tidak menjerumuskan manusia ke dalam jurang kehancuran dan kebinasaan demi membantu kepentingan Amerika, Eropah dan Yahudi. Apakah kalian tidak peduli dan prihatin? Apakah kalian tidak malu kepada Allah, RasulNya serta kaum Muslimin? Apakah kalian langsung tidak merasa malu?


Siapa sahaja di antara kalian yang masih mempunyai ketakwaan, dan sisa-sisa rasa malu, maka ‘talaklah’ pemerintahan yang hina dan seluruh pentadbirannya yang gagal ini, baik pemerintahannya mahupun parlimen, dengan ‘talak tiga’. Ini adalah kerana semuanya tadi adalah pemerintahan yang dibentuk melalui perjanjian Oslo yang jijik. Pemerintahan di bawah penaklukan, tanpa kekuasaan dan kedaulatan. Berhadapanlah kalian dengan musuh kalian, Yahudi laknatullahu ‘alaihim secara langsung, agar kalian dapat mengembalikan Palestin seluruhnya ke dalam wilayah Islam sekiranya kalian masih beriman.


Adapun kalian, wahai para pemuda Fatah dan Hamas...,


Kalianlah yang layak dinasihati dan diingatkan, kerana semua kebaikan tersebut dengan izin Allah disematkan kepada kalian. Pertama sekali, kalian wajib memerangi Yahudi dan membebaskan Palestin. Atas urusan yang sangat mulia inilah, maka kalian dikumpulkan oleh para pemimpin kalian sehingga dengan alasan untuk memerangi musuh kalian inilah, mereka mampu menjadikan kalian sebagai tentera. Kalian pun memenuhi panggilan untuk tujuan yang mulia ini. Lalu, mengapa kalian kemudiannya meninggalkan tujuan tersebut? Mengapa dengan sengaja kalian mengacukan muncung senjata kalian kepada sesama saudara kalian?


"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya." [TMQ an-Nisa' (4):93]


Membunuh jiwa yang bersih dan tidak bersalah adalah amat besar dosanya di sisi Allah berbanding hilangnya dunia ini. Tepatlah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,


"Lenyapnya dunia adalah lebih kecil bagi Allah, berbanding terbunuhnya seorang Muslim.." [HR at-Tirmizi dari 'Abdullah bin 'Amr]


Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian agar tidak mentaati para pemimpin kalian untuk saling bermusuh dan berperang antara satu sama lain. Ini adalah kerana, tidak wujud ketaatan terhadap makhluk dalam perkara kemaksiatan kepada Allah `azza wa jalla. Kalian sepatutnya menghala muncung senjata kalian kepada musuh kalian iaitu Yahudi laknatullahi `alaihim. Jika para pemimpin kalian masih tetap berperang antara satu sama lain, maka tariklah tangan-tangan mereka, kerana mereka adalah pemfitnah dan pemecah-belah umat. Hentikanlah tindakan kalian yang saling memusuhi dan berbunuhan antara satu sama lain. Jika kalian berhasil melakukannya, maka kalian telah menyelamatkan diri kalian semua. Kalian juga akan menyelamatkan umat kalian dari segala malapetaka dan kehancuran. Sebaliknya, jika kalian tidak melakukannya dan dengan sengaja tetap melakukan pertumpahan darah, maka keadaan kalian adalah serupa dengan mereka yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:


"Pada hari ketika mana muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, "Alangkah baiknya, andaikata kami ta'at kepada Allah dan ta'at (pula) kepada Rasul." Dan mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta'ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)." [TMQ al-Ahzab (33):66-67]


Wahai penduduk Palestin, wahai penduduk dan pembela Baitul Muqaddis!


Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian agar kalian menarik semula tangan-tangan kalian dari keburukan ini sebelum ia bertambah parah. Kalian juga perlu berhadapan dan bersemuka dengan pemfitnah itu sebelum fitnahnya merebak dan menyerang kalian dan juga mereka. Fitnah tersebut akan menyerang pemfitnah yang zalim itu lantaran kezalimannya, dan orang yang dizalimi kerana mereka mendiamkan diri terhadap kezaliman dan fitnah tersebut. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengingatkan:


"Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kalian. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya." [TMQ al-Anfal (08):25]


Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian agar kalian bangkit menjadi satu barisan untuk mengelakkan pertumpahan darah di antara kalian dan saling berbunuhan antara satu sama lain. Fitnah ini perlu dikubur hidup-hidup sebelum akar-akarnya mencengkam dan bertapak-kukuh di muka bumi, tumbuh, berdaun dan berbuah...!!


