ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS

BANK SPERMA : APAKAH UKURAN SENSITIVITI UMAT ISLAM?


BANK SPERMA : APAKAH UKURAN SENSITIVITI UMAT ISLAM?


Apabila isu wujudnya bank sperma di Malaysia didedahkan di dada-dada akhbar baru-baru ini, tidak ramai nampaknya yang mengambil berat walaupun sememangnya terdapat sebahagian yang agak sensitif. Meskipun tidak wujud sebuah bank khusus yang membekalkan sperma di Malaysia, namun perkhidmatan ini dikatakan ada ditawarkan di beberapa hospital swasta yang tertentu. Mungkin tidak ramai di kalangan masyarakat yang mengetahui akan kewujudan perkhidmatan ini, namun bagi mereka yang telah berkahwin dan tidak mempunyai zuriat, hal ini biasanya berada di dalam pengetahuan mereka. Bagi sesetengah golongan yang memandang serius akan isu ini, pelbagai respon telah diberikan. Antaranya adalah pihak Kementerian Kesihatan, yang telah sedar bahawa selama ini Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus tentang bank sperma ini. Mereka bercadang untuk membawa isu ini ke Parlimen. Sehubungan itu, tokoh agama dan pertubuhan berasaskan kaum mengalu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan menggubal undang-undang berhubung perkhidmatan bank sperma yang ditawarkan hospital swasta negara ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya umat Islam [BH 26/06/07].




Bank sperma sebenarnya sudah lama wujud, terutama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tetapi hanya popular di dunia sebelah sini kira-kira sedekad lalu khususnya di kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapat zuriat sendiri. Mereka boleh pergi ke bank sperma dan membelinya seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma. Malah, orang ramai boleh membelinya melalui internet dan membuat pilihan jenis air mani berdasarkan senarai profil yang disediakan. Perniagaan air mani ini berlaku di serata dunia tanpa kawalan. Dengan cuma melayari laman web, kita dapati banyak bank sperma di merata tempat dan ia menjadi satu perniagaan menguntungkan. Misalnya, bank sperma terbesar di Amerika, Cryobank, di California, dikatakan dikunjungi beribu-ribu wanita bujang untuk hamil. Ia menetapkan kadar bayaran tertentu bagi setiap spesimen air mani yang dijual selain mengenakan beberapa caj tambahan antara AS$180 hingga AS$250 (RM650 hingga RM900) bagi setiap botol air mani. The Sperm Bank of California pula mengenakan caj RM57 bagi setiap profil lengkap penderma sperma yang dikemaskinikan setiap enam bulan. Sperm Bank Directory.com menjelaskan, penderma air mani menerima bayaran antara AS$35 hingga AS$50 (RM126 hingga RM180) dari bank sperma bagi setiap spesimen. Sebuah bank sperma China di Shanghai mengiklankan laman webnya dalam internet sejak 1998 bagi mencari penderma dan dilawati berpuluh-puluh ribu orang dari serata dunia. Di Singapura, Bank Sperma National University Hospital (NUH) pula menggalakkan pendermaan air mani dengan memberi imbuhan elaun pengangkutan RM300 (S$150) [BH 27/06/07].


Mengikut laporan Berita Harian lagi, di negara ini, bank sperma sebenarnya telah wujud sejak beberapa tahun yang lalu, yang dikendalikan hospital swasta dengan menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan anak. Setakat ini, tiada peraturan khusus mengenainya dan sebab itulah cadangan Kementerian Kesihatan untuk menggubal undang-undang berhubung perkhidmatan bank sperma amat dialu-alukan. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan perkhidmatan bank sperma, setakat ini tiada peruntukan undang-undang menghalang perkhidmatan hospital swasta menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan zuriat. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, kementerian itu sedang memperincikan segala aspek berhubung perkara ini, termasuk dari perspektif agama, moral, institusi keluarga dan etika kerana isu berkenaan amat sensitif. Kebimbangan ini turut dikongsi Presiden Persatuan Perubatan Islam, Prof. Madya Dr Abdul Latiff Mohamad yang berkata, sehingga kini belum ada akta diwujudkan bagi menjelaskan kesahihan bank sperma ini kepada masyarakat sekaligus mengundang kontroversi serta kekeliruan di kalangan umat Islam [BH 25/06/07].


BANK SPERMA – BAGAIMANAKAH CARA KITA BERFIKIR?


Perkahwinan di dalam Islam merupakan suatu institusi yang mulia. Ia adalah ikatan yang menghubungkan seorang lelaki dengan seorang perempuan sebagai suami isteri. Hasil dari akad yang berlaku, kedua-dua suami dan isteri mempunyai hubungan yang sah dan kemaluan keduanya adalah halal untuk satu sama lain. Sebab itulah akad perkahwinan ini dikatakan sebagai satu akad untuk menghalalkan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan wanita, yang sebelumnya diharamkan. Namun, hubungan perkahwinan yang wujud ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seks, tetapi merupakan satu kedudukan untuk melestarikan keturunan manusia secara sah. Oleh sebab itu, mana-mana anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan yang sah adalah anak sahtaraf. Anak tersebut dikatakan mempunyai nasab yang sah dari segi hukum syara’, berbeza dengan anak zina yang tidak boleh dihubungkan dengan mana-mana nasab. Islam memandang penting akan hubungan perkahwinan atau persetubuhan sah ini kerana ia melibatkan banyak lagi hukum lain yang muncul darinya seperti nasab, aurat, harta pusaka dan sebagainya.


Kedudukan ini jauh berbeza dari cara hidup orang-orang kafir khususnya Barat yang secara umumnya memandang hubungan antara lelaki dan perempuan adalah atas dasar memenuhi kepuasan seks semata-mata. Pergaulan bebas dan cara hidup ala binatang di Barat telah menimbulkan pelbagai fenomena yang menjijikkan. Perzinaan dan anak luar nikah terjadi di mana-mana. Bersekedudukan tanpa kahwin sudah menjadi lumrah, malah jauh lebih keji dari itu, perkahwinan sama jenis dibenarkan. Hubungan seks sesama jenis (gay dan lesbian) adalah perkara biasa. Apa yang berlaku ini amat jijik sekali kerana di kandang binatang sekalipun kita tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini (binatang pun tahu memilih jantina mereka). Segala kejijikan yang berlaku di Barat ini adalah hasil dari cara berfikir mereka mengenai kehidupan yang ditentukan sendiri oleh mereka tanpa adanya campurtangan dari agama. Oleh itu, mereka bebas melakukan apa sahaja. Terdapat kes yang dilaporkan di mana pasangan lesbian yang mahu mendapatkan anak telah menggunakan perkhidmatan bank sperma untuk menunaikan hajat mereka dan perkara sebegini bukanlah satu kehairanan lagi di Barat. Kelahiran dari bank sperma itu sendiri di Barat adalah kerana adanya idea kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Bagi mereka, tidak ada apa salahnya dengan perkhidmatan yang diberikan oleh bank tersebut.


Wahai kaum Muslimin! Cara berfikir kita tidak sama dengan cara berfikir orang-orang kafir. Jika orang kafir menyelesaikan masalah dengan berfikir mengikut logik dan kebijakan akal mereka semata-mata, kita umat Islam tidak boleh berbuat demikian. Di dalam Islam, jika ada apa-apa masalah atau persengketaan, maka penyelesaiannya hendaklah dikembalikan kepada Allah dan Rasul, bukan dikembalikan kepada akal. Akal hanya diguna untuk memahami hukum Allah dan Rasul, bukan untuk membuat hukum baru atau merubah hukum. Perbezaan di antara cara berfikir kafir dengan cara berfikir Islam amat jelas sekali. Standard/Ukuran kita di dalam menilai sesuatu perkara (yang akan dilakukan) adalah halal dan haram, yakni apakah perkara itu dibenarkan oleh Allah atau ditegahNya. Jika ia halal, maka kita bolehlah melakukannya, manakala jika ia haram, maka kita akan meninggalkannya. Soal halal dan haram bukannya bergantung kepada penentuan akal manusia atau persoalan samada ia mendatangkan manfaat atau tidak. Ia adalah hak Allah semata-mata dan kita hanya diperintah untuk mematuhi apa yang Allah telah tetapkan.


Justeru, di dalam menjawab persoalan tentang bank sperma, maka wajib bagi kita untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dan mengistinbat hukum dari keduanya. Tugas kita bukan untuk menggubal undang-undang atau mencadangkan untuk digubal undang-undang berkenaan perkara ini, tetapi memahami ayat-ayat Allah tentangnya, seterusnya menetapkan hukumnya di dalam Islam. Inilah cara berfikir Islam. Jika mengikut akal manusia, maka segala aspek perlu dibincangkan seperti soal manfaat, moral, kekeluargaan, etika, kesan sosial dan sebagainya. Jika cara berfikir kufur-sekular digunakan, maka perkara ini sudah tentu perlu dibawa berbincang ke Parlimen dan digubal undang-undang tentangnya, seterusnya dibahaskan mengikut akal manusia samada bermanfaat atau tidak, kemudian diluluskan setelah majoriti manusia bersetuju mengenainya. Walhal menurut Islam (berdasarkan nas, bukan akal) jika suatu perkara itu haram, maka semua perkara lain tidak lagi menjadi ukuran, samada bertentangan atau sesuai dengan etika, bermanfaat atau tidak dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan adalah meninggalkan keharaman tersebut dan sekiranya ia tetap dilakukan, maka hukuman (sesuai dengan Islam) wajib dijatuhkan ke atas pelakunya.


Inilah yang sepatutnya menjadi tolok ukur dan sensitiviti umat Islam yakni halal dan haram, bukannya ukuran lain. Umat Islam begitu sensitif jika di dalam makanan mereka terdapat unsur-unsur yang haram seperti lemak babi, alkohol, najis dan sebagainya. Umat Islam tidak akan memakan babi mahupun apa-apa makanan (yang halal) jika bekas tersebut sebelumnya digunakan untuk memakan babi. Begitu juga umat Islam tidak akan minum (walaupun air sejuk) di dalam cawan yang sebelumnya diisi dengan arak. Begitulah sensitif dan jijiknya umat Islam kepada benda-benda haram ini. Kenapa? Kerana yang menjadi ukuran umat Islam adalah halal dan haram! Dan ini adalah ukuran yang benar bagi setiap orang Muslim.


Malangnya, umat Islam hanya memilih perkara-perkara tertentu sahaja di dalam penentuan halal dan haram ini. Umat Islam tidak pernah merasa haram atau jijiknya riba, walaupun ia jelas-jelas haram. Umat Islam tidak pernah sensitif bahawa tidak menutup aurat itu haram, malah seorang perempuan yang tidak bertudung sekalipun tidak akan sanggup memakan babi kerana keharamannya, seolah-olah lupa bahawa perbuatannya yang tidak bertudung juga adalah satu keharaman. Umat Islam juga terlalu ta’sub menonton perlawanan bola sepak dan tidak pernah sensitif bahawa para pemain yang memakai seluar pendek itu adalah satu keharaman. Umat Islam juga tidak pernah merasa haram dan jijiknya berhukum dengan hukum kufur yang ada sekarang, sebagaimana haram dan jijiknya babi untuk dimakan. Umat Islam masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan sistem kufur yang menyelubungi mereka seolah-olah ini bukan satu keharaman. Inilah realiti sebahagian dari umat Islam yang hanya sensitif dan tidak sanggup melakukan keharaman pada perkara-perkara tertentu yang dipilihnya sahaja, walhal keharaman lain yang lebih besar dan jelas terpampang di depan mata dibiarkan.


HUKUM SYARA’ TENTANG BAYI TABUNG UJI


Di dalam menjawab persoalan tentang bank sperma ini, maka, sebagaimana dijelaskan, tidak boleh tidak kita wajiblah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Kita telah mengetahui realiti (waqi’) berkenaan bank sperma di mana ia adalah satu tempat untuk menyimpan sperma lelaki dan mana-mana wanita yang inginkan sperma tersebut (inginkan kehamilan), maka mereka boleh berbuat demikian dengan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak bank sperma. Terdapat dua hukum yang perlu difahami di sini, pertama, hukum kewujudan bank sperma itu sendiri dan kedua, hukum menggunakan khidmat bank tersebut yakni mendapatkan sperma lelaki untuk disenyawakan dengan sel telur perempuan bagi mewujudkan satu kehamilan.


Insya Allah kami akan membahaskan hukum yang kedua terlebih dahulu kerana inilah yang menjadi tujuan wujudnya bank sperma tersebut, iaitu untuk membolehkan mana-mana perempuan atau pasangan suami isteri yang tidak subur untuk mendapatkan anak. Proses ini bermula dengan individu tertentu pergi ke bank sperma ini untuk membuat pilihan sperma yang mereka kehendaki. Kemudian setelah membeli sperma pilihannya, maka si pembeli (atau perempuan) tadi akan mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan sel telur (ovum) nya untuk disenyawakan dengan sel sperma tersebut. Proses persenyawaan akan dilakukan dengan mencantumkan sel sperma tersebut dengan sel telur perempuan di luar rahim iaitu di dalam sebuah tabung uji (test tube). Kemudian telur yang telah disenyawakan itu akan dimasukkan ke dalam rahim perempuan/isteri yang berkenaan supaya proses kehamilan berlaku secara semulajadi.


Sesungguhnya teknik bayi tabung uji (test tube baby) ini telah dipraktikkan sejak sekian lama. Ia biasanya dilakukan oleh pasangan suami-isteri yang gagal mendapatkan anak melalui hubungan seks (sexual intercourse) biasa. Bagi pasangan yang gagal mendapatkan anak, samada kelemahan dari pihak isteri atau suami, maka persenyawaan di luar rahim ini dilakukan sebagai satu salah usaha agar si isteri boleh tetap hamil seperti perempuan-perempuan yang normal dan dapat melahirkan zuriat dengan cara yang semulajadi. Sebenarnya terdapat beberapa sebab kenapa seseorang isteri tidak mengandung setelah melakukan persetubuhan dengan suaminya. Antara lain adalah kerana sperma suami tidak boleh sampai ke rahim isteri semasa air mani dipancutkan. Justeru, proses persenyawaan tidak berlaku secara tabi’i kerana gagalnya sperma sampai ke rahim. Oleh itu, proses persenyawaan di luar rahim (dengan cara tabung uji) antara sel sperma suami dengan sel telur (ovum) isteri merupakan satu usaha perubatan untuk mencantumkan atau memastikan bergabungnya sel sperma suami dengan sel telur isteri. Setelah proses percantuman/persenyawaan dilakukan di luar rahim, maka sel telur yang telah disenyawakan tadi akan dimasukkan ke dalam rahim isteri dengan suatu cara tertentu sehingga terjadilah proses kehamilan secara semulajadi di dalamnya.


Pada kebiasaannya, persenyawaan yang semulajadi akan terjadi di dalam rahim melalui cara yang semulajadi juga (hubungan seksual), sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkan Allah untuk manusia. Akan tetapi persenyawaan semulajadi ini kadang-kadang sukar untuk berlaku, misalnya kerana rosak atau tertutupnya saluran fallopio (fallopian tube) yang membawa sel telur ke rahim, serta tidak dapat diatasi dengan cara membukanya atau mengubatinya; atau kerana sel sperma suami lemah dan tidak mampu menjangkau rahim isteri untuk bertemu dengan sel telur, serta tidak dapat diubati dengan cara memperkuat sel sperma tersebut, atau mengusahakan sampainya sel sperma tersebut ke rahim isteri agar bertemu dengan sel telur di sana. Semua ini akan meniadakan kehamilan dan kelahiran dan menghalang suami-isteri untuk mendapat atau memperbanyakkan anak.


Kesulitan tersebut dapat diatasi dengan satu usaha perubatan agar persenyawaan (antara sel sperma suami dengan sel telur isteri) terjadi di luar dari tempat semulajadinya. Walaupun ia berlaku bukan di tempat tabi’inya, tetapi proses tersebut dijalankan di dalam satu wadah yang mempunyai keadaan mirip dengan keadaan semulajadi rahim, lalu sel telur yang telah disenyawakan (zigot) itu diletakkan pada tempatnya yang semulajadi, yakni rahim isteri. Dengan demikian kehamilan secara semulajadi diharapkan dapat terjadi dan selanjutnya bayi akan dapat dilahirkan secara semulajadi. Justeru, adalah jelas bahawa proses ini merupakan usaha perubatan untuk mengatasi kesulitan yang ada. Jadi, menurut syara’ hukum bagi perbuatan ini adalah sama sahaja dengan hukum perubatan iaitu diperbolehkan (mubah/ja’iz). Ini adalah kerana usaha tersebut hanyalah salah satu usaha untuk mewujudkan apa yang disunatkan oleh Islam, iaitu kelahiran dan memperbanyakkan anak, yang merupakan salah satu dari tujuan dasar dari suatu pernikahan. Diriwayatkan dari Anas ra. bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Nikahilah kalian dengan perempuan yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya aku akan berbangga di hadapan para Nabi dengan banyaknya jumlah kalian pada hari Kiamat nanti” [HR Ahmad]. Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Nikahilah kalian dengan wanita-wanita yang subur kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan (banyaknya) kalian pada hari Kiamat nanti” [HR Ahmad].


Dengan demikian, jika usaha untuk menghasilkan persenyawaan dan kelahiran semulajadi telah dilakukan (oleh pasangan suami isteri) dan ternyata tidak berhasil, maka diperbolehkan untuk mengusahakan terjadinya persenyawaan di luar dari tempat tabi’inya, dengan syarat ovum isteri yang telah disenyawakan dengan sel sperma suami dikembalikan ke tempat asalnya (rahim isteri) agar terjadi proses kehamilan yang normal. Jelas bahawa proses ini dibolehkan oleh Islam kerana ini adalah salah satu bentuk perubatan dan berubat hukumnya sunat (mandub). Di samping itu, proses tersebut dapat mewujudkan apa yang disunatkan oleh Islam, iaitu terjadinya kelahiran dan perbanyakan zuriat. Pada dasarnya usaha untuk mewujudkan proses persenyawaan secara tidak tabi’i ini hendaklah tidak dijalankan kecuali setelah tidak mungkin lagi mengusahakan terjadinya persenyawaan secara tabi’i di dalam rahim isteri, antara sel sperma suami dan sel telur isteri.


Perlu diperhatikan bahawa dalam proses persenyawaan di dalam tabung uji untuk menghasilkan kelahiran tersebut, disyaratkan sel sperma tersebut mestilah milik suami dan sel telur mestilah milik isteri. Dan sel telur isteri yang telah disenyawakan di dalam tabung uji mestilah diletakkan kembali ke dalam rahim isteri. Haram hukumnya jika sel telur isteri yang telah disenyawakan di letakkan ke dalam rahim perempuan lain, iaitu satu keadaan yang dipanggil sebagai ‘ibu tumpang’ (surrogate mother). Begitu pula haram hukumnya bila proses dalam persenyawaan di luar rahim tersebut dilakukan antara sel sperma suami dengan sel telur yang bukan isterinya, meskipun ovum yang telah disenyawakan itu diletakkan di dalam rahim isteri. Demikian pula haram hukumnya bila proses persenyawaan tersebut terjadi antara sel sperma bukan suami dengan sel telur isteri, meskipun ovum yang telah disenyawakan itu nantinya akan diletakkan ke dalam rahim isteri. Ketiga bentuk proses di atas tidak dibenarkan oleh hukum Islam kerana ia akan menimbulkan pencampuradukan dan penghilangan nasab, yang telah diharamkan oleh Islam. Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa dia telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda ketika turun ayat li’an:


“Siapa sahaja perempuan yang memasukkan suatu kaum, nasab (seseorang) yang bukan dari kalangan kaum itu, maka dia tidak akan mendapat apapun dari Allah dan Allah tidak akan pernah memasukkannya ke dalam syurga. Dan siapa sahaja lelaki yang mengingkari anaknya sendiri padahal dia melihat (kemiripan)nya, maka Allah akan tertutup darinya dan Allah akan menceritakan perbuatannya itu di hadapan orang-orang yang terdahulu dan kemudian (pada hari Kiamat)” [HR Ad Darimi]. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Siapa sahaja yang menghubungkan nasab kepada orang yang bukan ayahnya, atau (seorang hamba) bertuan (taat) kepada selain tuannya, maka dia akan mendapat la’nat dari Allah, para malaikat dan seluruh manusia” [HR Ibnu Majah].


Ketiga bentuk proses di atas mirip dengan kehamilan dan kelahiran melalui perzinaan, namun, di dalam prosesnya tidak terjadi kemasukan penis ke dalam vagina. Oleh kerana itu, lelaki dan perempuan yang menjalani proses tersebut tidak dijatuhi hukuman (had) zina, akan tetapi dijatuhi hukuman ta’zir, yang besar kecilnya diserahkan kepada qadhi. Kita tidak boleh menyamakan kesalahan ini dengan kesalahan zina kerana faktanya memang berbeza. Zina adalah masuknya zakar lelaki ke dalam faraj perempuan yang tidak sah baginya secara suka sama suka. Manakala di dalam proses ini, hal yang sedemikian tidak terjadi. Tambahan lagi, saksi bagi kes zina adalah empat orang lelaki yang adil yang menyaksikan kejadian tersebut dengan jelas ibarat timba masuk ke dalam perigi. Di dalam kes persenyawaan sel ini, keperluan empat saksi tidak terpakai. Walaupun tidak sama dengan zina, tetapi ketiga bentuk proses di atas tetap merupakan satu kesalahan dan dosa dan wajib dijatuhkan hukuman ta’zir kepada pelakunya.


Seterusnya dari segi hukum kewujudan bank sperma itu sendiri, maka hal ini tidaklah dengan sendirinya menjadi satu keharaman, selama mana bank tersebut mematuhi hukum syara’ dari segi operasinya. Ini kerana dari segi hukum, boleh sahaja mana-mana suami menyimpan air mani mereka di dalam bank ini untuk disenyawakan dengan sel telur isterinya apabila keadaan memerlukan (sebagaimana perbincangan di atas). Namun begitu, sperma itu mestilah dihapuskan sebaik sahaja si suami telah meninggal. Sperma tersebut juga mesti dihapuskan jika telah berlaku perceraian (talaq ba’in) di antara suami isteri. Di dalam kedua-dua kes ini (kematian suami dan talaq ba’in), jika (bekas) isteri tetap melakukan proses persenyawaan dan memasukkan sel yang telah disenyawakan itu ke dalam rahimnya, maka dia (termasuk doktor yang mengetahui dan membantu) telah melakukan keharaman dan wajib dikenakan ta’zir. Oleh kerana hal ini (kewujudan bank sperma) adalah satu perbincangan yang menyentuh dasar negara, maka samada ingin mewujudkan atau tidak bank sperma, ini adalah termasuk bidangkuasa Khalifah sebagai Ketua Negara untuk memutuskannya. Oleh kerana kewujudannya adalah mubah, maka boleh saja bagi Khalifah memilih samada untuk mewujudkannya atau tidak. Jika ia tidak diwujudkan sekalipun, bukanlah bermakna Khalifah itu menghalang kewujudan proses bayi tabung uji, cuma yang tidak diwujudkan adalah bank sperma, bukannya proses perubatan melalui bayi tabung uji.


KESIMPULAN


Wahai kaum Muslimin! Ingatlah bahawa kita perlu mengambil berat tentang apa yang terjadi di sekeliling kita dan tolok ukur yang wajib kita gunakan adalah halal dan haram. Jangan pula kita hanya sensitif dan benar-benar mengakui keharaman babi, tetapi langsung tidak sensitif dan mengakui keharaman sistem sekular yang ada sekarang. Janganlah kita hanya sensitif dengan bank sperma, tetapi langsung tidak sensitif dengan bank-bank riba yang ada sekarang yang keharamannya jelas lagi nyata. Kita tidak boleh memilih halal dan haram tertentu sahaja untuk diamalkan dengan tidak memperdulikan banyak lagi keharaman lain. Kembalilah kepada halal dan haram sebagaimana yang Allah perintahkan dan janganlah sekali-kali membuat pilihan mengikut kehendak sendiri. Hanya Allah sahajalah satu-satunya Zat yang menentukan halal dan haram dan kita tidak ada pilihan kecuali untuk melakukan segala yang halal dan meninggalkan segala yang haram. Inilah cara berfikir dan beramal yang wajib ada pada umat Islam. Wallahu a’lam.

MENGUNGKAP KRISIS PEMILIHAN PRESIDEN TURKI

MENGUNGKAP KRISIS PEMILIHAN PRESIDEN TURKI



Abdullah Gul, rakan baik Perdana Menteri Turki ketika ini, Recep Tayyip Erdogan merupakan calon tunggal dalam pilihan raya Presiden Turki. Namun, pemilihannya mencetuskan krisis politik di Turki. Ini adalah kerana, walaupun Gul dilihat orang yang dapat membantu Turki menyertai EU, dia yang juga dilihat sebagai seorang yang berpewatakan Islam, dikatakan boleh mendatangkan ancaman kepada pihak sekular. Pihak sekular di Istanbul berpandangan bahawa sekiranya Gul dilantik, dia akan menggunakan kuasa istimewa Presiden untuk menggubal perlembagaan sekular yang sedang diterapkan ketika ini.

Ia adalah antara sebab mengapa pencalonannya gagal mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen. Kebanyakkan ahli parlimen yang pro-sekular tidak hadir ketika pengundian untuk mengesahkan pencalonannya diadakan. Walaupun Abdullah Gul telah berulang-kali menjelaskan bahawa beliau akan tetap setia dengan perlembagaan yang sedia ada, ianya masih gagal memancing para ahli parlimen pro-sekular untuk hadir memberikan sokongan pencalonan kepadanya. Ini menyebabkan Abdullah Gul semakin hilang sabar dan berikrar akan menarik diri daripada pencalonan tersebut.

Sikap yang ditunjukkan oleh ahli parlimen pro-sekular itu menunjukkan bahawa pengaruh sekular masih bertapak dengan kuat di Turki. Mereka-mereka ini adalah talibarut barat yang menjadi kesinambungan daripada proses pensekularisasi sejak zaman pemerintahan Mustafa Kamal Attaturk. Sejak keruntuhan Daulah Islamiyyah pada 3hb Mac 1924, Mustafa Kamal terus menjalankan usaha untuk memastikan agar Islam tidak akan bangkit. Sebelum memberikan kemerdekaan, barat telah menyusun struktur negara Turki dan negara kaum muslimin lainnya agar dapat menghalang sebarang usaha untuk mengembalikan Islam ke dalam kehidupan.

TENTERA TURKI PELINDUNG PERLEMBAGAAN SEKULAR

Turki moden adalah sebuah negara sekular yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Attaturk Laknatullah pada tahun 1924 setelah berjaya meruntuhkan Khilafah Islamiyyah pada 3hb Mac 1924 dengan bantuan penuh daripada British. Mustafa Kamal, yang juga bekas salah seorang jeneral tentera Turki sentiasa menggunakan kekuatan tentera di bawah pimpinannya di dalam usaha untuk meruntuhkan Khilafah Islamiyyah. Semua tokoh ulama yang menentang ketika itu telah dibunuh dengan senyap di malam hari dan ada yang hilang begitu sahaja. Ini menyebabkan para penentangnya tidak lagi berani untuk bersemuka secara terang-terangan dengannya. Sejak itu, tentera Turki telah dipersiapkan untuk menjadi pelindung kepada perlembagaan sekular. Perlembagaan sekular yang diasaskan itu wujud sehingga ke hari ini dan ianya dilindungi sepenuhnya oleh tentera. Kerana itulah, jika wujud sebarang ancaman ke atas perlembagaan, maka campurtangan tentera pasti akan berlaku.

Contohnya pada tahun 28 Februari 1997, Kerajaan Turki pimpinan Parti Refah yang berhaluan Islam dan dipimpin oleh Necmetin Erbakan telah digulingkan oleh Pihak tentera hingga satu keputusan telah dikeluarkan oleh Mahkamah Perlembagaan yang membubarkan Parti Refah dan melarang Erbakan daripada melakukan sebarang aktiviti politik. Ini disebabkan pengaruh Parti Refah semakin kuat dan dikatakan mula memberi ancaman kepada perlembagaan sekular.
Dalam meneliti tentang aspek sekular negara Turki, beberapa perkara bersabit dengannya perlu diteliti. Pertamanya, mengenai perlembagaan negara tersebut. Malahan, dalam perlembagaan Turki yang digubal sejak tahun 1924, Islam tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam apa juga keadaan atau pendekatan. Adalah menjadi satu kesalahan besar di Turki jika ada mana-mana pihak menggunakan slogan Islam dalam apa jua aspek kehidupan di Turki.

Keduanya, ialah tentera dan Majlis Keselamatan Negara di Turki yang mempunyai pegangan sekular yang kuat. Kedua-dua institusi ini menganggap apa jua yang berunsur Islam sebagai musuh negara. Walaupun Turki mengamalkan demokrasi ala-barat yang kononnya mewakili aspirasi rakyat, namun pemilihan melalui pilihan raya umum tidak bebas sepenuhnya kerana wujud dua institusi ini yang kuat mempertahankan sistem sekular iaitu pihak tentera dan birokrasi seperti Majlis Keselamatan Negara. Kedua-dua institusi ini bertindak menghalang kebangkitan pihak berhaluan Islam semata-mata bagi melindungi dasar sekular negara.

AKP SEBAGAI PARTI MEMERINTAH

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) sebenarnya adalah lanjutan daripada Parti Refah yang telah dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan sebelum ini. Pengalaman lampau menyebabkan Erdogan telah merubah strategi dan tidak lagi mendukung politik pro-Islam secara berterus terang yang menyebabkan pertembungan dengan pihak sekular. Pengharaman Parti Refah dan rampasan kuasa tiga kerajaan awam sebelum ini dan pengalaman dipenjarakan sebelumnya menyebabkan Erdogan lebih bersikap lunak dalam menghadapi pihak pr-sekular. Parti AKP pimpinannya kini pro kepada EU. Hasilnya, ia telah berjaya memenangi pilihanraya Turki pada tahun 2002.

Kemenangan tersebut tidak boleh dianggap sebagai kemenangan Islam, ini adalah kerana, walaupun Erdogan dilihat sebagai berpewatakan Islam, dia sebenarnya mudah tunduk kepada tekanan sehingga sanggup mengadaikan prinsip-prinsip Islam. Kenyataannya baru-baru ini yang mengakui bahawa dia seorang sekular dan akan mempertahankannya amat jelas menunjukkan siapakah sebenarnya Erdogan. Bahkan dia menyokong para penunjuk perasaan yang rata-rata membawa sepanduk berbunyi ; “No to a military coup, no to Sharia (Islamic) law” atau yang bermaksud ; “Tidak kepada Rampasan Kuasa, Tidak kepada Syariah” sambil mengatakan bahawa dia beserta mereka. [15/5/2007, Reuters].

Kemenangan Erdogan dan AKP di dalam pilihanraya sebelumnya adalah amat jelas disebabkan mereka sanggup menggadaikan prinsip-prinsip Islam. Mereka rela bersikap toleransi dan lunak dengan fahaman-fahaman yang ada di dalam perlembagaan Turki. Tidak ada gunanya AKP memenangi 60% daripada kerusi Parlimen jika jiwa pemimpin-pemimpin mereka kosong dengan sunnah perjuangan Rasulullah SAW untuk menegakkan kembali Daulah Islam yang runtuh. Walaupun sikap dan prinsip Erdogan dan AKP mungkin tidak sama, tetapi cara yang mereka tempuhi, iaitu bersikap lunak dengan para penyokong dan rela bersikap toleransi untuk memenangi sesuatu pilihanraya adalah sama seperti kebanyakkan parti Islam lain yang ada di negara-negara kaum muslimin yang menggunakan demokrasi sebagai tareqah untuk menegakkan semula Daulah Islam.

Daripada mereka terus menggadaikan prinsip-prinsip Islam, adalah lebih baik Erdogan dan AKP mengundurkan diri daripada daripada terus mengotori kemuliaan Islam dengan slogan-slogan sekularisme mereka. Perarakan 700,000 orang penunjuk perasaan pro-sekular kemudiannya harus diambil sebagai isyarat yang jelas untuk mereka memikirkan semula hala tuju politik sebenar yang harus ditempuh. Jika tuntutan untuk mengadakan piliharaya awal dipenuhi, seharusnya AKP berusaha untuk mengembalikan Islam ke dalam kehidupan dan melaungkan slogan ke arah penerapan Syariat Islam. Jika tidak, lebih baik usah bertanding.

HALANGAN KEBANGKITAN ISLAM

Krisis politik di Turki yang berlaku ketika ini jelasnya berkisar kepada kelompok sekular mempertahankan perlembagaan sekular yang ada. Ia pada asasnya, mirip seperti mana di negara kaum muslimin yang lain. Tatkala kebangkitan jelas dapat dilihat di mana-mana, tetap akan ada halangan-halangan yang dibina oleh barat bersama-sama dengan kelompok pro-sekular untuk menghalang penegakkan semula Daulah Islam. Mereka menyedari bahawa, tanpa sebuah negara, kebangkitan Islam tidak akan ke mana-mana. Kerana itulah mereka telah menyediakan dua halangan yang utama;

1. HALANGAN PEMIKIRAN

Kewujudan pemikiran-pemikiran barat dan pencerobohannya ke dalam dunia Islam telah berjaya menghasilkan para intelektual muslim yang berfikir mengikut acuan barat. Para intelektual muslim ini menjadi kaki tangan barat yang amat berkesan di dalam membentuk acuan pemikiran masyarakat khususnya umat Islam. Mereka memasuki universiti-universiti awam dan sekolah-sekolah yang ada di dalam masyarakat dan menyebarkan acuan berfikir ala-barat. Para pelajar dan remaja kemudiannya membentuk satu generasi yang berfikir mengikut acuan barat. Sekularisme menjadi asas kehidupan mereka. Tidak ada ruh Islam di dalam kehidupan seharian mereka. Islam hanya wujud di masjid-masjid dan di dalam kelas-kelas agama. Mereka menganggap jika Islam dibawa ke dalam kehidupan, ia akan menyebabkan kejumudan dan kebekuan. Mereka juga menganggap penerapan Islam yang sebenar akan menghalang kemajuan negara. Pada mereka, Islam yang perlu diterapkan adalah Islam yang bersifat progresif dan moderat. Lalu mereka melabelkan Islam dengan pelbagai nama dan istilah. Ini disertakan dengan propaganda yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam dan disokong pula oleh ulama-ulama murahan. Padahal, isinya adalah idea kekufuran yang ditampel dengan label Islam.

2. HALANGAN PEMERINTAHAN

Penerapan sistem pemerintahan yang berasaskan demokrasi dan sistem kapitalis ke atas seluruh negeri kaum muslimin telah menyebabkan mereka terkongkong di dalam lingkungan garis sempadan geografi dan nasionalisme. Ini telah menyebabkan kaum muslimin terasing di antara satu sama lain. Mereka tidak dapat bersatu kerana halangan yang diwujudkan oleh bekas-bekas penjajah barat sebelum mereka memberikan kemerdekaan. Lalu dilantiklah para penguasa yang penakut dan bacul yang tunduk dengan kehendak barat. Melalui para penguasa yang juga menguasai pasukan polis dan tentera, mereka menggunakan prinsip ’diktatorian’ di dalam menangkis sebarang usaha yang boleh mengancam perlembagaan sekular yang digubal bersama-sama dengan bekas penjajah mereka. Perlembagaan sekular ini juga dihias agar kelihatan gah dan seolah-olah menjadi pelindung kepada hak kaum muslimin. Pemikiran kaum muslimin lalu disempitkan dengan hanya melihat perlembagaan sekular ini sebagai jalan penyelesaian di dalam hal-hal yang menyangkut masalah kehidupan seperti isu murtad, ajaran sesat dan sebagainya. Padahal ianya telah memesongkan pemikiran kaum muslimin lebih jauh daripada Islam. Pada masa yang sama, maksiat dan kedurjanaan yang berlaku di kalangan kaum muslimin terus bertambah. Justeru, yang menjadi isu bukannya memperbetulkan perlembagaan sekular, tetapi menukarnya terus dengan sistem pemerintahan Islam.
Sumber : mykhilafah.com

MUSLIHAT US TERHADAP PROGRAM NUKLEAR IRAN

MUSLIHAT US TERHADAP PROGRAM NUKLEAR IRAN



Krisis nuklear Iran telah menjadi isu yang berulang-ulang, perundingan demi perundingan telah dilakukan. Beberapa sekatan telah pun dikenakan. Beberapa resolusi telah pun dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan PBB dan setiap kali itulah Iran tidak mengendahkannya. Tidak lama lagi, satu lagi resolusi akan dikeluarkan oleh PBB dan pastinya perkara yang sama akan berulang.Sejarah pembinaan teknologi nuklear Iran telah bermula sejak tahun 70-an lagi. Tetapi ianya telah ditamatkan ketika Iran di bawah pemerintahan Khomeini pada tahun 1979. Kemudian, pemimpin Iran, Rafsanjani telah menghidupkan semula program nuklear dalam tahun 1995 dan ianya diteruskan semasa period reformasi (1997 – 2005). Ia tidak mendapat perhatian US atau sekutu-sekutunya pada ketika itu. Hanya selepas pencerobohan Iraq, anggota pembangkang dalam buangan mengumumkan bahawa Iran sedang menjalankan program nuklear yang 'yang merbahaya' secara rahsia dan menyembunyikan ia daripada pengetahuan pemeriksa-pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Berdasarkan ini, Ketua IAEA, Mohammad el Baradei, telah menyediakan satu laporan dan membentangkannya kepada IAEA.

Ketika inilah krisis nuklear Iran memperoleh momentum dan bermulalah pusingan give-and-take dalam dialog dengan EU yang terdiri daripada Jerman, Perancis dan Britain. Ia kemudian diikuti dengan suatu protokol yang ditandatangani pada 25 Oktober 2003 ketika pemerintahan Iran di bawah kepimpinan Khatemi dan dikenali sebagai 'Protokol Tambahan' (Additional Protocol) yang membenarkan IAEA menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan mengejut. Ia bermatlamat untuk mengelakkan pertuduhan terhadap Iran dan ia menutup persoalan sensitif daripada pemeriksa-pemerisa semasa pemeriksaan rutin dan berjadual.Namun, di sebalik protokol yang telah ditandatangani, Iran merasakan dirinya telah ditekan dan ia pun meneruskan proses pengayaan Uranium hingga ini menimbulkan kemarahan EU. Ini telah memaksa Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan Resolusi 1737 dan Resolusi 1747 dengan tujuan untuk menghalang Iran daripada memajukan teknologi nuklearnya dengan alasan keselamatan.

Padahal, semua negara-negara yang menyokong Resolusi tersebut merupakan negara-negara yang mempunyai persenjataan nuklear. Yang mana US sendiri merupakan negara pertama yang melakukan kemusnahan besar-besaran dengan menggunakan senjata nuklear pada Perang Dunia Kedua.

Isu Nuklear Dieksploitasi

Pada ketika ini, Amerika berulang kali mendakwa Iran sedang memajukan teknologi nuklear untuk tujuan ketenteraan dan ini dibantah oleh Iran. Inilah pertuduhan-pertuduhan Amerika yang kononnya ia takut program nuklear Iran sedang menuju kepada penggunaan ketenteraan!

Semua ini menunjukkan Amerika berazam untuk melihat konflik ini terus hidup dan tanpa penyelesaian dengan itu ia boleh mengeksploitasikan situasi ini untuk menyelamatkan kepentingannya seperti berikut:

1. Bagi mengekslpoitasikan isu konflik nuklear supaya dapat ditanam perasaan takut terhadap Negara-Negara Teluk. Ini akan membolehkan Amerika mengekalkan pangkalan-pangkalannya manakala kapal-kapal pemusnahnya dapat bergerak aktif di Teluk dengan bermatlamat untk melindungi Negara-Negara Teluk daripada ancaman Iran. Walhal matlamat sebenar ialah agar dapat sentiasa mengawal kawasan teluk yang mempunyai sumber minyaknya yang banyak dan justeru memastikan aktiviti industrinya berjalan dengan baik. Telah dibuktikan sumber petroleum di kawasan ini adalah sekitar 357, 000 juta tong minyak mentah! Sementara potensi simpanan minyaknya adalah lebih jauh daripada yang dijangkakan. Sumber daripada pakar menyebut bahawa bekalan minyak Arab Saudi sahaja adalah sekitar 160, 000 juta tong yang mana ianya cukup untuk menampung permintaan sekurang-kurangnya bagi 50 tahun akan datang pada kadar penghasilan yang tertinggi saat ini iaitu lebih kurang 13 juta tong sehari! Dikatakan tiga pengeluar terbesar di kawasan teluk iaitu Arab Saudi, Iran dan Iraq, dan apabila kita menambah lagi Kuwait dan Negara-Negara Teluk lain,tidak dapat diragukan lagi ia membentuk suatu saluran penting industri dan kewangan dunia seluruhnya. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila negara-negara besar barat berlumba-lumba antara satu sama lain dan syarikat-syarikat minyak mereka berkerumun di kawasan itu demi kerana sumber tenaga yang sangat besar.

2. Bagi membina perisai pertahanan nuklear di Eropah Timur (Poland dan Republik Czech) betul-betul di sebelah Rusia yang mempunyai peluru balistik yang mampu menjangkaui Amerika. AS telahpun megumumkan bahawa ia hendak melebarkan perisai pertahanannya bertujuan pada apa yang dikatakan untuk berwaspada terhadap potensi peluru-peluru yang merbahaya daripada dari Iran dan Korea Utara. Rusia bertindak balas dengan mengatakan bahawa ia adalah mustahil untuk peluru-peluru dari Iran dan Korea Utara boleh melintasi Eropah dan sampai ke Amerika!Beginilah bagaimana AS mengeksploitasi konflik ini demi kepentingannya sendiri. Ia memang sedar tiada ancaman nuklear daripada Iran yang diramalkan dalam beberapa tahun akan datang. Oleh yang demikian, AS sememangnya mungkin akan sedaya upaya untuk melambat-lambatkan penyelesaiannya dan apabila dialog tersebut menghampiri penyelesaian, ia akan menciptakan rintangan seperti yang kami nyatakan sebelum ini.

Ancaman Serangan

Serangan daripada AS ke atas Iran adalah tidak mungkin dalam beberapa tahun akan datang. Ia dapat ditunjukkan menerusi fakta-fakta di teluk dan antarabangsa. Ini merujuk kepada perkembangan global berkaitan dengan hubungan dan kepentingan yang akan bertukar, bergantung kepada realiti semasa.

Walau bagaimanapun, terdapat tiga faktor yang berhubungan rapat yang patut difikirkan:

Pertama: Negara Yahudi sangat berminat untuk melancarkan serangan kerana ia sendiri sedar bahawa kemampuan nuklear pada mana-mana negara Islam adalah ancaman bagi Yahudi. Namun jika diambilkira kekuatan ketenteraan Iran pada masa ini, serangan balas Iran boleh memberi akibat buruk ke atas negara Yahudi. Ketika lawatan Setiausaha Pertahanan AS bagi membincangkan isu Palestin pada 18 April 2007 yang lalu, ia cuba menarik minat AS dalam keperluan untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran, tetapi mereka tidak berjaya mendapat kata putus daripada Setiausaha Pertahanan tersebut.Pihak media Yahudi pada suatu ketika telah menggembar-gemburkan isu ini selepas lawatan Gates pada 19 April 2007, sumber itu berkata bahawa semasa perbincangan yang luas di mana Ketua Agensi Keselamatan Israel berjumpa dengan Setiausaha Gates dan pembantu-pembantunya, pegawai Israel menerangkan situasi komprehensif di Timur Tengah kepada delegasi Gates, sementara ketua agensi perisikan Israel memberi penerangan ringkas tentang apa yang terjadi di Iran dan berkongsi informasi rahsia Iran. Ketua Perisikan Israel juga meminta Gates memberitahu mereka informasi AS tentang Iran, tetapi Gates memberitahu mereka dengan jelas bahawa AS masih lagi berpegang pada jalan diplomatik untuk menyelesaikan isu nuklear Iran dan memberitahu serangan ketenteraan terhadap Iran akan dielakkan. Akhbar itu menambah, pegawai Israel terus menanya Gates informasi tentang niat AS dengan itu membolehkan Israel melengkapkan strateginya terhadap subjek, tetapi Gates jelas mengecewakan mereka dan mengatakan dengan jelas bahawa pentadbiran Amerika masih lagi hanya mempertimbangkan cara diplomatik untuk memberi tekanan ke atas Iran untuk menghentikan program nuklearnya.

Kedua: Britain risau akan keadaan atmosfera politik antarabangsa yang panas, masalah Amerika di Iraq dan konfrontasi dengan Iran yang membimbangkan. Ini terbukti dalam banyak daripada tindakannya, misalnya, pengumuman terbarunya mengenai pengurangan tentera Britain di Iraq, walaupun pada masa yang sama AS mengatakan dia amat memerlukan bantuan ketenteraan di Iraq supaya dapat mengawal situasi keselamatan di Iraq.Keadaan yang genting itu semakin bertambah rumit bagi AS apabila Iran berjaya menangkap beberapa anggota tentera laut British yang melintasi Shattal-Arab. Padahal Majlis Keselamatan PBB pula sedang memikirkan sekatan yang akan dikenakan ke atas Iran. Dan mereka telah meluluskan Resolusi 1747. Pada ketika itulah tentera Iran di dalam keadaan yang siap siaga dengan latihan peperangan dan pada ketika itulah pula tentera-tentera laut British melakukan pencerobohan.Shattal-Arab bukanlah kawasan yang begitu luas sehingga tentera laut British boleh tersesat, terutamanya mereka sudahpun terbiasa dengan persekitarannya kerana telah berada di sana selama empat tahun. British memang mengetahui bahawa Iran tidak akan berdiam diri terhadap kawasan perairannya sekiranya ia diceroboh oleh askar British. Beginilah bagaimana 'sketsa' lima belas orang itu ditahan.

Konflik ini kemudiannya terus 'dimainkan' dan Blair telah berjanji pada 3 April 2007 bahawa sekiranya tentera-tentera itu tidak dibebaskan dalam masa 48 jam, dia akan mengambil tindakan tegas, katanya : ”Dua hari berikutnya akan menentukan satu daripada dua jalan:

Pertama, menyelesaikannya secara rundingan;

Kedua, jika perundingan tidak membuahkan hasil, kami akan mengambil tindakan keras”. Ini mebuktikan ia bertujuan untuk mengancam Iran, dengan anggapan bahawa AS pasti berkemungkinan besar menyebelahinya untuk menghadapi peperangan yang besar. Blair tahu yang kenyataannya akan membuatkan Ahmedinejad tercabar kerana beliau mempunyai latar belakang sebagai seorang revolusioner.Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya; Ahmedinijad memaafkan dan membebaskan tentera-tentera tersebut tanpa rasa kesal. Pada 4 April 2007, iaitu sebelum tempoh tamat 2 hari itu, dia mengumumkan pembebasan mereka di dalam satu sidang akhbar. Justeru, konflik ini diakhiri dengan sesuatu yang Blair tidak menjangkakan, sepertimana dia bercakap dalam kenyataannya pada 5 April, apabila pesawat yang membawa tentera yang dibebaskan tiba di lapangan terbang Heathrow, London: ”Pembebasan mereka adalah lebih cepat daripada diramalkan dan tanpa sebarang syarat.” Justeru, sekutu kedua telah gagal mencetuskan peperangan sepertimana sekutu pertama telah kecewa. Ia tidak mustahil sekiranya dikatakan Amerika telah memainkan peranan dalam pembebasan tahanan tersebut.

Ketiga: Parti Repbulikan hilang popularitinya kerana kegagalan polisi pentadbirannya di Iraq dan Afghanistan dan ini mungkin menyebabkan peluang mereka dalam pemilihan presiden adalah lemah jika tidak hilang terus.Ini adalah tiga faktor yang boleh dipertimbangkan. Walaubagaimanapun, seperti yang telah dikatakan tadi, tindakan ketenteraan kelihatan tidak mungkin dilaksanakan dalam beberapa tahun ini.Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa AS sengaja melengah-lengahkan usaha ke arah penyelesaian di dalam kes ini agar konflik tersebut terus hidup selama mana ia boleh digunakan untuk membina kepentingan AS.

Wallahu alam

MEMAHAMI PERUBAHAN POLITIK BRITAIN

MEMAHAMI PERUBAHAN POLITIK BRITAIN


Setelah hampir satu dekad memimpin Parti Buruh, Perdana Menteri Britain, Tony Blair akhirnya menyerahkan kerusi kepimpinan kepada Gordon Brown baru-baru ini. Gordon Brown yang sekian lama dianggap orang penting dan berpengaruh di dalam hal-ehwal ekonomi Britain merupakan antara tokoh yang turut terlibat menjadi penasihat utama Tony Blair. Dia memilih dasar berhati-hati di dalam perlaksanaan ekonomi Britain. Dasar tersebut terbukti berjaya menstabilkan keadaan ekonomi Britain walaupun sedang menuju ke arah kemerosotan. Justeru, kedudukannya di dalam Parlimen British semakin dihormati. Ketika ini, dia merupakan satu-satunya calon yang dianggap paling sesuai untuk menggantikan Tony Blair sebagai perdana menteri Britain seterusnya.

Perkembangan terbaru ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Walaupun Gordon Brown dianggap 'hero' di dalam menstabilkan ekonomi Britain, ia hanyalah suatu hasil daripada keputusan kolektif di dalam sebuah negara Kapitalis. Hakikatnya, sistem ekonomi Kapitalis secara global berada di dalam keadaan tidak menentu.

Bagaimana perubahan kepimpinan di Britain ini akan memberi kesan kepada dunia dan negara-negara umat Islam khususnya? Sejarah telah membuktikan bahawa, sejak kejatuhan Khilafah Islamiyyah, 3 Mac 1924, persepsi barat terhadap dunia Islam adalah jelas, iaitu menghalang kebangkitan semula Khilafah Islamiyyah. Maka dengan itu, polisi luar mereka haruslah melibatkan usaha-usaha untuk membanteras sebarang kebangkitan semula Islam untuk menjadi kuasa utama dunia. Oleh kerana itu, campurtangan yang berterusan dari segi penguasaan ekonomi dan politik haruslah dilakukan.

Di dalam ucaptama sempena perlantikannya sebagai Pemimpin Parti Buruh yang baru, Brown tanpa merujuk kepada teks ucapan, menyatakan bahawa Britain akan terus menjalankan 'kewajipannya' di dalam melaksanakan peranan-peranan antarabangsa di kawasan Timur Tengah dan Asia. Dia juga turut berjanji akan merubah perlembagaan British supaya memberi kuasa lebih kepada rakyat untuk memainkan peranan di dalam proses membuat keputusan terhadap isu-isu penting negara yang akan memberi impak kepada rakyat biasa [24/6/2007, BBC news].

Apakah maksud Brown tatakala menyatakan akan menjalankan 'kewajipannya' itu? Adakah tindakan mereka menipu dunia dengan menghantar agen-agen rahsia untuk melakukan pengeboman di tempat awam sekitar Baghdad itu dianggap suatu kewajipan? Adakah mengebom orang-orang awam di Afganistan itu adalah kewajipan juga? Persepakatan palsu Britain dengan AS semakin hari semakin rapuh. Walaupun tiada pendedahan dibuat, ia sebenarnya dapat dibuktikan dengan sejarah. Sejarah penjajahan British ke atas koloni-koloni awal di Amerika dahulu pasti tidak akan dilupakan oleh mana-mana rakyat Amerika. Pakatan Amerika dan Perancis ketika itu juga pasti menjadi dendam Britain hingga ke hari ini.


Jadi, untuk apa Britain turut serta melakukan campurtangan di Timur Tengah dan negara-negara umat Islam lainnya? Sebenarnya, 'kewajipan' yang dimaksudkan itu adalah untuk turut sama memburu, menghalang dan menghapuskan mana-mana gerakan yang hendak mengembalikan kesatuan umat Islam serta memastikan bahawa umat Islam akan terus berada di dalam keadaan perpecahan.


Ingatlah ketika Allah SWT memberi peringatanNya tentang sikap orang-orang kafir ke atas umat Islam, FirmanNya:


"Mereka tidak akan henti-henti memerangi kamu sampai (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu ( kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." [TMQ Al Baqarah ( 2): 217].


Sifat umum kalimat 'mereka' di atas merujuk kepada orang-orang kafir secara am, ia tidak hanya terbatas kepada orang-orang Quraisy sahaja. Maka, semua orang-orang kafir yang mempunyai sifat-sifat seperti orang-orang Quraisy iaitu bersifat benci, menekan dan menentang umat Islam secara terang mahupun tersembunyi adalah termasuk dengan makna ayat di atas.


Kesimpulannya, umat Islam secara khusus, tidak seharusnya terpengaruh atau meletakkan sebarang harapan kepada perubahan-perubahan politik yang sedang berlaku di barat pada masa kini. Ia hanyalah suatu 'gimik' atau proses biasa yang dihiasi dengan slogan-slogan hebat. Harapan sebenar perlulah diletakkan ke atas bahu para pejuang Islam dan pengembang dakwah Islam yang ikhlas berjuang untuk mengembalikan hak dan kegemilangan umat Islam.
Wallahu alam



Sumber : mykhilafah.com

PEJUANG KEAMANAN : KULITNYA INDAH, ISI BERACUN

PEJUANG KEAMANAN : KULITNYA INDAH, ISI BERACUN


Di dalam keadaan kaum muslimin di serata dunia yang sedang diserang daripada pelbagai penjuru, baik secara fizikal mahu pun psikologi, muncul gerakan-gerakan di dalam masyarakat yang memperjuangkan keadilan dan keamanan dunia. Di antara gerakan-gerakan ini, ada yang lahir daripada kalangan negara-negara kaum muslimin dan ada juga yang lahir daripada kalangan negara-negara barat.

Mereka melaungkan pelbagai slogan yang berkaitan dengan keamanan dan kebencian kepada keganasan. Di antara metodologi yang digunakan adalah melalui pendekatan kerohanian dan humanistik. Melalui kedua-dua pendekatan ini, mereka dapat mengumpul dan menyatukan sebahagian besar manusia daripada pelbagai latarbelakang fahaman dan agama melalui satu titik kesamaan. Misalnya “Semua agama membenci keganasan” dan “Peperangan selalu membawa kepada jenayah kemanusiaan” adalah di antara sebahagian slogan-slogan umum yang biasa dilaungkan.

Sekali dengar, tidak ada apa-apa yang salah kepada slogan-slogan tersebut. Tetapi, jika dikaji dan dibandingkan dengan pandangan menyeluruh, kita akan dapati bahawa slogan-slogan ini menyeru supaya kita melihat penyelesaian kepada permasalahan-permasalahan keganasan ini daripada sudut kerohanian dan kemanusiaan tetapi meninggalkan aspek politikal atau di dalam kata lain; tidak melibatkan politik di dalam usaha-usaha memperjuangkan keadilan dan keamanan. Menurut apa yang difahami, mereka-mereka ini mahu mengambil sikap berkecuali di dalam menyelesaikan sengketa sesama manusia. Yang penting, sebarang tindakan keganasan harus ditentang, nilai kemanusiaan mesti ditegakkan.

Presiden George W. Bush pada satu masa memberi ucapan kesejahteraan sambil hadir untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan yang lepas dengan sebahagian kaum muslimin yang menetap di Amerika, tetapi pada masa yang sama melancarkan peperangan ke atas umat Islam lain sambil mengulang slogan-slogan perang salib. Mengapa sedemikian? Ia adalah kerana, Bush dapat membezakan di antara agama dan politik. Dengan ‘agama Islam’, dia ‘kelihatan’ baik dan begitu toleren, tetapi apabila menyentuh hal ‘Islam yang politikal’, dia amat tegas dan seolah-olah menjadi makhluk dua wajah. Pada satu wajah, dia kelihatan sangat baik dan pada wajah yang lain dia seperti iblis yang bersedia untuk menghasut dan menerkam mangsanya. Tidakkah kaum muslimin menyedari akan hal ini?

Kita ditunjukkan oleh media-media tempatan dan antarabangsa kononnya tidak semua daripada barat itu jahat. Bukan semua daripada Barat itu buruk dan keji. Terdapat sebahagian kecil daripada barat yang dipaparkan baik dan mahukan kepada kebaikan. Maksudnya, jika Bush itu jahat dan sentiasa melancarkan tindakan ganas, ada juga yang baik dan sentiasa cintakan nilai-nilai kemanusiaan. Mereka itulah yang dipanggil ‘pejuang keamanan’. Mereka diberikan bantuan kewangan untuk menjalankan aktiviti menyebarkan fahaman-fahaman yang menekankan aspek kerohanian dan humanistik (kemanusiaan) ke dunia umat Islam.

Mereka dijemput ke seminar dan persidangan anjuran kaum muslimin. Seterusnya, tidak sedikit kaum muslimin yang memberikan sambutan dengan datang menghadirkan diri seolah-olahnya ingin memberikan sokongan. Tidak kurang juga yang turut sama menganjurkan dan memeriahkan lagi kedatangan mereka ini.

Kehadiran Dr. Karen Armstrong ke Malaysia baru-baru ini diberikan liputan meluas oleh media-media tempatan. Siapakah Dr Karen Armstrong sehingga diberi peluang seluas-luasnya untuk berbicara dan berkongsi pandangan? Dr Karen Armstrong adalah bekas seorang nun (wanita Kristien yang mengabdikan diri kepada agamanya di dalam sesebuah gereja). Setelah bertahun-tahun berkhidmat sebagai nun, dia kini adalah seorang aktivis yang menganut fahaman monotheism (satu tuhan). Dia tidak lagi menganut mana-mana agama, tetapi menerima konsep ketuhanan daripada ketiga-tiga agama samawi (agama dari langit) : Yahudi, Kristien dan Islam. (Menganut tiga agama? Inilah kesesatan yang nyata!)

Dia telah menulis beberapa buah buku di antaranya termasuklah yang telah diharamkan di Malaysia iaitu ‘The History of God” ( Sejarah Ketuhanan). Agak menghairankan apabila seorang yang telah diketahui pemikirannya yang rosak tetapi masih dibenarkan datang dan bebas menyampaikan ceramah-ceramah di Malaysia. Apakah kita telah ketandusan tokoh untuk memberi buah pemikiran dan pandangan bagaimanakah kita hendak mencapai keadilan dan keamanan. Mengapa mesti dijemput seorang tokoh yang telah diketahui mempunyai pemikiran yang rosak untuk berkongsi pandangan dengan cendekiawan tempatan?

Sekiranya benar ada kebaikan di dalam hatinya, mengapa Dr Karen Armstrong sendiri tidak memeluk agama Islam? Memang Islam tidak memaksa seseorang itu untuk masuk ke dalam agama Islam, tetapi jangan lupa, Allah SWT sendiri mengutuk dan mengeji orang-orang kafir yang tetap berdegil untuk tidak memeluk agama Islam walaupun telah terbukti segala kebenaran di hadapan mata mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Apakah kalian menyuruh orang-orang berbuat baik, padahal kalian lupa ( melupakan) diri sendiri, sedang kalian membaca kitab Allah, apakah kamu tidak berakal ( tidak berfikir)” [TMQ Al Baqarah (2):44]

Ayat ini merupakan bukti bahawa, Allah SWT tidak redha dengan keadaan diri ahli kitab yang kononnya menyuruh orang lain melakukan kebaikan walhal mereka sendiri enggan untuk masuk ke dalam agama Islam walaupun setelah diberikan segala bukti kebenaran oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Tentang kalimat yang bermaksud : “padahal kalian lupa(melupakan) diri sendiri..” Ibnu Abbas menerangkan dengan maksud mereka ( ahli kitab) membiarkan diri mereka tidak beramal padahal mereka menyuruh orang lain agar mengikut ajaran kenabian dan janji Allah di dalam Taurat, sedang mereka sendiri terus berada di dalam kekafiran, ingkar terhadap pesan janji Allah SWT supaya mempercayai utusanNya, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan mereka engkar terhadap apa yang mereka ketahui di dalam kitabullah”.

Firman Allah SWT lain yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Al Kitab, mereka itu dilaknat Allah dan dilaknati (pula oleh semua ( makhluk) yang dapat melaknati” [TMQ Al Baqarah (2):159]

Maka, daripada kedua-dua penafsiran ayat di atas, Allah SWT mengeji mereka-mereka yang tidak mahu masuk ke dalam agama Islam walaupun hakikatnya mereka sebenarnya tahu akan kebenaran yang terkandung di dalam Al Quran. Adalah tidak masuk akal seorang cendekiawan yang diberikan akal yang waras tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil. Justeru, apakah yang menghalang mereka-mereka ini untuk masuk ke dalam agama Islam?

Maka dengan itu, apa-apa yang dibawa oleh kelompok-kelompok yang diwakili oleh individu seperti Dr Karen Armstrong itu tidak lain dan tidak bukan adalah seperti buah yang kelihatannya cantik tetapi mengandungi isi yang beracun. Ia adalah jelas-jelas sebahagian daripada strategi barat untuk meracuni pemikiran generasi intelektual kaum muslimin masa kini. Strategi ini harus diperangi habis-habisan. Hasutan/perang pemikiran seperti ini harus dinilai daripada sudut yang menyeluruh dan dilawan dengan pemikiran. Semoga ianya dapat mengembalikan umat Islam kepada jalan kegemilangan seperti mana yang pernah ditempuh oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat.
Sumber : www.mykhilafah.com

ANCAMAN TERHADAP PERJUANGAN MENEGAKKAN KHILAFAH

ANCAMAN TERHADAP PERJUANGAN MENEGAKKAN KHILAFAH





Pada bulan Disember tahun 2004, National Intelligence Council (NIC), sebuah agensi di bawah rejim Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab kepada Presiden AS, telah menulis sebuah laporan yang berjudul “Mapping the Global Future” di mana mereka meramalkan empat senario geopolitik dunia menjelang tahun 2020. Salah satu senario yang dibincangkan adalah munculnya “A New Caliphate” (Khilafah Baru), sebuah pemerintahan Islam global yang mampu memberikan tentangan pada norma-norma dan nilai-nilai global Barat [http://www.dni.gov/nic/NIC_globaltrend2020_s3.html]. Pada 06/10/05, Ketua Teroris Dunia, George W. Bush, ketika berucap di hadapan hadirin sempena National Endowment of Democracy di perpustakaan presiden Ronald Reagan (The Ronald Reagan Presidential Library ) menyatakan, “The militants believe that controlling one country will rally the Muslim masses, enabling them to overthrow all moderate governments in the region, and establish a radical Islamic empire that spans from Spain to Indonesia.” ("'Puak militan percaya bahawa dengan mengawal sebuah Negara, mereka akan dapat menggerakkan kaum Muslimin secara besar-besaran, dan ini membolehkan mereka menumbangkan semua kerajaan yang bersifat moderat di rantau tersebut, seterusnya mendirikan sebuah empayar Islam yang radikal yang akan merangkumi Sepanyol hingga ke Indonesia”). Kenyataan yang hampir sama pernah dikeluarkan oleh Donald Rumsfeld, Dick Cheney dan beberapa pemimpin rejim AS yang lain.



Jika diperhatikan, si Bush la’natullah dan rakan-rakannya ini tidak henti-henti menggambarkan musuhnya (umat Islam) dengan gelaran teroris, militan, radikal, ekstremis dan pelbagai label lagi dan mereka juga kerap mengaitkan gelaran tersebut dengan usaha mewujudkan sebuah Negara Islam. Satu perkara yang Bush nampaknya cukup takut untuk menyebutnya di khalayak ramai adalah ‘caliphate’ (Khilafah), meskipun dia selalu menggunakan istilah ‘Islamic Empire’. Dia sedar bahawa jika dia menyebut perkataan ‘caliphate’, walau dengan konotasi yang negatif sekalipun, hal ini akan menarik perhatian dunia, sehingga setiap orang di dunia ini hatta orang yang tidak pernah mendengar atau jahil sekalipun akan bertanya ‘apakah caliphate (khilafah) itu?’ Namun demikian, oleh kerana kebencian dan ketakutan yang cukup mendalam di dalam hatinya terhadap wujudnya Khilafah Islam, maka apa yang terbuku di hatinya tidak dapat disimpan lagi. Si musuh Allah ini akhirnya mengeluarkan pernyataan,



“The danger has not passed. And it's our job here in Washington, D.C. is to always remember, always remember, the nature of the enemy we face. These people are ideologically driven people. They have a vision as to how government should work. They don't believe in dissent. They don't believe in freedom of religion. They don't believe people should be able to express themselves in the public square. They have a dark vision for humanity. They have a desire to spread their ideology as far and wide as possible to reestablish what they call a caliphate. And they're willing to use murder as the tool to achieve their objective. You cannot reason with these people, you cannot negotiate with these people. The only way to protect America is defeat them overseas so we do not have to face them here at home.” [George W. Bush pada 13/06/07 di majlis makan malam Presiden, Washington Convention Center, Washington D.C. - http://www.whitehouse.gov/news/releases/2007/06/20070613-11.html]




(“Bahaya belum lagi berlalu. Dan adalah menjadi tugas kita di sini di Washington D.C. untuk terus ingat dan ingat ciri-ciri musuh yang kita hadapi. Mereka ini adalah orang-orang yang dipandu oleh ideologi. Mereka mempunyai visi bagai manakah sebuah kerajaan perlu dikendalikan. Mereka tidak percaya kepada perbezaan pendapat. Mereka tidak percaya kepada kebebasan beragama. Mereka tidak percaya bahawa manusia sepatutnya bebas mengeluarkan pendapat di khalayak ramai. Mereka mempunyai visi yang gelap terhadap kemanusiaan. Mereka berhasrat untuk menyebarkan ideologi mereka sejauh dan seluas mungkin untuk mendirikan semula apa yang mereka panggil sebagai Khilafah. Dan mereka sanggup melakukan pembunuhan sebagai alat untuk mencapai objektif mereka. Anda tidak boleh berhujah dengan golongan ini, anda tidak boleh berunding dengan mereka. Satu-satunya cara untuk mempertahankan Amerika adalah dengan mengalahkan mereka di luar negara agar kita tidak perlu menghadapi mereka dalam negeri.”)



SEDARLAH WAHAI KAUM MUSLIMIN!



Sejak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1342 Hijrah, kaum kafir Barat tidak pernah berhenti dari usaha mereka dalam memastikan Daulah Khilafah tidak akan muncul semula. Lama sebelum itu, mereka telah pun berusaha menghancurkan kekuatan Islam samada dari segi fizikal mahupun pemikiran. Mereka melancarkan pelbagai peperangan, namun apa yang mereka tempuh hanyalah kegagalan demi kegagalan. Mereka melancarkan Perang Salib secara besar-besaran tanpa henti sehingga memakan masa lebih kurang 200 tahun, namun mereka tetap gagal. Kegagalan berterusan yang mereka alami menyebabkan mereka sedar dan seluruh dunia menyedari bahawa Daulah Islam adalah sebuah kekuatan yang mustahil dikalahkan. Namun begitu dendam kesumat dan kebencian yang ada di pihak Barat terhadap Islam tidak pernah pudar. Hasilnya, mereka merancang dan terus merancang bagaimana untuk menghapuskan Daulah Islam dan umat Islam dari muka bumi.


Setelah yakin kekuatan fizikal mereka tidak akan dapat mengalahkan kekuatan Islam, maka Barat mula beralih menggunakan senjata baru, iaitu ‘senjata pemikiran’. Dari kajian yang lama dan mendalam, Barat mula sedar bahawa kekuatan umat Islam terletak pada aqidah mereka dan pegangan mereka yang teguh akan hukum-hakam Islam. Aqidahlah yang menyebabkan umat Islam bersatu dan mereka sanggup mati demi mempertahankannya. Justeru, Barat sedar bahawa untuk melemahkan kekuatan umat Islam, mereka mesti menggoncangkan aqidah umat Islam dan menanam keraguan tentang hukum-hakam Islam. Jika umat Islam sudah tidak yakin dengan aqidah dan hukum-hukum Islam, maka kehancuran Islam akan bermula dan ia akan bermula dari dalam tubuh umat Islam itu sendiri. Inilah perancangan Barat. Oleh itu, mereka mula melancarkan serangan pemikiran yang bertubi-tubi terhadap Islam dan mereka menggunakan pelbagai propaganda dalam menjayakan makar mereka ini. Barat akhirnya sedar bahawa jika dua golongan yang penting di dalam Islam dapat ditundukkan, maka sudah pasti umat Islam secara keseluruhan akan berada di dalam genggaman mereka. Dua golongan tersebut adalah umara’ (pemerintah) dan ulama’.



Senjata pemikiran inilah yang telah digunakan oleh Barat sehingga jatuhnya Daulah Khilafah pada 28 Rejab 1342H. Mereka mengapi-apikan semangat kebangsaan (assabiyah) dan patriotik (wathaniyah) ke dalam umat Islam, lalu mereka ‘menghadiahkan’ kemerdekaan kepada negeri kaum Muslimin satu demi satu. Memberikan kemerdekaan bermaksud membiarkan umat Islam memerintah negara mereka masing-masing dengan batasan bangsa dan kawasan yang telah ditentukan oleh Barat. Perkara ini dihias indah oleh Barat sehingga umat Islam bermati-matian berjuang untuk mendapatkannya. Para pemimpin dan pejuang kebangsaan ini pula, setelah termakan racun pemikiran yang diberikan oleh Barat, telah memandang perjuangan ini sebagai suatu yang ‘suci’ tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya telah masuk dalam perangkap ‘perang pemikiran’ oleh Barat. Setelah itu, para ulama pula bangkit, lalu membenarkan dan menyokong perjuangan ini dan seterusnya mereka bersekongkol pula dengan golongan pemerintah dalam menjaga ‘kesatuan bangsa (assabiyyah) dan kawasan (wathaniyyah)’ ini. Apabila dua golongan ini berjaya ‘dikontrol’ oleh Barat, maka hampir sempurnalah kejayaan Barat dalam menghancurkan umat Islam dan membawa umat mengamalkan Islam mengikut kehendak Barat.



Hasil dari pengkhianatan para pemimpin kaum Muslimin dan terpesongnya para ulama, maka lahirlah golongan umat Islam yang ikhlas berjuang untuk mengembalikan semula kehidupan Islam samada dalam bentuk per individu, bermasyarakat mahupun bernegara. Mereka bangkit untuk menyedarkan saudara-saudara mereka tentang perancangan jahat Barat ke atas umat Islam, mereka membongkar persekongkolan dan kerjasama keji di antara pemimpin kaum Muslimin dan Barat, mereka berjuang untuk menyedarkan sahabat-sahabat mereka yang lain tentang adanya ulama yang tergelincir (dari kebenaran) dan juga ulama su’ yang ‘bekerja’ atas kepentingan peribadi dan pemerintah. Golongan ini bangkit di seluruh dunia, menyeru dan terus menyeru, siang dan malam tanpa mengenal penat lelah, tanpa menghiraukan risiko yang bakal menimpa, semata-mata untuk memberikan kesedaran kepada saudara-saudara dan sahabat-sahabat mereka. Mereka berjuang untuk menegakkan semula agama Allah di muka bumi ini, dalam bentuk wujudnya sebuah Daulah Islam yang akan menerapkan Islam secara kaffah. Mereka berusaha untuk menggantikan sistem kufur yang mendominasi umat Islam saat ini kepada sistem yang datangnya dari Allah dan Rasul. Mereka mengajak untuk menyatukan semula umat Islam di seluruh dunia sebagaimana umat Islam dulu pernah bersatu di bawah Daulah Khilafah.


Pihak kafir Barat ternyata tidak pernah senang duduk dengan perjuangan untuk mengembalikan semula kehidupan Islam ini. Mereka melakukan apa sahaja, termasuk agen-agen mereka dari kalangan pemerintah kaum Muslimin itu sendiri untuk menghapuskan perjuangan menegakkan kebenaran ini. Mereka sentiasa memastikan agar para pemimpin umat Islam ini bertindak mengikut apa yang mereka kehendaki di dalam ‘memerangi’ para pendakwah ini. Apa yang perlu Barat lakukan ialah dengan ‘membuat satu pertuduhan’ atau propaganda, maka, para pemerintah kaum Musliminlah yang akan melaksanakan ‘arahan’ tersebut. Barat perlu sebut sahaja bahawa ‘di negara A ada teroris’, maka pemimpin negara A-lah yang akan menangkap dan memerangi teroris tersebut, sebelum Barat sendiri perlu berbuat apa-apa. Inilah kejayaan perang pemikiran dan propaganda yang dilancarkan oleh Barat.


KEGANASAN BARAT



Sebelum kita menjawab pertuduhan oleh Presiden AS ini, marilah kita menyorot kembali tiga ideologi dunia yang mencorakkan ‘way of life’ masyarakat dunia. Ideologi kapitalisme muncul di Eropah. Revolusi di Perancis adalah antara mangkin pertumbuhan ideologi ini. Salah seorang dari tokoh revolusi tersebut adalah Maximilian Robespierre, di mana di tangannya sahaja tercatat lebih dari 120 ribu warga Perancis yang dibunuh, termasuk sejumlah cendekiawan dan sasterawan terkenal Perancis, yang menghalang cita-cita revolusinya. Beliau kemudian dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 27 Julai 1793. Ideologi komunis juga hakikatnya muncul akibat dari sebuah revolusi berdarah yang menjadi titik kepada perkembangan ideologi komunis dalam kehidupan bernegara. Peperangan dan rusuhan berdarah ini akhirnya menaikkan Lenin sebagai pemimpin Negara Komunis setelah kejayaan Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 dimana telah berlaku rampasan kuasa dan tentangan bersenjata dalam proses penggulingan kuasa Tsar. Nikolai II dipaksa turun takhta dan seluruh keluarganya dibunuh. Menyusul dari revolusi ini, Rusia menjadi medan perang saudara selama 3 tahun antara pihak Komunis melawan para pendukung Tsar. Setelah kematian Lenin, Stalin menaiki takhta dan sekitar 20 juta nyawa telah terkorban di tangannya.


Hal yang sama juga sebenarnya di lakukan oleh Bush dalam mempertahankan Ideologi Kapitalisnya. Dia menuduh gerakan Islam sebagai pengganas, walhal dialah Ketua Pengganas Dunia. Si kafir inilah yang telah ‘mengganas’ di bumi Iraq, Afghanistan dan lain-lain tempat. Gerakan untuk menegakkan Khilafah dituduhnya sanggup melakukan pembunuhan, walhal sudah ratusan ribu nyawa yang dibunuh oleh si la’natullah ini dalam usahanya mengembalikan ‘keamanan’ dunia. Atas tiket menerapkan demokrasi di Iraq, Bush telah mengorbankan hampir 70,000 nyawa, sebahagian besarnya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak [www.iraqbodycount.org]. Ratusan ribu yang lain cedera, hilang tempat tinggal, dilahirkan cacat dan mati akibat kekurangan ubat-ubatan hasil sekatan ekonomi oleh AS. Inilah ‘kesopanan’ perjuangan Bush dalam membawa dan menegakkan demokrasi di tanah umat Islam. Bukankah ini semua merupakan bukti nyata ‘revolusi berdarah’ yang dilakukan oleh Bush sebagai pejuang dan pengembang Ideologi Kapitalis? Hanya kebaculan yang ada pada para pemimpin umat Islam sahaja yang menyebabkan mereka berdiam diri dan enggan mengakui hakikat ini. Akhbar Washington Post (Rabu, 11 Oktober, 2006) sendiri membongkar penipuan Bush dengan kata-kata berikut ‘It is more than 20 times the estimate of 30,000 civilian deaths that President Bush gave in a speech in December. It is more than 10 times the estimate of roughly 50,000 civilian deaths made by the British-based Iraq Body Count research group.’ ('Ianya adalah 20 kali lebih dari anggaran 30,000 kematian orang awam yang diberi oleh Presiden Bush pada bulan Disember. Ianya adalah lebih 10 kali anggaran 50,000 kematian orang awam yang dibuat oleh badan penyelidikan British Iraq Body Count ') . Dalam pada itu, angka rasmi tentera AS yang terbunuh dengan hina di Irak adalah seramai 3,524 orang [http://icasualties.org/oif/].


Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian dengan kalamulllah bahawa kuffar Barat tidak akan pernah berehat di dalam usaha mereka memerangi umat Islam. Walaupun mereka tahu bahawa Hizbut Tahrir sekarang sedang menggerakkan umat untuk mendirikan semula Daulah Khilafah, namun mereka bukannya ingin memerangi Hizbut Tahrir sahaja, tetapi seluruh umat Islam yang tidak sepemikiran dengan mereka. Ingatlah akan firman Allah bahawa, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." [TMQ al-Baqarah:120]. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengingatkan kita bahawa, "..mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu" [TMQ al-Baqarah (2):217].




Jika kita memandang dengan pandangan Islam, maka kita akan memahami dan menyedari bahawa apa sahaja yang dibuat oleh Barat sebenarnya adalah untuk menghancur dan menghapuskan umat Islam. Hal ini jelas nyata dari apa yang dikeluarkan oleh mulut-mulut mereka sendiri dan apa yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka adalah lebih busuk dari itu.



PENEGAKAN DAULAH ISLAM OLEH RASULULLAH



Selama 13 tahun Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berdakwah dan berjuang di Mekah demi untuk menegakkan agama Allah namun ternyata tempat yang ditakdirkan oleh Allah untuk lahirnya Daulah Islam adalah di Madinah, bukannya Mekah. Sepanjang perjuangannya untuk menegakkan Daulah Islam, Rasulullah dan para sahabat tidak pernah menggunakan kekerasan atau tindakan fizikal. Baginda sendiri dimusuhi oleh pemerintah Quraisy dan pelbagai penentangan dilakukan terhadap baginda, namun tidak satu pun dibalas dengan serangan fizikal oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Apa yang berlaku kepada para sahabat lebih nyata di mana mereka ditangkap, diseksa malah dibunuh, namun sekali lagi, tidak ada seorang pun sahabat yang membalas dengan mengangkat senjata. Rasulullah juga langsung tidak memerintahkan mereka menghadapi pemerintah Quraisy dengan kekerasan, walau betapa berat penyeksaan yang mereka hadapi sekalipun. Apa pun yang berlaku adalah, dakwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat hanyalah berbentuk pemikiran, yakni melawan segala bentuk pemikiran kufur dengan pemikiran Islam berdasarkan wahyu. Ini berlaku sehinggalah ke tahap akhir perjuangan Rasulullah dan para sahabat di Mekah. Meskipun setelah datangnya kaum Aus dan Khazraj (golongan Ansar) memberikan bai’ah di Aqabah, Rasulullah tetap dengan perjuangan dakwah baginda tanpa menggunakan kekerasan sedikit pun. Ini semua menunjukkan bahawa perjuangan dakwah sehingga tertegaknya Daulah Islam hendaklah dilakukan secara pemikiran (intelektual) tanpa kekerasan.



Jika dibandingkan dengan beberapa revolusi di dunia yang memakan jutaan korban, ‘revolusi’ (inqilab) yang dilakukan oleh Rasulullah tidak memakan seorang korban pun, dengan kata lain tidak ada seorang pun yang dibunuh oleh Rasulullah atau diperintah oleh Nabi kepada sahabat untuk dibunuh demi melakukan perubahan. Ternyata proses perubahan (taghyiir) tetap berlaku tanpa melibatkan seorang korban pun. Ini adalah kerana masyarakat diajak untuk melakukan ‘revolusi pemikiran’, bukannya ‘revolusi berdarah’. Rasulullah berjaya meraih sebuah pemerintahan (negara) tanpa baginda menumpahkan setitik darah pun. Malah yang terjadi adalah sebaliknya, di mana beberapa orang dari sahabatlah yang menjadi korban kepada kejahatan dan kezaliman pemerintah Quraisy. Mereka ditangkap dan dibunuh kerana seruan mereka kepada kebenaran. Mereka terkorban dengan penuh kemuliaan di sisi Allah dan terlebih dahulu pergi menyahut seruan Allah untuk mendapat syurgaNya. Semoga rahmat Allah tercurah ke atas mereka dan ke atas sesiapa sahaja yang mengikut jejak langkah mereka di dalam berjuang menegakkan kebenaran.


Inilah perjuangan yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir (HT) di seluruh dunia di mana HT mencontohi perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menegakkan Daulah Islam. HT berdakwah tanpa menggunakan apa-apa kekerasan demi mengembalikan semula kehidupan Islam (isti’naf al-hayah al-islamiyah) dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah. Barat tahu bahawa sekiranya Daulah Khilafah tertegak semula, maka saat kehancuran mereka sudah tiba. Daulah Khilafah yang akan dipimpin oleh seorang Khalifah akan menyatukan seluruh negeri kaum Muslimin dan melancarkan jihad ke atas Amerika, Israel dan sekutu-sekutu mereka. Daulah inilah yang akan mengembalikan semula kekuatan dan kemuliaan umat Islam di arena politik antarabangsa. Inilah mimpi ngeri Amerika dan musuh-musuh Islam lainya.



Ketakutan Barat kepada kembalinya Daulah Khilafah semakin hari semakin nyata. Oleh itu, mereka tidak henti-henti meniupkan propaganda bahawa perjuangan menegakkan Khilafah adalah satu keganasan. Ini mereka harap akan menjustifikasikan kepada dunia tindakan keganasan yang mereka telah dan akan lakukan ke atas umat Islam. Oleh itu jika mereka membunuh kaum Muslimin, maka ini bukan salah mereka, kerana mereka sebenarnya memerangi pengganas. Taktik kotor ini pada hakikatnya sudah tidak berkesan lagi di dalam mempengaruhi pemikiran umat Islam kerana umat sudah lama menyedari bahawa Baratlah pengganas yang sebenar-benarnya. Justeru, apa yang Barat harapkan ialah kerjasama dari para pemimpin dunia Islam di dalam membunuh umat Islam. Barat seterusnya berharap agar pemimpin umat Islamlah yang akan memerangi golongan yang ingin menegakkan Khilafah. Barat tahu bahawa golongan pemimpin ini hanyalah golongan yang mementingkan kekuasaan dan mahu kekal berkuasa. Barat juga tahu bahawa para pemimpin ini hanyalah para pengecut yang akan tunduk kepada kehendak mereka. Oleh itu, walaupun Barat tahu bahawa perjuangan Hizbut Tahrir dalam menegakkan Daulah Khilafah langsung tidak menggunakan kekerasan, mereka tetap cuba mengaitkan perjuangan ini dengan keganasan dan berharap agar pemimpin kaum Muslimin di seluruh dunia Islam akan turut bersama mereka di dalam memastikan Daulah Khilafah tidak akan tertegak.



Wahai kaum Muslimin! Tanah yang kalian pijak ini dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai potensi dan sumber alam. Jika keseluruhan negeri umat Islam bersatu, maka kita akan memiliki sumber alam dan sumber tenaga manusia yang sangat besar. Sekiranya seluruh negara umat Islam bergabung di bawah Daulah Khilafah, ini bererti kita akan dapat mengawal pasaran dan pengaliran minyak dunia. Daulah Islam akan memegang pengendalian atas 60% simpanan minyak dunia, boron (49%), fosfat (50%), strontium (27%), timah (22%), dan uranium yang tersebar di dunia [Zahid Ivan-Salam, Jihad and the Foreign Policy of the Khilafah State]. Secara geopolitik pula, negeri-negeri kita berada di kawasan jalur laut dunia yang strategik seperti Selat Gibraltar, Terusan Suez, Selat Dardanella dan Bosphorus yang menghubungkan jalur laut Hitam ke Mediterranean, Selat Hormuz di Teluk dan Selat Melaka di Asia Tenggara. Dengan kedudukan yang strategik ini, seluruh dunia akan bergantung harap kepada wilayah Islam dalam apa jua urusan di peringkat antarabangsa. Dari segi potensi penduduk juga, bilangan umat Islam yang semakin meningkat dari hari ke hari (sekarang 1.5 bilion) akan memberi satu kekuatan, khususnya di bidang ketenteraan. Melihat kepada segala potensi tersebut, maka wajarlah jika Barat sekarang ‘ketar lutut’ kerana kelahiran semula Daulah Khilafah sudah pasti akan menghancurkan mereka dari segenap aspek. Oleh itu, agar mimpi ngeri mereka ini tidak menjadi kenyataan, maka Barat terus menerus mengaitkan gerakan Islam global yang ingin menegakkan Khilafah dengan terorisme. Apapun yang Barat lakukan, hakikatnya mereka sudah semakin lemah!



KHATIMAH




Wahai kaum Muslimin! Sudah menjadi fitrah bahawa seruan kepada kebenaran sudah barang pasti akan mendatangkan ketakutan kepada mereka yang inginkan kebatilan. Justeru, sudah tentulah para penyeru yang menyeru kepada kebenaran akan dihalang oleh golongan kufur, zalim dan fasik. Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika para pendakwah yang menyeru untuk menyatukan semula kaum Muslimin di bawah satu bendera ‘La ila illallah Muhammad Rasulullah’ akan sentiasa diawasi dan diperangi oleh pihak yang memusuhi Islam dan agen-agen mereka. Sesungguhnya pelbagai tuduhan dan propaganda akan senantiasa dilancarkan oleh musuh-musuh Allah ke atas pejuang di jalan kebenaran. Justeru, kami ingin mengingatkan seluruh kaum Muslimin agar tidak terpengaruh dengan propaganda musuh Allah ini ke atas kita. Janganlah kalian takut dan merasa lemah di hadapan musuh-musuh Allah ini kerana sesungguhnya Allah bersama kita dan mereka bersama syaitan yang terkutuk. Nyawa kita ada di tangan Allah, bukan di tangan mereka. Sesungguhnya Allah menjanjikan kita kemenangan dan syurga manakala Barat dan syaitan menjanjikan kehinaan dan neraka. Na’uzubillah min zalik.

QISAS ITU WAJIB!

QISAS ITU WAJIB!



Misteri demi misteri terus menyelebungi kes pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Terbaru, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menukar barisan pendakwaraya dan perkara ini dilakukan di saat-saat akhir, satu keadaan yang dikatakan amat jarang berlaku. Alasannya, kerana Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Salehuddin Saidin yang mengetuai barisan pendakwaan, dilihat bermain badminton dengan hakim kes itu, Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Abdul Gani berkata demikian ketika memberi sebab pertukaran barisan pendakwaan itu yang dilakukan pada saat-saat akhir, yang mengakibatkan kes berprofil tinggi yang sepatutnya bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam Isnin lalu, ditangguhkan kepada 18 Jun. Salehuddin diganti oleh Ketua Bahagian Sivil Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah [BH 07/06/07].




Altantuya, dikatakan seorang model dari Mongolia dipercayai mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada Oktober tahun lalu. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berkecai di tepi empangan berkenaan. Cebisan tulang dan daging mangsa dikatakan berselerak di tepi empangan itu akibat letupan beberapa butir bom tangan [UM 08/11/06]. Hasil dari siasatan oleh PDRM, seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor bersama seorang konstabel dihadapkan ke Mahkamah. Azilah Hadri, 30, dan Sirul Azhar Umar, 35, yang sebelum ini bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman didakwa membunuh Altantuya, sementara Abdul Razak Abdullah Baginda, 47, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia didakwa bersubahat melakukan pembunuhan itu di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara pukul 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Oktober 2006. Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Sautun Nahdhah pada minggu ini bukanlah ingin mengupas kes pembunuhan kejam Altantuya ini, tetapi kami ingin mengenengahkan kepada para pembaca berkenaan hukum Islam ke atas pembunuhan yang dilakukan secara sengaja, yang merupakan sebahagian dari hukum jinayat/qisas di dalam Islam. Sebagai sebuah Deen yang sempurna yang datangnya dari Zat Yang Maha Sempurna, sudah semestinya tidak ada satu masalah pun yang tidak ada penyelesaiannya di dalam Deen ini. Sebagai seorang Muslim pula, wajib ke atas kita untuk mempelajari dan menerapkan hukum dari agama yang sempurna ini. Kami seterusnya ingin membetulkan pandangan salah segelintir pihak yang menyatakan bahawa hukuman bunuh ke atas pembunuh di Malaysia adalah bertepatan dengan hukum qisas di dalam Islam.



PEMBUNUHAN SENGAJA DAN HUKUMANNYA



Di dalam sistem uqubat Islam, terdapat empat jenis (kategori) hukuman iaitu jinayat/qisas, hudud, ta’zir dan mukhalafat. Untuk setiap kesalahan, terdapat hukumannya yang tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Jika mencuri termasuk di dalam kategori hudud, pembunuhan adalah termasuk di bawah kategori jinayat. Pembunuhan di dalam Islam terdiri dari empat bentuk iaitu pembunuhan sengaja, seumpama sengaja, tidak sengaja dan tersalah. Sebagaimana telah disebut di atas dan di dalam ruang yang serba terbatas ini, kami hanya akan memfokuskan perbincangan berkenaan pembunuhan yang dilakukan secara sengaja sahaja.



Hukum bagi pembunuhan yang disengajakan adalah bunuh balas (qisas) iaitu membunuh si pembunuh, jika wali orang yang dibunuh tidak menuntut diyat atau memaafkan si pembunuh. Dalilnya adalah dari firman Allah, “Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas di dalam membunuh” [TMQ al-Isra’ (17):33]. FirmanNya yang lain, “Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang-orang yang dibunuh” [TMQ al-Baqarah (2):179]. Qisas di dalam ayat ini membawa maksud membunuh si pembunuhnya. Ayat ini dirincikan lagi oleh Rasulullah dengan baginda menjelaskan melalui sabdanya bahawa selain qisas, wali bagi pihak yang terbunuh boleh memilih samada meminta diyat yang berupa 100 ekor unta ataupun memberikan kemaafan kepada si pembunuh. Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al-Khaza’i, ia berkata, aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa tertumpah darahnya atau disakiti, maka ia boleh memilih salah satu dari tiga pilihan, boleh mengqisas atau mengambil tebusan (diyat) atau memaafkan...”. Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Amru bin Syua’ib dari bapanya, dari datuknya bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang membunuh dengan sengaja, maka keputusannya diserahkan kepada wali-wali pihak yang terbunuh. Mereka berhak membunuh atau mengambil diyat yakni 30 unta dewasa, 30 unta muda dan 40 unta yang sedang bunting, atau mereka juga berhak memaafkannya”



Terdapat banyak lagi hadis yang senada dengan hadis di atas yang menjadi dalil yang sangat jelas bahawa hukuman bagi pembunuhan yang disengajakan adalah qisas, atau pihak wali meminta diyat atau memaafkan. Hukuman yang terdapat di dalam Islam ini jelas berbeza dengan hukuman yang ada sekarang dilihat dari sudut mana sekalipun.
Pertama: Mengikut undang-undang sekarang, pihak yang melakukan tuntutan (pendakwaan) adalah kerajaan (pendakwaraya), bukannya ahli waris mangsa;
Kedua: Wali kepada pihak yang terbunuh langsung tidak diberi pilihan memilih hukuman, walhal di dalam Islam, wali mempunyai tiga pilihan.
Ketiga: Hukuman sekarang yang diperuntukkan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah berasal dari undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh manusia di Parlimen, manakala hukum qisas dalam Islam berasal dari Allah dan Rasul di dalam Al-Quran dan Hadis.
Keempat: Hukuman sekarang dijalankan oleh manusia atas kehendak manusia sendiri berdasarkan keputusan majoriti manusia, sedangkan hukum qisas dijalankan oleh manusia atas kehendak Allah yang menjadi kewajipan bagi manusia berdasarkan aqidah.
Kelima: Hukuman Allah apabila dilaksanakan ke atas manusia akan menjadi pencegah (zawajir) dan penebus dosa (jawabir) di akhirat, sedangkan hukuman sekarang tidak akan membawa apa-apa erti, malah akan membawa dosa ke atas pelaksananya kerana jelas-jelas mereka tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan. Inilah di antara sebahagian dari perbezaannya.



MEMBUNUH ORANG KAFIR



Adapun hukuman terhadap seseorang yang membunuh orang kafir, maka dalam kes ini harus dibezakan antara kafir harbi, kafir dzimmi, kafir mua’hid dan kafir musta’min [Syeikh Abdurrahman al-Maliki, Nidzamul Uqubat Fil Islam]:-



(1) Kafir Harbi ialah orang kafir yang tidak diberi jaminan keamanan mahupun hak-hak umum dari Negara Islam serta tidak ada jaminan khusus untuknya. Kafir harbi terdiri dari 2 jenis iaitu kafir harbi fi’lan dan kafir harbi hukman. Harbi fi’lan adalah orang kafir yang sedang memusuhi Negara Islam secara langsung dan sedang memerangi umat Islam manakala kafir harbi hukman pula adalah orang kafir yang tidak ada apa-apa perjanjian dengan Negara Islam dan tidak juga mereka ini berada di dalam kedudukan perang dengan umat Islam. Bagi kafir harbi fi’lan, tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ulama bahawa darah mereka adalah halal. Seorang Muslim bukan sahaja tidak akan dikenakan apa-apa hukuman jika membunuh mereka, malah hukumnya wajib ke atas kaum Muslimin untuk memerangi mereka di mana sahaja mereka berada. Jika dahulu mereka ini adalah golongan kafir Quraish yang kedudukan mereka sentiasa memerangi Daulah Islam Madinah, sekarang ini kedudukan mereka sama seperti tentera-tentera Amerika atau Israel atau British yang sedang memerangi kaum Muslimin. Mana-mana negara kufur boleh bertukar status menjadi harbi fi’lan apabila mereka mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.



Adapun kafir harbi hukman, seorang Muslim (serta golongan kafir dzimmi dan mu’ahid) tidak akan dibunuh jika membunuh harbi hukman. Ia hanya dikenakan diyat yang jumlahnya adalah separuh dari diyat pembunuhan ke atas Muslim. Diriwayatkan dari Amru bin Syu’aib dari bapanya dari datuknya, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Seorang kafir (harbi hukman) separuh diyatnya seorang Muslim”. Ini adalah kerana kita tidak mengumumkan perang ke atas mereka dan di antara kita dengan mereka juga tidak terjadi peperangan secara langsung. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali RadhiAllahu ‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Perhatikan, seorang Mukmin tidak dibunuh kerana membunuh seorang kafir (hukman), demikian pula kafir yang memiliki perjanjian”. Makna dari hadis ini adalah seorang Muslim itu tidak dibunuh jika dia membunuh seorang kafir harbi hukman. Begitu juga keadaannya bagi seorang kafir yang memiliki perjanjian (yakni kafir dzimmi dan kafir mua’hid), mereka juga tidak akan dibunuh jika ia membunuh kafir harbi hukman. Bagaimanapun, wajib ke atas mereka membayar diyat yang jumlahnya separuh dari diyat seorang Muslim.



(2) Kafir mua’hid adalah orang kafir (termasuk sebuah negara) yang mempunyai perjanjian keamanan dengan Daulah Islam. Kafir dzimmi juga termasuk kafir yang mempunyai perjanjian dengan Daulah Islam. Bezanya dengan kafir mua’hid adalah adalah mereka ini (dzimmi) menetap (bertempat tinggal) di dalam Daulah dan tunduk kepada pemerintahan Islam. Mereka membayar jizyah sebagai balasan perlindungan dari Daulah Islam ke atas mereka. Mereka ini adalah warganegara Daulah dan segala undang-undang Islam terpakai ke atas mereka kecuali dalam beberapa perkara yang dikecualikan syara’. Hak mereka adalah sama sebagaimana hak kaum Muslimin warganegara Daulah yang lainnya serta harta, darah dan kehormatan mereka adalah terjaga. Darah mereka haram ke atas kaum Muslimin seperti haramnya darah seorang Muslim. Imam Bukhari meriwatkan dari Abdullah bin Amri dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang membunuh kafir mua’hid, maka ia tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga boleh tercium dari jarak 40 tahun perjalanan.”. Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Perhatikan, barangsiapa membunuh kafir mua’hid, maka ia mendapat celaan Allah dan RasulNya. Sungguh aku berlindung dari celaan Allah dan ia tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga boleh tercium dari jarak 40 tahun perjalanan.”



Hadis-hadis di atas menunjukkan keharaman membunuh kafir mua’hid dan dzimmi dan Rasulullah memberi ancaman yang keras ke atas pembunuhan yang dilakukan ke atas golongan tersebut. Imam Baihaqi mengeluarkan hadis dari Abdurrahman al-Bilmani, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah membunuh seorang Muslim yang membunuh kafir mua’hid. Kemudian beliau bersabda, ‘Aku telah memuliakan darah orang yang memohon perlindungan”.


(3) Kafir musta’min adalah kafir yang diberi kemanan oleh Daulah Islam untuk masuk ke dalam Daulah. Mereka bukan warganegara Daulah, tetapi hanya mendapat keizinan untuk masuk dan menetap dalam jangka masa yang dibenarkan oleh Negara. Dalam keadaan sekarang, mereka ini adalah orang kafir yang diberi visa untuk masuk ke dalam Daulah. Dalam situasi ini, darah dan harta mereka adalah terjaga dan undang-undang dalam Daulah Islam adalah terpakai ke atas mereka. Selama mana mereka berada di dalam negara, maka mereka mendapat keamanan sebagaimana halnya dengan kafir dzimmi. Dengan jaminan keamanan ini maka terpeliharalah jiwa, harta dan kehormatannya. Kaum Muslimin haram untuk mencederakannya atau membunuhnya kerana mereka telahpun mendapat hak keamanan dan penjagaan dari Daulah. Ini sesuai dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarlah ia ke tempat yang aman baginya” [TMQ at-Taubah (9):6].


Jika seorang Muslim membunuhnya, maka Muslim tersebut akan dibunuh, sebagaimana jika mereka membunuh kafir dzimmi juga. Ini diperkuat dengan kenyataan bahawa seorang Muslim yang membunuh kafir yang memiliki perjanjian kerana tersalah (tidak sengaja), maka hukumnya sama dengan ia membunuh seorang Muslim. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendakah si pembunuh) membayar diyat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang mukmin.” [TMQ an-Nisa’ (4):92]. Ayat ini adalah berkenaan hukum membunuh kafir mua’hid secara tidak sengaja di mana hukumannya adalah sama sebagaimana hukuman membunuh seorang Muslim secara tersalah. Mafhumnya, ini menunjukkan bahawa bagi pembunuhan terhadap kafir mua’hid dengan sengaja, maka hukumannya juga adalah sama sebagaimana hukuman membunuh seorang Muslim dengan sengaja.



Wahai kaum Muslimin! Demikianlah kedudukan hukum Islam ke atas orang-orang kafir jika mereka dibunuh di dalam sebuah Daulah Islam. Ramai dari kalangan umat Islam yang terkeliru atau dikelirukan dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja dan tidak terkena ke atas orang-orang kafir. Kefahaman ini jelas-jelas menyimpang dari kebenaran. Berdasarkan ayat-ayat Quran dan Hadis yang begitu banyak menyentuh persoalan hukuman ke atas orang Islam dan orang kafir (termasuk perbincangan di atas), ternyata bahawa hukum Allah itu adalah wajib dilaksanakan ke atas semua manusia, tidak kira Muslim ataupun kafir. Undang-undang Islam adalah undang-undang Negara, bukannya undang-undang yang bersifat peribadi ke atas individu Muslim sahaja. Dengan kata lain, jika di dalam sebuah Negara Islam ada kes mencuri, maka si pencuri wajib dipotong tangannya tidak kira samada ia seorang Muslim mahupun kafir. Begitu juga dengan kes rogol, zina, rompak, bunuh dan sebagainya. Semua yang terlibat di dalam melanggar hukum Allah (yang merupakan hukum Negara), maka kesemuanya tertakluk kepada hukuman yang sama tanpa mengira lagi samada dia Muslim atau kafir.



Sejak sekian lama kefahaman kita telah diputar belitkan oleh penjajah kafir. Mereka menjajah kita dan menerapkan undang-undang mereka ke atas kita. Di peringkat awal, mereka menerapkan undang-undang mereka secara paksa, sesuai dengan realiti mereka sebagai bangsa yang menjajah. Sepanjang penjajahan, mereka tidak henti-henti berusaha merubah pemikiran kita agar berfikir dengan cara mereka. Mereka menguasai dan mengawal sistem pendidikan kita, mereka benarkan kita mengamalkan Islam tetapi sebatas yang diizikan mereka sahaja seperti dalam hal-hal ibadat, harta pusaka, perkahwinan dan seumpamanya. Mereka adalah golongan yang telah ‘membuang’ agama dan memisahkannya dari kehidupan (sekular) dan mereka mengimplementasi sistem mereka ini ke atas kita. Walaupun pada peringkat awalnya semua ini diterapkan ke atas kita secara paksa, tetapi kemudiannya, ia telah diterima secara sukarela oleh umat Islam, khususnya mereka yang memegang kekuasaan. Lama-kelamaan, mereka mula belajar membuat undang-undang mengikut cara mereka dengan mengenepikan hukum agama. Mereka meletakkan kuasa membuat undang-undang di tangan manusia dan menetapkan bahawa undang-undang ini ‘wajib’ diluluskan apabila majoriti manusia sudah bersetuju. Dari sini, maka lenyaplah sudah peranan agama dalam kehidupan.



Jika kita merujuk kembali kepada kes Altantuya, dia pada peringkat awalnya dikatakan sebagai seorang Muslim di mana berita-berita menyebutkan bahawa namanya adalah Altantuya @ Aminah binti Abdullah, tetapi peliknya, tidak ada pengesahan dari Pihak Berkuasa Agama akan statusnya. Malah cebisan mayatnya dikutip oleh ahli keluarganya yang beragama Buddha dan ‘disemadikan’ mengikut ritual agama Buddha [lihat UM 18/11/06]. Pihak Jabatan Agama Islam nampaknya seolah-olah tidak berminat untuk campurtangan, tidak sebagaimana kes Moorthi dahulu yang mana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menguruskan pengebumian mayat Moorthi mengikut cara Islam. Di dalam kes ini, sesungguhnya kewajipan adalah terletak di bahu mereka yang memegang kekuasaan untuk menentukan status agama si mati dan mereka wajib menguruskannya secara Islam jika si mati adalah Muslim. Setelah ditentukan status agamanya (atau jenis kafirnya), maka barulah boleh ditentukan hukuman Allah ke atas pembunuhnya. Jika tidak ada bukti yang menunjukkan seorang itu adalah Muslim, maka hal ini akan dikembalikan kepada hukum asal yakni dengan melihat kepada agama asal si mati tersebut. Dan jika kita merujuk kepada kes Altantuya, ternyata tidak ada bukti (samada saksi atau dokumen) yang menunjukkan dia adalah seorang Muslim. Dari segi fakta juga, ternyata Altantuya telah dibunuh dengan cara sengaja (diletupkan). Justeru, kewajipan pemerintah/qadhi menurut hukum Islam adalah bertanya kepada wali Altantuya hukuman manakah yang ingin mereka pilih, samada qisas, diyat atau memaafkan. Setelah itu, barulah jelas apa yang perlu diputuskan oleh qadhi.



PEMBUNUHAN BERKUMPULAN



Tidak diragukan lagi bahawa sekelompok orang wajib dibunuh kerana membunuh orang lain, kerana hadis yang berbicara tentang hukuman bagi pembunuh mencakup baik dilakukan oleh seorang individu mahupun sekelompok orang. Lafaz hadis ‘Barangsiapa yang terbunuh...’ adalah mencakup kes seseorang atau sekelompok orang yang membunuh orang lain. Saidina Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Saidina Ali tentang pembunuhan yang dilakukan oleh sekelompok orang terhadap seseorang. Ali kemudian bertanya kepada Umar, “Apa pendapatmu seandainya ada sekelompok orang mencuri barang, apakah engkau memotong tangan mereka? Umar menjawab, ‘ya’. Kata Ali, ‘Demikian juga dengan pembunuhan”. Dari sini kita dapat memahami bahawa jika sekelompok orang bersekutu, baik dua orang atau lebih untuk membunuh seseorang, maka semuanya akan dikenakan hukuman yang sama. Semuanya wajib dibunuh meskipun yang terbunuh adalah seorang individu.



Yang dimaksud bersekutu di dalam pembunuhan di sini bergantung kepada penglibatannya dalam pembunuhan tersebut. Jika seseorang terlibat di dalam pemukulan terhadap pihak yang terbunuh, maka ia tergolong sebagai orang yang terlibat dalam pembunuhan secara pasti. Adapun jika seseorang tidak terlibat dalam pemukulan, maka hal ini perlu diperhalusi. Jika kedudukannya adalah sebagai orang yang memudahkan terjadinya pembunuhan seperti menahan/mengepung pihak yang hendak dibunuh, lalu orang yang dikepung tadi dibunuh oleh pelaku pembunuhan atau menyerahkan pihak yang terbunuh kepada pelaku pembunuhan, maka orang tersebut tidak dianggap sebagai pihak yang bersekutu di dalam pembunuhan, akan tetapi disebut sebagai pihak yang membantu pembunuhan. Ini termasuklah pemandu kereta, penjaga pintu dan seumpamanya. Orang semacam ini tidak dibunuh, akan tetapi hanya dipenjara sahaja. Imam Daruquthni mengeluarkan hadis dari Ibnu Umar dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Jika seseorang lelaki menghentikan seorang lelaki yang lain, kemudian lelaki tersebut dibunuh oleh lelaki yang lain, maka orang yang membunuh tadi mesti dibunuh, sedangkan lelaki yang menghentikannya dipenjara.”



Hadis ini merupakan penjelasan bahawa orang yang membantu dan menolong si pembunuh tidak dibunuh, akan tetapi hanya dipenjara. Namun demikian, ia boleh dipenjara dalam waktu yang sangat lama, bergantung kepada ketetapan qadhi. Bahkan Ali ibn Abi Thalib berpendapat agar orang tersebut dipenjara sampai mati. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i dari Ali ibn Abi Thalib bahawa beliau, RadhiAllahu ‘anhu, telah menetapkan hukuman bagi seseorang lelaki yang melakukan pembunuhan dan orang yang menghentikannya (menahan pihak yang terbunuh) di mana Ali berkata,“Pembunuhnya dibunuh manakala yang lainnya dipenjara hingga mati.”


Dengan demikian, semua orang yang tidak bersekutu dalam pembunuhan hukumnya dipenjara, bukan dibunuh. Sedangkan orang yang bersekutu dalam pembunuhan maka ia mesti dibunuh, apapun penglibatannya. Oleh kerana itu, orang yang bersekutu secara langsung yakni bersekutu sebagai pihak yang menyebabkan terjadinya pembunuhan, dan sebagai pihak yang mengatur (mengarahkan) pembunuhan semuanya dianggap sebagai pihak yang bersekutu dalam pembunuhan. Ini adalah kerana mereka semua terlibat di dalam pembunuhan secara langsung. Tidak ada bezanya apakah bersekutu dalam pemukulan atau perencanaan (perancangan) pembunuhan tersebut, semuanya termasuk di dalam aktiviti membunuh. Ini bererti semua orang yang perbuatannya dianggap bersekutu dalam pembunuhan, hukumnya wajib dibunuh, sama seperti ‘pembunuh langsung’. Akan tetapi orang yang mempermudah pembunuhan tidak dianggap sebagai pihak yang bersekutu, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Dalil untuk semua ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.


KHATIMAH



Wahai kaum Muslimin! Membunuh jiwa tanpa hak adalah satu perbuatan yang jelas-jelas haram di dalam Islam. Hanya Allah sahajalah, selaku Pencipta manusia yang berhak menentukan siapakah yang boleh dibunuh dan siapakah yang tidak boleh. Dalam hal ini, Allah Azza wa Jalla memberi khabar ancam kepada manusia melalui firmanNya, “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ an-Nisa’ (4):93]. Allah sebagai Zat yang mencipta ruh dan memasukkannya ke dalam tubuh manusia, Dialah satu-satunya yang berhak menentukan bilakah ruh itu wajib dikembalikan kepadaNya. Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa membunuh dengan tanpa hak itu berdosa dan balasannya adalah neraka Jahannam dan kekal di dalamnya. Ingatlah bahawa melaksanakan qisas ke atas pembunuh itu adalah wajib dan meninggalkannya adalah haram. Ingatlah bahawa berhukum dengan selain dari apa yang diturunkan Allah itu adalah haram dan berdosa. Ingatlah bahawa berdiam diri tanpa berusaha untuk menerapkan hukum Allah juga satu keharaman dan dosa. Jika pemerintah berdosa kerana tidak menerapkan hukum Allah, maka umat Islam pula akan berdosa apabila tidak merubah keadaan ini. Justeru, bersatulah wahai kaum Muslimin untuk kita sama-sama bergerak menegakkan agama Allah ini agar azab Allah tidak menimpa kita dunia dan akhirat. Wallahu a’lam.

 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR