SOAL JAWAB THALAB AN-NUSHRAH
SOAL JAWAB THALAB AN-NUSHRAH
Soal Jawab:
Ketahuilah bahawa proses perubahan melalui people power adalah salah. Kerana tidak sesuai dengan metod Rasulullah, iaitu Thalab an-Nushrah. Persoalannya, di manakah kesalahannya? Bukankah people power juga boleh digunakan untuk menekan ahl an-nushrah agar mereka mendokong dakwah, kerana adanya desakan umat melalui people power tersebut?
Jawab:
Memang benar, jika dikatakan bahawa ahl an-nushrah boleh saja memberi dokongan kepada dakwah, kerana adanya desakan umat melalui people power. Namun, yang harus dicatat, bahawa dokongan mereka dalam keadaan seperti ini, bukanlah dokongan kerana lahir dari keyakinan, melainkan dokongan kerana faktor preassure (tekanan). Dokongan seperti ini sangat lemah, dan tidak akan dapat menjadi dasar tegaknya negara. Ketika kita memahami, bahawa negara adalah entiti pelaksana yang mengimplementasikan kumpulan pemahaman, maqayis/standard/ukuran dan keyakinan yang diterima oleh umat. Persoalannya, mungkinkah negara seperti ini dapat ditegakkan, jika pemegang kekuasaannya ternyata tidak menerima pemahaman, maqayis dan keyakinan tersebut? Jawapannya jelas tidak mungkin. Dokongan seperti ini dapat kita sebut sebagai dokongan yang sia-sia, bukan dokongan hakiki. Padahal, yang diperlukan adalah dokongan yang hakiki.
Itulah, mengapa Rasulullah menolak tawaran pemuka kabilah Arab Quraisy, yang menawarkan kekuasaan kepada Nabi, tetapi ditolak oleh Nabi, ketika mereka dengan nyata tidak meyakini risalah yang dibawa oleh Nabi saw. Ketahuilah, salah satu syarat dalam nushrah adalah agar ahl an-nushrah yang memberikan dokongannya haruslah mengimani Islam, dan meyakininya.
Ini satu hal. Hal lain, bahawa proses perubahan melalui people power ini salah kerana cara seperti ini bertentangan dengan metod Rasulullah jelas sekali dapat diteliti melalui sejumlah riwayat yang menjelaskan tentang Thalab an-Nushrah.
Antara lain, sebagai berikut:
[1] Nabi saw. meminta orang yang hendak diambil nushrah-nya untuk kepentingan Islam agar mereka pertama kali mengimani dan membenarkan Islam, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam nas-nas sebelumnya. Misalnya: Beliau pun meminta mereka agar mereka membenarkan beliau dan bersedia melindungi beliau.[1] Dengan syarat ini, jelas ada perbezaan antara mencari dokongan untuk peribadi Rasul saw. dan dokongan terhadap dakwah yang beliau kembangkan, dengan dokongan terhadap beliau dalam kedudukannya sebagai pengembang dakwah, dalam erti perlindungan —bukan saja terhadap peribadi beliau, tetapi juga— terhadap dakwah yang dikembangnya. Kerana, akibat dari nushrah ini adalah adanya kesiapan untuk menghadapi musuh-musuh dakwah, serta menghalangi mereka agar tidak menimpakan penganiayaan terhadap dakwah dan para pengikutnya.
Semua nas yang ada membuktikan, bahawa Rasulullah saw. telah mengajukan syarat kepada orang yang akan dimintai nushrah agar pertama-tama mereka memeluk Islam, baru kemudian nushrah tersebut boleh diminta dari mereka. Sebab, bagaimana mungkin keikhlasan dan komitmen salah satu pihak terhadap dakwah serta dokongan mereka terhadapnya boleh dijamin, sementara pihak yang mendokong dakwah itu ternyata tidak meyakini dakwah tersebut? Dari sinilah, maka Nabi saw. begitu komited dalam setiap perundingan yang beliau lakukan untuk mencari nushrah —dengan menetapkan syarat— agar ahl an-nushrah (para penolong) tersebut terlebih dahulu memeluk Islam, sebelum yang lain.
[2] Dalam sirah Nabi saw. terutama yang berkaitan dengan thalab an-nushrah, terbukti bahawa beliau selalu mencari nushrah dengan dua tujuan:
Pertama, beliau mencari nushrah dalam rangka melindungi penyampaian dakwah, sehingga dakwah tersebut tersebar dengan mudah di tengah masyarakat, sementara dakwahnya tetap terpelihara, jauh dari perlakuan buruk, samada terhadap dakwah mahupun para pengikutnya.
Kedua, beliau selalu mencari nushrah dalam rangka mengambilalih tampok pemerintahan dan kekuasaan berdasarkan asas dakwah tersebut.
Alasannya, kerana perlindungan untuk menyampaikan dakwah pertama kali memang mengharuskan terbentuknya apa yang kemudian dikenal dengan istilah dokongan massa (qa’idah sya’biyyah), yang menzahirkan idea yang menjadi landasan dakwah. Itu dilakukan melalui orang-orang yang telah meyakini idea tersebut di bawah payung dokongan yang telah diberikannya. Ketika orang-orang yang meyakini idea tersebut dan mereka yang siap berkorban di jalannya semakin banyak, bererti telah terbentuk landasan yang mantap dan dokongan yang luas, yang dapat menjadi sandaran pemerintahan dan kekuasaan.
Ini merujuk pada huraian Ibn Ishaq sekitar aktiviti Rasul saw. pasca perjalanan beliau dari Tha’if untuk mencari nushrah. Juga seperti yang terlihat dengan jelas dalam riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala as-Shahihayn:
Dari Jabir ra. berkata: Rasulullah saw. telah menawarkan diri beliau kepada banyak orang tentang sikap tertentu, seraya bersabda: Apakah masih ada seseorang yang boleh membawaku kepada kaumnya? Sebab, kaum Quraisy telah menghalangiku menyampaikan firman tuhanku. Berkata (Jabir): Beliau kemudian didatangi seorang lelaki dari Bani Hamdan, seraya berkata: Saya! Beliau kemudian bertanya: Apakah kaummu mempunyai kekuatan? Dia menjawab: Iya! Beliau pun bertanya kepadanya: Dari mana dia? Berkata (seorang sahabat): Dari Hamdan. Kemudian, lelaki asal Hamdan itu pun khuatir jangan-jangan dia akan ditangkap oleh kaumnya —maksudnya, mereka membatalkan komitmennya dengan Rasul— maka, dia pun mendatangi Rasul saw. seraya berkata: Saya akan mendatangi kaum saya, dan saya pun akan menyampaikan kepada mereka. Kemudian, saya akan menemui Anda tahun depan. Beliau menjawab: Baik! [2]
Jadi, nushrah (pertolongan) yang diminta di sini tak lain adalah dalam rangka melindungi Rasul, dalam kedudukan beliau sebagai pemilik risalah dakwah, agar beliau dapat menyampaikan risalah Allah tersebut kepada orang ramai dalam suasana aman dan tenang. Sesuatu yang pada akhirnya memungkinkan terbentuknya dokongan yang meyakini idea ini agar setelah itu, peralihan ke bentuk thalab an-nushrah yang lain benar-benar dapat berlangsung dengan sempurna. Iaitu, mencari nushrah dalam rangka mengambilalih kekuasaan di negeri yang telah memberikan nushrah tersebut. Dan, itu tak lain adalah untuk mendirikan negara berdasarkan asas dakwah Islam.
Ini terlihat dengan jelas melalui rundingan yang telah berlangsung antara Rasul saw. dengan para pemuka Bani ‘Amir bin Sha’sha’ah, dalam kaitannya dengan permintaan yang diajukan oleh Rasul saw. kepada mereka. Seorang tokoh Bani ‘Amir bin Sha’sha’ah kemudian menuturkan kepada syaikh (ketua suku) mereka kriteria permintaan ini, dengan ungkapan mereka: Kami telah didatangi oleh seorang pemuda, yang menganggap dirinya sebagai Nabi. Dia menyerukan kepada kami, agar kami melindunginya, dan berdiri di pihaknya, serta kami membawanya masuk ke negeri kami.[3]
Bani ‘Amir faham benar, bahawa implikasi memenuhi permintaan nushrah ini akan menjadikan Nabi saw. sebagai pemegang pemerintahan dan kekuasaan atas seluruh bangsa Arab, ketika Allah telah memenangkan beliau atas mereka, kerana beliau telah menggunakan nushrah yang telah mereka berikan ini. Di sinilah, maka mereka pun menginginkan urusan ini. Dengan kata lain, pemerintahan dan kekuasaan pasca Nabi saw. itu tak lain harus menjadi milik Bani ‘Amir secara sah, sebagai harga —yang harus dibayar— atas pengorbanan yang telah mereka berikan. Ini tampak dalam ungkapan juru runding Bani ‘Amir, yang bernama Bayharah bin Firas.[4]
[3] Dari kes di atas, juga dapat disimpulkan, bahawa beliau saw. menolak kekuatan yang siap memberikan nushrah dengan imbalan apapun, misalnya dengan syarat tokoh-tokoh mereka akan memerintah dan berkuasa, dengan harga atau imbalan tertentu. Inilah yang terlihat dengan jelas pada point sebelumnya, dalam rundingan antara Nabi saw. dengan Bani ‘Amir bin Sha’sha’ah.[5]
Alasannya, kerana dakwah ini merupakan dakwah kepada Allah, maka syarat mendasar orang yang mengimani dakwah dan siap menolongnya adalah ikhlas semata kerana Allah, serta mengharapkan ridha-Nya. Keduanya merupakan tujuan yang hendak diraih di balik nushrah dan pengorbanan tersebut, bukan bercita-cita untuk berkuasa, ataupun mendambakan kekuasaan. Sebab, tujuan yang ditetapkan oleh manusia terhadap sesuatu akan menentukan perjalanan aktivitinya, serta menentukan sejauh mana ia dipertahankan, termasuk besar-kecilnya pengorbanan untuk mewujudkannya.
[4] Dari sirah Nabi saw. yang berkaitan dengan thalab an-nushrah, jelas bahawa Nabi saw. tidak pernah mencari nushrah para tokoh-tokoh itu semata-mata kerana mereka adalah para pemuka kabilah dan bangsawan. Namun, beliau mencari kekuatan yang dimiliki para pemuka itu di negeri mereka, yang boleh digunakan untuk menghadapi musuh-musuh negara. Jika beliau tidak menemukan sesuatu yang dapat digunakan untuk melindungi dakwah pada kekuatan tersebut, maka beliau tidak akan mengajukan kepada mereka permintaan nushrah, selain hanya mengingatkan mereka akan kewajipan mereka kepada Allah.
Ini telah dibuktikan melalui beberapa riwayat sirah: Ketika kabilah Bakar bin Wa’il datang ke Makkah untuk menunaikan haji, Rasulullah saw. meminta Abu Bakar: Datangilah mereka, kemudian bawalah aku kepada mereka. Maka, dia pun mendatangi mereka, dan membawa beliau kepada mereka. Beliau bertanya kepada mereka: Bagaimana dengan jumlah kalian? Mereka menjawab: Banyak, seperti embun pagi. Beliau bertanya: Bagaimana dengan kekuatannya? Mereka menjawab: Tanpa kekuatan! Kami bertetangga dengan Parsi, dan kami tidak mampu mempertahankan diri (dari serangan) mereka, dan kami tidak mampu melindungi diri terhadap mereka.[6] Di sini, Rasulullah hanya perlu mengingatkan mereka kepada Allah, serta memberitahukan kepada mereka, bahawa beliau adalah utusan Allah.
[5] Nushrah yang diminta oleh Rasul dari para pemuka kabilah untuk kepentingan dakwah juga disyaratkan tidak terikat dengan perjanjian antarabangsa, yang bertentangan dengan dakwah, sedangkan mereka tidak boleh melepaskan diri dari perjanjian tersebut. Alasannya, kerana mereka telah menerima dakwah, sementara keadaan ini membuka peluang dakwah menghadapi ancaman dihancurleburkan oleh negara-negara yang terikat perjanjian dengannya, yang juga melihat dakwah Islam sebagai ancaman baginya, dan juga mengancam kepentingan mereka.
Inilah yang ditunjukkan oleh keterangan yang telah dinyatakan dalam kitab ar-Rawdh an-Anf, ketika mengomentari as-Sirah an-Nabawiyyah, karya Ibn Hisyam, seputar dialog yang berkisar soal pencarian nushrah, antara Rasul saw. dan Abu Bakar di satu pihak, dengan para pemuka Bani Syayban di pihak lain.
Abu Bakar berkata kepada salah seorang pemuka Bani Syayban, namanya Mafruq: Bagaimana dengan jumlah kalian? Mafruq menjawab: Kami tidak lebih dari seribu, dan seribu orang tak akan pernah kalah, kerana jumlahnya yang minimum! Abu Bakar bertanya lagi: Lalu, bagaimana dengan pertahanan kalian? Mafruq menjawab: Kita perlu bekerja keras. Dan, setiap kaum mempunyai peluang dan kesempatan![7] Abu Bakar bertanya lagi: Bagaimana peperangan yang terjadi di antara kalian dengan musuh kalian? Mafruq menjawab: Kami akan sangat marah, ketika kami benar-benar bertemu, dan kami sangat ingin bertemu, ketika kami sedang marah. Kami sangat mementingkan kebaikan berbanding anak-anak kami, dan lebih mementingkan senjata berbanding makanan! Kemenangan itu datangnya dari Allah; sekali waktu kami menang, dan sekali waktu kami kalah! Nampaknya anda saudara Quraisy? (yang dimaksud Mafruq: Apakah Anda Muhammad saw. orang Quraisy, pemilik risalah dakwah?) Abu Bakar menjawab: Apakah beritanya benar-benar telah sampai kepada kalian, bahawa beliau adalah utusan Allah? Itu dia orangnya (sambil menunjuk ke arah Rasulullah saw.) Mafruq menjawab: Memang beritanya telah sampai kepada kami, bahawa beliau disebut-sebut seperti itu (Mafruq mengalamatkannya kepada Rasulullah saw. sambil berkata lagi): Mahu dibawa ke manakah dakwah anda, wahai saudara Quraisy? Maka Rasulullah saw. maju seraya bersabda: Aku mengajak untuk bersaksi, bahawa tidak ada Zat yang berhak disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku adalah utusan Allah, dan agar kalian bersamaku dan menolongku. Sebab, kaum Quraisy telah ingkar terhadap perintah Allah, mendustakan utusan-Nya, menghalangi kebenaran dengan kebatilan. Dan, Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji..[8]
Nampaknya, lelaki Bani Syayban ini benar-benar yakin pada Rasulullah saw. dan kagum dengan dakwah yang beliau bawa, setelah banyak meminta penjelasan mengenai hal-ehwal dakwah tersebut. Dia telah menemukan sesuatu yang dapat mengubati kegelisahannya dalam jawapan-jawapan Nabi saw. Di sinilah, lelaki Bani Syayban itu menjadi terasah. Dia kemudian berkata kepada Nabi saw.: Demi Allah, sungguh dusta kaum yang telah mendustakan anda, dan ingkar terhadap anda!
Kemudian berkata Hani’ bin Qubayshah, Ketua Bani Syayban, dan pemangku adat mereka: Saya telah mendengarkan ucapan anda, wahai saudara Quraisy. Saya berpendapat, bahawa dengan meninggalkan agama kami, kemudian kami mengikuti agama anda, kerana satu forum yang telah anda adakan dengan kami ini —baik yang pertama dan bila saja— tidak mampu menggelincirkan pandangan, dan juga tidak cukup untuk melihat implikasi (ke depan). Tetapi, ketergelinciran itu justeru terjadi kerana ketergesa-gesaan! Di belakang kami ada kaum, dimana kami tidak suka mengikat mereka dengan suatu perjanjian. Namun, jika mereka merujuknya kami juga sama, dan jika mereka menganggapnya, maka kami pun sama.
Al-Mutsni bin Haritsah, salah seorang Ketua Bani Syayban, dan penentu peperangan mereka, kemudian berbicara. Dia menyatakan, bahawa Bani Syayban itu terletak di suatu negeri, antara sungai Kisra dan perairan bangsa Arab —maksudnya, bersempadan dengan negeri Parsi— Dia kemudian mengemukakan apa yang menjadi kemampuan kaumnya untuk diberikan kepada Nabi saw. dalam soal nushrah yang beliau minta dari mereka, dengan mempertimbangkan kedudukan negerinya dan hubungan kaumnya dengan negara Parsi. Dia berkata: Mengenai sungai Kisra, pada dasarnya kesalahan pemiliknya tidak dapat dimaafkan, dan alasannya juga tidak dapat diterima, sementara perairan Arab, kesalahan (pemilik)-nya dapat dimaafkan, dan alasannya pun dapat diterima! Dan, kami mesti mengakhiri sebuah perjanjian yang telah diambil oleh Raja Kisra terhadap diri kami, dimana kami tidak boleh membuat apa-apa tindakan,[9] dan kami tidak akan menolong orang yang membuat tindakan itu! Saya melihat, bahawa perkara yang anda serukan kepada kami adalah sesuatu yang dibenci oleh raja-raja. Jika anda berkenan agar kami dapat membantu dan menolong anda, termasuk perairan Arab, maka pasti akan kami lakukan!
Rasulullah saw. menjawab:
Kalian tidak menolak dengan cara yang buruk, sebab kalian sangat jelas dalam mengutarakan kejujuran. Sesungguhnya agama Allah ini tidak akan pernah Dia tolong, kecuali melalui orang yang menguasainya dari seluruh aspek! [10]
Parsi baru saja terlibat dalam peperangan sengit dengan negara Romawi, sementara ia akan memetik kemenangan, sebagaimana yang diisyaratkan pada permulaan surat ar-Rum dalam al-Qur’an al-Karim.[11] Lebih-lebih lagi, telah ada perjanjian antarabangsa antara Bani Syayban —dimana mereka kedudukannya sama dengan negara kecil— dengan negara besar Parsi, agar mereka (Bani Syayban) tidak membuat apa-apa tindakan, dan menolong orang tersebut. Dalam hal ini, Rasul saw. telah memuji kejujuran mereka, sambil menjelaskan kepada mereka, bahawa pertolongan (nushrah) yang diminta itu melampaui batas-batas yang mampu mereka berikan: Sesungguhnya agama Allah ini tidak akan pernah Dia tolong, kecuali melalui orang yang menguasainya dari semua aspek.[12]
Garis besar yang telah dikemukakan ini cukup untuk memberikan gambaran global tentang thalab an-nushrah yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Dari sini jelas, bahawa metod people power tersebut jelas tidak sesuai dengan langkah-langkah praktik yang dilakukan oleh Nabi saw. dalam meraih menegakkan pemerintahan dengan metod thalab an-nushrah.
[1] As-Suhayli, as-Sirah an-Nabawiyyah li ibn Hisyam, juz II, hal. 173.
[2] Al-Hâkim, Op. Cit., juz II, hal. 612-613. Beliau berkomentar: Ini adalah hadits sahih berdasarkan syarat al-Bukhâri dan Muslim, meski mereka tidak mengeluarkannya.
[3] As-Suhayli, Op. Cit., juz II, hal. 174; at-Thabari, Op. Cit., juz II, hal. 350.
[4] As-Suhayli, ibid, juz II, hal. 174; at-Thabari, ibid, juz II, hal. 350.
[5] As-Suhayli, ibid, juz II, hal. 174; at-Thabari, ibid, juz II, hal. 350.
[6] As-Sîrah al-Halabiyah, juz II, hal. 5.
[7] Maksudnya mempunyai peluang dan kebahagiaan; maksunya, kita harus bekerja keras. Kita tidak bisa memastikan, bahwa kemenangan itu pasti akan memihak kita. Sebab, kemenangan itu datangnya dari Allah, yang akan Dia berikan kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Lihat, ibid, juz II, hal. 4.
[8] As-Suhayli, ibid, juz II, hal. 181.
[9] Teks aslinya hadats, yaitu perkara munkar yang lazim. Lihat, kamus al-Munjid.
[10] As-Suhayli, ibid, juz II, hal. 182.
[11] Q.s. ar-Rûm: 1-6.
[12] As-Suhayli, ibid, juz II, hal. 182.
0 comments:
Post a Comment