ISLAM AGAMA SYUMUL

FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian." [TMQ AL-BAQARAH(2):208]

MASA ITU EMAS


TELAAH BUKU "DEMOKRASI SISTEM KUFUR"

TELAAH BUKU "DEMOKRASI SISTEM KUFUR"
KARYA SYEIKH ABDUL QADIM ZALLUM

Oleh : M. Shiddiq Al-Jawi


PENDAHULUAN


Buku Demokrasi Sistem Kufur (DSK) ini ditulis pada tahun 1990 oleh Syeikh Abdul Qadim Zallum, seorang ulama mujtahid yang faqih fid din yang pernah menjadi Amir (pemimpin) Hizbut Tahrir tahun 1977-2002.


Buku tersebut sebenarnya bukan satu-satunya buku yang mengkritik demokrasi secara telak dan mendasar. Banyak buku lain yang juga menolak konsep demokrasi, misalnya :

1. Al-Hamlah Al-Amirikiyyah Li Al-Qadha` `Ala Al-Islam (Bab Ad Dimuqrathiyyah), dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir tahun 1996;

2. Afkar Siyasiyah (Bab An-Niham ad-Dimuqrathiy Nizham Kufur min Wadh'i al-Basyar h.135-140), dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir tahun 1994;

3. Ad-Damghah Al-Qawiyyah li Nasfi Aqidah Ad-Dimuqrathiyyah karya Ali Belhaj (tokoh FIS Aljazair);

4. Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah Juz I (Bab Asy-Syura h. 246-261) karya Syekh Taqiyyuddin An-Nabhani (pendiri Hizbut Tahrir);

5. Qawaid Nizham Al-Hukmi fi Al- Islam (Bab Naqdh Ad-Dimuqrathiyyah, h. 38-95) karya Mahmud Al-Khalidi (ulama Hizbut Tahrir);

6. Ad-Dimuqratiyyah fi Dhaw'i as-Syari'ah al-Islamiyyah, karya Mahmud Al- Khalidi;

7. Ad-Dimuqratiyyah wa Hukmul Islam fiiha, karya Hafizh Shalih (ulama Hizbut Tahrir)

8. Ad-Da'wah Ila Al-Islam (Bab Ad-Dimuqrathiyah Laisat Asy-Syura, h. 237-239) karya Ahmad Al-Mahmud (ulama Hizbut Tahrir);

9. Syura Bukan Demokrasi (Fiqh asy-Syura wa al-Istisyarat), karya Dr. Taufik Syawi, terbitan GIP Jakarta, tahun 1997;dan lain sebagainya.


Bahkan Syeikh Abdul Qadim Zallum sendiri sebenarnya telah mengkritik demokrasi secara ringkas dalam kitabnya yang lain, yakni Kaifa Hudimat Al Khilafah (Bab Munaqadhat Ad-Dimuqrathiyah li Al-Islam, h. 59-79).


Namun demikian, buku semacam DSK ini tetaplah terhitung jarang jika dibandingkan dengan buku-buku yang mempropagandakan demokrasi, yang jumlahnya tak terhitung lagi, baik yang memang ditulis kaum kafir mahupun yang ditulis oleh intelektual muslim yang salah faham terhadap demokrasi. Lihat saja misalnya, buku berjudul Fiqih Daulah karya Yusuf Al-Qaradhawi. Berkaitan dengan demokrasi, Al-Qaradhawi menyatakan "keprihatinannya" tatkala suatu saat dia bertemu dengan seorang pemuda Jordan yang menyatakan bahawa demokrasi adalah sebuah sistem yang kufur. Padahal, menurut Al Qaradhawi, demokrasi tidak bertentangan dengan Islam sebab inti demokrasi adalah bahawa hak memilih penguasa ada di tangan rakyat. Dan hak semacam ini, katanya, ada dalam Islam.


Tak dapat dinafikan lagi, pendapat Al Qaradhawi ini –yang sebenarnya tidak tepat— disambut hangat dan meriah oleh sebahagian kaum muslimin yang tengah mencari-cari justifikasi untuk terlibat dalam sistem demokrasi.


Di tengah banjirnya propaganda demokrasi yang tak kenal henti inilah, kehadiran buku DSK nampak membangkitkan dan menentang. Membangkitkan, kerana kehadirannya mengingatkan kita bahawa di saat umat tenggelam dalam kegilaan dan kemabukan terhadap demokrasi ternyata masih saja ada ulama-ulama pelita umat yang jujur dan ikhlas membimbing umat serta menyampaikan nasihat dan peringatan kepada mereka. Dan dikatakan menentang, kerana buku DSK tidak memposisikan diri secara defensif dan apologis sebagai pihak yang diserang. Sebaliknya, DSK mengambil posisi ofensif yang tidak mengenal kompromi. Ungkapan "Demokrasi Sistem Kufur" adalah kenyataan yang menentang, berani, tanpa kompromi. Dalam ungkapan ini terkandung daya tentangan yang dahsyat, yang sungguh akan terlihat perbezaan bila dibandingkan dengan ungkapan para intelektual muslim yang menggembar-gemborkan demokrasi tanpa rasa malu sampai berbuih-buih mulutnya, atau ungkapan sebahagian ulama yang memutar-mutar lidahnya hanya untuk memberi justifikasi palsu terhadap demokrasi.


Ringkas kata, buku DSK merupakan buku yang sangat layak dikaji oleh umat yang nasibnya terus terhina dan tak henti-hentinya dipermainkan oleh negara-negara Barat kafir yang katanya merupakan pelopor-pelopor atau perintis-perintis demokrasi itu. DSK boleh dikatakan semacam ubat mujarab yang dapat menyembuhkan umat yang tengah menghidap penyakit bingung dan sesat akibat usaha Barat –dan agen-agennya dari kalangan penguasa dan intelektual muslim-- yang tak kenal lelah menjajakan demokrasi yang kufur itu.


GAMBARAN ISI BUKU


Mereka yang membaca DSK akan menemukan bahawa buku itu ditulis tanpa daftar isi, tanpa pembahagian menjadi bab-bab, dan tanpa sub-sub judul. (Kitab aslinya yang berbahasa Arab juga tanpa daftar isi, tanpa bab-bab, dan tanpa anak judul). Sehingga, DSK terkesan "aneh", tidak efektif, tidak sistematik, dan terasa janggal. Namun demikian, di balik kesan-kesan seperti itu, sebenarnya teknik penulisan DSK itu memang disengaja dan mempunyai maksud tertentu, iaitu ingin mengajak pembacanya untuk lebih mencurahkan konsentrasi dan daya fikirnya, sehingga pembaca akhirnya dapat menangkap substansi buku dan merangkai sendiri urutan dan sistematik berfikir penulis. Jadi, DSK memang bukan buku segera seperti fastfood yang cepat saji, melainkan buku yang betul-betul mengajak pembacanya untuk berfikir secara mendalam dan memahami serta mencerna suatu idea. Kesan-kesan bahawa DSK tidak efektif, tidak sistematis, dan sebagainya --kerana melulu berisi teks tanpa anak-anak judul-- barangkali hanya akan dirasakan oleh mereka yang malas berfikir.

Dengan menelaah DSK secara cermat, setidaknya ada 5 (lima) idea pokok (pikiran utama) yang hendak disampaikan oleh penulisnya, iaitu :

Pertama, Gambaran/Penjelasan ringkas demokrasi,

Kedua, Praktik dan paradoks demokrasi,

Ketiga, Sebab dianutnya demokrasi oleh umat Islam ,

Keempat, Kaedah pengambilan idea dari umat dan bangsa lain,

Kelima, Pertentangan demokrasi dengan Islam.


Idea pokok pertama, menjelaskan tentang demokrasi dari segi pengertiannya, sumbernya, latar belakangnya, aqidah yang melahirkannya, asas-asas yang melandasinya, serta hal-hal yang harus diwujudkannya agar rakyat dapat melaksanakan demokrasi.


Idea pokok kedua, menerangkan bagaimana demokrasi yang sebenarnya idea khayal itu dipraktikkan dalam kenyataan. Dijelaskan pula paradoks yang terjadi di negara-negara Barat dan negeri-negeri Islam dalam penerapan demokrasi.

Idea pokok ketiga, menerangkan 2 (dua) sebab utama mengapa umat mengambil demokrasi, yakni serangan pemikiran yang dilancarkan Barat, dan kelemahan pemahaman di kalangan kaum muslimin.

Idea pokok keempat, menerangkan tentang hal-hal yang boleh dan yang tidak boleh diambil kaum muslimin dari umat dan bangsa lain, serta tentang hal-hal yang haram diambil oleh kaum muslimin.

Idea pokok kelima, menerangkan pertentangan menyeluruh antara demokrasi dengan Islam dari segi sumber kemunculannya, aqidah yang melahirkannya, asas yang mendasarinya, serta idea dan peraturan yang dibawanya.

Berikut ini huraian lebih jauh untuk masing-masing idea pokok.

IDE I : GAMBARAN/PENJELASAN RINGKAS DEMOKRASI

Pada bahagian awal DSK, Syeikh Abdul Qadim Zallum berusaha menghuraikan demokrasi secara ringkas. Satu hal yang beliau tekankan, bahawa demokrasi mempunyai latar belakang sosio-historis yang tipikal Barat selepas Abad Pertengahan, yakni situasi yang dipenuhi semangat untuk menghapuskan pengaruh dan peranan agama dalam kehidupan manusia. Demokrasi lahir sebagai anti-tesis terhadap dominasi agama dan gereja terhadap masyarakat Barat. Kerana itu, demokrasi adalah idea yang anti agama, dalam erti ideanya tidak bersumber dari agama dan tidak menjadikan agama sebagai kaedah-kaedah berdemokrasi. Orang beragama tertentu boleh saja berdemokrasi, tetapi agamanya mustahil menjadi aturan main dalam berdemokrasi. Secara selengkapnya, beliau mencuba mengingatkan mereka yang menerima demokrasi secara buta, tanpa menilik latar belakang dan situasi sejarah yang melingkupi kelahirannya.

Penjelasan ringkas ini meliputi 5 (lima) aspek utama yang berkaitan dengan demokrasi, iaitu :

a). Asal-usul demokrasi ,

b). Aqidah demokrasi,

c). Idea dasar demokrasi,

d). Standard/ukuran demokrasi (iaitu majoriti), dan

e). Kebebasan dalam demokrasi, sebagai prasyarat agar rakyat dapat mengekspresikan kehendak dan kedaulatannya tanpa paksaan dan tekanan.

Berdasarkan kelima aspek ini, penjelasan ringkas tentang demokrasi tersebut dapat dirumuskan sebagai berikut :

1. Demokrasi adalah buatan akal manusia, bukan berasal dari Allah SWT.

2. Demokrasi lahir dari aqidah pemisahan agama dari kehidupan, yang selanjutnya melahirkan pemisahan agama dari negara.

3. Demokrasi berlandaskan dua idea :

a. Kedaulatan di tangan rakyat.

b. Rakyat sebagai sumber kekuasaan.

4. Demokrasi adalah sistem pemerintahan majoriti. Pemilihan penguasa dan anggota dewan perwakilan, serta pengambilan keputusan dalam lembaga-lembaga tersebut diambil berdasarkan pendapat majoriti.

5. Demokrasi menyatakan adanya empat macam kebebasan, iaitu :

a. Kebebasan beragama (freedom of religion)

b. Kebebasan berpendapat (fredom of speech)

c. Kebebasan kepemilikan (freedom of ownership)

d. Kebebasan bertingkah laku (personal freedom)

IDE II : PRAKTIK DAN PARADOKS DEMOKRASI

Demokrasi adalah idea khayal, tidak sesuai dengan realiti dan penuh dengan paradoks, dan telah melahirkan kesan-kesan yang sangat buruk dan mengerikan terhadap umat manusia. Inilah yang hendak dihuraikan oleh buku DSK pada idea pokok keduanya.

Demokrasi dalam pengertiannya yang asli adalah khayal, sedang setelah dilakukan takwil padanya, tetap tidak sesuai dengan fakta yang ada. Misalnya idea bahawa pemerintahan adalah dari, oleh, dan untuk rakyat dan bahawa ketua negara dan anggota parlimen merupakan wakil dari kehendak rakyat dan majoriti rakyat. Faktanya, tidak seperti itu. Mustahil seluruh rakyat menjalankan pemerintahan. Kerana itu, penggagas demokrasi membuat sistem perwakilan, sehingga katanya, rakyat harus diwakili oleh wakil-wakilnya di parlimen. Benarkah para anggota parlimen betul-betul mewakili rakyat dan membawa aspirasi mereka? Benarkah ketua negara yang dipilih oleh parlimen juga menyuarakan hati nurani rakyatnya? Ah, ternyata tidak juga. Bohong itu semua. Di negara-negara kapitalis, seperti Amerika dan Inggeris, anggota parlimen sebenarnya mewakili para kapitalis, bukan mewakili rakyat. Di Amerika, proses pencalonan dan pemilihan wakil rakyat selalu dibiayai oleh para kapitalis, demikian huraian Syeikh Abdul Qadim Zallum.

Banyak data kuantitatif yang menguatkan pernyataan ini. Untuk proses pencalonan satu orang senator saja, diperlukan biaya US $ 43 juta dolar. (Lihat Andrew L. Shapiro, Amerika Nombor 1, h. 89). Seberapa besar wang senilai US $ 43 juta dolar itu? Bayangkan, uang US $ 1 juta dolar saja (sekali lagi US $ 1 juta dolar saja), adalah sama dengan biaya pembelian 100.000 ton beras, yang dapat mencukupi keperluan 500.000 orang dalam satu tahun. Wang US $ 1 juta dolar dapat digunakan untuk membangun 1.000 ruang kelas yang dapat menampung sebanyak 30.000 siswa, serta dapat dimanfaatkan untuk membangun 40.000 apotik sederhana. (Lihat Rudolf H. Strahm, Kemiskinan Dunia Ketiga, h. 8-9). Jadi, sangat besar biaya untuk menjadi wakil rakyat di AS. Lalu, siapa yang menanggungnya? Jelas bukan rakyat dan calon bersangkutan. Para kapitalislah yang membiayai semuanya! Fakta ini sudah terkenal di Amerika.

Apakah seorang ketua negara yang dipilih oleh parlimen benar-benar menyuarakan atau memperhatikan aspirasi rakyat? Ternyata juga tidak. Dalam DSK dihuraikan contoh-contoh yang pernah ada dalam sejarah mengenai penguasa yang bertindak sendiri, tanpa persetujuan majoriti parlimen, seperti Sir Anthony Eden (Inggeris), John Foster Dulles (AS), Charles De Gaule (Perancis), dan Raja Hussein (Jordan).

Di samping menyoroti paradoks-paradoks demokrasi seperti itu, DSK juga menyinggung kesan-kesan buruk penerapan demokrasi. Kebebasan hak milik (sebagai prasyarat demokrasi), telah melahirkan kapitalisme yang akhirnya menjadi sarana negara-negara Barat untuk menjajah dan mengeksploitasi berbagai bangsa di dunia. Akibat kapitalisme itu terutama adalah semakin memiskinkan negara-negara terjajah dan semakin membuat kaya negara-negara penjajah yang kafir. Banyak data kuantitatif yang menjelaskan kenyataan ini. Negara-negara industri yang kaya (seperti AS, Inggeris, Perancis, Jerman, dan Jepang) yang hanya mempunyai 26 % penduduk dunia, ternyata menguasai lebih dari 78 % produksi barang dan jasa, 81 % penggunaan energi, 70 % baja (dari najis binatang), dan 87 % persenjataan dunia. (Lihat Rudolf H. Strahm, Kemiskinan Dunia Ketiga, h. 8-9). Inilah tragedi terbesar terhadap umat manusia akibat demokrasi yang kafir!

Kebebasan bertingkah laku yang dijajakan Barat, ternyata menimbulkan keruntuhan moral yang mengerikan di Barat dan juga di negeri-negeri Islam yang mengekor Barat. Majoriti rakyat AS (sebanyak 93 %) mengakui tidak mempunyai pedoman moral dalam hidupnya. Sekitar 31 % orang masyarakat AS yang telah berumah tangga pernah melakukan hubungan seks dengan pasangan lain. (Jumlah ini kira-kira setara dengan 80 juta orang). Majoriti orang AS (62 %) menganggap hubungan seks dengan pasangan lain adalah sesuatu yang normal dan tidak bertentangan dengan tradisi atau moral. (Lihat Muhammad bin Saud Al-Basyr, Amerika di Ambang Keruntuhan, h. 13-32). Sungguh, ini menggambarkan betapa buruknya moral para penganut demokrasi!

IDE III : SEBAB DIAMBILNYA DEMOKRASI OLEH UMAT ISLAM

DSK pada bahagian ini menerangkan mengapa demokrasi yang buruk lagi terhina itu tetap saja laku di kalangan umat Islam. Secara global, Syeikh Abdul Qadim Zallum menjelaskan ada 2 (dua) sebab, iaitu :

Pertama, serangan kebudayaan (al-ghazwu ats-tsaqofi) yang dilancarkan Barat terhadap negeri-negeri Islam, yang dilancarkan sejak lama bahkan sebelum runtuhnya Khilafah Islamiyah, dan memuncak pada pada masa akhir Khilafah Utsmaniyah (pada separuh kedua abad XIX M).

Kedua, kelemahan dan kemerosotan taraf berfikir umat yang sangat parah. Kedua faktor ini saling bersinergi secara negatif, sehingga akhirnya umat terpikat dan terkecoh untuk mengambil peradaban Barat.

Dalam serangan kebudayaan, Barat antara lain menempuh cara dengan memburuk-burukkan Islam dan menerangkan bahawa asas kemerosotan umat Islam adalah hukum-hukum Islam itu sendiri. Selain itu, Barat juga melakukan manipulasi pemikiran dengan menyatakan bahawa demokrasi tidaklah bertentangan dengan Islam dan bahawa justru Barat mengambil demokrasi dari Islam.

Sementara itu, pada saat yang sama kaum muslimin tengah mengalami kemerosotan taraf berfikirnya. Khususnya mengenai sikap yang harus diambil terhadap idea-idea yang berasal dari bangsa dan umat lain. Umat masih bingung dan belum mempunyai standard/ukuran yang jelas mengenai apa yang boleh diambil dan tidak boleh diambil dari bangsa dan umat yang lain.

Adanya serangan Barat dan kemerosotan taraf berfikir umat inilah yang akhirnya menjerumuskan umat untuk mengambil idea demokrasi Barat yang kafir.

IDE IV : KAEDAH PENGAMBILAN IDEA DARI UMAT DAN BANGSA LAIN

Pada bahagian ini, dengan berlandaskan kajian yang komprehensif terhadap nash-nash syara', penulis DSK menerangkan mana saja hal-hal yang boleh diambil kaum muslimin --dari apa yang dimiliki oleh umat dan bangsa lain-- dan mana saja yang tidak boleh mereka ambil.

Standard/ukuran atau kriterianya adalah sebagai berikut. Seluruh idea yang berhubungan dengan sains, teknologi, penemuan-penemuan ilmiah, dan yang semisalnya, serta segala macam bentuk benda/alat/bangunan yang lahir dari kemajuan sains dan teknologi (madaniyah), boleh diambil oleh kaum muslimin. Kecuali jika terdapat aspek-aspek tertentu yang menyalahi ajaran Islam, maka kaum muslimin haram untuk mengambilnya, seperti Teori Darwin.

Ini disebabkan semua pemikiran yang berkaitan dengan sains dan teknologi tidaklah berhubungan dengan Aqidah Islamiyah dan hukum-hukum syara' yang berkedudukan sebagai penyelesaian terhadap permasalahan manusia dalam kehidupan, melainkan dapat dikategorikan ke dalam sesuatu yang mubah, yang dapat dimanfaatkan manusia dalam berbagai urusan hidupnya.

Dalam hal ini Rasullah SAW bersabda :

أَنْتُمْ أَدْرَى بِشُئُوونِ دُنْيَاكُمْ
"Kalian lebih mengetahui urusan-urusan dunia kalian." (HR. Muslim)

Adapun idea-idea yang berkaitan dengan aqidah dan hukum-hukum syara', serta idea-idea yang berhubungan dengan peradaban/budaya Islam (hadharah), pandangan hidup Islam, dan hukum-hukum yang menjadi penyelesaian bagi seluruh permasalahan manusia, maka semua idea ini wajib disesuaikan dengan ketentuan syara', dan tidak boleh diambil dari mana pun kecuali hanya dari Syari'at Islam saja. Ertinya, hanya diambil dari wahyu yang terkandung dalam Kitabullah, Sunnah Rasul-Nya, dan apa-apa yang ditunjukkan oleh keduanya, iaitu Ijma' Shahabat dan Qiyas, serta sama sekali tidak boleh diambil dari selain sumber-sumber tersebut. Sebab dalam hal ini Allah SWT telah memerintahkan kita untuk mengambil apa saja yang dibawa oleh Rasul SAW kepada kita dan meninggalkan apa saja yang dilarang oleh beliau.

Allah SWT berfirman :

وَ مَا آتَاكُم الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَ مَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا
"Apa yang diberikan/diperintahkan Rasul kepada kalian maka terimalah/laksanakanlah dia, dan apa yang dilarangnya bagi kalian maka tinggalkanlah." (QS. Al Hasyr : 7)

Kerana itu, kaum muslimin tidak boleh mengambil peradaban/budaya Barat, beserta segala peraturan dan undang-undang yang lahir darinya, termasuk demokrasi. Sebab peradaban tersebut bertentangan dengan peradaban Islam.

IDE V : PERTENTANGAN DEMOKRASI DENGAN ISLAM

Pada idea pokok kelima ini, Syeikh Abdul Qadim Zallum menghuraikan 5 (lima) segi pertentangan Islam dengan demokrasi, iaitu :

1. Sumber kemunculan
2. Aqidah
3. Pandangan tentang kedaulatan dan kekuasaan
4. Prinsip Majoriti
5. Kebebasan

(1). Sumber Kemunculan

Sumber kemunculan demokrasi adalah manusia. Dalam demokrasi, yang menjadi pemutus (al haakim) untuk memberikan penilaian terpuji atau tercelanya benda yang digunakan manusia dan perbuatan-perbuatannya, adalah akal. Para pencetus demokrasi adalah para filosof dan pemikir di Eropah, yang muncul tatkala berlangsung pertarungan sengit antara para kaisar dan raja di Eropa dengan rakyat mereka. Dengan demikian, jelas bahawa demokrasi adalah buatan manusia, dan bahawa pemutus segala sesuatu adalah akal manusia.

Sedangkan Islam sangat bertolak belakang dengan demokrasi dalam hal ini. Islam berasal dari Allah, yang telah diwahyukan-Nya kepada Rasul-Nya Muhammad bin Abdullah SAW.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman :

وَ مَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوْحَى
"Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut hawa nafsunya, ucapannya itu tiada lain hanya berupa wahyu yang diwahyukan." (QS. An-Najm : 3-4)

(2). Aqidah

Adapun aqidah yang melahirkan idea demokrasi, adalah aqidah pemisahan agama dari kehidupan dan negara (sekularisme). Aqidah ini dibangun di atas prinsip jalan tengah (kompromi) antara para rohaniwan Kristen --yang diperalat oleh para raja dan kaisar dan dijadikan perisai untuk mengeksploitasi dan menzalimi rakyat atas nama agama, serta menghendaki agar segala urusan tunduk di bawah peraturan agama-- dengan para filosof dan pemikir yang mengingkari kewujudan agama dan menolak autoriti para rohaniwan.

Aqidah ini tidak mengingkari kewujudan agama, tetapi hanya menghapuskan peranannya untuk mengatur kehidupan bernegara. Dengan sendirinya mengakibatkan bahawa aqidah ini ialah memberikan kekuasaan atau autoriti kepada manusia untuk membuat peraturan hidupnya sendiri.

Sedangkan Islam, sangatlah berbeza dengan Barat dalam hal aqidahnya. Islam dibangun di atas landasan Aqidah Islamiyah, yang mewajibkan pelaksanaan perintah dan larangan Allah --yakni hukum-hukum syara' yang lahir dari Aqidah Islamiyah-- dalam seluruh urusan kehidupan dan kenegaraan. Aqidah ini menerangkan bahawa manusia tidak berhak membuat peraturan hidupnya sendiri. Manusia hanya berkewajiban menjalani kehidupan menurut peraturan yang telah ditetapkan Allah SWT untuk manusia.

(3). Pandangan Tentang Kedaulatan dan Kekuasaan

Demokrasi menetapkan bahawa rakyatlah yang memiliki dan melaksanakan kehendaknya, bukan para raja dan kaisar. Rakyatlah yang menjalankan kehendaknya sendiri.

Berdasarkan prinsip bahawa rakyat adalah pemilik kedaulatan, pemilik dan pelaksana kehendak, maka rakyat berhak membuat hukum yang merupakan ungkapan dari pelaksanaan kehendak rakyat dan ungkapan kehendak umum dari majoriti rakyat. Rakyat membuat hukum melalui para wakilnya yang mereka pilih untuk membuat hukum sebagai wakil rakyat. Kekuasaan juga bersumber dari rakyat, baik kekuasaan legislatif, eksekutif, mahupun yudikatif.

Sementara itu, Islam menyatakan bahawa kedaulatan adalah di tangan syara', bukan di tangan umat. Sebab, Allah SWT sajalah yang layak bertindak sebagai Musyarri' (pembuat hukum). Umat secara keseluruhan tidak berhak membuat hukum, walau pun hanya satu hukum.

Allah SWT berfirman :

إِنِ الحُكْمُ إلاّ للهِ
"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah." (QS. Al An'aam: 57)

Dalam hal kekuasaan, Islam menetapkan bahawa kekuasaan itu ada di tangan umat Islam. Ertinya, bahawa umat memiliki hak memilih penguasa, agar penguasa itu dapat melaksanakan perintah dan larangan Allah atas umat.

Prinsip ini diambil dari hadits-hadits mengenai bai'at, yang menetapkan adanya hak mengangkat Khalifah di tangan kaum muslimin dengan jalan bai'at untuk mengamalkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

Rasulullah saw bersabda :

مَنْ مَاتَ وَ لَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً
"Barangsiapa mati sedang di lehernya tak ada bai'at (kepada Khalifah) maka dia mati jahiliyah." (HR. Muslim)

(4). Prinsip Majoriti


Demokrasi memutuskan segala sesuatunya berdasarkan suara terbanyak (majoriti). Sedangkan dalam Islam, tidaklah demikian.

Rinciannya adalah sebagai berikut :

(1) Bagi masalah yang berkaitan dengan hukum syara', yang menjadi kriteria adalah kekuatan dalil, bukan majoriti. Dalilnya adalah pada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.

(2) Bagi masalah yang berkaitan dengan keahlian, kriterianya adalah ketepatan atau kebenarannya, bukan suara majoriti. Peristiwa pada perang Badar merupakan dalil bagi masalah ini.

(3) Sedangkan bagi masalah teknikal yang langsung berhubungan dengan amal (tidak memerlukan keahlian), kriterianya adalah suara majoriti. Peristiwa pada Perang Uhud menjadi dalilnya.

(5). Kebebasan

Dalam demokrasi ada empat kebebasan, iaitu:

a. KEBEBASAN BERAGAMA (freedom of religion)

b. KEBEBASAN BERPENDAPAT (fredom of speech)

c. KEBEBASAN KEPEMILIKAN (freedom of ownership)

d. KEBEBASAN BERTINGKAH LAKU (personal freedom)

Ini bertentangan dengan Islam, sebab dalam Islam seorang muslim wajib terikat dengan hukum syara' dalam segala perbuatannya. Tiada kebebasan mutlak. Terikat dengan hukum syara' bagi seorang muslim adalah wajib dan sekaligus merupakan pertanda adanya iman padanya.

Allah SWT berfirman :

فَلاَ وَ رَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim (pemutus) terhadap perkara yang mereka perselisihkan." (QS. An Nisaa': 65)

PENUTUP

Demokrasi yang telah dijaja oleh golongan kafir Barat ke negeri-negeri Islam itu, sesungguhnya adalah sistem kufur. Tidak ada hubungannya dengan Islam sama sekali, baik langsung mahupun tidak langsung. Demokrasi sangat bertentangan dengan hukum-hukum Islam dalam garis besar dan perinciannya, dalam sumber kemunculannya, aqidah yang melahirkannya atau asas yang mendasarinya, serta berbagai idea dan peraturan yang dibawanya.

Maka dari itu, kaum muslimin haram mengambil dan menyebarluaskan demokrasi serta mendirikan parti-parti politik yang berasaskan demokrasi. Haram pula bagi mereka menjadikan demokrasi sebagai pandangan hidup dan menerapkannya; atau menjadikannya sebagai asas bagi konstitusi dan undang-undang atau sebagai sumber bagi konstitusi dan undang-undang; atau sebagai asas bagi sistem pendidikan dan penentuan tujuannya.

Kaum muslimin wajib membuang demokrasi sejauh-jauhnya kerana demokrasi adalah najis dan merupakan hukum thaghut.

Demokrasi adalah sistem kufur, yang mengandungi berbagai idea, peraturan, dan undang-undang kufur. Demokrasi tidak ada hubungannya dengan Islam sama sekali.



**Disampaikan dalam acara Bedah Buku Demokrasi Sistem Kufur karya Abdul Qadim Zallum, diselenggarakan Sabtu, 29 April 2006, di Masjid Yaasin Al-Ma'ruf, Jl. Lapangan Tembak Cibubur, Jakarta Timur.

**Ketua Lajnah Tsaqafiyah HTI DIY; Dosen STEI Hamfara Yogyakarta; Penerjemah kitab Demokrasi Sistem Kufur (Syekh Abdul Qadim Zallum) dan kitab Menghancurkan Demokrasi (Syekh Ali Belhaj).

1 comments:

  1. insidewinme said...
     

    Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Post a Comment



 

MENGENAL HIZBUT TAHRIR