ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


ZAKAT PADI


ZAKAT PADI


Menurut Syaikh Abdul Qadim Zallum, padi (al-aruz) tidaklah termasuk hasil pertanian yang wajib dizakati. Menurut beliau, hasil pertanian yang wajib dizakati hanya 4 (empat) sahaja, tidak ada yang lain, iaitu :


(1) barli (english:Barley) (arab:asy-sya'ir),

(2) gandum (al-hinthah),

(3) anggur kering/kismis (az-zabib), dan

(4) kurma (at-tamr). (Abdul Qadim Zalum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 162).


Pendapat Syaikh Zallum ini dekat dengan pendapat Imam Ibnu Hazm (mazhab Zhahiri), yang menyatakan bahawa dalam zakat pertanian hanya ada 3 (tiga) jenis yang wajib dizakati, tidak ada yang lain, iaitu :

1). kurma (at-tamr),

2). jewawut (asy-sya'ir), dan

3). gandum (al-qamhu). (Lihat Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/193, Kitabuz Zakat, mas'alah no 640).


Namun semua fuqaha sepakat (ijma') bahawa empat jenis tersebut, iaitu barli (asy-sya'ir), gandum (al-hinthah), anggur kering (az-zabib), dan kurma (at-tamr) wajib dizakati. Demikianlah sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dan Ibnu Abdil Barr. (Lihat Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 2/49, Kitabuz Zakat; Ibnul Mundzir, Kitab Al-Ijma', hal 10, pasal 93; Ibnu Hazm, Maratibul Ijma', hal. 18, Kitabuz Zakat). Sementara itu para fuqaha berbeza pendapat mengenai wajibnya hasil pertanian lainnya di luar empat jenis di atas. (Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/193).


Dalil yang menunjukkan pembatasan (qashr) zakat pertanian hanya pada empat jenis itu, adalah sabda Nabi SAW kepada Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy'ari ketika Nabi SAW mengutus keduanya ke Yaman :


Laa ta'khudza ash-shadaqah illa min haadzihi al-ashnaaf al-arba'ah asy-sya'ir wal-hinthah wa az-zabib wa at-tamr


"Janganlah kamu berdua mengambil zakat, kecuali dari jenis yang empat, iaitu : barli (asy-sya'ir), gandum (al-hinthah), anggur kering (az-zabib), dan kurma (at-tamr)." (HR Al-Baihaqi, As- Sunan Al-Kubro, 4/125).


Dalam hadits di atas, kata "janganlah" (laa) dirangkaikan dengan kata "kecuali" (illa). Ini menunjukkan adanya pembatasan (qashr), bahawa zakat yang diambil hanyalah dari empat jenis itu, tidak diambil dari yang lain. (Abdul Qadim Zalum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 162).


Dengan demikian, jelaslah, bahawa padi tidak termasuk hasil pertanian yang terkena kewajipan zakat, maka tidak wajib mengeluarkan zakat padi baik dalam bentuk beras mahupun wang yang senilai. Namun jika padi tersebut diperdagangkan, maka padi itu terkena kewajipan zakat perdagangan ('urudh at-tijarah), jika sudah memenuhi nishab zakat perdagangan dan sudah berlalu satu tahun (haul).


0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR