SAUTUN NAHDHAH EDISI JUMAAT 11/12/2009
“KITA DOA SAMPAI PECAH PERUT...”
Sejak kebelakangan ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diserang dengan begitu hebat oleh UMNO. Salah satunya adalah isu ‘doa laknat’ yang beliau tujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini adalah ekoran keengganan Najib memberikan wang royalti minyak kepada Kelantan. Nik Aziz melahirkan keyakinannya bahawa Allah akan memakbulkan doa orang dizalimi dalam hal ini. Pelbagai komen dari pelbagai pihak diberikan terhadap isu ini yang mana seperti biasa menunjukkan fanatisme terhadap pemimpin masing-masing. Walaupun diserang bertubi-tubi, Menteri Besar Kelantan ini sepertimana biasa tetap kental dengan pendiriannya, malah dalam ceramah terbarunya di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, beliau sekali lagi turut melafazkan doa khusus kepada Najib yang berbunyi, “Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan). Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya. Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat” [harakahdaily 06/12/09].
Terdahulu, Nik Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti seperti dituntut kerajaan negeri sebagai “melanggar keadilan asasi”. “Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Mursyidul Am PAS itu [harakahdaily]. Begitulah sekilas fakta yang menghiasi senario politik terbaru tanah air. Semoga Sautun Nahdhah kali ini dapat memberi sedikit pencerahan berhubung isu yang masih hangat diperkatakan ini. Baca selanjutnya...!
0 comments:
Post a Comment