HAKIKAT PENYELESAIAN MASALAH PALESTIN
HAKIKAT PENYELESAIAN MASALAH PALESTIN
Krisis Palestin yang berpanjangan ini menimbulkan pertanyaan di benak kita. Bagaimana penyelesaian yang sebenar mengenai krisis ini? Mengapa krisis ini berlarutan dan berpanjangan? Apakah sebenarnya di sebalik krisis ini?
Untuk mencari penyelesaian sebenar megenai krisis Palestin ini,kita mesti mengenal-pasti akar masalahnya terlebih dahulu. Seperti seorang doktor, ketika hendak mengubati pesakitnya, ia akan mencari akar penyebab penyakitnya dan seterusnya memberikan ubat untuk menyembuhkannya, bukannya dengan memberikan ubat atas setiap penyakit yang dialaminya tanpa mengenal-pasti terlebih dahulu mengenai penyakitnya.
Penyelesaian pemukiman kembali rakyat Palestin dan pemberian kemerdekaan kepada rakyat Palestin jelas bukanlah penyelesaian sebenar dan mendasar, tetapi ia merupakan penyelesaian yang penuh dengan penipuan dan jauh dari akar masalahnya. Masalah Palestin secara realitinya,muncul sebagai masalah politik sejak tahun 1916 M ketika wilayah Khilafah Turki Utsmaniyah dibahagi-bahagikan di antara negara Eropah, khususnya antara Perancis dan Inggeris. Pada tahun itu, menteri luar negeri kedua negara, iaitu Sykes dan Picot, menyetujui perjanjian pembahagian wilayah Timur Tengah bagi kedua negara. Perjanjian ini dikenal sebagai perjanjian Sykes-Picot. Palestin ditetapkan sebagai perbatasan kedua wilayah. Untuk itu, mereka menjadikan Palestin sebagai wilayah antarabangsa. Inilah usaha untuk menyerahkan Palestin kepada Yahudi.
Setelah itu, diadakan pertemuan Balfour, yang menyetujui penyerahan Palestin kepada Yahudi. Kedua negara tersebut memberikan bantuan dari segi harta, senjata, dan bantuan lainnya bagi berdirinya negara Yahudi. Jadi, negara-negara besar Eropahlah (khususnya Inggeris dan Perancis) yang melahirkan negara Yahudi.
Sedangkan secara idea, masalah Pelestin muncul sejak Napoleon menyerang negeri Syam. Ketika itu di Eropah mengembang idea menanam orang-orang Yahudi di jantung wilayah kaum Muslimin, menjauhkan Yahudi dari Eropah, dan membersihkan Eropah dari orang Yahudi. Secara politik, idea ini muncul ke permukaan ketika Lord Cambel sebagai mewakili Inggeris dan negara Eropah menyebarkan suatu ketetapan. Di dalamnya ia menyatakan:
Di sana terdapat satu bangsa yang saling berhubungan, tinggal di sekitar Teluk; bahasa mereka satu, agama mereka satu, tanah mereka saling berhubungan dan dulu bergabung (jadi satu), dan harapan mereka juga satu. Hari ini mereka ada di bawah kekuasan kita, tetapi ia mulai menggeliat. Lalu apa yang akan terjadi pada kita jika ia bangun dan menjadi raksasa? Oleh karena itu, wajib bagi kita untuk memastikan pengikatan bangsa ini dengan mengadakan negara di tengah-tengah mereka, yang nanti menjadi teman kita dan musuh bagi penduduk wilayah itu, dan negara itu menjadi kekuatan yang menusuk raksasa tidur itu setiap kali ia hendak bangun.
Ketika negara Yahudi berdiri di Palestin, pandangan umum di negeri-negeri Arab dan kaum Muslimin umumnya berpusat pada tuntutan pembebasan Palestin. Bahkan tuntutan ini menjadi tuntutan rasmi negara-negara Arab. Namun, setelah peristiwa "peperangan" antara beberapa negara Arab dan
Jadi, masalah hakikinya adalah negara musuh yang diadakan di jantung kaum Muslimin yang bertunjang pada Barat dan menjadi musuh kaum Muslimin. Negara inilah yang menghalangi penyatuan bangsa-bangsa Muslim (khususnya bangsa-bangsa Timur Tengah) sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Muslim, sekaligus menusuk bangsa itu setiap kali hendak bangkit. Negara yang mereka adakan itulah yang dinamakan Israel.
Dengan demikian, masalah hakiki dari krisis Palestin adalah perampasan tanah Palestin yang didalangi oleh Barat dengan tujuan untuk membentuk negara yang memusuhi kaum Muslim di jantung wilayah kaum Muslimin sendiri. Semua itu untuk menghalangi kaum Muslimin yang dahulunya merupakan bangsa yang satu; dengan bahasa yang satu, agama yang satu, dan harapan yang satu untuk bangkit dari kemundurannya. Negara
AS, yang mewarisi kepemimpinan kapitalis dari Inggeris, juga mewarisi tujuan ini. Oleh kerana itu, AS dan Barat sesungguhnya tidak ingin menyelesaikan masalah Palestin secara sebenar dan menyeluruh. Sebab, penyelesaian sebenar masalah Palestin justru akan mendatangkan ancaman besar bagi mereka. Mereka justru berusaha menjadikan krisis Palestin sebagai krisis yang berlarutan dan berpanjangan sehingga menghabiskan tenaga dan memutuskan harapan kaum Muslimin. Dengan begitu, ketika kaum Muslimin kehabisan tenaga dan putus asa sehingga menerima setiap bentuk tawaran Barat yang mereka dakwakan sebagai penyelesaian. Di samping itu, dengan berlarutannya krisis Palestin, hal itu akan mengalih perhatian kaum Muslimin agar tertumpu seluruhnya pada krisis Palestin dan melupakan masalah utama mereka, iaitu kemunduran akibat hilangnya institusi kenegaraan mereka, iaitu Daulah Khilafah Islamiyah. Masalah itu juga akan melalaikan kaum Muslimin dari memerhatikan berbagai tipu-daya kaum kafir Barat yang merampas kekayaan negeri kaum Muslimin.
PENYELESAIAN SEBENAR
Ketika kita telah mengetahui secara benar dan mendalami masalah hakiki atau akar masalah krisis Palestin,maka kita dapat mencari penyelesaian sebenarnya. Penyelesaian mendasar ini adalah penyelesaian syar`i, iaitu penyelesaian yang diberikan oleh Zat Pencipta Manusia, yakni Allah SWT.Penyelesaian syar`i dapat kita peroleh dengan merujuk pada nash-nash syariat. Allah memerintahkan kita untuk merujuk dan mengembalikan permasalahan kita pada ketentuan Kitabullah dan Sunah Nabi-Nya (An-Nisa' [4]: 59). {Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.}
Dengan demikian, penyelesaian krisis Palestin ini wajib kita kembalikan pada ketentuan syariat.
Jika masalah hakikinya adalah perampasan tanah Palestin—tanah kaum Muslimin—oleh Yahudi yang didalangi oleh Barat maka penyelesaiannya adalah seperti yang difirmankan oleh Allah:
Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian, tetapi jangan melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Bunuhlah mereka di mana saja kalian jumpai mereka dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kalian. (Al-Baqarah [2]: 190-191).
Mereka telah memerangi kaum Muslimin, merampas tanah-tanah kaum Muslimin, dan mengusir kaum Muslimin dari negeri mereka sendiri. Oleh kerana itu, penyelesaian syar`i-nya adalah dengan jalan memerangi mereka dan mengusir mereka dari negeri kaum Muslimin. Jadi, penyelesaian krisis Palestin adalah jihad fi sabilillah, tidak ada yang lain.
Pembebasan tanah Palestin dari penjajahan
Supaya penyelesaian ini dapat dijalankan secara sempurna harus ada pengerahan pasukan dan persenjataan kaum Muslimin. Untuk saat ini, langkah praktis yang harus ditempuh jelas tidak akan terlaksana kecuali oleh negara, kerana negaralah yang memiliki pasukan dan perlengkapan ketenteraan yang mencukupi. Oleh kerana itu, kaum Muslimin di seluruh dunia harus mendorong dan mendesak para penguasa Muslimin, khususnya para penguasa di Timur Tengah, untuk bersama-sama mengirimkan tenteranya ke Palestin dalam rangka mengusir
Sementara itu, dalam tataran ideal, kaum Muslimin mesti terus berusaha mewujudkan negara Khilafah dan mengangkat seorang khalifah di tengah-tengah kaum Muslimin. Khalifahlah yang akan mampu menyatukan gerak dan langkah seluruh kaum Muslimin dalam menyelesaikan krisis Palestin dan berbagai krisis lain yang menimpa kaum Muslimin. Khalifah pula yang akan senantiasa memerhatikan berbagai masalah kaum Muslimin. Dia akan menjadikan masalah Palestin sebagai masalah vital yang patut mendapat curahan segenap usaha dan kekayaan serta persenjataan.
Wahai Kaum Muslimin!
Masalah Palestin adalah masalah kita. Penyelesaian syar`i-nya adalah jihad. Untuk menegakkan jihad ini secara sempurna kita mesti mewujudkan Khilafah Islamiyah. Hanya Khilafah Islamiyahlah yang dapat menyelesaikan masalah Palestin ini dan juga masalah kaum Muslimin lainnya sampai ke akar-akarnya. Oleh kerana itu, wahai kaum Muslimin, kita mesti berusaha menyelesaikan masalah Palestin ini sampai ke akar-akarnya. Untuk itu, Allah mewajibkan kita untuk menegakkan Khilafah Islamiyah. Usaha untuk menegakkan Khilafah Islamiyah adalah usaha kita menyelesaikan seluruh masalah kaum Muslimin sejak dari akarnya sekaligus sebagai jawapan kita atas seruan Allah dan Rasulnya. Mahukah kita menjadi bahagian orang-orang yang menjawab dan menyambut seruan Allah dan Rasul-Nya?
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian pada suatu yang memberi kehidupan kepada kalian (Al-Anfal [8]: 24).
BERKAITAN PERMASALAHAN PALESTIN TERSEBUT,MAKA KAUM MUSLIMIN SEMESTINYA:
Pertama, menyedari bahawa permasalahan Palestin adalah permasalahan kaum Muslimin di seluruh dunia, kerana Palestin adalah tanah kaum Muslimin sedunia dan rakyat Palestin adalah saudara seakidah.
Kedua, memahami bahawa satu-satunya penyelesaian syar`i sekaligus rasional untuk menyelesaikan masalah Palestin adalah jihad fi sabilillah, kerana
Ketiga, kaum Muslimin di seluruh dunia mesti menekan para penguasa mereka agar: (1) menghentikan dokongan mereka atas inisiatif perdamaian yang diajukan AS dan Israel kepada Palestin; (2) mengerahkan para tenteranya untuk berjihad melawan sekaligus mengusir Israel dari tanah Palestin; (3) mencabut kesetiaan dan ketundukannya pada setiap kemahuan AS.
Keempat, terus menyerukan tentang pentingnya mewujudkan kembali Negara Khilafah Islamiyah. Sebab, di samping merupakan kewajipan syariat, Khilafah adalah satu-satunya yang pasti dapat menyelesaikan setiap persoalan dan permasalahan yang mendera kaum Muslimin di seluruh dunia, termasuk masalah Palestin.
Itulah yang mesti dilakukan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia. Hanya dengan itulah masalah Palestin akan dapat diselesaikan dan kemuliaan kaum Muslimin dapat diraih. Tak selayaknya kaum Muslimin berdiam diri.
Allah SWT berfirman:
Siapa saja yang menghendaki kemuliaan, kemuliaan itu seluruhnya kepunyaan Allah." (Al- Fathir [35] : 10).
Wallahu a'lam bi ash-shawab.
assalamualaikum..Hello bro mana tentera HT nya kat palestin.. BIla orang tanya HT duk cari salah orang lain.. Mana HT.. Pie la tolong ummah Islam kat Palestin.. agak dah menang nanti boleh la tegakkan Khalifah ikut cara HT.. Kalo setakat minta tanda tangan.. Tabligh pun boleh tolong kome.. Jangan la duk berteori.. Tanpa praktikel.. Adik kawe pun yang kecik tue boleh berteori.. semata.. Duk surau cite jihad.. Pas tue setakat maksiat kawasan persekitaran budak-budak HT tak boleh settle.. JAngan berangan la ooo.. HT nie niat comey dah.. TP, tak ngaji habis.. Nie la masalah.. bila orang tanya dia salahkan orang balik..