ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


PENERAPAN ISLAM KAFFAH MEMBAWA RAHMAT

Penerapan Islam Yang Kaffah Dan Syumul
Akan Membawa Rahmat
Ke Seluruh Alam

Islam adalah deen yang agung yang menjelaskan seluruh aspek kehidupan masyarakat.Islam datang dengan seperangkat aturan multidimensional yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Ini tercermin pada hukum-hukum Islam yang mengatur masalah mu'amalat, dan uqubat (sistem sanksi/perundangan). Islam juga mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendirinya. Ini tercermin pada hukum-hukum yang mengatur masalah akhlaq, makanan dan pakaian. Tidak sekadar itu sahaja, Islam juga mengatur hubungan antara manusia dengan tuhannya. Ini terefleksi pada hukum 'ibadah, dan sistem 'aqidah (keyakinan).

Allah SWT berfirman:
"Dan Kami telah menurunkan kepadamu (Muhammad) al-Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi orang muslimin. " (TMQ. an-Nahl [16]: 89).

Islam tidak sekadar menjelaskan aspek-aspek kehidupan dalam bentuk yang umum, lebih dari itu, Islam juga menjelaskan dengan terperinci aturan-aturan yang mengatur kehidupan masyarakat.

Islam dengan 'aqidah dan syari'ahnya, memiliki pengkhususan dalam memandang permasalahan manusia dan penyelesaiannya. Metod penyelesaian –yang terefleksi pada sistem hukum Islam—merupakan refleksi Islam sebagai way of life (jalan hidup). Hukum Islam ini diturunkan oleh Allah SWT agar ia menjadi rahmat atas seluruh umat manusia.

Allah SWT berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam. " (TMQ. al-Anbiyaa' [21]:107).

Muhammad diutus oleh Allah SWT sebagai Rasul, dengan membawa risalah Islam. Risalah ini mengandungi pokok-pokok aturan yang mengatur kehidupan manusia. Berdasarkan ayat di atas, risalah Islam ditujukan agar manusia mendapat rahmat baik di kehidupan dunia mahupun akhirat. Dengan demikian, Islam merupakan satu-satunya sistem yang memiliki tata cara pemeliharaan dan pengaturan terhadap manusia dan jaminan pemenuhan terhadap keperluan-keperluan asasnya serta jaminan atas hak-hak sesama manusia. Semua itu wajib dipelihara agar manusia dapat menikmati kebahagian hidup di dunia ini.

Allah SWT berfirman:

"Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. " (TMQ. al-Qashash [28]: 77).

"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjuru dan makanlah sebagian rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu kembali." (TMQ. al-Mulk [67]:15 ).

Pada dasarnya, manusia berjalan dan bergerak di muka bumi ini untuk memenuhi keperluan asasinya dan keperluan pelengkapnya menurut kemampuannya. Agar manusia tidak terjatuh kepada pemenuhan yang salah, Islam datang dengan sistem hukum yang mengatur tata cara untuk memenuhi keperluan-keperluannya. Tidak cukup sekadar itu, Islam juga telah menjelaskan kepada manusia barang dan jasa apa saja yang seharusnya diambil dan diguna-pakai, sekaligus apa saja yang tidak boleh diambil dan diguna-pakai. Dengan aturan-aturan ini diharapkan manusia mampu memenuhi keperluan-keperluan asasi serta keperluan-keperluan pelengkapnya. Kaum muslimin tidak diperbolehkan mencuri, merompak, merampas, dan lain-lain. Sebab, perbuatan seperti ini bukanlah cara yang dibenarkan oleh Islam untuk memenuhi keperluan hidup. Islam juga melarang kaum muslimin meminum dan mengguna-pakai serta mengolah khamar/arak. Sebab, benda-benda seperti ini merupakan benda yang haram untuk diminum atau diambil manfaat. Islam juga melarang jasa/perkhidmatan pelacuran. Sebab, jasa/perkhidmatan seperti ini adalah perbuatan yang diharamkan dalam Islam.

Demikianlah, Islam sebagai deen agung dan sempurna serta kaffah telah menerangkan kepada manusia tatacara untuk memenuhi keperluan-keperluannya, sekaligus objek apa yang boleh digunakan untuk memenuhi segala keperluan-keperluan manusia.
ASAS PENERAPAN ISLAM DI TENGAH-TENGAH MASYARAKAT

Penerapan Islam di tengah-tengah masyarakat mesti didasarkan kepada asas-asas berikut ini:
1. Keadilan Hukum Islam Islam diterapkan untuk menjamin hak-hak keadilan manusia sebagai makhluk yang paling mulia.
Selain itu, asas pelaksanaan dan penerapan Islam adalah untuk mewujudkan kesejahteraan dan ketenangan jiwa, kebahagiaan hidup, dan terpeliharanya urusan manusia dalam Islam.Di samping menyelesaikan segala permasalahan hidup manusia dsb.

Allah swt berfirman:
"Dan Kami turunkan dari al-Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (TMQ. al-Israa' [17]: 82).

"Sesungguhnya al-Qur'an ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus. " (TMQ. al-Israa' [17]: 9).

2. Penerapan dan perlaksanaan Islam secara menyeluruh merupakan hak atau kekuasaan Daulah Khilafah Islamiyyah.
Daulah Islamiyyah wajib menjamin perlaksanaan syari'at Islam di tengah-tengah masyarakat. Negara merupakan salah satu faktor utama bagi penerapan syari'at Islam. Negara juga berperanan secara langsung dalam mengatur urusan rakyat dan memenuhi keperluan hidup masyarakat.

Allah swt berfirman:

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kamumengikuti hawa nafsu mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu… " (TMQ. al-Maa'idah [5]: 49]).

3. Ketaqwaan harus dijadikan dasar bagi individu, masyarakat dan negara Islam untuk melaksanakan syari'at Islam.

Perlaksanaan syari'at Islam di tengah-tengah masyarakat mesti dilandasi dengan ketaqwaan kepada Allah SWT. Tanpa ketaqwaan kepada Allah SWT,maka penerapan syari'at Islam akan kehilangan ruh dan spiritualnya. Bahkan akan berakhir kepada kehancuran penerapan Islam itu sendiri.

Allah SWT berfirman:

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku." (TMQ. adz-Dzaariyaat [51]: 56).

4. Adanya hubungan ta'awuniyyah (saling tolong-menolong) antara negara dengan rakyatnya. Perlaksanaan syari'at Islam akan menemui kegagalan tatkala tidak ada aktiviti tolong –menolong antara negara dengan rakyatnya. Dalam hal ini Allah SWT telah berfirman:"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. " (Qs. al-Maa'idah [5]: 2).5. Muhasabah Umat terhadap Negara

Penerapan syari'at Islam mesti mendapat kawalan dari semua pihak. Pihak-pihak yang menyimpang dari syari'at Islam mesti dimuhasabah dan diluruskan serta dikembalikan kepada jalan yang lurus dan benar. Adanya kawalan (muhasabah) merupakan jaminan agar semua komponen masyarakat dapat berjalan sesuai dengan aturan Allah SWT. Rasulullah Saw bersabda:

"Siapa saja yang mengetahui adanya penguasa zalim, yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah, merosak perjanjian dengan Allah, memperlakukan hamba-hamba Allah dengan dosa dan permusuhan, kemudia ia tidak mahu mengubahnya baik dengan ucapan atau perbuatan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam kelompok mereka. "Inilah lima asas bagi penerapan syari'at Islam. Dengan lima asas ini pula akan terwujud jaminan, "bila Islam diterapkan akan membawa rahmat bagi manusia." Sebaliknya penerapan syari'at Islam tanpa memperhatikan lima asas ini, hanya akan berakhir kepada kegagalan penerapan syari'at Islam.

ISLAM MENJAMIN KEPERLUAN ASAS SETIAP RAKYAT

Salah satu bahagian terpenting dari syari'at Islam adalah adanya aturan-aturan yang berkaitan dengan jaminan pemenuhan terhadap keperluan asas bagi setiap individu masyarakat, baik berupa makanan, pakaian dan tempat-tinggal serta pekerjaan. Dalam hal memenuhi keperluan asas ini,Islam telah mewajibkan kaum laki-laki agar bekerja untuk mencukupi keperluan asas dirinya, sanak-saudaranya,kaum-kerabatnya yang tidak mampu serta isteri dan anak-anaknya.

Allah SWT berfirman:

"Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf. Seorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya." (TMQ. al-Baqarah [2]: 233).

Bagi orang yang tidak mampu bekerja, Islam telah menetapkan nafkah mereka akan dijamin oleh kaum-kerabatnya. Jika kaum-kerabatnya juga tidak mampu memenuhi keperluannya, maka beban atau tanggungjawab menafkahi diserahkan kepada negara. Negara Islam dengan baitul maalnya akan menanggung nafkah bagi orang-orang yang tidak mampu bekerja dan berusaha.

Rasulullah Saw bersabda:

"Seorang Imam adalah pemelihara dan pengatur urusan rakyatnya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap rakyatnya." [HR. Bukhari dan Muslim].
Negara selayaknya juga mengadakan lapangan kerja bagi rakyatnya, agar rakyat dapat bekerjsa dan berusaha. Rasulullah Saw pernah memberi dua dirham kepada seseorang dan bersabda:

"Makanlah dengan satu dirham, dan sisanya, belikanlah kapak, lalu gunakanlah ia untuk bekerja."Negara juga mesti mendorong rakyatnya agar giat bekerja agar mereka dapat memenuhi keperluan-keperluannya. Rasulullah saw pernah 'mencium' tangan Sa'ad bin Mu'az ra, tatkala baginda saw melihat bekas-bekas kerja pada tangan Mu'az. Baginda saw bersabda: "Dua tangan yang dicintai Allah ta'ala."

Fakta bahawa pemerintahan Islam ketika itu telah bekerja keras untuk memenuhi keperluan asas rakyatnya tercermin dengan apa yang dilakukan oleh 'Umar bin Khaththab. Beliau ra, telah membina suatu rumah yang diberi nama , " daar al-daaqiq" (rumah tepung). Di dalam rumah itu tersedia berbagai macam jenis tepung, kurma, dan barang-barang keperluan lainnya. Tujuan dibinanya rumah itu adalah untuk menolong orang-ramai yang singgah dalam perjalanan dan memenuhi keperluan orang-ramai yang perlu sehingga keperluannya dipenuhi. Rumah itu dibina di antara jalan antara Mekah dan Syam, di tempat strategik dan mudah dicapai oleh para musafir. Daar al-daqiiq juga dibina di antara jalan Syam dan Hijaz.

Jika negara tidak mampu, maka seluruh kaum muslimin wajib menanggungnya. Ini direfleksikan dengan cara penarikan pajak(dharibah) oleh negara dari orang-orang yang mampu, lalu diagihkan kepada orang-orang yang memerlukan.

ISLAM MENJAMIN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN RAKYAT

Kesihatan dan pendidikan adalah dua hal yang merupakan keperluan asasi dan harus dikecapi oleh manusia dalam kehidupannya. Keduanya termasuk masalah pelayanan umum dan kemashlahatan hidup terpenting. Negara merupakan pihak yang berkewajipan mewujudkan pemenuhan kedua hal ini untuk seluruh rakyatnya. Islam telah menetapkan bahawa yang akan menjamin dua jenis keperluan dasar itu adalah negara. Pengadaaan dan jaminan terhadap kedua keperluan mendasar ini akan ditanggung sepenuhnya oleh negara, baik untuk orang miskin mahupun kaya, muslim mahupun non-muslim. Baitul Maal akan menanggung pembiayaannya.

Pada masa Rasulullah Saw, baginda saw pernah mendapat hadiah dari Muqauqis iaitu seorang doktor.Rasulullah Saw menjadikan doktor tersebut sebagai doktor umum untuk seluruh rakyat. Tindakan Rasulullah Saw dengan menjadikan doktor tersebut sebagai doktor umum menunjukkan bahawa hadiah tersebut bukanlah untuk kepentingan peribadi akan tetapi untuk kemashlahatan kaum muslimin dan negara.

Pada masa lalu, Daulah Islamiyyah telah menjalankan fungsi ini dengan sangat baik. Di masa Daulah Islamiyyah, banyak rumah-rumah perubatan didirikan. Bahkan negara mendorong sepenuhnya pembiayaan terhadap ubat-ubatan serta teknik-teknik perubatan baru. Rasulullah Saw pernah membangun tempat perubatan untuk orang-orang sakit dan membiayainya dengan harta dari Baitul Maal.Pernah serombongan orang berjumlah lapan dari Urairah datang mengunjungi Rasulullah Saw di Madinah. Mereka menyatakan keimanan dan keislamannya kepada Rasulullah Saw, kerana Allah. Di sana, mereka diserang penyakit dan menderita sakit limpa. Rasulullah Saw memerintahkan mereka beristirehat di pos pengembalaan ternak kaum muslimin milik Baitul Maal, di sebelah Quba' yang bernama Zhi Jadr. Mereka tinggal di sana hingga sembuh dan gemuk. Mereka diizinkan minum susu dari binatang-binatang ternak.

Dalam bidang pelayanan kesihatan ini Bani Ibnu Thulun di Mesir memiliki masjid yang dilengkapi dengan tempat-tempat untuk mencuci tangan, almari tempat penyimpanan ubat-ubatan dan minuman, serta dilengkapi dengan ahli perubatan (doktor) untuk mengubati orang-orang yang sakit.

Dalam bidang pendidikan, Islam juga memberikan perhatian yang sangat besar. Banyak nas dan hadis yang mendorong kaum muslimin untuk belajar, dan melakukan aktiviti-aktiviti ilmiah.

Rasulullah Saw bersabda:

"Mencari ilmu adalah kewajipan atas setiap muslim." [HR. Thabrani].

Pada masa itu, gaji guru diambil secara langsung dari Baitul Maal. Sebab, jaminan untuk mendapatkan pendidikan terbaik merupakan tanggungjawab negara Islam. Rasulullah pernah menetapkan terhadap tawanan perang Badar, apabila seorang tawanan telah mengajar 10 orang penduduk Madinah dalam hal membaca dan menulis akan dibebaskan sebagai tawanan. Ad-Damsyiqy menceritakan suatu kisah dari al-Wadliyah bin Atha', yang mengatakan bahawa di kota Madinah ada tiga orang guru yang mengajar anak-anak. Khalifah 'Umar bin Khaththab r.a telah memberi gaji 15 Dinar setiap bulan kepada guru-guru tersebut. Demikianlah, Islam telah memberikan jaminan pemenuhan keperluan asas, serta pelayanan-pelayanan umum bagi tiap-tiap individu rakyatnya.

Bila demikian kenyataannya, kita sebagai orang yang berakal sihat pasti akan lebih condong kepada sistem Islam yang demikian sempurna dan agung. Alangkah indahnya jika syari'at Allah SWT diterapkan di muka bumi ini. Sungguh, rahmat, kemuliaan dan kesejahteraan akan dikecapi oleh setiap umat manusia, baik muslim mahupun kafir, bila hukum-hukum Allah diterap dan ditegakkan di muka bumi ini.

0 comments:

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR