ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


PERLAKUAN NEGARA KHILAFAH TERHADAP WANITA





Pandangan Salah Barat terhadap Nasib wanita di dalam Negara Khilafah

Hingga saat ini masih terdapat kekeliruan dikalangan masyarakat Barat mengenai peranan kaum lelaki dan wanita di dalam kehidupan. Pada suatu masa dahulu, kaum wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah berbanding lelaki, malahan pernah di sama tarafkan dengan haiwan ataupun dipandang sebagai “satu makhluk yang tidak memiliki ruh”, atau dianggap hanya sebagai hamba kepada kaum lelaki. Dewasa ini, terdapat bermacam-macam persatuan dan organisasi wanita yang berjuang melawan status quo untuk mendapatkan status dan hak yang setaraf dengan kaum lelaki.

Konflik seperti ini seringkali timbul diantara jantina yang berlawanan ini disebabkan karakter dan sifat semulajadi mereka yang mendefinasikan peranan kehidupan lelaki dan wanita mengikut pertimbangan akal manusia semata-mata. Namun begitu, adalah sesuatu yang mustahil bagi seseorang yang bernama manusia, Yang dikurniakan akal yang terbatas untuk memahami sepenuhnya dengan benar sifat lelaki mahupun wanita yang agak kompleks ini, serta perasaan dan karakter kedua-dua jenis jantina ini yang tentunya amat berbeza. Natijahnya, muncul pemikiran-pemikiran yang amat keliru terhadap bagaimanakah hubungan dan interaksi yang sepatutnya antara lelaki dan wanita, begitu juga peranan yang dikhususkan kepada kedua jantina ini seterusnya mewujudkan kekacauan ditengah-tengah masyarakat.

Terdapat banyak permasalahan yang secara langsung disebabkan oleh salah faham dan kesamaran ini, samada dari segi memahami peranan kaum lelaki dan wanita dalam institusi kekeluargaan, masyarakat, mahupun dalam dunia pekerjaan. Permasalahan inilah yang menjadi penyebab kepada diskriminasi dan penindasan terhadap kaum wanita, keruntuhan institusi kekeluargaan, perlakuan seksual bebas, pelacuran, sumbang mahram, homoseksual dan berbagai jenis penyakit sosial yang lain.

Pandangan serong Barat ini kemudiannya dipergunakan untuk menghukum ajaran Islam sebagai pesalah utama kepada keadaan ini. Mereka(Barat) dengan penuh keyakinan mengatakan bahawa “Islam menindas kaum wanita”. Hak-hak wanita dalam Islam, khususnya mereka yang hidup di dalam sistem Islam, menjadi satu topik yang hangat diperdebatkan dan seterusnya melahirkan berbagai tanggapan salah atau mispersepsi. Terdapat juga beberapa kenyataan yang melucukan tentang perlakuan Islam terhad wanita malah tidak kurang juga yang bersifat khayalan dan rekaan semata-mata.

Ayaan Hirsi Ali, mantan anggota Parlimen Belanda, yang memalsukan pernikahannya demi memperolehi status sebagai warganegara Belanda merupakan salah seorang yang dikenali sebagai pejuang hak-hak wanita. Nama beliau tiba-tiba menjadi terkenal setelah beliau menulis skrip sebuah filem berjudul Submission yang diarahkan oleh Theo van Gogh, yang akhirnya dibunuh akibat menghasilkan filem sedemikian.

Judul filem tersebut adalah terjemahan langsung perkataan ‘Islam” dan mengisahkan tentang empat orang wanita muslimah yang berbogel setelah dipukul dan diperkosa oleh saudara lelaki mereka. Ayat-ayat al Quran tentang perempuan kemudiannya diletakkan diatas tubuh mereka yang sedang berbogel ini. Sudah tentunya seseorang Muslim yang mempunyai pengetahuan Islam yang cetek pun akan mengatakan bahawa menuduh al Quran memerintahkan dan membolehkan pemerkosaan, khususnya oleh kaum keluarga adalah satu fitnah yang amat nyata.

Namun begitu, hujah-hujah seperti inilah yang sering dibangkitkan apabila membahas tentang hak-hak wanita muslimah.

Komen terkini Bush tentang Negara Khilafah merujuk contoh-contoh dari Taliban untuk menggambarkan Khilafah sebagai “sebuah Negara yang memenjarakan wanita-wanita dirumah dan gadis remaja tidak dibenarkan ke sekolah, dan wanita hidup dalam keadaan terasing dari masyarakat”.

Maka, pasti kita tertanya-tanya bagaimanakah sebenarnya perlakuan Negara Khilafah terhadap kaum wanita?

Adalah penting untuk kita sedari bahawa serangan dan tanggapan salah terhadap cara Islam memperlakukan wanita bukanlah berasal dari kalangan wanita Muslimah itu sendiri tetapi ianya lahir dikalangan non Muslim yang memandang ianya sebagai satu masalah. Hal ini telah menyebabkan mereka merasakan adanya satu keperluan untuk “membebaskan” wanita Muslimah dari kongkongan penjara di rumah atau dari hijab yang mesti mereka kenakan untuk menutup aurat. Namun, pandangan sebegini sama sekali tidak mewakili pandangan kebanyakkan wanita muslimah.

Ini telah dibuktikan dalan satu kajian pendapat yang dilaksanakan oleh The Gallup Organization dan telah dilaporkan didalam sebuah artikel New York Times bertajuk –Muslim Women Don’t See Themselves as Oppressed, Survey Finds( Wanita Muslimah tidak berpendapat atau merasakan diri mereka ditindas, penemuan satu kajian). Hasil kajian ini menunjukkan dengan jelas apakah harapan dan perasaan wanita muslimah yang sebenar. Keprihatinan mereka yang utama sebenarnya adalah terhadap masalah tiadanya penyatuan kaum Muslimin, kekejaman yang ekstreme dan kerosakan sistem politik dan ekonomi disebabkan rasuah.Semua permasalahan yang dinyatakan ini akan dapat diatasi oleh Negara Khilafah.

”Hijab atau tudung, dan burqa serta pakaian yang menutup aurat, yang dilihat oleh sebahagian masyarakat Barat sebagai alat penindasan wanita, tidak pernah disebut-sebut dalam jawapan para wanita itu terhadap pertanyaan terbuka yang dilakukan semasa kajian tersebut, begitulah menurut analisis kajian itu.

Kajian tersebut juga mendapati bahawa “kebanyakkan wanita yang menjadi responden disetiap Negara menyatakan ‘keterikatan terhadap nilai-nilai moral dan spiritual’ sebagai satu aspek yang terbaik dalam masyarakat mereka.”

Islam memiliki cara yang khusus dalam menyelesaikan masalah lelaki dan wanita. Dalam sistem dan agama “buatan manusia”, dimana manusia(kebanyakkan lelaki) menetapkan nilai-nilai dan sistem hukuman mengikut akal fikiran mereka, maka sudah tentunya kaum wanita akan menjadi golonganyang ditindas dan dieksploitasi. Kaum lelaki tidak akan pernah memahami bagaimana rasanya menjadi seorang wanita, maka bagaimanakah mereka mampu menghasilkan satu sistem dan aturan hidup yang adil untuk kaum wanita?

Lelaki dan Wanita dalam Islam

Islam menjelaskan secara terperinci dan tepat tentang peranan kaum lelaki dan wanita dalam kehidupan ini. Begitu juga penjelasan dan pedoman dari Islam yang amat mendalam tentang bagaimana sepatutnya kaum lelaki dan wanita itu berinteraksi antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan mereka. Penjelasan dan pembahagian peranan ini sudah tentunya berasal dari Allah Subhanahu wa Taala, Sang Pencipta manusia. Maka dengan itu, sudah semestinya penjelasan dan pembahagian peranan tersebut amat bertepatan dengan kekuatan manusia dan tidak akan pernah wujud penindasan atau diskriminasi yang dilakukan oleh salah satu pihak kepada pihak yang lainnya.

Umat manusia terdiri dari sekelompok individu-individu manusia yang memiliki berbagai naluri yang sama, iaitu naluri mempertahankan diri (gharizatul al-baqa’), naluri beragama (gharizatu at-tadayyun) dan naluri untuk mempertahankan keturunan (gharizatul an-nau’). Setiap individu ini juga mempunyai keperluan asas yang sama (hajatul udowiyah), iaitu seperti keperluan untuk makan, tidur ,bernafas dan sebagainya. Naluri dan keperluan jasmani ini dimiliki oleh setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita. Kedua-duanya adalah makhluk Allah dan dalam hal ini mereka mempunyai kedudukan yang sama. Islam menjelaskan tujuan hidup manusia, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana firmanNya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku”. [TMQ. adz-Dzariyat: 56]

Ibadah ini dilaksanakan dengan mentaati segala perintah Allah Subhanahu wa Taala dan meninggalkan segala laranganNya. Ketaatan inilah yang akan diukur dan dihisab pada Hari Akhirat, untuk menentukan balasan syurga atau neraka bagi setiap manusia diatas segala perbuatannya didunia ini dengan tidak mengira jantinanya. Di hadapan Allah Subhanahu wa Taala, kaum lelaki mahupun wanita mempunyai kedudukan yang sama sebagaimana firmanNya di dalam al Quran:

"Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berkata), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah keturunan dari sebagian yang lain.” [TMQ. Ali Imran: 195]

Namun begitu, mestilah difahami bahawa Allah Subhanahu wa Taala telah menciptakan lelaki dan wanita dengan fitrah yang berbeza. Maka, sudah tentu juga mereka bakal mempunyai peranan yang berbeza didalam kehidupan. Ini disebabkan terdapat beberapa sifat khusus yang hanya dimiliki oleh kaum lelaki ataupun wanita, dan tidak boleh dijadikan sebaliknya. Sebagai contoh, kaum wanita mempunyai potensi untuk mengandung dan menyusukan anak-anaknya sementara tugas ini adalah sesuatu yang mustahil bagi kaum lelaki.

Salah satu dari kebanyakkan kesilapan yang kita dapati dalam sistem buatan manusia adalah bahawa “kesetaraan’ diantara kaum lelaki dan perempuan disama ertikan dengan “kesamaan’. Atas dasar konsep yang salah ini, kaum lelaki dan wanita telah didorong untuk saling berlumba bagi melaksanakan peranan dan tugas yang sama.

Namun, Syariat Islam mencegah terjadinya hal seperti ini. Jika diperhatikan, terdapat beberapa aspek hukum syarak yang tidak dikhususkan untuk jantina tertentu dan kaum lelaki mahupun wanita, ditaklifkan beban hukum yang sama seperti dalam hal ibadah solat, melafazkan kalimah syahadah, ataupun berpuasa di bulan Ramadhan. Hanya sahaja terdapat perbezaan pada keadaan-keadaan tertentu yang disebabkan oleh sifat semulajadi seorang wanita iaitu seperti pada ketika wanita dalam keadaan haid atau nifas, mereka tidak diperintahkan untuk melaksanakan ibadah solat, dan  mereka juga diberi keringanan (rukhsah) untuk tidak berpuasa ketika hamil ataupun menyusui anak.(tetapi mesti diganti di waktu lain)

Sebaliknya, dalam aspek lain iaitu dalam hal-hal yang bersifat khusus untuk lelaki atau perempuan, masing-masing mempunyai peranan dan tugas yang berbeza serta mengikut hukum syarak yang khusus untuk mereka. Sebagai contoh, seorang wanita berperanan untuk melaksanakan tugas sebagai ibu(ummun) manakala seorang lelaki wajib berperanan sebagai seorang bapa. Maka, tidak sepatutnya berlaku persaingan di antara lelaki dan wanita dalam menjalankan peranan yang telah ditetapkan ini, bahkan sepatutnya menghasilkan suasana yang harmoni dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Tujuan Sistem Sosial(Pergaulan)


Terdapat tiga tujuan utama wujudnya sistem sosial dalam Islam iaitu:

1) Untuk menentukan peranan kaum lelaki dan wanita.

2) Untuk mengatur hubungan antara kaum lelaki dan wanita, serta menyelesaikan segala permasalahan yang timbul hasil dari hubungan ini.

3) Untuk mengatur institusi keluarga dan menjaga nasab keturunan.

Semua hukum dan sistem yang wajib ditaati oleh umat manusia dalam rangka memenuhi ketiga-tiga tujuan yang dinyatakan telah ditetapkan oleh syariat Islam.  Terdapat beberapa hukum yang bersifat khusus bagi kaum lelaki atau wanita, begitu juga adanya hukum syarak yang bersifat umum dan terbeban ke atas bahu kedua-dua jantina.

Islam telah diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala, yang menciptakan lelaki dan wanita. Kedua-duanya mempunyai taraf dan kedudukan yang sama dihadapan Allah Subhanahu wa Taala melainkan perbezaan dari sisi ketaatan dan ketundukkan mereka terhadap suruhan dan laranganNya. Inilah yang sepatutnya menjamin kaum wanita agar tidak tunduk kepada sistem dan hukum buatan manusia yang mungkin hanya sepadan dengan lelaki yang menciptanya.

Islam menjelaskan bahawa lelaki dan wanita mempunyai sifat semulajadi yang berbeza, maka dengan itu peranan mereka juga berbeza dalam kehidupan dan masyarakat.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang menjelaskan tentang kedudukan wanita dalam sistem Khilafah

Pendidikan

Menuntut ilmu merupakan suatu kewajiban bagi setiap orang baik lelaki mahupun wanita. Bahkan adalah sangat penting bagi wanita Muslimah untuk memiliki pendidikan Islami setinggi mungkin, kerana mereka bakal menjadi sumber ilmu didikan pertama untuk anak-anaknya.

Negara Khilafah berkewajiban menyediakan layanan pendidikan dan perkhidmatan yang terbaik bagi warganegaranya secara percuma. Maka dengan itu, golongan wanita adalah amat diperlukan dalam profesion di bidang perubatan, kejururawatan dan guru bagi memenuhi peranan dan tugas  Khilafah dalam hal yang dinyatakan.

Ayat 173 dalam draf rancangan konstitusi Negara Khilafah (yang disusun oleh Hizbut Tahrir) menyatakan:
Negara berkewajiban mengajarkan hal-hal yang diperlukan manusia dalam kehidupannya, baik lelaki mahupun wanita. Pendidikan adalah satu program yang diwajibkan keatas seluruh rakyat pada tahap pendidikan rendah dan menengah. Negara wajib menjamin pendidikan diberikan kepada seluruh warganegara secara percuma dan setiap orang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi secara percuma dengan kemudahan pendidikan yang terbaik”.

Pekerjaan

Peranan dan tugas utama wanita adalah sebagai seorang isteri dan ibu. Beliau tidak dibebani dengan tugas untuk bekerja mencari nafkah untuk diri sendiri. Tugas mencari nafkah dibebankan kepada kaum lelaki-samada lelaki itu suaminya, ayahnya ataupun adik beradik lelakinya. Sekiranya seorang wanita tidak mempunyai wali, maka beliau berhak diberi status kelayakan sebagai golongan yang ditanggung oleh Negara dan tidak menjadi kewajiban untuknya bekerja mencari nafkah.

Namun begitu, wanita tetap dibenarkan bekerja dan menyumbangkan peranan lain didalam masyarakat, selain melaksanakan tugas dan peranan mereka didalam keluarga seperti yang telah disebutkan. Sebagai contoh,keperluan adanya doktor,guru,jururawat,hakim dan polis wanita adalah amat penting dalam memastikan kehidupan bermasyarakat yang harmoni. Tentunya dapat dibayangkan betapa sukarnya seorang wanita jika terpaksa mengadukan masalah-masalah khusus bagi wanita dengan seorang doktor atau hakim lelaki. Oleh kerana itulah perlunya ada hakim wanita, khususnya dalam pengadilan masalah rumahtangga dan ianya amat diperlukan oleh Negara.

Sekiranya seorang wanita Muslimah bekerja, beliau juga tidak diwajibkan untuk membelanjakan wang gaji hasil kerjanya untuk keluarga. Boleh sahaja seorang wanita itu kaya, tetapi beliau tetap tidak wajib untuk menanggung perbelanjaan keluarga kerana tugas itu adalah tetap menjadi kewajiban bagi seorang lelaki yang bernama suami. Suami ataupun keluarga wanita itu tidak mempunyai hak untuk menyentuh harta yang dikumpulkannya. Namun begitu, wanita Muslimah yang berharta juga terikat dengan hukum dan kewajiban untuk ‘membayar’ atas hasil pekerjaannya samada sebagai kharaj, usyur ataupun zakat. Manakala bagi wanita non-Muslim pula, mereka tidak dikenakan kewajiban membayar jizyah, walaupun sekiranya mereka bekerja.

Pemerintahan

Wanita berkewajiban menyatakan pandangan politik mereka dan mendapat kedudukan didalam pemerintahan Khilafah. Mereka dibenarkan menjadi hakim, ketua-ketua jabatan pemerintahan, anggota Majlis Umat dan mereka berhak untuk bersuara dalam pemilihan Khalifah sebagai ketua Negara. Akan tetapi, terdapat larangan dari Allah Subhanahu wa Taala yang Maha Mengetahui tentang diri wanita melebihi mereka mengetahui diri mereka sendiri.

Wanita adalah dilarang dari menjadi Khalifah(ketua Negara) ataupun memegang jawatan di jabatan-jabatan yang berkaitan dengan pemerintahan Negara seperti sebagai Wali, Mu’awin Tafwidl(pembantu Khalifah) dan  Amir Jihad(Ketua Angkatan Perang). Bagi seorang wanita Muslimah, ini bukanlah suatu perkara yang menimbulkan persoalan ataupun permasalahan kerana mereka mempunyai kewajiban lain yang lebih utama, iaitu mentaati Allah Subhanahu wa Taala dan mendapatkan keredhaanNya.

Kehidupan Keluarga

Pencabulan kehormatan, penderaan rumahtangga dan penganiayaan terhadap isteri merupakan perkara-perkara yang dilarang sama sekali dalam Islam. Tujuan sebuah pernikahan adalah untuk melahirkan ketenangan melalui hubungan kasih sayang antara pasangan suami isteri.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
Orang yang imannya paling sempurna di antara kalian adalah yang paling berakhlak mulia, dan yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isterinya.” [HR. Tarmidzi]

Hukum

Lelaki dan wanita mempunyai kedudukan yang setaraf dihadapan hukum syarak. Perbezaan diantara keduanya hanyalah dalam hal yang berkaitan dengan jumlah saksi yang diperlukan tatkala hendak menghukum seseorang. Secara umumnya, dua orang saksi perempuan setara dengan seorang saksi lelaki. Ini bukanlah bermakna bahawa wanita mendapat hak separuh dari lelaki, seperti yang dituduh oleh sesetengah golongan. Perkara ini bukanlah ditetapkan oleh lelaki, tetapi ianya telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Taala yang telah menciptakan wanita.
Ramai yang mengatakan bahawa hukum perzinaan dalam Islam tidak adil terhadap wanita. Hal ini dikemukakan dengan merujuk kes dari Pakistan dan Taliban.

Hukum perzinaan sesungguhnya adalah sama bagi lelaki dan wanita. Untuk membuktikan kes zina, empat orang saksi yang dipercayai yang memberikan kesaksiannya, wajib bersaksi bahawa mereka memang melihat sendiri terjadinya perkara berzina itu. Sekiranya pihak yang menuduh tidak dapat mengadakan empat saksi itu, maka dia sendirilah yang akan mendapat hukum sebat itu. Sekiranya perempuan yang dituduh berzina itu bersumpah bahawasanya beliau telah diperkosa, maka keberadaan empat orang saksi itu tidak mempunyai apa-apa makna dan perempuan tersebut tidak akan dikenakan hukuman zina.

Adalah perlu diketahui bahawa dalam kes pengadilan biasa, secara umumnya yang diperlukan bagi kes mencuri dan membunuh, adalah dua orang saksi. Namun kes zina memerlukan empat orang saksi yang wajib melihat secara jelas terjadinya hubungan kelamin. Secara praktiknya, adalah agak mustahil untuk mendapatkan empat orang saksi seperti yang dinyatakan. Sememangnya bukti-bukti kes zina di zaman Khilafah yang awal adalah dengan cara pengakuan sendiri, bukannya persaksian. Hukuman keras bagi pelaku zina(direjam atau sebat) adalah satu hukuman yang menimbulkan kesan dan pengajaran, sekaligus membuktikan kepada masyarakat tentang mulianya nilai-nilai pernikahan.

Hijab

Di dalam sistem Khilafah, golongan wanita diwajibkan mengenakan tudung kepala(khimar) dan pakaian panjang(jilbab). Mereka tidak diwajibkan menutupi wajah mereka, namun mereka dibenarkan untuk berbuat demikian sekiranya mereka mahu , bersesuaian dengan pendapat fuqaha’ yang mereka ikuti. Begitu juga halnya dalam hukum memakai burqa.

Sebagaimana yang dibuktikan dengan jelas melalui hasil kajian di atas, hijab tidak menjadi suatu masalah bagi wanita Muslimah. Golongan Barat mempunyai pandangan serong yang tersendiri mengenai hal hijab dan pakaian wanita secara umum. Perancis, sebagai Negara yang melahirkan Chanel dan Yves saint Lauren, mempunyai satu pandangan yang amat negatif terhadap hijab dan berusaha keras melarangnya
Olehkerana mereka memandang hijab sebagai satu penindasan terhadap wanita, mereka dengan megahnya membuka pakaian mereka dan berpakaian sesuka hati mengikut cara yang menyenangkan mata kaum lelaki. Ini adalah suatu perkara yang tidak akan berlaku dalam Negara Khilafah.

Fakta yang menunjukkan bahawa Negara-negara Barat ini terpaksa mengeluarkan larangan untuk berhijab, jelas menunjukkan terdapatnya peningkatan jumlah wanita Muslimah yang mencintai hijab dan ingin mengenakannya. Keadaan ini juga menunjukkan kegagalan pandangan Barat terhadap wanita yang ingin mereka paksakan untuk menjadi “nilai-nilai universal” untuk kemanusiaan.

Sebelum membuat kesimpulan tentang wanita Muslimah, golongan Barat sepatutnya bertanya terlebih dahulu kepada para muslimah itu apa sebenarnya yang mereka inginkan. Kajian dari The Gallup Organization itu amat jelas menyatakan bahawa apa yang diimpikan wanita Muslimah adalah Islam dan kesatuan umat Islam, iaitu tertegaknya kembali Negara Khilafah.

Wallahu’alam



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR