ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


SESAT

Sesat (Dhalal)



Sesat atau kesesatan bahasa Arabnya adalah dhalal atau dhalalah. Ia merupakan mashdar (gerund) dari dhalla–yadhillu–dhalal[an] wa dhalalat[an]; maknanya di antaranya: ghaba wa khafa (tersembunyi), zahaba (pergi/lenyap), dha’a (sia-sia), halaka (rusak), nasiya (lupa), al-hayrah (bingung), dan khatha’a (keliru).1


Abu Amru seperti dikutip al-Azhari dan Ibn Manzhur, Abu Manshur yang dikutip Ibn Manzhur, dan Ibn al-‘Arabi yang dikutip al-Qurthubi, menyatakan bahawa asal dari dhalal adalah al-ghaybubahdhalal adalah al-halak (rosak).3 Kemudian al-Baghawi menggabungkan keduanya bahawa asal dari dhalal adalah al-halak wa al-ghaybubah (tersembunyi/ghaib).2 Menurut al-Alusi dan Abu Hilal al-‘Askari, asal dari (rosak dan tersembunyi).4


Kata dhalla dan bentukannya banyak sekali terdapat di dalam al-Quran dan hadis. Al-Quran menyatakan kata dhalla dan terdapat sebanyak 191 kali di 105 ayat. Di antaranya juga menggunakan makna bahasa di atas (Lihat, misalnya: TMQ Thaha [20]: 52; TMQ asy-Syuara’ [26]: 20; TMQ al-Baqarah [2]: 282; TMQ ar-Ra’d [13]: 14; TMQ al-An’am [6]: 94; TMQ al-Qamar [54]: 47).


Dhalal juga bererti dhiddu al-huda wa ar-rasyad (lawan dari petunjuk dan bimbingan). Ibn al-Kamal dan al-Jurjani menyatakan bahawa dhalal adalah ketiadaan sesuatu yang menjurus kepada apa yang dituntut; atau jalan yang tidak menjurus kepada yang dicari/tujuan.5 Al-Qurthubi mengatakan bahawa dhalal hakikatnya adalah pergi meninggalkan kebenaran, diambil dari tersesatnya jalan, iaitu menyimpang dari jalan yang seharusnya. Ibn ‘Arafah berkata, “Adh-Dhalal, menurut orang Arab, adalah berjalan di jalan yang bukan jalan yang dimaksud (bukan jalan yang menjurus kepada maksud dan tujuan).”6


Abu Ja’far, seperti dinukil oleh ath-Thabari, mengatakan, “Jadi, setiap orang yang menyimpang dari jalan yang dimaksudkan, dan menempuh selain jalan yang lurus, menurut orang Arab, ia sesat, kerana ketersesatannya dari arah jalan yang seharusnya.”7


Walhasil, dhalal secara tradisi tidak lain adalah penyimpangan dari jalan yang boleh membawa pada tujuan yang diinginkan, atau penyimpangan dari jalan yang seharusnya.


Secara syar’i, jalan yang dimaksud tentu saja jalan kebenaran (thariq al-haqq) atau jalan yang lurus (thariq al-mustaqim), yang tidak lain adalah Islam itu sendiri. Prof. Rawas Qal’ah Ji menjelaskan bahawa adh-dhalal adalah tidak tertunjuki pada kebenaran (‘adam al-ihtida’ ila al-haqq).8 Menurut ar-Raghib al-Asfahani, adh-dhalal adalah penyimpangan dari jalan yang lurus (al-‘udul ‘an ath-thariq al-mustaqim). Al-Qurthubi, ketika menafsirkan surat al-A’raf ayat 60, menyatakan bahawa adh-dhalal adalah penyimpangan dari jalan kebenaran dan pergi darinya (al-‘udul ‘an thariq al-haqq wa az-zihab ‘anhu).


Adh-Dhalal boleh berlaku dalam masalah akidah mahupun hukum syariah. Murtadha az-Zabidi di dalam Taj al-’Urus (1/7250) menyatakan, “Adh-Dhalal (dilihat) dari sisi lain ada dua bentuk: dhalal pada al-’ulum an-nazhariyyah seperti dhalal dalam ma’rifah akan wahdaniyah Allah, kenabian, dsb yang ditunjukkan dalam TMQ an-Nisa’ [4]: 136; dan dhalal dalam al-’ulum al-’amaliyyah seperti ma’rifah tentang hukum-hukum syariah, yang merupakan ibadah.”9


Al-Quran menjelaskan orang-orang yang sesat, iaitu orang-orang yang menyekutukan Allah (TMQ an-Nisa’ [4]: 116); orang kafir (TMQ an-Nisa’ [4]: 136); orang murtad adalah orang yang menjadi kafir setelah beriman (TMQ Ali Imran [3]: 90); orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah berikan kepada mereka semata-mata demi mendustakan Allah (TMQ al-An’am [6]:140); berputus asa dari rahmat Tuhannya (TMQ al-Hijr [15]: 56); orang yang telah dikuasai oleh kejahatannya (TMQ al-Mu’minun [23]:106); menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu memilih yang lain dalam suatu perkara, padahal Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu keputusan dalam perkara tersebut (TMQ al-Ahzab [33]: 36); orang kafir, iaitu orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat serta menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok (TMQ Ibrahim [14]: 2-3). Termasuk bahagian dari kesesatan (adh-dhalalah) adalah perilaku berhukum kepada thaghut (TMQ an-Nisa’ [4]: 60) serta mengambil musuh Allah dan musuh kaum Muslimin sebagai wali, kerana rasa kasih sayang (TMQ Mumtahanah [60]: 28), dan sebagainya.


Berdasarkan semua itu, secara syar’i, adh-dhalal dapat didefinisikan sebagai penyimpangan dari Islam dan kufur terhadap Islam (inhiraf ’an al-islam wa kufr bihi). Dengan demikian, semua bentuk penyimpangan dari Islam merupakan bahagian dari kesesatan. Akan tetapi, tidak semua bentuk penyimpangan dari Islam itu menjadikan pelakunya dapat dihukum sesat. Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa perbuatan berhukum pada hukum thaghut (hukum selain dari yang diturunkan oleh Allah) merupakan perbuatan kufur. Namun, tidak semua pelakunya dihukum kafir, tetapi ada juga yang dinilai fasik atau zalim.


Penyimpangan dari Islam itu ada juga berbentuk kesalahan, iaitu kekeliruan pemahanan dan praktik yang terkait dengan perkara syariah yang akibatnya adalah maksiat. Namun, ada juga penyimpangan dalam bentuk kesalahan pemahaman yang terkait dengan perkara akidah atau syariah, tetapi diyakini kebenarannya, iaitu yang merupakan perkara qath’i atau bahagian dari perkara yang ma’lum min ad-din bi adh-dharurah, yang akibatnya adalah kekufuran. Hal yang sama berlaku juga dalam hal pengingkaran.


Dengan demikian, penyimpangan dan pengingkaran yang menyebabkan penganut atau pelakunya dinilai sesat adalah penyimpangan atau pengingkaran dalam perkara ushul, bukan dalam perkara furu’. Perkara ushul adalah perkara yang berkaitan dengan akidah.


Diantara kriteria-kriteria sesuatu fahaman atau aliran yang dinilai sesat, iaitu apabila memenuhi salah satu dari kriteria berikut10:


1. Mengingkari salah satu dari rukun iman yang 6 (enam) yakni beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, Hari Akhirat, Qadha dan Qadar; serta rukun Islam yang 5 (lima), yakni: mengucapkan dua kalimah syahadat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan & menunaikan ibadah haji.


2. Meyakini dan atau mengikuti akidah yang tidak sesuai dengan dalil syariah (al-Quran dan as-Sunah)


3. Meyakini turunnya wahyu setelah al-Quran.


4. Mengingkari ketulenan dan atau kebenaran isi al-Quran.


5. Melakukan penafsiran al-Quran yang tidak berdasarkan kaedah-kaedah tafsir.


6. Mengingkari kedudukan hadis Nabi sebagai sumber ajaran Islam.


7. Menghina, melecehkan dan atau merendahkan para nabi dan rasul.


8. Mengingkari Nabi Muhammad saw. sebagai nabi dan rasul terakhir.


9. Mengubah, menambah dan atau mengurangi pokok-pokok ibadah yang telah ditetapkan oleh syariah, seperti haji tidak ke Baitullah, solat fardhu tidak 5 waktu.


10. Mengkafirkan sesama Muslim tanpa dalil syar’i, seperti mengkafirkan Muslim hanya kerana bukan kelompoknya.


Dan lain-lain lagi.


Kriteria-kriteria ini bukan hal baru. Para ulama sejak dulu telah membahasnya. Meski demikian, siapapun tidak boleh mengatakan orang lain sesat. Penilaian sesat itu serupa dengan penilaian kafir. Abu Hurairah dan Ibn Umar menuturkan bahawa Rasulullah saw bersabda:


أَيُّمَا امْرِئٍ قَالَ لأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا إِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ


Siapa saja yang berkata kepada saudaranya (yang Muslim), “Hai kafir,” maka sungguh tuduhan itu berlaku kepada salah seorang dari keduanya, jika memang tuduhan itu benar; jika tidak, tuduhan itu kembali ke pihak penuduh. (HR al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).


Justifikasi sesat itu harus dilakukan melalui proses pembuktian (bayyinah). Jika sudah terbukti sesat dengan bukti-bukti yang meyakinkan, maka harus dikatakan sesat, seperti Ahmadiyah, Kahar Ahmad, Ayah Pin dsb. Kemudian penganutnya didakwahi agar bertaubat dan kembali pada yang haq, iaitu Islam. Wallah a’lam bi ash-shawab.


Catatan kaki:


1 Lihat, Ash-Shahib Ibn al-‘Ibad, al-Muhîth fî al-Lughah, bag. dhalla; Ibn Darid, Jumhurah al-Lughah, bag. dha-la-la; Al-Jawhari, ash-shihâh fî all-Lughah, bag. dhalala; Al-Fayruz Abadi, al-Qâmûs al-Muhîth, bag. adh-dhalâl; Zainuddin ar-Razi, Mukhtâr ash-Shihâh, bag. dhalala;; Abu al-Abbas al-Fayyumi, Mishbâh al-Munîr fî Gharîb Syarh al-Kabîr, bag. dhalala; Al-Jurjani, at-Ta’rifat, 1/44, bag adh-dhalâlah


2 Lihat, Al-Azhari, Tahdzîb al-Lughah, bag. dhalla; Ibn Manzhur, Lisân al-‘Arab, bag. dhalala;; al-Qurthubi, al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, tafsir QS. Thâhâ: 52.


3 Lihat, Abu Hilal al-‘Askari, al-Furûq al-Lughawiyah, 1/392; al-Alusi, Rûh al-Ma’ânî, tafsir QS. al-Fâtihah: 7.


4 Lihat, al-Baghawi, Tafsîr al-Baghawi, tafsir QS. al-Fatihah: 7.


5 Lihat, Murtadha az-Zabidi, Tâj al-‘Urûs, 1/7250, bagian adh-dhalâl wa adh-dhalâlah; Al-Jurjani, at-Ta’rifât, bag. adh-dhalâlah.


6 Lihat, al-Qurthubi, al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, tafsir QS. Yûnus: 52.


7 Lihat, ath-Thabâri, Jâmi’ al-Bayân, tafsir QS. al-Fâtihah: 7 dan QS. al-Baqarah: 108.


8 Lihat, Rawas Qal’ah Ji, Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, 1/284,


9 Lihat, Murtadha az-Zabidi, Tâj al-‘Urûs, 1/7250, bagian adh-dhalâl wa adh-dhalâlah.


10 Lihat, http://www.mui.or.id/mui_in/hikmah.php?id=53&pg=3

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR