ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


AURAT

AURAT
Awrat (aurat) adalah masdar dari 'ara-ya'uru-'awran wa 'awratan; jamaknya 'awrat. Aurat mempunyai beberapa makna: aib, cacat, atau cela; celah-celah suatu tempat; semua hal yang dirasa malu. Ar-Razi mengatakan, aurat adalah segala perkara yang dirasa malu jika nampak.1
Al-Quran menyatakan kata aurat ('awrah) dua kali dalam satu ayat (TMQ al-Ahzab [33]: 13): Inna buyutana 'awrah wa ma hiya bi 'awrah. Maknanya sesuai dengan makna bahasanya, iaitu tempat atau celah yang terbuka atau tak terlindung dan dikhawatirkan. Kata 'awrat (jamak dari 'awrah) juga dinyatakan dua kali dalam al-Quran (TMQ an-Nur [24]: 31 dan 58).
Pada ayat 58, kata tsalatsu 'awrat maknanya adalah tiga waktu yang layak nampak aurat di dalamnya2 atau tiga waktu yang biasanya wanita melepaskan pakaiannya atau mengganti pakaian biasa dengan pakaian tidur atau sebaliknya, iaitu: waktu sebelum shalat fajar/subuh; waktu zuhur/waktu orang menanggalkan pakaiannya; dan setelah shalat isya. Tiga waktu ini disebut 'awrah. Pada tiga waktu tersebut, anak-anak yang belum baligh dan pembantu atau hamba sahaya-apalagi selain mereka, kecuali suami atau isteri mesti mengucapkan salam tiga kali dan meminta izin untuk masuk.
AURAT LELAKI
Para ulama berbeza pendapat tentang aurat lelaki. Menurut sebahagian mereka, aurat lelaki hanya dubur dan kemaluan; paha tidak termasuk aurat. Menurut majoriti, aurat lelaki adalah antara pusat dan kedua lutut, sementara pusat dan lutut tidak termasuk aurat. Siwar bin Dawud menuturkan riwayat dari Amru bin Syuaib, dari bapaknya, dari datuknya bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda: Jika salah seorang dari kamu menikahkan hamba sahaya atau pegawainya, janganlah ia melihat sesuatupun dari auratnya, kerana sesungguhnya apa yang ada di bawah pusat sampai kedua lututnya merupakan auratnya. (HR Ahmad).
Hadis yang sama juga diriwayatkan dengan sedikit perbezaan oleh al-Baihaqi dan ad-Daruquthni.Terdapat beberapa riwayat yang menyatakan bahawa paha adalah aurat. Namun, ulama hadis berbeza pendapat. Sebahagian menilai sahih atau hasan; sebahagian lain menilainya lemah.Muhammad bin Jahsyi menuturkan: Aku pernah bersama Rasul melalui Ma'mar, sedangkan kedua pahanya terbuka, lalu Rasul bersabda: Wahai Ma'mar, tutupi kedua pahamu, sesungguhnya kedua paha itu aurat. (HR Ahmad, al-Hakim, dan al-Baihaqi).
Jarhad al-Aslami menuturkan, ia sedang di masjid, lalu Nabi saw. datang dan memandangnya, sementara pahanya terbuka, lalu Nabi bersabda:Sesungguhnya paha termasuk aurat. (HR. al-Hakim dan ia mensahihkannya).
Ibn Abbas juga menuturkan hadis dengan lafaz yang sama, sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad, at-Tirmidzi, dan al-Baihaqi.Mereka yang menilai paha bukan aurat mendasarkannya pada riwayat Anas, bahawa pada Perang Khaibar:Izar terbuka dari kedua paha Nabi saw. dan sungguh aku dapat melihat putihnya kedua paha Nabi Allah. (HR Ahmad dan Bukhari).
Aisyah juga menuturkan: Rasul sedang duduk dan tersingkap pahanya. Lalu Abu Bakar meminta izin dan Beliau tetap dalam keadaan itu. Kemudian Umar meminta izin dan Beliau juga tetap dalam keadaan itu, kemudian Ustman meminta izin, lalu Rasul mengulurkan pakaiannya, ketika mereka berdiri. Aku (Aisyah) bertanya, "Wahai Rasulullah, Abu Bakar dan Umar meminta izin dan engkau izinkan, sedangkan engkau dalam keadaanmu itu. Ketika Utsman meminta izin engkau hulurkan pakaianmu." Rasul menjawab, "Wahai Aisyah, apakah aku tidak merasa malu dari seorang laki-laki yang, demi Allah, malaikat pun merasa malu kepadanya?" (HR Ahmad).
Kaedah ushul menyatakan: I'mal dalilain awla min ihmal ahadihima (Mengamalkan dua dalil lebih utama dari pada mengabaikan salah satunya). Lalu bagaimana menghimpunkan kedua kelompok hadis yang terlihat bertentangan di atas?
Dalam riwayat Muslim di atas, terdapat kemungkinan antara paha atau betis, sedangkan betis secara ijmak bukan termasuk aurat lelaki. Dengan adanya kemungkinan itu, berhujjah dengan hadis tersebut untuk menyatakan paha bukan aurat gugur.Menurut ketentuan ushul, perkataan dan perintah lebih kuat dibandingkan dengan perbuatan (dalam menunjukkan konotasi atau tuntutan).
Hadis-hadis yang menunjukkan aurat laki-laki antara pusat dan lutut-termasuk paha-merupakan perkataan dan perintah Rasul saw. Adapun hadis mengenai terbukanya paha Rasul mendeskripsikan perbuatan Beliau. Perbuatan Beliau sendiri tidak boleh menggugurkan perkataan dan perintah Beliau. Menurut asy-Syaukani, tidak terdapat dalil secara khusus tentang meneladani Beliau semisal perbuatan itu. Juga tidak terdapat riwayat bahawa Anas, Abu Bakar dan Umar meneladaninya dengan berbuat seperti Beliau.
Dengan demikian, yang wajib adalah berpegang pada perkataan dan perintah Beliau.Menurut ketentuan ushul, jika terdapat pertentangan antara perkataan dan perintah Rasul dengan perbuatan Beliau maka perbuatan Beliau itu mesti dibawa sebagai kekhususan bagi Beliau, sedangkan perkataan dan perintah Beliau berlaku untuk kaum Muslimin secara umum.3 Jadi, paha bukan aurat hanya khusus bagi Beliau, sedangkan bagi kaum Muslim paha adalah aurat.Dengan demikian, semua hadis di atas boleh digunakan sebagai dalil tanpa mengabaikan satu hadis pun yang sah dijadikan dalil.Walhasil, aurat lelaki adalah anggota tubuh antara pusat sampai ke lutut, dimana pusat dan lutut tidak termasuk aurat.
AURAT WANITA
Rasul saw. pernah bersabda:Wanita adalah aurat. (HR Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah).
Allah Swt. berfirman:Katakanlah kepada para wanita Mukmin, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya." (TMQ an-Nur [24]: 31).
Hadis di atas menyatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat. Ayat di atas menyatakan seluruh tubuh wanita adalah aurat, kecuali yang biasa nampak. Maksud ayat tersebut adalah janganlah para wanita menampakkan tempat-tempat perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak, iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Dengan demikian, wanita mesti menutup seluruh tubuhnya, kecuali muka dan kedua telapak tangannya. Ia mesti mengenakan khimar (kerudung) yang menutupi seluruh kepala, rambut, leher, dan bahu; dihulurkan menutupi belahan baju di dada (TMQ an-Nur [24]: 31).
Ia juga harus menutup seluruh badannya sampai kedua telapak kaki. Ummu Salamah menuturkan, Rasul saw. pernah bersabda (yang bermaksud): "Siapa saja yang memanjangkan pakaiannya kerana sombong, Allah tidak akan memandangnya pada Hari Kiamat." Ummu Salamah bertanya, "Lalu bagaimana wanita memperlakukan hujung pakaiannya?" Nabi saw. menjawab, "Hulurkan sejengkal." Ummu Salamah berkata, "Jika demikian, kaki mereka kelihatan." Nabi saw. menjawab, "Hendaknya mereka menghulurkannya sehasta dan jangan ditambah lagi." (HR al-Bukhari). Ummu Salamah memahami bahawa wanita mesti menutup seluruh tubuhnya hingga kedua telapak kaki dan Rasul membenarkannya. Hal itu juga dinyatakan dalam hadis-hadis mengenai kewajipan menutup aurat bagi wanita dalam shalat.Riwayat yang sahih menyatakan bahawa Ibnu Abbas, Ibn Umar, dan Aisyah, menafsirkan kalimat illa ma zhahara minha/kecuali yang biasa nampak darinya (QS an-Nur [24]: 31) dengan wajah dan kedua telapak tangan sampai pergelangan tangan.
Di samping itu juga banyak riwayat sahih yang menunjukkan bahawa keduanya, yakni wajah dan kedua telapak tangan memang biasa nampak dari wanita pada masa Rasul, yakni saat turunnya ayat tersebut. Begitu juga ketika para wanita itu bertemu dan berbicara dengan Rasul. Rasul pun mendiamkan fakta seperti itu.
Wallahu a'lam bi ash-shawab
CATATAN KAKI:
1. Ar-Razi, Mukhtar ash-Shihah, I/193, Maktabah Lubnan Nasyirun, Beirut, cet. baru. 1995
2. Lihat, Ibn Manzhur, Lisan al-'Arab.
3. Lihat, Asy-Syaukani, Nayl al-Awthâr, II/48-51, Dar al-Jil, Beirut. 1073; Mahmud bin Abdul Lathif 'Uwaidhah, al-Jami' li Ahkam ash-Shalah, bagian Satr al-'Awrah, Dar al-Wadhah-Muassasah ar-Risalah, Aman Yordania. Cet. III. 2003.

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR