ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


SEMINAR KRISIS EKONOMI GLOBAL


Assalamua'laikum

Tuan/Puan yang dihormati,


Ikatan Intelektual Nusantara [IKIN] dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia [HTM] akan menganjurkan 'Seminar Krisis Ekonomi Global : ISLAM Penyelesaian Tunggal ' pada 15hb Nov 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429H, pukul 8.30 pagi bertempat di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bangi, Selangor.

Tujuan :- Memperjelaskan mengapa, bagaimana dan punca Krisis Kewangan dan Ekonomi Dunia yang berlaku hari ini, disamping memperjelaskan satu-satunya alternatif yang mampu mengatasi krisis ini iaitu ISLAM (Sistem Eknonomi Islam). Semoga dengan adanya seminar seperti ini umat Islam dapat melihat isu ini dengan lebih jelas dan mencari penyelesaian bersesuaian dengan pandangan Islam dan seterusnya meningkatkan kesedaran umat Islam untuk kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar secara kaffah/menyeluruh.


Seminar : - 2 speaker telah dijemput khas dimana speaker 1 (seorang pakar ekonomi) akan menjelaskan punca dan sebab berlakunya krisis ekonomi/kewangan global (mengapa dan bagaimana). Manakala speaker 2 (pakar ekonomi Islam) akan membentangkan bagaimana ISLAM (sistem ekonomi Islam) merupakan alternatif tunggal sebagai penyelesaian yang hakiki.


Semoga kehadiran tuan/puan ke seminar ini mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.


SEMUA DIJEMPUT HADIR!!


0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR