SOLAT TERAWIH DI MASJID AL-AQSA, PERLU IZIN TENTERA ISRAEL!
SOLAT TERAWIH DI MASJID AL-AQSA, PERLU IZIN TENTERA ISRAEL!
HTI Press - Baitul Maqdis, 1 Ramadhan 1429H - Ketika kaum muslimin bersuka-ria menyambut kedatangan bulan ramadhan, nun jauh di Palestin, Israel dilaporkan 'membolehkan' sebahagian penduduk Palestin mengunjungi Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis Timur untuk menunaikan ibadah sepanjang Bulan Ramadhan ini.
Inilah kenyataanya apabila sistem Khilafah yang menjaga tempat suci umat Islam telah tiada. Umat Islam ingin mengunjungi Tanah suci ketiga ini terpaksa mendapatkan izin terlebih dahulu dari tentera Yahudi laknatullah’alaih.
Dalam suatu kenyataan, sebagaimana dilaporkan AFP, Kementerian Pertahanan Israel berkata, setiap orang lelaki Palestin berumur antara 45 dan 50 tahun serta sudah berkeluarga, diperbolehkan mengunjungi masjid tersebut, iaitu tempat suci ketiga bagi umat Islam untuk menunaikan sholat Jum’at. Izin juga diberikan kepada lelaki yang berusia lebih dari 50 tahun dan wanita berusia lebih dari 45 tahun. Bagi penduduk Palestin di Tebing Barat yang berusia 30 hingga 45 tahun juga, hanya mereka yang mempunyai izin khusus yang dikeluarkan oleh tentera Israel diperbolehkan mengunjungi masjid itu. Pihak berkuasa Israel dilaporkan turut bercadang melanjutkan masa operasi di pusat-pusat pemeriksaan tentera di Tebing Barat.
Selain itu, pihak berkuasa Zionis juga memperbolehkan kaum keluarga menyerahkan bungkusan kepada 11.000 rakyat Palestin yang ditahan di beberapa penjara Israel. Langkah itu diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas saat menghadiri sebuah pertemuan. Ini merupakan sebahagian dari usaha kedua belah pihak untuk mewujudkan perjanjian damai dengan Israel yang diharapkan dapat ditandatangani menjelang penghujung tahun ini. Pihak Palestin sebelumnya menuntut wilayah Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara mereka, sebagaimana dilaporkan AFP.
Masalah konflik Israel-Palestin ini bukannya masalah perjuangan setempat dan kebangsaan, tetapi ia adalah perjuangan antara kekuasaan kuffar dan Islam. Baitul Maqdis adalah tanah suci umat Islam, bukan tanah suci bagi Palestin saja, telah dinodai oleh Rejim Israel laknatullah ‘alaih.
Dengan persekongkolan politik oleh PBB, negara Israel yang tidak pernah ada di dalam peta dunia telah diwujudkan dan umat Islam telah dirampas tanahnya dan tempat suci ketiga mereka telah dikuasai oleh tentera Yahudi. Penyelesaian kepada masalah Israel ini bukannya di meja perundingan, tetapi dengan jihad terhadap Israel ini oleh negeri-negeri Islam yang bertetangga dan berjiran dengan mereka, kemudian kalau mereka tidak mampu barulah negara-negara yang paling dekat dan seterusnya.
Sebelum tanah Palestin jatuh ke tangan Yahudi, Theodore Herzl (Zionist) telah bertemu dengan Sultan Abdul Hamid II, Khalifah kaum Muslim di Turki, dan telah memujuk Sultan agar menjual tanah kosong di Palestin kepada Yahudi. Sebagai bayarannya, Zionis akan membayar Sultan Abdul Hamid:
- 150 juta wang emas Inggeris
- Melunaskan segara hutang Khalifah Utsmaniyah
- Mendirikan pasukan armada laut untuk kerajaan Khalifah
- Membina Universiti Utsmaniyah di Baitul Maqdis
- Memberi dokongan politik kepada Sultan di Eropah dan Amerika
Namun, dengan keimanan yang mendalam dan ketaqwaan yang kukuh, Khalifah Abdul Hamid memberikan jawapan:
“Sampaikanlah kepada Yahudi yang tidak sopan itu bahawa hutang Utsmani bukanlah sebuah hal yang memalukan, Perancis juga memiliki hutang dan hutang tersebut tidak mempengaruhi negara itu, Jerussalem menjadi bahagian dari tanah kaum Muslimin sejak Umar bin Khaththab membebaskan kota tersebut dan aku tidak akan pernah mahu menanggung benang sejarah memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan dari kaumku. Silakan Yahudi itu menyimpan wang mereka, dan Utsmani tidak akan pernah mahu berlindung di balik benteng yang dibuat dari wang musuh-musuh Islam,” kata Sultan. Beliau juga meminta Hertzl agar pergi dan tidak pernah kembali menemui beliau lagi.
Namun, ternyata setelah meninggalnya sang Khalifah, akhirnya tanah Palestin diduduki juga oleh Yahudi laknatullah ‘alaih ini sebagai hasil dari pengkhianatan para pemimpin Arab. Telah sekian lama generasi umat ini mencuba mempertahankan tanah suci Palestin. Namun sayangnya, umat Islam ini berjuang tanpa kekuatan serang pemimpin yang akan menjaga dan melindungi mereka. Para pemimpin negara-negara Arab hingga kini masih lebih mementingkan ashobiyah mereka sendiri daripada membebaskan tanah suci ketiga milik umat Islam ini.
Yakinlah bahawa Insya-Allah, Khilafah Rasyidah yang kedua kalinya akan segera berdiri dalam waktu yang terdekat. Khilafah akan segera membebaskan bumi suci ini dari tangan-tangan kotor Yahudi laknatullah 'alaih.
0 comments:
Post a Comment