Lantas, apakah kalian akan memenuhi seruan ini?


"(Al-Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia agar mereka diberi peringatan dengannya." [TMQ Ibrahim (14):52]


Ya Allah, saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan!

9 Muharram 1428 H (28/01/2007 M)

Hizbut Tahrir

MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB


MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB


"We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Khilafah, so we must ensure that there will never arise again unity for the Muslims, whether it be intellectual or cultural unity… The situation now is that Turkey is dead and will never rise again, because we have destroyed its spiritual strength, the Khilafah and Islam".



(Kita mesti hapuskan apa-apa sahaja yang boleh membawa kepada penyatuan di kalangan umat Islam. Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, jadi kita mesti pastikan yang umat Islam tidak akan bersatu kembali, samada secara intelektual atau kebudayaan… Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam) - [Lord Curzon, Menteri Luar British, di hadapan House of Commons setelah Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924].




Itulah kata-kata yang penuh dengan keyakinan dan keegoan si kafir laknatullah, Lord Curzon setelah mereka berjaya menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah secara rasmi, tepatnya pada 3 Mac 1924, jam 6.30 pagi. Pihak kuffar Barat benar-benar memahami bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam yang hakiki adalah di bawah Daulah Khilafah. Kerana itulah mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan segala kekuatan, tipu helah, kelicikan dan agen-agen mereka bagi menghancurkan umat Islam. Bukan setakat itu sahaja, setelah mereka berjaya dan bergembira menyaksikan kehancuran Islam, mereka tidak pernah lalai dan berhenti dari usaha mereka seterusnya untuk memastikan umat Islam tidak akan bangkit dan bersatu kembali. Tidak cukup dengan itu, mereka malah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam, merogol, membunuh, memerangi, menangkap, memenjara, menyiksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Ya, mereka telah melakukan semua itu dan mereka telah melakukannya dengan begitu mudah sekali! Kenapa? Kerana umat Islam telah kehilangan perisainya yang selama ini menjaga dan melindungi mereka – Khalifah!




Apa yang kita saksikan saban hari sejak kejatuhan Khilafah hinggalah ke hari ini adalah penderitan demi penderitaan yang tidak berkesudahan menimpa umat Islam. Kesatuan umat Islam telah berkecai dan persaudaraan mereka telah hancur. Segala ini berlaku setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di mana umat Islam mula dihadiahkan kemerdekaan oleh pihak kuffar Barat untuk menubuhkan negara bangsa (nation states). Maka dari sini, masing-masing mula berjuang untuk bangsa dan berebut-rebut bersengketa sesama sendiri untuk berkuasa dan mengekalkan kekuasaan, tanpa menghiraukan lagi apa yang terjadi kepada saudara mereka di negara lain. Yang penting, perlu bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati di negara sendiri. Bangsa lain, negara lain... itu masalah mereka, tidak ada kena mengena dengan kita. Itu masalah dalaman negara mereka dan kita tidak boleh dan tidak perlu campurtangan. Kita berkecuali. Inilah antara kata-kata yang lahir dari sebahagian umat Islam, khususnya pemimpin mereka!




Wahai kaum Muslimin! Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke setiap penjuru alam. Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa Sistem Pemerintahan Khilafah yang telah diamalkan oleh umat Islam semenjak zaman Khalifah Rasyidah hinggalah ke zaman Uthmaniyyah, telah menjaga dan melindungi umat Islam. Apa yang telah dilakukan oleh para Khulafa’ Rasyidah dan diteruskan oleh pengganti-pengganti mereka ini telah terpahat dalam sejarah dan memenuhi ribuan lembaran kitab. Walaubagaimanapun, kita perlu memahami dengan sebenar-benar pemahaman bahawa apa yang telah terpahat itu bukan sekadar sejarah, tetapi ia adalah sebuah kewajiban yang telah ditunaikan oleh para pendahulu kita, yang juga merupakan kewajiban yang sama yang diletakkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas kita untuk melakukannya. Umat Islam itu hanya akan meraih kemulian dengan mematuhi perintah dan larangan Allah. Apabila sistem pemerintahan dari Allah tidak diterapkan, sebaliknya diganti dengan diterapkan sistem kufur dari Barat, bagaimanakah kemuliaan Allah akan bersama kita?




Wahai kaum Muslimin, esok (3 Mac 2007) genaplah 83 tahun jatuhnya Khilafah, sebuah sistem pemerintahan yang selama ini telah mendatangkan kemuliaan dan rahmat buat umat Muhammad khasnya dan dunia amnya. Sempena itu, Sautun Nahdhah kali ini akan memperingatkan semula umat Islam akan kewajiban untuk menegakkannya.




MENDIRIKAN KHILAFAH ADALAH WAJIB




Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah di mana keduanya mempunyai makna yang sama. Hal ini diterangkan di dalam banyak hadis sahih yang menunjukkan persamaan makna kedua-dua lafaz ini [Syeikh Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi Fil Islam]. Perlu difahami bahawa, Khilafah itu adalah Sistem Pemerintahan Islam dan Khalifah itu adalah ketua negaranya (head of the State). Ringkasnya, ketua negara Daulah Khilafah adalah Khalifah. Juga, tidak salah jika ketua negara itu digelar Imam atau Amirul Mukminin kerana gelaran semacam ini terdapat di dalam Hadis dan Ijma’ Sahabat. Dari definisi ini, jelas bahawa Daulah Khilafah wujudnya hanya satu untuk seluruh dunia. Ini kerana nas-nas syara’ memang menunjukkan kewajiban umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara sahaja dan haram bagi umat Islam mempunyai lebih dari satu negara. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,




“Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…” [TMQ Ali-’Imran (3):103].




Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam masalah persatuan umat ini bersabda: “Barangsiapa mendatangi kalian, sedang urusan kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah), dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia” [HR Muslim].




Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Jika dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” [HR Muslim]




Selain al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ Sahabat juga turut menegaskan prinsip kesatuan umat di bawah kepemimpinan seorang Khalifah. Abu Bakar Ash Shiddiq suatu ketika pernah berkata, “Tidak halal bagi kaum Muslimin mempunyai dua pemimpin”. Perkataan ini didengar oleh para sahabat dan tidak seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, sehingga menjadi ijma’ di kalangan mereka.




Bahkan sebahagian fuqaha menggunakan Qiyas untuk menetapkan prinsip kesatuan umat. Imam Al Juwaini berkata, “Para ulama kami (mazhab Syafi’i) tidak membenarkan akad Imamah (Khilafah) untuk dua orang. Kalau ini terjadi, ini sama halnya dengan seorang wali yang menikahkan seorang perempuan dengan dua orang laki-laki” Maksudnya, Imam Juwaini mengqiyaskan keharaman adanya dua Imam bagi kaum Muslimin dengan keharaman wali menikahkan seorang perempuan dengan dua orang lelaki yang akan menjadi suaminya. [Lihat Dr. Muhammad Khair, Wahdatul Muslimin fi Asy Syari’ah Al Islamiyah]




DALIL AL-QURAN




Di dalam al-Quran memang tidak terdapat istilah ‘Daulah’ yang bererti ‘Negara’. Tetapi di dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan wajibnya umat memiliki pemerintahan/negara (ulil amri) dan wajibnya menerapkan hukum dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah,




“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kalian.” [TMQ An-Nisaa` (4):59]




Ayat di atas memerintahkan kita untuk mentaati Ulil Amri, iaitu Al Haakim (Penguasa). Perintah ini, secara dalalatul iqtidha`, bererti perintah pula untuk mengadakan atau mengangkat Ulil Amri, jika Ulil Amri itu tidak ada. Ini adalah kerana tidak mungkin Allah memerintahkan kita untuk mentaati orang yang tidak wujud. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati Ulil Amri, bererti Allah memerintahkan pula untuk mewujudkannya Oleh itu, jelas bahawa mewujudkan Ulil Amri itu adalah wajib. Tambahan lagi, adanya Ulil Amri menyebabkan terlaksananya kewajipan menegakkan hukum syara’, sedangkan mengabaikan terwujudnya Ulil Amri menyebabkan terabainya hukum syara’. Inilah apa yang berlaku sekarang di mana hukum syara’ tidak lagi diterapkan kerana tiadanya Ulil Amri di kalangan umat Islam.




Di samping itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk mengatur urusan kaum Muslimin berdasarkan hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah. Firman Allah,




“Maka putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (dengan) meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.” [TMQ Al-Ma’idah (5):48].




“Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” [TMQ Al-Ma’idah (50:49].




Dalam kaedah usul fiqh dinyatakan bahawa, perintah (khitab) Allah kepada Rasulullah juga merupakan perintah kepada umat Islam selama tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah ini hanya untuk Rasulullah. Berhubung dengan ayat di atas, tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah tersebut hanya kepada Rasulullah. Oleh kerana itu, ayat-ayat tersebut bersifat umum, iaitu berlaku juga bagi umat Islam. Dan menegakkan hukum-hukum yang diturunkan Allah tidak mempunyai makna lain kecuali menegakkan hukum dan pemerintahan, sebab dengan pemerintahan itulah hukum-hukum yang diturunkan Allah dapat diterapkan secara sempurna. Dengan demikian, ayat-ayat ini menunjukkan wajibnya ada sebuah ‘Negara’ untuk menjalankan semua hukum Islam, dan ‘Negara (Islam)’ itu adalah Negara Khilafah.




DALIL AS-SUNAH




Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah mengatakan, ‘Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’ah (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah” [HR Muslim].






Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mewajibkan adanya bai’at pada pundak setiap Muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyyah. Padahal bai’at hanya dapat diberikan kepada Khalifah, bukan kepada yang lain. Jadi hadis ini menunjukkan kewajipan mengangkat seorang Khalifah, yang dengannya dapat terwujud bai’at di pundak setiap Muslim. Sebab bai’at akan ada di pundak kaum Muslimin jika ada Khalifah/Imam yang memimpin kaum Muslimin.




Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR Muslim]




Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Dahulu Bani Israel diuruskan (dipimpin) oleh para nabi. Setiap kali wafat seorang nabi diutuslah nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi sesudahku, tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak.” Para sahabat bertanya, apa yang engkau perintahkan kepada kami (dalam keadaan itu)? Nabi menjawab, “Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja dan berilah kepada mereka hak-hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa yang mereka uruskan.” [HR Muslim]




Hadis-hadis ini merupakan pemberitahuan (ikhbar) dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa seorang Khalifah adalah laksana perisai, dan bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum Muslimin. Pernyataan Rasulullah bahawa seorang Imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya fungsi keberadaan seorang Imam, dan ini merupakan suatu tuntutan (thalab). Ini adalah kerana, setiap ikhbar yang berasal dari Allah dan Rasul-Nya, apabila mengandungi celaan (adz-dzamm) maka yang dimaksudkan adalah tuntutan untuk meninggalkan (thalab at-tarki), atau merupakan larangan (an-nahy); dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksudkan adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan (thalab al-fi’li). Dan sekiranya pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara’ atau jika ditinggalkan mengakibatkan terabainya hukum syara’, maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu bersifat pasti (fardhu). Oleh itu hadis-hadis ini menunjukkan wajibnya Khilafah, kerana tanpa Khilafah banyak hukum syara’ yang akan terabai.




Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Bila seseorang melihat sesuatu yang tidak disukai dari amirnya (pemimpinnya), maka bersabarlah kerana barangsiapa memisahkan diri dari penguasa (pemerintahan Islam/Khilafah) walau sejengkal saja, lalu ia mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.” [HR Muslim].




Hadis ini menjelaskan keharaman kaum Muslimin keluar memberontak terhadap penguasa (Khalifah). Ini bererti bahawa adanya Daulah Khilafah adalah suatu kewajiban, sebab tidak mungkin Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam begitu tegas sekali menyatakan bahawa orang yang memisahkan diri dari Khilafah akan mati jahiliyah. Maka, wujudnya pemerintahan Islam bagi kaum Muslimin statusnya adalah wajib.




Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda: “Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR Muslim].




Dalam hadis ini Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan kaum Muslimin untuk mentaati para Khalifah dan memerangi orang-orang yang merebut kekuasaan mereka. Perintah Rasulullah ini bererti perintah untuk mengangkat seorang Khalifah dan memelihara kekhilafahannya dengan cara memerangi orang-orang yang merebut kekuasaannya. Semua ini merupakan penjelasan tentang wajibnya keberadaan penguasa kaum Muslimin, iaitu Imam atau Khalifah. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak wajib, nescaya tidak mungkin Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memberikan perintah yang begitu tegas untuk memelihara eksistensinya, iaitu perintah untuk memerangi orang yang ingin merebut kekuasaan Khalifah.




DALIL IJMA’ SAHABAT




Sebagai sumber hukum Islam ketiga, Ijma’ Sahabat menunjukkan dengan sejelas-jelasnya kepada kita bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin umat Islam adalah wajib. Para sahabat telah sepakat mengangkat Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib ridhwanullah ‘alaihim, sebagai Khalifah yang memimpin dunia Islam.




Ijma’ Sahabat yang membuktikan kewajiban pengangkatan seorang Khalifah diambil dari peristiwa yang berlaku di Saqifah Bani Sai’dah di mana para sahabat dan ahlu halli wal aqdi saat itu sibuk bermesyuarat bagi mengangkat seorang Khalifah. Walaupun jenazah Rasulullah masih belum dikebumikan, tetapi keseluruhan sahabat masih sibuk berbincang soal pengangkatan Khalifah. Mereka ternyata telah menunda kewajipan menanam jenazah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan mendahulukan pengangkatan seorang Khalifah pengganti baginda. Hal ini berlaku walhal mereka mengetahui bahawa menguburkan mayat secepatnya adalah suatu tuntutan, apatah lagi jenazah itu adalah jenazah Rasulullah sendiri, namun, para sahabat tetap mendahulukan usaha-usaha untuk mengangkat Khalifah daripada menanam jenazah Rasulullah. Sedangkan sebahagian sahabat lain pula (yang tidak terlibat) turut mendiamkan hal ini dan ikut pula bersama-sama menunda kewajipan mengebumikan jenazah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Peristiwa ini terjadi di dalam rentang waktu 3 hari 2 malam, padahal mereka mampu mengingkari hal ini dan mampu menanam jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya kesepakatan (ijma’) mereka untuk mendahulukan kewajipan mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah. Hal itu tak mungkin terjadi kecuali status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah lebih wajib didahului daripada menguburkan jenazah.




Demikian pula bahawa seluruh sahabat selama hidup mereka telah bersepakat mengenai kewajipan mengangkat seorang Khalifah. Walaupun sering muncul perbezaan pendapat mengenai siapakah yang lebih layak untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namun mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya mengangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mahupun ketika pergantian masing-masing Khalifah yang empat. Oleh kerana itu Ijma’ Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat bagi kita bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin bagi seluruh kaum Muslimin adalah wajib.




DALIL DARI KAEDAH SYAR’IYYAH






Dilihat dari sudut usul fiqh, mengangkat Khalifah juga adalah wajib. Dalam usul fiqh terdapat satu kaedah syar’iyah yang disepakati para ulama, “Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu adalah wajib.” Menerapkan hukum-hukum yang berasal dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam segala aspeknya adalah wajib. Hal ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuasaan Islam yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Maka dari itu, berdasarkan kaedah syar’iyyah tadi, eksistensi Khilafah hukumnya menjadi wajib.




PENDAPAT PARA ULAMA




Seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajiban ini tertuang di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyhur. Kami telahpun mengemukakan beberapa nama beserta kitab mereka di dalam Sautun Nahdhah keluaran yang ke-100 bertajuk “Dakwah Hizbut Tahrir”. Di harap para pembaca boleh merujuk kepada keluaran tersebut atau melayari laman web kami.




KHATIMAH




Wahai kaum Muslimin! Ingin kami tegaskan sekali lagi bahawa walaupun perjuangan menegakkan Khilafah itu telah sinonim dengan Hizbut Tahrir, namun kewajiban ini adalah kewajiban kita semua. Sebuah kewajiban itu statusnya sama sahaja bagi setiap Muslim, tidak kira siapa pun dia, bangsa dan keturunan apa pun dia selama mana dia termasuk dari kalangan yang mengucap syahadah. Apa yang dikatakan kewajiban di dalam Islam adalah suatu perkara yang mesti dilakukan oleh setiap mukallaf, yang dengan melakukannya akan beroleh pahala dan meninggalkannya adalah suatu dosa. Oleh itu, tiada beza di antara kewajiban solat, puasa, zakat, mentaati ibu bapa, menuntut ilmu, berdakwah, menegakkan Khilafah dan sebagainya. Semuanya adalah kewajiban dan kita semua wajib melakukannya.




Sesungguhnya kami di Hizbut Tahrir senantiasa mengimani janji Allah Subhanahu wa Ta’ala dan membenarkan khabar gembira dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang kembalinya Khilafah ala minhaj nubuwwah untuk kedua kalinya. Kami senantiasa berusaha dan yakin akan kedatangan penyelamat umat ini seraya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar Dia memuliakan kami dengan tertegaknya Khilafah melalui tangan-tangan kami; agar kita semua dapat bernaung di bawahnya; agar kita semua dapat mengibarkan panji-panji Rasulullah di seluruh pelusuk bumi; agar cahaya Allah akan kembali menerangi alam. Insya Allah. Justeru, marilah kita bersama-sama memikul kewajiban ini wahai kaum Muslimin. Bersama-samalah dengan Hizbut Tahrir di dalam dakwahnya mengembalikan semula kemuliaan umat ini.



ALLAHU AKBAR!

 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR