ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS

TERRORISME

TERRORISME

Terrorisme dalam bahasa Arab di kenali dengan kata al-irhab, mashdar yang merupakan pecahan kata dari kata kerja (fi'il) arhaba. Maknanya adalah menciptakan ketakutan (akhafa) atau membuat kengerian / kegentaran(fazza'a).
Makna bahasa ini terdapat dalam firman Allah S.W.T." (yang dengan persiapan itu ) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian " (TMQ al-anfal[8] : 60)
Makna bahasa ini sebaliknya telah mengalami perubahan makna sehingga menjadi istilah(terminologi) yang baru . Pihak Perisikan Amerika dan Perisikan British dalam sebuah seminar yang diadakan untuk membahas makna terrorisme pada tahun 1979 telah bersepakat bahawa terrorisme adalah pengggunaan kekerasan untuk melawan kepentingan-kepentingan sivil bagi mewujudkan matlamat politik.Setelah seminar itu, seterusnya diadakan berbagai persidangan dan seminar antarabangsa dan ditentukan berbagai hukum dan undang-undang untuk menakrifkan tindakan-tindakan yang dapat di kategorikan sebagai terrorisme. Berbagai hukum dan undang-undang di buat untuk menerangkan kategori berbagai gerakan, kelompok dan parti yang melakukan tindakan terrorisme serta untuk menentukan negara-negara mana yang menaja terrorisme. Semua peraturan ini, menurut pandangan mereka, adalah dasar untuk mengambil sejumlah tindakan yang diperlukan bagi memerangi terrorisme dan membatasi gerak-gerinya.
Dari tinjauan global terhadap berbagai undang-undang dan hukum yang berkaitan dengan terrorisme, nampak jelas bahawa semua peraturan itu ternyata tidak mendalam dan tunduk kepada kepentiagan politik dari negara yang membuatnya . Sebagai contoh, kita melihat Aiftrika menganggap pembunuhan Indira Ghandi sebagai tindakan terrorisme, sementara pembunuhan Raja Faisal dan Presiden Kennedy tidak dianggap sebagai tindakan terrorisme. Begitu juga di Malaysia kes perompakan bank yang di lakukan oleh sekumpulan penjenayah, yang kemudiannya dihubungkan dengan KMM(Kumpulan Mujahidin Malaysia) dianggap sebagai tindakan terrorisme , sehingga dilakukan penangkapan secara serius. Sebaliknya tidak kepada kongsi-kongsi gelap yang berselindung di belakang badan-badan keagamaan selain Islam.Amerika secara khusus menyifatkan sebahagian gerakan sebagai "gerakan penentangan rakyat", misalnya gerakan revolusioner Nikaragua (Zapatista), Tentera Pembebasan Ireland (IRA) dan lain-lain.
Anggota dari gerakan-gerakan ini , ketika di tangkap , di layan sebagai tawanan perang sesuai dengan protokol nombor 1 tahun 1977 yang ditambahkan pada konvensyen Geneva. Bagi gerakan yang kewujudannya akan menggugat atau bertentangan dengan kepentingan Amerika serta agen-agennya, gerakan sebegini dilabelkan sebagai terrorisme. Nama gerakan ini akan disenaraikan di dalam daftar organisasi terrorisme yang dikeluarkan mengikut penggal oleh Jabatan Luar Negeri Amerika. Gerakan ini, contohnya, sebahagian besar gerakan-gerakan Islam yang ada di Mesir, Pakistan, Palestin, Aljazair dan lain-lain.Sejak dekad 70an, Amerika memang telah membuat pandangan umum diperingkat antarabangsa dan di Amerika untuk melawan terrorisme dan melawan orang yang dilabel sebagai terroris. Amerika telah mengeksploitasi tindakan-tindakan yang dilakukan untuk merealisasikan tujuan-tujuan politik, samada yang dilakukan oleh berbagai gerakan politik atau gerakan ketenteraan yang tidak mempunyai hubungan dengan Amerika mahupun yang dilakukan oleh berbagai gerakan yang mempunyai hubungan dengan Amerika (CIA).
Banyak dokumen yang menerangkan bahawa tindakan-tindakan yang dilabel sebagai tindakan terrorisme sebenarnya didalangi oleh CIA sendiri, seperti rampasan pesawat TWA di Beirut pada awal tahun 80an lalu. Begitu juga dengan peristiwa letupan gedung Al-khubar milik Amerika di Arab Saudi, dengan memaksa 40 cadangan yang berkaitan dengan usaha memerangi terrorisme pada Persidangan Negara-Negara G-7 yang diadakan di Perancis pada tahun 1996.Begitu juga dengan peristiwa pengeboman gedung Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di New York dan Pejabat Penyelidikan Federal di Oklahoma(meskipun belum diketahui siapa pelakunya) dengan mengeluarkan Undang-Undang Penentangan Terhadap Terrorisme yang di setujui oleh Senat Amerika tahun 1997.
Berdasarkan cadangan dan undang-undang tersebut ianya membolehkan Amerika untuk memantau pergerakan (siapa pun dan di mana pun) orang yang dituduh sebagai terroris. Amerika berhak untuk menangkap atau menculiknya serta menjatuhkan hukuman yang dianggap sesuai baginya seperti penahanan, penyitaan, dibuang negeri atau ditarik kewarganegaraan tanpa memberikan hak kepada pihak tertuduh untuk membela diri ataupun untuk hadir di hadapan pengadilan.Amerika juga melakukan generalisasi sifat terrorisme terhadap negara-negara yang merintangi kepentingan-kepentinganya seperti Korea, China, Iraq dan Libya serta terhadap kebanyakkan gerakan Islam seperti Thanzimul Jihad, Hammas dan Jamaah Islamiah di Mesir. Juga FIS di Algeria.
Dalam hal ini Amerika memanfaatkan sejumlah peristiwa pengeboman di Palestin untuk melawan Yahudi dan sejumlah tindakan terjadi di Algeria iaitu tidak lama setelah pembatalan hasil pilihanraya umum untuk anggota legislatif yang dilakukan oleh kalangan tentera.Berdasarkan undang-undang, keputusan dan cadangan yang ada, Amerika mudah untuk memantau dan menghentam siapa sahaja yang dilabel sebagai terroris, baik individu, organisasi, parti ataupun negara. Untuk itu Amerika menggunakan kekuatan ketenteraannya atau pengaruh politiknya untuk melakukan sekatan ekonomi seperti yang dilakukannya terhadap Iraq dan Libya. Hal ini telah diungkapkan oleh Menteri Luar Amerika , George Schultz yang pernah menyatakan "Para terroris itu. Bagaimanapun mereka berusaha melarikan diri tetap tidak akan dapat menyembunyikan diri."
Disebabkan Islam telah disenaraikan oleh Amerika untuk menjadi musuhnya setelah runtuhnya komunis , maka negeri-negeri Islam menjadi wilayah terpenting yang akan menjadi sasaran Amerika dalam penerapan undang-undang terrorisme. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan cengkeraman Amerika di negeri-negeri Islam itu serta melestarikannya agar tetap berada di bawah hagemoni Amerika. Alasannya kaum Muslim sedang merintis jalan menuju kebangkitan untuk mengembalikan Khilafah. Dalam hal ini, Amerika dan negara-negara kafir lainnya telah memahami benar bahawa Khilafah adalah satu-satunya negara yang berkemampuan untuk menghancurkan ideologi kapitalisme yang dipimpin oleh Amerika disaat ini.
Oleh yang demikian hampir tidak ada satupun gerakan Islam disaat ini yang tidak dilabel sebagai terroris oleh Amerika. Ianya juga tidak tidak dapat dihindarkan oleh gerakan-gerakan atau parti-parti Islam yang sama sekali tidak menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat-matlamatnya. Ini disebabkan, Amerika telah menganggap bahawa aktiviti semua gerakan, parti atau negara yang menyeru untuk mengembalikan Islam adalah merupakan tindakan "terroris" yang bertentangan dengan Undang-Undang Antarabangsa.
Seterusnya, berdasarkan justifikasi ini serta berdasarkan ketentuan yang mesti dilakukan oleh negara­-negara penandatangan Undang-Undang terrorisme Amerika dapat menghimpunkan kekuatan negara-negara tersebut di bawah kepimpinannya untuk menghalang berbagai gerakan, parti atau negara tersebut.Oleh yang demikian, kaum Muslim ( yang kini tengah berjuang mengembalikan Khilafah dan menjadi sasaran langsung dari langkah politik yang disebut dengan "terrorisme") berkewajipan untuk membentuk pandangan Dunia Islam dan pandangan Antarabangsa. Caranya adalah dengan membongkar hakikat dari apa yang dinamakan Undang-Undang terrorisme dan hakikat politik Amerika yang digunakan untuk mencipta hagemoni atas dunia melalui undang-undang itu.
Kaum Muslim berkewajipan untuk menjelaskan bahawa Amerikalah sebenarnya yang berada di sebalik tindakan-tindakan terrorisme yang banyak terjadi di dunia, meskipun tuduhannya dilemparkan kepada orang-orang Islam.Disamping itu kaum Muslim berkewajipan juga untuk menghadirkan Islam dalam segala perbuatan dan tindakan. Ini kerana Islam mempunyai method khusus untuk merealisasikan berbagai matlamat dan tujuan. Diantaranya adalah melanjutkan kehidupan Islam dengan cara mendirikan semula Khilafah.
Berpegang teguh dengan method ini (yang bertumpu kepada serangan pemikiran (ash-shira' al-fikri) dan perjuangan politik (al-kifah as-siyasi) serta menjauhkan diri dari penggunaan senjata (kekerasan) -hakikatnya adalah berpegang teguh dengan method syariat yang dituntut oleh Islam- bukan kerana takut atau melarikan diri dari cap terrorisme. Kaum Muslim juga wajib menjelankan tugas Daulah Islamiyah setelah berhasil didirikan tetap tetap terikat dengan syariat , samada aktiviti di dalam negeri seperti mengatur pelbagai urusan rakyat dan menerapkan hudud, mahupun urusan luar negeri seperti mengemban risalah Islam melalui jihad fi sabilillah kepada seluruh umat manusia dan memusnahkan penghalang-penghalang fizik yang merintangi penerapan Islam.
Lebih dari itu, kaum Muslim wajib pula menerangkan bahawa penerapan Islam oleh mereka sendiri ataupun untuk umat agama lain tidaklah didasarkan kepada hawa nafsu mereka atau untuk mewujudkan kepentingan peribadi mereka tetapi semata-mata kerana menjalankan perintah Allah SWT dan mendapatkan keredhaanNya. Ini kerana Allahlah yang menciptakan alam semesta, manusia dan kehidupan ini . Allah pula yang telah menuntut manusia untuk mengatur hidupnya sesuai dengan hukum-hukum Islam yang diturunkan-Nya kepada Rasulullah s.a.w.Label yang diberikan oleh Amerika dan negara-negara lain bahawa Islam adalah terrorisme dan bahawa kaum Muslim adalah para terroris sesunguhnya adalah merupakan pernyataan yang mempunyai tujuan lain di sebaliknya.
Pernyataan itu tidak sesuai dengan fakta dan juga bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dari ajaran Islam. Allah SWT Berfirman:"Tiadalah kami mengutus engkau(Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (TMQ al-Anbiya'[21]:107)"
Kami telah menurunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelas atas segala sesuatu, sebagai petunjuk , serta sebagai rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang Muslim." (TMQ an­Nahl[161:89).
Rahmat tersebut sesungguhnya akan terwujud dengan penerapan hukum-hukum Islam. Dalam hal ini tidak ada bezanya antara hukum yang berkaitan dengan shalat dan jihad, antara doa dan menggentarkan musuh, antara zakat dan pemotongan tangan pencuri atau menolong orang yang dianiaya dan menghukum mati orang yang melanggar kehormatan kaum Muslim atau institusi negara sesuai dengan faktanya.
Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR