ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS

SERUAN DARI HIZBUT TAHRIR TERHADAP SERANGAN GAZA


Seruan dari Hizbut Tahrir terhadap serangan Gaza



Bismillahirrahmanirrahim

Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Gaza Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Penguasa Dan Sekiranya Mereka Tidak Berbuat Demikian Maka Sesungguhnya Mereka Telah Mengkhianati Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin


Sejak tengahari Sabtu 27/12/2008, rejim Yahudi telah melakukan pengeboman kejam yang berterusan dengan menggunakan jet-jet pejuangnya ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Pengeboman ini dihadapi oleh penduduk Gaza dengan ketabahan hati dan keberanian yang tiada tolok bandingnya, mereka memikul yang gugur di atas tangan-tangan dan bahu-bahu mereka. Beratus-ratus telah syahid dan mengalami kecederaan ketika jet-jet pejuang musuh berlegar memuntahkan bom di ruang udara dengan bebas tanpa mendapat penentangan dan tanpa sedikit pun kebimbangan akan ditembak jatuh. Ini adalah kerana para penguasa kaum Muslimin telah melarang dan menghalang tentera dan jet-jet pejuang kaum Muslimin dari melibatkan diri dalam sebarang tindakbalas. Para penguasa ini hanya menjadikan jet-jet dan tentera yang ada di negeri mereka sebagai perhiasan dan pertunjukan semata-mata. Beginilah pihak Yahudi melakukan kehancuran, mengebom bangunan dan manusia, aman dari sebarang tindakbalas dan mara bahaya.


Sesungguhnya para penguasa ini telah melakukan jenayah besar dengan menjadikan masalah Palestin ini sebagai masalah orang Arab dan bukan masalah kaum Muslimin dan Islam. Mereka, sejak dari itu hanya menjadi pemerhati ‘neutral’ yang lebih condong untuk menyebelahi pihak musuh sehingga apa yang mereka lakukan adalah sesuai dengan apa yang diinginkan oleh pihak musuh, sepertimana yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Mereka hanya memerhatikan sebuah demi sebuah jet musuh melakukan pengeboman, menghitung jumlah mereka yang cedera dan terkorban serta mengeluarkan kenyataan sekadar meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ - tidak kira samada mereka ini terlibat secara langsung atau tidak dalam pemboikotan Gaza - kesemua mereka meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ yang sama. Malah penguasa Mesir (Mubarak) yang pada saat-saat sebelum bermulanya serangan, dari istananya, telah diugut oleh Livni dan pada hari berikutnya, tatkala berlaku serangan ke atas Gaza, Mubarak turut meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’!


Sungguh, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.


Hari ini mereka menyeru pula agar diadakan pertemuan bagi ‘mengkaji’ apakah tindakan yang sebaiknya atas penyembelihan di Gaza, seolah-olah tindakan yang sepatutnya dilakukan merupakan sesuatu yang tidak maklum (oleh mereka). Ada yang menyeru diadakan pertemuan, ada yang menyeru kepada pertemuan menteri-menteri luar dan ada yang menyeru kepada Majlis Liga Arab – dan semua ini, seperti biasa, akan diikuti dengan perjumpaan, makan dan minum bersama, kemudian berakhir dengan (mengeluarkan) kenyataan dan bagi para pengikut syaitan, inilah ‘penentangan yang terbaik’!


Tidak cukup dengan itu, mereka mengalihkan pandangan mereka dan meminta tanpa malu kepada Majlis Keselamatan PBB, yang terdiri dari negara-negara yang pada hakikatnya bertanggungjawab membangunkan rejim Yahudi dan menyokongnya dalam menghancurkan Palestin, tanah yang penuh berkat. Mereka mempercayai dan mengharapkan tindakan dari negara-negara ini untuk membantu Palestin dan penduduknya!!! Amat buruklah apa yang mereka hukumkan!


Sesungguhnya tindakbalas yang sewajarnya ke atas penyembelihan Gaza adalah suatu yang sudah maklum dan jelas. Keputusan untuk bertindakbalas ini tidak memerlukan sebarang pertemuan atau perjumpaan bagi membahaskannya. Ia juga tidak akan datang dari keputusan negara-negara pembina dan penyokong rejim Yahudi - tidak sama sekali - sebaliknya ia hanya akan dapat dicapai dengan menggerakkan bala tentera kaum Muslimin dan mengumpulkan mereka yang berkemampuan untuk memikul persenjataan bagi memerangi rejim yang hina ini. Tidak ada penyelesaian selain dari ini dan para penguasa mengetahui hakikat ini, namun mereka (penguasa) ini hanya ibarat kepingan kayu yang hanyut dan mereka begitu hebat dalam penipuan dan penyesatan. Dilaknati Allah-lah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?


Wahai Kaum Muslimin!


Berhati-hatilah dengan penipuan para penguasa ini. Janganlah kalian terpedaya dengan adanya demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka benarkan kerana sesungguhnya semua ini tidak membawa apa-apa makna. Seharusnya, kalian melangkah ke istana-istana mereka dengan kekuatan kalian memaksa mereka untuk menggerakkan tentera bagi memerangi rejim penyembelih ini.


Dan kalian wahai para tentera kaum Muslimin! Tidakkah kalian rindu kepada salah satu dari dua kemuliaan (syahid atau kemenangan)? Bagaimanakah kalian bisa berdiam diri tatkala saudara-saudara kalian dibunuh? Apakah penguasa yang sanggup menjual deen-nya untuk dunia, bahkan untuk dunia orang lain, dapat menghalang kalian dari membantu saudara-saudara kalian, walhal kalian mempunyai kekuatan?


Ya Allah! Ya Allah! Wahai Para Tentera!


Hizbut Tahrir menyeru kalian agar menuju kepada kemuliaan dunia dan akhirat! Pertolongan adalah dari Allah dan kemenangan yang hampir atau syurga yang keluasannya seluas langit dan bumi disediakan untuk mereka yang bertakwa. Wahai para tentera,


“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].


Inilah bagaimana seharusnya pertolongan diberikan kepada penduduk Gaza dan inilah tindakbalas yang sewajarnya untuk penyembelih Gaza. Inilah juga cara untuk memecahkan pemboikotan ke atas Gaza dan dengan cara inilah juga Allah akan mengubati hati-hati kaum Mukminin.


“Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allah” [TMQ al-Anbiya’ (21):106].


Ya Allah! saksikanlah sesungguhnya kami telah menyampaikan.


1 Muharram 1430 (28hb Disember 2008)

HIZBUT TAHRIR

*Seruan ini adalah terjemahan dari Bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir kepada seluruh dunia.


0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR