ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


LEMBAH SWAT BERMANDI DARAH


[SN183] Sejak 2 Mei lepas, Pakistan telah mengerahkan seramai 15,000 anggota tenteranya yang lengkap bersenjata bagi menggempur 4,000 pejuang Islam yang dicopnya sebagai ‘militan’ di Lembah Swat. Sebagaimana dilaporkan oleh media sehingga 24 Mei lepas, PBB telah memohon bajet sebanyak USD543 juta untuk membantu 2 juta orang awam yang menjadi pelarian perang, dengan korban di pihak ‘militia’ dilaporkan seramai 1,014 orang dan 92 orang dari tentera Pakistan. Bagaimanapun, wartawan perang tidak dibenarkan masuk ke tempat kejadian untuk mengesahkan jumlah sebenar. Perang ini sebenarnya bukanlah perang antara tentera Pakistan melawan tentera Taliban, tetapi ianya merupakan perang proksi antara Amerika Syarikat (AS) dan Mujahideen Islam yang ingin dihapuskan oleh rejim Amerika di Aghanistan dan Pakistan. Insiden-insiden dalam negara Pakistan dijadikan pencetus untuk menjustifikasikan peperangan sesama Muslim, atas nama ‘Perang Melawan Pengganas’.

Pihak berkuasa Pakistan yang merupakan tali barut Amerika menegaskan bahawa mereka akan terus berperang sebagai satu bentuk penghormatan atas kehendak Amerika sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Panglima Tentera Pakistan, Ashfaq Kiani. Demi untuk meraih 'kemenangan' rakyatnya, dia berkata, “Tentera akan menggunakan semua peralatan yang diperlukan untuk menjamin kemenangan yang nyata atas para pemberontak”. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri Yusuf Raza Gillani mengatakan, “Kerajaan telah memerintahkan tentera untuk melenyapkan para pengganas Muslim”. Di Washington, telah diadakan pertemuan antara Presiden Amerika, Obama dengan kedua bonekanya iaitu Presiden Pakistan, Zardari dan Presiden Afghanistan, Karzai. Dari pertemuan itu dikeluarkan sebuah komitmen bersama yang menekankan bahawa, “Mereka bertekad untuk meningkatkan kerjasama untuk menghadapi ancaman Taliban dan kelompok militan di Pakistan dan Afghanistan”. Secara peribadi, Zardari berjanji kepada Obama dengan mengatakan bahawa, “Operasi militer terhadap Taliban akan berterusan sehingga situasi di Lembah Swat kembali normal”.

Inilah perancangan jahat pemimpin umat Islam yang bersekongkol dengan AS untuk membunuh sesama Muslim di bawah restu dan telunjuk AS, di mana Barack Obama berhasil mencetuskan perang saudara di Pakistan. Pemerintahan Amerika secara terbuka menghasut kerajaan dan tentera Pakistan untuk memusuhi gerakan Taliban dan seterusnya mengarahkan mereka untuk menggunakan kekuatan ketenteraan di sana. Dalam usaha berterusan untuk menyedarkan umat Islam, Hizbut Tahrir Pakistan telah menerbitkan risalah khusus dan menyebarkannya secara meluas di seluruh Pakistan baru-baru ini tentang usaha jahat AS yang dibantu oleh Presiden dan Perdana Menteri Pakistan yang khianat. Berikut adalah terjemahan risalah tersebut untuk tatapan kaum Muslimin di Malaysia yang cintakan Islam dan yang cintakan saudara-saudara kita di sana.

Hentikan Peperangan Tajaan Amerika Yang Menyebabkan Umat Islam Berperang Sesama Sendiri!


Pada 8 Mei, Perdana Menteri, Yousuf Raza Gillani telah mengisytiharkan perang di Lembah Swat melalui siaran televisyen ke seluruh negara, di mana katanya, “Demi kesucian tanah ini dan maruah negara, untuk menghapuskan golongan pelampau, untuk memastikan perlindungan kepada rakyat, pasukan tentera telah pun dikerahkan”. Walau bagaimanapun, apa yang Perdana Menteri pertaruhkan bukanlah untuk memastikan maruah negara terus kekal mahupun memberi perlindungan kepada rakyat, sebaliknya ia adalah untuk mengekalkan maruah pasukan penjajah Amerika dan memastikan survival Amerika di bumi Afghanistan, yang semakin merudum.

Adalah tidak mungkin untuk mengekalkan penguasaan ke atas Pakistan tanpa menghapuskan golongan Mujahideen, yang memerangi Amerika di Afghanistan. Meskipun pasukan pengecut Amerika dan NATO memiliki senjata terkini, mereka sesungguhnya takut untuk berhadapan walaupun dengan sekumpulan kecil pasukan Mujahideen yang serba kurang kelengkapan senjatanya. Tambahan pula, keadaan ekonomi Amerika kini secara berterusan mengalami kemelesetan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan. Dalam masa yang sama di arena politik antara bangsa, Amerika telah kehilangan sokongan dari negara sekutunya dalam kempen penaklukan dan hegemoninya itu. Negara-negara seperti China dan Rusia secara terbuka melahirkan kebimbangan mereka tentang kehadiran Amerika di rantau itu. Dalam situasi begini, Amerika tentunya tidak akan mampu memberi nafas baru kepada kegagalan kempen mereka di Afghanistan secara bersendirian.

AS amat bergantung kepada tentera Pakistan untuk membantu mereka dari terus terjunam. AS menginginkan supaya tentera Pakistan berdiri di belakangnya dan secara sepenuh hati memberikan sokongan kepada peperangan penjajahan dan hegemoninya ini. Namun demikian AS mengetahui bahawa kaum Muslimin Pakistan memendam kebencian yang mendalam kepada mereka dan secara mutlaknya menolak kehadiran mereka di rantau itu. AS juga tidak berhasrat untuk menggerakkan tenteranya berperang atas nama ‘peperangan AS’. Tambahan pula, telah tersebar pandangan yang negatif di kalangan tentera Pakistan sendiri tentang peperangan AS. Semua perkara ini merupakan halangan dalam mendapatkan bantuan ketenteraan dari Pakistan. Oleh itu, adalah sesuatu yang amat perlu bagi AS untuk ‘mencipta’ suatu keadaan huru-hara dan ketakutan untuk membolehkannya memulakan operasi ketenteraan di Pakistan. Dari sudut lain pula, operasi ini juga memastikan bahawa Mujahideen yang berperang melawan Amerika di Afghanistan mengalihkan senjata mereka dari musuh sebenar, (yakni) Amerika, dan mengacukannya kepada saudara sesama Islam, (yakni) tentera Pakistan. Dalam pada itu, operasi ketenteraan ini juga adalah untuk menutup fakta bahawa punca kepada kacau-bilau ini adalah disebabkan oleh penjajahan haram AS ke atas Afghanistan, yang disokong oleh kerajaan Pakistan. AS cuba menutup fakta bahawa kerajaan Pakistan bekerjasama penuh dengan mereka dengan menyediakan jalur-jalur laluan senjata, makanan dan logistik lainnya kepada tentera Amerika dan NATO. Pada masa yang sama AS juga dapat menutup fakta bahawa tentera Pakistan dikerahkan ke sempadan Pakistan-Afghanistan bagi menghalang sebarang cubaan serangan oleh Mujahideen Pakistan ke atas tentera AS.

Inilah realiti operasi ketenteraan yang telah dimulakan oleh kerajaan Pakistan di kawasan kesukuan sehinggalah ke kawasan NWFP (Lembah Swat). Hasilnya, beribu-ribu orang hilang tempat tinggal, wanita-wanita Islam dibiarkan tanpa perlindungan, orang-orang tua dan kanak-kanak berada dalam ketakutan dan putus asa dan tidak terhitung lagi bilangan keluarga yang menderita. Rumah, pasar, sekolah dan kedai-kedai bertukar menjadi reruntuhan dan darah kaum Muslimin ditumpahkan tanpa henti.

Kerajaan Pakistan bukan sahaja mengalihkan muncung senjata tentera Islam ke arah kaum Muslimin, bahkan dalam masa yang sama, begitu licik memulakan sandiwara memutarbelitkan cerita supaya pendapat umum berpihak kepada mereka. Belajar dari pengalaman Masjid Lal, kerajaan Pakistan telah mengatur langkah yang berhati-hati dalam rancangan jahatnya. Melalui kempen media massa yang terancang, mereka cuba untuk menguasai pendapat umum supaya setuju dengan operasi ketenteraan tersebut. Serangan di Akademi Polis Minawan dan video membelasah wanita digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu menyediakan asas untuk operasi ketenteraan yang dirancang beberapa minggu sebelum itu supaya dapat dijadikan dalih untuk operasi ketenteraan ini. Perdana Menteri Yousuf Raza Gillani membesar-besarkan berita bahawa orang-orang ini telah mencabar undang-undang (perintah) negara dan dalam beberapa keadaan, kerajaan sudah tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan kekerasan.

Kami (Hizbut Tahrir) ingin bertanya kepada pemerintah Pakistan, tidakkah tindakan Amerika juga mencabar undang-undang negara semasa mereka secara terbuka dan terang-terangan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua di Waziristan dan Banu melalui serangan udaranya? Mengapa Perdana Menteri tidak muncul di media dan mengisytiharkan operasi ketenteraan terhadap serangan udara AS ini? Kenapa serangan udara AS ini tidak dikatakan mencabar undang-undang negara sebagaimana yang ditimbulkan pada kali ini, meskipun secara berterusan kerajaan mendapat kritikan demi kritikan (terhadap serangan udara tersebut)? Apakah perancangan AS untuk memberikan beberapa keistimewaan kepada India dalam rantau ini tidak mencabar undang-undang negara? Sungguh, perancangan tersebut mengancam Pakistan, (namun) kenapa kerajaan Pakistan membantu untuk melaksanakan rancangan tersebut? Benar, kerajaan Pakistan telah menandatangani perjanjian transit perdagangan Pakistan-Aghanistan, di bawah seliaan Setiausaha Negara AS, Hilary Clinton di AS, sedangkan perjanjian perdagangan ini dari segi politik dan ekonomi hanya menguntungkan India sahaja. Berhubung dakwaan Perdana Menteri Gillani untuk menjaga kehormatan wanita di Lembah Swat sebagai justifikasi untuk operasi ketenteraannya, kenapakah Gillani tidak membela kehormatan anak perempuan umat, Dr Afia Siddique, yang dipenjarakan di AS sementara anak-anaknya masih hilang? Jadi, kenapa kerajaan yang ‘prihatin’ ini tidak pernah bercakap sepatah pun tentang Afia Siddique dalam pertemuannya beberapa kali dengan AS?

Wahai Umat Islam Pakistan! Sesungguhnya pemerintah kalian adalah pembohong dan pengkhianat kepada Islam dan umatnya. Mereka hanya setia menjaga kesinambungan hidup mereka dengan memuaskan kepentingan penjajah kuffar. Pemerintah ini sekarang sedang mengacukan permusuhan dan pembunuhan sesama Muslim untuk menjaga AS, meskipun Allah SWT berfirman,

“Barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ Al-Nisa’ (4):93]

Rasulullah SAW bersabda,

“Mencela orang Islam itu kefasiqan dan memeranginya adalah kekufuran” [HR Bukhari I/84, Muslim I/202].

Dalam sabda Baginda yang lain, “Jika dua orang Muslim saling berhadapan dengan dua pedangnya maka si pembunuh dan yang terbunuh di dalam neraka. Maka kami bertanya Wahai Rasulullah, ‘Ini si pembunuh (kami faham), kenapa pula dengan yang terbunuh? Rasulullah menjawab, sesungguhnya dia juga berkeinginan membunuh sahabatnya.” [HR Bukhari I/154]

Pemimpin-pemimpin jahat ini begitu kuat memicu konflik sesama Muslim, demi Amerika. AS sebelumnya telah melakukan taktik yang sama di Iraq, yang mana AS cuba memperkuatkan dirinya dengan menyalakan konflik Sunni-Syiah. Semoga Allah mengazab pemimpin-pemimpin ini, yang sanggup menghina diri mereka sendiri untuk menyenangkan kaum kuffar. Sesungguhnya, realiti pemimpin semacam ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW di mana Baginda bersabda,

“Sesungguhnya akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang, barangsiapa membenarkan pembohongan mereka dan membantu mereka atas kezaliman mereka, maka bukanlah dia dariku dan aku bukan darinya, dan bukanlah dia orang yang dapat menemuiku di telaga Al-Haudh. Barangsiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu mereka atas kezaliman mereka, maka dia adalah dariku dan aku darinya, dan dia akan dapat menemuiku di telaga Al-Haudh.” [Al-Nasaei XIII/117]

Sesungguhnya pemimpin ini tidak pernah merasa meluat bila bertemu dengan pegawai AS yang sering dijuluki sebagai orang-orang yang beradab (bertamadun), yang mana (orang-orang ‘beradab’ inilah yang) menyeksa kaum Muslimin di Teluk Guantanamo dan Abu Gharib dengan penyeksaan kejam yang mana Firaun sendiri tidak melakukannya. Dalam sel penyeksaan AS, lelaki dan wanita Muslim ditindih sesama mereka, Al-Quran dihina, muka-muka kaum Muslimin dimasukkan ke lubang tandas dan kaum Muslimin dikenakan renjatan elektrik. Meskipun demikian, di mata pemerintah hari ini AS masih tetap mencerminkan puncak peradaban. Mereka akan merasa mulia dan bangga bila ada peluang untuk bertemu dengan AS, seraya menampakkan kebencian dan kedengkian terhadap Islam, hukum-hukum dan sistem uqubatnya.

Wahai kaum Muslimin Pakistan! Bagaimana mungkin kalian masih lagi berdiam diri sedangkan anak-anak lelaki kalian yang berada di dalam tentera diarahkan untuk mengebom dan menyerang saudara mereka sesama Muslim? Tidakkah kalian merasa sedih dan mengalirkan air mata darah tatkala melihat pemerintah kalian menggerakkan tentera kalian sendiri untuk menghancurkan seluruh kaum Muslimin di rantau ini di bawah dominasi musuh sebenar mereka, AS? Bangunlah dan bersamalah Hizbut Tahrir untuk menghentikan operasi ketenteraan ini. Allah SWT telah memerintahkan kalian untuk melawan kezaliman dan pengkhianatan oleh pemimpin-pemimpin ini dan Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sekali-kali tidak, demi Allah, kamu (hendaklah) melakukan amar makruf nahi mungkar, dan hendaklah kamu menahan tangan orang yang membuat kezaliman dan menarik mereka ke arah kebenaran dan menjaga mereka atas kebenaran, jika tidak Allah akan melaga-lagakan hati-hati sesama kamu, kemudian Dia akan melaknat kamu sebagaimana dilaknatnya mereka itu (Bani Israel).” [Abu Daud XI/412]

Wahai ulama Pakistan! Kalian telah bersikap berbelah bahagi semasa pembantaian di Masjid Merah (Lal) dan Musharraf berjaya menumpahkan darah wanita Muslim dan kanak-kanak dalam masjid dan sekolah di ibu kota Pakistan. Kesakitan dari pembantaian tersebut masih lagi tidak hilang dari hati kaum Muslimin Pakistan. Hari ini, pemimpin-pemimpin ‘demokratik’ ini sedang berusaha mengubah Lembah Swat menjadi Masjid Merah demi tuan mereka, AS. Jadi kenapakah kalian sekarang masih tidak bangkit dan menghentikan pemimpin-pemimpin ini dari kempen jahat mereka? Bangkit dan gerakkanlah semua pelajar-pelajar kalian dan marilah kita berarak ke istana pemimpin-pemimpin ini, sebelum AS menghancurkan semua masjid dan sekolah dari Afghanistan dan kawasan-kawasan persukuan.

Wahai parti-parti politik Pakistan! Kalian mendakwa bahawa kalian menjaga urusan kaum Muslimin di Pakistan. Kalian menyaksikan bagaimana kaum Muslimin diarahkan untuk memerangi saudara-saudaranya sendiri demi AS. Justeru, apakah ada di kalangan kalian orang yang ikhlas yang akan tampil untuk memuhasah pemerintah selayaknya dan menahan tangan-tangan pemerintah ini? Jika kalian tidak melakukan demikian, apakah kalian mahu bahawa Allah menempatkan kalian bersama dengan golongan pemerintah yang zalim itu di hari Kiamat nanti? Rasulullah SAW bersabda,

“Allah tidak mengazab masyarakat dengan sebab perbuatan orang tertentu, sehinggalah mereka melihat kemungkaran di antara mereka dan mampu untuk mengubahnya, tetapi mereka tidak merubahnya, jika mereka melakukan demikian (tidak merubah kemungkaran walhal mampu) maka Allah akan mengazab orang itu dan masyarakat secara umum.” [Musnad Ahmad]

Wahai putera-putera Angkatan Tentera! Tidakkah kalian mencita-citakan untuk darah kalian tumpah dengan suci fi sabilillah demi meletakkan agama Allah di tempat tertinggi, daripada mempertahankan hegemoni Amerika ke atas kalian? Sampai bilakah kalian akan membiarkan pemerintah menjadikan kalian sebagai ‘bahan bakar’ untuk peperangan AS menentang Islam? Buanglah pemerintah ini dan berilah nusrah (pertolongan) kepada Hizbut Tahrir demi menegakkan semula Khilafah yang akan membebaskan kalian dari debu-debu kehinaan dan keaiban serta merubah kalian menjadi tentera-tentera Allah yang beriman yang akan menyebarkan cahaya Islam ke seluruh penjuru alam.

Hizbut-Tahrir
Wilayah Pakistan
14 Jamadil-Awwal 1430H / 9 May 2009M

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR