ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


Rasulullah berpolitik kembangkan Islam

Rasulullah berpolitik kembangkan Islam

JIKA sebelum ini jarang orang berminat bercakap mengenai politik, melainkan golongan yang terbabit secara langsung dengannya, keadaan adalah sebaliknya, malah remaja juga berminat mengetahui senarionya.

Di rumah bersama seisi keluarga, minum bersama teman di warung atau restoran, mengisi masa terluang di pejabat, malah di jalanan, topik perbualan mengenai politik tidak ditinggalkan, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 bulan depan.
Sering juga diperkatakan bahawa politik itu kotor. Tetapi, hakikatnya orang yang terbabit dengan politik yang melakukan onak sehingga dikatakan kotor.

Penyalahgunaan kuasa, politik wang, maki hamun dan skandal seks menyebabkan politik dipalit kekotoran.

Tetapi, bagaimana Islam melihat politik dan pilihan raya itu sendiri. Nabi Muhammad s.a.w ketika mengembangkan Islam turut menggunakan politik.

Kamus Dewan Edisi Tiga, "politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga, kelicikan, muslihat atau tipu muslihat.

Takrifan itu membuktikan makna politik amat luas, bukan saja merujuk kepada pengetahuan dan kebijaksanaan mentadbir negara, malah membawa maksud tipu muslihat.

Jadi, tidak hairan ada pihak menggunakan muslihat tersendiri untuk mendapatkan pengaruh dan gelaran yang diidamkan, kerana politik itu sendiri dari satu sudut dikatakan muslihat.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata politik ialah keupayaan manusia mengurus sesuatu, mengikut disiplin ditetapkan.

Beliau berkata, manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik.

"Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian mengemudikan bahtera.

"Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah," katanya.

Beliau turut mengungkap nas dari surah Thahaa, ayat 29, bermaksud: "Dan, jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara. Justeru itu, katanya, menjadi kewajipan bagi umat Islam melantik pemimpin bagi memastikan Islam dan umatnya terbela dan apabila dilantik mesti ditaati.

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa: 59)

Zamihan berkata, Nabi Muhammad s.a.w sudah menggambarkan ada pemerintah yang memerintah dengan baik dan pemerintah yang buruk.

"Apabila pemerintah baik, Nabi kata kamu kena dengar dan apabila pemerintah yang buruk, disuruh kita menghindarinya. Itulah juga dinamakan politik," katanya.

Beliau berkata, kewajipan umat Islam ke atas pelantikan pemerintah adalah fardu kifayah seperti jihad dan menuntut ilmu.

"Tidak salah menggunakan sistem demokrasi walaupun asalnya dari barat, sebab ada kebaikannya.

"Walaupun ada yang kata tiada demokrasi dalam Islam, tetapi Islam tidak menafikan manfaat demokrasi.

"Malah, sistem pilihan raya seperti sekarang ini juga tidak mengongkong syariat Islam daripada terlaksana.

"Hari ini kerajaan melaksanakan pelbagai sistem Islam, seperti ekonomi Islam dan pendidikan Islam. Itu semua lanjutan sistem demokrasi.

"Jika ada yang mengatakan kena ketepikan pilihan raya dan kembali kepada sistem syura seperti zaman awal Islam, masalahnya kini tiada sistem khalifah. Bagaimana mahu kembali kepada cara itu, sebab sistem khalifah itu sendiri tidak ada.

"Kita tidak mampu kembali kepada sistem itu, tetapi kita kena ada cita-cita ke arah itu dan oleh kerana demokrasi menjadi latar belakang pemerintahan sistem negara, jadi tidaklah mengapa untuk menjadikannya wahana dalam pemerintahan dan orang Islam diberikan hak memilih.

"Walaupun dalam Islam tidak dinyatakan secara khusus penegasan membuang undi untuk memilih pemimpin, masih ada nas mengenai prinsip asas dalam surah al-Maidah supaya bantu membantu hal kebajikan dan bertaqwa serta melarang daripada melakukan dosa dan pencerobohan.

"Dalam konteks Malaysia yang dinilai pengundi ialah calon atau ideologi politik. Mengundi asalnya adalah harus, tetapi jika calon yang baik menjadi sunat malah wajib pula, sebaliknya calon jahat hukumnya haram disokong," katanya.

Beliau juga menjelaskan beberapa kriteria yang sewajarnya tersemat pada diri pemimpin, iaitu orang yang adil mempunyai ilmu mendalam, sempurna pancaindera dan tidak mengalami kecacatan (jika cacat seperti buta mudah ditipu orang), berpandangan terbuka, berwibawa dan berani mengemukakan pendapat, bijak, tegas dan dari keturunan mulia.

"Tetapi janganlah kerana politik timbul sengketa, sehingga anak berbalah dengan bapa, putus persahabatan dan suami isteri sampai bercerai.

"Dalam kempen juga kena ada etika, seperti bercakap benar, apabila berjanji ditunaikan, apabila diberikan amanah tidak khianat, apabila berselisih faham tidak melangkaui had, tidak mengadu domba dan menabur fitnah," katanya.

Sumber: Metro 24/02/08

Ulasan:

Cukup menarik tulisan di atas dengan menggabungkan perbincangan tentang ‘Politik, Demokrasi dan Khalifah’. Ada pun tentang istilah politik dan demokrasi, ini adalah istilah biasa, namun istilah ‘Khilafah’ yang baru bagi sesetengah orang, nampaknya semakin diminati dan difahami oleh umat Islam. Ada yang suka dengan politik dan tidak kurang juga yang membenci politik. Semuanya bergantung kepada pemahaman makna politik yang mereka fahami. Inilah ragam pemikiran manusia termasuklah umat Islam kita hari ini.

Ketika demam pilihan raya umum ke-12 semakin kuat, pelbagai tulisan berkenaan politik, demokrasi dan Islam telah menjadi tajuk pilihan untuk diperbincangkan. Saat inilah, para ulama dan ilmuan akan diperguna dan diperkuda sepenuhnya oleh kerajaan untuk menulis tentang ‘politik’ bagi mengulas dan menyokong apa jua yang kerajaan telah lakukan selama ini. Bagi ulama dan ilmuan yang cintakan glamor, pangkat, kedudukan, harta dunia dan ingin dipandang mulia oleh kerajaan (bukannya oleh Allah), maka saat ini jugalah mereka akan cuba muncul untuk menjadi ‘jaguh’ mempertahankan apa jua yang kerajaan lakukan, khususnya dalam aspek menerangkan kepada rakyat bahawa apa yang kerajaan lakukan semua tidak pernah bertentangan dengan Islam.

Justeru, makna dan amalan ‘politik’ di dalam sistem Demokrasi yang ada saat ini (yang mana ianya lahir dari pemikiran kufur) telah di interpretasi sebagai sesuatu yang tidak bertentangan dengan Islam. Malah di katakan boleh diambil kerana mengandungi kebaikan. Kecetekan ilmu tentang politik dan demokrasi menyebabkan umat Islam terjerumus ke lembah maksiat kerana mengambil sistem yang kufur ini. Cahaya telah tertutup dari mereka hingga mereka tidak nampak bahawa dengan demokrasilah, manusia pada hari ini, sama ada sedar ataupun tidak telah mengambil hak Allah SWT untuk membuat undang-undang yang akibatnya menjadi biang keladi kepada pelbagai masalah yang menimpa seluruh dunia umat Islam pada hari ini. Sedangkan hak untuk membuat undang-undang itu hanyalah milik Allah SWT semata-mata dan bukannya hak manusia.

Adalah suatu yang naif adanya dakwaan bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai sistem Islam hasil dari keberlangsungan sistem Demokrasi yang telah diterapkan. Ketidakjelasan tentang apa dan bagaimanakah sistem ekonomi dan sistem pendidikan dalam Islam menyebabkan pujian melambung diberi kepada kerajaan kerana dikata telah melaksanakan ekonomi dan pendidikan Islam? Kita hairan dalam keadaan bank yang berasaskan riba masih terus dibiarkan beroperasi, tempat-tempat maksiat (kilang arak, tempat judi, bursa saham dan yang lain-lainnya) yang masih diberikan lesennya diperbaharui setiap tahun, Malaysia dikatakan telah mengamalkan ekonomi Islam. Ini belum kira lagi sistem Islam yang lain yang tidak pernah berjalan seperti hudud, qisas, takzir, mukhalafat, jizyah, jihad, sistem pergaulan dan banyak lagi, semua ini merupakan bukti jelas tentang sistem yang berjalan sekarang semuanya adalah sistem kufur yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam.

Ya memang benar bahawa pilihan raya adalah satu uslub yang mubah untuk digunakan bagi memilih pemimpin. Tetapi perlu kita fahami bahawa pilihan raya di dalam sistem demokrasi bukanlah digunakan untuk memilih pemimpin. Pilihan raya di bawah sistem demokrasi adalah satu cara untuk memilih wakil (bukan pemimpin) untuk dihantar ke Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) untuk membuat undang-undang!!! Inilah kedudukan sebenarnya – di mana proses yang berlaku ini adalah suatu proses di mana manusia telah mengambil hak Allah sebagai Pembuat Hukum (undang-undang) bagi manusia.

Bagaimana dengan sistem Khilafah? Ya Sistem Khilafah saat ini telah tiada semenjak diruntuhkan pada 3 Mac 1924 oleh Mustafa Kamal Attartuk seorang agen British. Dengan hilangnya Sistem Khilafah ini bukan bermakna umat Islam boleh mengambil sistem-sistem lain untuk diterapkan, namun kewajipan umat Islam saat ini adalah untuk menegakkan kembali sistem yang telah hilang ini. Caranya bukanlah dengan mengambil demokrasi, tapi dengan berusaha untuk merubah atau menukar sistem demokrasi kufur ini kepada sistem Khilafah. Bukankah Rasulullah telah menunjukkan caranya – selama 13 tahun perjuangan baginda di Mekah sehingga tertegaknya Daulah Islam Madinah – inilah yang wajib kita contohi. Belum sampaikah masanya hawa-hawa nafsu yang ada itu tunduk kepada perintah Allah SWT, bukannya tunduk kepada pemimpin sekular dalam rangka ingin mengampu mereka untuk mendapat sedikit upah dan jawatan?

Mukhriz minta pucuk pimpinan dengar suara rakyat

Mukhriz minta pucuk pimpinan dengar suara rakyat

BUTTERWORTH 10 Mac – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir meminta pucuk pimpinan mengambil langkah segera bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

Tanpa menjelaskan mengenai langkah-langkah tersebut, beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lalu telah memberi mesej yang jelas bahawa suara rakyat di peringkat bawahan perlu diambil kira.

‘‘Langkah berkenaan boleh dilakukan dalam banyak cara kerana dengan terlepasnya lima negeri ke tangan pembangkang bukan perkara kecil dan memerlukan pendekatan drastik untuk memulihkan keyakinan rakyat.

‘‘Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab di atas kekalahan itu, bukan sesuatu yang baru apabila ketidakpuasan rakyat disuarakan di dalam forum-forum namun kita tidak mendengar suara berkenaan, sekarang mesej yang jelas telah diberikan oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

Beliau pada mulanya dijadualkan mengadakan sidang akhbar di Hotel Sunway Seberang Perai namun telah menukarkan lokasi ke Hotel Pearl View di sini atas sebab-sebab tertentu.

Lebih 500 penyokongnya hadir untuk memberikan sokongan kepada Mukhriz.

Ditanya mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan bahawa beliau mengadakan sidang akhbar berkenaan untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, Mukhriz berkata:

‘‘Tidak. Saya difahamkan ada SMS yang dihantar mengatakan bahawa saya akan melakukannya (desak letak jawatan), saya tidak pasti siapa dalang itu.

‘‘ Tapi saya menerima panggilan dan SMS yang menyatakan rasa sedih dan kecewa di atas kecundang BN di beberapa negeri, sebelum ini kita tidak pernah kalah seperti ini, ia adalah satu peringatan,”.

Namun, katanya beliau yakin Perdana Menteri akan melakukan perkara yang difikirkan wajar malah sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Abdullah akan mendengar suara rakyat.

Sumber: Utusan Malaysia 11/03/08

Ulasan:

Jika dulu Dato' Mukhriz pernah diperlekehkan dan dinasihatkan untuk menarik balik kenyataan beliau apabila mengulas ucapan Pak Lah di PWTC di mana Muhkriz dengan selambanya memperlekehkan ucaptama Pak Lah yang dianggap tiada idea dan visi baru. Berikut adalah kata-kata beliau dahulu,

“Saya rasa ucapan (Presiden) itu telah disampaikan tahun lalu. Saya mengharapkan ada perkara baru. Mungkin dia (Abdullah) ada idea lain.”

Ucapan beliau ini telah disanggah dan dikritik pedas oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Ketua Pemuda UMNO (Hishamuddin) telah berkata,

“Selama ini saya lihat dan teliti apa yang dibuat beliau (Mukhriz) tetapi sekarang ini sudah keterlaluan. Jika dia (Mukhriz) berterusan begini, saya kena memikirkan semula kedudukannya dalam barisan Exco saya," ujarnya.

Baru komen sikit sahaja tentang ucapan Pak Lah, sudah ada pihak yang melatah membabi buta, namun kali ini lain pula (reaksinya) bila dia meminta pucuk pimpinan parti mendengar suara rakyat (dengan kata lain kekalahan UMNO/BN dalam PRU-12 ini adalah kerana kesalahan pucuk pimpinan), tidak ada pula pihak yang tampil membela Pak Lah.

Inilah resam dalam pemerintahan 'suci' UMNO yang pantang ditegur. Siapa sahaja tegur kesalahan pemimpin, maka dia itulah yang sebenarnya salah. Namun, semenjak 9 Mac lalu 'kesucian' pemimpin UMNO ini nampaknya telah hilang.

‘Hukum’ UMNO ini berbeza sama sekali dengan hukum Islam mengenai kritikan terhadap pemimpin.

Pertama; dari segi amalannya, kritikan wajib dilakukan dalam rangka amar makruf nahi mungkar dan ini merupakan satu amalan yang mulia kerana inilah alat yang paling berkesan untuk membetulkan kelalaian yang dilakukan oleh pemerintah dan jentera pentadbirannya. Malah Islam menegaskan bahawa jika pemerintah menolak kritikan individu tersebut, lalu membunuhnya, maka individu yang dibunuh tadi sama statusnya dengan Hamzah bin Abdul Muttalib sebagai penghulu para syuhada. Sabda Nabi saw,

“Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (dari kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya” [HR al-Hakim].

Kedua; Isi kritikan (yakni) amr makruf nahi mungkar itu sendiri, adalah intipati kepada perlaksanaan hukum syarak di mana kelalaian penerapannya (melakukan amar makruf nahi mungkar) akan memberi ruang kepada kemungkaran dan kelalaian yang lebih banyak dilakukan oleh para penguasa (sebagaimana sekarang).

Bagaimanapun, selama mana ‘manfaat’ masih menjadi pegangan kuat orang-orang UMNO (manfaat jawatan, kekayaan, sokongan dan sebagainya), maka selama itulah pemimpin mereka dan orang-orang UMNO akan terus tenggelam di dalam kemungkaran dan kemaksiatan. Inilah tradisi UMNO yang senantiasa membelakangkan Islam yang Insya Allah akan menghancurkan UMNO itu sendiri sedikit demi sedikit.

PM : Jangan buat kenyataan semarakkan ketegangan kaum

PM : Jangan buat kenyataan semarakkan ketegangan kaum

PUTRAJAYA 12 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum.

Lim, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Lim juga berkata DEB, yang diperkenalkan pada 1971 selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, merupakan punca kepada "kronisme, rasuah dan ketidakcekapan."

Abdullah memberitahu Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan para pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di sini bahawa DEB yang diperkenalkan Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebenarnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan ini telah memberi faedah kepada semua kaum.

"Saya ingin bertanya kepada DAP, kaum manakah yang telah menjadi lebih miskin kerana DEB?

"Saya ingin juga memberi peringatan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya jangan menimbulkan keadaan di mana ketegangan antara kaum boleh berlaku," tegas Abdullah yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Beliau berkata, kerajaan baru negeri Pulau Pinang tidak harus meminggirkan orang Melayu yang merupakan kaum minoriti di Pulau Pinang dan kumpulan minoriti yang lain seperti kaum India.

"Jangan pinggirkan orang Melayu dan kumpulan minoriti seperti orang India.

"Saya ingin bertanya kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, apakah rancangan DAP untuk membantu orang Melayu," katanya.

Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan tetap membela golongan berpendapatan rendah dan akan teruskan bantuan khas kepada orang Melayu.

Sumber : Utusan Malaysia 13/03/08

Ulasan:

Pada umumnya UMNO dilihat untuk membela nasib bangsa Melayu, tetapi DEB yang diperkenalkan telah disalah gunakan (oleh UMNO sendiri), sehingga menguntungkan kroni-kroni UMNO yang dekat dengan parti tersebut. Mana-mana orang Melayu yang berpihak kepada parti pembangkang seperti PAS dan PKR, maka nasib mereka tidak akan terbela. Inilah hakikat yang dimaksudkan dengan “pembelaan Melayu” oleh UMNO melalui konsep DEB.

Dan dengan hanya menolong orang Melayu yang terpinggir dan tersisih yang tertentu sahaja (kroni), sambil sengaja membiarkan orang Melayu lain terus terpinggir (kerana menyokong pembangkang), maka UMNO mempunyai sebab untuk terus wujud, dulu, kini dan selamanya dengan berjustifikasi kepada orang-orang Melayu yang (sengaja) dibiarkan tersisih (yang menyokong pembangkang). Maka UMNO boleh ditonjolkan sebagai masih relevan untuk membela orang-orang Melayu, dan tiket untuk mendapatkan tender-tender kerajaan berjuta-juta ringgit adalah memasuki UMNO atau menjadi kroni pemimpin tertinggi UMNO yang berpengaruh. Jadi perjuangan membela bangsa Melayu akhirnya telah bertukar menjadi perjuangan personal untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan negara.

Sekiranya dasar DEB tersebut betul-betul direalisasikan dengan ikhlas untuk menolong masyarakat Melayu yang mempunyai kehidupan susah, nanti bila semua orang Melayu telah berjaya, maka UMNO sendirinya sudah menjadi tidak relevan lagi dan boleh dibubarkan. Tetapi selagi UMNO ada justifikasi untuk wujud dengan adanya orang-orang Melayu yang sengaja dibiarkan hidup susah kerana berpihak kepada parti pembangkang, maka selagi itulah UMNO masih relevan kewujudannya kerana boleh ditonjolkan sebagai pejuang bangsa Melayu.

Sebab itulah apabila badan ASLI memberitakan bahawa aset Melayu di Malaysia adalah 45%, di dalam perhimpunan agung Melayu, UMNO menafikan kajian tersebut, dan mengatakan bahawa aset Melayu hanya sekitar lebih kurang 25-30% sahaja. UMNO diperlukan sebagai “survival necessity” untuk orang Melayu yang hanya terikat dengan perjuangan parti tersebut dan bukannya untuk semua orang Melayu di Malaysia secara amnya. Justeru, tidak hairanlah jika pemimpin UMNO terus-terusan memperjuangkan agenda assabiyyah Melayu, agar mereka terus dilihat sebagai 'hero' penyelamat bangsa Melayu.

Sebagai pemimpin sebuah parti assabiyyah terbesar di Malaysia, sudah semestinya PM menunjukkan sikap assabiyyah yang tinggi. Kekalahan teruk UMNO di dalam PRU-12 baru-baru ini sepatutnya memberi seribu keinsafan bahawa mereka perlu melakukan muhasabah ke atas dasar dan matlamat perjuangan parti, namun assabiyyah nampaknya terus menjadi agenda utama. Perjuangan yang berasaskan assabiyyah adalah perjuangan yang jelas-jelas amat dimurkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya yang bermaksud,

"Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang mati kerana assabiyyah" [HR Abu Dawud]

"Sesiapa yang menyeru kepada assabiyyah, seolah-seolah dia menggigit kemaluan bapanya" [diriwayatkan di dalam Mishkat al Masabih]

"Tinggalkanlah (assabiyyah) kerana ia busuk" [HR Muslim dan Bukhari]

Sampai bila agaknya para penyeru assabiyyah ini akan sedar dosa-dosa mereka dan berpaling kepada seruan untuk menerapkan syariat Islam secara kaffah? Jika Islamlah yang menjadi poros pemikiran pemimpin ini, maka dia akan faham bahawa tidak ada keistimewaannya bangsa Melayu berbanding bangsa lain dan manusia itu mesti dilihat sebagai seorang Muslim, bukan sebagai seorang Melayu. Apabila Islam (bukan Melayu) yang dijadikan ukuran, maka barulah ‘kemuliaan’ seseorang itu akan dapat diukur dengan benar.

Hanya mereka yang buta sahaja masih tidak sedar bahawa gelombang kebangkitan Islam sudah menerpa di mana-mana di seluruh dunia, dan di Malaysia, ia telah mempengaruhi rakyat sehingga mereka memberi isyarat bahawa mereka inginkan perubahan yang lebih baik daripada pembelaan berasaskan perkauman yang selama ini dibawa oleh UMNO. Rakyat telah mula menolak asas perkauman dan telah mula kembali kepada Islam walaupun dalam bentuk yang masih samar-samar dan keliru. Semoga perjuangan kepada assabiyyah ini akan segera berakhir sehingga ke akar umbinya.

SYURA DAN HUKUM MAJORITI

SYURA DAN HUKUM MAJORITI


Mengejutkan! Itulah rata-rata pendapat rakyat Malaysia dengan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang baru sahaja berakhir. Yang menang tidak menyangka mereka menang dan yang kalah tidak menyangka mereka kalah. Apa pun, qadha’ Allah telah pun tersurat. Segelintir pihak yang selama ini terlalu angkuh dengan kuasa yang ada sudah mula termenung, namun masih ramai lagi di kalangan mereka yang berada dalam kesombongan dan masih mendabik dada. Tidak kurang yang terus bongkak dengan sisa-sisa kekuasaan yang tertinggal untuk terus mempertahankan sistem sekular yang ada, tanpa ada sedikit pun kesedaran untuk kembali kepada sistem Allah. Bagi yang baru mencapai kemenangan pula, masa-masa awal ini dipenuhi dengan sikap pulang paku buah keras terhadap pihak lawan dan dalam masa yang sama cuba memperkemas ikatan yang dibangun atas dasar maslahat bersama ini. Semoga umat Islam yang ikhlas sentiasa sedar bahawa ikatan yang dibangun atas asas maslahat hakikatnya tidak akan kekal lama kerana ikatan ini akan terburai apabila ‘maslahat’ sudah tidak lagi dapat dicapai atau dipertahankan. Sukalah kami mengingatkan bahawa satu-satunya ikatan yang diiktiraf oleh Islam adalah ikatan akidah, bukannya ikatan maslahat. Ikatan akidah inilah yang telah dijadikan asas oleh Rasulullah untuk mengikat baik orang Arab mahupun bukan Arab, di dalam perjuangan baginda untuk menegakkan agama Allah di muka bumi.

Sautun Nahdhah kali ini tidaklah berniat untuk mengupas isu kekalahan dan kemenangan parti-parti yang bertanding, kerana para pembaca mungkin sudah muak dihidangkan dengan begitu banyak kupasan, berita dan analisis yang disiarkan sejak hari pertama keputusan diumumkan lagi. Pada keluaran yang lepas kami telah pun menjelaskan kedudukan hukum bagi mereka yang menang bertanding dalam pilihan raya di mana mereka mempunyai pilihan sama ada untuk ke Parlimen/DUN untuk membuat undang-undang yang jelas-jelas diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas mereka, atau mereka akan ke Parlimen/DUN untuk menghapuskan segala sistem kufur ini dan menggantikannya dengan sistem Islam. Pada kesempatan kali ini, Insya Allah kami berusaha untuk menjelaskan kedudukan syura yang sering disalahfahami oleh umat Islam sebagai sebuah majlis yang mengikat kaum Muslimin dalam apa jua keputusan yang diambil di dalamnya. Kami juga akan menjelaskan bagaimanakah hukum pengambilan pendapat majoriti yang benar menurut Islam di dalam sesebuah musyawarah yang dijalankan.

Kedudukan Syura Dalam Islam

Dalam sebuah pemerintahan Islam, syura atau pengambilan pendapat dilakukan oleh pemerintah atau seorang amir atau seseorang yang memiliki autoriti. Aktiviti ini biasanya dijalankan di dalam sebuah institusi yang dikenali sebagai Majlis Umat. Berkaitan dengan soal ‘mengemukakan pendapat’ kepada mereka yang memiliki autoriti, baik sebagai hakim, komandan atau lainnya, ini merupakan perkara yang tidak lagi samar di kalangan umat Islam, kerana ia termasuk dalam kategori nasihat.
Nasihat merupakan perkara yang disyariatkan dan mesti disampaikan kepada para pemimpin kaum Muslimin dan kepada seluruh manusia. Dalam soal ‘mengambil pendapat’ daripada manusia oleh orang yang memiliki autoriti, maka perkara ini merupakan topik yang masih samar/keliru bagi kebanyakan kaum Muslimin, terutama setelah tersebar luasnya pemikiran demokrasi yang berjaya mengubah cara berfikir umat Islam. Proses mengambil pendapat (oleh mereka yang memiliki autoriti) yang sering disebut dalam Islam dikenali sebagai syura atau tasyawur. Mengemukan pendapat (usul) boleh dibuat oleh kaum Muslimin mahupun non-Muslim, kerana Rasul telah mentaqrirkan (menyetujui) suatu pendapat yang terjadi pada (peristiwa) hilf al-fudhul yang berbunyi, “Jika aku dipanggil bersamanya, sungguh aku akan memenuhi (panggilannya), dan aku tidak ingin melanggarnya. (Ketahuilah) bahawasanya hal itu bagiku adalah lebih baik daripada unta merah”. Padahal, pendapat (dalam peristiwa hilf al-fudhul) tersebut adalah pendapat orang-orang musyrik. Walaubagaimanapun, dalam membuat keputusan samada untuk menerima atau menolak pendapat tersebut, ia hanya boleh dilakukan oleh seorang Muslim.

Di dalam sebuah pemerintahan Islam, syura (mengambil pendapat) tidak berhak dijalankan kecuali oleh kaum Muslimin, kerana Allah Subahanahu wa Ta’ala menyeru kepada Rasul dengan firmanNya, “...dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu...” [TMQ Ali Imran (3):159]. Perkataan ‘mereka’ dalam ayat ini membawa maksud ‘kaum Muslimin’. Dalam ayat lain, Allah Subahanahu wa Ta’ala berfirman, “Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka” [TMQ asy-Syura (42):38] juga hanya mencakup kaum Muslimin. Oleh kerana itu, syura, dalam konteks membuat keputusan menurut Islam, dikhususkan hanya bagi kaum Muslimin.

Syura di kalangan kaum Muslimin merupakan perkara yang masyhur dan telah diketahui umum. Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu ia berkata, “Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak musyawarahnya daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam terhadap para sahabatnya”. Dari Hasan radhiAllahu ‘anhu ia berkata, “Tidaklah suatu kaum bermusyawarah kecuali mereka memperoleh petunjuk agar urusan mereka mendapatkan bimbingan”. Justeru, pengambilan pendapat itu adalah tasyawur atau syura yang telah ditetapkan dengan jelas oleh nas al-Quran dan hadis. Yang kini samar dalam benak kebanyakan kaum Muslimin adalah, pendapat yang bagaimanakah yang boleh di syura atau di tasyawur? Dengan kata lain perkara apa yang sebenarnya boleh/tidak boleh diambil dalam suatu pendapat? Seterusnya, apakah sebenarnya hukum tentang (mengambil) pendapat tersebut, apakah wajib mengambil pendapat majoriti tanpa melihat lagi benar atau salahnya? Atau wajib mengambil pendapat yang benar tanpa memandang lagi unsur majoriti atau minoriti? Apakah pendapat majoriti harus dirajihkan (dikuatkan) tanpa melihat lagi benar atau salahnya, atau harus dilakukan tarjih aspek yang dipandang benar dan sama sekali menolak pendapat majoriti?

Agar kita sampai kepada jawapan yang benar, maka kita mesti mengambil dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis. Berdasarkan dalil syura sebagaimana terdapat di dalam Surah 3:159 dan 42:38 di atas, kalimatnya di sini berbentuk umum. Kata amruhum bererti perkara kaum Muslimin, mencakup seluruh perkara, sedangkan dalam kata al-amru, alif lam di sini adalah untuk jenis, maksudnya jenis perkara yang akan diambil keputusan mengenainya. Bentuk umum ini tetap berlaku selama tidak ada dalil yang mengkhususkannya dan dalam hal ini, tidak ada dalil yang mengkhususkan perkara yang boleh di’syura’kan, yang membawa maksud bahawa syura itu bersifat umum, mencakupi seluruh perkara. Adapaun mengenai keterikatan terhadap suatu pendapat yang diambil dalam syura (berkaitan dengan samada kita akan mengambil pendapat yang benar ataupun pendapat majoriti tanpa melihat kepada kebenarannya), terdapat nas-nas khusus yang menunjukkan keterikatan kepada pendapat majoriti dan terdapat juga nas yang menunjukkan keterikatan kepada pendapat bukan majoriti. Firman Allah dalam kedua-dua ayat di atas adalah anjuran kepada syura, dan bentuk pembicaraannya adalah mujmal (global). Oleh kerana itu, bagi mendapatkan perincian dalam masalah ini, kita perlu merujuk kepada sunnah Rasul. Penelitian terhadap sunnah akan menunjukkan bahawa:-

(1) Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda kepada Abu Bakar dan Umar, “Jika kalian berdua sepakat dalam satu hasil permuafakatan (masyurah), maka aku tidak akan bertentangan dengan kalian berdua.” Hal ini terjadi pada peristiwa perang Uhud di mana Rasulullah telah menyetujui pendapat majoriti (untuk berperang di luar Madinah). Ertinya, Rasulullah mengikat dirinya sendiri untuk tidak melanggar permuafakatan kedua sahabatnya mengenai hal-hal yang telah disepakati (masyurah). Kata masyurah (permuafakatan hasil musyawarah) dalam hadis ini merupakan sifat yang layak dijadikan sebagai pengikat dan memiliki mafhum mukhalafah (kefahaman terbalik). Ertinya, jika mereka berdua sepakat mengenai perkara selain hasil masyurah maka baginda tidak semestinya terikat dengan (pendapat) keduanya. Di sini Rasul tidak melanggar pendapat majoriti, malah terikat dengan keputusan majoriti.

(2) Dalam peristiwa Uhud ini juga, kita dapati bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengumpulkan para pemuka dari kaum Muslimin termasuk orang yang seakan-akan tampak keIslamannya (munafik) dan mereka saling bermusyawarah. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berpendapat bahawa adalah lebih baik mereka berjaga-jaga (bertahan) di dalam kota Madinah dan membiarkan pasukan Quraisy berada di luar Madinah. Pimpinan kaum munafik, Abdullah bin Ubay bin Salul berpendapat seperti pendapat Nabi, dan pendapat seperti ini juga dipegang para pemuka sahabat. Namun begitu ada pendapat dari kalangan pemuda dan orang-orang yang memiliki semangat peperangan yang kuat yang tidak beraksi dalam perang Badar, yang berpendapat bahawa adalah lebih baik keluar dari Madinah untuk menyongsong dan melawan musuh. Maka muncullah dukungan majoriti terhadap para pemuda tadi sehingga Rasulullah menyetujui pendapat mereka dan mengikuti pendapat majoriti. Peristiwa ini menunjukkan bahawa Rasulullah menyetujui pendapat majoriti dan beramal sesuai dengan pendapat tersebut serta meninggalkan pendapatnya dan pendapat para pemuka sahabat, kerana mereka berada pada posisi minoriti. Ini menyebabkan para pemuka sahabat menyesali perbuatan mereka lalu berkata, “kita telah memaksa Rasulullah, walhal hal itu tidak layak kita lakukan”. Lalu mereka pergi menghadap Rasulullah dan berkata, “Kami telah memaksa engkau wahai Rasulullah walhal hal itu tidak layak kami lakukan. Jika engkau mahu, maka duduklah (bertahan dalam Madinah) wahai Rasulullah”. Nabi tetap menolak gesaan mereka untuk kembali pada pendapatnya dan pendapat para pemuka sahabat. Baginda tetap mengikut pendapat majoriti.

(3) Berdasarkan perbuatan Nabi juga, kita mendapati bahawa semasa Perang Badar, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersetuju dengan pendapat yang benar, tanpa mengambil kira pendapat baginda sendiri. Baginda hanya cukup mengambil satu pendapat (yang berasal dari satu orang) tatkala pendapat tersebut adalah benar/tepat. Ketika Nabi dan kaum Muslimin sama-sama singgah di sebuah tempat berdekatan dengan mata air di kawasan Badar, Hubab bin al-Munzhir keberatan untuk berkhemah di tempat tersebut, lalu ia berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah, apakah bahawa tempat singgah ini telah diwahyukan oleh Allah kepadamu sehingga tidak ada hak bagi kami untuk maju mahupun mundur darinya? Ataukah ini (hanya) merupakan pendapat, peperangan dan tipu daya sahaja? Kemudian Rasul menjawab: ‘Ia adalah pendapat, peperangan dan tipu daya’. Maka Hubab bin al-Munzhir berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ini bukanlah tempat singgah yang sesuai’. Kemudian dia terus menunjukkan suatu tempat (yang lebih sesuai). Rasulullah langsung berdiri dan bergegas bersama-sama dengan yang lain ke tempat yang dikemukakan oleh Hubab bin al-Munzhir.” Di dalam peristiwa ini Rasulullah meninggalkan pendapatnya sendiri dan juga tidak kembali kepada pendapat para jamaah (majoriti), melainkan mengikuti pendapat yang benar, walaupun pendapat tersebut datang dari seorang sahabat sahaja, sesuai dengan apa yang disabdakan sendiri oleh baginda “Ia merupakan pendapat, peperangan dan tipu daya”.

(4) Apabila kita mendalami perbuatan Rasul seterusnya, kita juga mendapati bahawa Rasulullah, semasa perjanjian Hudaibiyyah tetap berpegang teguh pada pendapatnya sendiri dan tidak menghiraukan pendapat Abu Bakar mahupun Umar (pendapat mereka langsung tidak diambilkira), bahkan Rasulullah tidak mempedulikan langsung pendapat seluruh kaum Muslimin. Lalu kaum Muslimin terpaksa akur dengan pendapat baginda, meskipun dalam keadaan tidak senang dan diikuti dengan pelbagai komentar. Rasulullah lalu bersabda kepada mereka, “Sesungguhnya aku ini adalah Rasulullah, dan aku sekali-kali tidak melakukan maksiat terhadap-Nya dan Dia adalah penolongku”.

Mengaplikasikan Syura Rasulullah

Dari keempat-empat peristiwa di atas, kita memahami bahawa Rasulullah pernah berpegang teguh dengan pendapatnya sendiri dan mencampakkan seluruh pendapat yang lain ke dinding (diabaikan). Kita juga mendapati bahawa baginda pernah kembali kepada pendapat yang benar dan cukup mengambilnya dari satu orang sahaja seraya meninggalkan pendapatnya sendiri dan tidak kembali kepada pendapat para jama’ah (majoriti). Kita juga mendapati bahawa baginda pernah menyetujui pendapat majoriti dan beliau pernah bersabda mengenai perkara yang menunjukkan rujukan (beliau) kepada pendapat majoriti dan tidak menentang pendapat tersebut. Apabila kita meneliti secara bersungguh-sungguh persoalan yang ada dalam hadis-hadis tersebut, serta mengkaji situasi dan keadaan yang wujud di dalamnya, maka akan kita dapati bahawa Rasulullah melakukan 3 perkara dalam menangani persoalan syura ini:-

(i) Rasulullah merujuk kepada kekuatan dalil, menurut pihak yang mengeluarkan dalil (Allah Subahanahu wa Ta’ala), bukan menurut manusia;
(ii) Rasulullah merujuk kepada pendapat yang benar tanpa memandang pada (pendapat) majoriti, bahkan tanpa mempertimbangkannya sedikit pun;
(iii) Rasulullah merujuk kepada pendapat majoriti tanpa memandang pada (pendapat) yang lain, bahkan tanpa mempertimbangkannya sedikit pun.

Apabila kita terapkan tiga perkara (hukum) di atas, yang telah diistinbath(digali) dari perbuatan dan perkataan Rasul terhadap realiti pelbagai jenis pendapat yang ada di dunia pada hari ini, maka kita akan dapat simpulkan:-

(a) Bahawa dalam aspek hukum syarak, ia dirajih berdasarkan kekuatan dalil sahaja, kerana Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam hanya merajihkan apa yang diturunkan berdasarkan wahyu dan menolak apa selainnya secara tegas. Oleh sebab itu, dalam peristiwa Hudaibiyyah, Rasul bersabda, “Sesungguhnya aku ini Rasulullah, dan aku bukanlah orang yang maksiat terhadapNya, sedangkan Dia adalah penolongku”. Dalil syarak itu tidak lain adalah al-Quran dan Sunah serta hal-hal yang ditunjuk oleh al-Quran dan Sunah sebagai dalil (Ijmak Sahabat dan Qiyas) dan penerapannya adalah berdasarkan perintah dan larangan dari Allah (bukan berdasarkan pendapat majoriti). Kekuatan dalil bukanlah berdasarkan pandangan majoriti, tetapi kekuatan dalil dinilai oleh pihak yang menjadikannya sebagai dalil. Ini adalah kerana kekuatan dalil boleh berbeza disebabkan perbezaan persepsi seseorang terhadap dalil syarak itu sendiri. Perbezaan ini merangkumi perbezaan persepsi seseorang dalam memahami nas dari (segi) bahasa dan syarak. Kekuatan dalil tidak disandarkan kepada ‘kuat’nya hadis sahaja, akan tetapi kekuatan dalil baik yang berasal dari al-Quran ataupun Sunnah dilihat dari segi dirayah, riwayat, pemahaman dan i’tibar nas-nas tersebut. Syarat dalam menilai kekuatan dalil ini merupakan perkara yang dipersetujui dan tidak timbul perbezaan di kalangan kaum Muslimin.

(b) Bahawa terdapat juga pendapat yang bersandarkan kepada suatu pemikiran (selain hukum syarak) dan termasuk topik yang harus dirajihkan aspek kebenarannya. Contohnya seperti masalah an-nahdhah (kebangkitan). Apakah kebangkitan boleh dicapai dengan peningkatan taraf pemikiran atau dengan cara peningkatan ekonomi? Atau apakah keadaan dalam negeri dan antarabangsa mendukung untuk pemerintah menjalankan tindakan politik, atau tindakan ketenteraan dan tindakan politik sekaligus atau tindakan lainnya? Bagi perkara-perkara tersebut, semuanya harus dikembalikan kepada pendapat yang benar. Ini dikembalikan kepada perkataan Rasul, “Ia adalah pendapat, peperangan dan tipu daya”, yang bermaksud, sekiranya pendapat yang diberikan adalah suatu yang disandarkan kepada pemikiran (selain hukum syarak), ia haruslah dikembalikan kepada pendapat yang benar dan tepat, sebagaimana Rasulullah kembali kepada pendapat Hubab bin al-Munzir. Ini adalah pendapat yang bersifat ‘teknikal’, kerana Rasulullah, ketika mengambil pendapat Hubab, beliau (Hubab) dirujuk sebagai orang yang mengenali tempat tersebut (mempunyai kepakaran teknikal), yakni Hubab adalah orang yang ahli (pakar) dalam bidang tersebut. Oleh sebab itu, untuk pendapat-pendapat yang bersifat teknikal/kepakaran, yang harus dinilai adalah ketepatan dan kebenarannya dan diambil dari mereka yang pakar dalam bidang yang berkenaan.

(c) Bahawa terdapat juga pendapat yang mengarah kepada pelaksanaan suatu aktiviti. Dalam hal ini maka yang lebih diutamakan adalah pendapat majoriti. Ini adalah kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sepakat mengikuti pendapat majoriti pada perang Uhud dan baginda keluar dari perbatasan kota Madinah. Padahal, pada awalnya, beliau sendiri menyalahi (tidak bersetuju) pendapat ini kerana yang dipandangnya benar, adalah pendapat sebaliknya. Demikian juga beberapa sahabat minoriti yang memegang pendapat sama dengan Rasulullah. Mereka bersetuju dengan pendapat Rasulullah untuk (lebih baik) tetap bertahan di dalam Madinah sahaja. Meskipun demikian, Rasul tetap merealisasikan pendapat majoriti, iaitu dengan keluar dari perbatasan kota Madinah. Rasul melakukannya sesuai dengan keterangannya kepada Abu Bakar dan Umar, “Jika kalian berdua sepakat dalam satu hasil permuafakatan (masyurah), maka aku tidak akan bertentangan dengan kalian berdua”. Pendapat yang sejenis dengan apa yang terjadi ketika peristiwa Uhud ini adalah pendapat yang mengarah kepada pelaksanaan suatu aktiviti. Seluruh pendapat yang mengarah kepada pelaksanaan suatu aktiviti dari pelbagai aktiviti yang ada, maka ia harus dikembalikan kepada pendapat majoriti. Misalnya, pemilihan Ketua Negara atau pemberhentian seorang wali atau ketetapan sebuah projek atau hal-hal lain yang serupa dengan perkara tersebut. Dalam hal yang demikian, pendapat majoriti mesti diambil dan pendapat tersebut mengikat (wajib dipatuhi oleh semua orang), tanpa memperhatikan lagi kebenarannya.

Bertolak dari penerapan dalil-dalil tersebut terhadap realiti tentang pelbagai jenis pendapat yang ada di dunia, maka jelaslah bahawa pendapat yang mengikat, maksudnya pendapat yang dirajihkan dan tercakup dalam pendapat majoriti adalah pendapat yang keberadaannya sejenis dengan pendapat yang terjadi pada peristiwa Uhud. Pendapat seperti ini termasuk di bawah cakupan masyurah (permuafakatan hasil musyawarah) yang terdapat dalam sabda Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Jika kalian berdua sepakat dalam satu masyurah...”. Pendapat ini adalah pendapat yang mengarah kepada pelaksanaan suatu aktiviti dari pelbagai aktiviti. Adapun selain dari perkara itu (yang keberadaannya tidak termasuk ke dalam jenis pendapat yang terjadi di Uhud), tidak dianggap sebagai pendapat yang mengikat dan tidak diwajibkan beraktiviti dengan pendapat majoriti.

Dalam konteks pemerintahan sebuah Negara Islam, untuk menjelaskan perbezaan antara poin (b) dan poin (c) di atas, beberapa contoh boleh dinilai. Jika negara bersetuju untuk membina jambatan melintasi sebuah sungai untuk kepentingan pengangkutan dan perhubungan masyarakat di suatu kampung yang terpencil, pendapat majoriti (ahli Majlis Umat) dalam hal demikian bersifat mengikat bagi Khalifah. Khalifah wajib membina jambatan tersebut untuk mengatasi masalah pengangkutan di kampung tersebut. Namun begitu, pemilihan lokasi dan rekabentuk jambatan yang akan dibina merupakan aspek teknikal.
Bagi aspek ini, pandangan jurutera pakar perlu diambil dan bukannya pandangan majoriti. Dalam contoh lain, sekiranya terdapat suatu kawasan yang terletak bersempadan dengan negara musuh dan kawasan ini perlu dilindungi, pendapat majoriti yang berpandangan bahawa benteng/kubu perlu dibina bagi melindungi kawasan ini adalah mengikat bagi Khalifah. Akan tetapi, dalam membina kubu/benteng ini, pendapat haruslah diambil dari pakar-pakar ketenteraan dan bukannya pendapat majoriti ahli Majlis Umat.

Demikianlah kedudukan syura dan hukum mengambil pendapat majoriti dalam Islam. Sebagaimana yang telah kami jelaskan sebelum ini, pendapat majoriti langsung tidak bernilai, malah haram dan berdosa besar apabila diambil dalam masalah tasyri’ (penggubalan undang-undang). Di sinilah umat Islam perlu membezakan proses menggubal undang-undang dengan suara majoriti di dalam sistem demokrasi yang jelas-jelas haram menurut Islam, dengan proses pengambilan suara majoriti di dalam sebuah musyawarah yang dijalankan oleh Majlis Umat. Di dalam sistem demokrasi-sekular, setiap pendapat, meskipun yang bersangkutan dengan hukum Allah, hanya boleh diluluskan dengan keputusan majoriti. Dengan kata lain, majoriti bersifat mengikat dalam setiap perkara, termasuk di dalam urusan memaksiati Allah. Kerana itulah, umat Islam dipaksa untuk tunduk dan taat kepada hukum zina dengan denda maksimum RM5,000 dan 6 kali sebatan, kerana majoriti telah pun meluluskannya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kemenangan sebenar bagi umat Islam adalah apabila umat Islam berjaya keluar dari kegelapan sistem Jahiliyyah sekarang menuju sistem Allah yang penuh bercahaya. Tiada erti dan tiada gunanya kemenangan jika umat Islam masih tetap terbelenggu dengan sistem dan undang-undang (kufur) yang sama, walaupun ‘orangnya’ telah bertukar. Apa yang diperlukan oleh umat Islam adalah hukum al-Quran dan Sunnah diterapkan secara kaffah di dalam kehidupan menggantikan hukum kufur-sekular yang telah sekian lama dipaksakan ke atas kita semua oleh para pemerintah kaum Muslimin yang berpemikiran penjajah. Sudah sekian lama umat Islam terhina di bawah hukum yang hina yang diterapkan oleh pemerintah yang hina. Umat yang mulia ini memerlukan hukum yang mulia yang akan diterapkan oleh pemerintah yang mulia. Dan satu-satunya hukum yang mulia hanyalah hukum yang datangnya dari Zat Yang Maha Mulia. Tidak ada alasan lagi bagi siapa sahaja yang Allah telah meletakkan amanah kepimpinan di bahunya, untuk tidak menerapkan hukum Allah. Siapa sahaja yang lalai dan tidak menunaikan amanah ini, maka azab Allah jualah yang sedang menantinya. Na’uzubillah min zalik.

DAKWAH MENEGAKKAN KHILAFAH - KEARAH KEBANGKITAN YANG SEBENAR

DAKWAH MENEGAKKAN KHILAFAH - KEARAH KEBANGKITAN YANG SEBENAR


Bagaimanakah yang sepatutnya dilakukan oleh kaum muslimin bagi mengatasi segala permasalahan yang dihadapi umat dewasa ini untuk membebaskan mereka dari belenggu penjajahan, kezaliman, pembunuhan dan sebagainya? Hanya ada satu cara sahaja untuk keluar dari belenggu ini, yakni umat Islam perlu bangkit. Tapi bagaimanakah yang disebut sebagai kebangkitan?
Syeikh Taqiyyudin an-Nabhani menyebutkan dalam kitab Nizhamu al-Islam bahawa kebangkitan yang sebenar mestilah dimulai dengan perubahan pemikiran (taghyir al-afkar) secara mendasar (asasiyan) dan menyeluruh (syamilan) berkaitan pemikiran tentang kehidupan, alam semesta dan manusia, serta hubungan antara kehidupan dunia dengan sebelum dan sesudahnya. Pemikiran yang membentuk pemahaman (mafahim) akan mempengaruhi tingkah laku. Maka dengan itulah, akan terwujudnya tingkah laku yang Islami apabila terdapat pemahaman Islam pada diri seseorang muslim itu. Dengan demikian, kebangkitan umat Islam tersebut adalah dengan adanya pemahaman ajaran Islam secara menyeluruh di dalam diri umat dan pengaturan kehidupan masyarakat menurut ketentuan dan aturan Islam.


Untuk itu, kita perlu berdakwah. Dan dakwah di tengah kemunduran umat dewasa ini (akibat tidak adanya kehidupan Islam) menurut
Syeikh Abdul Qadim Zallum dalam Kitab Manhaj bahawa aktiviti dakwah perlulah berbentuk dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam ( da'wah li isti'nafil hayatil Islamiyyah). Yakni dakwah untuk mendorong umat Islam untuk mengembalikan penerapan seluruh hukum-hukum Islam baik menyangkut `aqidah, ibadah, makanan minuman, pakaian, akhlaq, uqubat/hukuman mahupun mu'amalah (sosial, budaya, pendidikan, politik dan ekonomi) dengan cara menegakkan kembali al-khilafah al-islamiyyah (`audatu al-muslimin ila al-`amal bi jami'I ahkami al-Islam min aqaidin, wa ibadatin wa math'umatin wa malbusatin wa akhlaqin wa 'uqubatin wa mu'amalatin bi thariqi iqomati al-khilafah).


Dakwah seperti ini, perlu dilakukan secara berjamaah (jama'iyyan) atau berkelompok. Kerana setinggi manapun ilmu dan kedudukan seseorang serta sebanyak manapun aktiviti yang mereka lakukan, tidak mungkin akan mencapai tujuan dakwah yang dimaksudkan, jika dakwah dilakukan secara bersendirian (fardiyyan). Dan jamaah atau kelompok yang dimaksudkan perlulah bersifat politik ( kutlah siyasiyyah ).
Tujuan dakwah yakni mengembalikan kehidupan Islam yang mana ia juga merupakan tujuan politik. Jamaah atau kelompok yang tidak melibatkan dakwahnya di lapangan politik, bermakna ia tidak menuju ke arah tujuan dakwah yang dimaksudkan iaitu mengembalikan kehidupan Islam.


Dari segi individu, dakwah kepada umat bertujuan untuk membentuk seorang muslim yang berkeperibadian Islam (syakhsiyyah Islamiyyah) baik dari segi `aqliyah mahupun nafsiyahnya. Yakni seorang yang berfikir dan bertindak menurut ketentuan Islam. Ia tidak berfikir kecuali bersesuaian dengan ajaran Islam, dan ia juga tidak bertindak kecuali bersesuaian dengan syariat Islam. Sehubungan itu, perlu menanamkan pemahaman `aqidah yang benar dan kuat serta juga pemahaman syari'at Islam yang menyeluruh agar dengannya ia memahami apa tujuan kehidupan ini dan bagaimana cara menjalani kehidupan tersebut dengan baik menurut ketentuan Islam (Surah an-Nisaa' 65/al-Ahzab 33/al-Hasyr 7). Justeru itu, aktiviti dakwah juga diharapkan agar dapat menyedarkan umat bahawa masyarakat perlulah diatur dengan aturan Islam. Dengan demikian,maka terwujudlah masyarakat yang diidam-idamkan yakni masyarakat Islam yang senantiasa berpegang-teguh dengan syari'at Islam.

Selain itu juga,perlu tumbuh kesedaran umum (al-wa'yul Islami) di tengah-tengah masyarakat bahawa hanya di bawah naungan Khilafah Islamiyyah sajalah seluruh hukum dan aturan-aturan Islam dapat diterap dan dilaksanakan secara menyeluruh, sekaligus seluruh umat Islam dapat disatukan di bawah kepimpinan yang satu yakni khalifah. Dengan adanya penerapan Islam yang menyeluruh, maka segala permasalahan yang dihadapi umat akan dapat diselesaikan. Dengan itu, rahmat yang telah dijanjikan oleh Allah `azza wa jalla juga akan terwujud, tidak hanya kepada orang Islam, bahkan juga kepada orang yang bukan Islam, kerana Islam memberikan rahmat kepada sekalian alam.

Ketahuilah wahai umat Islam!

Dengan adanya Daulah Khilafah, maka nasib dan maruah umat Islam akan terbela, sekaligus keamanan terhadap jiwa, darah dan harta-benda mereka turut terjamin. Inilah Deenul Islam yang memberi rahmat kepada seluruh alam, baik muslim mahupun non-muslim yang hidup di bawah naungan Khilafah Islamiyyah.

Yakinlah, tanpa adanya Daulah Khilafah Islamiyyah, mustahil umat Islam dapat bersatu kembali. Realitinya telah kita lihat sekarang ini, di mana umat Islam di Palestin, Lebanon, Iraq, Afghanistan, Chechen, Kosovo dan Kashmir telah dizalimi, dibunuh serta dinodai maruah mereka, tetapi umat Islam yang lain hanya berdiam diri sahaja, tanpa membalas kekejaman kuffar tersebut dengan balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Mereka hanya bersuara saja,tetapi tidak berani untuk membalas tindakan biadab orang-orang kafir ke atas saudara seagama mereka. Inilah kesannya, akibat daripada ketiadaan Daulah Khilafah. Dengan itu, marilah sama-sama kita bersatu hati dan tenaga demi untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah yang telah lama runtuh akibat dari pakatan jahat yang dipelopori oleh Mustafa Kamal At-Tartruk laknatullahi `alaih bersama golongan kuffar. Rentetan keruntuhan tersebut, maka pelbagai musibah dan malapetaka telah menimpa umat sehingga ke hari ini. Sedar dan bangkitlah wahai umat Islam! Marilah sama-sama kita kembali kepada aturan Islam yang sebenar, di samping terus berdakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam yang telah lama dikecapi oleh umat selama lebih kurang 14 abad melalui penegakkan semula Daulah Khilafah Islamiyyah. Dengan tertegaknya Khilafah, maka kesatuan umat dapat dicapai, sekaligus kemuliaan dan kekuatan Islam akan terpancar di muka bumi Allah `azza wa jalla ini. Dan terhapuslah segala fitnah, kezaliman dan pembunuhan di muka bumi ini. Hanya yang akan menyelimuti bumi ini tidak ada yang lain melainkan rahmat Allah `azza wa jalla. Seterusnya, Deenul Islam saja yang akan bertapak kukuh di muka bumi ini dan menghancurkan seluruh kepercayaan serta agama-agama lain.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." [TMQ. Ali-'Imran(3):103]

HUKUM MELIBATKAN DIRI DI DALAM PILIHAN RAYA

HUKUM MELIBATKAN DIRI DI DALAM PILIHAN RAYA



Solan Fiqh : Saya ingin bertanya pendapat Hizbut Tahrir tentang proses pengundian atau pilihan raya dalam sistem demokrasi, kerana banyak khabar angin yang saya dengar bahawa Hizbut Tahrir mengharamkannya, adakah ianya benar? Untuk mengelak kekeliruan saya meminta Hizbut Tahrir menjelaskan secara terbuka tentang masalah ini.

Jawapan Kami

Pada 8hb Mac ini, rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Dalam kesibukan pilihan raya ini, timbullah di kalangan kaum Muslimin di Malaysia pelbagai pandangan mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Bagi menjawab persoalan mengenai hukum melibatkan diri dengan proses pilihan raya, kami akan membawa/menjelaskan realiti pilihan raya itu sendiri yakni pilihan raya yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang ini dan seterusnya menjelaskan dalil-dalil syarak mengenainya.

Adapun hukum asal pilihan raya dalam Islam adalah mubah (harus). Ini kerana ‘pilihan raya’ (intikhab) yang dijalankan dalam Islam, sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah hanyalah (bertujuan) untuk memilih wakil bagi mewakili kaum masing-masing (waktu itu Aus dan Khazraj), manakala pada zaman Khulafa’ Rasyidin, intikhab dilakukan untuk memilih Khalifah itu sendiri dan juga untuk memilih wakil dalam Majlis Syura (Majlis Umat). Perlu difahami dan dibezakan di sini fungsi Majlis Ummat adalah untuk muhasabah pemimpin dan musyawarah antara mereka serta memberi masukan/input kepada pemerintah. Majlis Syura ini bukannya majlis untuk membuat/menggubal undang-undang atau merubah undang-undang. Ia berbeza sama sekali dengan realiti pilihan raya yang ada dalam sistem demokrasi sekarang.

Bertolak dari sini, kita mestilah memahami dan membezakan realiti intikhab di masa Rasulullah dengan realiti intikhab dalam sistem demokrasi yang ada sekarang. Untuk mengetahui hukum syarak mengenai masalah pilihan raya sekarang, kita perlulah mengkaji terlebih dahulu realitinya (tahqiq al-manath). Yang pertama sekali, kita mestilah faham perbezaan di antara ‘pilihan raya’ dan ‘demokrasi’ itu sendiri. Pilihan raya tidak sama dengan demokrasi dan demokrasi tidak sama dengan pilihan raya. Pilihan raya hanyalah salah satu cara/uslub dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil (bukan memilih pemimpin). Manakala demokrasi pula adalah sebuah sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang berada di tangan manusia. Hukum pilihan raya adalah berbeza dengan hukum demokrasi. Hukum demokrasi jelas haram dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qath’i.

Seperkara lagi yang perlu difahami dan dibezakan adalah ‘suara majoriti’. Suara majoriti tidak sama dengan demokrasi dan tidak sama dengan pilihan raya. Suara majoriti tidak salah untuk diambil dalam membuat sesuatu keputusan yang bersifat mubah (harus), contohnya majoriti bersetuju melantik A sebagai pemimpin atau majoriti bersetuju untuk pergi ke suatu tempat dengan menaiki bas. Namun suara majoriti akan menjadi haram apabila yang disepakati adalah bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk merejam penzina dengan 6 kali sebatan, atau majoriti bersetuju untuk memenjarakan seorang pencuri, atau majoriti bersetuju untuk menghalalkan sistem perbankan riba. Dalam aspek menggubal undang-undang, suara majoriti juga menjadi haram walaupun yang dipersetujui (secara majoriti) adalah suatu yang bertepatan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk gubal undang-undang bahawa solat itu wajib atau puasa itu wajib atau riba itu haram. Ini kerana kewajipan solat dan puasa dan keharaman riba adalah datang dari Allah sebagai Zat Pembuat undang-undang. Jadi, tidak kira sama ada majoriti bersetuju atau tidak, solat tetap wajib dan riba tetap haram. Ia bukan untuk disetujui atau diundi oleh manusia. Ia (hukum syarak) adalah untuk dilaksanakan oleh manusia. Manusia tidak ada sebesar zarah pun hak untuk mencadangkan, apatah lagi menggubal dan mengundi hukum Allah untuk diluluskan secara majoriti.

Pilihan raya yang dijalankan dalam sistem demokrasi hakikatnya adalah merupakan pemilihan wakil untuk ke Parlimen/DUN untuk menggubal undang-undang. Dengan kata lain ia adalah pemilihan ahli-ahli majlis tasyri' yakni majlis yang akan membuat undang-undang. Jadi, majlis perwakilan (wakil Parlimen atau wakil DUN), fungsi utama mereka (apabila menang) adalah berada dalam majlis tasyri' untuk membuat undang-undang. Autoriti majlis ini adalah untuk menggubal undang-undang, meminda dan menghapuskannya dengan suara majoriti. Inilah tahqiq al-manathnya. Oleh yang demikian (setelah jelas akan realitinya), maka barulah hukum syarak bagi realiti ini digali untuk diselesaikan. Sehubungan itu, kami akan menjelaskan hukum syarak mengenai penyertaan di dalam pilihan raya dan juga kedudukan mereka yang berdalil dengan suara majoriti dalam sistem demokrasi ini.

Pilihan raya hakikatnya merupakan suatu bentuk perwakilan (wakalah). Oleh itu, ia haruslah mematuhi semua syarat-syarat dan rukun akad wakalah agar akad ini menjadi akad yang sah di sisi syarak. Wakalah melibatkan beberapa aspek yakni (i) ijab dan kabul (ii) pihak yang diwakili (muwakkil) (iii) pihak yang menjadi wakil (wakil) (iv) perkara yang harus dilakukan oleh wakil dalam urusan perwakilan ini dan (iv) bentuk (sighah) perwakilan tersebut.

Majlis perwakilan, berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan di kebanyakan negeri kaum Muslimin (di Malaysia di kenali sebagai Parlimen dan DUN), bertanggungjawab menjalankan beberapa fungsi utama. Antaranya adalah menggubal undang-undang, melantik ketua negara atau membatasi calon-calon ketua negara, memberikan kepercayaan penuh kepada pemerintah (dalam urusan pemerintahan), mengesahkan pelbagai undang-undang, persetujuan dan perjanjian serta mengawasi dan memuhasabah pemerintah negara.

Adapun mengenai penggubalan undang-undang, ia merupakan aktiviti yang tidak dibolehkan (haram) bagi seorang Muslim untuk melakukannya, tidak kira sama ada ia terlibat secara langsung dalam penggubalan ataupun terlibat dalam pengundian (sokong atau tidak), meskipun undang-undang yang digubal itu ‘selari’ dengan hukum Islam yang mulia (sebagaimana dijelaskan di atas). Ini adalah kerana, ketika hukum Islam diambil dan dirujuk, ia didasari dengan dalil syarak yang terpancar dari aqidah Islam yang diwahyukan Allah. Seseorang Muslim tidak dibolehkan membuat undang-undang, tetapi kewajiban mereka hanyalah untuk menerima dan menerapkan syariat Allah sahaja dan bukan yang lain, tidak kira sama ada ia dipersetujui secara majoriti atau tidak. Hukum Allah (apatah lagi hukum kufur) bukan untuk dibuat, diundi dan diluluskan dengan majoriti. Oleh itu, hak untuk membuat undang-undang (hukum) hanyalah terletak pada Allah semata-mata. Tidak ada sesiapapun yang berhak meletakkan dirinya setara dengan Allah ‘Azza wa Jalla dalam membuat undang-undang. Allah berfirman:

“…hanya Allah jualah yang menetapkan hukum…..” [TMQ Al-an’aam (6) :57]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya” [TMQ Al-Nisa’ (4):65]

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya” [TMQ Al-nahl (16) :116]

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda kepada Adi bin Hatim,

“Tidakkah mereka itu menghalalkan bagi mereka apa yang telah diharamkan (oleh Allah) dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan?, dan Adi berkata, ‘ya’, maka Rasulullah berkata, ‘Maka mereka itu telah menyembah (rahib dan pendeta) mereka”

Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah membacakan ayat di bawah kepadanya.

“Mereka menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib (ahli-ahli agama) mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah” [TMQ Al-Taubah (9) :31]

Hakikatnya, Majlis Perwakilan (Parlimen/DUN) ini adalah majlis yang hanya menjadikan demokrasi Barat sebagai ikutannya. Ia menjadikan prinsip ‘kedaulatan di tangan rakyat’ sebagai prinsip utama. Prinsip ini meletakkan rakyat (manusia) sebagai satu-satunya institusi yang boleh menentukan hukum ke atas benda dan perbuatan, sama ada baik atau buruk. Manusia yang diwakilkan itu (wakil rakyat)lah yang berhak menentukannya, dan ia (undang-undang) hanya ditentukan semudah dengan suara majoriti. Apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai buruk, maka buruklah ia dan apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai baik, maka baiklah ia. Prinsip ini dijadikan sebagai autoriti yang tertinggi dalam demokrasi, sistem kufur yang bertentangan seratus peratus dengan Al-Quran dan Sunnah.

Adapun dalam memberikan kepercayaan kepada pemerintahan sekular yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, memilih pemimpin negara serta mengesahkan pelbagai undang-undang, perjanjian dan persetujuan, seorang Muslim tidak dibolehkan terlibat dengannya. Seorang Muslim tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan selain dari hukum Allah. Seorang Muslim juga tidak boleh terlibat dalam mengesahkan apa-apa perjanjian yang dibuat atas dasar kufur kerana ini akan menyebabkan kaum kuffar diberikan jalan-jalan untuk menguasai negeri kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah berfirman:

“...dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk (menguasai) orang-orang yang beriman” [TMQ Al-Nisa’ (4) :141]

Mengenai fungsi mengawasi negara dan memuhasabah para pemerintah, ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin dalam menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar. Ini adalah merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Oleh itu (untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan), terdapat syarat-syarat syar’i yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini. Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat –syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah:-

(1) Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem kapitalisme Barat dan kesemua sistem kufur.

(2) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam.

(3) Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.

(4) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam.

(5) Dia tidak akan masuk dalam pencalonan (parti) sekular, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur.

(6) Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (dengan mereka yang menerapkan (hukum) serta mereka yang terlibat dengan perundangan) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang merupakan sandaran bagi mereka yang berlaku zalim. Allah swt berfirman, “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” [TMQ Hud:113]

(7) Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.

Berdasarkan apa yang telah kami jelaskan, kami berpandangan bahawa sebahagian besar dari fungsi ahli-ahli majlis perwakilan melibatkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka untuk melakukannya. Ini termasuklah fungsi menggubal undang-undang yang bertolak belakang dari Al-Quran dan Sunnah, fungsi melantik ketua negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah, memberikan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan hukum yang bukan diturunkan oleh Allah dan mengesahkan pelbagai perjanjian dan persetujuan yang dibina atas dasar kufur, membolehkan pihak kuffar untuk menguasai kaum Muslimin. Mana-mana calon yang dicalonkan sebagai ahli Parlimen atau DUN untuk menjalankan fungsi-fungsi ini sesungguhnya telah berdosa dan kaum Muslimin tidak dibolehkan untuk membantu mereka, memilih mereka mahupun mengucapkan tahniah kepada mereka sekiranya mereka berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu fungsi dari fungsi-fungsi ahli majlis perwakilan yang diperintahkan oleh syarak. Dan bagi menjalankan fungsi ini, dibolehkan seorang Muslim untuk terlibat di dalam pilihan raya. Namun begitu, ia hanya dibolehkan sekiranya pencalonan ini berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Fungsi ini adalah fungsi memuhasabah pemerintah dan negara sekiranya ia menjalankan perkara yang menyalahi hukum syarak. Malah, ahli majlis perwakilan wajib menjadikan Parlimen sebagai platform dalam usaha untuk menghancurkan sistem, perlembagaan dan undang-undang yang dibina di atas asas kekufuran. Parlimen juga mesti dijadikan sebagai platform untuk mengingatkan manusia bahawa kewujudan undang-undang dan negara yang diasaskan atas dasar ini merupakan suatu kemungkaran, bahkan ia merupakan ibu kepada segala kemungkaran yang ada dan oleh itu ia wajib dihapuskan dan dibina di atasnya Daulah Islam yang akan berhukum dengan hukum Allah secara kaffah. Daulah yang dimaksudkan ini adalah Daulah Khilafah Rasyidah yang didirikan atas jalan kenabian.

Seseorang yang ingin menjalankan fungsi yang mulia ini tidaklah perlu merasa terkilan sekiranya tidak berjaya menjadi ahli Parlimen tersebut kerana sesungguhnya, platform untuk menjalankan fungsi ini (dakwah kepada Islam) terdapat di mana-mana dan tidak hanya terbatas di Parlimen sahaja. Bahkan dengan menjadi ahli Parlimen, seorang Muslim itu mungkin akan berubah akibat pelbagai godaan, peluang dan kekayaan yang tersedia, lantas mengganggu konsistensi dan keikhlasannya dalam menjalankan dakwah hanya untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan untuk mendapat habuan dunia.

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk muhasabah para pemerintah dan mengubah mereka melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam, yakni dengan peperangan pemikiran (sira’ul fikr) dan penentangan politik (kifah siyasi) sekiranya hukum yang dijalankan adalah selain dari hukum Allah. Sekiranya ini tidak kita lakukan, maka pastilah situasi kita akan menjadi semakin buruk dan Allah akan menghukum kita di dunia dan akhirat. Sesungguhnya mengubah keadaan (kaum Muslimin) sekarang bukanlah suatu yang mustahil, seperti mana yang kerap digembar-gemburkan oleh mereka yang jahil, pengecut dan dalam kesesatan. Mengubah suasana ini merupakan suatu yang mampu dilakukan oleh umat Islam sekiranya umat ini bertawakal kepada Allah dan menjalankan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kaum Muslimin. Janganlah rasa putus asa menyelubungi diri kita sehingga kita berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi saat ini. Janganlah kita membiarkan segala ilusi (bahawa kita tidak akan dapat berubah) ini mengalihkan pandangan kita dari berusaha untuk mengubah situasi umat dan melanjutkan kehidupan Islam serta menyebarkan Islam ke seluruh dunia melalui Daulah Khilafah yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin. Umat ini, Insya Allah akan disatukan di bawah seorang pemimpin dan kibaran bendera Islam yang satu di mana negeri-negeri kaum Muslimin yang bertaburan akan disatukan dan umat Islam akan dibebaskan dari ketidakadilan sistem kufur yang rosak kepada keadilan Islam. Maka akan wujudlah negara yang satu, Khilafah Rasyidah, yang menerapkan Islam dan menegakkan jihad sehinggalah Islam mendominasi dan mengatasi segala din (cara hidup) yang lain.

“Kepada pentadbiran Allah jualah kembali segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira - dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [TMQ Al-Rum (30):5-6]

PANDANGAN HIZBUT TAHRIR TENTANG PILIHAN RAYA

PANDANGAN HIZBUT TAHRIR TENTANG PILIHAN RAYA



Esok 8 Mac 2008 adalah hari penentu untuk mengetahui parti manakah yang akan dipilih oleh rakyat Malaysia bagi memerintah untuk jangka masa 5 tahun yang akan datang. Sepanjang tempoh berkempen yang telah berlangsung sejak pembubaran Parlimen, pelbagai peristiwa dan kejadian yang telah berlaku. Caci-mencaci, tuduh-menuduh, hina-menghina, fitnah-memfitnah dan tidak kurang juga insiden pukul-memukul dapat disaksikan. Penipuan semakin merajalela, kebencian semakin membara dan hubungan dengan Allah semakin dilupa. Janji ditabur dan wang ringgit dihambur manakala kasih sayang dan persaudaraan sesama Muslim dikubur. Inilah sedikit dari fenomena pilihan raya yang setiap kali dijalankan, pasti menimbulkan lebih banyak perpecahan dan pergaduhan sesama umat Islam. Dalam kesibukan pilihan raya ini juga, timbul persoalan dan perdebatan di kalangan kaum Muslimin berhubung pandangan Islam mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah. Ada pula yang berpandangan bahawa pilihan raya dibolehkan kerana Islam tidak pernah merincikan perkara (pemerintahan) ini, jadi terpulanglah kepada manusia untuk menentukan cara mereka sendiri dalam memilih pemerintah.

Sebagai sebuah parti politik yang berdakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan mendirikan semula Daulah Khilafah, Hizbut Tahrir sering di salah fahami, dilabel dan difitnah sebagai sebuah gerakan Islam yang anti pilihan raya atau tepatnya yang mengharamkan pilihan raya. Bagi mereka yang ikhlas dan ingin tahu, ramai yang telah datang berbincang dan berdialog dengan Hizbut Tahrir sendiri berkenaan perkara ini. Selain itu, persoalan yang sama sering diajukan kepada kami di seminar-seminar dan forum-forum terbuka yang kami anjurkan. Segala puji bagi Allah, setelah mendapat penjelasan langsung dari kami, setakat ini ramai yang semakin jelas tentang pendirian Hizbut Tahrir dalam masalah ini. Inilah yang kami harapkan dari umat Islam yang ikhlas, agar mereka datang dan berjumpa sendiri dengan kami, daripada mendengar fitnah dan tohmahan dari luar. Atas permintaan ramai, Sautun Nahdhah hari ini akan menyatakan pendirian Hizbut Tahrir mengenai hukum pilihan raya, agar lebih ramai umat Islam yang ikhlas akan memahami dan membetulkan sikap masing-masing. Kami sedar bahawa nasyrah kecil ini tidak akan dapat memuat semua perkara yang ingin kami sampaikan, namun diharap ia memadai untuk menjernihkan pandangan mereka yang kabur dan keliru selama ini.

Pilihan Raya Dalam Islam

Persoalan pertama yang perlu dijelaskan di sini adalah, adakah terdapat pilihan raya di dalam Islam? Jawapannya ya, memang terdapat pilihan raya di dalam Islam, walaupun konteks atau cara(uslub)nya agak berbeza dengan yang ada sekarang. Pemilihan suara ramai memang ada dalam Islam. Secara rincinya pemilihan suara ramai (yang sekarang disebut pilihan raya) ini boleh berlaku dalam dua keadaan utama. Pertama, dalam urusan memilih Khalifah sebagai pemimpin tertinggi umat Islam. Kedua, dalam urusan memilih Majlis Syura (Majlis Umat). Namun, perlu difahami di sini bahawa pemilihan Khalifah tidak semestinya dilakukan melalui pemilihan suara ramai, tetapi pemilihan Majlis Umat mesti melalui suara ramai.

Hal ini diambil dari peristiwa pengangkatan para Khulafa’ Rasyidin yang menjadi Ijmak Sahabat yang wajib kita ikuti. Semasa pelantikan Abu Bakar, sebahagian besar kaum Muslimin berkumpul di Saqifah Bani Saidah dan terjadi perbincangan di antara mereka. Hasilnya Abu Bakar telah dibai’ah (bai’at in’iqad) menjadi Khalifah. Kemudian pada hari kedua, kaum Muslimin di undang ke Masjid Nabawi, lalu mereka membai’at Abu Bakar di sana (bai’at ta’at). Ketika Abu Bakar merasa sakitnya akan membawa kepada kematian, beliau telah memanggil kaum Muslimin untuk meminta pendapat mereka mengenai siapa yang akan menjadi Khalifah setelah beliau. Proses pengumpulan pendapat itu berlangsung selama tiga bulan dan akhirnya Abu Bakar mengetahui pendapat majoriti dari kaum Muslimin, lalu beliau menunjuk (mencalonkan) Umar sebagai Khalifah penggantinya. Perlu difahami di sini bahawa penunjukan (pencalonan) Umar bukanlah merupakan akad pengangkatan Umar sebagai Khalifah, kerana ternyata setelah Abu Bakar meninggal, kaum Muslimin datang ke Masjid dan membai’at Umar sebagai Khalifah yang baru. Ertinya, dengan bai’at inilah Umar sah menjadi Khalifah, bukannya dengan pengumpulan pendapat majoriti mahupun dengan pencalonan oleh Abu Bakar. Seandainya pencalonan oleh Abu Bakar merupakan akad kekhilafahan kepada Umar, nescaya tidak lagi diperlukan bai’at dari kaum Muslimin. Tambahan lagi, terdapat nas yang begitu banyak dan jelas dari Rasulullah bahawa sahnya kepimpinan tertinggi umat Islam itu adalah dengan bai’at.

Ketika Umar sakit, beliau telah menunjukkan enam orang sebagai calon Khalifah. Setelah Umar meninggal dan kemudian para calon berkumpul, Abdul Rahman bin Auf mengundurkan diri dan beliau diberi mandat (oleh yang lain) untuk menguruskan pelantikan Khalifah. Lalu beliau mulai meminta pendapat mereka satu persatu. Beliau menanyai mereka seandainya perkara itu diserahkan kepada masing-masing, siapakah di antara mereka yang lebih berhak. Akhirnya jawapannya terbatas pada dua orang iaitu Ali dan Utsman. Abdul Rahman lalu mulai bergerak bertanya pendapat kaum Muslimin keseluruhannya siapakah di antara dua calon tersebut yang mereka kehendaki. Beliau bertanya baik lelaki mahupun perempuan dalam rangka menggali pendapat masyarakat. Abdul Rahman diriwayatkan tidak tidur kerana keluar mengambil pendapat kaum Muslimin. Imam Bukhari meriwayatkan dari jalan al-Miswar bin Mukhrimah yang berkata, “Abdul Rahman mengetuk pintu hingga aku terbangun. Dia berkata, ‘Aku melihat engkau tidur. Demi Allah, janganlah engkau menghabiskan tiga hari ini (yakni tiga malam) dengan banyak tidur”. Ketika kaum Muslimin melaksanakan solat subuh pada hari yang ketiga tersebut, pembai’atan Utsman selesai dilakukan. Setelah Utsman terbunuh, majoriti kaum Muslimin di Madinah dan Kufah membai’at Ali bin Abi Thalib. Jadi, dengan bai’at ini, Ali sah menjadi Khalifah bagi kaum Muslimin.

Seperkara yang perlu diperhatikan di sini adalah, hanya jawatan Khalifah sahaja yang boleh dibuat melalui pungutan suara ramai. Sedangkan bagi jawatan lain seperti Mu’awin, Wali, Amil, Masalih ad-Daulah, Amirul Jihad, Qadhi dan lain-lain, mereka ini bukan dipilih melalui pilihan raya atau suara ramai, tetapi dilantik oleh Khalifah secara langsung. Hal ini berdasarkan nas yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin dalam pelantikan jawatan-jawatan tersebut di dalam pemerintahan mereka. Seperkara lagi yang mesti diperhatikan betul-betul adalah perbezaan di antara bai’at dan pemilihan suara ramai. Pemilihan suara ramai (atau pilihan raya) bukanlah bai’at atau proses bai’at itu sendiri. Pilihan raya hanyalah proses memilih wakil (akad wakalah, bukan akad bai’at) sedangkan bai’at adalah satu akad yang wajib dilakukan oleh kaum Muslimin terhadap Khalifah yang telah terpilih. Nas-nas tentang bai’ah juga berbeza dengan nas-nas tentang bolehnya pilihan raya, di mana terdapat dua jenis akad bai’ah di dalam Islam dan seseorang Khalifah itu dibai’ah untuk ‘menerapkan’ hukum Allah, bukan untuk ‘menggubal’ hukum (undang-undang). Dan sebagaimana yang telah disebutkan, bai’ah itu hanya diberikan kepada (seorang) Khalifah sahaja, bukan kepada yang lain, tidak sama langsung hakikatnya dengan pilihan raya.

Satu lagi bentuk pilihan raya yang dibenarkan Islam adalah untuk memilih Majlis Syura (Majlis Umat). Majlis Umat adalah majlis yang dianggotai oleh para individu yang mewakili kaum Muslimin dalam memberikan pendapat sebagai tempat merujuk bagi Khalifah untuk meminta nasihat/input mereka dalam pelbagai urusan. Majlis ini juga mewakili umat dalam melakukan muhasabah terhadap Khalifah dan semua pegawai negara. Anggota majlis ini dipilih oleh umat melalui pilihan raya dan bukan melalui pelantikan (oleh pemerintah). Hal ini kerana mereka merupakan ‘wakil umat’ dalam mengemukakan pendapat (bukan membuat undang-undang) atau memuhasabah pemimpin. Untuk mengetahui wakil dalam wilayah yang begitu luas manakala mereka tidak dikenal, maka hal ini tidak akan terlaksana kecuali bagi orang-orang yang dipilih untuk menjadi wakil mereka. Tujuan yang menjadi alasan keberadaan Majlis Syura itu adalah mewakili masyarakat secara representatif. Kerana itu, asas kepada pemilihan anggota majlis ini adalah mesti mewakili masyarakat secara representatif (tamtsil li an-nas), sebagaimana keadaan yang menjadi dasar bagi Rasulullah dalam memilih nuqaba’ (orang yang bertanggungjawab). Dasar kedua adalah mewakili kelompok secara representatif seperti halnya perbuatan Rasulullah dalam memilih wakil dari kaum Muhajirin dan Ansar. Agar orang-orang yang tidak dikenal dapat mewakili individu-individu, kelompok-kelompok dan masyarakat secara representatif, maka hal ini tentunya hanya boleh dilakukan melalui pilihan raya. Semasa peristiwa Bai’ah Aqabah II, kerana kaum Muslimin yang berbai’at itu belum dikenal oleh Rasulullah, lalu urusan pemilihan itu baginda serahkan kepada mereka sepenuhnya, dengan sabda baginda, “Keluarkan (pilihlah) kepadaku 12 orang naqib dari kalangan kalian yang bertanggungjawab atas kaum mereka” [Sirah Ibn Hisyam].

Yang perlu difahami dan diperhatikan betul-betul di sini adalah fungsi Majlis Umat iaitu (i) sebagai majlis syura dan (ii) sebagai majlis muhasabah. Adapun yang dimaksudkan dengan syura (musyawarah) adalah berbincang (sebelum keputusan diambil) untuk meminta dan memberi pendapat (termasuklah dalam urusan melantik Khalifah), dan ia hanya terbatas kepada perkara-perkara yang bersifat mubah dan tidak bertentangan dengan syara’ sahaja. Muhasabah pula adalah melakukan peneguran (menegur kesalahan/kelalaian) Khalifah dan kakitangan negara yang lain, setelah keputusan diambil atau setelah sesuatu polisi diterapkan. Satu lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah Majlis Syura ini bukannya majlis tasyri’ (majlis untuk menggubal undang-undang), fungsinya hanya terbatas kepada dua perkara yang disebutkan di atas sahaja. Majlis Syura berbeza sama sekali dengan realiti Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam sistem demokrasi yang mana fungsi utama Parlimen atau DUN adalah untuk membuat undang-undang.

Pilihan raya Dalam Sistem Demokrasi

Bertolak dari sini, kita mestilah memahami dan membezakan realiti intikhab (pemilihan) di masa Rasulullah dengan realiti intikhab dalam sistem demokrasi yang ada sekarang. Untuk mengetahui hukum syara’ mengenai kedudukan pilihan raya sekarang, kita perlulah mengkaji terlebih dahulu realitinya (tahqiq al-manath). Yang pertama sekali, kita mestilah menjernihkan dahulu perbezaan di antara ‘pilihan raya’ dan ‘demokrasi’ itu sendiri. Pilihan raya tidak sama dengan demokrasi dan demokrasi tidak sama dengan pilihan raya. Pilihan raya hanyalah salah satu aspek/uslub dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil (bukan memilih pemimpin). Manakala demokrasi itu adalah sebuah sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang berada di tangan manusia. Hukum pilihan raya adalah berbeza dengan hukum demokrasi. Hukum demokrasi jelas haram dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qath’i.

Seperkara lagi yang perlu difahami dan dibezakan adalah ‘suara majoriti’. Suara majoriti tidak sama dengan demokrasi dan tidak sama dengan pilihan raya. Suara majoriti tidak salah untuk diambil dalam membuat sesuatu keputusan yang bersifat mubah (harus), contohnya majoriti bersetuju melantik A (berbanding B) sebagai pemimpin atau majoriti bersetuju untuk pergi ke suatu tempat dengan menaiki bas (berbanding kereta). Namun suara majoriti akan menjadi haram apabila yang disepakati adalah bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk menghukum penzina dengan 6 kali sebatan, atau majoriti bersetuju seorang pencuri dihukum penjara, atau majoriti bersetuju untuk menghalalkan sistem perbankan riba. Dalam aspek menggubal undang-undang, suara majoriti juga menjadi haram walaupun yang dipersetujui (secara majoriti) adalah suatu yang bertepatan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk menggubal undang-undang bahawa solat itu wajib atau puasa itu wajib atau riba itu haram atau hukum mencuri adalah potong tangan. Ini kerana kewajipan solat dan puasa dan keharaman riba serta potong tangan bagi pencuri adalah datangnya dari Allah sebagai Zat Pembuat undang-undang. Jadi, tidak kira sama ada majoriti bersetuju atau tidak, solat tetap wajib dan riba tetap haram dan pencuri wajib dipotong tangan. Hukum Allah bukan untuk disetujui, diundi atau diluluskan oleh manusia. Hukum Allah merupakan hukum syara’ yang wajib dilaksanakan oleh manusia, tidak kira manusia bersetuju atau tidak. Manusia tidak ada sebesar zarah pun hak untuk mencadangkan, apatah lagi menggubal dan mengundi hukum Allah untuk diluluskan secara majoriti.

Menurut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen berfungsi sebagai badan perundangan (menggubal, meminda dan menghapuskan undang-undang). Manakala pilihan raya yang dijalankan dalam sistem demokrasi hakikatnya adalah merupakan pemilihan wakil untuk ke Parlimen/DUN bagi merealisasikan fungsi ini. Dengan kata lain ia adalah pemilihan ahli-ahli majlis tasyri’ yakni majlis yang akan membuat, meminda dan menghapuskan undang-undang. Jadi, majlis perwakilan (wakil Parlimen atau wakil DUN), fungsi utama mereka (apabila menang) adalah berada dalam majlis tasyri’ ini untuk menggubal undang-undang, meminda dan menghapuskannya dan kesemua ini boleh dan ‘wajib’ dilakukan dengan suara majoriti. Inilah hakikat Parlimen sama ada dari segi undang-undang mahupun amalan. Oleh yang demikian, setelah jelas akan tahqiq al-manathnya, maka barulah hukum syara’ bagi pilihan raya dalam sistem demokrasi ini dapat digali dan diselesaikan. Pilihan raya sekarang hakikatnya merupakan suatu bentuk perwakilan (wakalah) di mana masyarakat memilih wakil mereka untuk ke Parlimen/DUN. Untuk sesuatu akad wakalah sah di sisi syara’, ia mestilah ada (i) ijab dan kabul (ii) pihak yang diwakili (muwakkil) (iii) pihak yang menjadi wakil (wakil) (iv) urusan yang diwakilkan dan (v) bentuk (sighah) perwakilan tersebut.

Adapun mengenai penggubalan undang-undang, ia merupakan aktiviti yang tidak dibolehkan (haram) bagi seorang Muslim untuk melakukannya, tidak kira sama ada dia terlibat secara langsung dalam penggubalan ataupun terlibat dalam pengundian, meskipun undang-undang yang digubal itu ‘selari’ dengan hukum Islam yang mulia (sebagaimana dijelaskan di atas). Ini adalah kerana, ketika hukum Islam diambil untuk diterapkan, ia wajib diambil dari Al-Quran dan Sunah berdasarkan ‘aqidah Islam’, bukan diambil, dibahas dan diterapkan berdasarkan ‘undi majoriti’. Seseorang Muslim tidak dibolehkan membuat undang-undang, sebaliknya kewajiban mereka hanyalah untuk menerima dan menerapkan syariat Allah sahaja dan itu sahaja, tidak kira sama ada ia dipersetujui secara majoriti atau tidak oleh manusia. Oleh itu, hak untuk membuat undang-undang (hukum) hanyalah terletak pada Allah semata-mata. Tidak ada sesiapapun yang berhak meletakkan dirinya setara dengan Allah ‘Azza wa Jalla dalam membuat undang-undang. Allah berfirman, “…hanya Allah jualah yang (berhak) menetapkan hukum…..” [TMQ al-An’am (6):57]. Oleh kerana hak membuat hukum (undang-undang) itu tidak ada pada manusia, maka manusia mana pun sama sekali tidak boleh (haram) ‘mewakilkan’ perkara ini kepada mana-mana orang, dalam apa-apa keadaan sekalipun. Manusia hanya diizinkan Allah untuk mewakilkan ‘perkara’ yang ia mempunyai hak ke atasnya sahaja. Dan membuat undang-undang bukanlah hak manusia. Ia hanyalah hak mutlak Allah swt semata-mata.

Oleh itu, dengan mengetahui bahawa calon yang dipilih itu akan pergi (diwakilkan) ke Parlimen/DUN untuk membuat undang-undang yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka berdasarkan kaedah syara’, al-wasilatu ila haram, haram (apa-apa jalan yang menuju kepada haram hukumnya juga haram), ini bermaksud mengundi/mewakilkan calon tersebut adalah haram. Adapun dalam memberikan kepercayaan kepada pemerintahan sekular yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, memilih pemimpin negara serta mengesahkan pelbagai undang-undang, perjanjian dan juga cukai, seorang Muslim tidak dibolehkan terlibat dengannya. Seorang Muslim tidak boleh mewakilkan atau meletakkan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan selain dari hukum Allah. Menerapkan hukum selain dari apa yang diturunkan Allah merupakan satu bentuk kekufuran, kezaliman dan kefasikan [TMQ al-Ma’idah (5):44, 45, 47]. Allah swt berfirman, “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” [TMQ Hud (11):113]

Menyertai Pilihan Raya Dalam Demokrasi

Berdasarkan apa yang telah kami jelaskan, kami berpandangan bahawa sebahagian besar dari fungsi ahli-ahli majlis perwakilan melibatkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka untuk melakukannya. Ini termasuklah fungsi menggubal undang-undang yang bertolak belakang dari Al-Quran dan Sunnah, fungsi melantik ketua negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah, memberikan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan hukum yang bukan diturunkan oleh Allah dan mengesahkan pelbagai perjanjian dan persetujuan yang dibina atas dasar kufur. Mana-mana orang yang memilih dan terpilih sebagai ahli Parlimen atau DUN untuk menjalankan fungsi-fungsi ini sesungguhnya telah berdosa dan kaum Muslimin tidak dibolehkan untuk menjadikan mereka sebagai wakil, membantu mereka mahupun mengucapkan tahniah kepada mereka sekiranya mereka berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu fungsi dari fungsi-fungsi ahli majlis perwakilan yang dibenar dan diperintahkan oleh syara’. Dan bagi menjalankan fungsi ini, dibolehkan seorang Muslim untuk terlibat di dalam pilihan raya. Ia adalah fungsi mengawas (control) negara dan memuhasabah para pemerintah di mana ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin. Ia merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Namun demikian, untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan, terdapat syarat-syarat syar’i yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang itu ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini. Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat-syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak. Syarat-syarat tersebut adalah:-

(1) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam. (2) Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem sekular dan kesemua sistem kufur yang ada. (3) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen/DUN (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam. (4) Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul. (5) Dia tidak akan masuk dalam pencalonan parti sekular atau parti bukan Islam, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur. (6) Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (yang kedua-duanya menerap dan melaksanakan hukum kufur) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang jelas-jelas terdiri dari mereka yang zalim. (7) Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.

Tambahan dari itu, perlu diperhatikan bahawa proses pilihan raya itu sendiri mestilah mematuhi hukum syara’ dari segi tidak ada unsur-unsur perjudian ataupun pengakuan (untuk diikrar/ditandatangani) agar ia taat kepada taghut atau unsur-unsur haram yang lain sebelum membolehkannya menjadi calon. Setelah semua aspek keharaman dapat dihindari, maka bolehlah dia bertanding dan sekiranya dia menang, dia wajib menjadikan Parlimen sebagai platform dalam usaha untuk menghancurkan sistem, perlembagaan dan undang-undang yang dibina di atas asas kekufuran. Parlimen juga mesti dijadikan sebagai platform untuk mengingatkan manusia bahawa kewujudan undang-undang dan negara yang diasaskan atas dasar kufur ini merupakan suatu kemungkaran, bahkan ia merupakan ibu kepada segala kemungkaran yang ada dan oleh itu ia wajib dihapuskan dan dibina di atasnya Daulah Islam yang akan berhukum dengan hukum Allah secara kaffah. Daulah yang dimaksudkan ini adalah Daulah Khilafah Rasyidah yang didirikan atas jalan kenabian. Jika dia gagal sekalipun (dalam pilihan raya tersebut) seseorang yang ingin menjalankan fungsi yang mulia ini tidaklah perlu merasa sedih atau terkilan kerana sesungguhnya, platform untuk menjalankan fungsi ini (dakwah kepada Islam) terdapat di mana-mana dan tidak hanya terbatas di Parlimen/DUN sahaja. Bahkan dengan menjadi ahli Parlimen/DUN, seorang Muslim itu mungkin akan berubah sikap akibat godaan syaithan dengan pelbagai ruang dan peluang serta kekayaan dan habuan dunia yang menanti, yang justeru akan menjerumuskannya kepada azab Allah.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk muhasabah para pemerintah dan mengubah mereka melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam, yakni dengan peperangan pemikiran (sira’ul fikr) dan perjuangan politik (kifah siyasi). Sekiranya ini tidak kalian lakukan, maka pastilah situasi kalian akan menjadi semakin buruk dan Allah akan menghukum kalian di dunia dan akhirat. Sesungguhnya mengubah keadaan kaum Muslimin sekarang bukanlah suatu yang mustahil, seperti mana yang kerap digembar-gemburkan oleh mereka yang jahil, pengecut dan dalam kesesatan. Mengubah suasana ini merupakan suatu yang mampu dilakukan oleh umat Islam sekiranya umat ini bertawakal kepada Allah dan menjalankan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kaum Muslimin. Janganlah rasa putus asa menyelubungi diri kalian sehingga kalian berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi saat ini. Umat ini, Insya Allah akan disatukan di bawah seorang pemimpin dan satu hari nanti bendera La ilaha illallah Muhammad Rasulullah yang menunjukkan kesatuan akidah dan syariat kaum Muslimin akan berkibar megah di negeri-negeri mereka. Negeri mereka yang bertaburan saat ini Insya Allah akan disatukan dan umat Islam akan dibebaskan dari ketidakadilan sistem kufur yang rosak kepada keadilan Islam. Maka akan wujudlah negara yang satu, Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang menerapkan Islam dan menegakkan jihad sehinggalah Islam mendominasi dan mengatasi segala deen (cara hidup) yang lain.

 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR