AL-'ULAMA WARASATUL ANBIYA'
Al-'Ulama Warasatul Anbiya'
(Ulama Pewaris Nabi')
Secara bahasa, ulama [`ulama'] merupakan bentuk jamak dari kata `alim yang bermaksud orang yang berilmu.
Allah SWT dan Rasul-Nya telah menjelaskan berbagai sifat ulama itu, di antaranya:
Pertama: Ulama adalah lambang iman dan harapan umat, yang memberikan petunjuk hanya dengan aturan Islam. Mereka mewarisi sifat dan tingkah laku Nabi Saw dalam keterikatannya terhadap wahyu Allah.
Nabi Saw bersabda: Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi adalah seperti bintang-bintang di langit yang memberikan petunjuk di dalam kegelapan bumi dan laut. Apabila dia terbenam maka jalan akan kabur. [HR. Ahmad].
Dalam hadis lain dinyatakan: Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. [HR. Abu Dawud dan at-Tirmidzi].
Seorang ulama sejati tidak akan menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Seseorang yang benar-benar ulama juga tidak akan menghalalkan sesuatu yang haram dengan alasan semata-mata kerana kemaslahatan. Dalam kaedah usul yang digali dari pelbagai nas disebutkan, "Haitsuma kana asy-syar'u, kanat al-mashlahah [Dimana ada hukum syariat, di situ ada kemaslahatan]", bukan sebaliknya.
Kedua: Ulama senantiasa berjuang di jalan Allah dan selalu memberikan nasihat kepada para penguasa,kerana mereka memahami sabda Nabi Saw:Agama adalah nasihat. [HR. Al-Bukhari dan Muslim].
Mereka juga memahami bahawa nasihat yang paling tinggi kedudukannya adalah nasihat yang disampaikan kepada penguasa, yang mana dengan nasihat tersebut ,berkemungkinan mereka akan terbunuh disebabkan mereka memuhasabah penguasa yang zalim.Hakikatnya,mereka meyakini bahawa kedudukan mereka di akhirat kelak, sebagaimana sabda Nabi Saw, adalah sejajar dengan orang-orang yang mati syahid. Kerana itu, mereka selalu tabah menghadapi segala tentangan dan halangan demi memperjuangkan Islam dan umatnya, bukan demi membela kepentingan peribadi, pimpinan, atau kuncu-kuncunya.
Ketiga: Ulama sentiasa menegakkan kewajipan dan melarang kemungkaran. Mereka tidak menyembunyikan kebenaran dan memutarbelitkan syariat Islam. Mereka sangat memahami firman Allah:Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan keterangan (yang jelas) dan petunjuk yang telah Kami turunkan, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Qur'an, mereka itu dilaknat oleh Allah dan oleh semua mahluk yang dapat melaknat. [TMQ. Al-Baqarah (2): 159].
Keempat: Ulama senantiasa takut kepada Allah dalam apa jua keadaan serta senantiasa berpegang kepada aturan Allah SWT. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah para ulama. [TMQ. Fathir (35): 28].
Jadi, seseorang yang dikatakan sebagai ulama itu bukanlah dilihat dari paras-rupanya, pakaiannya, gelarannya ataupun keturunannya.Dan bukan juga kerana keanggotaannya dalam Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun sebaliknya.Ciri-ciri seorang ulama tersebut dinilai dari segi keilmuan dan watak atau sifat yang dimilikinya sebagaimana disebutkan di atas(takut dan berpegang pada aturan Allah dsb). Berkemungkinan seseorang yang tidak digelar sebagai ulama, namun sebenarnya dia merupakan ulama. Begitu pula, seseorang yang diiktiraf dan digelar sebagai ulama,berkemungkinan dia di sisi Allah bukannya ulama.
Berkenaan dengan hal ini, Imam al-Ghazali [Ihya' `Ulumiddin, VII/92] menyatakan:Dahuulu di antara tradisi para ulama adalah memuhasabah dan menjaga penguasa untuk menerapkan hukum Allah. Mereka mengikhlaskan niat dan pernyataan mereka membekas di hati. Sebaliknya sekarang, terdapat penguasa yang tamak, namun ulama hanya diam. Andai mereka berbicara, pernyataannya berbeza dengan perbuatannya sehingga tidak mencapai keberhasilan. Kerosakan masyarakat itu adalah akibat kerosakan penguasa dan kerosakan penguasa itu adalah akibat kerosakan ulama. Adapun kerosakan ulama adalah akibat tamakkan harta,pangkat dan juga jawatan. Jika keadaan sebahagian ulama pada zaman al-Ghazali demikian, tidaklah menghairankan jika dewasa ini keadaannya lebih parah, apatah lagi sejak runtuhnya Khilafah Islamiyah pada 3 Mac 924.
Rasulullah Saw juga bersabda:Jihad yang paling utama adalah menyatakan keadilan (menyampaikan kebenaran) di hadapan penguasa jahat. [HR. Abu Dawud dan At-Tirmizi].
Berkaitan dengan hal di atas, Allah SWT berfirman:Mengapa orang-orang alim dan para pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. [TMQ. Al-Ma'idah (5): 63].
Meninggalkan amar makruf nahi mungkar menyebabkan seseorang akan diseksa dan diazab oleh Allah SWT,di samping doanya juga tidak akan diterima oleh Allah SWT. Huzaifah bin Yaman menyebutkankan bahawa Rasulullah Saw pernah bersabda:Demi Zat Yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, kamu mesti melakukan amar makruf nahi mungkar atau Allah akan menimpakan azab atas kamu, kemudian kamu berdoa kepada-Nya, lalu doa kamu tidak akan dikabulkan. [HR. at-Tirmidzi].
Sebenar-benar ulama adalah mereka yang berpegang-teguh terhadap warisan Rasulullah SAW iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya dan tidak membawa selain daripada ajaran Al-Quran Al-Karim Dan Sunnah Rasul SAW.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :
"Aku tinggalkan dua perkara untuk kamu sekalian (Muslimin), kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selama kamu berpegang teguh pada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya." [HR. Malik dalam Al-Muwaththa']
Perkara PALING BESAR iaitu KERJA DAKWAH ILLALLAH tidak disebut.