ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


KEGANASAN PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT

KEGANASAN PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT

Sejak ‘Perang Melawan Pengganas’ dilancarkan oleh rejim Amerika, mereka telah berjaya membunuh ratusan ribu umat Islam di seluruh dunia. AS sebenarnya tidak akan meraih kejayaan ini kecuali kerana adanya pengkhianatan oleh pemimpin umat Islam sendiri. AS tidak akan dapat menyerang Afghanistan jika tidak dibantu oleh negara-negara umat Islam yang ada di sekitar Afghanistan. AS juga tidak akan berjaya memasuki ruang udara atau tanah Iraq kecuali kerana mereka dibenarkan membina pengkalan-pengkalan tentera di Arab Saudi, Mesir, Kuwait dan lain-lain. Pendek kata segala kejayaan rejim AS dalam membunuh umat Islam adalah kerana adanya sokongan dan kerjasama erat yang diberikan oleh para pengkhianat ini. Yang lebih menyedihkan, walaupun AS telah ‘berhenti sejenak’ dari membunuh umat Islam, namun pemimpin-pemimpin ini nampaknya tidak pernah berhenti ‘mengganas’ dengan membunuh rakyat mereka sendiri khususnya dari kalangan umat Islam, untuk kepentingan AS.

Istilah ‘pengganas’ telah dipropagandakan oleh AS agar menjadi sinonim dengan kaum Muslimin, khususnya terhadap mereka yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. AS seterusnya berjaya ‘memprogramkan’ pemikiran pemimpin dunia Islam bahawa golongan ini adalah merbahaya dan ‘wajib’ diperangi. Justeru, siapa sahaja yang didapati berusaha untuk mengembalikan Islam atau Daulah Islam, maka mereka akan dipantau, ditangkap, dipenjara bahkan dibunuh. Walaupun golongan ini jelas tidak mempunyai senjata dan hanya berdakwah dengan pemikiran, namun, bagi pemerintah yang telah ‘terprogram’ ini, asalkan para pendakwah ini adalah golongan yang tidak sepemikiran dengan mereka, maka golongan ini mesti diperangi.




Umat Islam rata-rata telah menyedari bahawa pengganas sebenar di dunia ini adalah AS dan sekutu mereka. Cuma satu hal yang jarang terlintas pada pemikiran umat Islam adalah bahawasanya sebahagian dari pemimpin mereka juga adalah‘pengganas’ sebagaimana AS. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas(Palestin), Muammar Gaddafi (Libya), Hosni Mubarak (Mesir), Islam Karimov(Uzbekistan), Perves Musharraf (Pakistan) dan banyak lagi pemimpin kaum Muslimin lainnya. Ini belum masuk lagi pemimpin yang telah dicabut nyawanya oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka ini adalah para pemimpin yang terkenal suka membunuh rakyat sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka, khususnya dari gerakan-gerakan Islam yang ingin menegakkan semula Islam. Para pemimpin ini menggunakan pasukan keselamatan yang ada pada mereka bukan untuk meninggikan agama Allah, tetapi untuk menangkap, memenjara, menyiksa dan membunuh rakyat mereka sendiri yang dianggap musuh atau mengancam pemerintahan mereka. Mereka ini dikatakan salah dan merbahaya hanya kerana mereka berjuang untuk menegakkan agama Allah, walaupun si pemimpin tadi sedar bahawa perjuangan mereka tidak melibatkan sebutir peluru pun. Kebanyakan mereka dibunuh dengan kejam oleh sang pemimpin tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Inilah keganasan pemimpin terhadap rakyatnya sendiri. Anehnya, para pemimpin ini menuduh bahawa rakyat mereka adalah pengganas!

Peristiwa yang berlaku di Masjid Lal (Masjid Merah) di Pakistan merupakan antara siri keganasan terbaru yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin umat Islam (Musharraf) ke atas rakyatnya sendiri (yang kesemuanya terdiri dari kaum Muslimin). Isu ini bermula apabila Musharraf memusnahkan enam buah masjid yang didakwanya dibina secara tidak sah di atas tanah kerajaan. Ini menyebabkan pelajar perempuan dari Jami’ah Hafsa terpaksa menginap di perpustakaan sejak awal tahun lalu. Bagi peneliti, tidaklah begitu sukar untuk memahami kenapa hal ini terjadi. Musharraf sebenarnya memerlukan satu ‘tarikan politik’ kerana pihak pembangkang secara berterusan telah membina momentum bagi menghalang beliau dilantik semula sebagai Presiden melalui National and Provincial Assemblies yang dijangka berlangsung akhir tahun ini. Musharraf dilihat terdesak untuk mempertahankan jawatan Presiden dan Ketua Staf Tentera, yang merupakan sumber kuasanya sekarang. Daripada menghadapi risiko dengan bergantung nasib kepada assemblies (perhimpunan) baru, Musharraf sedang berusaha untuk mendapatkan ‘rubber stamp’ untuk memerintah lima tahun lagi, dengan menggunakan assemblies yang ada sekarang. AS menyedari bahawa agen peliharaannya ini tidak akan kekal lama di kerusi pemerintahan. Oleh itu, AS mula memberi tekanan bagi memastikan Musharraf terus setia dan dapat menurut segala arahan.

Bagi mendapat ‘tarikan’ untuk mengekalkan kuasanya, sekaligus untuk membuktikan kesetiaan kepada tuannya (AS), Musharraf telah melakukan serangan dan pembantaian di luar batas kemanusiaan ke atas pelajar yang ada di Masjid Lal. Seperti biasa, serangan dilakukan dengan menuduh bahawa pelajar yang berlindung di Masjid Lal sebagai pelampau agama (ekstremis) dan pengganas. Anehnya, bagaimanakah rejim Musharraf boleh tidak menyedari kewujudan hal ini dari awal sedangkan Istana Presiden terletak berdekatan dengan masjid ini? Bagaimanakah pelajar di masjid ini mampu membina sebuah ‘gudang senjata’ (sebagaimana didakwa) tanpa dapat dikesan selama ini? Musharraf kononnya cuba untuk menjustifikasi operasinya dengan mengatakan bahawa dia mahukan penyelesaian damai dan ingin mengelak kemusnahan besar-besaran, khususnya kerana ia melibatkan ramai wanita dan kanak-kanak. Bagaimanapun, niat sebenar Musharraf terdedah apabila dia berkata kepada wartawan, “Can you guarantee that blood of any dead or injured will not be screened on television channels during the operation?” (Bolehkah kamu memberi jaminan bahawa darah orang-orang yang terbunuh atau tercedera tidak akan tersiar di kaca televisyen semasa operasi dijalankan?).

Jika benar Musharraf mahukan penyelesaian damai dan ingin mengelak kemusnahan, apa yang sepatutnya dia lakukan ialah memotong semua bekalan elektrik, gas dan makanan ke dalam kawasan sekitar masjid. Tapi ini bukanlah ‘style’ Musharraf. Musharraf dari dahulu memang terkenal dengan menggunakan kuasa ketenteraan dan kekerasan (senjata) terhadap lawannya.

Dahulu, beliau pernah menyatakan,



“Jika seseorang kebetulan berada dekat dengan sasaran, seseorang itu adalah bersubahat dan mereka akan menanggung rugi. Kadang-kadang terdapat wanita dan kanak-kanak yang terbunuh kerana mereka berada dekat disekeliling. Hal ini bukan kerana serangan yang dilancarkan tidak tepat, tetapi (kerana) mereka kebetulan berada di sana. Oleh itu, mereka ini semuanya adalah penyokong dan bersubahahat dengan pengganas, jadi mereka harus menanggung akibatnya. Ini adalah nasib malang.”

Dalam kes di Masjid Lal, rejim Musharraf berulang kali menegaskan bahawa terdapat ‘ratusan’ pejuang termasuk pengebom bunuh diri yang lengkap dengan segala senjata di dalamnya. Musharraf selanjutnya mendakwa terdapat pengganas luar yang sangat-sangat dikehendaki di kalangan mereka. Rejim membuat pengakuan bahawa kesemua 80 orang yang didakwa sebagai pejuang telah dibunuh. Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan berapa ramaikah sebenarnya jumlah wanita dan kanak-kanak yang terkorban. Tambahan pula, tidak ada mayat yang dikeluarkan (ditunjukkan) setakat ini yang membuktikan bahawa terdapat pengganas luar sebagaimana didakwa. Sebaliknya, ada laporan yang menyebut bahawa terdapat lubang besar yang digali untuk menanam mayat dengan secepatnya. Pihak media bagaimanapun dilarang memasuki kawasan tersebut, walaupun setelah kejadian. Ini dengan sendirinya menimbulkan anggapan bahawa terdapat sesuatu yang ingin dirahsiakan khususnya siapa dan berapa jumlah yang terkorban. Walaupun ternyata terdapat wanita, kanak-kanak dan pelajar-pelajar di dalam kawasan masjid, yang pasti, operasi yang dilancarkan adalah operasi untuk ‘membunuh’, bukan operasi untuk ‘menyelamat’.

Ketidakselesaan Amerika terhadap situasi di Afghanistan telah diperparah lagi dengan satu ‘pakatan damai’ yang ditandatangani oleh Musharraf dengan pihak pemberontak di Waziristan lebih kurang dua tahun lepas. Pakatan ini tidak henti-henti diapi-apikan oleh politikus Barat sebagai tanda yang Musharraf telah ‘berlembut’ dengan pengganas. Musharraf yang menghadapi tekanan dari pasukan tenteranya mempunyai sebab tersendiri untuk menandatangani pakatan ini kerana pasukan ini telah mengalami penderitaan yang hebat pada waktu itu di mana lebih 700 orang telah terbunuh. Sebagaimana dijangkakan, pihak pemberontak di Waziristan kini (setelah kejadian di Masjid Merah) mengisytiharkan bahawa pakatan dulu tidak lagi wujud. Musharraf nampaknya telah memainkan orkestra Masjid Merah ini akibat tekanan dari Washington. Beberapa hari sebelum serangan ke atas Masjid Merah, New York Times menceritakan bahawa satu operasi besar-besaran oleh Amerika untuk mensasarkan kawasan pemberontak di Waziristan dibatalkan pada tahun 2005 kerana Musharraf tidak bersetuju dengannya disebabkan oleh perbalahan politik dalaman yang tidak dapat dielakkan. Mesej yang ingin disampaikan adalah jelas iaitu, ‘kelemahan’ Musharraf tidak lagi dapat diterima dan beliau mesti mengatasinya di masa hadapan untuk terus kekal berkuasa. Hampir pasti, Amerika telah mengetahui terlebih dahulu bahawa serangan akan dilakukan ke atas Masjid Merah oleh Musharraf sebagai satu ‘pembuktian’ bahawa dia (Musharraf) masih perlu mendapat dokongan AS bagi mengekalkan kekuasaannya.

Dengan ‘mencipta’ kejadian di Masjid Merah, maka Musharraf sekarang bolehlah menjustifikasi kemasukan Amerika dan NATO ke Pakistan atas alasan untuk memerangi ‘ekstremis Islam’. Hal ini (berada di Pakistan) amat penting bagi Amerika untuk kepentingan perangnya yang tak berkesudahan terhadap Afghanistan (Taliban). Sebab itulah Amerika tidak putus-putus memberikan segala bentuk bantuan kepada Musharraf dan rejimnya. Sejak September 2001, Amerika telah memberikan USD10 billion kepada Pakistan. Sebelum serangan ke atas Masjid Merah, Amerika telah menyerahkan dua jet pejuang F-16 kepada Pakistan yang diterbangkan oleh Jeneral Udara AS secara peribadi. Sebelum melancarkan keganasan di Masjid Merah, Musharraf mengisytiharkan bahawa, “Extremism and terrorism will be defeated in every corner of the country” (golongan pelampau dan pengganas akan diperangi di setiap penjuru negara ini).

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kejadian yang berlaku di Masjid Merah akan kekal menjadi sebuah lagi sejarah pilu umat Islam. Ia memahat bukti akan keganasan dan pengkhianatan seorang pemimpin yang zalim ke atas umat Islam. Kalian wahai saudaraku, boleh memilih samada untuk terus berdiam diri dan melihat sahaja apa yang menimpa saudara-saudara kalian atau kalian boleh memilih untuk berusaha mendirikan semula Khilafah, sebuah Daulah Islam yang akan menyelamatkan umat ini dari segala kesengsaraan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Membalas akan mana-mana pilihan yang kalian ambil dan sesungguhnya kaki kalian tidak akan melangkah samada ke neraka atau ke syurga Allah, sehinggalah Allah menanyai dan menghisab atas pilihan yang telah kalian buat. Untuk perhatian dan tatapan kalian, kami paparkan di sini seruan dari Hizbut Tahrir Pakistan terhadap kaum Muslimin dan tentera mereka berkenaan apa yang berlaku di Masjid Merah [terjemahan dari naskhah berbahasa Inggeris] dan kami menasihatkan kepada sesiapa jua yang masih mempunyai keimanan agar segera bergerak kepada kewajiban untuk menegakkan semula Khilafah sebelum tiba masa jasad kalian tidak lagi dapat bergerak, walau kelipan mata sekalipun.

Firman Allah,

“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (di mukanya) begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)Nya...” [TMQ Ali-Imran (3):30].



Musharraf Menumpahkan Darah Kaum Muslimin Untuk Memberikan Jalan Kepada Amerika Menguasai Mereka

Pada 12hb Julai 2007, Presiden Jeneral Pervez Musharraf telah menyampaikan sebuah ucapan kepada kaum Muslimin Pakistan mengenai keganasan yang berlaku di Masjid Merah dan Jami’ah Hafsa. Ketika dia memberikan ucapan tersebut, ratusan bilangan mereka yang telah terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak, anggota tentera dan para penghafal Al-Quran sedang dikira dan diuruskan. Malahan, beberapa hari selepas ucapan tersebut, ramai lagi yang terbunuh apabila Musharraf menempatkan ribuan anggota tentera tambahan di kawasan-kawasan kabilah, meningkatkan lagi ketegangan dan konfrontasi di sana.



Menariknya, ucapan Musharraf kali ini amat berhati-hati dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja, jauh lebih singkat berbanding ucapan-ucapan beliau sebelum ini. Kegelisahan beliau bukan sahaja disebabkan oleh kesedihan dan kemarahan yang meluas di kalangan umat, tetapi Musharraf juga gelisah kerana ketika masih berucap, arahan beliau untuk ‘merahsiakan’ kekejamannya di Masjid Merah sedang berjalan dan persediaan untuk pertumpahan darah di kawasan-kawasan kabilah sedang diusahakan. Dan dalam ucapannya inilah, beliau menjustifikasi kehilangan ratusan nyawa ini dengan mengatakan,

“there was a great pressure on me from Pakistanis to take action and establish the writ of the government that was repeatedly being challenged.”(sudah terlalu banyak tekanan yang saya terima dari rakyat Pakistan untuk mengambil tindakan bagi memastikan undang-undang kerajaan yang terlalu kerap dicabar ini dapat di tegakkan).

Namun hakikatnya, tekanan yang beliau benar-benar ambil peduli adalah tekanan dari rejim Amerika yang melihat darah kaum Muslimin tanpa sebarang nilai. Lama sebelum kepungan ke atas Masjid Merah berlaku, para pegawai atasan dan ketenteraan Amerika telah mengadakan beberapa lawatan ke Pakistan. Rejim Amerika membawa tuntutan yang sama agar Musharraf menghancurkan ‘ekstremisme’ dan penentangan dari kabilah-kabilah Pakistan terhadap penjajahan Amerika ke atas Afghanistan. Hanya selepas Musharraf selesai menumpahkan darah di Masjid Lal dan selepas beliau mempersiapkan penumpahan darah seterusnya di kawasan-kawasan kabilah, barulah Amerika memuji Musharraf. Pada 12hb Julai 2007, Pembantu Setiausaha Negara AS untuk Urusan Asia Tengah dan Selatan, Richard Boucher telah mendeklarasi,

“This is the vision for Pakistan that President Musharraf has articulated and demonstrated by reiterating his resolve to stop Talibanization in the frontier areas as well as extremism within urban areas such as the Red Mosque compound. It is strongly in the US national interest that Pakistan succeeds in realizing this vision.” (Inilah visi untuk Pakistan seperti yang telah diperkata dan dipersembahkan oleh Presiden Musharraf dalam usahanya untuk menghentikan proses ‘Talibanisasi’ di kawasan sempadan serta ekstremisme di kawasan bandar seperti yang berlaku di Masjid Merah. Adalah merupakan satu kepentingan bagi AS sekiranya Pakistan berjaya merealisasi visi ini).

Apakah sebenarnya realiti ‘kepentingan AS’ ini sehingga Musharraf sanggup menumpahkan darah kaum Muslimin untuk merealisasikannya?



Mengenai ‘ekstremisme’, istilah ini merupakan ciptaan Barat yang digunakan untuk melabel sebarang penentangan terhadap norma-norma yang cuba dipaksakan ke atas umat Islam – seperti menjajah tanah kaum Muslimin dan menghalang penerapan Islam ke atasnya. Sesiapa sahaja yang menyeru agar Islam diterapkan atau menyeru kepada pembebasan tanah-tanah yang dijajah samada di Iraq, Palestin, Kashmir atau Afghanistan, ia akan digelar sebagai ‘ekstremis’. Kerana inilah, Amerika sanggup menghabiskan ratusan juta dolar untuk memastikan agar Islam dikeluarkan dari buku-buku teks kanak-kanak dan menghukum sesiapa saja yang menyeru kepada penubuhan sebuah Negara Islam.

Adapun mengenai usaha untuk menghancurkan penentangan kabilah-kabilah terhadap penjajahan Amerika di Afghanistan, AS amat memahami berdasarkan pengalaman mereka di Somalia dan Iraq bahawa kaum Muslimin yang dimotivasi oleh keinginan untuk syahid adalah merupakan musuh yang hebat meskipun bilangan mereka sedikit dan meskipun senjata mereka tidak sehebat mana. Oleh kerana itu, Amerika, dengan tenteranya yang terkenal dengan sikap pengecut telah meminta tentera Muslim Pakistan untuk berperang bagi pihak mereka. Sesungguhnya Musharraf telahpun mengorbankan ratusan tentera Pakistan bagi memastikan penjajahan Amerika di Afghanistan. Hakikatnya, Amerika sudahpun mendesak agar lebih banyak darah kaum Muslimin ditumpahkan demi kepentingan mereka. Pada 15hb Julai, Penasihat Keselamatan Presiden Bush, Stephen Hadley telah mengisytiharkan bahawa Musharraf sudahpun ‘melakukan yang lebih’ dan ‘kami akan memintanya untuk melakukan lebih lagi’, dan ‘kami akan memberikan sokongan penuh ke atas apa yang sedang dirancangnya’.



Jelaslah bahawa apa yang diinginkan Musharraf sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan Amerika di Pakistan. Kerana inilah Musharraf sanggup melagakan Muslim dengan Muslim apabila Amerika menginginkannya, namun tidak mempedulikan kaum Muslimin ketika mereka (kaum Muslimin) memerlukan perlindungan. Inilah sebabnya ketika Karachi meratapi mereka yang terkorban pada 12hb Mei 2007 atau ketika tentera Amerika berkali-kali membunuh kaum Muslimin di kawasan kabilah, seperti yang telah berlaku di Bajaur, kerajaan Pakistan langsung tidak menggunakan kekuasaannya untuk berbuat sesuatu.

Wahai kaum Muslimin di Pakistan! Dengan alasan ‘menangani ekstremisme’, AS berusaha untuk menghancurkan perjuangan kalian untuk menerapkan Islam. Dengan alasan ‘menentang keganasan’ Amerika menuntut agar anak-anak kalian di dalam tentera menggadaikan nyawa mereka demi menjaga kepentingan penjajah Afghanistan ini. Dan Musharraf begitu ghairah membantu AS dalam setiap langkah yang diambil – menyediakan jalan bagi Amerika untuk menguasai kalian! Oleh itu, tidakkah kalian sedar kewajiban untuk menyuarakan bantahan kalian atas jenayah keji ini? Tidakkah kalian ingin bersama dengan syabab (pemuda-pemuda) Hizbut Tahrir ketika mereka menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim? Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Jihad yang paling afdhal adalah mengatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim” [HR Ahmad].

Wahai tentera kaum Muslimin! Kalian adalah pelindung kaum Muslimin, pembela tanah kaum Muslimin dan Muslim di kawasan kabilah itu merupakan saudara-saudara kalian. Musharraf menghantar kalian untuk menentang saudara kalian bagi memastikan kepentingan Amerika di Afghanistan terjaga. Ketahuilah, membunuh sesama Muslim tanpa hak adalah suatu dosa yang besar di dalam Islam. Rasulullah bersabda, “Menghina seorang Muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur” [HR Bukhari]. Dan ingatlah bahawa Islam mengharamkan kaum Muslimin dari memaksiati atau mengingkari Allah untuk sesiapa jua. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tiada ketaatan kepada makhluk di dalam memaksiati Allah” [HR Ahmad].

Wahai mereka yang memegang kekuasaan! Urusan sekarang ini berada di tangan kalian. Kalian mampu untuk menyingkirkan pemerintah yang zalim dan memberikan kepada rakyat apa yang mereka inginkan dalam kehidupan ini, iaitu pemerintahan Islam. Hizbut Tahrir menyeru kalian untuk mengambilalih Musharraf dan meletakkan Khilafah di tempatnya. Ketahuilah bahawa Allah telah menjanjikan kepada mereka yang beriman dan melakukan amal soleh bahawa mereka akan diberikan kekuasaan dan pemerintahan, yang dengannya wujudlah keamanan selepas waktu-waktu ketakutan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada di dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq” [TMQ an-Nur (24):55]


Hizb ut-Tahrir
Wilayah Pakistan
16hb Julai 2007

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR