APAKAH SYARI'AT ISLAM BERLAKU JUGA BAGI NON-MUSLIM?
Drs. Hafidz Abdurrahman, MA
Soal: Apakah dalam negara Khilafah penerapan syariat Islam berlaku juga bagi non-Muslim? Bagaimana negara Khilafah menerapkannya kepada mereka?
Jawab: Dalam pandangan Islam, orang yang menjadi objek hukum (al-mahkum 'alayh) disebut mukallaf bi al-ahkam atau biasa disingkat mukallaf. Mukallaf adalah orang yang menjadi objek khithab asy-Syari' (seruan Pembuat syariat), baik yang terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah, mahupun Ijmak Sahabat.
Dalam hal ini, kategori mukallaf itu ada dua: Muslim dan non-Muslim selama syarat taklif tersebut mereka penuhi:
(1) berakal (al-'aqil);
(2) baligh (al-baligh); dan
(3) mampu (al-qadir).
Ini didasarkan pada sabda Nabi Sallallahu `alaihi wa sallam:
Pena syarak (hisab Allah) itu telah diangkat dari tiga kelompok orang: dari orang tidur hingga dia bangun; dari anak kecil hingga dia baligh; dan dari orang gila hingga dia boleh berfikir atau sembuh. (HR an-Nasai dari Aisyah ra.)
Inilah ketentuan bahawa orang mukallaf itu semestinya akil-baligh. Adapun ketentuan yang ketiga, iaitu mampu, dasarnya adalah firman Allah Subhanahu wa ta'ala.:
Sesungguhnya Allah tidak akan membebani (memberikan taklif hukum) kepada manusia, kecuali sesuai dengan kemampuannya. (QS al-Baqarah [2]: 286).
Kedua dalil di atas sama-sama bersifat umum; tidak hanya berlaku untuk kaum Muslim, tetapi juga non-Muslim. Dalil lain adalah firman Allah Subhanahu wa ta'ala.:
Celakalah orang-orang musyrik yang tidak menunaikan zakat, sementara mereka mengingkari Hari Akhir. (QS Fushilat [41]: 6-7).
Sekiranya mereka tidak terkena taklif dalam perkara furu' (syariat), pasti ketika orang musyrik (termasuk orang non-Muslim lainnya) tidak melakukannya, Allah tidak akan mengecam mereka. Kenyataannya, Allah mengecam mereka. Kecaman Allah kepada mereka, kerana mereka meninggalkan perkara furu' (syariat), membuktikan bahawa mereka sebenarnya juga terkena khithab dalam perkara furu' (syariat) tersebut.
Kerana itu, hukum Islam bukan hanya khusus bagi Muslim, tetapi juga non-Muslim. Hanya dalam penerapannya tetap ada wilayah di mana orang non-Muslim boleh dan semestinya melaksanakannya serta ada wilayah di mana mereka tidak boleh, bahkan perlu dilarang untuk melaksanakannya.
Penjelasannya sebagai berikut:
Pertama: Jika dalam pelaksanaannya kerana kesedaran dan inisiatifnya sendiri dan bukan kerana dipaksa oleh negara, maka boleh diklasifikasikan menjadi dua:
1. Jika pelaksanaan hukum-hukum tersebut mensyaratkan adanya syarat (ketentuan) Islam-seperti solat, puasa, haji, zakat dan ibadah-ibadah yang lain-maka orang non-Muslim tidak boleh melaksanakan hukum-hukum tersebut, bahkan mereka perlu dilarang mengerjakannya. Contoh lain adalah kesaksian orang non-Muslim terhadap selain harta, menjadi penguasa kaum Muslim atau hakim bagi kaum Muslim, atau yang lainnya.
2. Jika selain hukum di atas, ertinya Islam tidak dinyatakan sebagai syarat dalam pelaksanaannya, maka mereka boleh melaksanakan hukum tersebut, misalnya keikutsertaan mereka dalam berjihad bersama kaum Muslim, kerana memang dalam berjihad tidak disyaratkan semestinya Muslim. Demikian pula dengan kesaksian dalam masalah harta, medis, dan hal-hal teknis lain yang memang tidak menetapkan Islam sebagai syaratnya.
Kedua: Jika pelaksanaan hukum-hukum tersebut bukan kerana inisiatifnya sendiri, melainkan kerana dipaksa oleh negara, maka dalam konteks ini pun perlu dirinci:
Jika hukum-hukum tersebut merupakan bahagian yang khithab-nya dinyatakan secara umum dan tidak dibatasi dengan syarat semestinya beriman maka dilihat: kalau ternyata hukum tersebut tidak boleh dikerjakan, kecuali oleh orang yang berstatus Muslim, kerana Islam menjadi syarat dalam pelaksanaannya, maka dalam dua konteks ini, mereka tidak boleh dipaksa oleh negara untuk melaksanakannya. Khithab Pembuat syariat tersebut juga tidak akan diterapkan kepada mereka. Kerana itu, Khalifah tidak akan dan tidak boleh memberikan sanksi kepada orang non-Muslim kerana mereka tidak beriman kepada Islam. (Lihat: QS al-Baqarah [2]: 256; QS at-Taubah [9]:29).
Rasulullah Sallallahu `alaihi wa sallam juga membiarkan orang-orang kafir Yaman tetap memeluk agama mereka dan cukup dengan membayar jizyah. Mereka tidak akan dipaksa untuk solat dengan kaum Muslim dan mereka juga tidak dilarang beribadah sesuai dengan ketentuan ibadah mereka, sebagaimana ketetapan Rasulullah Sallallahu `alaihi wa sallam yang membiarkan mereka tetap memeluk agama mereka dan praktik ibadah mereka; membiarkan gereja-gereja mereka di Yaman, Bahrain, dan Najran. Rasulullah juga tidak pernah menghancurkan gereja-gereja mereka yang tidak memeluk Islam Ini menunjukkan, bahawa mereka dibiarkan tetap mengikuti agama yang mereka peluk dan mereka sembah. Mereka tidak boleh dipaksa untuk berjihad meski kalaupun mereka ikut, boleh. Mereka juga tidak akan dipaksa untuk tidak minum khamr. Mereka juga tidak diberi sanksi kerana meminumnya. Sebab, orang-orang Nasrani di Yaman pada zaman Nabi Sallallahu `alaihi wa sallam, ketika mereka minum khamr, mereka dibiarkan. Para Sahabat pun ketika melakukan penaklukan ke berbagai negeri tidak melarang orang-orang non-Muslim untuk minum khamr.
Di luar ketentuan tersebut, iaitu ketika Islam tidak dijadikan syarat dan tidak ada nash yang memberikan kebebasan kepada mereka untuk menerapkannya, maka mereka akan dituntut dan dipaksa untuk menerapkannya. Mereka juga akan diberi sanksi ketika meninggalkannya. Sebab, orang non-Muslim tetap dituntut untuk melaksanakan hukum-hukum Islam, yang tidak disertai dengan faktor keimanan sebagai syarat dalam pelaksanaannya. Dalilnya adalah penerapan hukum yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap orang-orang non-Muslim. Dalam hukum muamalat, misalnya, Beliau melakukan muamalat dengan mereka berdasarkan hukum Islam. Demikian pula dalam masalah sanksi ('uqubat). Telah menjadi ketetapan dari Beliau, bahawa Beliau memberikan sanksi kepada mereka yang melakukan pelanggaran.
Anas ra. menuturkan:
Ada seorang Yahudi telah membenturkan kepala anak perempuan di antara dua batu. Ketika anak perempuan tersebut ditanya siapa yang melakukannya kepadamu, si fulan atau si fulan, sampai dia sebut orang Yahudi tersebut, maka orang Yahudi itu pun dihadirkan, kemudian Nabi Sallallahu `alaihi wa sallam memerintahkan agar kepalanya dibenturkan dengan batu. (HR al-Bukhari).
Ibn Umar ra. juga berkata: Sesungguhnya Nabi Sallallahu `alaihi wa sallam. Pernah merejam, dalam kes zina, seorang laki-laki dan seorang wanita Yahudi yang berzina. (HR Muslim).
Hadis-hadis ini membuktikan, bahawa Rasulullah Sallallahu `alaihi wa sallam telah memberikan hukuman kepada orang-orang non-Muslim, sama seperti terhadap kaum Muslim. Ini adalah hujjah yang menunjukkan, bahawa mereka dipaksa untuk melaksanakan hukum syariat dan bahawa hukum Islam tersebut juga berlaku bagi mereka sebagaimana bagi kaum Muslim.
Kerana itu, semua orang non-Muslim juga menjadi objek seruan syariat Islam secara umum, baik dalam konteks usul (akidah) mahupun furu' (syariah). Khalifah juga diperintahkan untuk menerapkan semua hukum syariah kepada mereka. Jika ada pengecualian maka pengecualian tersebut dari aspek penerapan hukum, bukan dari aspek seruannya, iaitu hukum-hukum yang dinyatakan oleh nas, baik al-Quran mahupun Hadis, sebagai hukum yang tidak diterapkan kepada mereka, atau hukum-hukum yang dinyatakan oleh nas sebagai hukum yang khusus untuk kaum Muslim. Selain itu, seluruh hukum Islam wajib diterapkan kepada orang Muslim mahupun non-Muslim, tanpa kecuali.
Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment