ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


BENAZIR TERBUNUH KEZALIMAN TERUS HIDUP


BENAZIR TERBUNUH KEZALIMAN TERUS HIDUP


Khamis 27 Disember - Berikutan pengumuman kematian Benazir Bhutto hari ini selepas satu serangan ke atasnya di rapat umum semasa kempen pilihan raya, kami mempunyai beberapa pemerhatian dan peringatan seperti berikut:-


(1) Umat Islam tidak seharusnya menitiskan setitik air mata pun untuk diktator dan penindas yang telah menghabiskan hidup mereka menggelap dan merampas kekayaan umah semasa beliau memerintah dan berkhidmat untuk kepentingan-kepentingan kafir penjajah-penjajah Barat. Baik Benazir, Musharraf mahu pun Nawaz Sharif merupakan diktator-diktator yang telah menunjukkan permusuhan secara terbuka terhadap Islam dan umat Islam. Hidup mereka hanyalah dipersembahkan untuk menjadi hidangan Barat dan penghancuran Pakistan serta umat Islam.

(2) Kita telah menulis pada bulan Oktober satu analisis yang dikeluarkan Hizb ut-Tahrir yang mana Bhutto telah melakukan kesepakatan keji dengan Musharraf dan juga Amerika bagi memastikan beliau muncul semula di arena politik Pakistan di mana Musharraf akan tetap memegang jawatan Presiden dan Benazir dibenar kembali semula ke Pakistan untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun ketegangan tetap berlaku dan (rahsia) kesepakatan jahat ini terus menjadi buah mulut di mana orang mula menyedari yang Musharraf mengembalikan semula Benazir semata-mata demi percaturan dan kepentingan politiknya.

(3) Kematian Bhutto, bagaimanapun, tidak patut dilihat sebagai satu langkah untuk membetulkan perubahan politik di Pakistan. Masalah di Pakistan, sama juga seperti di semua negara kaum Muslimin, adalah ketiadaan sistem Khilafah, di mana pemerintah yang ada kesemuanya menerapkan sistem kufur. Untuk mengubah situasi ini, caranya bukanlah dengan membuang pemimpin atau ketua pembangkang, akan tetapi keseluruhan sistem yang ada wajib digantikan dengan sistem Islam. Sehinggalah wujudnya pertukaran sistem (kufur kepada Islam), menggunakan metodologi perubahan dengan mengikuti perbuatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka kita akan terus dikerumuni oleh pemimpin-pemimpin seperti Musharraf dan penjenayah serta oportunis seperti Bhutto.

(4) Bahawa pemimpin kaum Muslimin yang ada yang masih lagi bernafas dengan izin Allah tetapi tidak menerapkan hukum Allah, ingatlah bahawa apabila ajal kalian telah sampai, Allah tidak akan mempercepat atau melewatkan satu saat pun. Ingatlah bahawa Allah Maha Berkuasa merentap nyawa-nyawa kalian dengan sekelip mata sahaja, dan jika maut telah datang menjemput kalian pada ketika itu, maka jadilah kalian makhluk yang akan menghadap Allah wa Jalla dengan penuh kerugian dan kesalan yang tidak tertanggung.

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR