KEBEBASAN : KE ARAH KEBINASAAN
*KEBEBASAN*
KE ARAH KEBINASAAN
Masalah sosial memang hebat diperbincangkan di mana mana sahaja di Malaysia dan kini lebih hebat dibincangkan dari masa-masa lepas. Bukan sahaja masalah ini terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga. Kira-kira sebulan lalu, kerajaan negeri Kedah Darul Aman telah mengisytiharkan perang terhadap gejala sosial di kalangan remaja, termasuk amalan yang dikatakan amalan seks bebas, bohsia dan penggunaan dadah serta alkohol yang dikatakan makin meruncing di negeri tersebut (Berita Harian 25 Mei 1998).
Lanjutan daripada pengumuman itu semua pihak yang bertanggunjawab yang sedia ada digerakkan serta digembeleng untuk bertindak bersama dan serentak bagi maksudmenyelesaikan masalah yang dianggap sudah melampaui tahap kritikal itu. Untuk menunjukkan betapa serius dan komitednya kerajaan negeri, Menteri Besar sendiri telah turun padang lalu beliau menyampaikan amanatnya dalam satu upacara khas yang diadakan bagi tujuan itu.(Utusan Malaysia 7 Julai 1998).
Hasilnya cukup lumayan sebagai contoh, tidak lama dahulu masyarakat digemparkan oleh berita beberapa orang remaja lelaki dan wanita yang ditangkap kerana melakukan pesta seks bebas (orgy) di atas sebuah bumbung rumah.
Masalah gejala sosial ini serupa di mana-mana negara di seantero dunia, yang mengamalkan konsep kebebasan, mari kita lihat apa yang berlaku di Britain, seorang budak berumur 12 tahun menjadi bapa yang termuda apabila teman wanitanya berumur 16 tahun melahirkan anak. Britain juga adalah negara Eropah yang mempunyai peratusan ibu tunggal remaja luar nikah yang tertinggi. Dianggarkan oleh Kementerian Kesihatan, seramai 7,500 wanita berumur kurang dari 16 tahun mengandung luar nikah setiap tahun di sana.
Masalah gejala sosial ini serupa di mana-mana negara di seantero dunia, yang mengamalkan konsep kebebasan, mari kita lihat apa yang berlaku di Britain, seorang budak berumur 12 tahun menjadi bapa yang termuda apabila teman wanitanya berumur 16 tahun melahirkan anak. Britain juga adalah negara Eropah yang mempunyai peratusan ibu tunggal remaja luar nikah yang tertinggi. Dianggarkan oleh Kementerian Kesihatan, seramai 7,500 wanita berumur kurang dari 16 tahun mengandung luar nikah setiap tahun di sana.
Sebenarnya apakah yang menjadi penyebab kepada masalah di atas? Dan apakah penyelesaiannya?. Jika ditinjau dari kaca mata barat menyelesaikan masalah tersebut, penyelesaiannya langsung tidak akan menyalahkan ideologi (mabda) yang mereka anuti, tetapi ahli ahli psikologis dan sosiologis selalu sahaja memberikan punca masalah yang tidak ada kaitan dengan mabda (ideologi) dan penyelesaiannya yang juga tidak menyentuh masalah ideologi (mabda) yang mereka ikuti. Kebanyakan sarjana akan menyalahkan ibubapa kerana tidak memberikan perhatian yang atau pendidikan kepada golongan yang terbabit melakukan perbuatan jenayah. Penyelesaiannya adalah dengan memberikan reformasi atau pemulihan kepada golongan muda yang kemungkinan besar akan terbabit dalam perbuatan yang tidak sihat atau kegiatan jenayah. Ideologi yang meletakkan sistem kehidupan dalam masyarakat langsung tidak akan menjadi pesalah yang mesti dihukum, tetapi yang dihukum ialah para pelaku jenayah dan golongan yang tidak berjaya mendidik para penjenayah yang melakukan perbuatan jenayah atau gejala yang tak sihat. Para sarjana ini hanya melihat suatu masalah dari skop yang amat sempit contohnya suatu masalah sosial hanya sebagai suatu masalah sosial, dan suatu masalah ekonomi sebagai suatu masalah ekonomi sahaja dan tidak ada kena mengena dengan ideologi.
Jika ditinjau dari segi ideologi, Kapitalisma adalah suatu ideologi yang tercetus hasil dari pergolakan antara para saintis, falsafah dan cerdikiawan lain dengan kerajaan gereja di Eropah pada kurun ke 16 kerana tidak berpuas hati ke atas kekejaman dan kejumudan kerajaan teokratik tersebut. Hasilnya mereka mengadakan resolusi untuk merampas kuasa dan mendirikan negara negara yang mendirikan ideologi kapitalisma. Ciri ciri ideologi kapitalisma ini ialah agama hanya dihadkan kepada perhubungan antara manusia dengan tuhan tetapi agama tidak masuk campur dalam perhubungan antara manusia dengan manusia lain dalam masyarakat. Agama hanyalah sebagai suatu unsur perhubungan peribadi diri seorang manusia dengan tuhannya.
Dalam kehidupan masyarakat pula manusia ada beberapa kebebasan iaitu:
i) Kebebasan beraqidah, menurut orang kapitalis, ertinya manusia berhak untuk meyakini ideologi atau agama apapun dan berhak mengubah agamanya, bahkan berhak tidak mempercayai suatu agama sama sekali.
ii) Kebebasan bersuara, menurut mereka bererti bahawa setiap orang memiliki hak untuk menyatakan pendapat apa saja di dalam segala bidang dan segala persoalan tanpa terikat dengan batasan apapun.
iii) Kebebasan hakmilik (ekonomi), Adapun tetang kebebasan hak milik, orang Kapitalis memandang bahwa manusia berhak memiliki segala sesuatu sesuka hatinya pula, selama hal itu tidak melanggar hak-hak orang lain. Maksudnya, selama tidak menggugat sistem Kapitalisma.
iv) Kebebasan individu (bertingkah laku), yang dijajakan oleh sistem Kapitalisma dan diusahakan agar terwujud dan terpelihara, bermaksud setiap orang berhak menjalani kehidupan peribadi sekehendaknya, asalkan tidak melanggar kehidupan peribadi orang lain.
Bahayanya Idea Kebebasan Dan Kesannya Kepada Islam
i) Kebebasan beraqidah, menurut orang kapitalis, ertinya manusia berhak untuk meyakini ideologi atau agama apapun dan berhak mengubah agamanya, bahkan berhak tidak mempercayai suatu agama sama sekali.
ii) Kebebasan bersuara, menurut mereka bererti bahawa setiap orang memiliki hak untuk menyatakan pendapat apa saja di dalam segala bidang dan segala persoalan tanpa terikat dengan batasan apapun.
iii) Kebebasan hakmilik (ekonomi), Adapun tetang kebebasan hak milik, orang Kapitalis memandang bahwa manusia berhak memiliki segala sesuatu sesuka hatinya pula, selama hal itu tidak melanggar hak-hak orang lain. Maksudnya, selama tidak menggugat sistem Kapitalisma.
iv) Kebebasan individu (bertingkah laku), yang dijajakan oleh sistem Kapitalisma dan diusahakan agar terwujud dan terpelihara, bermaksud setiap orang berhak menjalani kehidupan peribadi sekehendaknya, asalkan tidak melanggar kehidupan peribadi orang lain.
Bahayanya Idea Kebebasan Dan Kesannya Kepada Islam
Islam adalah cara hidup yang sempurna seperti yang digambarkan oleh Allah dalam surah Mai'dah ayat ke 3, '..pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu ..' yang mana menerangkan bahawa Islam mempunyai sistem yang unik untuk menyelesaikan permasalahan manusia dulu, hari ini dan akan datang sehinggalah ke hari Qiamat. Jadi dalam menilai erti kebebasan yang didefinasikan oleh Kapitalis maka eloklah kita melihat apakah pandangan Islam tentang kebebasan tadi :
Kebebasan Beraqidah
Kebebasan beraqidah menyebabkan manusia boleh mempercayai apa sahaja yang mereka suka. Kebebasan inilah yang menyebabkan beberapa remaja di Mesir pada tahun 1996 telah mengambil bahagian dalam pemujaan syaitan (satanic worshipping) tetapi kemudiannya ditangkap. Kebebasan dalam berfikir juga telah menyebabkan manusia seperti David Koresh di Wako, Texas (tahun 1993) dan Reverand Jim Jones tahun 70an di Guyana mempercayai bahawa mereka adalah penyelamat kepada manusia lain dan kemudiannya mempunyai ramai pengikut tetapi akhirnya telah mengalami kebinasaan. Kebebasan ini juga telah memyebabkan munculnya beberapa kumpulan kumpulan bawah tanah yang mempunyai pemikiran yang ganjil dan boleh membahayakan masyarakat seperti apa yang berlaku di Jepun pada tahun 1994 seperti kemunculan Shoko Ashara (Doomsday Sect) yang meracuni penumpang-penumpang sistem kereta api bawah tanah Jepun dengan senjata kimia. Kebebasan inilah juga yang bertanggungjawab memberikan kebebasan untuk beberapa orang untuk menyebarkan berita berita yang palsu dan menyalahi fakta sejarah atau menulis buku seperti "Satanic Verses" dan menerbitkan filem seperti "The Last Temptation of Christ" di mana menyebabkan kemarahan berjuta umat Islam di dunia.
Sebahagian kaum Muslim tertipu oleh kaum kafir, menyangka kebebasan beraqidah yang dipropangandakan oleh kaum kapitalis itu tidak bertentangan dengan Islam tidak kurang juga yang mengatakan tidak ada hukuman murtad dalam Islam. Mereka beragumentasi dengan firman Allah 'La Ikraha Fiddin' (2 : 256), Tidak ada paksaan dalam Agama dan `Faman sya aa fal yu'min wan sya aa fal yakfur' (18:59) sebenarnya nash di atas khas untuk orang kafir, bukannya kebebasan untuk orang Islam. Kerana ada hadis Rasulullah SAW bersabda: "Siapa saja yang mengganti agamanya(Islam), maka bunuhlah dia". Jadi tidak ada istilah kebebasan beraqidah dalam kamus orang Islam.
Kebebasan Berpendapat
Kebebasan berpendapat ini sangat menarik bagi sebahagian kaum muslimin, sebab mereka memang hidup tertindas di rejim-rejim yang kejam (militer), yang melarang sesiapapun untuk menyatakan pendapatnya, apabila bertentangan dengan pendapat penguasa, walaupun pendapat tersebut berasal dari Islam, bahkan dari Al-Quran dan Hadis. Semua pendapat itu dilarang, sekirnya pendapat yang dikatakan itu bertentangan dengan pendapat pemerintah. Untuk mengetahui sejauh mana kebebasan pendapat yang diberikan cukuplah dengan kita mengutarakan penyelewengan Salman Rushdie yang menghina (ummahatul Mu'minin). Kebebasan bersuara berjaya melahirkan ramai golongan yang murtad yang bercakap atas nama Islam, kemudian menghentam Islam secara terang-terangan seperti yang dilakukan oleh Salman Rushdie, Rashad Khalifa dan golongan yang mendakwa dirinya Sisters in Islam.
Memang Islam membenarkan untuk membetulkan pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hakam syara' ataupun berlaku pengabaian dalam menerapkan hukum-hakam tersebut, bahkan mewajibkannya,dan Allah meletakkan status yang tinggi bagi orang yang melakukan tugas ini dengan julukan Saiduss Syuhada' (penghulu Syuhadaa'). Namum umat Islam diharamkan menyatakan pendapat yang bertentangan dengan Aqidah Islam atau sesuatu yang terpancar dari aqidah lain seperti sekularisma, sosialisma, nasionalisma, patriotisma dan lain-lain lagi yang tidak diterbitkan dari aqidah Islam itu sendiri. Atas dasar inilah, seorang Muslim tidak diperbolehkan menerima idea kebebasan pendapat yang diserukan oleh orang-orang kapitalis. Segala pendapat yang dinyatakan wajib terikat dengan hukum-hakam syara'
Kebebasan Hak Milik
Kebebasan hakmilik telah menyebabkan pelacur bebas menjualkan tubuhnya untuk mendapatkan keuntungan. Kebebasan ini juga telah menjadikan beberapa syarikat air yang besar bebas untuk menakung air hujan dan menjualnya kepada rakyat untuk mendapatkan keuntungan. Penyanyi-penyanyi perempuan mendapat pendapatan yang lumayan hasil nyayian mereka, sedangkan dalil yang mengharamkan nyanyian untuk perempuan begitu terang dan nyata.
Kebebasan bertingkah laku
Kebebasan bertingkah laku di negara barat telah banyak membawa akibat yang buruk dalam masyarakat mereka. Contohnya, orang ramai boleh mengadakan seks rambang selagi tidak ada pencabulan hak dan kebebasan di antara dua pihak dan oleh kerana itu telah memdedahkan masyarakat penyakit-penyakit kelamin yang berbahaya. Perempuan yang memakai mini skirt, seluar pendek atau memakai bikini bertanding dalam peraduan ratu cantik di khayalak ramai tidak dianggap pesalah yang mesti dihukum tetapi yang dianggap pesalah adalah perogol yang mencabul kehormatan perempuan. Tetapi anehnya dalam kes dadah, kedua dua pengedar dan penagih dianggap sebagai pesalah. Juga adalah menjadi suatu kesalahan jika merokok dalam stesen pam minyak kenderaan kerana puntung rokok boleh menyebabkan kebakaran kerana segala langkah langkah yang boleh membawa kepada kesalahan dan kebinasaan mestilah dihapuskan. Tetapi anihnya segala langkah atau jalan yang boleh membawa kepada kebinasaan tidak dihapuskan seluruhnya kerana masih ada lagi pusat pusat maksiat, kedai arak, pertandingan ratu cantik yang tidak ditutup dan diberhentikan.
Kembalilah kepada cara Hidup Islam
Manusia diciptakan oleh tuhan dengan diberikan qadarnya iaitu beberapa naluri (instincts) dan keperluan organik. Keperluan organiknya mesti dipenuhi jika tidak manusia akan mati kebuluran. Naluri manusia mestilah dipenuhi jika tidak manusia akan menjadi resah gelisah (frustrated). Tetapi dalam ideologi kapitalisma yang menjanjikan beberapa kebebasan kepada manusia, naluri manusia dipenuhi dengan cara yang tidak betul dan dengan tiada batasan yang tertentu. Yang menjadi penentu yang manakah baik atau buruk dan had atau batasan adalah manusia sendiri. Manusia yang sememangnya mengakui diri sendiri sebagai makhluk yang serba kekurangan, lemah dan memerlukan telah meletakkan dirinya sebagai pencipta sistem kehidupannya sendiri. Ini jelas suatu kontradiksi yang dibuat oleh manusia. Naluri manusia memang tercetus dalam suatu sistem kehidupan kapitalisma yang terdapat kebebasan yang tidak mempunyai had tertentu, dan ini mempengaruhi tingkah laku manusia dan seterusnya mendatangkan kebinasaan ke atas diri manusia sendiri. Dalam sistem kapitalisma yang ada kebebasan inilah yang bertanggungjawab menyebabkan provokasi ke atas naluri manusia yang menyebabkan manusia melakukan kebinasaan.
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia..." (QS. Ar-Ruum: 41).
Islam tidak menafikan naluri manusia dan tidak mengekang naluri manusia, kerana naluri adalah suatu qadar yang diberikan oleh Allah swt. Kepada manusia. Maka penyelesaian bagi masalah ini tidak juga seperti penyelesaian setengah-setengah fikrah asing yang menjadikan manusia itu hidupnya bertapa sepanjang hayat di gua atau tempat terpencil supaya boleh berubah menjadi manusia yang baik.
Islam mempunyai suatu sistem yang datangnya dari pencipta menusia sendiri iaitu Allah swt. yang sendirinya tahu tentang baik atau buruk bagi manusia itu. Syariah adalah undang undang Allah swt. untuk mengatur naluri manusia dalam kehidupan manusia ke arah suatu landasan yang akan mendatangkan kebaikan di dunia ini.
"Dan sesiapa yang tidak mengadili menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir/fasiq/zalim". (QS. AL-Maaidah: 44/45/47).
Islam melarang manusia mengikuti nalurinya tanpa apa-apa batasan atau batasan yang lain dari Islam.
"Tetapi orang-orang yang zalim (pelaku kesalahan) mengikut hawa nafsu mereka sendiri tanpa apa-apa pengetahuan. Maka siapakah yang akan memberikan petunjuk kepada mereka yang disesatkan oleh Allah? Kepada mereka tidak akan diperoleh apa apa pertolongan." (QS.Ar-Ruum: 29).
Jelas di sini, kebebasan yang manusia ciptakan untuk dirinya sendiri telah membawa kepada kebinasaan mestilah dihapuskan dan digantikan dengan Khilafah Islamiyah yang melaksanakan Syariah yang akan membawa rahmat sebagaimana firman Allah yang menerangkan bahawa syariat Islam pasti mengandungi maslahat:
"(Dan) tidaklah kami mengutuskan kamu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam" (QS. Al-Anbiya' 107).
Wallaahua'lam.
membaca seluruh blog, cukup bagus