ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


ISLAM,CABARAN DAN HALANGAN

Islam,Cabaran Dan Halangan

Sejak fahaman penjajah meresapi negara-negara muslim, ia telah menggubal peraturan-peraturannya berdasarkan kepada rancangannya. Penjajah-penjajah menawan negara-negara yang berada di bawah naungan /kekuasaan Uthmaniah dalam tahun 1918 dan mengenakan/memaksa pemerintahan tentera ke atas mereka sehingga 1922. Penjajah telah menetapkan peraturan mereka di beberapa buah negara itu sebagai pentadbiran mandatori (penetapan undang-undang daripada pentadbiran) dan di negara-negara yang lain pula adalah bebas untuk melaksanakan-peraturannya sendiri. Tetapi, apabila menjelang tahun 1922, beberapa peristiwa telah mengambil alih. Pada tahun tersebut, orang-orang Islam telah melakukan banyak aktiviti untuk mempertahankan Islam dalam menghadapi imperialisme, tetapi kesemua ini telah disekat.

Pada tahun itu, Turki telah hanyut jauh daripada pengertian Islam yang sebenar(authentic Islamic spirit) kepada fahaman kebaratan. Ketika itu Mustafa Kamal Attartuk, di bawah kekuasaan/cengkaman imperialisme, telah menghapuskan Khiiafah secara rasmi pada 3 Mac 1924 dan menukarkan Turki kepada sebuah republik demokratik. Dalam tahun itu juga, A1 Husayn bin Ali telah dibawa dari Hijaz dan dipenjarakan di Cyprus, kerana dia telah berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan semula Khilafah. Perhimpunan khilafah yang diadakan di Kaherah (1926) telah dihalang oleh Inggeris melalui agen-agen mereka yang mana mereka berusaha sedaya upayanya untuk menghapuskan dan menggagalkannya. Pada tahun yang sama juga, Inggeris telah metnulakan kerja-kerja untuk menghapuskan persidangan Khilafah di India, dengan sedaya upaya menghalangnya dan cuba mengubah haluannya daripada menuju kepada patriotisme. Sebelum dan selepas tahun itu, telah banyak berlaku perdebatan yang sesia di dalam liga Arab atau liga Islam, yang lebih berkemampuan dan lebih baik pada anggapan mereka. Surat-surat khabar dan majalah-majalah memperkatakan tajuk utama mengenai perdebatan itu buat seketika, walaupun kedua-dua liga tidak bersetuju dengan pegangan Islam (Islamic Doctrine), kerana pada hakikatnya mereka menghalang kesatuan Muslim dan meragu-ragukan kefahaman orang-orang Islam mengenai Khilafah dan peraturan Islam.

Sebelum perampasan kuasa kawasan-kawasan Islam, imperialisme telah memulakan dengan menyebarkan idea­idea nasionalisme Turki di kalangan orang-orang Turki dan meyakinkan mereka bahawa Turki telah menanggung bebanan yang berat terhadap orang-orang bukan Turki dan ini adalah masanya untuk memisahkan diri daripada mereka. Untuk tujuan itu, parti-parti politik telah dibentuk untuk memperjuangkan nasionalisme Turki dan kemerdekaan. Dengan cara yang sama, penjajah menyebarkan idea-idea nasionalisme di kalangan belia-belia Arab, mengisytiharkan bahawa Turki adalah negara Imperial (Negara Empayar) dan ini adalah masanya untuk orang­orang Arab membebaskan diri-diri mereka daripada cengkaman. Kesan daripada ini, parti-parti politik ditubuhkan untuk menghidupkan semula semangat kebangsaan (national Conciousness) dan membangkitkan keinginan orang­orang Arab untuk bersatu dan mencapai kemerdekaan. Sedikit demi sedikit trend-trend patriotik dan nasionalistik telah menggantikan Islam. Yang demikian itu, orang-orang Turki telah mencapai kemerdekaan beriatar­belakangkan nasionalistik-patriotik. Negara Arab pula bekerja untuk negara mereka atas dasar nasionalis-patriotik. Gelaran nasionalisme dan patriotisme tersebar di kalangan orang-orang Islam dan telah menjadi sumber kemegahan, kebesaran dan kehormatan. Tambahan lagi, Imperialisme menyebarkan konsep-konsep yang salah mengenai perundangan Islam, jadi orang-orang Islam telah mula memandang rendah(hina) kepada agama mereka dan berasa malu untuk memperkatakan mengenai khilafah. Perkara ini merupakan kebiasaan di kalangan mereka, yang mana orang-orang Islam menganggap seseorang muslim yang mengajak,'menyeru kepada penubuhan Khilafah adalah penentang pembaharuan dan tidak bertamadun. Bagi mereka seruan itu tidak sepatutnya timbul di kalangan orang yang terdidik atau seorang pemikir.

Di dalam suasana yang bersifat nasionalistik-patriotik, imperialisme telah memecahkan Negara Islam Uthmaniah kepada beberapa negara-negara kecil dan meyakinkan penduduk setiap wilayah untuk mengesahkan pembahagian­-pembahagian ini. Di atas dasar inilah negara Turki terbentuk. Begitu juga seperti Iraq dan Syria. Kemudian Imperialis telah menubuhkan satu kawasan untuk orang-orang Yahudi di Palestine, yang mana telah bertukar menjadi sebuah negara. Ini merupakan cara utama yang membolehkan pihak Barat mengalihkan tumpuan orang-orang Islam dari negara Britain, USA, Perancis dan negara-negara Eropah yang lainnya. Dengan demikian, status geografi umum telah dibentukkan oleh Imperialis yang bertujuan menghalang sebarang pergerakan orang-orang Islam. Kemudian, imperialis mula menggunakan sistem kapitalis di dalam ekonomi, sistem demokrasi dalam politik dan perundangan Barat di dalam pentadbiran negara dan kehakiman. Selanjutnya, Imperialis telah menjadikan rakyat negara tersebut berkeinginan kepada pertubuhan politik yang akan mempertahankan negara. Oleh itu, mereka telah mula faham tentang kepentingan kemerdekaan dari negara-negara yang lain. Orang-orang Iraq mula dianggap pendatang asing di Turki, orang-orang Syria juga dianggap sebagai pendatang asing di Mesir dan begitu juga seterusnya dengan negara-negara yang lain. Sebaliknya, sistem politik barat muncul di semua kawasan umat Islam. Dengan itu, lahirlah sekumpulan orang-orang Islam yang terpelajar mendakwa bahawa punca kemunduran orartg-orang Islam adalah disebabkan oleh mereka terlalu patuh kepada agama, dan satu-satunya cara untuk memajukan mereka(orang-orang Islam) ialah mengaktiflcan semula nasionalisme. Kumpulan sekular ini menentang bahawa urusan-utvsan politik dan perundangan, dan ketua-ketua agama tidak boleh dipercayai. Sebaliknya, kumpulan yang lain pula percaya bahawa kemunduran umat Islam adalah disebabkan keruntahan moral, mereka telah mengorbankan diri mereka untuk pembentukkan semula akhlak dan nilai rohani.

Kumpulan pertama iaitu kumpulan sekular yang berjuang untuk patriotisme dan nasionalisme. Kumpulan kedua, iaitu kumpulan yang jujur yang menggalakkan tabiat yang baik, memberi syarahan prinsip-prinsip moral yang bernilai tinggi dan mempunyai impian pembentukkan semula kerohanian. Mereka melaksanakannya sebagai satu syarat ke atas mereka dan tidak campurtangan di dalam urusan politik. Sebagai akibatnya, kumpulan-kumpulan politik ini menyebabkan masyarakat- diasingkan daripada aktiviti politik dan menumpukan kepada masalah moral (akhlak) yang mana ini akan menghalang muslim untuk melaksanakan undang-undang Islam. Sebagai tambahannya, undang-undang dicipta untuk mempertahankan mereka dan memastikan apa yang mereka mahu dapat dilaksanakan. Undang-undang ini mencegah parti atau gerakan-gerakan politik Islam dan menyediakan peruntukan undang-undang yang menyatakan bahawa parti politik mesti mempunyai prosedur demokratik dan keahlian parti-parti politik tidak terhad hanya kepada satu puak. Di samping itu, ia bermaksud bahawa Muslim tiada hak untuk menubuhkan sebarang pertubuhan kecuali pertubuhan itu boleh memberi khidmat/derma. Sebahagian daripada undang-undang ini juga menganggap pembentukan parti politik Muslim yang tidak berlandaskan kepada fahaman imperialism (contohnya konsep demokrasi dll..) sebagai satu jenayah yang boleh dihukum.

Sejak Islam mula muncul di bumi dan mengembangkan seruannya, musuh Islam tidak henti-henti mencuba untuk melenyapkan seruannya dengan menggunakan kuasa-kuasa pemusnah, tomahan dan penyelewengan, mereka tidak jemu dalam "kempen pemusnahan batil ' untuk memusnahkan Negara Islam, khilafah. Melalui khilafah kehormatan dan kesatuan orang-orang Islam dikekalkan serta harta dan nyawa mereka selamat. Dengan memusnahkan khilafah, tentera syaitan, orang-orang kafir mampu memecahkan orang-orang Islam kepada lebih 57 regim yang tidak sah dan mengekspolitasi sumber-sumber untuk kepentingan mereka (contohnya Perang T'eluk , Somalia, Palestin, Bosnia, Kashmir, Azerbaijan, Burma dan senarai yang tiada penamatnya). 3 Mac 1924 adalah hari kemusnahan besar bila cahaya Islam telah dipadamkan dan pelaksanaannya dipisahkan daripada kehidupan kita, malah meninggalkan ummah yang terdedah dan ketidakupayaan melawan serangan hebat dari pihak kufur. la juga adalah hari yang mana kufur boleh melihat kembali dan beigembira selam lebih dari 82 tahun dengan tidak ada kuasa yang membelenggunya dan mereka mengekspolitasi keadaan ini untuk membuat banyak kedengkian dan menakut-nakutkan ummah; satu ummah yang mana telah menjalankan peraturan Islam dan menyebarkan risalah Allah kepada manusia.
Ini jelas digambarkan dalam dokumen ucapan Perdana Menteri British yang dibacakan oleh Menteri Luarnya secara ringkas sebelum peperangan Dunia kedua, dia menyebut:

"Kita mesti menamatkan segala yang membawa Kesatuan Islam antara anak-anak orang Islam. Sebagaimana kita sudah berjaya menamatkan khilafah, jadi kita mesti memastikan bahawa di sana tidak akan muncul kembali kesatuan orang-orang Islam sama ada ia adalah ke.satuan pemikiran atau kesatuan budaya"

Begitu juga Lord Cruqon, Menteri Luar Negeri British di depan House Of Commons selepas perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924. Dia menyebut:"Situasi sekarang ini, Turki sudah mati dan tidak akan muncul kembali kerana kita telah memusnahkan kekuatan moralnya, khilafah dan Islam".(KEHANCIJRAN DARIPADA YANG LEPAS-petikan "The Times" 3 Mac 1924]

"lanya telah dikatakan bahawa undang-undang penderhakaan akan ditambah dengan satu fasal, menjadikan ianya satu akta penderhakaan kepada negara untuk membincangkan perkara berkaitan dengan"khalifah atau percubaan untuk mencampuradukkan agama dengan urusan politik dan pentadbiran. "(The Times, 5 Mac 1924]

"Jeneral Ismet Pasha telah mengistiharkan bahawa pemansuhan khalifah tidak memberi kelainan kepada agama mereka. Mereka tidak pernah menyembunyikan daripada rakyat dan -tentera matlamat muktamat mereka dan mereka telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pemansuhan khalifah". (The Times, Mac 1924]

Mustapha kamal - yang memberi ucapan pembukaan untuk hari kelima Grand National Assembly Of Turkey, menggariskan polisi dalaman dan luaran Turki, tercatat di bawah prinsip umum yang mana mungkin diulaskan sebagai berikut (secara terjemahan)Perkara:1. Agama dalam negara mestilah berasingan sepenuhnya daripada politik.2. Tentera mesti dibeza/daripada urusan politik.

Pada hari yang sudah ditakdirkan inilah kekuatan kekuasaan "khilafah "yang telah ditubuhkan oleh Rasulullah di Madinah akhirnya telah dihapuskan. Sudah lebih 82 tahun dan sejak akhir-akhir ini Muslim telah mula bangun kembali untuk melaksanakan kewajipan menubuhkan Negara Islam. Generasi hari ini tidak menyedari mengenai negara Islam sebab mereka tidak hidup di dalamnya. Orang-orang yang hidup pada hari-hari terakhir khilafah Othmani, negara yang telah dihapuskan oleh Barat, tidak lagi melihat apa-apa kecuali tinggalan, termasuk beberapa tinggalan Islam. Adalah sesuatu yang amat sukar untuk mempersembahkan sistem pemerintahan Islam kepada minda-minda yang tertekan dan telah ditakut-takutkan, minda yang tidak boleh membayangkan bentuk badan pemerintahan Islam kecuali melalui pandangan regim demokratik yang menindas dan korupsi di bumi Islam. Kesukaran yang dihadapi bukan setakat itu sahaja, tetapi juga untuk mengubah minda-minda (pemikiran) yang telah diseiubungi oleh kebudayaan Barat yang mana kebudayaan inilah yang telah digunakan dalam menghadapi negara Islam sebagai satu pisau untuk menikam negara Islam. Barat telah membawa pisau kepada Muslim yang berlumuran darah dengan titisan darah ibu mereka(Negara Islam) dan mengatakan dengan megah kepada mereka :"saya membunuh ibu tuamu yang memang sepatutnya dibunuh kerana ketidakcekapan dalam pemerintahan dan pengurusan dan saya ada menyimpan dan menyediakan untuk kamu bentuk kehidupan di mana di dalamnya kamu akan hidup dengan gembira dan makmur".

Kemudiannya orang-orang Muslim berjabat tangan dengan pembunuh yang memegang pisau yang masih menitiskan darah ibu mereka. Taktik barat menghadapi orang-orang Islam ini adalah sama seperti taktik serigala. Serigala(Barat) itu (mengikut laporan orang tua-tua) menakut-nakutkan mangsanya(Muslim), yang mana mangsa tersebut akan mengikutinya tanpa menyedari ia menuju kepada kematian(sama seperti sistem Islam akan ditakut­takutkan oleh Barat). Hanya tamparan berdarah akan mengembalikan kesedarannya. Sekiranya tidak, taktik serigala itu akan mengarahnya untuk dimakan dengan lahap, dalam kes di mana mangsa tersebut sudah terlambat untuk diselamatkan. Jadi bagaimanakah fikiran-fikiran yang telah tergoda boleh menyedari bahawa pisau beracun yang telah membunuh ibu mereka adalah pisau yang sama sentiasa menakut-nakutkan kehidupan clan kewujudan mereka. Siapakah yang akan meyakinkan orang-orang Islam tentang idea meninggalkan Islam adalah tidak lain dari racun yang sama dibawa oleh budaya Barat kepada mereka. Alasan-alasan adalah hanya untuk menghapuskan Islam clan proses penjajahan telah membawa kebudayaan barat sebagai senjata yang paling utama.

Kaum muslimin telah terperangkap secara tidak disedari terhadap kebudayaan yang bahaya ini, mereka mula menghalang dan menentang penaklukan fizikal terhadap tanah mereka tetapi pada masa yang sama mereka memilih/memeluk kebudayaan Barat yang mana pemelukkan kebudayaan Barat adalah tujuan sebenar disebalik penaklukan yang berakar umbi di tanah air mereka. Nasib yang menyedihkan ialah orang-orang Islam pada ketika bersemuka dengan pendatang-pendatang asing dan menentang penaklukan, dalam masa yang sama telah mengalu-alukan kedatangan Barat dengan tangan yang terbuka clan telah meminum racunnya sehingga mereka jatuh lemah dan tidak bermaya. Seseorang akan berfikir bahawa mereka adalah korban perang, sayang sekali mereka sebenarnya adalah mangsa kejahilan dan salah petunjuk. Apa sebenarnya mereka lakukan ? satu negara yang berasaskan selain daripada Islam ? Atau beberapa negara di atas bumi Islam? Sejak barat menjadi pemerintah effeetivel (yang berkuasa) telahpun memfierikan mereka beberapa negara, dengan itu melengkapkan rancangannya untuk memisahkan Islam daripada kerajaan, membahagi-bahagikan tanah air orang-orang Islam dan memberikan orang-orang Islam satu corak pemerintahan yang kurang penting clan bersifat luaran sahaja. Dari masa ke semasa Barat melahirkan satu negara untuk orang-orang Islam dan mengalu-alukan pemberian selagi mana mereka berpegang kepada prinsip dan konsep Barat. Perkara utama yang hendak disampaikan bukanlah dalam pembentukkan beberapa buah negara tetapi dalam membentuk hanya sebuah.negara untuk semua negara yang didiami oleh umat islam dan ianya bukan dalam membentuk sebarang negara, bukan juga sebuah negara yang menggelarkan dirinya Islamik tetapi melaksanakan undang-undang Islam tanpa membawa Islam sebagai satu petunjuk intelektual-Ideologi. Perkara penting hendak dikemukakan bukanlah penubuhan negara Islam-palsu, tetapi penubuhan hanya sebuah negara yang akan meneruskan cara hidup Islam, perlaksanaan di dalam masyarakat dan apabila telah berakar umbi di dalam hati dan fikiran manusia akan membawa risalah Islam kepada seluruh dunia.

Negara Islam bukan satu mimpi, ia bukan khayalan imaginasi kerana ia telah mendominasi dan berpengaruh dalam jangkamasa lebih daripada seribu tiga ratus tahun. Maka ianya adalah satu realiti, kerana pernah wujud dan akan wujud; kewujudannya adalah ditentang oleh sesiapa dan apa-apa saja; orang-orang yang berfikiran mendalam-menyeluruh dan berpetunjuk telah menerima pakai dan ianya adalah kemahuan ummah yang sangat cenderung kepada kecemerlangan Islam. Negara Islam bukan kemahuan seseorang untuk dipenuhi, tetapi ianya merupakan satu kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah SWT ke atas Muslim dan diperintahkan supaya melaksanakan kewajipan itu; Allah SWT mengancam dengan hukuman kepada mereka yang mengabaikan tugas ini. Bagaimanakah mereka dikatakan mentaati Tuhan sekiranva pengagungan bukan kepada Allah SWT, Rasul SAW dan orang-orang yang beriman ?. Bagaimana mereka hendak selamat dari siksaan Allah jika mereka ti dak mewujudkan sebuah negara yang akan bersedia untuk berperang mempertahankan kawasan, melaksanakan hukum-hukum Allah dan memerintah menurut apa yang diwahyukan oleh Allah SWT.

Oleh itu, orang-orang Islam mesti mewujudkan negara Islam, kerana Islam tidak akan berpengaruh tanpanya dan tanah air mereka tidak akan menjadi tanah air Islam sehingga ia diperintah dengan yang telah diwahvukan oleh Allah SWT. Untuk mendapatkan negara Islam bukanlah suatu perkara yang mudah, bukan hanya dengan menjadi menteri ia, atau melibatl:an diri dengan parti-parti dan individu-individu atau menjadi sebahagian dari sistem pemerintahan yang ada. Orang-orang yang merintis jalan seruan Islam untuk mewujudkan negara Islam akan menjuruskan kepada pengambil-alihan kuasa untuk mengembalikan cara hidup Islam di dalam tanah air mereka dan seterusnya menyebarkan risalah Islam ke seluruh dunia. Oleh itu mereka boleh dikategorikan sebagai menolak untuk berkongsi kuasa dengan sesiapa sahaja, walau bagaimanapun besarnya percubaan (berkongsi kuasa) itu. Mereka juga akan menolak peraturan mutlak melainkan mereka mampu melaksanakan Islam secara menyeluruh, radikal dan segera.

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR