HIZBUT TAHRIR MALAYSIA SERAH BUKU BANTAHAN KENAIKAN HARGA MINYAK KEPADA MENTERI
HTM serah buku bantahan kenaikan harga minyak kepada Menteri
Oleh : HTM
SABTU, 13 SEPTEMBER 2008 14:33
PUTRAJAYA 12 Sept – Lima orang delegasi dari Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) yang diketuai oleh Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman telah menyerahkan buku-buku tandatangan berserta Kenyataan Rasmi HTM membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan pada awal Jun lepas. Buku-buku tandatangan dan Kenyataan Rasmi itu telah diserahkan oleh Presiden HTM kepada En. Zahari Bin Md Afandi, Setiausaha Sulit Kanan kepada Dato’ Sharir Samad lebih kurang jam 11.00 pagi di pej abat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini. Majlis tersebut turut disaksikan oleh beberapa orang pegawai dari Kementerian, dengan kehadiran sejumlah pemberita tempatan. Sebelum melangkah masuk ke pintu utama, Presiden HTM telah terlebih dahulu menjawab persoalan para wartawan yang telah pun sedia menunggu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Shahrir Samad yang sebelum ini telah menyatakan persetujuan (melalui Setiausaha Sulitnya) untuk bertemu dan berbincang dengan delegasi HTM bagaimanapun tidak menepati apa yang dikatakannya. Beliau memberi alasan bahawa terdapat satu temu janji yang lain pada waktu tersebut. Melalui En. Zahari, Ustaz Hakim melahirkan rasa kesal beliau terhadap tindakan Datuk Shahrir tersebu t. Permintaan presiden HTM untuk berjumpa menteri yang berkenaan selama lima minit sahaja untuk menyerahkan buku-buku tandatangan tersebut pun dinafikan oleh Setiausaha Sulit Menteri berkenaan.
Sejak perjuangan untuk mendapatkan sejuta tandatangan oleh HTM dilancarkan lebih kurang dua bulan lepas, HTM telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 53,000 tandatangan dari seluruh rakyat Malaysia tidak kira Melayu, India mahupun Cina. Kesemua buku tandatangan tersebut diserahkan kepada En. Zahari, sebagai wakil Menteri, bagi menunjukkan bantahan rakyat Malaysia terhadap kezaliman yang dilakukan o leh kerajaan di dalam menaikkan harga minyak, yang turut mengakibatkan kenaikan harga barangan yang lain, khususnya barang makanan.
Dalam pertemuan ringkas tersebut, Ustaz Abdul Hakim sempat menerangkan kepada Setiausaha Sulit menteri berkenaan, agar disampaikan muhasabah dari Hizbut Tahrir kepada pihak pemerintah, bahawa minyak adalah hak milik rakyat dan kerajaan tidak sepatutnya ‘berniaga’ dengan rakyat. Kerajaan wajib menerapkan hukum syarak (hukum Islam) dalam hal ini dan memberikan minyak kepada rakyat dengan ‘harga kos’, seterusnya memulangkan semula hasil minyak kepada rakyat selaku pemiliknya. Pertemuan tersebut berlangsung dan berakhir dengan suasana baik di mana En. Zahari berjanj i akan menyampaikan mesej yang telah dimaklumkan oleh Presiden HTM kepada Dato’ Sharir selaku Menteri KPDNHEP.
Sebaik keluar dari pintu utama Kementerian, para wartawan yang telah menunggu sejak awal terus mengerumuni Ustaz Hakim untuk bertanyakan soalan. Selesai semua pertanyaan, Presiden HTM lalu mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan yang hadir.
HTM dengan ini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua penandatangan yang telah menjayakan projek ini sama ada mereka rakyat Malaysia mahupun bukan. Semoga perjuangan ini tidak berakhir di sini biarpun kerajaan telah menurunkan harga minyak, yang berkemungkinan kerana tekanan dari projek i ni, kerana seperti yang terkandung di dalam Kenyataan Rasmi HTM berkenaannya, penurunan harga minyak ini bukanlah penyelesaian yang syar’i, atau dengan kata lain, ia bukanlah penyelesaian yang datangnya dari Allah dan Rasul. Masalah hanya akan selesai apabila hukum Allah dan Rasul diterapkan di dalam pemerintahan.
0 comments:
Post a Comment