ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


Showing posts with label ISU PALESTIN. Show all posts
Showing posts with label ISU PALESTIN. Show all posts

HUKUM SYARAK TERHADAP ISU GAZA


Soalan:


Saya tertarik dengan demonstrasi yang dilakukan oleh HTM di hadapan Kementerian Pertahanan baru-baru ini, antara yang digesa oleh HTM adalah agar Angkatan Tentera Malaysia pergi ke Semenanjung Gaza dan melakukan jihad di sana. Sememangnya demonstrasi ini berlainan sekali dengan demonstrasi yang dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam yang lain, yang nampaknya takut untuk mengeluarkan usul jihad. Walaupun saya boleh mengagak, tetapi adalah baik kiranya HTM menjelaskan sendiri kenapakah HTM memilih Kementerian Pertahanan? Dan pada pendapat HTM, kenapakah isu Gaza atau Palestin ini menjadi satu isu yang perlu diutamakan sehingga banyak demonstrasi di adakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia? Juga, apakah terdapat penyelesaian lain untuk Palestin selain jihad yang diserukan oleh HTM?

Jawapan:

Mungkin kalau saudara/saudari yang bertanya ini menghadiri forum “Ghaza Berdarah Di manakah Kita” anjuran HTM baru-baru ini, soalan ini tidak bermain di benak saudara kerana semua isu telah dijawab dalam forum tersebut. Asasnya kita perlu memahami bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam. Ia adalah isu kita semua dan merupakan sebahagian dari masalah umat Islam di seluruh dunia. Perlu diperingatkan semula bahawa Palestin (Al-Quds) wajib dipertahankan kerana beberapa sebab:-

(1) Batul Muqaddis merupakan tanah suci ketiga umat Islam dan Al-Quds itu sendiri adalah kawasan bumi yang diberkati

(2) Negara Israel yang dibentuk oleh Britain hasil dari Deklarasi Balfour dan persetujuan PBB (Liga Bangsa-Bangsa pada masa itu) merupakan negara haram yang berdiri atas bumi kaum Muslimin yang dirampas

(3) Kaum Muslimin yang mana tanah mereka dirampas tadi dikepung, diserang dan dibunuh sedemikian rupa oleh rejim Zionis, dan di dalam Islam, terdapat hukum syarak yang jelas tentang apakah tugas umat Islam lain di luar kawasan tersebut.

Perkara Pertama: Baitul Muqqadis dan kawasan sekitarnya adalah kawasan bumi Israk Mikraj yang diberkati, yang mana dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas iaitu dalam Surah Israk ayat pertama, Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [TMQ Al-Isra' (17):1]

Baitul Muqaddis merupakan tempat suci dan kiblat pertama kaum Muslimin, Sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Rasulullah diperintahkan untuk menghadap ke kiblat pertama ini. Hal ini dilakukan sehubungan dengan kedudukan Baitul Maqdis saat itu dianggap paling istimewa manakala Baitullah masih dikotori oleh beratus-ratus berhala di sekelilingnya.

Namun menurut sebuah riwayat, meskipun Rasulullah selalu menghadap ke Baitul Maqdis, jika berada di Mekah beliau juga selalu menghadap ke Baitullah. Demikian pula setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, beliau selalu menghadap ke Baitul Maqdis. Namun 16 atau 17 bulan setelah hijrah, di mana kerinduan beliau telah memuncak untuk menghadap ke Baitullah yang sepenuhnya dikuasai oleh kafir Makkah, turunlah firman Allah yang memerintahkan umat Islam untuk berpaling ke Masjidil Haram yang memang dinantikan oleh Rasulullah. Demikianlah hadis berkaitan dengan asbabun nuzul ayat-ayat Alquran tentang petunjuk arah kiblat bagi kita sekarang ini. [Lubabunuqul fi Asbabinuzul Imam Sayuthi]

Hadis Syaidu Rihlah, menerangkan dengan jelas kepada kita bahawa Baitul Muqaddis merupakan Tanah Suci ketiga kaum Muslimin, setelah Mekah dan Madinah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “

Jangan kamu memberatkan-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga Masjid ; Masjidul Haram, masjidku ini dan Masjidul Aqsa.” [HR Bukhari, Muslim Dan Abu Daud].

Dalam hadis lain pula yang menerangkan tentang kelebihan solat. Masjid Al Aqsa merupakan masjid kedua yang dibina di muka bumi ini selepas Masjidil Haram. Fadhilat sembahyang di dalamnya adalah "lima ratus kali lebih baik daripada bersembahyang di masjid biasa kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi" [HR Bukhari dan Muslim]

Perkara kedua: Israel telah merampas tanah Kaum Muslimin Palestin, mereka telah menghalau kaum Muslimin dengan izin British. Britishlah yang mengisytiharkan bahawa “His Majesty government view with favour the establishmet in Palestine of a national home for the Jewish people” dalam Deklarasi Balfour 1917, sebagaimana dicatatkan dalam surat Menteri Luar kepada Rotshchild. Pembohongan bahawa negara Israel ini berdiri atas dasar Talmud adalah rekaan Zionis sahaja, mereka sebenarnya tidak pernah mengimani Taurat, kalau mereka betul-betul mengimani Taurat nescaya mereka mengikut Nabi Muhammad kerana telah ada perintah yang jelas untuk mereka mengikuti nabi akhir zaman yang bernama Ahmad. Taurat telah dijadikan justifikasi kepada mereka untuk menubuhkan negara dan beberapa kajian arkeologi yang dimanipulasi untuk membuktikan bahawa orang Yahudilah adalah penduduk asal bumi Palestin. Persoalannya ramai orang-orang Yahudi berbangsa selain dari Poland, Afrika, Rusia dan Eropah mereka sendiri tidak ada susur galur bani Israel turut bermigrasi ke Israel. Apkah mereka juga menggunakan alasan keturunan Nabi Yaakub? Bahkan Winston Churchil sendiri menafikan perkataan 'National home for Jewish' bermaksud negara. Pendirian negara Yahudi tidak ada kaitan dengan agama tetapi kerana adanya idea dari gerakan Zionis dan juga secara fizikalnya ada Deklarasi Balfour. Jadi dengan kata lain mereka adalah Mughtasib (perampas) negara dan tanah air kaum Muslimin.

Justeru, persoalannya, apakah kita perlu berdiam diri apabila tanah kita dirampas golongan kuffar, baik di Palestin, Irak, Afghanistan, Kashmir, Selatan Thailand dan lain-lain? Di dalam hal ini, Hizbut Tahrir ingin mengingatkan bahawa Hizbut Tahrir bukanlah hanya menjadikan Palestin sebagai fokus utama, tetapi Palestin adalah termasuk dari salah satu tanah/negeri umat Islam yang dirampas. Cuma apa yang membezakan Palestin dengan tempat lainnya adalah kerana ia merupakan di sana terdapat Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan kawasan sekitarnya yang diberkati oleh Allah SWT.

Perkara ketiga: Setelah satu persatu tanah kita dirampas, kemudian pihak Israel telah memberikan tanah sekangkang kera untuk umat Islam di Palestin, lalu umat Islam dikepung, dibom, dibunuh dan diperangi.

Jadi setelah kita mengkaji dengan rapi dan jelas kepada fakta yang dinyatakan ini, barulah kita dapat jelaskan bagaimana penyelesaian yang perlu diambil terhadap peristiwa yang berlaku di Palestin ini. Memandangkan isu Baitul Muqaddis merupakan isu ‘sebuah tanah suci kaum Muslimin yang dirampas oleh rejim Israel’ maka wajib kepada kita secara kifayah (fardu kifayah) untuk mengambil balik tanah mereka ini, seperti yang dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayyubi, Nurrudin al-Zinki dan Immaddudin Al-Zinki. Walaupun kawasan ini merupakan tanah suci kaum Muslimin sejak zaman Rasulullah lagi, namun hanya setelah zaman Umar barulah tanah suci ini dapat dibebaskan dari tangan kaum Nasrani, dan diabadikan penyerahannya di dalam Perjanjian Umariyah.

Sekarang umat Islam perlulah mencurahkan segenap tenaga untuk melaksanakan fardhu kifayah ini, dari segi kekuatan politik dan ketenteraan. Perlu diingat bahawa di dalam kes fardu kifayah, dosa seseorang itu tidak akan terlepas sehinggalah kefardhuan ini ‘selesai’ dilaksanakan. Justeru, selagi masalah Gaza tidak selesai, selagi itulah keseluruhan umat Islam akan berdosa, kecuali mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya sama ada secara politik atau ketenteraan.

Dari segi kekuatan ketenteraan, sesungguhnya umat Islam hari ini mempunyai kekuatan ketenteraan yang lebih dari mencukupi untuk menyelamatkan Gaza. Namun ternyata, mereka dan juga para pemimpin yang ada tidak menunaikan kefardhuan ini sedikit pun. Justeru, di samping berusaha untuk memuhasabah pemimpin yang tidak bergerak ini, kita juga wajib berusaha bagi memuhasabah pasukan tentera agar segera bertindak dan mereka (tentera) tidak lagi perlu mentaati pemimpin yang ada, kerana kesemua pemimpin yang ada telah melakukan kemaksiatan kepada Allah dan RasulNya, dengan tidak menggerakkan tentera. Sesungguhnya pasukan tentera boleh bergerak sendiri di dalam kes ini dan tidak lagi perlu mentaati pemimpin yang khianat kepada Allah, RasulNya dan kaum mukminin.

Kerana itulah Hizbut Tahrir Malaysia mengadakan demonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan bagi mendesak tentera agar segera bergerak ke Gaza. Kami sudah tidak mengharapkan pemimpin yang ada sekarang yang hanya tahu bercakap kononnya ingin menyelamatkan Gaza, namun ternyata mereka diselubungi sifat kemunafikan dan kebaculan. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi bagi mendesak sama ada pemerintah mahupun tentera, agar segera ke Gaza bagi menyelamatkan saudara-saudara kita di sana, dan seterusnya membebaskan Palestin dari Israel laknatullah. Dengan itu, barulah isu ‘tanah umat Islam yang dirampas golongan kuffar’ dapat diselesaikan.

Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik yang bergerak di seluruh dunia berterusan memuhasabah pemerintah dan juga tentera agar membebaskan kesemua tanah umat Islam yang dirampas dan menerapkan hukum Allah di situ. Di samping itu, Hizbut Tahrir berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Daulah Khilafah dan melantik seorang Khalifah bagi menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia dan menyatukan kita semua di bawah satu pemerintahan. Hizbut Tahrir yakin dengan adanya Khilafah, maka Insya Allah pasukan tentera kaum Muslimin akan digerakkan untuk berjihad melawan kuffar.

Khalifah jugalah yang akan menghapuskan batas politik ciptaan Barat sekarang yang kerananyalah umat Islam dihalang dari melakukan fardhu kifayah ini, iaitu berjihad membebaskan Al-Aqsa. Sesungguhnya jika tentera di gerakkan, sempadan dibuka dan umat Islam lainnya dibenarkan berjihad secara sukarela, dengan satu kepungan sahaja, Israel tentunya akan dapat dilemahkan dan dikalahkan. Kedudukan Israel yang di kelilingi oleh negara umat Islam amat memudahkan kita untuk mengalahkan mereka. Namun, oleh sebab pengkhianatan pemimpin negara Arab sekaranglah yang bersekutu dengan Israel dan bertindak seperti hamba kepada Amerika, maka umat Islam di Gaza terus menderita. Pasukan tentera hanya digunakan tidak lebih dari menjadi ‘bodyguard’ mereka sahaja. Lebih buruk, tentera yang ada digunakan untuk melindungi kepentingan Amerika dan Israel.

Jika dulu pasukan tentera Muslimin menjadi mulia kerana jihad tetapi sekarang tugas tentera kaum Muslimin menjadi hina. Di Malaysia contohnya, kita boleh melihat bagaimana tentera hanya digunakan untuk membersihkan kawasan, membantu mangsa banjir, membina rumah-rumah orang asli, membina jambatan untuk tanah runtuh dan seumpamanya. Semangat jihad yang sepatutnya mereka miliki, dan kerja-kerja jihad yang sepatutnya mereka pikul, telah bertukar menjadi sebatas 'kerja-kerja kebajikan’ adanya.

Sebagai Muslim, kita perlu ingat bahawa institusi Israel walaupun telah disahkan oleh PBB namun keberadaannya adalah hasil rampasan dari tanah kaum Muslimin. “Jewish national home in Palestin” adalah satu negara haram dan merupakan perampasan dari daerah-daerah Islam dan kewajipan kepada umat Islam untuk membebaskan tanah-tanah ini, dan menghapuskan Institusi Yahudi ini. Jadi sekali lagi umat Islam perlu membebaskan bumi Palestin dari institusi haram ini, dan tidak ada cara lain kecuali dengan cara jihad.

Dalam hal ini, perlu diperjelaskan bahawa hukum jihad berlaku dalam keadaan di mana:-

(i) Ketika kaum Muslimin atau negeri mereka diserang oleh orang-orang atau negara kafir, sebagaimana yang berlaku di Afghanistan dan Iraq yang diserang dan diduduki AS sampai sekarang. Juga dalam kes Gaza ini di mana tanah Palestin yang sebenarnya dijajah dan diserang Israel. Inilah yang disebut dengan jihad defensif. Dalam keadaan seperti ini, Allah SWT telah mewajibkan kaum Muslim untuk membalas serangan dan mengusirnya dari tanah kita:

“Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian, tetapi janganlah kalian melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [TMQ Al-Baqarah (2):190]

(ii) Apabila ada sekelompok umat Islam yang diperangi oleh orang-orang atau negara kafir, kaum Muslimin yang lain wajib menolong mereka. Ini kerana, kaum Muslimin itu bersaudara, laksana satu tubuh. Serangan atas sebahagian kaum Muslimin pada hakikatnya merupakan serangan terhadap seluruh kaum Muslimin yang lain. Oleh sebab itu, usaha untuk membela kaum Muslimin di Afghanistan, Irak atau Palestin, merupakan kewajiban kaum Muslimin di seluruh dunia. Allah SWT berfirman:

“Jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam urusan agama ini maka kalian wajib menolong mereka.” [TMQ al-Anfal (8):72]

Imam Ibn Abidin berkata, jihad menjadi fardhu ain jika musuh mencerobohi sempadan negara kaum Muslimin, dan menjadi fardu ain kepada orang yang tinggal di sekitarnya. Untuk orang yang tinggal jauh dari kawasan tersebut ianya menjadi fardhu kifayah, jika pertolongannya tidak diperlukan. Tetapi, jika pertolongannya diperlukan, kerana disebabkan pihak yang berhampiran tidak mampu menahan serangan musuh, atau enggan dan tidak melakukan jihad, maka ianya menjadi fardhu ain kepada orang berada kawasan seterusnya. Sebagaimana kewajipan solat dan puasa, tiada ruang untuk mereka meninggalkannya. Jika mereka juga tidak mampu maka kewajipannya itu berpindah kepada pihak yang seterusnya, dan begitulah seterusnya, sehingga jihad menjadi fardu ain kepada kaum Muslimin yang tinggal di Timur dan di Barat [Hasyiyah Ibn Abidin, III/348]

Kita perlu tahu bahawa pihak Israel bukan sahaja membunuh, mengebom dan memerangi kaum Muslimin, namun mereka juga telah membina ‘negara Yahudi’ di tanah yang dirampas dari kaum Muslimin. Mereka juga telah menguasai dan menodai tanah suci kaum Muslimin. Maka kewajipan atas tentera kaum Muslimin pada masa ini adalah untuk memerangi mereka, bukannya menjadi pengawal keselamatan kepada pemimpin sekular yang merupakan talibarut Amerika seperti pemimpin Mesir dan Arab Saudi sekarang.

Persoalan yang berlaku di Palestin sekarang adalah persoalan umat Islam yang sedang diperangi. Jadi, tidak ada jawapan lain untuk ‘menjawab’ perang yang dilancarkan oleh Israel ini kecuali kita memerangi mereka balik. Inilah perintah Allah kepada kita sebagaimana yang dijelaskan di dalam ayat di atas. Jadi, perang kita terhadap mereka adalah tidak lain kecuali jihad fi sabilillah, yakni dengan bergeraknya pasukan tentera kaum Muslimin ke sana. Dan pemerintah selaku orang yang bertanggungjawab untuk menggerakkan mereka ini ke medan jihad. Dan kita telah melihat sejak berpuluh tahun lamanya bahawa masalah Palestin tidak pernah selesai kerana penyelesaian sebenar (jihad) tidak di ambil oleh mereka yang memegang kekuasaan.

Sedarlah wahai pihak-pihak yang diberikan oleh Allah kekuasaan, sebelum Allah mencabut kekuasaan kamu dengan kehinaan dikeranakan kamu “cintakan dunia dan takut mati”. Sesungguhnya kekuasaan kamu tidak lama dan Allah berkuasa mencabutnya sekelip mata sahaja dan sesungguhnya kematian akan pasti menjemput kamu walau di mana kamu berada, walau di sebuah istana mewah yang dikelilingi tembok batu berlapis-lapis dan dijaga oleh ribuan pengawal keselamatan sekalipun.


SURAT UMMU TAQI DARI GAZA

Menemui saudara dan saudari seIslamku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan dari saudara-saudari seagamamu di Gaza. Dengarkanlah bagaimana keadaan kami di sini dan beritahukan kepada semua orang samada mereka yang kamu kenali mahupun tidak.

Pada tanggal 27hb Disember 2008, ketika kami di serang rejim Zionis, mereka bukan sahaja menyerang puak Hamas ataupun kaum Muslim di Gaza, tetapi mereka sebenarnya menyerang seluruh umat Islam. Mereka menyerang Islam dengan harapan mereka dapat melemahkannya dan akhirnya melenyapkan Islam dan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Dan sudah tentunya mereka tidak akan sekali-kali berhenti di sini. Mereka inginkan Al Aqsa kesayangan kita, mereka mahukan Tebing Barat dan percayalah kepada ku bahawasanya mereka mendambakan seluruh wilayah Timur Tengah.

Namun, mereka tidak akan pernah berjaya. Mereka tidak akan pernah dapat menghilangkan cahaya Allah, dari bumi ini, InsyaAllah.

Keadaan kami pada saat ini amat dahsyat dan mengerikan, tetapi keimanan kami tetap utuh. Alhamdulillah, walaupun kami tiada bekalan air dan sekiranya ada pun setitis air, ia adalah tercemar dan membawa seribu satu wabak penyakit. Kami tiada wang untuk membeli air mineral dan seandainya kami menjumpai wang pun, mereka yang menjualnya mengatakan kepada kami, bekalan tiada dan amatlah merbahaya untuk mereka keluar mendapatkan bekalan baru. Kami juga tiada bahan api(gas) semenjak empat bulan lalu. Kami memasak sedikit makanan yang kami ada dengan api sebenar yang kami pelajari bagaimana untuk menyalakannya.

Kerabat lelaki kami telah kehilangan semua pekerjaan mereka. Pada masa ini,mereka hanya menghabiskan masa di rumah. .Suamiku menghabiskan masa seharian hanya untuk merayau-rayau dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata untuk mencari keperluan asas seperti seteguk air. Kebiasaannya beliau akan pulang dengan tangan kosong. Tiada sebarang sekolah mahupun bank-bank yang dapat kami keluarkan wang simpanan kami. Hanya terdapat beberapa hospital yang masih dibuka untuk merawat mereka yang tercedera.

Kami sedar bahawa kami sentiasa mempertaruhkan nyawa apabila kami keluar atau berada di luar rumah. Rejim Zionis mengenakan perintah berkurung dari jam 1pm hingga 4pm. Mereka mengatakan adalah selamat untuk kami keluar mendapatkan bekalan asas pada waktu-waktu tertentu, tetapi semua itu adalah satu pembohongan. . Bahkan mereka telah sering menggunakan peluang yang ada itu untuk menambah senarai Syuhada’ didalam koleksi mereka.

Kami memakan nasi dan roti secara berselang hari. Daging dan susu adalah satu kemewahan buat kami. Rejim Israel menggunakan kaedah perang kimia di kawasan sempadan. Mereka membunuh kami menggunakan peluru-peluru dan kereta perisai dan pesawat B52, tidak cukup dengan itu,bahkan mereka juga membunuh kami secara perlahan-lahan dengan membiarkan anak-anak kami mati kelaparan, mengakibatkan penyakit-penyakit yang tidak dapat diceritakan dengan menggunakan perang kimia mereka. Mereka bahkan hanya ketawa di saat melihat kami berterusan menderita dan tidak mampu menahan penyeksaan ini lagi.

Pada ketika semua ini dilakukan, kami diberitahu bahawa semua orang di seluruh dunia melakukan demonstrasi. MasyaAllah, mengenangkan anda semua pergi ke kedutaan-kedutaan dengan meninggalkan kediaman anda memberikan kami satu perasaan bahawa kami tidak bersendirian dalam perjuangan ini.

Akan tetapi, anda akan pulang semula ke rumah dan mengunci pintu pada waktu malam. Kami tidak mampu melakukan itu. Aku sendiri terpaksa meninggalkan rumahku yang berada di tingkat dua pada setiap malam untuk menumpang di rumah adikku di tingkat bawah. Seandainya kami diserang, adalah lebih mudah untuk kami lari menyelamatkan diri

Namun Umat bertanyakan dimanakah bala tentera kaum Muslim? Dimanakah Kemenangan? Dan dimanakah pemimpin sebenar kami yang akan menyelamatkan kami dari kematian ini? Dimanakah bala tentera Salahuddin Al Ayubbi? Usahlah berharap dan merayu kepada PBB, mereka memperkenalkan Israel pada tahun1949 sebagai sebuah Negara dan menjamin nasib kami seperti hari ini. Janganlah berpaling kepada Amerika atau British, apakah mereka tidak mencerobohi umat Islam di Iraq dan Afghanistan.

Serulah pasukan tentera di Mesir, Syria, Turkey dan Libya. Dimanakah mereka? Adakah mereka tegar melihat wanita-wanita meraung dan merintih meminta ikhsan pertolongan pada saat mereka mengebumikan anak-anak kecil mereka? Adakah jeritan dan tangisan adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang kamu didengari oleh telinga-telinga yang pekak? Kami juga mempunyai hak untuk makan dan minum dalam suasana yang selamat dan sejahtera. Kami juga mempunyai hak untuk bergembira, ketawa dan hidup dengan dipenuhi impian seperti anda semua. Ataukah kami tidak berhak???

Ya, memang benar kami sudah keletihan. Apabila aku mendengar bunyi roket-roket dan bom serta melihat pesawat-pesawat yang berterbangan amat rapat mendekati rumahku, aku menjerit-jerit bersama anak lelaki kecilku dan di saat itu, suamiku hanya mampu terduduk kaku dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.

Saudara-saudaraku, tentunya kamu mengetahui bagaimana perasaannya apabila kamu tidak berdaya untuk mempertahankan maruah dan kehidupan keluarga kamu. Ia membunuh sesuatu dari dalam hati suami ku. Kami sering tertanya-tanya, bilakah mereka(para pemimpin umat) akan menjual tanah kami ini dengan harga yang murah. Adakah dengan seribu atau dua ribu kematian. Kami sedang menunggu untuk melihatnya. Inilah yang telah terjadi pada kami.

Dengan semua ini, tiada siapa yang dapat menyelamatkan kami melainkan hanya Allah Subhanahu wa Taala. Janganlah kamu sekalian melupakan kami di sini kerana hanya kamu lah yang kami ada sekarang ini. Sumbangan dan sedekah kamu tidak sampai ke tangan kami dan apabila mereka membuka sempadan itu, hanya segelintir yang mendapatnya. Mereka yang mendapatnya(sumbangan) itu juga tidak mampu berbuat apa-apa dengannya kerana kami terpaksa mempertaruhkan nyawa hanya untuk pergi membeli makanan.

Mereka(Israel) akan membunuh sesiapa sahaja walaupun seorang anak kecil berumur lima tahun yang membawa makanan untuk keluarganya. Kami ingin hidup dengan usaha dan peluh saudara-saudara Islam kami, bukannya orang lain kerana kami semakin menghampiri kematian.

Teruskan lah usaha di jalan Allah ini dan berdoa serta bekerjalah untuk kemenangan yang semakin menghampiri dan seterusnya bakal menyelamatkan umat di segenap pelusuk, InsyaAllah.

Semoga Allah Subhanahu wa Taala mengukuhkan kita di atas DeenNya pada masa sukar dan senang. Ya Allah, kurniakanlah kami kemenangan dengan segera dan kembalikan lah Islam di bawah satu kekuasaan yang mana kami hidup di dalamnya. Ya Allah, kirimkanlah kami anak-anak Salahuddin, tentera Islam untuk menyelamatkan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam dari kekejaman yang kami sedang bergelumang hidup di dalamnya. Ya Allah, lindungilah anak-anak kami dan hapuskan lah zionis dari tanah kami. Ya Allah, saksikanlah pada hari ini, kami mengadukan tentang pengkhianatan pemimpin kami kepadaMu, dan kami berdoa agar Engkau Ya Allah, mengembalikan segera pemimpin sebenar kami, iaitu Khalifah. Amin.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudarimu Ummu Taqi

HAKIKAT PENYELESAIAN MASALAH PALESTIN


HAKIKAT PENYELESAIAN MASALAH PALESTIN



Krisis Palestin yang berpanjangan ini menimbulkan pertanyaan di benak kita. Bagaimana penyelesaian yang sebenar mengenai krisis ini? Mengapa krisis ini berlarutan dan berpanjangan? Apakah sebenarnya di sebalik krisis ini?


Untuk mencari penyelesaian sebenar megenai krisis Palestin ini,kita mesti mengenal-pasti akar masalahnya terlebih dahulu. Seperti seorang doktor, ketika hendak mengubati pesakitnya, ia akan mencari akar penyebab penyakitnya dan seterusnya memberikan ubat untuk menyembuhkannya, bukannya dengan memberikan ubat atas setiap penyakit yang dialaminya tanpa mengenal-pasti terlebih dahulu mengenai penyakitnya.


Penyelesaian pemukiman kembali rakyat Palestin dan pemberian kemerdekaan kepada rakyat Palestin jelas bukanlah penyelesaian sebenar dan mendasar, tetapi ia merupakan penyelesaian yang penuh dengan penipuan dan jauh dari akar masalahnya. Masalah Palestin secara realitinya,muncul sebagai masalah politik sejak tahun 1916 M ketika wilayah Khilafah Turki Utsmaniyah dibahagi-bahagikan di antara negara Eropah, khususnya antara Perancis dan Inggeris. Pada tahun itu, menteri luar negeri kedua negara, iaitu Sykes dan Picot, menyetujui perjanjian pembahagian wilayah Timur Tengah bagi kedua negara. Perjanjian ini dikenal sebagai perjanjian Sykes-Picot. Palestin ditetapkan sebagai perbatasan kedua wilayah. Untuk itu, mereka menjadikan Palestin sebagai wilayah antarabangsa. Inilah usaha untuk menyerahkan Palestin kepada Yahudi.


Setelah itu, diadakan pertemuan Balfour, yang menyetujui penyerahan Palestin kepada Yahudi. Kedua negara tersebut memberikan bantuan dari segi harta, senjata, dan bantuan lainnya bagi berdirinya negara Yahudi. Jadi, negara-negara besar Eropahlah (khususnya Inggeris dan Perancis) yang melahirkan negara Yahudi.


Sedangkan secara idea, masalah Pelestin muncul sejak Napoleon menyerang negeri Syam. Ketika itu di Eropah mengembang idea menanam orang-orang Yahudi di jantung wilayah kaum Muslimin, menjauhkan Yahudi dari Eropah, dan membersihkan Eropah dari orang Yahudi. Secara politik, idea ini muncul ke permukaan ketika Lord Cambel sebagai mewakili Inggeris dan negara Eropah menyebarkan suatu ketetapan. Di dalamnya ia menyatakan:



Di sana terdapat satu bangsa yang saling berhubungan, tinggal di sekitar Teluk; bahasa mereka satu, agama mereka satu, tanah mereka saling berhubungan dan dulu bergabung (jadi satu), dan harapan mereka juga satu. Hari ini mereka ada di bawah kekuasan kita, tetapi ia mulai menggeliat. Lalu apa yang akan terjadi pada kita jika ia bangun dan menjadi raksasa? Oleh karena itu, wajib bagi kita untuk memastikan pengikatan bangsa ini dengan mengadakan negara di tengah-tengah mereka, yang nanti menjadi teman kita dan musuh bagi penduduk wilayah itu, dan negara itu menjadi kekuatan yang menusuk raksasa tidur itu setiap kali ia hendak bangun.


Ketika negara Yahudi berdiri di Palestin, pandangan umum di negeri-negeri Arab dan kaum Muslimin umumnya berpusat pada tuntutan pembebasan Palestin. Bahkan tuntutan ini menjadi tuntutan rasmi negara-negara Arab. Namun, setelah peristiwa "peperangan" antara beberapa negara Arab dan Israel, pandangan yang berkembang berubah. Tuntutan yang ada justru tuntutan akan kemerdekaan Palestin. Ketika saat itulah tuntutan itu telah menyimpang dari masalah hakiki yang ada. Tuntutan yang telah menyimpang inilah yang ketika ini diperjuangkan. Tentu ini bukanlah penyelesaian sebenar, kerana sudah menyimpang dari masalah hakikinya.


Jadi, masalah hakikinya adalah negara musuh yang diadakan di jantung kaum Muslimin yang bertunjang pada Barat dan menjadi musuh kaum Muslimin. Negara inilah yang menghalangi penyatuan bangsa-bangsa Muslim (khususnya bangsa-bangsa Timur Tengah) sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Muslim, sekaligus menusuk bangsa itu setiap kali hendak bangkit. Negara yang mereka adakan itulah yang dinamakan Israel.


Dengan demikian, masalah hakiki dari krisis Palestin adalah perampasan tanah Palestin yang didalangi oleh Barat dengan tujuan untuk membentuk negara yang memusuhi kaum Muslim di jantung wilayah kaum Muslimin sendiri. Semua itu untuk menghalangi kaum Muslimin yang dahulunya merupakan bangsa yang satu; dengan bahasa yang satu, agama yang satu, dan harapan yang satu untuk bangkit dari kemundurannya. Negara Israel diwujudkan agar menjadi aktor yang menusuk kaum Muslimin setiap kali kaum Muslimin mulai hendak bangun, atau bahkan agar menusuk kaum Muslimin sebelum kaum Muslimin bangun (bangkit). Inilah masalah hakiki dari krisis Palestin.


AS, yang mewarisi kepemimpinan kapitalis dari Inggeris, juga mewarisi tujuan ini. Oleh kerana itu, AS dan Barat sesungguhnya tidak ingin menyelesaikan masalah Palestin secara sebenar dan menyeluruh. Sebab, penyelesaian sebenar masalah Palestin justru akan mendatangkan ancaman besar bagi mereka. Mereka justru berusaha menjadikan krisis Palestin sebagai krisis yang berlarutan dan berpanjangan sehingga menghabiskan tenaga dan memutuskan harapan kaum Muslimin. Dengan begitu, ketika kaum Muslimin kehabisan tenaga dan putus asa sehingga menerima setiap bentuk tawaran Barat yang mereka dakwakan sebagai penyelesaian. Di samping itu, dengan berlarutannya krisis Palestin, hal itu akan mengalih perhatian kaum Muslimin agar tertumpu seluruhnya pada krisis Palestin dan melupakan masalah utama mereka, iaitu kemunduran akibat hilangnya institusi kenegaraan mereka, iaitu Daulah Khilafah Islamiyah. Masalah itu juga akan melalaikan kaum Muslimin dari memerhatikan berbagai tipu-daya kaum kafir Barat yang merampas kekayaan negeri kaum Muslimin.


PENYELESAIAN SEBENAR


Ketika kita telah mengetahui secara benar dan mendalami masalah hakiki atau akar masalah krisis Palestin,maka kita dapat mencari penyelesaian sebenarnya. Penyelesaian mendasar ini adalah penyelesaian syar`i, iaitu penyelesaian yang diberikan oleh Zat Pencipta Manusia, yakni Allah SWT.Penyelesaian syar`i dapat kita peroleh dengan merujuk pada nash-nash syariat. Allah memerintahkan kita untuk merujuk dan mengembalikan permasalahan kita pada ketentuan Kitabullah dan Sunah Nabi-Nya (An-Nisa' [4]: 59). {Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.}


Dengan demikian, penyelesaian krisis Palestin ini wajib kita kembalikan pada ketentuan syariat.


Jika masalah hakikinya adalah perampasan tanah Palestin—tanah kaum Muslimin—oleh Yahudi yang didalangi oleh Barat maka penyelesaiannya adalah seperti yang difirmankan oleh Allah:



Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian, tetapi jangan melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Bunuhlah mereka di mana saja kalian jumpai mereka dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kalian. (Al-Baqarah [2]: 190-191).


Mereka telah memerangi kaum Muslimin, merampas tanah-tanah kaum Muslimin, dan mengusir kaum Muslimin dari negeri mereka sendiri. Oleh kerana itu, penyelesaian syar`i-nya adalah dengan jalan memerangi mereka dan mengusir mereka dari negeri kaum Muslimin. Jadi, penyelesaian krisis Palestin adalah jihad fi sabilillah, tidak ada yang lain.


Pembebasan tanah Palestin dari penjajahan Israel yang didalangi Barat adalah salah satu masalah utama kaum Muslimin. Jihad sebagai penyelesaian harus dijadikan sebagai agenda pokok kaum Muslimin dalam membebaskan Palestin, sekalipun akan menjadikan ribuan Muslimin syahid di dalamnya. Inilah penyelesaian sebenar secara syariat.


Supaya penyelesaian ini dapat dijalankan secara sempurna harus ada pengerahan pasukan dan persenjataan kaum Muslimin. Untuk saat ini, langkah praktis yang harus ditempuh jelas tidak akan terlaksana kecuali oleh negara, kerana negaralah yang memiliki pasukan dan perlengkapan ketenteraan yang mencukupi. Oleh kerana itu, kaum Muslimin di seluruh dunia harus mendorong dan mendesak para penguasa Muslimin, khususnya para penguasa di Timur Tengah, untuk bersama-sama mengirimkan tenteranya ke Palestin dalam rangka mengusir Israel. Merekalah yang bertanggung jawab, karena sikap diam merekalah krisis Palestin terus berlarutan.


Sementara itu, dalam tataran ideal, kaum Muslimin mesti terus berusaha mewujudkan negara Khilafah dan mengangkat seorang khalifah di tengah-tengah kaum Muslimin. Khalifahlah yang akan mampu menyatukan gerak dan langkah seluruh kaum Muslimin dalam menyelesaikan krisis Palestin dan berbagai krisis lain yang menimpa kaum Muslimin. Khalifah pula yang akan senantiasa memerhatikan berbagai masalah kaum Muslimin. Dia akan menjadikan masalah Palestin sebagai masalah vital yang patut mendapat curahan segenap usaha dan kekayaan serta persenjataan.


Wahai Kaum Muslimin!


Masalah Palestin adalah masalah kita. Penyelesaian syar`i-nya adalah jihad. Untuk menegakkan jihad ini secara sempurna kita mesti mewujudkan Khilafah Islamiyah. Hanya Khilafah Islamiyahlah yang dapat menyelesaikan masalah Palestin ini dan juga masalah kaum Muslimin lainnya sampai ke akar-akarnya. Oleh kerana itu, wahai kaum Muslimin, kita mesti berusaha menyelesaikan masalah Palestin ini sampai ke akar-akarnya. Untuk itu, Allah mewajibkan kita untuk menegakkan Khilafah Islamiyah. Usaha untuk menegakkan Khilafah Islamiyah adalah usaha kita menyelesaikan seluruh masalah kaum Muslimin sejak dari akarnya sekaligus sebagai jawapan kita atas seruan Allah dan Rasulnya. Mahukah kita menjadi bahagian orang-orang yang menjawab dan menyambut seruan Allah dan Rasul-Nya?


Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian pada suatu yang memberi kehidupan kepada kalian (Al-Anfal [8]: 24).


BERKAITAN PERMASALAHAN PALESTIN TERSEBUT,MAKA KAUM MUSLIMIN SEMESTINYA:


Pertama, menyedari bahawa permasalahan Palestin adalah permasalahan kaum Muslimin di seluruh dunia, kerana Palestin adalah tanah kaum Muslimin sedunia dan rakyat Palestin adalah saudara seakidah.


Kedua, memahami bahawa satu-satunya penyelesaian syar`i sekaligus rasional untuk menyelesaikan masalah Palestin adalah jihad fi sabilillah, kerana israel telah merampas tanah milik kaum Muslimin. Penyelesaian secara perjanjian damai dengan Israel adalah bertentangan dengan tuntutan Islam, juga justru terbukti semakin menistakan kaum Muslimin Palestin.


Ketiga, kaum Muslimin di seluruh dunia mesti menekan para penguasa mereka agar: (1) menghentikan dokongan mereka atas inisiatif perdamaian yang diajukan AS dan Israel kepada Palestin; (2) mengerahkan para tenteranya untuk berjihad melawan sekaligus mengusir Israel dari tanah Palestin; (3) mencabut kesetiaan dan ketundukannya pada setiap kemahuan AS.


Keempat, terus menyerukan tentang pentingnya mewujudkan kembali Negara Khilafah Islamiyah. Sebab, di samping merupakan kewajipan syariat, Khilafah adalah satu-satunya yang pasti dapat menyelesaikan setiap persoalan dan permasalahan yang mendera kaum Muslimin di seluruh dunia, termasuk masalah Palestin.


Itulah yang mesti dilakukan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia. Hanya dengan itulah masalah Palestin akan dapat diselesaikan dan kemuliaan kaum Muslimin dapat diraih. Tak selayaknya kaum Muslimin berdiam diri.


Allah SWT berfirman:


Siapa saja yang menghendaki kemuliaan, kemuliaan itu seluruhnya kepunyaan Allah." (Al- Fathir [35] : 10).


Wallahu a'lam bi ash-shawab.

 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR