ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


METOD MENUBUHKAN NEGARA ISLAM

Cara Menubuhkan Negara Islam
.::Antara Metod Akal dan Wahyu::.


Dapat dikatakan, tidak ada satu ulama pun yang menolak bahawa kewujudan Al-Khilafah adalah masalah ma'lum min ad-din bi ad-darurah. Bahkan, pembahasan ini telah menjadi satu kajian penting dalam pembahasan usuluddin (1). Masalahnya, ulama-ulama dahulu tidak pernah membahas, bagaimana cara menubuhkan Al-Khilafah, sebab mereka hidup pada zaman negara Islam tersebut masih ada. Mereka juga tidak pernah membayangkan, bahawa negara ini akhirnya akan runtuh pada tahun 1924. Malahan mujtahid yang hidup pada masa-masa akhir negara Islam ini, seperti As-Syawkani (w. 1298 H/1873 M) tidak pernah sedikit pun membahas isu berkenaan.


Sebaik saja negara Islam ini dijatuhkan, tidak ada usaha dari kaum muslimin untuk menubuhkan semula, kerana pemikiran dan perasaan mereka telah terpesong dengan tipu muslihat orang-orang kafir. Selama hampir 3 dekad, iaitu dari dekad 1920-an hingga 1950-an, isu ini tidak menjadi perhatian kaum muslimin, sekalipun sudah banyak gerakan yang ditubuhkan umat Islam bergerak di tengah masyarakat. Setelah dekad 1950-an, khususnya sejak dekad 1970-an, lebih khusus lagi setelah Revolusi Iran, kesedaran kaum muslimin mula pulih, dan isu "negara Islam" ini telah mengarahkan pandangan umum kaum muslimin. Natijahnya, semua gerakan, jamaah dan parti Islam pada dekad 1980-an hingga sekarang, menuntut berdirinya negara Al-Khilafah Islam, sekalipun dengan gambaran yang masih kabur, termasuklah bagaimana mereka hendak menubuhkannya ? Dan dari mana mereka hendak memulakannya ? Dan masih banyak lagi yang belum jelas.


Oleh itu, tulisan ini berusaha untuk mengungkap pelbagai jalan yang ditempuh oleh gerakan, jamaah atau parti Islam dalam rangka menubuhkan negara Al-Khilafah Islam untuk menjadi wacana, sekaligus membuka mata umat agar mengetahui jalan yang benar. Akan tetapi, sebelumnya perlu dihuraikan dasar kewajiban menubuhkan Al-Khilafah, supaya mampu membangkitkan kesedaran akan kewajibannya melalui metod (Thariqah) yang berdasar pada wahyu Allah SWT iaitu menurut manhaj nubuwwah. Read More....!


0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR